Rabu, 29 Ogos 2012

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Pas Kedah: Tiada keperluan wujud jawatan Timbalan MB

Posted: 29 Aug 2012 10:43 PM PDT





Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi ALOR SETAR - Belum ada perbincangan dibuat untuk meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan seorang timbalan menteri besar dilantik sekiranya Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengalami masalah kesihatan serius.



Exco Kerajaan Negeri yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, setakat ini perkara itu tidak pernah berbangkit ekoran tidak pernah dicadangkan oleh mana-mana pihak.



"Buat masa ini, tiada cadangan ke arah itu (lantikan), walaupun Kedah berdepan situasi sama seperti tahun lalu apabila Azizan berehat panjang selepas menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN)," katanya.



Menurutnya, tiada keperluan untuk pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Kedah membincangkan perkara itu buat masa ini.



"Jika ada pihak mahu usul itu diteliti, mereka perlu bawa dalam perbincangan melibatkan pemimpin PR Kedah, sebelum dikemukakan kepada Pusat. Contohnya, Pas Kedah perlu usulkan dan semua pemimpin negeri bincang dan bangkitkan perkara itu di peringkat Pusat," katanya.



Phahrolrazi berkata, ia bukan mudah kerana melibatkan dasar penting dalam perlembagaan negeri.



"Tidak ada peruntukan melantik timbalan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. Berdasarkan pengalaman lalu ketika bekas Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain sakit, Kerajaan Negeri ketika itu melantik pemangku Menteri Besar," katanya.



Pada 29 Julai 2011, Azizan dimasukkan ke wad Cardiac Care Unit (CCU) di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur, selepas dinasihatkan doktor untuk berehat dan menjalani rawatan jantung.



Sejak itu, masalah kesihatan Azizan sering dijadikan sebagai alasan agar mengundur diri, selain timbul desakan pihak-pihak tertentu yang menyarankan agar diwujudkan jawatan itu.



Teruji perjuangan : Nasha dan Abg Mat Sabu berbeza Bagai Langit dan Bumi'

Posted: 29 Aug 2012 09:40 PM PDT

Menjelang 9 September, teka teki mengenai kedudukan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa semakin hangat diperkatakan.Ada yang kata Nasha akan terus kekal, tidak kurang yang sebaliknya.

Apa-apapun, kepimpinan bijak mencaturkannnya dengan melihat kesannya.

Apa yang jelasnya, Nasha telah secara terbuka menghasut PAS agar meninggalkan Pakatan Rakyat dengan kenyataannya itu disiarkan media yang jelas tidak berpihak kepada PAS dan PR iaitu Utusan Malaysia.

Bagai Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar pandangan beliau mudah, "apa lagi yang hendak ditunggu, ucapkan selamat tinggal kepada orang yang bila hilang jawatan, mula berkokok di media musuh untuk menyampaikan rasa tidak puas hatinya kepada PAS".

Firdaus mempersoalkan mengapa sewaktu menjadi Timbalan Presiden PAS, Nasha dahulu tidak sepedas itu kritikannya kepada PAS, mahupun kepada Umno khasnya..

Kini katanya, duduk sebelah Najib dan sampaikan kritikan kepada PAS, lebih dari itu meminta PAS berpisah tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat, sedangkan PR yang dianggotai PAS sedang bersiap menuju pilihan raya umum ke-13.

Bukan tidak boleh berpisah dengan PR kerana ianya hanya persefahaman sahaja, tetapi apakah PAS lebih rela bersahabat dengan sebuah parti yang jelas seperti kata bekas Presidennya, Tun Mahathir Mohammad busuk dari kepala ke ususnya.

Teladan kisah Mat Sabu :


Beliau membawa kisah Abg Mat Sabu yang kini menjadi Timbalan Presiden PAS. Suatu ketika dahulu, Mat Sabu menjadi ahli biasa PAS sahaja.Kemudian naik sedikit demi sedikit ke tangga jawatan dalam PAS hingga tertinggi Naib Presiden PAS.

Kemudiannya kalah, pada pemilihan 2009 kepada Nasha semasa bertanding jawatan Timbalan Presiden tiga penjuru dengan Dato' Husam Musa.

Namun Abg Mat Sabu tidak pernah kecewa, malah terus berceramah, berdemonstrasi, menggali kubur-kubur BN untuk disemadikan BN di setiap negeri hingga beliau ditangkap, dipenjarakan dan didakwa di mahkamah.

Hampir setiap negeri yang dijelajahinya ada sahaja kes yang dikenakan ke atasnya, dulu di Negeri Sembilan di Jelebu (kes Ceramah), kemudian kes Bersih, kes Mat Indera, kes ceramah sana sini mutakhir ini.

Hinggakan Firdaus menyifatkan, Abg Mat Sabu 'teruji' dengan segala macam kerenah dan tribulasi dalam perjuangan.

Pernah menjadi ahli, kalah jawatan tetap terus berceramah ke sana dan kemari.Kalah menjadi rutinnya, menang pula tidak diangkuhinya.Kemana sahaja sifat marhaennya tetap ada.

Makan tepi jalan menjadi kelazimannya, sembang dengan rakan-rakan penuh jenakanya.

Berbeza dengan Nasha kata Firdaus, sebaik kalah, mesyuarat tidak kunjung tiba, lari-lari sahaja dari sahabat-sahabat lama, sahabat baharu juga yang dicarinya tetapi bukan dalam parti yang dianggotainya (PAS) sebaliknya yang berpresidenkan Najib Razak gerangannya..Entah apa yang dicarinya dengan bersahabat disana, nak kata mencari maklumat rahsia, tak pernah pula khabarnya....

Lapangkan dada fikirkan kesannya......





Tiada ulasan: