WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
BUKIT JALIL ATAU DATARAN MERDEKA AKAN BERI ILHAM PADA NAJIB Posted: 29 Aug 2012 01:13 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS HARI ini, InsyaAllah, aku akan menyahut seruan pencinta demokrasi untuk bersama-sama mereka menyambut "Janji Demokrasi#BERSIH" di Dataran Merdeka bermula jam 10.00 malam ini. Oleh kerana Wakil Rakyat kampong aku Rais anak Yatim telah memberikan kebenaran untuk memakai baju warna apa sekali pun, maka aku memilih baju warna KUNING BERSIH. Bersama-sama dengan budak-budak SAMM Pahang, InsyaAllah, dijangka sampai ke KL petang nanti. Jika ada kesempatan untuk berjumpa, boleh lah teman-teman kita berjumpa sambil pekena teh tarik nanti sebelum kita menyambut Raya di Dataran Merdeka. Sesiapa yang kebulur nak makan percuma atau mahu dapat hadiah kereta, motor, Ipad dan lain-lain hadiah yang diumpankan oleh rejim, boleh lah ke Bukit Jalil. Di sana mungkin ada disediakan menu "Roti Capati" sempena thema "Janji Di Capati". Kehadiran orang ramai samada di Bukit Jalil atau di Dataran Merdeka amat penting buat Najib. Najib akan melihat situasi di sana nanti bagi beliau meminta Bik Mama nasihat samada perlu Parlimen dibubarkan sekarang atau tidak. Jika di Bukit Jalil lebih ramai dari di Dataran Merdeka, maka pastinya Bik Mama akan mengarahkan Najib untuk bubar Parlimen segera. Jika sebaliknya, terpaksalah kita tunggu lagi untuk beberapa bulan. |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan