Rabu, 29 Ogos 2012

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Amaran! gambar ngeri. Nasib perogol kanak kanak di Brazil

Posted: 29 Aug 2012 09:59 AM PDT

Di Malaysia perogol budak perempuan bawah umur dilepaskan dengan syarat berkelakuan baik. Di Brazil, perogol budak dipenjarakan. Yang buat banduan penjara marah sangat kerana perogol berkenaan merogol bayi berusia 4 bulan. Ini makan dia!. Dengan kepala, dengan kemaluan kena potong. Beruntung sungguh perogol budak bawah umur di Malaysia. Apa nak jadi negara ku....

Berita rogol budak bawah umur di Malaysia baru baru ini:
Sumber 1 - http://www.harian-metro-online.com/mengaku salah

Sumber 2 - http://mstar.com.my/berita/mahkamah




Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

Bersalah rogol gadis bawah umur, Juruelektrik dibebas terlepas Hukuman Penjara & sebatan

Posted: 28 Aug 2012 09:07 AM PDT


Hukuman yang dikenakan ke atas juruelektrik berusia 22 tahun, Chuah Guan Jiu (gambar), Selasa, adalah sama seperti yang dikenakan terhadap bekas pemain boling skuad kebangsaan Noor Afizal Azizan yang melakukan kesalahan sama dua tahun lalu

GEORGE TOWN: Seorang lagi telah dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik atas atas kesalahan merogol. Kali ini ialah seorang juruelektrik yang didapati bersalah merogol teman wanitanya berusia 12 tahun sebanyak dua kali pada tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz mengarahkan Chuah Guan Jiu, 22, dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik. Beliau berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama.
"Kami juga megambil kira hakikat bahawa perbuatan seksual adalah persetujuan bersama dan dia juga seorang murid tercicir," katanya. Sitarun Nisa berkata pertimbangan lain ialah masa depan Chuah. Chuah, yang memakai kemeja dan seluar jeans biru, tidak menunjukkan sebarang emosi apabila hukuman itu dibacakan.

Pada 20 Julai, mahkamah mendapati dia bersalah merogol gadis berusia 12 tahun dan 10 bulan, di flat kediamannya di Air Itam antara 7 pukul pagi dan 1.00 petang pada 18 Julai tahun lepas, dan 2.25 hingga 2.45 keesokan harinya. Kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pada Isnin, DPP Lim Cheah Yit berkata Chuah telah memujuk gadis itu supaya ponteng sekolah dan mengikuti dia kembali ke flat atas alasan dia sakit. "Mereka telah bertemu dan tertuduh sepatutnya melindungi gadis itu tetapi sebaliknya telah mengambil kesempatan. Gadis tersebut banyak kali meminta tertuduh menghantarnya ke sekolah tetapi dia memberikan alasan tidak sihat dan membawanya ke rumahnya," kata Lim.

Bagi meringankan hukuman, peguam Yusuf Idris berkata anak guamnya memperoleh RM30 sehari dan tinggal bersama ibu bapa dan adik. "Ini adalah kesalahan pertama. Dia mempunyai pekerjaan tetap sekarang dan pada masa akan datang," katanya. Yusuf berkata anak guamnya telah insaf dan menggesa mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara memandangkan umur Chuah yang masih muda.

Hukuman ini dibuat selepas kes bekas pemain tenpin boling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 selepas dia mengaku bersalah merogol seorang gadis berusia 13 tahun.

Aku cuma nak kata: 
"Apa sudah jadi ngan HAKIM-HAKIM di Malaysia ni. Nak tunggu mak, isteri, anak atau cucu mereka kena rogol baru nak jatuh hukum penjara & sebat. Rogol budak bawah umur patut hukuman berat lah lagi. Kalau macam ini lah hukuman melakukan sek & merogol budak perempuan bawah umur, nampak gaya nya akan datang perogol2 akan menjadikan budak2 pulak sebagai target mereka."


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

Terlepas hukuman walaupun mengaku salah rogol gadis bawah umur

Posted: 13 Aug 2012 08:16 AM PDT

Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan.

PUTRAJAYA – Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman. Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik. Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma'ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel.

Pada 5 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor Afizal dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun 2009. Mahkamah Sesyen dalam perintahnya itu menimbang beberapa faktor termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaaan antara dia dan gadis itu. Dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada 20 September tahun lepas yang membenarkan rayuan dibuat oleh pihak pendakwaan yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengikat jaminnya. Dia dibenar ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.

Noor Afizal mewakili negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa sama mewakili Malaysia dalam kategori remaja selama lima tahun antara 2004-2008. Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa Thailand, April lalu. Dia dijangka meakili Kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin.- Bernama
Sumber - http://www.harian-metro-online.com

Aku cuma nak kata:
Melakukan hubungan sex dengan budak perempuan bawah umur tak kira sama ada suka sama suka atau paksa tetap dianggap merogol.

AktaPerlembagaanMalaysia:-
Mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Mengapa hakim hakim tak guna seksyen ini?. 


Sabit kesalahan hanya perlu berkelakuan baik Sebab ada potensi untuk menaikkan nama negara dan mempunyai masa depan yang cerah. Bagaimana pulak nasib budak yang di rogol??? Mengapa lah bukan anak2 atau adik kakak perempuan hakim hakim kes ni yang kena rogol.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

Tiada ulasan: