Jumaat, 24 Ogos 2012

PERAKITE

PERAKITE


Azwan tak mengakui Umi Hafilda sebagai adik

Posted: 24 Aug 2012 06:24 AM PDT


Azwan Ali enggan mengakui Umi Hafilda sebagai adik kandung lantaran kelancangannya memfitnah sesama ahli keluarga.
Beliau enggan dikaitkan dengan Umi Hafilda yang sebelum ini dikatakan pernah memfitnah selebriti yang terkenal dengan ungkapan 'Amboi, Amboi, Amboi' melalui catatan surat arwah bapa mereka bertarikh 18 Oktober 1998.

"Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Azman. Mereka itu saja darah daging saya," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.


Sebelum ini, Allahyarham bapa mereka, Ali Omar enggan mengakui Umi Hafilda sebagai anak, malah melarangnya pulang ke rumah keluarga di Kampung Kelang Gate, Setapak.



Berdasarkan surat itu, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Mengikut catatan bertarikh 18 Oktober 1998 itu, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.


Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan perbuatan Umi Hafilda mengheret ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, ke kancah politik bagi memburuk-burukkan Azmin ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri.


Azwan percaya ibunya diperalat Umi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.


Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kemelut fitnah itu kerana kemarahannnya terhadap Umni Hafilda sudah dipaparkannya melalui akaun twitternya.


"Empat hari berturut-turut, saya beri komen yang boleh menggemparkan dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti," katanya yang marah apabila ibunya diperalat untuk kepentingan Umno.


Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.


Enggan menyatakan parti mana yang disokongannya, beliau mengakui menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.


"Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah 'great leader' (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN," katanya.

Blog berkenaan berniat jahat, kata Mansor

Posted: 24 Aug 2012 02:03 AM PDT



Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menafikan mengguna perkataan sombong dan angkuh terhadap Ketua Menteri,Lim Guan Eng dalam perjumpaan bersama sekumpulan ahli PKR seperti dilaporkan media.
Sebaliknya beliau mengakui menggunakan perkataan tokong sebagai gelaran kepada Guan Eng berikutan sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri itu.
Mansor berkata,kenyataan yang kononnya beliau menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai sombong, angkuh dan tokong bertujuan memberi gambaran buruk tentang hubungan PKR dan DAP.
"Saya tidak pernah menggelarkan Ketua Menteri sombong dan angkuh dan saya tidak tahu dari sumber mana perkataan itu timbul sedangkan saya tidak mengatakanya.
"Yang pasti perjumpaan ini telah dirakam dan kemudianya disiarkan di dalam blog anti-Pakatan Rakyat dengan niat jahat untuk merosakkan jalinan dan hubungan baik antara PKR dan DAP di ambang pilihanraya dan cuba mengeruhkan lagi hubungan baik antara saya dan Ketua Menter," katanya pada sidang media, hari ini.
Yang turut hadir, Guan Eng, Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Salleh Man dan beberapa kepimpinan Kerajaan Negeri.
Dalam pada itu, Mansor menegaskan bahawa tidak ada langsung mesyuarat strategi parti sepertimana yang dilaporkan media sebaliknya pertemuan berkenaan adalah satu perjumpaan biasa antara ahli-ahli PKR dengan Pengerusi Perhubungan Negeri sahaja.

"Perbincangan tidak rasmi ini berpusat kepada hal-hal parti dan perkara berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Jadi tidak ada minit mesyuarat tersebut," katanya.
Perakite: Jika benar, blog berkenaan mungkin menyiarkan teks rakaman selepas ini. Blog berkenaan sebelum ini dilaporkan kononnya menyiarkan minit mesyuarat itu sebagai siri pertama sahaja.

parlimen akan dibubarkan dalam waktu terdekat

Posted: 24 Aug 2012 01:49 AM PDT


PARLIMEN AKAN DI BUBARKAN?

Mazlan Aliman

Ada maklumat dari sumber yg boleh dipercayai, parlimen akan dibubarkan dlm masa terdekat. Arahan telah dikeluarkan kpd menteri kabinet, khususnya Komponen BN agar siap sedia. Perisik BN dari SB, Military dan survey yg dibuat ini masa yg sesuai. Laporan telah dihantar kpd Majlis Keselamatan Negara.

Ikut laporan, sokongan Cina kpd Najib meningkat manakala melayu kekal pada tahap sekarang. Yang menariknya kata maklumat ini, usaha pecah belah PAS-DAP melalui isu hudud mula berhasil. Watak penting spt Ust Nasharudin Mat Isa, Karpal Singh dan beberapa kepimpinan PAS akan terus di eksploitasikan.

Lepas ini beberapa tokoh ulama spt Mufti, Ust Fathul Bari, Ulama yg kononnya bebas politik, tok guru pondok dll akan diheret secara agresif dlm isu hudud. BN perlukan lonjakan 5% lagi sokongan melayu utk kekal memerintah.

Saya dedahkan maklumat ini agar semua jentera parti bersiap sedia. Buka Bilik Gerakan dari cuti hariraya. Perkukuh kerjasama PR utk tolak propaganda yg kita sedang berpecah. Perbanyak Open House dan jemput seramai mungkin rakan taulan semua kaum.

Kalau boleh buat Open House atas nama Pakatan Rakyat. Promosi balik Buku Jingga dan Dokumen Negara Berkebajikan. Tingkatkan info isu2 utama spt NFC, FGVH, PTPTN, rasuah, penyelewengan dll.

Tutup mulut dari isu kontroversi. Fokus kpd usaha memenangi hati pengundi. Umumnya rakyat nak buat perubahan PRU kali ini. Namun, kemelut isu2 tertentu boleh menjejaskan keyakinan pengundi kpd PR.

PAKATAN RAKYAT lwn BARISAN NASIONAL. Bukan sesama sendiri...

Tiada ulasan: