Jumaat, 24 Ogos 2012

shalehudin

shalehudin


HOT: Azwan Ali nak mengamuk lagi... [BACA]

Posted: 24 Aug 2012 10:35 AM PDT

Ummi Hafilda Kantoi Lagi Di hari Raya...

Ada sumber mengatakan kerja-kerja bodoh yang dilakukan oleh Ummi Hafilda ini adalah hasil buah pemikiran seorang pemimpin UMNO yang terlibat dengan satu kes rasuah, beliau adalah Master Mind yang menggerakkan Ummi Hafilda untuk menyerang Anwar dan Azmin.

KETIKA umat Islam sedang meraikan hari kemenangan, ada seorang manusia tergamak mengheret ibunya sendiri ke kancah politik untuk mengaibkan abangnya sendiri.

Umi Hafilda, mencolek ibunya Mak Tom untuk beraya ke Melaka di salah sebuah resort, kemudian memanggil wartawan TV3 untuk menyiarkan kisah sedih Hari Raya mereka di perantauan.

Kononnya Mak Tom membawa diri sehingga beraya di perantauan kerana kecil hati dengan Azmin Ali, Timbalan Presiden Keadilan.

Apa yang melucukan, adik beradik Umi Hafilda yang lain tiada seorang pun yang sanggup melayan "kerja gila" beliau beraya di perantauan tak tentu pasal.

Terpaksalah Umi Hafilda menggunakan khidmat pelakon tambahan iaitu dua orang kanak-kanak yang tiada kaitan langsung dengan keluarganya untuk muncul di Buletin Utama TV3.

Di saat Umi Hafilda melakukan "kerja gila" beraya di Melaka, adik beradiknya yang lain pula berkumpul beramai-ramai di rumah kakak mereka di AU2 Hulu Kelang.

Manakala Azmin Ali beraya di Taiping Perak kerana mengikut giliran untuk beraya di kampung isterinya.

Kata Ummi Hafilda, kononnya Azmin Ali buang keluarga.

Tapi nampaknya dia sendiri yang melarikan diri daripada keluarga dan mencolek Mak Tom untuk beraya bersamanya di perantauan.

Segar di ingatan bagaimana Ummi mengheret Mak Tom ke dalam kereta Polis semata-mata mahu Mak Tom berkempen untuk Umno pada tahun 1999 dahulu...

Barangkali PRU 13 ini, Ummi Hafilda akan paksa Mak Tom jadi calon Barisan Nasional pula untuk menentang Azmin Ali di mana-mana kawasan yang ditandingi oleh beliau. Milosuam


MATI BERDIRI la nak tunggu Umno punya...

Posted: 24 Aug 2012 08:23 AM PDT

Hudud: Nik Aziz sokong Dr Asri
Rosak akidah inilah penyakit merbahaya dalam masyarakat. Ia lebih merbahaya dari sebarang virus di dunia.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa golongan yang mengkritik hudud sudah rosak akidah.
"Rosak akidah inilah penyakit merbahaya dalam masyarakat. Ia lebih merbahaya dari sebarang virus di dunia. Walau apapun bangsa di dunia; Arab, Melayu, Cina atau India sekalipun, kerosakan akidah ini padahnya ialah azab Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan digubal sebaik mungkin dengan mengumpul pandangan para pakar agar enakmen itu menjadi kenyataan.

Namun Nik Aziz mendakwa tindakan menghantar surat bagi menghalang pelaksanaan hudud bukan cara seorang Muslim, namun lebih kepada gerak langkah politik jahat.

Jelas beliau, hudud sudah dibentang sejak 19 tahun lalu namun sehingga kini Umno didakwa tidak mengambil langkah positif membentangkan 'hudud versi Umno' yang dikatakan adil.

`Pintu perbincangan masih terbuka'
"Saya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kritikan sekiranya ia mempunyai kelemahan. Datangkanlah alternatif dan buatlah pembetulan terhadap kelemahan. Jika ingin dibincang sekalipun, silakan. Para penggubal ada lagi yang masih hidup Alhamdulillah, pintu perbincangan masih terbuka. 
"Namun menghantar surat menghalang pelaksanaan hudud bukan merupakan cara seorang muslim. Ia lebih mirip kepada gerak langkah politik jahat yang tidak berminat kepada hukum Allah.Namun Umno khususnya bekas presidennya yang sudah bersara tidak pernah mengambil langkah positif membentangkan hudud versi Umno yang dikatakan adil itu. 
"Tempoh 19 tahun, satu huruf hudud ala Umnomasih belum wujud, jika manusia belajar selama 19 tahun, tetapi sedikitpun tidak mengerti, apa gelaran yang akan diberi? Mengaku sahaja Umno tidak berminat untuk melaksanakan hudud, apa yang dibisingkan hari ini hanya sekadar nyanyian politik semata-mata. Tangan menuding kepada orang lain, diri sendiri berkudis seribu," katanya yang juga Mursyidul Am Pas.
Jelas beliau, enakmen tersebut digubal dengan mengambil kira pandangan pakar-pakar perlembagaan dan undang-undang seperti Al-Marhum Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim dan Almarhum Datuk Seri Setia Prof Dr Mahmud Saedon Awang Othman.

Antara nama lain yang terlibat pula ialah Tun Salleh Abbas, Dr Abdullah Abu Bakar, Datuk Hasbullah Mohd Hassan, Datuk Wan Mutalib Embong, Datuk Harun Taib dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad. Jawatankuasa berkenaan dipengerusikan Timbalan Menteri Besar pada masa itu, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Beliau berkata enakmen itu sempurna tanpa kecacatan dan menyangkal bahawa ia digubal secara sambil lewa.

Dr Asri dalam laporan akhbar berkata, PAS memberi gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam.

Menurutnya, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan DUN Kelantan, menimbulkan salah faham hingga kini.

Katanya, sebagai contoh dalam kes rogol, enakmen itu tidak jelas dan Pengerusi DAP, Karpal Singh mungkin terkeliru dengan memikirkan hanya memerlukan empat saksi bagi menghukum pesalah.- FMT


PANAS: Dari maklumat dalaman Umno...

Posted: 24 Aug 2012 05:57 AM PDT

PARLIMEN AKAN DI BUBARKAN?

Ada maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat. Arahan telah dikeluarkan kepada menteri kabinet, khususnya Komponen BN agar siap sedia. Perisik BN dari SB, Military dan survey yang dibuat ini masa yang sesuai. Laporan telah dihantar kepada Majlis Keselamatan Negara.

Ikut laporan, sokongan Cina kepada Najib meningkat manakala melayu kekal pada tahap sekarang. Yang menariknya kata maklumat ini, usaha pecah belah PAS-DAP melalui isu hudud mula berhasil. Watak penting seperti Ust Nasharudin Mat Isa, Karpal Singh dan beberapa kepimpinan PAS akan terus di eksploitasikan.

Lepas ini beberapa tokoh ulama seperti Mufti, Ust Fathul Bari, Ulama yang kononnya bebas politik, tok guru pondok dan lain-lain akan diheret secara agresif dalam isu hudud. BN perlukan lonjakan 5% lagi sokongan melayu untuk kekal memerintah.

Saya dedahkan maklumat ini agar semua jentera parti bersiap sedia. Buka Bilik Gerakan dari cuti hariraya. Perkukuh kerjasama PR untuk tolak propaganda yang kita sedang berpecah. Perbanyak Open House dan jemput seramai mungkin rakan taulan semua kaum.

Kalau boleh buat Open House atas nama Pakatan Rakyat. Promosi balik Buku Jingga dan Dokumen Negara Berkebajikan. Tingkatkan info isu-isu utama seperti NFC, FGVH, PTPTN, rasuah, penyelewengan dan lain-lain.

Tutup mulut dari isu kontroversi. Fokus kepada usaha memenangi hati pengundi. Umumnya rakyat nak buat perubahan PRU kali ini. Namun, kemelut isu2 tertentu boleh menjejaskan keyakinan pengundi kepada PR.

PAKATAN RAKYAT lwn BARISAN NASIONAL. Bukan sesama sendiri.... FB


JOM TENGOK, Saifuddin sedang menyalak bukit

Posted: 24 Aug 2012 02:36 AM PDT

Saifuddin masih yakin PM pinda Seksyen 114A

Datuk Saifuddin Abdullah

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berharap pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak akan tetap meminda Seksyen 114A Akta Keterangan yang mencetuskan kebimbangan di kalangan segelintir rakyat negara ini.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini berkata, beliau akan cuba meyakinkan Perdana Menteri agar mengambil langkah supaya dipinda untuk membawa penambahbaikan yang diharapkan.
"Ini pendirian kerajaan pada hari ini. Pada masa yang sama, banyak pihak meminta ia dikaji semula dan dipinda supaya ia ditambah baik. 
"Saya harap ia akan dikaji semula seperti yang pernah kita lakukan dalam beberapa undang-undang, contohnya Akta Universiti dan Kolej Universiti. 
"Saya akan terus meyakinkan ketua-ketua saya untuk memindanya semula," kata beliau dalam satu kenyataan SMS kepada Sinar Harian Online, mengulas perkembangan terbaru berkenaan dengan polemik yang menyelubungi isu Seksyen 114A Akta Keterangan.
Saifuddin, Ahli Parlimen Temerloh, antara pemimpin BN yang pernah meminta agar Seksyen 114A dikaji semula menambah, "kita boleh melihat pengalaman negara lain yang juga mempunyai undang-undang untuk melindungi pengguna Internet."
"Contohnya, Internet Bill of Guarantee di Brazil. Apa yng penting ialah memastikan keselamatan pengguna dilindungi dengan tidak berlawanan dengan prinsip-prinsip keadilan sejagat, kebebasan bersuara dan demokrasi yang matang dan progresif," kata beliau lagi.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Seksyen 114A Akta Keterangan (Pindaan) 1950 yang dibentangkan di Parlimen pada April lalu akan terus kekal berikutan ia memberi kepentingan untuk melindungi rakyat.

Nazri berkata, ini kerana akta tersebut dapat mengurus negara dengan baik selain menentang sebarang cubaan pihak tertentu yang mahu merosakkan negara.

Katanya, beliau tidak boleh memperkecilkan sokongan yang diberikan oleh rakyat dan berhak mewakili rakyat yang telah memilih beliau.

Sehubungan itu, beliau berkata tiada keperluan untuk mengkaji semula pindaan akta terbabit.

Menurutnya, perkara itu juga tidak mendapat tentangan daripada pihak pembangkang ketika pindaan akta tersebut dibahaskan di Parlimen.

Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang digazetkan Julai lepas, dan ia mula mendapat reaksi pelbagai pihak dalam kalangan pengguna Internet.- SH


BEDEBAH: Kecik-kecik dah samseng...

Posted: 23 Aug 2012 10:47 PM PDT

Suspek bakar pelajar kena tahan

Kuala Lumpur: Selepas 10 hari diburu, polis semalam menahan suspek utama yang membakar teman wanitanya, pelajar tingkatan empat, di Wangsa Maju, di sini, minggu lalu.

Suspek yang berusia 19 tahun itu ditahan dalam serbuan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sentul di sebuah rumah panjang di Setapak Jaya sekitar jam 5 pagi semalam.

Turut ditahan seorang rakan lelaki dan empat wanita yang berada dalam rumah itu berusia 19 hingga 20 tahun juga didapati positif dadah.

Mereka dipercayai bersembunyi di rumah itu selepas kejadian membakar mangsa, Nur Rirzanah Mat Zaki, 16, jam 3.15 pagi, 13 Ogos lalu di kawasan semak berhampiran Flat Wangsa Sari, Seksyen 1, Wangsa Maju.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata beberapa bahan bukti yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan perbuatan terbabit termasuk pakaian mempunyai kesan petrol dan mesej berbaur ugutan antara suspek dan mangsa turut ditemui.
"Mereka ditahan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan bunuh dan direman selama lima hari bermula semalam," katanya ketika dihubungi BH semalam.
Polis juga tidak menolak kemungkinan perbuatan itu ada kaitan dengan cemburu.- BH


Iskk... Sampai hati Umi Hafilda buat camnie?

Posted: 23 Aug 2012 07:34 PM PDT

KETIKA umat Islam sedang meraikan hari kemenangan, ada seorang manusia tergamak mengheret ibunya sendiri ke kancah politik untuk mengaibkan abangnya sendiri.

Umi Hafilda, mencolek ibunya Mak Tom untuk beraya ke Melaka di salah sebuah resort, kemudian memanggil wartawan TV3 untuk menyiarkan kisah sedih Hari Raya mereka di perantauan.

Kononnya Mak Tom membawa diri sehingga beraya di perantauan kerana kecil hati dengan Azmin Ali, Timbalan Presiden Keadilan.

Apa yang melucukan, adik beradik Umi Hafilda yang lain tiada seorang pun yang sanggup melayan "kerja gila" beliau beraya di perantauan tak tentu pasal.

Terpaksalah Umi Hafilda menggunakan khidmat pelakon tambahan iaitu dua orang kanak-kanak yang tiada kaitan langsung dengan keluarganya untuk muncul di Buletin Utama TV3.

Di saat Umi Hafilda melakukan "kerja gila" beraya di Melaka, adik beradiknya yang lain pula berkumpul beramai-ramai di rumah kakak mereka di AU2 Hulu Kelang.

Manakala Azmin Ali beraya di Taiping Perak kerana mengikut giliran untuk beraya di kampung isterinya.

Kata Ummi Hafilda, kononnya Azmin Ali buang keluarga. Tapi nampaknya dia sendiri yangmelarikan diri daripada keluarga dan mencolek Mak Tom untuk beraya bersamanya di perantauan.

Segar di ingatan bagaimana Ummi mengheret Mak Tom ke dalam kereta Polis semata-mata mahu Mak Tom berkempen untuk Umno pada tahun 1999 dahulu...

Barangkali PRU 13 ini, Ummi Hafilda akan paksa Mak Tom jadi calon Barisan Nasional pula untuk menentang Azmin Ali di mana-mana kawasan yang ditandingi oleh beliau.

ReJaM© "Woi Ummi! Hari Raya bukan hari untuk buat kerja gila kah kah kah... "



Tiada ulasan: