Jumaat, 24 Ogos 2012

Addin

Addin


Panas!! Azwan Ali Tak Mahu Mengaku Umi Hafilda Adiknya Lagi..

Posted: 24 Aug 2012 10:06 AM PDT


Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali enggan mengakui Umi Hafilda sebagai adik kandung lantaran kelancangannya memfitnah sesama ahli keluarga.

Beliau enggan dikaitkan dengan Umi Hafilda yang sebelum ini dikatakan pernah memfitnah selebriti yang terkenal dengan ungkapan 'Amboi, Amboi, Amboi' melalui catatan surat arwah bapa mereka bertarikh 18 Oktober 1998.

"Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Azman. Mereka itu saja darah daging saya," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.


Sebelum ini, Allahyarham bapa mereka, Ali Omar enggan mengakui Umi Hafilda sebagai anak, malah melarangnya pulang ke rumah keluarga di Kampung Kelang Gate, Setapak.

Berdasarkan surat itu, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut catatan bertarikh 18 Oktober 1998 itu, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.

Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan perbuatan Umi Hafilda mengheret ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, ke kancah politik bagi memburuk-burukkan Azmin ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri.



Sebelum ini, Allahyarham bapa mereka, Ali Omar enggan mengakui Umi Hafilda sebagai anak, malah melarangnya pulang ke rumah keluarga di Kampung Kelang Gate, Setapak.Berdasarkan surat itu, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut catatan bertarikh 18 Oktober 1998 itu, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan perbuatan Umi Hafilda mengheret ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, ke kancah politik bagi memburuk-burukkan Azmin ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri. ~kd

Ugutan Mahathir Bukti BN Bakal Tumbang PRU13

Posted: 24 Aug 2012 08:37 AM PDT

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kenyataan Tun Mahathir Mohamad kononnya peralihan kuasa kerajaan pusat adalah sebesar-besar bahaya membuktikan mantan Perdana Menteri akur dan mengakui trend sokongan rakyat pada PRU-13 akan menyebabkan Umno/BN tumbang menyembah bumi.SAMM percaya rakyat akan meneruskan fasa kebangkitan tsunami 2008 yang menyaksikan lima negeri BN tumbang pada PRU-12 dan kebangkitan rakyat di PRU-13 akan menyebabkan regim BN hilang kuasa sebagai pemerintah.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, bukan omong kosong, namun dengan pelbagai isu dan skandal rasuah, penyelewengan serta salahguna kuasa, salahguna hari kemerdekaan dan termasuklah kebangkitan luar biasa rakyat Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi 'fixed deposit' BN, faktor jelas ini menguatkan lagi hujah betapa Umno/BN bakal kehilangan kuasa pada PRU-13."Situasi inilah yang menggusarkan seorang bekas Perdana Menteri lantas terbitlah kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi."Mungkin Mahathir terlupa maka SAMM ingin mengingatkan bahawa lima kerajaan negeri telah berubah pada Mac 2008 di mana salah satu kerajaan negeri bukan BN telah bertahan sejak 1990. Peralihan kuasa kerajaan negeri ini berlaku dengan aman, tiada kucar-kacir.

"Jika ada pun kucar-kacir, ia hanya berlaku pada malam kemenangan Barisan Rakyat (kini Pakatan Rakyat) di mana staf kerajaan negeri yang tiba-tiba bertugas pada malam tersebut bertungkus lumus melupuskan dokumen 'rahsia' ke dalam mesin shredder."Tidak cukup dengan itu, dokumen yang telah terkirai itu dibakar pula bagi menghilangkan 'bukti'. Kejadian seumpama ini mungkin berlaku pada malam pengiraan undi PRU-13 dengan lebih panik kucar-kacirnya di Putrajaya sekiranya BN tumbang", katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Negeri Pakatan diiktiraf

Tambahnya lagi, SAMM juga telah membuat sedikit kajian dan pemantauan mendapati perubahan yang berlaku di lima buah negeri (sekarang empat yang dikuasai Pakatan Rakyat menunjukkan tanda positif dari pelbagai sudut khususnya dalam soal pengurusan, penjimatan, kadar FDI masuk yang tinggi dan juga kebajikan rakyat."Semua negeri Pakatan Rakyat juga diiktiraf akan ketelusan dalam pentadbiran. Polisi kebajikan yang diamalkan oleh kerajaan negeri PR juga tidak menyebabkan negeri bankrap malah keuntungan berganda dalam banyak sektor hasil dari amalan berjimat dan perbelanjaan berhemah.

"Dalam keadaan kerajaan pusat yang menekan, menyerang dan pengagihan hasil bumi yang tidak adil, kerajaan negeri tetap stabil dan bertahan. Rata-rata rakyat menerima Pakatan Rakyat sebagai peneraju kerajaan negeri dan bersedia untuk giliran menukar kerajaan pusat",katanya."Maka di atas kejayaan pentadbiran sepenggal Pakatan Rakyat di beberapa kerajaan negeri, di manakah bahaya dan bahana yang disebut Mahathir? Ataupun sebenarnya ada sesuatu yang amat ditakuti oleh bekas PM ini jika kerajaan pusat berubah tangan?Dalam blognya, Mahathir juga cuba menyamakan Datuk Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang menjanjikan 'perubahan' dalam kempen pilihanraya masing-masing.Perbandingan seperti ini adalah tidak relevan kerana latar belakang dan polisi perubahan yang berbeza. Namun SAMM melihat persamaan yang lebih relevan seperti yang dimaksudkan Mahathir ialah antara Obama dengan janji perubahannya dan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan transformasi palsu serta janji yang tidak pernah ditepatinya (Janji BERSIH Pilihanraya).Salah satu para kenyataan Mahathir begitu mencuit hati kononnya "tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali dan pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan" – seolah-olah Mahathir sedang bercakap di depan cermin, kerana apa yang disebut itu adalah resam regim Umno BN, dan di atas resam sebegini jugalah menjadi faktor penting mengapa rakyat perlu menolak BN dan mengundi 'Asalkan Bukan Umno'.'Syaitan dan malaikat'Di para terakhir kenyataan Mahathir begitu mengejutkan dan juga agak menakutkan yang berbunyi "Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal".Edy berkata, SAMM sebagai anak muda progresif menghadapi sedikit kesukaran mentafsir, namun akhirnya tafsiran paling sesuai untuk kenyataan ini ialah Mahathir menyeru agar lebih baik mengundi "syaitan yang dikenali" dalam BN dari mengundi "Malaikat yang belum pasti" dalam Pakatan Rakyat. Tafsiran yang menyamakan BN dengan syaitan ini tidaklah begitu pelik kerana Mahathir juga pernah menyebut Umno itu busuk hingga ke ususnya."Nyata sekali kenyataan Mahathir kononnya bahaya menukar kerajaan pusat adalah umpama ugutan dari ular sawa lumpuh kekenyangan yang dihimpit usia dan tidak perlu ditakuti oleh rakyat yang kian celik membuat perhitungan."Rakyat hari ini tidak mudah dipengaruhi sentiment hasutan dan ugutan. Madu di tangan kanan dan racun di tangan kiri, rakyat sudah bijak membuat pilihan antara madu (PR) dan racun (BN)", jelas beliau."Akhir sekali SAMM menyeru kepada semua untuk bersama merintis perubahan, kita harus percaya dengan perubahan ini dan tuhan bersama orang yang ingin kepada perubahan (kebaikkan)."SAMM juga turut mendoakan supaya Mahathir panjang umur untuk menjadi saksi hidup tumbangnya sebuah regim penyambung legasi penjajah," tambah beliau.Anak Muda Yang Berbangga Dengan Perjuangan Islam Ni Walaupun Berada Nun Jauh Di Perantuan..PAS Di Musim Salji..

Gambar Menarik Rafizi Ramli Semasa Kempen Turunkan Harga Kereta

Posted: 24 Aug 2012 04:58 AM PDT









Jawapan TKM1 P.Pinang Berkenaan Isu Lim Guan Eng 'Angkuh, Sombong'

Posted: 24 Aug 2012 01:26 AM PDT

GEORGETOWN-Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menafikan menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Ketua Menteri,Lim Guan Eng dalam perjumpaan bersama sekumpulan ahli-ahli PKR seperti yang dilaporkan media.Sebaliknya beliau mengakui menggunakan perkataan tokong sebagai gelaran kepada Guan Eng berikutan sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri itu.

Mansor berkata,kenyataan yang kononnya beliau menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai sombong, angkuh dan tokong bertujuan memberi gambaran buruk tentang hubungan PKR dan DAP."Saya tidak pernah menggelarkan Ketua Menteri sombong dan angkuh dan saya tidak tahu dari sumber mana perkataan itu timbul sedangkan saya tidak mengatakanya.

"Yang pasti perjumpaan ini telah dirakam dan kemudianya disiarkan didalan blog anti-Pakatan Rakyat dengan niat jahat untuk merosakkan jalinan dan hubungan baik antara PKR dan DAP di ambang pilihanraya dan cuba mengeruhkan lagi hubungan baik antara saya dan Ketua Menter," katanya pada sidang media, hari ini.

Turut hadir, Guan Eng, Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Salleh Man dan beberapa kepimpinan Kerajaan Negeri.Dalam pada itu, Mansor menegaskan bahawa tidak ada langsung mesyuarat strategi parti sepertimana yang dilaporkan media sebaliknya pertemuan berkenaan adalah satu perjumpaan biasa antara ahli-ahli PKR dengan Pengerusi Perhubungan Negeri sahaja.

"Perbincangan tidak rasmi ini berpusat kepada hal-hal parti dan perkara berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13."Jadi tidak ada minit mesyuarat tersebut," katanya. ~sinarharian



Dr. Asri Kata Lagu "Janji Di Tepati" Buruk.. Petanda Umno Makin Nazak

Posted: 24 Aug 2012 12:13 AM PDT


Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin @MAZA apabila buat julung kali mendengar lagu Janji Ditepati liriknya hasil titik peluh dan idea Datuk Seri Rais Yatim, terus beliau rasa menyampah.


Kalau insan seperti beliau yang terkenal sebagai penerima secara berlapang dada dan berdingin kepala apa jua pandangan yang bersongsang dengannya pun boleh meluat, apakah kita sebagai rakyat biasa boleh menerimanya?.

Maka tidak salah jika selama ini rakyat sudah memasakkan dalam jiwa dan minda mereka yang UMNO sememangnya dalam keadaan nazak dan terdesak... Menunggu masa untuk ditolak.


Rusuhan 13 Mei.. Rupa-Rupanya Kita Di Perbodohkan Oleh Pemimpin Umno

Posted: 23 Aug 2012 08:20 PM PDT


Laporan yang mendedahkan punca sebenar tercetusnya tragedi 13 Mei ini telah disiarkan oleh Malaysiakini pada 11 Mei 2007.."Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang Cina telah dibakar.

"Pada jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu gerombolan berkumpul seperti lebah di persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road. Lebih banyak kenderaan dipecahkan dan rumah kedai orang Cina dibakar. "Pekedai Cina dan India di Batu Road telah bergabung membentuk satu 'pasukan pertahanan kawasan' dengan bersenjatakan apa sahaja yang sempat dicapai parang, kayu, batang besi dan botol. "Apabila kumpulan orang Melayu beredar, maka penduduk terbabit terus tertindak balas. Bahagian depan kedai dan kereta yang disyaki milik orang Melayu telah dipecahkan atau dibakar.

"Polis tiba kira-kira jam 9 malam tetapi tidak berkawal di situ. Kemudian, trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (pasukan pencegah rusuhan) dan Regimen Askar Melayu beredar dari situ" (Petikan daripada catatan wartawan Far Eastern Economic Review, Bob Reece, mengenai apa yang disaksikan dengan matanya sendiri berlaku pada 13 Mei 1969 selepas sekumpulan pemuda Melayu berkumpul di luar rumah Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris lewat petang hari berkenaan). Sudah hampir empat dekad berlalu selepas tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 Bagaimanapun, apakah yang mencetuskan rusuhan paling buruk dalam sejarah 50 tahun Malaysia, yang mengorbankan 196 nyawa (mengikut rekod rasmi), masih menjadi rahsia, dan sehingga ini terdapat pelbagai versi mengenainya.

'Versi rasmi' menyebut rusuhan tersebut berpunca daripada tindakan provokasi penyokong pembangkang yang didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk. 'Semuanya karut' Bagaimanapun, pihak pembangkang telah menyangkal kebenaran versi tersebut. Terdapat teori-teori lain yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Kekurangan maklumat awam mengenainya menjadi batu penghalang bagi mereka yang ingin mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku.

Tetapi satu set dokumen yang baru dideklasifikasikan di London, telah membuka peluang kepada ahli sosiologi, Dr Kua Kia Soong untuk mencari kebenarannya. Pada akhir tahun lalu, Pengetua Kolej New Era itu telah mengambil cuti belajar selama tiga bulan untuk meneliti rekod dan dokumen di Pejabat Rekod Awam di London mengenai tragedi 13 Mei yang telah dideklasifikasikan selepas luputnya tempoh 30 tahun dokumen berkenaan dideklasifikasi sebagai rahsia. Hasil kajiannya ke atas dokumen yang dideklafisikasikan itu yang telah dikompilasikan dalam buku terbaru Dr Kua yang akan dilancarkan Ahad ini mendapati rusuhan 13 Mei itu bukanlah berpunca daripada keganasan kaum, sepertimana yang telah digambar kepada rakyat Malaysia.

"Sejarah (rasmi peristiwa) 13 Mei penuh dengan karut-marut, ia tidak mendedahkan apa-apa. Ia meletakkan kesalahan itu ke atas parti pembangkang yang sebenarnya tidak benar, mereka bukan menjadi puncanya," kata Dr Kua kepada malaysiakini dalam satu temubual baru-baru ini. "Buku saya itu menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab adalah golongan kapitalis (dalam Umno), elemen-elemen dalaman yang merancang dan melaksanakan pelan ini. Ada rancangannya berdasarkan kepada mereka yang berkumpul di kediaman menteri besar (Selangor).

"Terdapat dokumen dan laporan risikan yang menunjukkan perkara itu. Sejarah rasmi perlu mendedahkan kebenaran dan bukannya meletakkan kesalahan kepada setiap orang yang sepatutnya tidak harus dipersalahkan," kata aktivis sosial dan pendidikan itu. Dr Kua menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu 'coup d'etat' atau rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika itu yang disokong oleh polis dan tentera untuk merampas kuasa daripada aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru Melayu. Plot menumbangkan Tunku

Beliau berpendapat, rusuhan itu adalah perbuatan 'samseng Melayu' yang disokong oleh ahli-ahli politik di belakang rancangan rampasan kuasa tersebut. Sebagai contohnya, kata beliau, "sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua penjuru" pada 13 Mei untuk berkumpul di kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk polis dan tentera yang boleh dipersoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan sahaja apa yang sedang berlaku. Tambahnya, dokumen-dokumen itu juga menunjukkan, kurang daripada seminggu selepas rusuhan tersebut, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, yang mempengerusikan Majlis Operasi Negara, diberikuasa penuh untuk mentadbir negara satu petanda wujudnya komplot mengenainya.

Manakala perbincangan mengenai perancangan masa depan telahpun dijalankan sebelumnya, termasuk Dasar Kebudayaan Negara (diumumkan pada 1971). Satu dokumen rahsia dari pejabat kabinet Britain yang dimuat dalam buku tersebut, menunjukkan, tidak sampai seminggu selepas rusuhan itu berlaku, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dapat mengesan apa yang sedang dirancang oleh Tun Razak untuk memperkukuhkan ketuanan Melayu, meminggirkan kaum Cina dan mengenepikan Tunku'. Dr Kua turut mempersoalkan peranan anggota pasukan keselamatan dalam peristiwa berdarah 13 Mei itu.

"Malah, ketika itu, kalangan diplomatik (juga bertanya-tanya) mengapakah, pada hari rusuhan itu berlaku, Razak bertemu dengan pegawai tertinggi polis dan tentera, tetapi mereka tidak berbuat apa-apa," katanya. Lebih menarik lagi, kata Dr Kua, pasukan keselamatan Malaysia adalah sebuah pasukan yang berpengalaman luas sewaktu melancarkan peperangan terhadap pengganas komunis antara tahun 1948 dan 1960 dan bereputasi tinggi. "Merekalah yang berjaya menghapuskan penentangan komunis yang membabitkan operasi yang lebih sukar daripada mengawal rusuhan, tetapi mereka tidak dapat mengawal (rusuhan) pada 1969 selama berhari-hari, berminggu-minggu," soalnya.

Ekoran itu, Dr Kua membuat kesimpulan: "Peristiwa 13 Mei adalah satu helah untuk merampas kuasa saya bukanlah orang pertama yang berkata bahawa ia adalah satu rampasan kuasa, tetapi saya menyediakan dokumen yang menunjukkan bahawa ia adalah satu rampasan kuasa." Jumlah korban tidak diketahui Dokumen yang telah dideklafisikasikan itu termasuk laporan-laporan yang dibuat oleh wartawan asing yang berada di Kuala Lumpur pada masa itu, laporan kakitangan Pesuruhjaya Tinggi British yang memantau insiden tersebut dan pelbagai lagi laporan sulit dari kalangan diplomat.

Ini dianggap pertamakalinya satu catatan lengkap mengenai tragedi tersebut akan dapat ditatapi rakyat Malaysia, kerana banyak laporan wartawan asing telah diharamkan di samping tiada akses terhadap dokumen tempatan. Bagaimanapun, apa yang tidak dapat dipastikan dalam buku tersebut adalah satu lagi rahsia, iaitu jumlah sebenar korban tragedi tersebut. Angka rasmi korban rusuhan 13 Mei adalah 196 orang, 180 cedera akibat senjatapi dan 259 lagi cedera kerana senjata lain, 9,143 orang ditangkap dan 5,561 daripadanya didakwa di mahkamah, 6,000 kehilangan tempat tinggal, dan sekurang-kurangnya 211 kenderaan dan 753 bangunan telah musnah atau mengalami kerosakan.

Dokumen yang telah dideklasifikasikan dan dokumen antarabangsa yang lain pada masa itu menganggarkan jumlah korban yang lebih tinggi tetapi angka sebenarnya tidak diketahui, tetapi majoriti korban tersebut dikatakan dari kalangan orang Cina. Dr Kua berkata, beliau berharap dapat memecahkan mitos tersebut melalui penerbitan bukunya. "Iaitu rusuhan kaum akan berlaku bila orang Melayu tidak merasa senang, itulah sebabkan mengapa kita perlukan Dasar Ekonomi Baru, polisi tindakan afirmatif dan yang lain-lainnya, jika tidak orang Melayu tidak merasa senang dan rusuhan akan tercetus.

"Ini adalah mitos pertama yang kita perlu uraikan kerana dokumen-dokumen menunjukkan sesetengah mereka yang mencetuskannya (tragedi 13 Mei) bersubahat dengan pihak polis dan tentera," katanya. Mitos kedua, kata Dr Kua, ahli akademik dan ahli teori majmuk yang memegang pandangan bahawa rusuhan akan berlaku secara semulajadi dalam negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum. Sebaliknya, kata beliau, orang Melayu, Cina dan India tidak secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk bergaduh sesame mereka.

"Ia tidak berlaku macam itu," tambahnya. Ditanya sama ada beliau bimbang pihak berkuasa akan bertindak mengharamkan bukunya itu sepertimana yang berlaku kepada buku mengenai pergaduhan di Kampung Medan, Dr Kua berkata: "Dalam zaman internet, apa maknanya apabila sesebuah buku itu diharamkan? Kita boleh siarkannya di lamanweb, anda boleh buat apa saja". ~malaysiakini

Tiada ulasan: