Khamis, 16 Ogos 2012

PENOREH GETAH

PENOREH GETAH


PAS,PKR dan DAP

Posted: 16 Aug 2012 06:51 AM PDT

PAS,PKR dan DAP adalah parti yang mempunyai kelebihan masing-masing dari sudut pandangan pengundi-pengundi diMalaysia. Rakyat mempunyai citarasa sendiri terhadap parti politik yang mereka pilih. Gabungan diatas nama 'Tahalluf Siyasi' adalah gabungan yang bermatlamatkankan untuk meruntuhkan kezaliman dan kecurangan yang
dilakukan oleh kerajaan BN juga bagi membina sebuah kerajaan yang lebih baik,adil,bersih,makmur dan untuk kesejahteraan rakyat. Gabungan ini telah terbukti menghasilkan satu kekuatan yang menggerukan BN, sehingga mereka sedaya upaya menaburkan fitnah untuk meleraikan kesepakatan ini.

Pelbagai isu dipermainkan, DAP menolak hudud, PKR menguasai pakatan mengatasi PAS, PAS gagal pertahankan dasar Islam bila berada dalam pakatan dan sebagainya, tidak kurang juga spekulasi politik dan usaha untuk melagakan pimpinan pakatan. Semua ini untuk melemahkan jentera pakatan dan cubaan untuk memecah kesepakatan jiwa pejuang pakatan sehingga kita semua berada pada tahap yang paling lemah untuk dikalahkan oleh mereka.

Bagi PAS kita telah lama untuk mengajak UMNO kepada perlaksanaan Islam, dasar PAS ditolak mentah-mentah oleh UMNO, malahan PAS dituduh sebagai parti yang menggunakan agama untuk kepentingan politik, malahan Ulama dan aktivis PAS diperangi sehingga ada yang terpenjara dan dibunuh, sikap prejudis UMNO terhadap PAS dan Islam menyebarkan dakyah sehingga turut mengheret rakyat memahami PAS dalam bentuk yang negatif. UMNO tidak henti-henti menyebarkan dakyah sehingga usaha PAS untuk menegakkan hukum Allah SWT pun dipolitikkan UMNO sehingga Malaysia menjadi tengik dan busuk bau lendir fitnah pemimpin UMNO terhadap PAS, bukan sahaja dari lidah manusia kuno yang tidak pernah menggosok gigi malahan dari mulut para mufti.

PAS dituduh sebagai Parti ajaran sesat, malahan ada pemimpin UMNO yang gunakan istilah PAS, "Parti Ajaran Syaitan". Usaha keras mereka untuk menjauhkan PAS dari label Islam dari dulu, kini dan selama-lamanya, tetapi kita tetapi yakin Islam sentiasa berada dibawah pemeliharaan Allah SWT, siapa yang berpegang dengan Islam beerti ia berpegang dengan simpulan tali yang kukuh. Kini PAS diperkuatkan dengan rakan gabungan pakatan, jika dahulu hanya pengundi PAS sahaja yang mengundi PAS, kini mereka yang menyokong PKR dan DAP juga telah memberi undi kepada PAS. begitu juga dengan mereka. Sikap UMNO yang prejudis terhadap PAS menyebabkan terbinanya benteng pemisah yang semakin tebal untuk kita meletakkan satu harapan yang lunak agar UMNO menerima dasar Islam yang dibawa oleh PAS.

Setakat ini pakatan ini telah melansungkan jalinan permuafakatan yang baik, dasar PAS telah diketahui oleh rakan gabungan, mereka tidak pernah mempertikaikan dasar yang PAS bawa sebagaimana UMNO menentangnya. Tidak mungkin kita boleh menyemai benih buahan yang ranum sekiranya berada didalam belantara, semak samun yang tebal, dihuni pula haiwan pemangsa, liar, ganas dan rakus, sentiasa bernafsu untuk merosakkan semaian yang ditanam. Kita bergotong royong dahulu untuk membersihkannya dan menghalau parasit ganas yang pastinya akan merosakkan semaian kita. Setelah semuanya bersih barulah kita semai benih-benih kebaikan bersama.

Orang yang tidur sebantal dengan kita meskipun berlainan mimpi adalah lebih baik daripada orang yang merampas bantal nyenyak kita. PKR dan DAP adalah rakan gabungan kita, mereka memahami hasr
rat kita dan melayani kita sebagai rakan, orang yang bersahabat dengan kita adalah lebih baik dari orang yang memusuhi kita. Berdakwah kepada orang yang menyantuni kita adalah lebih berharapan daripada kepada musuh yang secara terang menebang cita-cita dan harapan kita. Kita bina dan perkuatkan dahulu ikatan pakatan untuk menebang belantara kejahatan ,kemudian sama-sama kita semaikan benih-benih kebaikan bersama. InsyaAllah apa yang kita bawa datangnya dari Allah SWT, tiada yang sebaik ciptaan Allah SWT, kalaulah mereka bergabung dengan kita kerana mereka bencikan kejahatan nescaya mereka juga akan mencintai kebaikan, pada ketika itulah Agama Allah SWT pasti akan berada ditempat yang paling tinggi. Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar.

Tiada ulasan: