Khamis, 16 Ogos 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Prosiding Kes Perbicaraan 'Blogger' Cucumatkilau Saman Utusan, 'Keputusan Pembatalan' 28 Ogos !

Posted: 16 Aug 2012 01:50 AM PDT

KUANTAN, 16 Ogos - Keputusan Utusan Melayu (M) Berhad untuk membatalkan saman yang dibuat oleh Blogger Cucumatkilau (foto), bakal didengar semula pada 28 Ogos 2012 ini. Demikian ditegaskan oleh peguam Plaintif, Mohd Harris Abdullah (foto) hari ini. Menurut beliau, hakim memerlukan lebih masa untuk membaca segala keterangan yang dibuat oleh pihaknya terhadap kes tersebut. Sebelum ini, akhbar milik UMNO itu yang diwakili oleh peguam mereka tetuan Izral dan Shamir daripada firma guaman Tetuan Izral Partnership yang beribupejabat di Kuala Lumpur itu mahu membatalkan saman RM30 juta yang dibuat blogger terbabit berkaitan penerbitan artikel "Cucu Mat Kilau Keluar PKR: Dulu Pernah Cium Anwar Kini Tidak Sanggup Lagi menipu Diri Sendiri" dalam akhbar itu pada 27 November 2010 yang lalu. Susulan pendedahan itu, rakan-rakannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat mula menjauhkan diri sehingga beliau tiada pilihan lain selain mengundur diri dari persada politik kepartian pada 11 Februaru 2011. Angkara artikel itu juga, kini anak guamannya tidak diterima menyertai mana-mana parti politik di negara ini. Malah, beliau yang juga bekas calon PKR bertanding di DUN Kemayan (Parlimen Bera) pada pilihan raya umum ke-12 lalu kini tidak ada peluang untuk bertanding menggunakan platform parti politik pada PRU-13 ini. Masa depan politiknya kabur lantaran fitnah yang dilemparkan oleh Utusan Malaysia itu. Menurut Harris lagi, pihak hakim ada mengarahkan mereka menarik balik tuntutan saman tersebut dan membuat permohonan baru. Namun, beliau yakin keputusan akan berpihak kepada anak guamannya berdasarkan bukti serta dokumen berkaitan. Justeru beliau berharap, hakim akan meneruskan kes tersebut dalam keputusan yang akan dibuat pada 28 Ogos ini. Tambahan pula apa yang dipertikaikan oleh pihak defenden (Utusan) hanyalah masalah teknikal dan bukan fakta kes berkenaan katanya. Turut berada di Mahkamah Tinggi Kuantan pagi tadi ialah Saudara Razali Alias iaitu Ketua Penerangan PKR Pahang.


Peguam Mohd Harris Abdullah dan Razali Alias diluar Mahkamah pagi tadi

Rais Yatim: Kabinet Sedia Teliti Seksyen 114A Akta Keterangan Tetapi Tiada Cadangan Untuk Pinda !!

Posted: 15 Aug 2012 01:43 PM PDT

PUTRAJAYA, 16 Ogos - Kabinet sedang meneliti Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang hebat diperkatakan dalam alam maya ketika ini selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (foto). Beliau berkata kerajaan mempunyai pendirian yang teguh mengenai perkara itu, namun setakat ini tidak ada ada cadangan untuk sebarang pindaan baru terhadap Akta berkenaan. Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang digazetkan Julai lepas, dan ia mula mendapat reaksi pelbagai pihak daripada kalangan pengguna internet. Kempen-kempen tentangan terhadap akta itu dibuat oleh pertubuhan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan sepanduk yang dibuat oleh pertubuhan itu melalui laman facebook dengan tajuk 'Stop 114A' itu dimuat turun oleh pelbagai pengguna internet dalam negara. Perkembangan itu dengan pantas menarik perhatian Najib yang ketika ini berada di Makkah untuk Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang terus mengarahkan kabinet membincangkan perkara itu, menerusi ruang twitternya semalam. Rais berkata kabinet sudah mendapat ilham daripada apa yang ditweet oleh perdana menteri berhubung isu itu, dan Seksyen berkenaan sedang diteliti dengan rapi ketika ini. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Masjid Putra di sini. Terdahulu dalam ucapannya, Rais meminta supaya kesatuan ummah di Malaysia diperkukuhkan lagi agar Islam terus berkembang.

[Nampak benar Rais Yatim tidak memahami kehendak rakyat dalam isu ini sebenarnya. Tergamak beliau mengatakan kabinet sedia mengkaji akta tersebut tetapi tetap teguh dengan keputusan asal dan tiada sebarang pindaan baru akan dilakukan. Jika itu senarionya, maka apa guna kabinet mahu mengkajinya. Apa yang pasti memang nampak jelas kerajaan kini takut berhadapan dengan rakyat menerusi platform media baru. Walhal, mereka juga menggunakan media baru untuk menyerang pembangkang. Malah, mereka juga punyai media arus perdana untuk menyiarkan dakyah berterusan agar rakyat benci dan menolak pembangkang pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Maka, itu kenapa perlu akta yang boleh menzalimi semua orang di zaman siber era globalisasi ini?. Sewajarnya akta tersebut dibatalkan kerana ia jelas melanggar hak-hak asasi manusia. Inilah yang berlaku bila kerajaan terlalu takut untuk berhadapan dengan rakyat hatta menerusi media baru sekali pun. Maka itu akta ini wajarlah dihapuskan!].

Pemimpin PAS Mula "Attack" Nasharuddin, Gara-Gara Foto Beliau Dengan Najib Di Mekah Tersebar

Posted: 15 Aug 2012 01:04 PM PDT



Penyebaran gambar panas Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika bersama Tokoh Ulama Arab Saudi Sheikh Dr. Abdullah Hamad Al Jalaly dan Mufti Masjid Haram Makkah, Sheikh Dr. Sulaiman Al Salumi semasa pertemuan beliau dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Keempat Isnin lalu, telah menyebabkan ramai pemimpin dan penyokong PAS melenting. Senario yang sama mungkin akan berlaku kepada Nasharuddin, seperti Dr. Hassan Ali sebelum ini. Banyak kenyataan yang dikeluarkan dari Dewan Pemuda sehinggalah kepada Menteri Besar Kelantan semuanya kini menjurus ke arah "kempen" untuk menyingkirkan terus beliau dari PAS. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan semalam telah meminta beliau supaya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok. Ikutilah penjelasan pemimpin PAS ini.

Nik Aziz Tidak Hairan Nasharuddin Keluar PAS

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas Timbalan Presiden PAS tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah, pada Selasa. "Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden PAS boleh masuk UMNO, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya. Akhbar semalam memaparkan gambar Nasharuddin menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi. Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan UMNO-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz. Pada Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden kepada Mohamad Sabu. Nik Abdul Aziz juga berkata adalah lebih baik bagi dia meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.

Mahfuz Cabar Nasaruddin Berdepan Majlis Syura

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (foto) mencabar bekas timbalan presiden parti itu Nasharuddin Mat Isa berdepan dengan Majlis Syura jika tidak setuju dengan hubungan PAS-DAP dalam Pakatan Rakyat. "Kalau beliau ada pandangan berbeza dengan Majlis Syura Ulama, beliau perlu berani berhujah dengan ahli Majlis Syura yang lain. "Persoalannya, adakah beliau rasa takut untuk berhujah dengan mereka? "Adakah beliau tidak cukup ilmu yang beliau miliki untuk bertemu dalam mesyuarat?" sindir ahli parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz mengulas kenyataan Nasharuddin yang mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud, seperti dilaporkan TV3 dan Utusan Malaysia. Nasharuddin salah seorang anggota Majlis Syura PAS, badan tertinggi pembuat keputusan dan dasar parti tersebut.

[Desakan-desakan yang muncul sekarang hanyalah pembuka tirai kepada langkah yang lebih besar iaitu untuk menguggurkannya daripada senarai calon. Dengan trend yang ada sekarang, kita tidak nampak siapakah yang akan mengesyorkan agar namanya dikekalkan sebagai calon. Mungkin sudah tiba masanya Nasharuddin melupakan politik PAS untuk selama-lamanya dan menumpukan perhatian kepada amal jariah dan juga yayasan yang baru dibentuknya itu. Sayang sungguh, pemimpin semuda dan sebijak itu tidak lagi dianggap relevan dalam PAS. Dan yang lebih menyedihkan, mereka memperlakukannya bukan seperti seorang bekas Timbalan Presiden. Tiada langsung tanda hormat apatah lagi mengenang jasanya yang banyak dalam PAS. Dosanya pada PAS tidak ada pun. Beliau hanya cenderung kepada perpaduan ummah. Malangnya usaha dan kecenderungannya itu dianggap sebagai satu dosa dalam PAS termasuklah ketika beliau duduk sekhemah bersama dengan Perdana Menteri Malaysia].

Tiada ulasan: