Jumaat, 24 Ogos 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Tok Guru Sihat Walafiat

Posted: 24 Aug 2012 03:38 AM PDT

Muryidul Pas Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini sedang berihat di hospital berada dalam keadaan stabil tidak membimbangkan kerana beliau tidak mengalami apa-apa masalah. Beliau diminta berihat di hospital petang semalam kerana keadaan darahnya agak tinggi sedikit.

Menurutnya selepas menyaksikan perjanjian satu projek pembangunan bernilai RM600 juta di Tunjung beliau bergegas ke hospital dan doktor minta beliau berihat di ward.


Tok Guru sembahyang israq pagi tadi.
Baru sekejap tadi beliau bercakap dengan saya menerusi telefon untuk bertanya sesuatu. Suaranya lunak dan penuh keceriaan dan sempat pula memberi sebutir ilmu kepada saya. Sebaik saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahid dan batin, Tokguru lantas menambah, bukan zahir dan batin sahaja, tetapi dunia dan akhirat.

Ohk?

Kena sebut dunia dan akhirat juga, biar orang yang tidak tahu mengenali akhirat tahu bahawa ada akhirat, katanya. Tambah Tokguru lagi; "kalau boleh enta minta percetakan (penerbit mengeluarkan kad ucap selamat hari raya) memasukkan perkataan dunia akhirat di dalam kad yang mereka cetak," kata Tokguru penuh mesra.

Dalam perhatian saya apabila Tokguru masih boleh memberi ilmu spotan kepada saya itu menandakan dia sihat, ceria dan bergembira dan moodnya dalam keadaan first class.

Dalam percakapan tadi Tokguru ingin mengesahkan satu maklumat dari saya. Di samping itu beliau meminta pandangan mengenai sesuatu hal.

Percakapan lebih lapan minit itu menggembirakan saya kerana semasa di Kelantan semalam saya tidak sempat untuk mengjunguinya dan mengetahui beliau memasuki ward setelah bergerak untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Mulanya saya cadang untuk berjumpa dan berjabat aidifitri dengannya di rumah kenduri adik ipar di Pasir Puteh kerana beliau dikatakan hadir sama. Semoga Tokguru terus sihat dan sihat. -MSO

Kefahaman bukan alasan tangguh hudud

Posted: 24 Aug 2012 03:33 AM PDT

Sukacita saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian (23 & 24 Ogos 2012) yang membicarakan persoalan hudud, terutamanya apa yang dibangkit oleh seorang ahli parlimen PAS dan seorang lagi mantan mufti.

Bagi saya tidak ada asas hukum dan keperluan atas dasar logik untuk melengah-lengah pelaksanaan kerana hudud adalah sebahagian daripada perundangan syariah yang diwajibkan dalam Islam. Ini kerana tidak ada hukum atau undang-undang di dunia ini, sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dulu, baru dilaksanakan.

Atas kerana itu, apa sahaja undang-undang di Malaysia, ia dibuat dan dilaksanakan tanpa menunggu semua pihak faham atau setuju. Termasuklah pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sendiri pun yang menguatkuasakan pembentukan negara Israel di bumi Palestine yang ditentang hebat oleh orang Palestine sendiri. Hatta Presiden Amerika, Barrack Obama sendiri turut bersetuju dengan perundangan 'kahwin sejenis' meskipun majoriti masyarakat dunia menolaknya.

Secara faktanya, persoalan sesuatu hukum boleh dilaksana setelah ada kefahaman dan persetujuan semua pihak, ia sesuatu yang tidak tepat dalam kaedah perundangan yang ingin mengawal dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan. Tambahan lagi, soal hukum Islam (hudud) bukannya pilihan untuk menusia menolak atau menerima. Tugas pihak berkuasa atas nama Islam adalah kewajipan dan tanggungjawab. Jadi keperluan kepada suasana kondusif bukanlah penghalang ke arah pelaksanaan hukum Allah.

Atas dasar ini, pada masa Nabi Muhammad SAW sendiri umat Islam tidak mempersoalkan kewajaran perintah (hukum) Allah SWT. Apa yang utama membuktikan ketaatan dan keimanan yang tidak berbelah bahagi. Bukan sepertimana sesetengah pihak sekarang ini, ada yang sanggup rosak akidahnya atas dasar menolak mentah-mentah hudud atau mana-mana perintah Allah SWT. Tidak kurang pula berdolak dalih dan beralasan kononnya suasana belum kondusif untuk memakai hukum Allah SWT.  Tidak terkecuali juga, masih ada pihak yang bersimpati kepada si-jahil, maka isu hukum hudud ini perlu dibincangkan terlebih dulu. Sampai bila? Lepas bincang, bincang dan bincang, namun si-jahil tetap beralasan.

Pengalaman Negeri Kelantan dalam usaha melaksana hukum hudud ini, sebenarnya telah melalui proses memperkenal, membincang dan meluluskannya secara masak. Usia enakmen kanun jenayah syariah (termasuk hudud) kini akan genap 19 tahun pada November ini. Sejarah penggubalannya cukup matang kerana ia merupakan sumbangan cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Dato' Daud Muhammad.

Selain ia turut dikongsi dengan pakar-pakar perundangan bidang syarie dan jenayah sivil.  Malah tidak terkecuali  poses menerima maklum balas dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk badan NGO turut dibuat di Kota Bharu dan di Kuala Lumpur. Turut serta adalah Tengku Razaleigh Hamzah selaku presiden parti Semangat 46 ketika itu telah juga menganjurkan perbincangan terbuka sebagai melebar kefahaman dan tanda sokongan serta persetujuan atas usaha Negeri Kelantan. Justeru pada persidangan dewan negeri, semua ahli dewan termasuk daripada Umno turut menyokong. Namun selepas itu, permohonan ke arah pelaksanaannya telah ditolak oleh Kerajaan Pusat.

Kini berbangkit isunya, pelaksanaannya masih tertangguh meskipun telah diluluskan sejak November 1993 lagi. Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif. Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk 'amaran' menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik.

Justeru persoalan yang ada di depan umat Islam hari ini, adakah ingin terus meraikan suara bangkangan seumpama suara daripada sesetengah pemimpin bukan Islam? Ataukah kita ingin terus meraikan pihak si-jahil yang sentiasa beralasan atas kefahamannya yang tidak bersandarkan nilai-nilai keimanan?

Sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah SWT ini?  Apa yang pasti, hukum Allah SWT tetap serasi dengan hukum alam dan makhluk ciptaan-Nya. Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan. -Hrkh

Berita Bergambar : Tahniah Ustaz Don Bergelar Suami...

Posted: 24 Aug 2012 03:30 AM PDT

Ustaz Don Sudah Bergelar Suami- Meriah Dan Tahniah Yaa Ustaz ( Barakallahulakuma ♥ )...ada lagi tau...best





Ustaz Don Sudah Bergelar Suami- Meriah Dan Tahniah Yaa Ustaz ( Barakallahulakuma ♥ )
USTAZ Don Daniyal Don Biyajid begitu disayangi dan disenangi ramai, apatah lagi karakternya mudah mesra serta peramah membuatkan siapa saja senang mendekati pendakwah muda ini.
Umurnya baru menjangkau 28 tahun, tapi anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini mempunyai banyak pengalaman  menjadi penceramah bebas.

Tahniah atas pernikahan beliau dengan pelajar perubatan dari salah sebuah universiti di Mesir, Husna Zahry Rafie. Tahniah Ustaz.
Terima kasih kepada 

OFFICIAL PHOTOGRAPHERS~ ARTMOSPHERE PHOTOGRAPHY ..nukilan Abu Luqman..

10 Perkara Mengenai Puasa; Sunat 6, Qadha' & Fidyah

Posted: 23 Aug 2012 03:55 PM PDT


Tragedi 13 Mei.. Kita diperbodohkan oleh pemimpin UMNO rupanya..

Posted: 23 Aug 2012 03:38 PM PDT

Laporan yang mendedahkan punca sebenar tercetusnya tragedi 13 Mei ini telah disiarkan oleh Malaysiakini pada 11 Mei 2007..

"Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang Cina telah dibakar.

"Pada jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu gerombolan berkumpul seperti lebah di persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road. Lebih banyak kenderaan dipecahkan dan rumah kedai orang Cina dibakar.

"Pekedai Cina dan India di Batu Road telah bergabung membentuk satu 'pasukan pertahanan kawasan' dengan bersenjatakan apa sahaja yang sempat dicapai � parang, kayu, batang besi dan botol�

"Apabila kumpulan orang Melayu beredar, maka penduduk terbabit terus tertindak balas. Bahagian depan kedai dan kereta yang disyaki milik orang Melayu telah dipecahkan atau dibakar�

"Polis tiba kira-kira jam 9 malam tetapi tidak berkawal di situ. Kemudian, trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (pasukan pencegah rusuhan) dan Regimen Askar Melayu beredar dari situ�"

(Petikan daripada catatan wartawan Far Eastern Economic Review, Bob Reece, mengenai apa yang disaksikan dengan matanya sendiri berlaku pada 13 Mei 1969 selepas sekumpulan pemuda Melayu berkumpul di luar rumah Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris lewat petang hari berkenaan).

Sudah hampir empat dekad berlalu selepas tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969

Bagaimanapun, apakah yang mencetuskan rusuhan paling buruk dalam sejarah 50 tahun Malaysia, yang mengorbankan 196 nyawa (mengikut rekod rasmi), masih menjadi rahsia, dan sehingga ini terdapat pelbagai versi mengenainya.

'Versi rasmi' menyebut rusuhan tersebut berpunca daripada tindakan provokasi penyokong pembangkang yang didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk.

'Semuanya karut'

Bagaimanapun, pihak pembangkang telah menyangkal kebenaran versi tersebut. Terdapat teori-teori lain yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.

Kekurangan maklumat awam mengenainya menjadi batu penghalang bagi mereka yang ingin mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi satu set dokumen yang baru dideklasifikasikan di London, telah membuka peluang kepada ahli sosiologi, Dr Kua Kia Soong untuk mencari kebenarannya.

Pada akhir tahun lalu, Pengetua Kolej New Era itu telah mengambil cuti belajar selama tiga bulan untuk meneliti rekod dan dokumen di Pejabat Rekod Awam di London mengenai tragedi 13 Mei yang telah dideklasifikasikan selepas luputnya tempoh 30 tahun dokumen berkenaan dideklasifikasi sebagai rahsia.

Hasil kajiannya ke atas dokumen yang dideklafisikasikan itu � yang telah dikompilasikan dalam buku terbaru Dr Kua yang akan dilancarkan Ahad ini � mendapati rusuhan 13 Mei itu bukanlah berpunca daripada keganasan kaum, sepertimana yang telah digambar kepada rakyat Malaysia.

"Sejarah (rasmi peristiwa) 13 Mei penuh dengan karut-marut, ia tidak mendedahkan apa-apa. Ia meletakkan kesalahan itu ke atas parti pembangkang yang sebenarnya tidak benar, mereka bukan menjadi puncanya," kata Dr Kua kepada malaysiakini dalam satu temubual baru-baru ini.

"Buku saya itu menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab adalah golongan kapitalis (dalam Umno), elemen-elemen dalaman yang merancang dan melaksanakan pelan ini. Ada rancangannya berdasarkan kepada mereka yang berkumpul di kediaman menteri besar (Selangor).

"Terdapat dokumen dan laporan risikan yang menunjukkan perkara itu. Sejarah rasmi perlu mendedahkan kebenaran dan bukannya meletakkan kesalahan kepada setiap orang yang sepatutnya tidak harus dipersalahkan," kata aktivis sosial dan pendidikan itu.

Dr Kua menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu 'coup d'etat' atau rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika itu � yang disokong oleh polis dan tentera � untuk merampas kuasa daripada aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru Melayu.

Plot menumbangkan Tunku
Beliau berpendapat, rusuhan itu adalah perbuatan 'samseng Melayu' yang disokong oleh ahli-ahli politik di belakang rancangan rampasan kuasa tersebut.

Sebagai contohnya, kata beliau, "sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua penjuru" pada 13 Mei untuk berkumpul di kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk polis dan tentera yang boleh dipersoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan sahaja apa yang sedang berlaku.

Tambahnya, dokumen-dokumen itu juga menunjukkan, kurang daripada seminggu selepas rusuhan tersebut, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, yang mempengerusikan Majlis Operasi Negara, diberikuasa penuh untuk mentadbir negara � satu petanda wujudnya komplot mengenainya.

Manakala perbincangan mengenai perancangan masa depan telahpun dijalankan sebelumnya, termasuk Dasar Kebudayaan Negara (diumumkan pada 1971).

Satu dokumen rahsia dari pejabat kabinet Britain yang dimuat dalam buku tersebut, menunjukkan, tidak sampai seminggu selepas rusuhan itu berlaku, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dapat mengesan apa yang sedang dirancang oleh Tun Razak � 'untuk memperkukuhkan ketuanan Melayu, meminggirkan kaum Cina dan mengenepikan Tunku'.

Dr Kua turut mempersoalkan peranan anggota pasukan keselamatan dalam peristiwa berdarah 13 Mei itu.

"Malah, ketika itu, kalangan diplomatik (juga bertanya-tanya) mengapakah, pada hari rusuhan itu berlaku, Razak bertemu dengan pegawai tertinggi polis dan tentera, tetapi mereka tidak berbuat apa-apa," katanya.

Lebih menarik lagi, kata Dr Kua, pasukan keselamatan Malaysia adalah sebuah pasukan yang berpengalaman luas sewaktu melancarkan peperangan terhadap pengganas komunis antara tahun 1948 dan 1960 dan bereputasi tinggi.

"Merekalah yang berjaya menghapuskan penentangan komunis yang membabitkan operasi yang lebih sukar daripada mengawal rusuhan, tetapi mereka tidak dapat mengawal (rusuhan) pada 1969 selama berhari-hari, berminggu-minggu," soalnya.

Ekoran itu, Dr Kua membuat kesimpulan: "Peristiwa 13 Mei adalah satu helah untuk merampas kuasa�saya bukanlah orang pertama yang berkata bahawa ia adalah satu rampasan kuasa, tetapi saya menyediakan dokumen yang menunjukkan bahawa ia adalah satu rampasan kuasa."

Jumlah korban tidak diketahui

Dokumen yang telah dideklafisikasikan itu termasuk laporan-laporan yang dibuat oleh wartawan asing yang berada di Kuala Lumpur pada masa itu, laporan kakitangan Pesuruhjaya Tinggi British yang memantau insiden tersebut dan pelbagai lagi laporan sulit dari kalangan diplomat.

Ini dianggap pertamakalinya satu catatan lengkap mengenai tragedi tersebut akan dapat ditatapi rakyat Malaysia, kerana banyak laporan wartawan asing telah diharamkan di samping tiada akses terhadap dokumen tempatan.

Bagaimanapun, apa yang tidak dapat dipastikan dalam buku tersebut adalah satu lagi rahsia, iaitu jumlah sebenar korban tragedi tersebut.
Angka rasmi korban rusuhan 13 Mei adalah 196 orang, 180 cedera akibat senjatapi dan 259 lagi cedera kerana senjata lain, 9,143 orang ditangkap dan 5,561 daripadanya didakwa di mahkamah, 6,000 kehilangan tempat tinggal, dan sekurang-kurangnya 211 kenderaan dan 753 bangunan telah musnah atau mengalami kerosakan.

Dokumen yang telah dideklasifikasikan dan dokumen antarabangsa yang lain pada masa itu menganggarkan jumlah korban yang lebih tinggi tetapi angka sebenarnya tidak diketahui, tetapi majoriti korban tersebut dikatakan dari kalangan orang Cina.

Dr Kua berkata, beliau berharap dapat memecahkan mitos tersebut melalui penerbitan bukunya.

"Iaitu rusuhan kaum akan berlaku bila orang Melayu tidak merasa senang, itulah sebabkan mengapa kita perlukan Dasar Ekonomi Baru, polisi tindakan afirmatif dan yang lain-lainnya, jika tidak orang Melayu tidak merasa senang dan rusuhan akan tercetus.

"Ini adalah mitos pertama yang kita perlu uraikan kerana dokumen-dokumen menunjukkan sesetengah mereka yang mencetuskannya (tragedi 13 Mei) bersubahat dengan pihak polis dan tentera," katanya.

Mitos kedua, kata Dr Kua, ahli akademik dan ahli teori majmuk yang memegang pandangan bahawa rusuhan akan berlaku secara semulajadi dalam negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum.

Sebaliknya, kata beliau, orang Melayu, Cina dan India tidak secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk bergaduh sesame mereka.

"Ia tidak berlaku macam itu," tambahnya.

Ditanya sama ada beliau bimbang pihak berkuasa akan bertindak mengharamkan bukunya itu sepertimana yang berlaku kepada buku mengenai pergaduhan di Kampung Medan, Dr Kua berkata: "Dalam zaman internet, apa maknanya apabila sesebuah buku itu diharamkan? Kita boleh siarkannya di lamanweb, anda boleh buat apa saja". -Mkini

MANTAN MUFTI PERLIS DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN BILA MENDENGAR LAGU JANJI DITEPATI TERUS MELUAT!!!!

Posted: 23 Aug 2012 03:36 PM PDT



Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin @MAZA apabila buat julung kali mendengar lagu Janji Ditepati liriknya hasil titik peluh dan idea Datuk Seri Rais Yatim, terus beliau rasa menyampah.

Kalau insan seperti beliau yang terkenal sebagai penerima secara berlapang dada dan berdingin kepala apa jua pandangan yang bersongsang dengannya pun boleh meluat, apakah kita sebagai rakyat biasa boleh menerimanya?.


Maka tidak salah jika selama ini rakyat sudah memasakkan dalam jiwa dan minda mereka yang UMNO sememangnya dalam keadaan nazak dan terdesak... Menunggu masa untuk ditolak.

Tok Guru Nik Aziz dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian

Posted: 23 Aug 2012 03:32 PM PDT



KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk berehat.

Setiausaha Akbarnya, Fadli Shari berkata, pemimpin itu tiba pada jam 2 petang tadi setelah dinasihatkan oleh doktor supaya menghabiskan cuti hujung minggu di hospital.

"Beliau tidak mengalami apa-apa masalah, sekadar berehat," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu di sebelah pagi, Nik Aziz menghadiri majlis pecah tanah pembukaan Pavilion di Tunjung, dekat sini. -SH

Alasan "Bangsat" Seorang Menteri Kekalkan Seksyen 114A

Posted: 23 Aug 2012 03:30 PM PDT


Nazri: Seksyen 114A Akta Keterangan kekal

KUALA KANGSAR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Seksyen 114A Akta Keterangan, yang menjadi kontroversi baru-baru ini, akan kekal.

Nazri berkata, keputusan itu dibuat berikutan pembangkang sendiri dilihat tidak menunjukkan kesungguhan untuk menentang pindaan berkenaan.

"Kita akan terus kekalkan akta ini, lagipun mereka (pembangkang) tidak bersungguh-sungguh (dalam usaha) untuk membuat sebarang perubahan," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.B

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan agar isu pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan tidak dijadikan satu polemik atau isu politik sehingga boleh mengaburi keseluruhan transformasi politik yang sedang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Awal minggu lalu, Najib telah meminta Kabinet meneliti peruntukan tersebut ekoran bantahan banyak pihak, dari kedua-dua sebelah Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Pindaan membabitkan akta itu diluluskan oleh Parlimen April lalu dan dikuatkuasakan dua bulan kemudian. -SH

Itulah "bangsat" namanya apabila menegekalkan Seksyen 114A Akta Keterangan beralasan kononnya pembangkang dilihat tidak menunjukkan kesungguhan untuk menentang pindaan berkenaan. Keras kritikan GB, tetapi itulah bahasa paling sesuai yang dapat menerangkan alasan yang digunakan oleh Nazri.

Tentangan yang bagaimanakah Nazri maksudkan sehingga kerajaan baru akur dengan tuntutan?

Mahu rakyat lakukan demonstrasi seperti BERSIH? Itu pun kamu tidak akur dan tidak laksanakan 8 tuntutan yang didesak oleh rakyat.

Hanya satu jawapan: WAJIB turunkan UMNO BN di dalam PRU13 nanti. -GB

Raja Nong Chik Main Kasar?

Posted: 23 Aug 2012 03:29 PM PDT


 
Pengerusi Badan Bertindak Little India, S. Pathavachalam (gambar kiri) hari ini mendakwa dirinya menerima ugutan bunuh kerana mengkritik Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Beliau hari ini mendakwa menerima dua ugutan bunuh terhadap dirinya dan keluarganya, selepas beliau mengkritik dasar menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu.

Pathavachalam berkata beliau menerima panggilan ugutan "beberapa minggu yang lalu" dari seorang yang menggelarkan dirinya "Sudukaatu Ravi", yang kemudian membuat ugutan bunuh terhadap dirinya dan keluarganya.

"Dia (pengugut) berkata nyawa saya akan melayang kerana mengkritik dan memalukan Raja Nong Chik," katanya dalam sidang medianya di ibu pejabat PKR hari ini.

"Lelaki itu juga berkata tidak ada gunanya untuk saya membuat laporan polis kerana dakwaannya, polis dan kerajaan adalah di pihaknya," katanya lagi. -TheMalaysianInsider

Tiada ulasan: