Jumaat, 24 Ogos 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Umno Memperolok-olokan Hudud

Posted: 24 Aug 2012 09:45 AM PDT

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan digubal sebaik mungkin dengan mengumpul pandangan para pakar agar enakmen itu menjadi kenyataan.

Beliau berkata enakmen itu sempurna tanpa kecacatan dan menyangkal bahawa ia digubal secara sambil lewa.

Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Asri dalam laporan akhbar yang berkata, PAS memberi gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam.

Menurut Dr Asri, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan DUN Kelantan, menimbulkan salah faham hingga kini.

Dr Asri berkata, sebagai contoh dalam kes rogol, enakmen itu tidak jelas dan Pengerusi DAP, Karpal Singh mungkin terkeliru dengan memikirkan hanya memerlukan empat saksi bagi menghukum pesalah.

Digubal oleh pakar perlembagaan dan undang-undang

Nik Aziz menjelaskan, enakmen tersebut digubal dengan mengambil kira pandangan pakar-pakar perlembagaan dan undang-undang seperti Al-Marhum Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim dan Almarhum Datuk Seri Setia Prof Dr Mahmud Saedon Awang Othman.

Antara nama lain yang terlibat pula ialah Tun Salleh Abbas, Dr Abdullah Abu Bakar, Datuk Hasbullah Mohd Hassan, Datuk Wan Mutalib Embong, Datuk Harun Taib dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad. Jawatankuasa berkenaan dipengerusikan Timbalan Menteri Besar pada masa itu, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

"Saya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kritikan sekiranya ia mempunyai kelemahan. Datangkanlah alternatif dan buatlah pembetulan terhadap kelemahan. Jika ingin dibincang sekalipun, silakan. Para penggubal ada lagi yang masih hidup Alhamdulillah, pintu perbincangan masih terbuka.

Jelas beliau, hudud sudah dibentang sejak 19 tahun lalu namun sehingga kini Umno tidak mengambil langkah positif membentangkan 'hudud versi Umno' yang dikatakan adil.

Umno penghalang pelaksanaan Hudud

Namun Nik Aziz mendakwa tindakan menghantar surat bagi menghalang pelaksanaan hudud bukan cara seorang Muslim, namun lebih kepada gerak langkah politik jahat.

"Mengaku sahaja Umno tidak berminat untuk melaksanakan hudud, apa yang dibisingkan hari ini hanya sekadar nyanyian politik semata-mata. Tangan menuding kepada orang lain, diri sendiri berkudis seribu," Mursyidul Am Pas itu. Sumber

Umno memperolok-olokan Hudud

Ramai orang sangka, terutamanya Umno , bahawa Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz dan beberapa ulama dalam PAS yang gubal enakmen tersebut hingga mereka berani memperolok-olokannya sebagai 'Hudud PAS'.

Sampai kiamat, tetap ada yang akan menentang.Mahu tunggu semua orang bersetuju baru mahu laksanakan? Apakah kerana ada orang macam Karpal Singh itu maka Hudud tidak boleh dilaksanakan?

Apa yang penting PAS mesti menggantikan tempat Umno yang ada sekarang.Maka PAS kena elakan dari menari ikut gendang Umno. Jangan takutkan pengundi dengan Hudud melalu perbincangan atau berpolemik di mass media kerana mass media yang ada ini bukan dibawah kekuasaan dan kawalan kita. Maklumat yang kita mahu sampaikan tidak akan mencapai kepada sasaran yang kita mahukan.

Penguasaan Umno/BN keatas mass-media tidak dapat kita sangkal mengenai keberkesanannya. Hinggakan kalau Umno kata, taik Mahathir tu wangi pun rakyat akan bersetuju dan ikut percaya.

Tengoklah bagaimana undang-undang seperti memasang lampu motorsikal disiang hari - manusia Satu Malaysia boleh terima pakai walaupun mereka sendiri sedar memang nampak bodoh.

Maka kenapa katakan tidak kepada enakmen Hudud yang telah digubal oleh pakar perlembagaan dan perundangan yang terkenal dan dihormati dalam bidang masing-masing? Sabar dan tunggu lah masa dan ketikanya, pasti akan menjelang tiba. (Gambar Ehsan - Malaysian Insider )

Bila Menari Ikut Gendang Umno ...

Posted: 23 Aug 2012 05:54 PM PDT

Apa perlunya cabar mencabar? Suruh orang keluarkan kenyataan berhubung pendirian rasmi parti itu mengenai pelaksanaan syariat Islam di negara ini seperti hukum hudud?

Kenapa mau menari ikut gendang rentak Umno/BN ? Sudah lama Umno/BN pukul gendang macam itu. Tengoklah contohnya berikut :


Sebab itu aku puji 2 orang tokoh PAS - Mat Sabu dan TGNA yang mengulas kenyataan Karpal Singh itu. Tetapi ada pula yang tuduh Al-Husseyn dah 'angkat bendera puteh' bila puji Nik Aziz. Aku sendiri pun tak faham apa yang dimaksudkan dgn bendera puteh itu.

Aku nak perjelaskan disini, aku puji mereka kerana kenyataan mereka lebih berdiplomasi. Kenyataan dua tokoh tersebut tidak provokatif sifatnya namun ianya tetap defensif. Inilah yang perlu kita pelajari.

Bukanlah aku nak depen Karpal dalam hal ini, tapi berbaloikah nak layan Karpal yang semua orang tahu pendiriannya itu?

Kenyataan dua tokoh yang pernah aku siarkan dalam entri aku baru-baru ini rasanya sudah cukup untuk mematikan isu tersebut untuk dimainkan terus oleh Umno/BN.

Tetapi bila budak-budak PAS tu tunjuk hero dan ranggi macam di sini, tengoklah bagaimana Umno/BN merancakan lagi pukulan gendang mereka :
PAS yang sepatutnya mengeluarkan kenyataan mengenai pendirian mereka berhubung hukum hudud, bukan DAP, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh - Bernama
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebelum ini pernah mendesak Pas menyatakan pendirian sebenar parti berhubung sikap Karpal itu atau keluar daripada pakatan pembangkang.

Apasal skrip Nasha tu sama dengan skrip Umno/BN ? Korang nampak tak sebab apa Nasha mahu terus berada dalam PAS walaupun sejak kekalahannya itu , dia terus memencilkan dirinya dari aktiviti jemaah?

Tiada ulasan: