AKU INGIN BEBAS |
JANJI DITEPATI - RAKYAT NEGERI PM PUN TAK TERBELA Posted: 23 Aug 2012 05:36 PM PDT SEBERANG TEMERLOH – Seorang ibu tunggal meneruskan tahun-tahun suram menyambut Syawal dalam keadaan rumah serba daif sama seperti sebelum ini. Rosdi Tahir, 53, yang juga orang kurang upaya (OKU) mental hilang tempat bergantung selepas kematian suami tiga tahun lalu. Rosdi yang mengalami masalah mental sejak melahirkan anak bongsunya kira-kira 14 tahun lalu itu terpaksa mendiami sebuah rumah usang dekat Jalan Maran berhampiran stesen minyak Esso Seberang Temerloh bersama lapan anaknya. Menurutnya, mereka sekeluarga mendiami rumah itu yang dibina menggunakan lebihan kayu sebuah kilang papan sejak lebih 30 tahun lalu. "Sekarang anak-anak sudah besar. Dua anak lelaki sudah berkahwin. Anak sulung tinggal di Bera, manakala anak kedua tinggal menyewa berhampiran rumah ini sebab nak jaga saya. "Anak-anak lain masih belajar dan ada antaranya bekerja sambilan. Manakala anak bongsu pula masih bersekolah," katanya. Anak kedua Rosdi, Najmuddin Mohamad, 30, berkata, sejak kematian bapanya tiga tahun lalu, dia mengambil-alih tugas membantu keluarga. Menurutnya, tiga adiknya melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat latihan kemahiran di seluruh negara dan terpaksa belajar bergilir-gilir kerana kekangan kewangan. "Saya terpaksa hadkan pelajaran mereka di mana mereka perlu belajar secara bergilir-gilir kerana saya sendiri kurang mampu sebab sudah ada keluarga dan tanggungan sendiri. "Jika adik ketiga belajar, adik keempat dan kelima kena tunggu dulu sebab tak cukup belanja, " katanya. Najmuddin berkata, dia bukan mahu mengharapkan bantuan daripada orang ramai, tetapi sedikit terkilan kerana ibunya tidak pernah menerima bantuan kerajaan. "Saya lakukan pelbagai ikhtiar selama ini untuk memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sebagainya, tetapi semuanya hampa. "Saya sudah mengikut prosedur tetapi tidak layak. Saya hanya mengharapkan kerajaan dapat membantu ibu kerana dia tergolong sebagai ibu tunggal dan ada masalah mental. Rumah didudukinya sekarang terlalu usang di mana hanya ada satu bilik. Manakala, atap pula bocor," katanya. sinar |
You are subscribed to email updates from AKU INGIN BEBAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan