MIMPI SENJA |
- RAKYAT MALAYSIA TAK SUKA ROSMAH [BI]
- .... filem pendek dari PETRONAS
- Gay ... minta dijauhkan la ....
- Shahrizat lembu buat lawak di Mahkamah petang tadi
- Sabah : Isu pembangkang lebih menarik
- "Saya nampak hantu dalam pesawat" kata penumpang Air Asia yang bertindak membuka pintu kecemasan dan terjun.
- Semakin ramai artis berhijrah, ini pula Farah Asyikin
RAKYAT MALAYSIA TAK SUKA ROSMAH [BI] Posted: 06 Aug 2012 10:29 PM PDT Malaysians don't like Rosmah, that's all: Raja Petra
Aug 6: Saturday's disappointing finish for Malaysia at the men's badminton finals in London may have sinked in, but the trip to the London Olympics by the prime minister's wife has threatened to develop into another side show intensely discussed by Malaysians. ANYTHING BUT ROSMAH? ... BAM patron Rosmah Mansor (left) and her predecessor Siti Hasmah Hours before the much-awaited game that ended with Lee Chong Wei's defeat, Rosmah Mansor, wife of Najib Razak, announced that she had instructed the Malaysian embassy in London to fly Malaysian flags to show support to the national shuttler. But despite her position as patron of the Badminton Association of Malaysia, many have questioned the need for her presence in London, with no less wanting to know how much of taxpayers' money was spent this time on her overseas trip. For blogger Raja Petra Kamarudin, the whole issue has more to do with the well-known public dislike for Rosmah. "Hence her trip to London is being condemned, not because she is the Patron of BAM, but because she is Rosmah Mansor. It is okay if the Patron of BAM goes to London as long as it is not Rosmah," he commented, while admitting that he had predicted Malaysia's defeat due to Rosmah's presence. Petra contrasted the public disquiet over Rosmah's trip to the high regard Malaysians have for BAM's former patron, Dr Siti Hasmah Ali, wife of former prime minister Dr Mahathir Mohamad. "Even those who hated Dr Mahathir did not hate Dr Siti Hasmah. Many, in fact, had high regards and loads of respect for Dr Siti Hasmah. They still do. While they may curse Dr Mahathir and pray for him to suffer a terrible death, they do not do the same to Dr Siti Hasmah," he said. Petra advised Najib that Rosmah now threatened to be a liability. "Najib Tun Razak should understand by now that the anger towards his wife is very strong and the less her name pops up in the news the better. And don't think that if Lee Chong Wei had won gold it would have been any different," he added. Najib had earlier told reporters that his wife had made the decision to fly to London "immediately" after Chong Wei's victory at the semi-finals. The couple had frequently been in the limelight over their overseas trips. Last June, it was revealed their tour to three Western cities cost the government RM3 million. Despite the government's claim that the trip ended in Washington, it later admitted that the official plane carrying them had stopped in Milan, Italy, where they stopped for a vacation. | ||
.... filem pendek dari PETRONAS Posted: 06 Aug 2012 06:36 PM PDT | ||
Gay ... minta dijauhkan la .... Posted: 06 Aug 2012 05:39 PM PDT KUALA LUMPUR - Paderi gay rakyat Malaysia yang 'berkahwin' dengan teman lelakinya di New York pada tahun lalu, mengadakan majlis resepsi di sini kelmarin. Ngeo Boon Lin dan pasangannya, Phineas Newborn III dilaporkan memenuhi janji mereka untuk mengadakan majlis tersebut di tempat kelahirannya di sini. Kira-kira 200 tetamu termasuk sekumpulan media berbahasa Cina menghadiri majlis tertutup itu yang diadakan di sebuah restoran makanan Cina di sini. ''Kami bersyukur boleh mencipta sejarah Malaysia di sini,'' kata Newborn. Boon Lin yang berketurunan Cina dan tinggal di Amerika Syarikat (AS) sejak 1998 dikritik pegawai dan pemimpin agama Malaysia apabila dia 'mengahwini' Newborn yang merupakan seorang produser muzikal Broadway pada Ogos tahun lalu. Boon Lin berkata, penganjuran majlis tersebut merupakan haknya untuk berkongsi kegembiraan dengan orang yang disayanginya di sini. ''Kerajaan dan pemimpin agama konservatif boleh membuat bising tetapi mereka tidak dijemput di sini. ''Saya sedar mengenai perkara sensitif di sini. Saya tidak mendesak perkahwinan gay dibenarkan di Malaysia,'' katanya kepada Associated Press. Para jemputan ke majlis resepsi tersebut dibawa ke sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur itu dan menerima bungkusan coklat serta nota dalam bahasa Cina bermaksud Tuhan sayang gay. Dua tetamu majlis tersebut mendendangkan lagu popular Endless Love nyanyian Lionel Richie dan Diana Ross manakala seorang penghibur transgender memuji tindakan Boon Lin. - AGENSI | ||
Shahrizat lembu buat lawak di Mahkamah petang tadi Posted: 06 Aug 2012 06:58 AM PDT Shahrizat tidak perasan suaminya membida projek NFC .... betoi ker tak tau ni?????August 06, 2012 KUALA LUMPUR, [6 Ogos 2012]— Bekas menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil mengatakan beliau tidak perasan suaminya membida untuk mendapatkan projek untuk menguruskan penternakan lembu negara melalui Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan tidak membantu keluarganya untuk mendapatkan projek tersebut. "Saya boleh mengesahkan bahawa anak-anak atau suami saya tidak meminta bantuan dalam (mendapat) projek," Shahrizat (gambar) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini ketika memberi keterangan dalam kes saman fitnah beliau terhadap Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin dari PKR dalam skandal NFC. Shahrizat menambah bahawa keluarganya "lebih mengetahui" daripada mengharapkan bantuan beliau. "Saya tidak pernah terlibat dalam meluluskan atau menguruskan syarikat," katanya. Shahrizat adalah menteri ketika projek tersebut diberikan kepada keluarganya pada tahun 2006. Beliau meletakkan jawatan awal April lalu selepas pertuduhan terhadap keluarganya. Pembangkang telah menuduh pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp) yang menguruskan projek NFC, menyalahgunakan RM250 juta dari pinjaman dari kerajaan pusat untuk penternakan lembu. NFCorp dimiliki oleh suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan ketiga-tiga anak pasangan tersebut. Mohamad Salleh dan anak lelaki pasangan itu turut hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Vazeer Alam Mydin merupakan hakim mereka. Shahrizat yang menyaman Rafizi dan ketua wanita PKR Zuraida, diwakili oleh peguam terkemuka, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah. Perbicaraan akan bersambung pada pukul 10 pagi Jumaat ini. - TMI | ||
Sabah : Isu pembangkang lebih menarik Posted: 06 Aug 2012 02:18 AM PDT PETALING JAYA: Bibit-bibit tidak puas hati Sabah terhadap kerajaan Pusat sudah mula tercetus sejak pilihan raya umum 2008, kata penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani. Beliau juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga lambat bertindak untuk menyelesaikan masalah di Sabah itu. "Najib nak pergi Sabah pada 11 Ogos ini, ini sudah terlambat. Sepatutnya dia jumpa pemimpin-pemimpin itu sejak awal lagi. "Bincang dengan mereka…selesaikan awal-awal," kata beliau ketika dihubungi petang ini. Bagaimanapun, Dr Mohd Azizuddin menegaskan banyak faktor yang menyebabkan rakyat Sabah tidak puas hati atau pun marah kepada Pusat. "Orang Melayu marah kerana isu pendatang asing tidak diselesaikan. Mereka merasa pendatang asing ini telah merampas hak-hak mereka. "Orang Kadazan pula mahukan jawatan Ketua Menteri sebagaimana era pemerintahan Tan Sri Pairin Kitingan. "Mereka marah kerana penggiliran jawatan Ketua Menteri sudah ditiadakan," katanya lagi. Jawatan Ketua Menteri kini disandang oleh Datuk Seri Musa Aman dari Umno. Isu pembangkang lebih menarik Dr Mohd Azizuddin menambah, pembangkang telah membentangkan isu-isu yang lebih menarik minat orang Sabah. Katanya, isu seperti pemberian royalti minyak dan ekonomi diterima oleh orang Sabah. Bagaimanapun, beliau berkata masih awal untuk mengatakan Sabah akan membuka laluan kepada Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang. "Tetapi jika lebih ramai lagi pemimpin Sabah keluar BN, ini bermakna negeri itu bukan lagi simpanan tetap kepada BN. "Saya nampak gelombangnya sudah ada tetapi masih awal untuk melihat hasilnya," tambah Dr Mohd Azizuddin. Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan dua pemimpin BN Sabah – Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing – meninggalkan parti itu. Lajim merupakan ahli Parlimen Beaufot dan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala Wilfred adalah ahli Parlimen Tuaran. Senator Datuk Maijol Mahap juga mengisytiharkan keluar BN hujung minggu lalu | ||
Posted: 06 Aug 2012 02:02 AM PDT MIRI: Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan 'hantu' dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini. Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan 'hantu' yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan. Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas. "Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang. "Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat," katanya ketika ditemui di Hospital Miri di sini semalam. Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya. Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang menakutkan di situ. Jelasnya, apabila dia sudah mendapat tempat duduk, perasaannya masih dihantui ketakutan hingga menyebabkan dia bertekad untuk keluar dari pesawat tersebut. "Saya betul-betul berasa seram dan takut dengan kehadiran kelibat hitam itu dan saya tidak berfikir panjang apabila bertindak membuka pintu kecemasan dan terjun. "Saya tidak sanggup meneruskan penerbangan kerana bimbang berlaku sesuatu musibah," dakwanya. Bagaimanapun, Chong yang menerima kecederaan ringan gagal memberi gambaran sebenar makhluk aneh berkenaan kerana fikirannya dipercayai belum stabil. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam pada Jumaat lalu, kira kira 200 penumpang pesawat AK587 AirAsia cemas apabila Chong secara mengejut membuka pintu kecemasan sebelum terjun ke atas landasan.- Kosmo! | ||
Semakin ramai artis berhijrah, ini pula Farah Asyikin Posted: 06 Aug 2012 01:04 AM PDT Saya sokong Islam - Farah Asyikin
GOMBAK: Sejak akhir-akhir ini kisah penghijrahan artis menjadi topik hangat di kalangan masyarakat. Hal ini kerana, hampir setiap bulan timbulnya kisah-kisah artis yang melakukan penghijrahan ini. Bagaimanapun, penghjirahan artis pada hari ini disalahertikan oleh sesetengah pihak apabila mula memberi persepsi, mereka cenderung ke arah parti politik. Sehinggakan, soalan yang pertama diajukan kepada artis yang pernah merangkul anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008, Farah Asyikin(gambar), "sokong apa?" apabila melihat beliau sudah berhijab. Farah Asyikin yang mendapat hidayah di usia yang masih muda, 33, pantas menjawab "saya sokong Islam" apabila diajukan soalan sedemikian. "Cukuplah saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak sokong Islam," katanya dalam wacana Hiburan Anak Muda di Seminar Prof Zulkifli Mohammad Membangun Negara Berkebajikan, KUIZM Taman Melewar semalam. Farah yang pertama kali menyertai progam anjuran PAS pada hari itu begitu teruja dan tidak menolak akan memenuhi pogram-program seperti itu lagi selepas ini. Ketika ditanya, tidakkah Farah bimbang dengan penghijrahanya itu akan mengundang persepsi beliau pula menyokong PAS? "Mereka yang nak 'join' parti, terpulang pada mereka, paling kurang parti yang baik. Itu kehendak mereka. Hak individu. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, saya masih baru. Bagi saya, saya suka Islam,"ujarnya pula ketika ditemui di akhir program itu. Bagaimanapun, beliau dengan rasa rendah diri mengakui masih bertatih dan sedang memperkukuhkan penghijrahannya dengan menimba ilmu-ilmu keagamaan daripada beberapa ustaz terkenal termasuklah Azhar Idrus. Detik-detik penghijrahan Menceritakan detik-detik bagaimana beliau memilih destinasi sebagaimana hari ini ianya memberi pengalaman dan pengajaran yang mungkin tidak akan dilupakan sampai bila-bila. 11 tahun keluar masuk dalam dunia hiburan bermula di awal usia 19 tahun Farah tidak pernah terfikir kesan baik buruk penglibatannya dalam dunia hiburan. Rupa-rupanya, Farah baru menyedari apabila mula terlibat dalam dunia hiburan bukan banyak ke arah kebaikan sebaliknya ia banyak melalaikan dan menghanyutkan dirinya. "Walaupun, Farah mempunyai latar belakang keluarga yang kukuh ajaran Islam tetapi terabai juga," katanya. Malah beliau pernah diboikot di kalangan rakan artis apabila beliau bersolat dan melambat-lambatkan 'make-up' ketika pertandingan Malaysian Idol musim ke-2. Tanggal 12.2.2012 satu tarikh yang masih tersemat di dalam jiwa Farah apabila beliau seperti diberi 'magic' dari Allah SWT. "Waktu itu saya tengah memandu, di cemin depan saya nampak imbasan dan balasan-balasan dosa lampau yang cukup menginsafkan. Gambaran itu datang sepintas lalu. "Saya mula mengigil dan menangis. Saya ingat saya nak mati, pada masa itu juga saya minta ampun daripada Allah supaya memberi peluang untuk saya betulkan iman dalam jiwa saya. Akhirnya saya nekad melakukan taubat nasuha," ujarnya dengan linangan air mata. Peristiwa itu tidak berhenti disitu, beliau diuji lagi dengan kebesaran dan kekuasaan Allah apabila ketika mula menadah tangan memohon keampunan hujan selebat-lebatnya turun, tetapi berhenti sebaik sahaja beliau mengaminkan doa. "Saya menangis ketakutan ketika menunaikan solat sunat taubat. Takut dengan azab Allah dan diri sendiri yang hina, kerdil di sisi Allah. Betapa selama 33 tahun saya tidak menjalani kehidupan yang sebenar dituntut Islam," katanya. Sebelum kejadian itu, beliau sudah mendapat petanda dan membuatkan beliau tertanya-tanya apa akan terjadi padanya, adakah sudah sampai ajalnya. Farah turut melihat gambaran beliau berada di dalam api yang marak dan rambutnya dibakar di cermin, ketika beliau hendak menyarungkan 'skirt' pendek untuk menghadiri satu majlis. Bagaimanapun, Farah bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana diberi hidayah sewaktu usia muda. Kurniaan itu boleh umpama perkara ajaib yang membuatkan hidupnya begitu tenang. "Saya juga tak menyesal korbankan apa saja milik saya di dunia kepada Maha Pencipta. Saya yakin bahawa pengorbanan yang tak seberapa itu pasti dibalas dengan rezeki berlipat kali ganda," katanya. Kini, beliau bergelar guru perbahasan dan drama di Sekolah Sri Cempaka, Bukit Damansara Kuala Lumpur sejak 17 Mac lalu adalah satu tanggungjawab baru buat dirinya. Penyanyi lagu 'Berpisah Untuk Setia' ini juga cukup teruja bercerita tentang keletah anak murid yang semakin manja dengannya setelah mengetahui dia adalah penyanyi tempatan. - HarakahDaily |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan