Kopitiam Bang Nan |
Posted: 06 Aug 2012 05:30 AM PDT Shahrizat: Saya tidak tahu mengenai projek NFC Ketika memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailnya terhadap dua pemimpin PKR, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau tidak tahu yang suaminya membida untuk projek Pusat Fidlot Nasional. Beliau menyaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berhubung pelbagai komen yang didakwa mengaitkannya dalam kemelut National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd. Shahrizat memfailkan saman tersebut pada 19 Januari berhubung pendedahan Rafizi dan Zuraida mengenai NFC yang telah mengaitkan suaminya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail. Beliau memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam NFC atau di Agroscience Industries Sdn Bhd. Shahrizat mendakwa Rafizi dan Zuraida telah menggunakan isu itu sebagai sasaran utama dalam usaha untuk memburuk-burukkan dan memfitnahnya sebagai seorang menteri persekutuan. Shahrizat berkata beliau tidak tahu bahawa suaminya telah membida untuk projek tersebut kerana kerjaya mereka adalah berbeza luas. "Saya menjadi seorang ahli politik sejak 1995 selepas dipilih sebagai ahli Parlimen Lembah Pantai. Saya menyertai Umno pada tahun 1982," katanya. Suaminya pula, kata Shahrizat, adalah seorang saintis dan beliau tidak masuk campur dengan urusannya, kerana beliau (Shahrizat) adalah seorang ketua Wanita Umno, seorang menteri dan pemimpin Wanita BN. Menyifatkan serangan terhadap NFC adalah mensasarkan dirinya, Shahrizat berkata ia bertujuan untuk menyerang BN dan Umno menjelang pilihan raya umum ke-13. |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan