Jumaat, 3 Ogos 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Bukti! Abby Abadi tidak pernah lagi mencukur kening

Posted: 02 Aug 2012 07:50 PM PDT

LIHAT soalan yang berulang kali terpaksa dijawab oleh Abby Abadi berhubung isu kening yang dimainkan oleh blogger Umno sebelum ini.

Blogger Umno menulis di blog-blog mereka mendakwa kononnya Abby Abadi masih melakukan perbuatan yang diharamkan Allah iaitu mencukur kening meskipun beliau sudah berhijrah dan bertudung.



Minggu lalu ReJaM© bersama #TeamAbbyAbadi dan Jingga 13 ada menganjurkan satu program berbuka puasa dan santai bersama Abby Abadi di Shah Alam, kami juga sempat menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Teraweh bersama-sama.

Selepas selesai program, ReJaM© sempat berborak panjang dengan pelakon watak Inspektor Aliza dalam Gerak Khas itu di salah sebuah kedai mamak di Shah Alam.

Apa yang ingin disampaikan di sini ialah, dari pemerhatian ReJaM© dengan mata kepala sendiri, kening kak Abby Abadi agak tinggi dan kelihatan seperti dicukur, namun jika diperhatikan dari dekat jelas kelihatan ia sebenarnya tidak.

Boleh dilihat jelas terdapat bulu-bulu halus di tepi kening beliau yang menunjukkan ia tidak dicukur. Jika sebelum ini Kak Abby mungkin mencukur kening, namun kini dia tidak lagi melakukan perkara yang dilarang Allah itu.

Sebagai bukti, di bawah ini ReJaM© kongsikan gambar yang ReJaM© ambil sendiri ketika di program Iftar bersama beliau di Shah Alam minggu lalu. Perhatikan kening beliau dalam gambar-gambar berikut.



Gambar berikut pula diambil ketika kami bersantai bersama Abby Abadi di kedai mamak sekitar Shah Alam minggu lalu. Perhatikan juga kening beliau.



Isu ini dilihat agak keanak-anakan untuk dijawab, namun ReJaM© rasakan perlu dijawab bagi menangkis tomahan dan fitnah yang dilemparkan oleh blogger-blogger Umno dan laman hiburan yang cuba mencetuskan kontroversi.

Walaupun dah dijawab berulang kali, cybertrooper Umno terus juga mainkan isu kening ini berulang-ulang terutama di facebook dan twitter untuk mencetuskan kekeliruan.

ReJaM© "Harap tiada lagi orang tanya isu sama berulang-ulang..."

Anwar Ibrahim kecam sekeras-kerasnya penangkapan Rafizi

Posted: 02 Aug 2012 12:49 PM PDT

SAYA mengecam sekeras-kerasnya penangkapan Sdr Rafizi Pengarah Strategi Parti Keadilan awal pagi ini.

Motif penangkapan yang amat jelas berunsurkan politk semata-mata bertujuan untuk memastikan Rafizi untuk berdiam daripada terus mendedahkan pelbagai lagi dokumen-dokumen yang melibatkan pimpinan kerajaan UMNO/Barisan Nasional.

Saya yakin bahawa penangkapan Rafizi adalah berkaitan dengan isu skandal National Feedlot Cooporation (NFC) dan juga Georg Kent yang baharu sahaja diberikan kontrak jutaan ringgit.

Sejak pendedahan NFC akhir tahun lalu sehinggalah kini, dan beberapa lagi skandal penyelewengan, beliau telah mendapat ramai seteru yang berkuasa dan akan menggunakan apa saja cara untuk mendiamkannya.

Ini menggambarkan politik dendam yang ditunjangi PM Najib Razak dan menggunakan agensi-agensi kerajaan yang dikawal penuh.

Rafizi telah dituduh di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA)  dan ini hanyalah satu cara bagi mereka untuk terus menakutkan rakyat yang mahu mencari kebenaran disebalik kontrak dan kronisme yang berkaitan dengan pimpinan UMNO/ Barisan Nasional (BN).

Saya dengan ini memberi sokongan penuh terhadap Rafizi  atas semangat dan keberanian beliau dan berharap keluarga beliau akan dapat melalui dugaan  ini dan yakin bahawa keadilan akan berpihak kepada yang benar dan berani.

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

KETUA PEMBANGKANG
Kenyataan Media 1 Ogos 2012
Sent from my BlackBerry®

Tiada ulasan: