Jumaat, 3 Ogos 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Mukhriz Muka Tak Malu Guna Nama Mahathir Untuk Rampas Kedah

Posted: 02 Aug 2012 06:48 PM PDT

Mukhriz: Kalau sayang Dr M, jangan malukannya lagi

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir menggesa rakyat Kedah mengembalikan pentadbiran BN jika masih sayangkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu satu tamparan hebat kepada Dr Mahathir kerana beliau mantan perdana menteri daripada negeri itu.

"Kekalahan pada tahun 2008 mengaibkan kita. Antara yang malu adalah Tun Mahathir sebab dia orang Kedah.


"Kalau sayang Dr Mahathir jangan bagi dia malu kali kedua," kata Mukhriz pada majlis berbuka bersama media di Kuala Lumpur petang semalam.

Tambahnya lagi, tinjauannya juga mendapati pimpinan PAS Kedah sedang bergelut berebut kuasa sesama sendiri untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dalam PAS Kedah wujud perebutan kerusi kerana mereka tahu mereka bukan lagi pembangkang," katanya yang juga anggota parlimen Jerlun.

Anak ketiga Dr Mahathir itu juga berkata, kerajaan negeri semakin tidak sensitif kepada bukan Muslim apabila mendiskriminasikan golongan itu berkaitan peraturan kunjungan pusat hiburan.

"Mereka (bukan Muslim) semakin tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri.

"Kenyataan mereka seolah-olah menggambarkan orang bukan Islam sentiasa mengunjungi pusat hiburan dan tidak bermoral," katanya.

Kedah sebelum ini mengeluarkan arahan melarang orang Islam daripada berkunjung ke pusat hiburan pada bulan Ramadan tetapi bukan beragama Islam dibenarkan.

Mengulas ura-ura akan dicalonkan menjadi menteri besar Kedah jika BN kembali memerintah, Mukhriz hanya menjawab "sedia membantu Kedah sejak dahulu lagi".

"Dari dahulu lagi saya sedia bantu Kedah sedaya-upaya untuk menangkan Kedah semula.

"Perpaduan adalah penting untuk memenangi Kedah semula.

'Kalau tidak bersatu, jangan mimpi kita boleh menang semula dan mungkin nanti akan menyesal tak sudah," katanya tampa menyentuh secara langsung kesediaannya.

** Terdesak sungguh nak jadi MB.. Macam la besar sangat jasa bapak dia kat negeri kedah.. Kalau Umno Kubang Pasu sendiripun boleh jual bapak dia dengan harga RM200 saja 6 tahun yang lalu.. Masih ada nilai lagikah sang diktator ni di Kedah??


Timbalan menteri tawar untuk 'selesaikan' kes Bala

Posted: 02 Aug 2012 06:26 PM PDT

Seorang timbalan menteri yang masih berkhidmat telah menawarkan untuk mengakhiri kehidupan penyiasat persendirian P Balasubramaniam dalam buangan di India jika dia bersedia untuk didakwa dan mengaku bersalah memalsukan akuan sumpahnya (SD) yang pertama.

Balasubramaniam mendakwa timbalan menteri berkenaan, yang secara rahsia menemuinya sebanyak dua kali tahun lalu - sekali "di Singapura dan kali kedua di Kuala Lumpur - telah menjanjikan dia (Balasubramaniam) dikenakan denda seminima mungkin dan bersetuju untuk menyelamatkannya daripada hukuman penjara jika dia bekerjasama.


"Mungkin dia merasakan BN tidak selamat dan sekurang-kurangnya dia (perlu) memperbetulkan keadaan... (dan) menutup kes saya," kata Balasubramaniam kepada Malaysiakini dalam satu temubual awal bulan lepas.

Tawaran itu dibuat beberapa bulan selepas percubaan kedua untuk merasuahnya supaya memburuk-burukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas.

Balasubramaniam, individu penting dalam kontroversi yang menyelubungi pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, terpaksa melarikan diri ke India bersama keluarganya tidak lama sejurus selepas dia membuat dua akuan bersumpah yang bercanggah.

Dia kemudian mendakwa bahawa dia telah diancam dan dibayar untuk menandatangani akuan bersumpah kedua, untuk mengatakan yang akuan bersumpah pertamanya dibuat "kerana ugutan ".

Akuan bersumpah pertamanya yang dibuat pada 2008 mengandungi dakwaan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya.

Najib telah menafikan dakwaan Balasubramaniam yang beliau mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia itu dan tidak dipanggil untuk memberi keterangan apabila orang kepercayaannya, Abdul Razak Baginda, didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan tersebut tetapi dua anggota Unit Tindakan Khas yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi Najib, telah disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.

http://www.malaysiakini.com/news/205341


Rafizi - Najib Telah Jaringkan Gol Sendiri

Posted: 02 Aug 2012 03:24 PM PDT


TAN SRI ROBERT PHANG KATA PEGUAM NEGARA BATU PENGHALANG BAGI BN

Posted: 02 Aug 2012 10:29 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah digesa supaya menggantikan Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara kecuali Abdul Gani secara terbuka menangani senarai panjang dakwaan terhadapnya mengenai penyalahgunaan kuasa.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang berkata Najib perlu sedar bahawa Abdul Gani adalah liabiliti kepada BN.



"Jangan jadi batu penghalang terbesar kepada usaha BN, terutama memandangkan BN cuba untuk mendapatkan matlamat terbaik dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika anda (AG) terus berdiam diri, tidak menangani tuduhan-tuduhan serius terhadap anda, ia pasti akan menjadi batu penghalang kepada semua usaha mereka," katanya.

Phang mendakwa Abdul Gani (kanan) mempunyai dendam terhadap peguam Rosli Dahlan, mempunyai hubungan rapat dengan bekas pengerusi Malaysia Airlines, Tan Sri Tajudin Ramli, yang telah disaisat oleh SPRM berhubung dakwaan rasuah, dan didakwa berpihak dalam perebutan lembaga pengarah Ho Hup Bhd.

Phang berkata kerana beliau telah menimbulkan isu-isu di atas sebelum ini, maka beliau telah menjadi sasaran "serangan yang berniat jahat" oleh penulis blog tanpa nama yang beliau percaya telah diupah untuk mempertahankan Abdul Gani.

Sumber : malaysiakini

kembar-seiras.blogspot.com


Saham FGVH jatuh kepada RM5 seunit hari ini

Posted: 02 Aug 2012 06:50 AM PDT


KUALA LUMPUR: Harga Saham Felda Global Vanture Holding (FGVH) yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu, terus mencatat penurunan sehingga RM5 seunit jam 1 petang tadi.


Semalam saham FGVH berharga RM5.12 seunit. Saham FGVH mula disenaraikan pada harga RM4.55 seunit, dan pernah mencecah kepada RM5.39 pada hari-hari awal disenaraikan.

FGVH merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu mendakwa telah menarik senarai pelabur terkemuka, termasuk pelaburan global Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd

Sebelum ini, Amanah Saham Johor mengambil masa lebih tiga bulan sebelum jatuh, namun untuk FGVH ianya dilihat satu sejarah apabila jatuh dalam masa yang begitu singkat.

Sementara itu, Presiden Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan membuat kenyataan berhubung kejatuhan itu.

Katanya, FGVH yang baru disenaraikan pada akhir Jun lalu dengan harga RM4.55 pernah mencecah pada harga RM5.80 sahaja selepas dua minggu disenaraikan.

Namun katanya, selepas itu saham FGVH semakin menurun sehinggalah ke RM 5.00 awal pagi ini.

Mazlan turut mengulangi pendiriannya bahawa penyenaraian FGVH dalam Bursa Malaysia tidak kena pada masanya dan ramai penganalisis ekonomi turut menjangkakan saham FGVH akan merundum.

"Sebenarnya, FGVH tidak wajar disenaraikan pada masa ini, apatah lagi FGVH tidak ada aset di tambah pula anak syarikatnya banyak yang berdepan dengan masalah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagaimanapun, beliau tidak berniat untuk 'memulangkan paku buah keras' kepada kerajaan ekoran kedegilan menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia.

Tegas Mazlan sekiranya pada kadar saham RM5 pada hari ini pecah dan mengalami kejatuhan ianya akan mengundang malapetaka kepada kerajaan dalam tempoh sebulan ini.

Ditambah pula katanya, dengan masalah kelapa sawit yang melawas menyebabkan harga jatuh sekali gus akan menggusarkan para peneroka.

"Saya bersimpati pada peneroka, mereka jadi mangsa," katanya.

Beliau turut melahirkan kebimbangan akan wujud sendiket pembelian saham apabila peneroka mula menjual saham mereka.

"Kalau peneroka yang beli melalui MITI, dan mereka diminta jual. Isunya siapa yang beli, kita bimbang cetus sendiket sekiranya pembeli itu adalah orang asing maka pegangan bumiputera akan berkurangan. Inilah yang kita sebut akirnya Felda akan menjadi milik asing,"katanya.

Ketika berita ini ditulis jam 4.33 petang saham FGVH direkod pada RM5.05 seunit.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/12161-saham-fgvh-jatuh-kepada-rm5-seunit-hari-ini


Fitnah Rasuah Lajim - Anwar Akan Saman Puad Zarkashi

Posted: 02 Aug 2012 03:16 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbang untuk menyaman Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi jika beliau gagal memohon maaf dalam tempoh 48 jam berhubung fitnah isu peletakan jawatan oleh Datuk Seri Lajim Ukin.

Tuntutan ini dikemukakan Ketua Pembangkang itu menerusi peguam N Surendran yang juga Naib Presiden KEADILAN hari ini.

Ia berikutan kenyataan Puad dalam Sinar Harian Selasa lalu bertajuk 'Lajim ikut nasihat Anwar'. Puad juga menuduh Anwar membayar Lajim untuk meletak jawatan dalam Umno.


"Kenyataan itu pembohongan yang sangat keji dan tidak bersesuaian dengan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran.

"Selari dengan lumrah politik fitnah Umno, Puad juga tidak menunjukkan bukti untuk menyokong tuduhan liar beliau," katanya dalam kenyataan.

Surendran berkata, kenyataan tidak berasas itu adalah bukti tindakan terdesak Umno kerana takut menghadapi kenyataan BN bakal kehilangan sokongan rakyat di Sabah.

"Tindakan berani Lajim meletak jawatan adalah demi kebaikan rakyat Sabah yang telah lama menderita oleh penindasan dan pemerintahan korup Umno BN," jelasnya.

Ekoran itu, Anwar mahu Puad membuat permohonan maaf melalui akhbar harian, selain turut menuntut ganti rugi dan kos guaman.

"Writ saman akan dikeluarkan terhadap Puad jika beliau gagal melaksakan tuntutan-tuntutan tersebut," tegas Surendran.

"Kita juga menyeru agar pemimpin Umno segera meninggalkan politik fitnah dan mengadakan debat yang membina bersama Pakatan Rakyat demi kepentingan negara," katanya.

Lajim pada Sabtu lepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta-merta.


PKR: Dasar automatif kami untungkan pemilik kereta

Posted: 02 Aug 2012 02:51 AM PDT

Dasar automotif cadangan PKR akan memberi manfaat kepada pemilik kereta sedia ada yang masih membayar ansuran kerana mereka akan mampu memakai kereta lebih baik tetapi tetap membayar jumlah yang sama.

Bagaimanapun, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (kanan) berkata, pemilik kereta akan hanya memperoleh manfaat jika bertukar kepada kereta baru.


Ini kerana, dasar automotif yang dicadangkan PKR akan menyebabkan harga kereta terpakai turun ekoran penghapusan duti eksais, tambahnya.

Untuk menggambarkan perkara itu, Rafizi memberikan contoh seorang yang membayar ansuran RM600 sebulan dan masih berhutang sebanyak RM40,000 dengan bank.

Apabila duti eksais dihapuskan, harga kereta tersebut akan jatuh kepada RM25,000 dan sekiranya dijual di pasaran kereta terpakai, pemiliknya akan rugi RM15,000.

Bagaimanapun, jika pemilik kereta itu menukar kereta dan menaik taraf kepada kereta lebih baik, harga kereta lebih rendah dalam pasaran akan membolehkannya membeli kereta yang lebih baik pada harga RM40,000 dengan ansuran bulanan RM600 yang sama.

"Kalau saya, saya sanggup bayar RM600 sebulan untuk kereta Honda berbanding RM600 sebulan untuk Proton Saga," jelasnya kepada Malaysiakini selepas sidang media.

Mkini


Tiada ulasan: