Jumaat, 3 Ogos 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[GAMBAR & VIDEO] Ikan Paus Mendarat Di Pantai Sabah

Posted: 03 Aug 2012 01:03 AM PDT

Usaha Bebas Ikan Paus Terdampar Di Pantai Sabah Sedang Dijalankan

KOTA KINABALU: Usaha sedang dijalankan bagi membebaskan ikan paus sepanjang 15.8 meter yang terdampar dekat Kuala Penyu di pantai barat Sabah, kira-kira 149 kilometer dari sini, Isnin.

Penduduk tempatan berkumpul berdekatan dengan ikan paus, dalam usaha untuk membebaskannya di bandar Kuala Penyu.

Ikan paus itu daripada spesis yang masih belum dikenal pasti, terdampar di pantai yang dikenali sebagai "hujung sungai" kira-kira satu kilometer dari bandar Kuala Penyu.

Pegawai Jabatan Perikanan Negeri di Kuala Penyu, Julin Bagang berkata, ikan paus itu mengalami cedera ringan.

"Kami berhadapan dengan masalah logistik dan sedang mencari jalan bagaimana untuk menyelamat ikan paus itu," kata beliau.

Pada tahun 2006, seekor ikan paus spesis 'Bryde' sepanjang 20 meter terdampar di Pulau Gaya berdekatan dengan bandar di sini.

Ia telah diselamatkan tetapi kemudiannya mati.

Seekor ikan paus lagi diselamat di pantai Tanjung Aru.

Pada Februari tahun ini, seekora ikan paus spesis Baleen sepanjang 12 meter ditemui mati di laut dekat Pulau Mengalum kira-kira 40 batu nautika dari bandar di sini. -mstar

Foto-foto berikut ehsan blog easycomeseasygoes










Ulasan GB

Zahirnya ikan paus mendarat di Sabah. Hakikatnya... hanya Allah yang Maha Tahu apa maknanya. Ayat manzurah ini hanya untuk mereka yang dikurniakan Allah kemampuan untuk berfikir.

"Ya Allah, tidaklah ada apa pun yang Engkau jadikan sesuatu itu sia-sia, maha suci Engkau, maka jauhilah kami dari api neraka." (Ali Imran: 191).

"Kalau sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, niscaya akan engkau lihatlah gunung itu tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami perbuat untuk manusia supaya mereka berfikir". (Al-Hasyr : 21)

p/s clue: baru sebut-sebut tentang tsunami "politik" bakal berlaku di Sabah... ikan paus pun naik....

TERKINI: Kapal Dari Malaysia Tenggelam Di Aceh, 11 Mangsa Masih Dicari

Posted: 02 Aug 2012 09:40 PM PDT

Banda Aceh - Sebuah kapal motor yang mengangkut 325 ton beras dan dua ton bawang dari Pulau Pinang Malaysia, tenggelam di perairan Selat Melaka antara wilayah Pidie dan Aceh Besar. 11 penumpang termasuk nakhoda kapal hingga kini masih dicari. Gambar fail

Firman, sukarelawan dari Tim Reaksi Cepat (TRC) menyatakan, kapal motor Artika dengan berat enjin 256 GT itu hilang komunikasi sejak Khamis 2 Ogos kira-kira 16.30 WIB, ketika dalam perjalanan menuju Pulau Sabang.

"Sebelumnya sempat ada hubungan telefon dengan syahbandar," katanya Jumaat (3/8/2012).

Nakhoda KM Artika bernama Riswan menyatakan kapalnya dalam keadaan bocor dan sudah tenggelam satu meter antara perairan Kecamatan Laweueng, Pidie dan Krueng Raya, Aceh Besar. Tiba-tiba kapal ini terputus komunikasi.

Pasukan SAR Aceh terus mengarahkan relawan dengan speedboat dari Pelabuhan Ulee Lheue, Banda Aceh. Namun ditengah perjalanan kehabisan bahan bakar sehingga terpaksa berpatah ke Sabang untuk pengisian minyak.

Sejumlah relawan SAR dibantu nelayan ketika ini sedang berusaha mencari mangsa. Dua kapal sudah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Maklumat yang diperoleh Okezone.com, kapal itu mengangkut beras dan bawang milik Zakaria Abdullah, warga Aceh. Barang itu hendak dibawa ke Sabang. -adaptasi bahasa dari okezone oleh GB

Penghasilan Filem "Tanda Putera" - Bukti Nyata UMNO Begitu Takut Hadapi Pilihanraya

Posted: 02 Aug 2012 06:47 PM PDT

Tanda Putera' mampu cetus rusuhan kaum

Sebuah filem bertajuk 'Tanda Putera' mengalami situasi yang aneh kerana dikritik hebat sebelum ianya ditayangkan kepada umum.

Filem ini menempah kontroversi kerana ia menyentuh isu yang sangat sensitif dan berbaur perkauman kerana memfokuskan kepada tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969, satu peristiwa yang berlaku empat dekad yang lampau.

Peristiwa 13 Mei adalah tragedi berdarah yang tercetus di antara orang-orang Melayu dengan orang-orang Cina dan kini tercatat sebagai titik hitam dalam lipatan sejarah tanah air.

Dalam peristiwa itu seramai 196 orang dilaporkan terbunuh walaupun angka sebenar mungkin lebih dari jumlah itu.

Separuh dari bajet sebanyak RM4.5 juta filem arahan Shuhaimi Baba ini dibiayai oleh agensi kerajaan, Perbadanan Pembangunan Filem National (Finas).

Pengkritik menyoal kenapa filem ini diterbitkan di ambang negara sedang menghadapi pilihan raya umum ke 13 yang dijangka diadakan pada penghujung tahun ini atau selewat-lewatnya April 2013.

Motif filem ini tidak lain dan tidak bukan merupakan satu lagi dakyah pemerintah Barisan Nasional yang diterajui Umno untuk meraih kembali sokongan orang-orang Melayu yang semakin hari semakin terhakis.


Sebagai satu alat propaganda yang murah untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu dan bagi menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu terhadap orang-orang Cina dan etnik-etnik yang lain.

Mesej Umno mudah: "Undilah Umno jika kita mahu hak istimewa, nasib masa depan dan kuasa politik terus kekal di tangan orang-orang Melayu."

Kuasa politik

Jika orang-orang Melayu tidak bersatu di bawah 'payung' Umno maka orang-orang Cina akan mengambil alih pemerintahan negara ini.

Kuasa politik orang Melayu akan hilang, terpinggir dan orang-orang Melayu akan hidup merempat di tanah air sendiri.

Maka dicipta cerita bahawa jika orang-orang Melayu berpecah, parti DAP yang didominasi oleh orang-orang Cina akan mengambil alih pemerintahan di negara ini.

DAP dituduh telah diresapi oleh komunis dan parti PAS pula dituduh telah diresapi pengaruh Jemaah Islamiah (JI) yang membawa unsur keganasan.

Suasana kebimbangan ini turut disuarakan oleh Perdana Menteri apabila beliau menasihati orang-orang Cina supaya memilih parti yang dapat menjamin keamanan dan kestabilan politik di negara ini, jika mereka mahu terus berkembang maju dalam perniagaan.

Keadaan ini diburukkan lagi oleh media-media pro Umno yang terus menyemarakkan api perkauman dan mencipta suasana kebimbangan di kalangan rakyat, terutama di kalangan orang-orang Melayu.

Namun rakyat di negara ini tidak semudah itu termakan dengan dakyah Umno yang jahat dan bahaya ini. Pengundi terutama golongan muda yang celik IT dan media baru mula sedar.

Generasi baru

Generasi baru tidak lagi memikirkan diri mereka berasal dari etnik atau keturunan tertentu. Sentimen perkauman tidak lagi dapat mempengaruhi pemikiran mereka.

Seperti rakyat di negara-negara lain, contohnya di Afrika Utara dan Timor Tengah, mereka bersatu atas nama kebebasan, keadilan, kesamarataan dan menolak penindasan, kezaliman, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa pihak pemerintah.

Hakikat inilah yang dibimbangi oleh Umno dan momentum untuk menuntut perubahan semakin kuat dan tidak dapat dibendung lagi oleh parti Umno yang lapuk itu.

Tidak pernah dalam sejarah, Umno begitu takut untuk menghadapi para pengundi. Ketakutan mereka mempunyai asasnya berdasarkan prestasi pilihan raya umum 2008.

Buat pertama kali mereka hilang dua pertiga majoriti di parlimen selain dari lima negeri – Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor – jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, walaupun Perak berjaya dirampas kembali.

Tetapi Umno tidak akan berhenti dari terus memainkan isu-isu sensitif seperti menerbit filem 'Tanda Putera' ini, termasuk filem dan video lucah dan porno bagi menyambung tali hayat politik mereka yang tinggal 'nyawa-nyawa ikan'. -FMT



SYABAS Tak Selenggara Rumah Pam Untuk Wujudkan Masalah Air Di Balakong

Posted: 02 Aug 2012 04:43 PM PDT

Syabas gagal selenggara rumah pam punca taman tiada air, kata Ronnie

SHAH ALAM, 1 Ogos ― Kerajaan Selangor hari ini menegaskan, krisis ketiadaan air yang berlaku di Balakong adalah berpunca daripada kerosakan pam air dan kolam simpanan air yang tidak diselenggara dengan sempurna oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu ketika sidang media hari ini menegaskan, keadaan tersebut menyebabkan Syabas tidak dapat membekalkan air terawat yang mencukupi kepada penduduk di kawasan berkenaan.

"Berdasarkan lawatan kita ke kolam simpanan air di Balakong, hampir semua kolam tersebut tidak dijaga dan ada yang rosak," katanya.

"Malah, banyak kolam air ini tidak diselenggara dengan baik. Kebanyakkannya tidak mempunyai pam air dan motor pam telah rosak ... bukan itu sahaja pintu pagar pun hilang, ini sangat membahayakan keselamatan penduduk khususnya kanak-kanak," katanya yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran.

Antara kawasan yang terjejas dengan situasi berkenaan adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang, iaitu Taman Bukit Belimbing, Taman Seri Belimbing, Taman Juara Jaya, Taman Harmoni Indah, Taman Seri Timah, Taman Tanming Jaya, Taman Seri Jati, Taman Putera Budiman, Taman Balakong Jaya, Taman Puncak Utama, dan Taman Sri Pulai dan Kawasan Perindustrian Balakong Jaya.

Sementara dua kawasan lain di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya adalah Kampung Tengah dan Taman Sungai Besi Indah di Seri Kembangan.

"Kerajaan negeri telah mengarahkan PBT menggunakan lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas ini untuk menyalurkan air, dan Syabas akan membayar kos ini kerana mereka gagal menjalankan tugas mereka.

Kesal dengan tindakan itu, Ronnie menegaskan, tindakan Syabas itu menyebabkan penduduk di sekitar kawasan terbabit tidak menerima bekalan air terawat yang mencukupi.

Sehubungan itu, Ronnie turut menggesa Syabas agar mengambil tindakan segera bagi membaik pulih kolam air yang terjejas.

Pihak berkuasa tempatan di kawasan berkenaan juga akan membuat laporan polis berhubung keadaan rumah pam berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Syabas seharusnya mengganti motor dan pam yang rosak supaya bekalan air di kawasan yang terjejas mencukupi," katanya lagi. -TMI


Taman Putra Budiman residents want pumphouse fixed

LOW-WATER pressure has become a daunting problem for residents of Taman Putra Budiman in Balakong Jaya.

Residents at the five-storey walk-up apartments are the worst affected, especially those staying on the upper floors.

The low-water pressure is due to flooded pumphouse and despite several complaints to Syabas the problem has not been solved.

The poor drainage system had flooded the pumphouse which is in a low-lying area.

Serdang parliament constituency coordinator Datuk Yap Pian Hon said the residents were facing this problem for the past one year.

"I was shocked to see the pumphouse in water and nothing has been done to rectify the problem," said Yap.

He added that he had written to Syabas and was waiting for their response.

The fencing around the pumphouse is also not maintained, providing easy access to drug addicts as several used syringes were found at the premises and some disposed off into the pool of water.

N. Paramasivam, 62, who live on one of the upper floors of the apartment, said the water pressure was good until lately.

"The pressure is low.

"The water has a foul odour and is yellowish," said Paramasivam.

Housewives Wong Ah Lian, 62, and Koh Up Hian, 54, said this problem was troubling them day and night.

Another resident Fong Sau King said her grand-daughter was suffering from skin irritation every time she had her bath.

"The water is dirty and unhealthy for children,' said Fong.

Yap said he would ask Syabas to rectify the problem immediately and also to fence up the place to prevent drug addicts from using the area.

"I will follow up with the issue until the residents are provided with clean water supply," added Yap.
-The Star



[VIDEO] P1 Bala Dedahkan Ditawar RM200K & Banglo Di London Untuk Burukkan Anwar

Posted: 02 Aug 2012 08:16 AM PDT

PI Bala: Mereka cuba rasuah saya... lagi

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam muncul daripada persembunyian dan membuat satu lagi pendedahan yang menggemparkan - bahawa terdapat percubaan kedua untuk merasuahnya ketika dia berada di India, kali ini untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada Malaysiakini dalam temubual di Kuala Lumpur bulan lepas, Balasubramaniam mendakwa dia didatangi kira-kira seminggu sebelum pilihan raya Sarawak pada April tahun lepas.

"Anda tahu semua ini, mereka sudah mendapat 'berita baik' dari Perth dan mereka memerlukan lagi 'berita baik' dari India," kata Balasubramaniam, tetapi enggan mengulas lanjut.

Pada masa itu, jentera kempen kedua-dua belah parti politik mencapai kemuncaknya dan apa sahaja digunakan untuk menarik pengundi dalam pilihan raya negeri yang penting itu.

Ia juga sekitar masa temubual Raja Petra Kamaruddin dengan TV3, yang dibuat semasa lawatan kontroversi penulis blog itu ke Australia, disiarkan.

Dalam temubual itu yang turut disiarkan oleh stesen TV arus perdana, Raja Petra menafikan akuan bersumpah (SD) yang menghubungkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra, yang hidup dalam buangan di United Kingdom, menyebut bahawa SD itu berdasarkan maklumat 'disemai' oleh pemimpin PKR yang terdesak untuk menghalang Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri, menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. -mk


RM200,000, banglo di London jika Bala sedia fitnah Anwar

KUALA LUMPUR: Penyiasat persendirian penuh kontroversi P Balasubramaniam (gambar), yang satu ketika dulu pernah membuat 2 kenyataan bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya, kembali menceritakan bagaimana beliau memperdayakan sogokan kali kedua sebelum pilihanraya negeri Sarawak.

Dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini, Bala berkata beliau cuba disogok seminggu sebelum pilihanraya negeri Sarawak oleh orang-orang yang mengugut beliau.

Beliau akan dibayar sejumlah wang untuk membuat kenyataan bersumpah kedua oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan seorang anggota polis bernama Sureh.

Kenyataan bersumpah kedua beliau adalah untuk menidakkan kenyataan bersumpah pertama beliau yang mengaitkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya dengan mendakwa beliau membuat kenyataan bersumpah itu dalam keadaan tertekan.

Bala telah melarikan diri bersama keluarga ke India selepas kenyataan kedua dibuat.

Dalam sogokan terbaru sebelum pilihanraya negeri Sarawak, Bala berkata beliau disuruh membawa satu kenyataan untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa beliau dibayar oleh Anwar dan pemimpin PKR untuk membuat kenyataan bersumpah pertama yang mengaitkan Najib.

Ketika itu juga, blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin turut muncul di kaca TV3 dalam satu temubual di Australia menyerang Anwar.

Menurut Bala, beliau dihubungi Deepak dan Suresh melalui kawannya Siva.

Suresh, kata Bala terus mengganggu isterinya setelah diberitahu bahawa beliau tidak berminat berjumpa dengan sesiapa.

Atas nasihat peguamnya, Americk Sidhu yang menyuruhnya cuba untuk mendapatkan apa-apa bukti untuk perlindungan diri, Bala bersetuju bertemu dengan Deepak dan Suresh.

"Ini deal kita: RM200,000 cash dan sebuah kondo di Berjaya Times Square dan selepas ini semua ok, dan kita akan bagi kamu kembali dan kemungkinan akan bagi kamu satu projek," kata Suresh kepada Bala.

Bala berkata sebagai balasan, beliau perlu membuat satu video dengan membaca satu kenyataan yang disediakan.

Kandungan kenyataan itu antaranya berkata beliau didekati Anwar untuk membuat penafian dalam kenyataan bersumpah kedua kerana diyakinkan bahawa Anwar akan menjadi perdana menteri sekejap masa lagi.

Anwar pula akan dikatakan telah membayarnya RM200,000 dalam bag dan RM50,000 setiap bulan.

Setelah beberapa ketika, Bala akhirnya membuat video tersebut ketika berseorangan dengan Deepak.

Suresh kemudian telah memasukkan RM100,000 ke dalam akaun isterinya, dan kemudian melalui Siva, Deepak dan Suresh juga memberikan satu salinan belian dan jualan sebuah kondo di Berjaya Times Square.

"Video itu telah selesai. Dan saya hanya perlu menghantarnya. Tapi saya menghantarnya ke peguam saya.

"Semasa Deepak hubungi saya, saya memohon maaf kerana tertekan butang yang salah dan terhantar ke peguam saya," jelas Bala mengenai bagaimana beliau memperdaya Deepak dan Suresh.

Deepak melenting seperti yang dijangka – dan Bala telah merakam percakapan terakhir beliau dengan Deepak.

Ketika ditanya Malaysiakini adakah perkara itu disengajakan, Bala mengaku ya.

Bala berkata, beliau telah hilang segala-galanya ketika melarikan diri ke India dan ibunya meninggal ketika beliau berada di India.

Hanya selepas Najib menjadi perdana menteri, Bala berkata beliau dibolehkan membuat lawatan rahsia kembali ke tanahair.

Apabila ditanya mengenai perbualan telefon tersebut, Bala berkata beliau menyimpannya untuk keselamatan diri.
-HD



Pekerja Butik Dirogol "Pelanggan"

Posted: 02 Aug 2012 06:02 AM PDT

Subang Jaya – Polis mengedarkan fotofit seorang lelaki dipercayai warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubungan kes rogol pekerja butik di SS15, 21 Julai lalu.

Dalam kejadian itu, butik tempat kerja mangsa berumur 23 tahun itu dikatakan didatangi lelaki berkenaan kira-kira jam 3 petang.

Gambar: Fotofit suspek yang merogol mangsa dicari.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek dikatakan membelek-belek pakaian di rak dan memaklumkan kepada mangsa dia ingin menghadiahkan baju itu kepada teman wanitanya.

Katanya, suspek yang bertutur dalam bahasa Indonesia kemudian memaksa pekerja butik itu masuk ke dalam bilik stor dan terus mengikat kaki tangan serta mulut mangsa.

"Suspek kemudian merogol mangsa dan menyamun beg duit, telefon bimbit serta hasil jualan yang berada di kaunter pembayaran," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Yahaya berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai mengesan seorang lelaki warga Argentina bagi membantu siasatan kes pecah rumah dan melanggar kereta polis di USJ 18/2A pada 26 Julai lalu.

Dalam kejadian 9.25 malam itu, empat lelaki melarikan diri selepas melihat kereta peronda polis tiba di pekarangan rumah teres dua tingkat tersebut yang telah dipecah masuk.

"Kita minta orang ramai tampil memberi maklumat sekiranya mengetahui kedudukan lelaki dikenali Ignacio Marcelo, 45, yang masuk ke negara ini sebagai pelancong sejak Oktober lalu," katanya.

SAMM: Penahanan Rafizi Percepatkan Kejatuhan BN

Posted: 02 Aug 2012 05:01 AM PDT

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk penahanan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di bawah akta BAFIA ekoran pendedahan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didedahkannya pada akhir tahun lalu.

"Ia satu cubaan regim untuk menggambarkannya sebagai seorang penjenayah walaupun beliau dengan penuh fakta sahih telah mendedahkan skandal NFC yang menyebabkan seorang menteri meletakkan jawatan".

"SAMM melihat ini sebagai sangat tidak wajar kerana sepatutnya Rafizi diberikan hadiah dan penghargaan oleh pihak kerajaan kerana telah menyelamatkan negara ini dari terus dirompak. Malangnya, hadiah buat Rafizi berupa sepasang gari bersama bon ikat jamin," kata SAMM dalam satu kenyataan.

NGO itu menambah, SAMM mengucapkan tahniah kepada Rafizi kerana imej penahanan bergari itu bukan sahaja mempopularkan beliau tetapi mempercepatkan usaha kejatuhan regim.

Menurutnya, jikapun apa yang dilakukan Rafizi secara teknikalnya mungkin salah namun percayalah ia berlaku kerana kegagalan pihak Suruhanjaya Pencegarhan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa bertindak apabila laporan di buat.

`Lindungi orang tertentu'

"Bagi SAMM, melindungi orang-orang tertentu dari golongan VIP dengan memberkas pihak pelapor yang mendedahkan jenayah dan rasuah adalah satu petanda betapa sistem perundangan negara berada dalam keadaan tenat".

"SAMM memberi jaminan sekiranya amalan seperti ini diteruskan oleh regim Barisan Nasional demi untuk melindungi jemaah menterinya yang banyak terpalit skandal rasuah dan penyelewengan, maka rakyat pasti menolak BN dalam pilihanraya umum akan datang dan bersedia untuk sebuah kerajaan baru yang lebih telus," katanya lagi.

SAMM mendakwa, terdapat impak negatif daripada tindakan penahanan Rafizi sama-ada orang awam akan tidak menghormati undang-undang lalu bertindak sendirian atau orang awam tidak lagi mahu tampil menjadi pelapor 'rompakan' ".

Katanya, sehingga hari ini, SAMM sebagai peneraju anak muda tidak melihat sebarang transformasi yang kononnya dijanjikan oleh Najib Razak dalam usaha memperbaiki sistem perundangan malah menjadi lebih teruk apabila regim panik dan terdesak setelah Rafizi Ramli melangkah untuk pendedahan terbaru yang melibatkan prasarana pengangkutan awam negara.

SAMM tidak mengharapkan apa-apa lagi dari pihak kerajaan, namun menyeru dan menggesa seluruh rakyat Malaysia membuka mata mencelik minda, memandang dengan mata hati apa yang berlaku hari ini akan terus berlaku.

Rakyat akan dimomokkan dengan tangkapan, diperas dan diugut supaya tidak campur tangan dalam urusan 'mereka' merompak khazanah negara".

Akhir sekali, untuk pengetahuan Peguam Negara yang diperkuda regim BN, ketahuilah bahawa siri-siri pendedahan skandal NFC telah diterbitkan sebagai risalah oleh pelbagai pihak dan sudah tersebar ke seluruh negara. Jika ia satu kesalahan, jangan lupa untuk mendakwa berjuta pihak yang terlibat. -FMT


[VIDEO] Saksikan Usaha Mengeluarkan Mayat Dari Perut Buaya!

Posted: 02 Aug 2012 03:05 AM PDT

Buaya merupakan haiwan yang sangat digeruni kerana kemampuannya untuk membunuh manusia dan haiwan.

Kemampuannya bergerak dalam diam sebelum melibas dan membaham mangsanya sering menjadi igauan ngeri sesiapa saja terutama yang mendiami kawasan pinggiran sungai.

Di sini disertakan sebuah klip video mengenai bagaimana usaha orang ramai mengeluarkan mayat dari perut seekor buaya yang berjaya dibunuh.

Video yang tidak diketahui lokasi dan tarikh ini secara tidak langsung membuatkan kita teringat pepatah Melayu lama…air yang tenang jangan disangka tiada buaya! – mynewshub



Tiada ulasan: