Selasa, 7 Ogos 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Haram, berdosa undi DAP

Posted: 07 Aug 2012 03:19 PM PDT

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0808/Utusan_Malaysia/Politik/po_01.1.jpg

KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.

Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.


Undi golongan tentang Islam haram

KOTA BHARU 7 Ogos - Pas Kelantan tidak menafikan adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO.

Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud berkata, hukum itu boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu.

Beliau mendakwa, dalam situasi sekarang, dasar kerajaan BN jelas bercanggah dengan tuntutan agama dan ia sepatutnya ditolak walau dengan apa cara sekalipun.

"Kita sedia maklum UMNO dan BN menolak perjuangan Islam, tolak hukum hudud selain banyak kepincangan yang berlaku dalam pemerintahannya seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

"Maka, Pas yang memperjuangkan Islam mesti tolak kerajaan yang membenarkan kemungkaran berlaku. Untuk itu, kita memang tidak mampu melainkan dengan adanya pakatan pembangkang seperti sekarang.

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/551904_447894761900227_1985187221_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/386811_456100464424349_1221641481_n.jpg
yang boboh ni aku tak kata, tapi mahathir yang kata

Terkini! Ds Anwar Doakan Kejayaan Azizul Dan Ucapan Takziah Kepada Yb Rasol Wahid Yang Kebakaran Kediaman

Posted: 07 Aug 2012 09:42 AM PDT


baru sekejap tadi ds anwar membuat ucapan tahniah dan mendoakan supaya atlet berbasikal kebangsaan azizul berjaya dalam pusingan akhir sekejap lagi.

manakala tweet yang kedua beliau mendoakan supaya yb rasol wahid tabah dalam kejadian kebakaran rumah sekejap allah. Allah akan sentiasa menguji kesabaran hambanya. Berbeza pendapat politik tidak menghalang hubungan kecintaan sesama muslim.

semoga Allah sentiasa bersama-sama kita semua.

Allah semestinya bersama orang yang sabar.

Ngeri! Penemuan Tubuh Manusia Dalam Perut Ikan Jerung

Posted: 07 Aug 2012 08:08 AM PDT

 

Sekumpulan 3 orang lelaki keluar pergi menangkap ikan di laut dalam. Hasilnya mereka berjaya menangkap seekor ikan jerung yang besar. Namun apa yang memeranjatkan mereka, jerung tersebut memuntahkan kaki manusia.

Ngeri! Penemuan Tubuh Manusia Dalam Perut Ikan Jerung | Seperti yang kita tahu, jerung merupakan spesis ikan pemangsa yang sangat bahaya. Spesis yang tinggal di lautan dalam ini mampu membunuh mangsa dalam sekelip mata sahaja. Satu kisah di mana Humphrey Simmons, sebuah pekerja bank telah berjaya menangkap seekor ikan jerung yang luar biasa beratnya jika dibandingkan dengan saiz ikan jerung berkenaan. Ikan itu ditangkap ketika beliau dan rakan-rakannya iaitu Keith Fergusan dan Stanley Bernard pergi menangkap ikan di laut pada suatu pagi Sabtu.

Namun telah terjadi sesuatu yang sangat mengerikan apabila ikan jerung itu memuntahkan sebelah kaki manusia! Mereka akhirnya membuat keputusan untuk membelah perut ikan berkenaan bagi tujuan mencari jasad mayat yang mungkin masih berbaki di dalam tubuh ikan jerung tersebut kerana mereka percaya ikan jerung itu sudah membaham manusia. Mangsa ikan berkenaan sehingga sekarang tidak diketahui.

Jawatankuasa khas perlu libatkan Ku Li

Posted: 07 Aug 2012 04:30 AM PDT

Oleh: NURULHUDA

Tarikh: August 7, 2012

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mahu Jawatankuasa
khas royalti yang ditubuhkan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak disertai individu yang menggubal
Akta Kemajuan Petroleum Negara, termasuk bekas
Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata,
langkah itu perlu supaya keputusan jawatankuasa
tersebut akan selaras dengan undang-undang yang
telah diperkenalkan sebelum ini.

“Saya  mengharapkan jawatankuasa ini bukan bersifat
mengkaji semata-mata, sebaliknya bertindak ke arah
membayar royalti kepada Kelantan,” katanya kepada
pemberita di sini hari ini.

Chong Wei 'winnable candidate' PRU13?

Posted: 07 Aug 2012 04:28 AM PDT

Chong Wei 'winnable candidate' PRU13?
Oleh: RAZIATUL HANUM A.RAJAK

SHAH ALAM - Datuk Lee Chong Wei 'winnable
candidate' Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)?
Di sebalik spekulasi PRU13 akan dipanggil dalam waktu
terdekat, sementara nama pemain nombor satu negara
itu pula menjadi sebutan banyak pihak, beberapa
peminat Chong Wei secara terbuka berkata akan
mengundi beliau jika dipilih sebagai calon.
Bagaimanapun mereka tidak menyebut parti yang
Chong Wei sepatutnya wakili.

"Jika Datuk Lee Chong Wei bertanding pilihan raya
(PRU13), saya akan mengundi beliau," kata selebriti
Adibah Noor, yang menghantar mesej Twitter kira-kira
jam 2.30 petang tadi.

Penyanyi dan pelakon ini berkata demikian beberapa
jam selepas Chong Wei, yang mengutip pingat perak
kedua Sukan Olimpik, kembali ke tanah air awal pagi
tadi.

Walaupun Chong Wei gagal dalam misi memenuhi
harapan pingat emas pertama bagi negara, beliau telah
menarik perhatian dan sokongan jutaan rakyat
Malaysia.

Adibah menambah, "(Chong Wei) seorang yang tidak
banyak bercakap, (tetapi) menyatukan rakyat Malaysia
tanpa berkata sepatah pun. Ya, saya akan mengundi
dia."

Dia seterusnya menulis, "apa pun, saya tidak kisah apa
respons anda kepada dua mesej saya sebelum ini."
Pandangan itu disokong pengikut Adibah bernama
Azizul Idris.

Azizul berkata: "Saya juga! Rakyat Malaysia yang
tulen."

Bagaimanapun seorang lagi pengikutnya yang bernama
Amal Jamil seolah-olah tidak bersetuju dengan berkata:
"Macam ini pun ada."

Seorang lagi pengikut Adibah, Zamzuriani Md Daud juga
menyokong pendirian Adibah.

Kata Zamzuriani: "Datuk Lee Chong Wei seorang yang
menangis untuk negara, sudah pasti saya akan
mengundi dia."

Ni Ke Awek Yang Samakan TG Nik Aziz Dengan Ayah Pin?

Posted: 07 Aug 2012 02:47 AM PDT


Wow!

Hebat orangnya beb!

Warak!

Alim!

Memang betul la, kalau ayah pin tengok pun boleh pengsan hihihihi

Terkini! Akhirnya Adun Mano Mohon Maaf Lepada LCW

Posted: 06 Aug 2012 10:17 PM PDT


Dalam tweetnya baru sekejap tadi Yb Mano memohon maaf kepada LCW dan orang terdekat.

Bagusla benda boleh setel dengan mudah buat cara mudah je la. Yang lepas ambik buat sebagai pengajaran bersama.

Bukan nak puji Mano tetapi sifat memohon maaf patut dipuji. Bukan macam pemimpin UMNO?

Lain kali berhati-hati la :-)

Fatwa Terbaru Mufti Kedah Berhubung Isu Lambakan Majalah Dedahkan Aurat. Allahuakhbar!

Posted: 06 Aug 2012 04:40 PM PDT

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/530241_4512094328678_1348767676_n.jpg


APA TINDAKAN KDN?
MENTERI KDN NI ORANG ISLAM KE ORANG KAFIR?
SAYA LUPA LA NAMANYA

Tiada ulasan: