Selasa, 7 Ogos 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Peguam Negara Kebal dari Tindakan Undang-Undang?

Posted: 07 Aug 2012 01:10 AM PDT

Apakah benar, Peguam Negara begitu kebal dari tindakan undang-undang negara? Begitulah persoalan yang kini timbul setelah tiga orang pegawai tinggi badan penguatkuasa membuat pendedahan mengenai Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, namun Gani tetap kelihatan masih kebal and going strong, kata omputeh!


Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull berkata SPRM sedang menyiasat Gani berkaitan pengubahsuaian sebuah banglo di Seremban oleh Ho Hup Construction Bhd yang bernilai RM18,000.

Sebelum ini, Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur,Mat Zain dan bekas Pengarah Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff telah menggesa supaya sebuah tribunal ditubuhkan untuk menyiasat pelbagai dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dibuat terhadap Gani.Aduan Ramli terhadap Peguam Negara itu adalah mengenai isu 'Copgate'.

Tetapi kini timbul percanggahan mengenai soal 'hak' perlantikan panel untuk menyiasat Gani.

Menurut Datuk Mat Zain Ibrahim, yang boleh melantik panel yang dipanggil 'tribunal' untuk mengadili tingkah laku seseorang AG hanyalah Yang di-Pertuan Agong, seperti yang dinyatakan di bawah Perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan dan dibaca bersama dengan Perkara 145 (6) dan mestilah atas nasihat perdana menteri.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull mengenai siasatan SPRM berkaitan Ho Hup Construction Bhd yang dikatakan ada kaitan dengan Gani.

Syukri menyatakan bahawa SPRM pernah membentuk sebuah panel untuk menyiasat AG. Baca di sini.

Dalam perkara ini, kita berharap ketiga-tiga mereka ini akan berbincang dan mendapat solusi yang terbaik bagi menyiasat salah laku Gani Patail dan mengheretnya ke muka pengadilan.

Persoalan sekarang, Siapakah yang akan 'menasihatkan' Yang di-Pertuan Agong supaya menubuhkan tribunal? Hanya Perdana Menteri yang boleh lakukan mengikut perkara 145 (6).

Tentu PM Najib bukan sebodoh itu untuk melakukannya kerana dia terlalu sangat gila – Gila Kuasa.Tindak-tanduk Gani mempunyai kepentingan survival politik Umno/BN.

Apakah seorang Perdana Menteri yang sudah gila pun masih tetap diberikan hak untuk itu?

Jongkong Emas Patut Diberikan Kepada Lee Chong Wei

Posted: 06 Aug 2012 11:00 PM PDT

Lee Chong Wei terbukti telah berusaha sepenuh daya yang ada padanya. Kita berharap walaupun terlepas pingat Emas, takkanlah Jongkong Emas itu pun terlepas juga setelah begitu kesungguhan Lee Chong Wei bertarung bermati-matian ....Walaupun dia gagal dalam pertarungan tersebut, dia telah berjaya menyatukan semangat rakyat Malaysia ...itulah yang penting sekali.

Atas semangat perjuangan dan pengorbanan yang ditunjukan itu, DAP telah memberikan pengiktirafan kepadanya. Beginilah cara penghargaan yang sepatutnya dilakukan.Tidak pernah digembar gemburkan sebelumnya supaya Lee Chong Wei tidak hilang fokus dalam permainannya.

GEORGE TOWN, 7 OGOS: Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat akan menganugerahkan insentif bernilai RM100,000 kepada wira badminton negara Lee Chong Wei yang merupakan anak tempatan bagi mengiktiraf pencapaian beliau di Sukan Olimpik 2012.

Ketua Menteri Pulau Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, anugerah tersebut adalah untuk usaha gigih beliau dalam Sukan Olimpik London 2012, serta sebagai galakan untuk meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik 2016.

"Walaupun terkecundang kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir, Lee Chong Wei telah berusaha dengan gigih dan menimbulkan rasa bangga setiap rakyat Malaysia," ujarnya.SUMBER

Tiada ulasan: