Kerabu Bersuara ® |
- Gambar Lelaki Mati Terjatuh KSL City Mall
- LKS Cadang Anugerah ‘Atlet Malaysia Sepanjang Zaman’ Kepada Chong Wei
- Terima Gaji RM400 Ribu, Rozali Ponteng Taklimat Penting
- Pas: Panel khas royalti helah politik
- Terkini! Awas Akaun Tweeter Palsu Anwar
- Laman Baskin Robbins Malaysia Digodam
- Hebat! Ahmad Maslan Berbuka Puasa Bersama 400 Orang Cina
- Perkara Yang Haram bagi PAKATAN Tetapi Halal Bagi Umno. Ni Dia....
- Cis! Surat Rayuan Menteri Pengajian Tinggi Untuk Anak Muda Di Universiti Terdedah?
- Sejarah Nuzul al-Quran
- Bolt pecah rekod, kutip emas 100m Olimpik6 Ogos 2012
Gambar Lelaki Mati Terjatuh KSL City Mall Posted: 06 Aug 2012 11:56 AM PDT Beberapa gambar seorang lelaki mati terjatuh di KSL City Mall, JB mula tersebar. Banyak versi cerita tentang kejadian tersebut. Ada yang kata bunuh diri, ada yang kata terjatuh dari tingkat atas kerana leka bergurau bersama rakan. Apa-apa pun kita tunggu laporan penuh dari media massa. Itupun jika ada. sumber gambar : carigold |
LKS Cadang Anugerah ‘Atlet Malaysia Sepanjang Zaman’ Kepada Chong Wei Posted: 06 Aug 2012 10:09 AM PDT SHAH ALAM 6 OGOS : Jaguh perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei harus diberi penganugerahan sebagai ‘Atlet Malaysia Sepanjang Zaman’ sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 55 pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September depan. Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata beliau perlu diberi penghormatan kerana memenangi dua pingat Perak untuk negara dalam pertandingan perseorangan badminton di temasya Olimpik 2008 Beijing dan Olimpik 2012 London. Katanya, walaupun beliau gagal merangkul pingat emas untuk negara tetapi pencapaiannya itu merupakan satu pencapaian yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana rakyat Malaysia. “Chong Wei tetap wira yang tidak boleh dipertikaikan. Rakyat Malaysia amat kecewa dengan kegagalan Chong Wei memenangi pingat emas malam semalam.“Walaubagaimanapun, tiada siapa yang lebih kecewa daripada Chong Wei sendiri kerana beliau telah menunjukkan satu usaha berani dan komitmen yang tinggi dalam perlawanan menentang pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China. “Atas sebab itu, penghormatan itu perlu diberi oleh Yang Di Pertuan Agong pada sambutan itu. Ia akan menjadi istimewa dan unik untuk rakyat Malaysia meraikannya sebagai rakyat yang bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya dalam satu kenyataan media. Beliau menambah, dengan penghormatan itu, sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kesan cubaan memecah belahkan rakyat oleh Umno-BN.Katanya, ia dapat dilihat melalui penggunaan tema “Janji Ditepati” sebagai tema sambutan hari bersejarah itu bagi tahun ini.Bagaimanapun, tema yang ‘mengerikan’ akan tetap digunakan sebagai slogan sambutan hari kemerdekaan ke-55 negara ini kerana ia keputusan bersama yang dibuat oleh kabinet, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Seri Dr Rais Yatim. “Dalam lirik lagunya pula, secara terang-terangan, Umno-BN suka mengungkit lebih lagi pada lirik ‘Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi’.“Tema dan lirik lagu itu hanya sebagai kempen pilihanraya dan ia menunjukkan mereka tidak sensitif serta pemikiran yang sempit walaupun sudah 55 tahun negara Merdeka. Sudah tiba masa untuk menukar corak pemerintahan,” katanya. |
Terima Gaji RM400 Ribu, Rozali Ponteng Taklimat Penting Posted: 06 Aug 2012 06:20 AM PDT SHAH ALAM 6 OGOS: Meskipun menerima bayaran RM400 ribu sebulan, Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail gagal menjalankan tanggungjawab apabila gagal hadir dalam satu taklimat penting kepada jawatankuasa menyemak dibentuk Kerajaan Negeri. Kegagalan Rozali untuk hadir dalam taklimat penting yang diadakan baru-baru ini bagi mendapatkan gambaran sebenar akan perkembangan terkini status bekalan air Selangor mengundang kekecewaan Ahli Parlimen Utara, Tony Phua. Memetik dari satu laporan wawancara eksklusif Malaysiakini bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini, taklimat tersebut dihadiri oleh semua pegawai profesional tertinggi Syabas.Hanya dua orang yang tidak hadir (dalam mesyuarat), orang yang kita bayar RM400,000 sebulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ruslan Hassan. “Semua profesional tertinggi hadir,” kata Abdul Khalid merujuk dengan sinis kepada Rozali, dipetik dari Malaysiakini.Menurut laporan itu juga, pegawai dari Syabas sendiri turut mempersetujui bahawa Selangor tidak mengalami krisis air dengan rizab kritikal dua peratus seperti yang didakwa syarikat itu sebelum ini. Sebaliknya menurut Abdul Khalid, 35 loji rawatan air di Selangor berkapasiti untuk mengeluarkan 4,960 juta liter air sehari (MLD) iaitu lebih 14 peratus atau 598 MLD daripada bekalan Syabas setiap hari.Tony berkata, penolakan jemputan itu jelas mencerminkan sikap Rozali dan Ruslan yang tidak ikhlas untuk menyelesaikan isu air Selangor. “Kami tak kira politik, yang penting nak selesaikan isu demi masyarakat negeri Selangor.“Tetapi malangnya Muhyiddin tak hadir dan Rozali yang terima gaji RM400,000 sebulan pun tak hadir.“Tetapi Muhyiddin tolak jemputan ini dan ini jelas Muhyiddin tidak ingin menyelesaikan isu air Selangor, tetapi lebih berminat bermain politik dengannya,” kata Tony ketika dihubungi TVS hari ini. Tony turut menganggap tindakan Rozali tidak hadir dalam taklimat itu bertujuan untuk melindungi kepentingan diri sendiri dengan memastikan beliau terus diberi kuasa menerajui Syabas.“Tindakan mereka ini sengaja menafikan hak rakyat untuk menikmati perkhidmatan air bersih pada kadar berpatutan semata-mata mahu menawarkan kontrak besar dan lumayan kepada kroni termasuk projek Langat 2,” katanya lagi. |
Pas: Panel khas royalti helah politik Posted: 06 Aug 2012 03:37 AM PDT KOTA BHARU - Pas Kelantan menganggap jaminan Kerajaan Pusat yang tidak akan menafikan hak tuntutan royalti minyak hanyalah permainan mereka untuk menunjukkan sikap baik kepada rakyat negeri ini. Timbalan Pesuruhjaya Pas III Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keyakinan yang dilahirkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu kelmarin adalah untuk mengurangkan tekanan kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Di sebalik kenyataan itu, Mohd Amar menjelaskan pengumuman untuk bersikap telus menerusi penubuhan Jawatankuasa Bayaran Royalti disebabkan Kerajaan Pusat tertekan dengan desakan pelbagai pihak termasuk penegasan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah supaya menyelesaikan isu berkenaan sebelum pilihan raya. “Sekarang ini mereka mahu sedapkan hati rakyat Kelantan dengan janji-janji itu untuk menunjukkan sikap baik mereka, apatah lagi sudah menghampiri pilihan raya.“Bagi saya jawapan-jawapan yang diberikan ini adalah sebagai satu helah politik untuk tidak memberikan bayaran royalti kepada rakyat Kelantan,” katanya kepada Sinar Harian semalam. Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri menjangkakan terdapat usaha terselindung di sebalik penubuhan jawatankuasa berkenaan.“Saya jangka selepas ini apabila jawatankuasa membuat keputusan Kelantan tidak layak dan tidak berhak atas tuntutan itu, maka mereka akan berselindung di sebalik ketetapan tersebut yang sekali gus menutup kesilapan mereka. “Isunya kenapa selama ini boleh diberi kepada Sabah dan Sarawak dan Terengganu, tetapi apabila Pas memerintah Terengganu ia disekat, apabila Kelantan tuntut ada yang mempertikaikan jaraknya. Ini semua adalah helah politik,” katanya. Mohd Amar sekali lagi menegaskan kajian tidak perlu kerana perkara berkaitan pembayaran itu sudah termaktub dalam perjanjian tuntutan royalti dan semuanya itu adalah tidak menghormati perjanjian. |
Terkini! Awas Akaun Tweeter Palsu Anwar Posted: 06 Aug 2012 12:27 AM PDT Harap pakat sebarkan. Bermacam-macam cara musuh laknat nak kenakan dan jatuhkan pemimpin pakatan rakyat. |
Laman Baskin Robbins Malaysia Digodam Posted: 05 Aug 2012 10:05 PM PDT Lanjutan daripada perlawanan badminton yang diadakan di Sukan Olimpik yang berlangsung di London, kini salah sebuah kumpulan pengodam tempatan nampaknya telah menambah sebuah fail khas pada laman Baskin Robbins Malaysia, dengan mesej berkaitan kekalahan Lee Chong Wei. Dalam perlawanan akhir Chong Wei menentang Lin Dan, beliau tewas pada set ketiga dengan mata sebanyak 19-21, membuatkan Chong Wei terpaksa pulang dengan pingat perak. Namun begitu, semangat yang diperlihatkan beliau menerima pujian rakyat Malaysia, disamping sokongan yang dinyatakan ramai melalui laman sosial, terutamanya Twitter dan Facebook. Sebelum ini, Baskin Robbins mengumumkan, sekiranya Malaysia memenangi emas, mereka akan memberikan ais krim percuma pada semua Baskin Robbins di seluruh Malaysia pada 8 Ogos ini, bermula 8 malam sehingga 10 malam. Selain daripada Chong Wei, terdapat beberapa atlit yang lain lagi turut serta dalam acara Olimpik, dan salah seorangnya adalah Azizulhasni yang akan bersaing dalam acara Keirin esok. http://amanz.my/2012/08/baskin-robbins-digodam/ |
Hebat! Ahmad Maslan Berbuka Puasa Bersama 400 Orang Cina Posted: 05 Aug 2012 09:59 PM PDT ketua penerangan umno? |
Perkara Yang Haram bagi PAKATAN Tetapi Halal Bagi Umno. Ni Dia.... Posted: 05 Aug 2012 07:55 PM PDT |
Cis! Surat Rayuan Menteri Pengajian Tinggi Untuk Anak Muda Di Universiti Terdedah? Posted: 05 Aug 2012 07:12 PM PDT |
Posted: 05 Aug 2012 07:10 PM PDT Bulan Ramadhan bulan penuh berkat dan pengampunan dosa bagi umat manusia yang menunaikan segala kewajipan serta diperlengkapkan pula dengan amalan sunat dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Tiada pernah rasa cukup dengan amalan soleh yang telah dilakukan dan tidak pernah senang dengan kesilapan yang dibuat. Sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah dalam mencari kebahagiaan hakiki. Tidak pernah tamak pada dunia tetapi tidak pula lupa melaksanakan tanggungjawab sebagai bekalan untuk ke akhirat. Setiap pekerjaan dunianya ditunaikan kerana Allah serta ia dilakukan dibawah garisan yang telah ditetapkan oleh Islam.Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai golongan yang hanya solat tetapi tidak mendapat apa-apa melainkan keletihan, golongan yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga, golongan yang banyak membaca al-Quran tetapi al-Quran melaknatnya. Dalam meneruskan sisa-sisa Ramadhan yang masih ada ini marilah kita menyoroti suatu peristiwa penting yang telah menjadi pemangkin kepada dakwah Rasulullah s.a.w iaitu Nuzul al-Quran iaitu bermulanya penurunan al-Quran sebagai wahyu kepada kita umat akhir zaman di mana mukjizatnya terus kekal sehingga hari qiamat.Al-Quran merupakan sumber rujukan pertama kepada seluruh umat nabi Muhammad s.a.w dalam menerusi liku-liku kehidupan di dunia fana ini di mana isinya mengandungi pelbagai aspek kehidupan. KEBANGKITAN SEBAGAI NABI AKHIR ZAMAN Kehidupan Rasulullah s.a.w dalam masyarakat sekeliling yang dibelenggu kegelapan jahiliyah, penyembahan berhala dan adat-adat yang sesat. Masyarakat arab sudah lama terpisah dengan zaman kenabian menyebabkan mereka terus hanyut dalam gelora lautan kesesatan yang mengganas. Namun begitu keadaan nabi tetap dijaga dan dikawal oleh Allah agar tidak turut sama terheret dengan amalan hidup yang sesat ini. Keadaan yang semakin hari semakin terhimpit dengan tekanan jahiliyah dan kesesatan ini telah menyebabkan nabi mengambil tindakan untuk bermunajat kepada Allah dengan berkhalwat di Gua Hira'. Baginda bersendirian dengan bekalan makanan selama beberapa malam berturut-turut. Pada 17 Ramadhan dalam usia nabi mencapai 40 tahun bersamaan 6 Ogos 610M maka pada saat inilah turunnya wahyu pertama yang juga sebagai pengiktirafan sebagai nabi akhir zaman.Nabi didatangi oleh malaikat Jibril lalu malaikat berkata : "Bacalah", baginda menjawab : " Saya tidak tahu baca". Maksud kisah yang diberitahu sendiri oleh Rasullah s.a.w ketika turunnya wahyu ini dalam suatu hadis yang mafhumnya :"…. lalu malaikat itu memeluk saya dengan kuat sehingga saya tidak mampu bergerak. Kemudian dilepaskannya saya sambil katanya :" Bacalah" lalu saya menjawab :"Saya tidak tahu membaca". Sekali lagi saya dipeluk sehingga mencemaskan saya, kemudian dilepaskan dan katanya lagi :" Bacalah", saya tetap menjawab :" Saya tidak tahu membaca". Kali ketiga dia memeluk saya tetapi dilepaskan lalu membaca ayat 1-5 surah al-'Alaq yang bermaksud: Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah Mencipta. Dia mencipta manuia daripada segumpal darah. bacalah kerana Tuhanmu itu Amat Mulia yang mengajar dengan perantaraan qalam. Dia telah mengajar manusia apa yang manusia tidak tahu. Keadaan nabi yang ummi atau buta huruf bukanlah menunjukkan kelemahan nabi tetapi sebaliknya untuk menangkis tuduhan liar yang mengatakan bahawa nabi sendiri yang menulis wahyu dengan ilmunya yang ada hasil daripada pengajiannya dengan cendikiawan dan pendeta yahudi atau Kristian.Wahyu yang pertama ini memberi peringatan kepada umat Islam tentang pentingnya ilmu pengetahuan yang akan menunjukkan secara jelas antara yang benar dan salah. Cara penerimaan wahyu ini menunjukkan bagaimana jalan terbaik dalam menuntut dan menerima ilmu iaitu mesti melalui guru dan juga berhadap serta berjumpa antara murid dan gurunya. PERANAN SITI KHADIJAH Setelah melalui peristiwa yang tidak pernah terfikir dan diketahui olehnya memandangkan umat arab telah begitu lama terpisah dengan kenabian maka nabi terus pulang dalam keadaan terketar-ketar kerana ketakutan. Setelah tiba di rumah lalu baginda meminta agar diselimutkannya. Siti Khadijah sebagai seorang isteri yang cinta dan taat kepada suaminya terus menyelimutkan baginda tanpa banyak bertanya. Setelah keadaan nabi tenang barulah disoal mengenai peristiwa yang telah berlaku yang menyebabkan nabi ketakutan.Siti Khadijah sememangnya seorang wanita yang cerdik dan pernah mendengar tentang kenabian, para nabi dan malaikat melalui sepupunya Waraqah bin Naufal yang menganut agama Nasrani. Disamping itu dia juga mengenali nabi sebagai seorang yang baik dan elok akhlaknya serta disayangi oleh orang ramai. Oleh itu dia terlalu yakin bahawa nabi bukan terkena godaan syaitan atau jin sebaliknya merupakan makhluk pilihan Allah. Dengan suara yang lembut dan penuh hikmat lalu dia memberi semangat kepada nabi dengan katanya : "Demi Allah! Dia tidak akan mengecewakanmu, engkau adalah orang yang sentiasa menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang susah, memenuhi keperluan orang lain, melayan tetamu dan menyampaikan amanah kepada yag berhak". Kata-kata ini memberi semangat baru kepada nabi di mana kita dapat lihat betapa pentingnya peranan isteri dalam menjayakan dakwah suaminya. Nabi berkahwin dengan Siti Khadijah ketika baginda berusia 25 tahun sedangkan Siti Khadihah merupakan seorang yang telah menjangkau usia 40 tahun namun keadaannya dengan izin Allah bagaikan anak dara berusia 17 tahun. Usia bukan matlamat perkahwinan ini tetapi sifat keibuan dan kematangan yang ada pada Siti Khadijah merupakan aset penting kepada diri Rasulullah s.a.w. Ketenangan Siti Khadijah dalam menghadapi situasi yang mencemaskan ini banyak membantu nabi s.a.w. untuk mengawal situasi yang dihadapi. BERTEMU WARAQAH BIN NAUFAL Siti Khadijah membawa nabi untuk bertemu dengan sepupunya Waraqah bin Naufal bagi mengetahui secara lebih lanjut berkenaan dengan apa yang telah berlaku ke atas nabi itu. Setelah mendengar penjelasan daripada nabi tentang apa yang telah berlaku kepada Waraqah lalu beliau mengatakan : " Demi Allah yang jiwaku ini ditanganNya! Sesungguhnya engkau ini adalah nabi untuk umat ini, engkau telah didatangi Namus agung(malaikat Jibril) yang pernah mendatangi Musa dan engkau kelak akan dikatakan berbohong, engkau akan mereka sakiti, akan mereka usir dan mereka perangi". Ucapan Waraqah yang mengatakan :" Engkau kelak akan mereka usir" itu sungguh memeranjatkan Rasulullah s.a.w, kerana pada pengetahuan baginda bahawa dirinya mendapat penghargaan di sisi kaum Quraisy sehingga mendapat gelaran " As-Siddiq" dan "Al-Amin", lalu kata baginda dengan kehairanan : "Apakah mungkin mereka akan mengusir saya?". Waraqah dengan tegas menjawab :" Ya! Semua yang membawa tugas seperti yang engkau bawa ini tetap dimusuhi dan diperangi oleh manusia, andainya aku masih hidup pada waktu itu, akan aku bantu engkau seboleh-bolehnya". Namun begitu setelah bermulanya dakwah Rasulullah s.a.w, Waraqah terlebih dahulu pergi menemui Allah di alam baqa. Rujukan 1. Sirah an-Nabawiyah 1,Syeikh Hassan Ali Nadawi al-Husaini,Pustaka Reka,1997 |
Bolt pecah rekod, kutip emas 100m Olimpik6 Ogos 2012 Posted: 05 Aug 2012 06:11 PM PDT SEPERTI diramalkan banyak pihak walaupun berhadapan dengan masalah kecederaan, Usain Bolt memenangi emas dalam acara 100m Sukan Olimpik 2012 dengan menghasilkan rekod baru 9.63 saat, di Stadium Olimpik London (awal pagi tadi waktu Malaysia). Atlet Jamaica itu mengatasi Yohan Blake, juga dari Jamaica, dan Justin Gatin masing-masing dari Jamaica dan Amerika Syarikat, menduduki tempat kedua dan ketiga.Bolt, 25, muncul sebagai atlet kedua memenangi emas dalam acara 100m dalam dua temasya berturut-turut. Atlet terdahulu mencatatkan rekod sedemikian ialah Carl Lewis dari Amerika Syarikat.Dalam reaksinya, Bolt berkata, dia tahu akan memenangi larian 100m di London."Saya gembira, apabila saya masuk ke pusingan pertama, saya sudah merasai yang saya boleh melakukannya," katanya selepas menang acara 100m.Pada Sukan Olimpik 2008, Bolt lari dengan kepantasan 9.69s dalam acara 100m, 19.30s (200m) dan mencipta rekod 4×100m dengan masa 37.10s. Keputusan akhir 100m di Olimpik 2012 London:1. BOLT Usain (Jamaica) 9.63 saat2. BLAKE Yohan (Jamaica) 9.75 saat3. GATLIN Justin (AS) 9.79 saat4. GAY Tyson (AS) 9.80 saat5. BAILEY Ryan (AS) 9.88 saat6. MARTINA Churandy (AS) 9.94 saat7. TRI THOMPSON Richard (Belanda) 9.98 saat8. JAM POWELL Asafa (Jamaica) 11.99 saat. Evolusi rekod 100m9.63 Bolt, Beijing 20089.69 Bolt, Beijing 20089.72 Bolt, New York 20089.74 Powell, Rieti 20079.77 Powell, Athens 20059.79 Greene, Athens 19999.84 Bailey, Atlanta 19969.85 Burrell, Lausanne 19949.86 Lewis, Tokyo 19919.90 Burrell, New York 19919.92 Lewis, Seoul 19889.93 Smith, Colorado 19839.95 Hines, Mexico 1968- Sumber BBC |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan