Biaqpila |
- Staf dakwa nampak hantu dalam pesawat AirAsia
- CELCOM MAKAN DUIT HARAM?
- Pakatan ada 12 logo hari Merdeka untuk dipilih
- Selamat menyambut Nuzul Al-Quran
Staf dakwa nampak hantu dalam pesawat AirAsia Posted: 06 Aug 2012 05:00 AM PDT MIRI - Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan 'hantu' dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini. Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan 'hantu' yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan. Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas. "Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang. "Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat," katanya ketika ditemui di Hospital Miri di sini semalam. Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya. Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang menakutkan di situ. - Kosmo KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 05 Aug 2012 09:00 PM PDT Saya mempunyai dua talian celcom di bawah satu bil.Maknanya satu nombor main dan satu lagi supplementary. Sekitar jun tahun lepas saya mula menamatkan langganan bil terperinci,menggunakan khidmat secara dalam talian (online).Makanya bil tidak lagi dihantar menggunakan pos dan hanya boleh dipantau secara online.Caj bil terperinci sebelum ini RM3 juga diberikan rebet oleh Celcom. Selepas setahun baru saya perasan,Celcom masih mengenakan caj RM3 terhadap nombor yang lagi satu iaitu nombor supplementary.Itupun setelah saya membuat semakan secara online.Sepatutnya rebet sebanyak RM6 diberikan oleh Celcom.Selama ini pun saya hanya membayar bil tanpa membuat semakan.Rupanya telah setahun Celcom mengenakan caj bil terperinci tetapi bil tidak dihantar. Apabila saya membuat laporan kepada pihak Celcom mereka mengatakan ada menghantar bil.Apabila saya mengatakan tiada bil yang sampai sejak saya membatalkan bil terperinci mereka mengatakan pula telah menghantar bil ke alamat lama.Bagaimana bil yang sebelum ini telah dihantar ke alamat baru (alamat sekarang) boleh dihantar semula ke alamat lama? Apa kejadah nak menipu tak beragak-agak begini??? Setelah sedar pengguna selalunya betul dan penyedia perkhidmatan selalu menipu akhirnya Celcom bersetuju untuk mengembalikan caj bil terperinci yang telah di bayar tapi untuk tempoh tiga bulan terakhir saja. Jumlah semua caj yang dikembalikan kepada saya adalah RM10.60 termasuk bayaran balik cukai perkhidmatan yang telah dibayar. Bayangkan kalau seorang pelanggan Celcom menipu RM3 sebulan,cuba darabkan dengan 100 ribu pelanggan.Antara sedar atau tidak senang-senang boleh dapat RM300 ribu duit haram. Bagi mengelakkan lebih ramai lagi pelanggan yang tertipu,maka saya juga ada membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan respon yang diterima setakat ini amat baik kerana pegawai SKMM ada menghubungi saya,namun beliau hanya memaklumkan yang Celcom akan membayar balik caj bil terperinci selama 3 bulan sahaja. Untuk pegawai SKMM,kalau setakat nak bagitau bagi pihak Celcom baik tak payah duduk kat situ.Tidak adakah apa-apa tindakan terhadap penipuan Celcom ini??? Pengguna berukband KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Pakatan ada 12 logo hari Merdeka untuk dipilih Posted: 05 Aug 2012 08:16 PM PDT KUALA LUMPUR: Kempen untuk membuat logo alternatif kepada Hari Kemerdekaan ke 55 berjalan rancak dalam media sosial Pakatan Rakyat. (Logo ciptaan dari www.ilusenidesign.com)
(Cadangan dari Tommy Hohenheim Evangelista)
(Cadangan logo Merdeka dari Azman bin Mohd Mah Husin) (Logo Merdeka yang dicadang Hamdan Bin Jasin) (Logo Merdeka yang dicadangkan Yan) (Logo cadangan Hafiz)
(Cadangan logo dari Hanafi Ishak)
(Logo merdeka yang dicadangkan Sean)
(Cadangan logo dari Shazni Hanis)
Orang ramai boleh membuat undian dan memberikan komen melalui http://www.facebook.com/101cadanganlogo. HD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Selamat menyambut Nuzul Al-Quran Posted: 05 Aug 2012 03:00 PM PDT Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Al-Quran bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata al-Quran mukjizat akhir zaman atau al-Quran yang mempunyai mukjizat. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An am:38) al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al- Alaq. maksudnya: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (al- alaq:1-5) Baca lagi di Panduanpercuma KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan