DIALOG RAKYAT |
- Selangor bertegas ambil alih Syabas
- Yusuf Qardhawi: Islam tiada makna jika rakyat ditindas, hasil negara dibolot
- Kami tak gentar kes saman NFC – Zuraida
- Rakyat Pulau Pinang tidak rela hak negeri diambil oleh kroni BN
- Kes Penamatan Pinjaman Pelajar Mesir; Fitnah Umno-BN Terengganu
- Kontrak Aziz Desa di KTC tamat
- Bekas Pengarah LPP Perak sertai PAS
- Saifuddin ‘tolak’ tawaran palsu masuk PKR
- Keluarga Ibrahim Pendek kini terbela
- Apa tujuan ada sayap ulama Umno?
- Bagaimana Malaysia di mata dunia?
- CHONG WEI TEWAS TAPI DAPAT PUJIAN, BIK MAMA TERUS DIHENTAM
- Waytha: Saya ada strategi lain untuk Hindraf
- Tim menteri: Royalti minyak K'tan tuntutan 'sah'
- Selangor Bakal Ambil Alih Semula 33 Loji Rawatan Air Dari SYABAS
- Berhadapan dua kes mahkamah, Rafizi akan terus dedahkan skandal
- Saya minta maaf kepada rakyat M'sia - Chong Wei
- 'Mula-mula pulangkan, sekarang beratur paling awal'
- Tengku Mahkota Johor tutup akaun twitter, media sosial
- 55 yang penuh kontroversi
- JK Royalti: Kenapa sekarang - TG Nik Aziz
- Lebuhraya Rakyat: Lebih RM4 juta sudah terkumpul
- AKSB kerja keras atasi gangguan air di Pasir Mas
- Royalti: Exco Kelantan bincang surat PM Rabu
- Pakatan ada 12 logo hari Merdeka untuk dipilih
Selangor bertegas ambil alih Syabas Posted: 06 Aug 2012 04:29 AM PDT KUALA LUMPUR : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bertegas akan melaksanakan perancangan negeri itu untuk mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Menurutnya, walaupun tindakan tersebut mendapat tentangan hebat daripada Kerajaan Pusat, namun usaha kerajaan negeri itu amat penting bagi memastikan rakyat tidak membayar harga tinggi untuk bekalan air terawat . "Kita tetap meneruskan hasrat mengambil alih Syabas kerana kita tidak mahu membayar harga yang lebih tinggi daripada sekarang. "Ini yang kita janjikan kepada rakyat, untuk meneruskan usaha membetulkan perkara yang tidak betul," katanya semasa majlis berbuka puasa bersama media di Hotel Holiday Villa, Subang Jumaat lalu. Tambah beliau, sikap berkeras Kerajaan Pusat itu sebenarnya bercanggah dengan Akta Industri Pembekalan Air 2006. "Kita juga boleh pergi ke mahkamah untuk menunjukkan bahawa tindakan Kerajaan Persekutuan ini tidak sama dengan undang-undang yang diluluskan pada tahun 2006," katanya. | |||
Yusuf Qardhawi: Islam tiada makna jika rakyat ditindas, hasil negara dibolot Posted: 06 Aug 2012 04:27 AM PDT Oleh Aedi Asri KUALA LUMPUR : Tidak bermakna Islam itu jika tiada huriyyah (kebebasan) dan rakyat ditindas pemerintah, kata Sheikh Yusuf al-Qardhawi. Demikian Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pesanan ulama tersohor itu berdasarkan buku terbarunya berjudul 'Kebangkitan Rakyat' yang ditulis selepas kejatuhan regim Hosni Mubarak. Memetik kandungan buku itu, Anwar berkata, tanda negara tiada kebebasan apabila pihak yang berkuasa berbuat sesuka hati termasuk mengaut hasil kekayaan negara. "Kata Yusuf Qardhawi, inilah yang menyebabkan malapetaka di negara-negara Islam. "Kalau kita nak (mengamalkan) Islam, bagaimana kita boleh tidak menghormati rakyat di bawah?" soalnya ketika memberi tazkirah di Surau P 20, Taman Bukit Angkasa Pantai Dalam, semalam. Beliau mengambil contoh masyarakat Kadazandusun di Sabah yang marah apabila tanah mereka dirampas pihak berkuasa. "(Justeru) jangan jadi bodoh dan diperbodohkan. Rakyat mesti ada maruah," tegas Ketua Pembangkang itu di hadapan 100 jemaah yang hadir. Pada 4 Ogos lalu, Anwar melancarkan edisi bahasa Melayu buku itu yang diberi nama 'Yusuf al-Qardhawi & Kebangkitan Rakyat' terjemahan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Surau Al-Mujahiddin, Bandar Baru Bangi. Turut diadakan, sesi diskusi buku dengan barisan ahli panel seperti Presiden Wadah Pencerdasan Umat (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadzil, Ustaz Mohd Naim Mohd Nor dan Anwar sendiri yang merupakan bekas presiden Abim. | |||
Kami tak gentar kes saman NFC – Zuraida Posted: 06 Aug 2012 04:25 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin bertegas, beliau dan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli tidak gentar dengan kes saman Datuk Seri Shahrizat Jalil yang akan bermula petang ini. "Kita yakin kes ini akan berpihak pada kita kerana penyelewengan yang kita (KEADILAN) dedahkan memang betul. Jadi amat tidak kenalah bagi Shahrizat untuk menyaman kita," kata Zuraida yakin. Menurut Ahli Parlimen Ampang itu, Shahrizat akan tampil sebagai saksi pertama hari ini. 19 Januari lalu, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu memfailkan saman terhadap Zuraida dan Rafizi sebanyak RM100 juta berhubung projek kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC). Ia berikutan KEADILAN mendedahkan dana RM250 juta untuk penternakan lembu itu disalah guna keluarga Shahrizat. Ia termasuk membeli lima kondominium di Singapura dan Bangsar, dua lot tanah di Putrajaya, kereta mewah dan pelbagai transaksi meragukan. Shahrizat dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa, Zuraida dan Rafizi telah memfitnah dan memburuk-burukkan beliau. NFC dipengerusikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail manakala tiga anak beliau adalah pemegang saham dan pengarah di dalam syarikat Agro-Science Industry Sdn Bhd, syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC dengan satu saham 'preference' dipegang kerajaan Malaysia. | |||
Rakyat Pulau Pinang tidak rela hak negeri diambil oleh kroni BN Posted: 06 Aug 2012 04:23 AM PDT Roketkini.com GEORGE TOWN: Rakyat Pulau Pinang menuntut kerajaan persekutuan Barisan Nasional serta kroninya Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd mendedahkan kepada umum terma-terma perjanjian untuk mengambilalih Pelabuhan Pulau Pinang daripada pemilikan negeri. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata rakyat Pulau Pinang mahu mengetahui dengan jelas dan telus sama ada kerajaan BN telah, sedang atau akan: 1. Mengadakan tender terbuka secara kompetitif dan bukannya tender yang terhad kepada mereka yang dijemput untuk membuat tawaran. 2. Menjelaskan penafian Menteri Kewangan (UMNO) dan Menteri Pengangkutan (MCA) terhadap dakwaan Pengerusi Penang Port Commission, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga Presiden MCA, bahawa Pelabuhan Pulau Pinang akan dijadikan pelabuhan penghantar yang akan memainkan peranan sokongan kepada dua pelabuhan lain, iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Pelabuhan Pasir Gudang di Johor. 3. Melaksanakan segera peruntukan RM353 juta untuk mengorek saluran pelabuhan kepada sekurang-kurangnya 15-17 meter dengan segera sebelum penswastaan dijalankan. 4. Mengadakan rundingan awam sepenuhnya dengan pihak-pihak yang berkepentingan di dalam industri perkapalan, kerajaan negeri Pulau Pinang dan rakyat Pulau Pinang. 5. Mendedahkan butiran dan pelan yang lengkap serta jumlah pelaburan Seaport, dan bagaimana penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang ini boleh memberi manfaat kepada penduduk Pulau Pinang dan mengembalikan status Pelabuhan Pulau Pinang kepada pelabuhan komersial serantau yang bertaraf dunia. Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, rakyat Pulau Pinang bimbang masalah besar, termasuk kesan ekonomi dan pekerjaan serta perniagaan akan terjejas jika BN terus mengamalkan sistem ekonomi kroni yang membelakangkan kepentingan rakyat. "Semua pembohongan, janji separuh benar dan janji-janji kosong ini adalah bukti bahawa penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang akan diteruskan tanpa mendedahkan mana-mana maklumat. "Juga tiada jaminan bahawa kerja-kerja pengorekan RM353 juta akan dijalankan seperti yang telah dijanjikan dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan ke-10. "Sekali lagi, kerajaan persekutuan Barisan Nasional telah gagal untuk menjaga kepentingan penduduk Pulau Pinang dengan meneruskan penswastaan Pulau Pinang tanpa memberikan jaminan bahawa ia tidak akan berakhir dengan satu lagi pelanunan demi keuntungan peribadi dan mengorbankan kepentingan awam," ujar beliau. – Roketkini.com | |||
Kes Penamatan Pinjaman Pelajar Mesir; Fitnah Umno-BN Terengganu Posted: 06 Aug 2012 04:06 AM PDT Editor Buletin KUALA TERENGGANU - Setelah menamatkan pinjaman sembilan orang mahasiswa Mesir dengan zalim, Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu menabur fitnah dan mengelirukan rakyat. Pada 18 Mac, sebuah akhbar tempatan melaporkan kerajaan Negeri membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam mahasiswa lelaki yang 'kononnya' didapati bersalah kerana terlibat dalam demostrasi. Keenam-enam mahasiswa yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu dijatuhkan hukuman bersalah hanya kerana beberapa keping gambar memakai baju BERSIH, 'tanpa dipanggil untuk dibicarakan dan diberi peluang untuk membela diri'. Tindakan menghukum pelajar tersebut ekoran perisytiharan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussein yang mengharam kan BERSIH. Sebaliknya mahkamah pada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang mengatakan Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) sebagai sebuah pertubuhan haram. Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya berkata kenyataan Menteri Dalam Negeri itu tidak masuk akal kerana setelah menggelarkan gabungan itu sebagai pertubuhan haram pada 1 Julai tahun lalu, kemudiannya membiarkan pertubuhan itu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai tahun sama. Justeru sepatutnya penamatan pinjaman yang diputuskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Terengganu 'terbatal' kerana demonstrasi BERSIH adalah tidak salah di sisi undang-undang. Sehubungan itu, pada 30 Julai lalu, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah telah menggesa Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said, Kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu supaya menyambung semula pinjaman pelajaran yang telah ditamatkan ke atas sembilan orang mahasiswa yang sedang menuntut di negara Mesir Beliau berkata, keputusan kerajaan menamatkan pinjaman tersebut adalah berdasarkan gambar yang menunjukkan mahasiswa itu terbabit dengan Himpunan Aman Bersih yang dituduh sebagai 'haram dan kotor'. Namun begitu, Umno-BN Terengganu telah 'menangguk di air yang keruh' dengan mempolitikkan tindakan salah seorang mahasiswa, Muhamad Hasyim yang membuat rayuan bagi mendapatkan semula hak beliau yang telah dinafikan Yayasan Terengganu. Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dalam kenyaataannya semalam telah melahirkan sekali lagi rasa simpati kepada sembilan mahasiswa yang menjadi mangsa penamatan pinjaman oleh Yayasan Terengganu itu. Sejak dari awal kes penamatan pinjaman tersebut, PAS berusaha pelbagai cara bagi mengembali kan hak mahasiswa terbabit untuk melanjutkan pelajaran. Menurut Setiausaha DPPNT, Zaidan Abdullah, PAS tidak pernah menghalang mana-mana dari sembilan mahasiswa tersebut untuk membuat rayuan kepada pihak yang menamatkan pinjaman itu. Bahkan kata Zaidan, dalam beberapa perjumpaan dan pemberian sumbangan kepada bapa mahasiswa yang menjadi mangsa kezaliman Umno-BN Terengganu, bapa Muhamad Hasyim, Che Ngah telah memaklumkan bahawa beliau akan meminta anaknya membuat rayuan. Bayangkanlah, dimanakah seorang bapa seperti Che Ngah berupaya mendapatkan baki lebih RM100,000 bagi mengongkosi perblenjaan Muhamad Hasyim yang menunjut dalam jrusan perubatan. Menurut laporan, sebanyak RM170,000. daripada RM RM301,144 telah dibelanjakan bagi Muhamad Hasyim menamatkan pengajian perubatannya. Namun begitu, tanpa rasa kemanusiaan dan belas kasihan, Umno-BN memanupulasikan perjumpaan Muhamad Hasyim Che Ngah dengan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said pada 3 Ogos lalu. Akhbar-akhbar dan media Umno-BN tidak segan silu menjadikan 'kesukaran dan kepayahan' Muhamad Hasyim sebagai modal politik menyokong tindakan zalim Umno-BN. Tidak cukup sekadar itu, secepat kilat pula 'blog-blog' upahan Umno-BN membuat fitnah, kononnya PAS tidak menyampaikan derma sumbangan orang ramai kepada mahasiswa terbabit. Sedangkan menurut Zaidan, sumbangan sebanyak RM3500 kepada setiap mahasiswa telah pun diserahkan melalui keluarga masing-masing secara berperingkat. "Muhamad Hasyim tidak tahu, ayahnya Che Ngah tidak memberitahu beliau kerana Muhamad Hasyim berada di Mesir,"kata Zaidan. [Gambar - beberapa majlis yang diadakan oleh DPPNT menyampaikan sumbangan kepada bapa pelajar mangsa kezaliman Umno-BN Terengganu yang diadakan sejak program Pntas Pemuda di Manir pada Mac 2012] Menurutnya, DPPNT masih terus berusaha bagi mendapatkan sumbangan pelbagai pihak bagi disalurkan kepada pelajar-pelajar terbabit. InsyaAllah, di hujung Ramadhan ini sebanyak RM1000 lagi akan diserahkan bagi meringankan beban mereka. Justeru, katanya, sumbangan terhadap pelajar terbabit boleh dilakukan melalui akaun MAYBANK ISLAMIC bernombor 5630 6411 3873 atas nama DANA TA'AWUN DPPNT | |||
Kontrak Aziz Desa di KTC tamat Posted: 06 Aug 2012 04:00 AM PDT Pengacara Aziz Desa telah tamat kontraknya sebagai Pengarah Operasi Kelantan Trade Centre (KTC) sejak 31 Julai lalu. Katanya, bermula tarikh itu beliau tidak lagi bertugas di KTC dan jawatan itu akan diisi oleh orang lain. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program qaseh dan ziarah Ramadan bersama Buraqoil serta majlis berbuka puasa, di KTC, di sini semalam.Menurut Aziz beliau mula berkhidmat di situ bermula 12 Febuari tahun ini dan berakhir 31 Julai lalu. Aziz memulakan kerier pengacara dengan TV3 sebelum dilantik menjadi Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Junid. Penyertaannya ke dalam anak syarikat kerajaan negeri Kelantan menjadi kejutan banyak pihak namun ia bukan memeranjatkan keranan Aziz masuk melalui rakan kongsinya yang bukan dikawal kerajaan negeri. Namun tindakan Aziz menjadi pengacara satu program di TV3 yang menyerang PAS mengejutkan banyak pihak. "Saya mendoakan semoga KTC terus maju dan berharap ianya semakin cemerlang di bawah pengurusan baru walaupun ada beberapa program yang saya rancang tidak sempat di tunaikan," kata beliau. Katanya, Kelantan sentiasa menjadi kerinduan para pelancong bukan sahaja tempatan, sebaliknya luar Negara. Kerana itu, tambahnya Kelantan tercatat antara negeri yang paling dikunjungi pelancong dalam peta pelancongan dunia kerana keistimewaannya. "Saya tidak bercakap kosong, dari segi lain saya tidak mahu mengulasnya, tetapi Kelantan memang menarik kerana mempunyai kepelbagaian keistimewaan yang boleh dibanggakan,"ujarnya. Untuk itu, tambahnya rakyat Kelantan diseru menjaga keistimewaan negeri itu yang begitu menarik. Sebelum ini beliau menyangkal dakwaan keputusan dibuat kerana kecewa dengan isu-isu berbangkit sepanjang tempoh menyandang jawatan itu, Aziz berkata, keengganan menyambung kembali kontrak itu dipengaruhi beberapa faktor seperti kesihatan. "Saya sudah buat keputusan untuk tidak sambung kontrak, bukan kerana kecewa (isu-isu yang berbangkit) ataupun tidak lagi berminat, tetapi disebabkan masalah kesihatan. "Saya rasa saya tak cukup sihat untuk bekerja, elok saya bagi peluang kepada orang lain yang lebih layak, saya perlu balik ke Langkawi kerana masih banyak yang perlu diuruskan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, kelmarin. Sebelum ini, kehadiran Aziz menerajui KTC tidak disenangi pihak-pihak tertentu khususnya Kerajaan Kelantan kerana tindakannya terlalu agresif dalam menyelesaikan hutang tertunggak hotel tersebut. Sepanjang berada di organisasi tersebut, Aziz membawa masuk beberapa selebriti tanah air termasuk meraikan perkahwinan penyanyi, Ana Raffali bersama suaminya Ahmad Aznaim Abdullah. Dalam pada itu, Aziz berkata, walaupun tempoh empat bulan sangat singkat untuk seorang pemimpin, sekurang-kurangnya beliau sudah berjaya menetapkan satu standard atau melepasi satu tuntutan walaupun ia tidak mencapai 100 peratus sasaran. | |||
Bekas Pengarah LPP Perak sertai PAS Posted: 06 Aug 2012 03:55 AM PDT Bekas Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perak, Azhar Yunus mengisytiharkan menyertai Pas, semalam.Pengisytiharan itu dibuat pada ceramah Badar Kubra Peringkat Negeri Perak di Kampung Bahagia dekat sini dan turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu. Azhar, yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam kerajaan berkata, pengalaman bekerja di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) Perak selama 11 bulan memberikannya satu suasana lain. "Sebagai pegawai kerajaan, pergerakan kita dahulu sentiasa diawasi, tidak bebas untuk memilih dan bergiat aktif dalam mana-mana parti. "Saya merasakan kelainan, seakan satu semangat dan gembira apabila bekerja di bawah pemerintahan PR," katanya. Hadir sama dalam sesi ceramah berkenaan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain. Azhar (gambar), anak jati Teluk Intan juga pernah menjadi Pengarah LPP di Negeri Sembilan dan Pahang. Azhar berkata, beliau kini bersedia untuk bersama-sama ahli Pas dan PR lain membantu dalam misi menawan Putrajaya. "Saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," katanya. Kemasukannya ke dalam Pas menambah bilangan bekas pegawai tinggi kerajaan dari Perak selepas beberapa nama besar sudah mengisytiharkan sertai parti itu termasuklah bekas Pengarah Pelajaran Perak, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas Pegawai Tinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Imran Abdul Hamid. | |||
Saifuddin ‘tolak’ tawaran palsu masuk PKR Posted: 06 Aug 2012 03:49 AM PDT Di sebalik desas-desus lompat parti yang menjadi perhatian banyak pihak, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menolak 'tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim', yang dikemukakan kepada beliau menerusi mikro blog Twitter. "Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah," kata Saifuddin sekitar jam 11 pagi tadi. Bagaimanapun tawaran itu dipanjangkan kepada beliau menerusi satu akaun palsu yang menggunakan nama Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR). Akaun palsu itu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan alamat Anwar yang sebenar ialah @anwaribrahim. Tawaran sedemikian muncul ketika arena politik tempatan sekali lagi diselubungi spekulasi bahawa akan ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan keluar parti sama ada untuk menyertai PR ataupun bertindak sebagai parti mesra perikatan itu. Ia semakin ketara selepas perkembangan di Sabah lebih seminggu lalu. Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau terpaksa menjawab entri akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya, lebih-lebih dalam keadaan sekarang. "Kalau saya tidak jawab, saya kenalah," kata beliau lagi sambil menjelaskan menerusi satu lagi mesej bahawa "palsu atau tidak, saya masih kena jawab." Ibu Pejabat PKR juga membuat penjelasan bahawa akaun @anwaribrrahim adalah palsu. "Sila ambil maklum akaun ini @anwaribrrahim adalah palsu – akaun sebenar Ketua Pembangkang ialah @anwaribrahim #pkrhq," kata Penolong Setiausaha Agung, Sharifah Shahidah dari ibu pejabat PKR. Saifuddin juga membalas mesej Anwar dengan berkata, "terima kasih atas penjelasan - gentleman." Akaun @anwaribrrahim setakat tengah hari ini telah mengeluarkan lebih 70 tweet. | |||
Keluarga Ibrahim Pendek kini terbela Posted: 06 Aug 2012 03:45 AM PDT Penderitaan keluarga pelakon veteran Allahyarham Ibrahim Pendek atau nama sebenarnya Ibrahim Hassan mendapat pembelaan apabila kerajaan negeri Melaka bersetuju untuk menghadiahkan mereka sebidang tanah dan rumah baru. Berita gembira itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Tangga Baru, Datuk Idris Haron melalui setiausaha khasnya iaitu Mohd Yusof Mahathir selepas membaca kesengsaraan mereka di akhbar. Mohd Yusof berkata, Idris yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan bertemu dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi membincangkan tapak yang sesuai untuk membina rumah keluarga tersebut. "Kerajaan negeri berasa kasihan dengan kesusahan keluarga pelawak itu dan mengambil keputusan untuk membantu mereka," katanya kepada The Star pada Isnin. Akhbar pada Ahad menyiarkan kesengsaraan keluarga pelawak seangkatan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee itu yang hidup dalam kesempitan di sebuah rumah usang, di tanah rizab berhampiran kabel elektrik voltan tinggi di Tanjung Kling di sini. Isterinya Asiah Othman, 57, tinggal bersama enam orang anak dan 10 orang cucu di rumah berkenaan yang sempit selepas Ibrahim meninggal dunia pada November 2003 akibat asma. Anak keempat Allahyarham iaitu Aidid Ibrahim, 33,berkata, adik-beradiknya yang berusia antara 29 hingga 40 tahun hanya bekerja menjual nasi lemak dan roti canai di Lereh dekat sini sejak sekian lama untuk menampung hidup. "Pendapatan kami hanya cukup untuk menyara kehidupan kami sahaja. Empat daripada adik-beradik kami sudah kahwin an mempunyai anak tetapi untuk memiliki rumah baru adalah mustahil," jelasnya yang turut dilahirkan sebagai kerdil bersama tiga adik beradiknya yang lain. Sementara itu Aishah yang pada mulanya enggan mendapatkan bantuan kerana malu dengan nasib keluarga memberitahu, suaminya tidak meninggalkan apa-apa harta kepada keluarga sebelum meninggal dunia. Katanya, selama ini dia bekerja keras dengan menjual makanan untuk menyara keluarga dan meneruskan hidup. | |||
Apa tujuan ada sayap ulama Umno? Posted: 06 Aug 2012 03:42 AM PDT
Ada beberapa kemungkinan yang dapat disenaraikan ekoran kesungguhan segelintir khalayak bergelar ulama muda di dalam Umno mahu menubuhkan apa yang dinamakan mereka sebagai majlis ulama parti itu. Keghairahan mereka dilihat tercetus ekoran kenyataan terdesak wakil mereka yang diasak Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dalam sessi debat khas anjuran sebuah akhbar harian baru-baru ini. Dalam pertembungan hujah yang turut disiarkan saluran tv berbayar itu, pendebat Umno itu jelas cuba membuktikan bahawa partinya juga mahukan Islam dan memberi ruang kepada para ilmuan agama berperanan di dalamnya. Lalu beliau cuba menggambarkan kononnya majlis ulama parti dicadangkannya itu adalah sebagai komponen penting bagi memperkukuhkan Umno. Oleh kerana lontaran itu dibuat pada majlis yang menjadi tumpuan khalayak politik, ia segera mengundang reaksi dan pandangan balas pelbagai pihak. Banyak yang mengalu-alukan cadangan tersebut dengan berbagai raisonal dan andaian positif. Mereka berhasrat melihatnya direalisasikan suatu hari nanti. Bagaimana pun, menilai reaksi agak hambar dan persepsi sedikit serong dari kalangan pemimpin tertinggi Umno, cadangan itu rasanya tidak akan menjadi kenyataan dan bakal tinggal sekadar impian. Sebaliknya, sekiranya parti itu kelak bersetuju mewujudkan sayap ulamanya, ia mendorong kita memikirkan berbagai persoalan untuk mencari kewajaran apakah tujuan sebenar Umno berbuat demikian. Seperti yang agak ketara terpamer pada hujah pendebat Umno itu, maksud asal cadangan tadi antara lain bagi memperkukuhkan lagi dakwaannya bahawa Umno juga mahukan Islam. Bahkan, kita masih ingat itulah hujah diberikan jurucakap sekumpulan ulama muda itu ketika menyerahkan borang keahlian Umno kepada presiden parti, Dato' Seri Najib Razak, 25 Jun 2010 lalu. Kononnya penyertaan mereka didorong sikap optimis terhadap ruang-ruang disediakan Umno untuk mereka menyemarakkan lagi usaha-usaha keagamaan dalam parti sekular itu. Soalnya, jika tujuannya sekadar mahu membuktikan kepada dunia, khususnya kepada masyarakat Islam negara ini, bahawa Umno juga mahukan Islam dan bersungguh menghargai letak duduk ulama dalam perjuangan politiknya, apakah peranan bakal diberikan kepada sayap itu cukup penting dan kuasanya agak besar sehingga mampu menentukan prinsip dan halatuju parti, sepertimana yang kini dilembagakan di dalam PAS? Dalam ertikata lain, apakah mudah bagi sebuah parti sekular seperti Umno untuk memberi laluan dan ruang kepada khalayak agamawan mencorakkan perjalanannya? Maaf cakap, ia kedengaran agak 'sumbang' dan tidak munasabah. Dalam hal ini, reaksi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan agak berterus-terang. Bagi penulis, apa yang diperkatakannya adalah tipikal sikap dan pendirian khalayak umum dalam Umno terhadap peranan institusi ulama dalam politik. "Ini soal agama, janganlah berparti sangat... Islam yang kita amalkan ini membantu dalam mentadbir negara, bukan Islam yang kita uar-uarkan bagi mentadbir parti politik," katanya, sebagaimana dipetik akhbar harian penganjur debat tadi, edisi 27 Julai. Beliau dengan tegas tidak bersetuju diwujudkan majlis ulama di dalam Umno. Sebaliknya, mencadangkan penubuhannya di peringkat negara. Kenyataannya itu boleh ditafsirkan sebagai menolak campurtangan agama dalam politik. Dan, kita percaya fahaman 'politik suku, agama suku' ini memang bersarang kukuh di dalam jiwa para pemimpin Umno keseluruhannya. Maka, dapat kita fahami bahawa Umno belum bersedia mengambil agama sebagai panduan perjalanan politiknya. Justeru, apa perlunya parti itu mewujudkan majlis ulama sebagai komponen pentingnya? Di kalangan yang menyahut cadangan tadi ada juga yang menganggapnya sebagai tepat pada masa bagi Umno mewujudkan sayap ulamanya. Mereka malah mengimbau sejarah awal penubuhan Umno dulu yang katanya memiliki sayap ulamanya. Bahkan sayap itulah yang dikatakan akhirnya melahirkan PAS. Soalnya, jika sekadar mahu membawa rakyat kembali mengingati sejarah itu, apakah imbauan itu tidak akan menemukan kita dengan sebab-musabab kenapa akhirnya khalayak agamawan itu bertindak meninggalkan Umno? Tidakkah dengan tersingkapnya kembali catatan sejarah itu akan lebih membuka 'pekung di dada' Umno di kalangan pencinta Islam? Lagi pun, adakah semata-mata dengan menggamit nostalgia Umno bersama sayap ulamanya dulu itu mampu menaikkan imej Islam pada batang tubuh Umno, sekaligus menudung segala kebobrokan dibuat parti itu selama puluhan tahun kemudiannya terhadap perkembangan Islam dalam negara? Lalu, satu-satunya hujah atau rasional yang masih tinggal untuk justifikasi penubuhan majlis ulama Umno ialah bagi menjadi alat parti itu dalam isu-isu berkaitan agama. Lebih-lebih lagi, sepertimana dimaklumi bahawa musuh utama Umno dalam mempertahankan undi masyarakat Melayu-Islam ialah PAS. Sebagai sebuah parti didukung pencinta Islam dan ditegakkan di atas prinsip Islam, PAS dilihat senantiasa di hadapan dalam isu-isu berkaitan agama berbanding Umno. Maka, mahu tidak mahu Umno perlu memberikan ruang kepada golongan ulama, agar mudah ia membentuk 'perisai' menangkis serangan parti lawannya itu. | |||
Bagaimana Malaysia di mata dunia? Posted: 06 Aug 2012 03:36 AM PDT
Sukan Olimpik ke-30 telah membuka tirainya di London, menjadi tumpuan seluruh dunia. Inilah antara faktornya mengapa banyak negara berebut-rebut untuk menjadi penganjur Sukan Olimpik. Semestinya sesebuah negara mahu menampilkan segala yang terbaik kepada masyarakat antarabangsa - barulah orang asing mampu mencemburui pencapaian kita, jika ikut hujah menteri kabinet Malaysia. Maka untuk menarik perhatian dunia, Malaysia melakukan segala yang boleh, khususnya ketika zaman pemerintahan Mahathir Mohamad. Malah kita menjadi penganjur Sukan Komanwel pada tahun 1998. Dengan semangat "Malaysia Boleh", kita membina bangunan tertinggi, lapangan terbang terbesar di dunia. Sesetengah pula menarik keretapi dengan gigi hanya untuk memecah rekod dunia Guinness. Sateh terpanjang, burger terbesar, malah sekumpulan penuntut kolej pernah menghimpitkan diri ke dalam sebuah kereta Kancil untuk memecah rekod dunia. Rakyat Malaysia menjadi bangsa yang serba boleh. Kita nampak gah dengan rekod yang dipecah, ditambah pula kadar pertumbuhan ekonomi yang melonjak sebelum kemelut pada tahun 1997, menjadikan kita bermegah sebagai rakyat Malaysia. Namun pada masa yang sama, kenyataan kerajaan membuatkan Malaysia kelihatan rapuh. Apabila krisis ekonomi melanda kita menyalahkan penyangak mata wang George Soros; apabila rakyat bangkit menentang rasuah, kroni dan nepotisme amalan pemimpin Malaysia, kita dituduh sebagai alat negara asing. Malah apabila gejala sosial menular di kalangan remaja kita, kita terus menuding jari kepada anasir Barat yang menyusup masuk untuk mencemarkan budaya kita, tanpa kajian yang teliti. Fenomena yang agak menarik di sini. Tatkala kita berhempas pulas untuk menarik tumpuan asing, "pihak asing" jugalah yang sentiasa dijadikan musuh. Kita menagih tepukan dan pujian asing, misalnya Najib Razak semestinya mahu gambar dirinya berjabat tangan dengan Barack Obama terpampang di ruang dada media, pada masa yang sama, apabila Amerika Syarikat mengkritik rekod hak asasi manusia di Malaysia, ia dianggap agenda Barat yang "berniat jahat". Di mana letaknya kayu ukur kita, apabila kita mengalu-alukan pujian pihak asing, tetapi menolak kritikannya? Sesungguhnya semangat "Malaysia Boleh" telah menyuntik keyakinan kepada generasi Malaysia. Namun pada hemat saya "keyakinan" sedemikian terlalu rapuh. Kita disuntik dengan kebencian dan permusuhan terhadap pihak asing, agar kita bersatu di bawah payung UMNO-Barisan Nasional untuk menentang "musuh di luar sana". Kita jadikan "musuh asing" sebagai sasaran, dan melakukan segala yang boleh untuk melepasi mereka - meskipun apa yang dilakukan mungkin tidak diminati, ataupun tidak masuk akal untuk mereka. Apa megahnya untuk menarik sebuah lori dengan rambut, sedangkan stadium kita boleh runtuh tanpa berlakunya gempa bumi? Seolah-olah apa yang dilakukan adalah demi orang asing. Saya masih ingat betapa seramnya apabila Najib ketika menyandang jawatan Menteri Pelajaran melarang ahli akademik daripada mengeluarkan kenyataan berhubung indeks pencemaran udara, semasa jerebu melanda Malaysia beberapa tahun dahulu, kerana dikhuatiri menjejaskan industri pelancongan. Antara kesihatan rakyat dengan pelancong asing, siapa didahulukan? Untuk saya ia cukup berbahaya. Apa yang akan terjadi seandainya kita hidup tanpa "orang asing"? Kepada siapa kita sandarkan kebanggaan kita? Kepada siapa kita lepaskan rasa dendam kita? Kita menyorok segala yang tidak elok dari pandangan orang asing, sementara meniup semangat diri dengan rekod-rekod yang tak tentu pasal. Persoalannya, Malaysia wujud untuk siapa? Bulan Mei yang lalu saya telah menyertai satu rombongan ke Berlin untuk "mengenali Jerman". Program ini dianjurkan International Media Alliance (IMA) dengan sokongan Kementerian Luar Negeri Jerman. Sepanjang program ini, kami dibawa untuk berjumpa dengan aktivis hak asasi, penduduk setinggan, pengamal media alternatif, peserta demonstrasi dan sebagainya, selain pihak penguasa, polis, penggubal dasar dan lain-lain. Maklumlah, golongan yang turun demonstrasi, pada biasanya tidak puas hati terhadap pihak kerajaan. Mereka akan mengutuk kerajaan Jerman, merungut bagaimana pembangunan komersial merampas ruang awam mereka dan sebagainya. Namun, kerajaan Jerman langsung tidak bermasalah dengan itu. Mereka hanya berlepas tangan untuk kita diatur agar dipertemukan golongan yang tidak menyenangi kerajaan. Saya cuba bayangkan, seandainya kerajaan Malaysia juga menganjurkan program sebegini, ke mana agaknya rombongan itu akan dibawa? Semestinya bukan ke Bukit Koman yang kini dicemari Cyanide, atau Kampung Berembang yang penduduknya diusir dan rumah mereka dirobohkan. Rombongan warga asing itu sudah tentu akan dibawa untuk ditunjukkan betapa megahnya Putrajaya dan KLCC yang tersergam. Rombongan tersebut menyedarkan saya bahawa sesebuah negara tetap akan berdepan dengan pelbagai masalah sungguhpun telah tergolong sebagai negara maju, menghormati hak asasi, dengan tahap demokrasi yang matang. Jerman tidak sempurna. Kesediaan kerajaan Jerman mengakui dan menerima ketidaksempurnaan ini menjadikan Jerman bangsa yang terkagum. Mereka dengan yakin dan jujur menampilkan wajah sebenarnya kepada orang asing. Apa lagi yang harus saya katakan, melihat kepada negara sendiri yang mana logo Hari Kemerdekaan pun dia nak main tipu? *Lim Hong Siang ialah editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. E-mel: hongsiang27@gmail.com | |||
CHONG WEI TEWAS TAPI DAPAT PUJIAN, BIK MAMA TERUS DIHENTAM Posted: 06 Aug 2012 03:17 AM PDT TAHNIAH buat Lee Chong Wei yang telah berjaya menjadikan perlawanan malam tadi amat hebat walaupun akhirnya Chong Wei kecundang di tangan Lin Dan seterusnya beliau hanya mampu memiliki Pingat Perak buat Malaysia. Ada hikmahnya kekalahan Chong Wei itu. Pertama sekali, kekalahan beliau akan dapat mencelikkan mata BAM untuk memikirkan apakah negara kita tiada pelapis sekiranya Chong Wei bersara dalam masa terdekat ini. Keduanya, Chong Wei mungkin boleh memikirkan samada beliau perlu bersara sebelum `hutang' nya ke atas Lin Dan belum terbayar? Harapan kita Chong Wei akan terus bermain untuk negara kerana buat masa ini negara langsung tiada pelapis yang kualitinya mencapai walaupun separuh dari kualiti Chong Wei. Hikmah ketiga, kekalahan Chong Wei menyelamatkan kita daripada menyaksikan adegan peluk memeluk di antara Bik mama dengan Chong Wei. Adegan ini pernah kita saksikan dahulu di mana Chong Wei `lemas; seketika dicelah ketiak Bik mama. Peluk memeluk ini kesukaan Bik mama mungkin kerana kurangnya amalan ini dipraktikkan di rumah, justeru itu tidak hairanlah `semangat' Bik mama lain macam apabila memeluk Salman Khan satu ketika dahulu. Sekadar peluk tidak mengapa tanpa nafsu, mungkin itu adalah komen Masitah jika ditanya hukumnya memeluk lelaki dewasa yang bukan muhrim. Menjelang perlawanan akhir semalam, diberitakan Bik mama bergegas ke London untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Maka riuh rendah di dalam FaceBook dan Blog merayu-rayu agar Bik Mama jangan datang ke sana. Mereka merayu kerana di antara mereka tidak mahu `suwey' menimpa. Jangan percaya pada `suwey' walaupun mungkin ada `suwey' pada Bik mama. Kekalahan Chong Wei semalam tiada kena mengena dengan kehadiran Bik mama tetapi ramai yang memuji Chong wei selepas perlawanan tersebut di dalam masa yang sama Bik mama dikutuk rapat. Mengapa sampai begitu sekali orang meluat dengan betina ini? Usah ditanya kepada para penyokong Pembangkang, tanya kepada ahli-ahli dan wanita Umporno pun mereka tahu jawapannya. yang jelas, cincin dan beg Bik mama tidak mampu menyelamatkan Chong Wei. Sebelum ini orang pernah salahkan laki Bik mama apabila Kelab MU tewas kerana dikatakan laki beliau yang sinonim dengan ayat 'haramjadah' itu adalah penyokong MU. Kebetulan sewaktu MU bermain, laki Bik mama ada menonton. Maka, kalahnya MU dikaitkan juga dengan `Suwey" laki beliau. Begitulah apabila diri dibenci orang, serba yang dibuat semua tak kena. Kesimpulannya, kita boleh ucapkan tahniah kepada Chong Wei kerana berjaya mendapatkan Pingat Perak buat negara. Cukuplah dengan Perak, diharapkan boleh sedikit membasuh malu akibat ditertawakan orang luar tentang `comot'nya pakaian kontijen kita sewaktu perbarisan perasmian baru-baru ini. Selepas ini, jangan kita mimpi untuk melihat pengurusan BAM dirombak atau untuk kita melihat Menteri yang menjaga Sukan meletakkan jawatan akibat membawa kontijen yang `comot' kali ini. Di negara ini, usah harap mahu lihat mereka meletakkan jawatan akibat kegagalan//wfauzdin.blogspot.com | |||
Waytha: Saya ada strategi lain untuk Hindraf Posted: 05 Aug 2012 07:24 PM PDT Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy berkata beliau akan membawa pergerakan itu ke haluan tidak berpihak namun menafikan wujud perbalahan dengan abangnya, P Uthayakumar, yang mengepalai pergerakan itu semasa beliau berada di luar negara. "Tidak, kami tiada masalah. Anda perlu faham bahawa kami mempunyai strategi dan pendekatan berbeza. (Uthayakumar) bebas dalam pemikirannya dan saya juga begitu," katanya selepas menghadiri perhimpunan bersama 1,500 penyokong Hindraf hari ini. Katanya lagi, perbezaan pendapat biasa berlaku dalam organisasi besar. Ditanya mengenai rancangan Uthayakumar untuk membawa pergerakan serpihan Hindraf, Parti Hak Asasi Manusia (HRP) bertanding dalam pilihan raya akan datang, Waythamoorthy berkata perkara itu perlu ditanya kepada Uthayakumar sendiri. "Saya pasti dia mempunyai strategi dan saya pasti dia tahu apa yang dilakukannya dan saya tidak akan masuk campur, tetapi strategi saya tentunya berbeza," katanya. Waythamoorthy berkata platform beliau sejak dahulu lagi bukan dalam bentuk parti politik dan membawa isu masyarakat India miskin, dan ini akan diteruskan di bawah kepimpinannya. Perhimpunan hari ini merupakan yang pertama dalam siri jelajah Hindraf selepas kepulangan Waythamoorthy pada 1 Ogos lalu. | |||
Tim menteri: Royalti minyak K'tan tuntutan 'sah' Posted: 05 Aug 2012 07:15 PM PDT Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah memuji keputusan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyemak semula pengagihan bayaran hasil petroleum kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Kelantan. "Saya rasa ia satu idea yang baik. Permintaan untuk sebahagian daripada hasil minyak merupakan tuntutan sah daripada rakyat Kelantan," katanya kepada pemberita hari ini. Saifuddin berkata panel berkenaan perlu melihat terlebih dahulu persoalan sama ada bayaran dibuat dalam bentuk royalti atau wang ehsan. Menteri itu menyatakan bahawa timbalan speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar telahpun membuat ketetapan di dalam Dewan bahawa wang yang dibayar itu merupakan wang ehsan manakala kerajaan Kelantan tetap menuntut bayaran royalti. Katanya, perbezaan yang wujud kini adalah istilah berhubung bayaran tersebut. Sekiranya bayaran itu bukan bayaran royalti tetapi tetap dituntut sedemikian, ia akan membangkitkan emosi rakyat, katanya. "Akhirnya, isu sebenar tidak dapat dibincangkan dengan sebaiknya kerana kita terlalu sibuk berbahas mengenai istilah," katanya. | |||
Selangor Bakal Ambil Alih Semula 33 Loji Rawatan Air Dari SYABAS Posted: 05 Aug 2012 07:07 PM PDT KELAB GREENBOC KUALA LUMPUR— Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dijangka bakal "mengambil alih semula" 33 daripada 34 loji rawatan air yang dimilikinya dan kini dikendalikan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Keputusan itu dibuat demi menjaga kepentingan rakyat Selangor memandangkan kegagalan Syabas dan Puncak Niaga menguruskan loji-loji berkenaan bagi membekalkan air yang mencukupi kepada rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. "Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk 'mengambil alih semula' aset-aset tersebut bagi menjaga kepentingan rakyat Selangor kerana merasakan bahawa loji-loji yang dikendalikan oleh Syabas dan Puncak Niaga didapati tidak beroperasi secara memuaskan bagi membekalkan air secukupnya kepada rakyat Selangor, KL dan Putrajaya," kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar, dalam satu kenyataan hari ini. Jelas Adun Sri Andalas itu lagi, pendedahan yang dibuat oleh Adun Pandamaran, Ronnie Liu, bahawa Syabas tidak menyelenggara rumah pam dan kelengkapan tangki air menjadi bukti kukuh punca berlakunya krisis bekalan air berlaku di sesetengah kawasan di Selangor. "Lawatan exco kerajaan negeri Ronnie Liu, baru-baru ini mendedahkan bahawa Syabas gagal menyelenggara dengan baik pam-pam air, peralatan dan kelengkapan serta tahap kawalan keselamatan aset tangki air dan loji rawatan air milik kerajaan negeri yang menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air di beberapa tempat," tambahnya. Selain itu, Jayakumar turut mempersoalkan tindakan Pusat yang berkeras untuk meneruskan pembinaan Loji Langat 2. "Kita kurang pasti bagaimana Kerajaan Pusat berkeras untuk meneruskan pembinaan loji Langat 2 dan dilaporkan akan memanggil tender terbuka bulan depan. "Kita difahamkan bahawa Peguam Negara (AG) turut diseret untuk 'campurtangan' dalam isu ini, dan kurang pasti samada pemimpin-pemimpin Pusat memahami dan menghayati konsep dan moral sistem 'Federalisme' yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan," tambahnya lagi. Beliau turut menjelaskan, "hak terhadap sumber air, hutan, batuan dan galian dan hal ehwal melibatkan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri". "Rakyat akan melihat bahawa sebarang 'pengambilan tanah milik sesebuah negeri dalam Persekutuan secara paksaan' akan dianggap 'menceroboh dan menakluki' hakmilik kedaulatan kerajaan Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor Darul Ehsan. "Rasanya rakyat Selangor tidak akan berdiam diri," tegasnya lagi. Syabas dan syarikat utamanya Puncak Niaga menimbulkan persoalan sama ada krisis air ini telah "direka" untuk mempercepatkan projek pembinaan loji rawatan Langat 2 yang bernilai RM3.6 bilion di mana Puncak Niaga dikatakan akan beroperasi di situ. Sementara itu, kerajaan negeri, syarikat konsesi air dan juga kerajaan Persekutuan terus-terusan menuduh antara satu sama lain berkenaan isu bekalan air, dan perang mulut ini menyebabkan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur semakin risau tentang bekalan air mereka yang menyebabkan isu ini boleh dijadikan isu pilihan raya tentang siapa yang bertanggungjawab jika sekiranya berlaku kekurangan bekalan air. Pada 16 Julai, Selangor mengumumkan ia akan mengambil alih operasi Syabas untuk mengelakkan kejadian krisis air yang direka dan telah diterangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai "mencurigakan". Khalid juga berkata laporan awal audit mengatakan Syabas tidak menguruskan kewangan mereka dengan baik. Khalid berkata, tindakan mahkamah mungkin diambil sekiranya Putrajaya enggan membenarkan pemintaan kerajaan negeri kerana enggan menyelesaikan masalah bekalan air. Pada 14 Julai, Syabas membentangkan kepada Suruhanjaya Pembekalan Air Nasional (SPAN) cadangan untuk mencatu air, dan pelan ini berlaku di Lembah Kelang, khususnya Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang. Dalam laporan yang terdapat dalam laman webnya, Syabas merekodkan pada 5 Julai, permintaan purata air ialah 4,324.79 juta air sehari (MLD) dengan air bersih yang disimpan sekadar 46.21 MLD atau 1.6 peratus – jauh dari paras yang dimahukan iaitu 20 peratus. Syarikat bekalan air juga itu berkata catuan air diperlukan kerana kekurangan air, pencemaran sungai serta kerja pembaikan di loji-loji syarikat. -TMI klik untuk baca | |||
Berhadapan dua kes mahkamah, Rafizi akan terus dedahkan skandal Posted: 05 Aug 2012 06:45 PM PDT KUALA LUMPUR— Rafizi Ramli dari PKR enggan untuk menghentikan pendedahan awamnya mengenai skandal rasuah yang berlaku dalam kerajaan walaupun menghadapi dua pertuduhan mahkamah kerana mendedahkan perkara tersebut. Tindakan beliau boleh menyebabkan dirinya merengkok dalam penjara, didenda berjuta ringgit dan kehilangan peluang bertanding sebagai ahli parlimen. Pemimpin muda itu memberitahu The Malaysian Insider, sekiranya dia tidak meneruskan apa yang dilakukannya, skandal seperti Pusat fidlot Kebangsaan (NFC) kontroversi "lembu kondo" dan perjanjian LRT Ampang tidak akan menjadi berita utama negara. Beliau menolak hujah Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu bahawa didakwa dalam kes NFC kerana beliau tidak melalui saluran yang sah untuk membuat pendedahan. "Kami telah pergi ke pihak berkuasa yang berkaitan. Malah, dalam kes daripada NFC, kami membuat aduan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Salah jika beliau (Najib) untuk mengatakan saya tidak pergi. Jika anda masih ingat, saya menyerahkan semua maklumat saya kepada polis," Rafizi berkata dalam satu temu bual. Rafizi dan PKR rakan sekerjanya Zuraida Kamaruddin dijadualkan untuk ke mahkamah petang ini bersama bekas Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh ketua Wanita Umno itu berikutan skandal NFC. Shahrizat, yang hilang jawatan menteri awal tahun ini apabila jawatan senator beliau tamat tempoh tidak lama selepas skandal tersebut menjadi tajuk-tajuk utama media, telah menyaman kedua-dua pemimpin PKR itu kerana menuduh beliau menyalahgunakan pinjaman RM250 juta dari kerajaan persekutuan yang bertujuan untuk skim penternakan lembu negara. Dakwaan memfitnah ketua Wanita Umno bukan satu-satunya perkara yang telah melanda Rafizi dalam pendedahannya terhadap NFC. Rafizi juga menghadapi prospek untuk dipenjara maksimum tiga tahun dan denda RM3 juta kerana melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA), selepas beliau mendedahkan butir-butir perbankan sulit fidlot National Feedlot Corporation (NFCorp), firma yang menjalankan projek NFC. Jika disabit bagi kesalahan yang serius tersebut akan menggelapkan peluang Rafizi sebagai calon dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang perlu diadakan menjelang tahun depan. Pada hari Jumaat lalu, Najib muncul untuk menolak dakwaan bahawa caj terhadap Rafizi bertujuan untuk menakutkan pemberi maklumat pada masa hadapan apabila beliau berkata bahawa orang PKR tersebut boleh mendedahkan butiran skandal yang didakwa kepada pihak berkuasa seperti SPRM. Berdasarkan kes-kes sebelumnya, Rafizi berkata beliau tidak mempunyai keyakinan dengan agensi-agensi kerajaan seperti polis dan SPRM, yang merupakan badan berkanun dan bebas daripada kerajaan. "Maklumat sebenar 'whistleblowing' berkenaan yang NFC, kami laporkan kepada SPRM sebelum didedahkan di khalayak ramai mengenai pembelian kondominium. Kami berikan masa yang mencukupi bagi tindak balas, untuk siasatan," katanya. Tetapi katanya pendakwaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa sama ada akan mengambil masa yang terlalu lama untuk diselesaikan, atau ditutup secara senyap-senyap apabila perhatian umum mula turun. Pemimpin muda PKR itu dilihat sebagai seorang wira, telah mengetuai kempen ini secara bersungguh-sungguh untuk mendedahkan dakwaan salah urus dalam pengendalian NFC, RM250 juta yang dibiayai kerajaan persekutuan untuk projek penternakan lembu kebangsaan yang menyimpang, ini turut diakui oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang. Firma yang menjalankan projek NFCorp - dimiliki oleh suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh dan tiga anak pasangan itu. Rafizi menegaskan bahawa walaupun beliau telah berkali-kali menimbulkan persoalan konflik kepentingan dalam penganugerahan projek NFC kepada syarikat Mohamad apabila Shahrizat masih dalam kabinet, ia hanya pengerusi NFCorp itu yang didakwa di mahkamah kerana kesalahan. Pada 12 Mei lalu, Mohamad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap dua pertuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta berkaitan dengan pembelian dua unit kondominium. "Pada satu ketika, polis bertindak balas dengan mengatakan bahawa kes itu ditutup. Dan bayangkan ... selepas tiga minggu tiada maklum balas positif daripada pihak berkuasa, siapa yang boleh menyalahkan saya untuk hilang keyakinan terhadap mereka?" kata Rafizi. Perkara sama berlaku kata pemimpin PKR tersebut apabila mendedahkan penganugerahan projek LRT Ampang bernilai RM1 bilion kepada George Kent konsortium, tiada tindakan pantas diambil oleh pihak polis walaupun beliau telah membuat laporan. "Jadi saya terpaksa membuat keputusan sebagai seorang pegawai awam dan pemegang jawatan dalam parti pembangkang sah, saya perlu membuat keputusan demi kepentingan negara ... untuk mendedahkannya," katanya lagi. "Saya fikir sekarang, ia kembali kepada persoalan kredibiliti dari segi rekod, BN tidak mempunyai rekod yang baik untuk mengambil tindakan terhadap rasuah dan salah urus dalam kerajaan," tambah Rafizi. Beliau berkata bahawa ketakutan pemberi maklumat, walaupun terdapat enakmen Akta Perlindungan Pemberi Maklumat pada tahun 2010, adalah bahawa mereka akan perlu mengambil risiko untuk jatuh jika berani untuk mendedahkan maklumat kepada orang ramai. "Jika Najib benar-benar serius memerangi rasuah, beliau harus menerima realiti — ia hanya melalui pendedahan umum kita melihat tindakan diambil terhadap Shahrizat dan NFCorp. "Jadi melainkan kita mempunyai cara yang lebih baik, saya tidak melihat apa-apa cara lain daripada terus pergi kepada orang ramai," kata Rafizi. | |||
Saya minta maaf kepada rakyat M'sia - Chong Wei Posted: 05 Aug 2012 06:41 PM PDT "Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua," kata pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei. Begitulah reaksi pemain nombor dua dunia itu ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 apabila tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit. Chong Wei berkata tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lepas. "Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih," katanya. Beliau berkata dia hanya mempunyai tempoh dua minggu berlatih sepenuhnya ketika menjalani latihan fasa akhir di University of Bath, dekat London sebelum beraksi di Arena Wembley. "Di University of Bath, baru saya dapat berjoging, melakukan latihan di gimnasium dan latihan berat lain. "Prestasi ketika itu dapat diterjemahkan bila saya terpaksa bermain di rubber-set ketika menentang pemain tidak ternama, Ville Lang dari Finland dalam perlawanan peringkat Kumpulan A," katanya. Dalam perlawanan itu, Chong Wei menang 21-8, 14-21, 21-11. Mengenai perlawanan menentang Lin Dan hari ini, Chong Wei mengakui pemain dari Tembok Besar China itu berada dalam kelasnya tersendiri dan masih sukar digugat. "Kehadiran Lin Dan memaksa saya berusaha lebih kuat untuk menewaskannya.Saya rasa Lin Dan juga menghargai kehadiran saya yang selalu membayanginya," kata Chong Wei. Beliau berkata Sukan Komanwel di Glassgow, Scotland pada 2014 mungkin menjadi temasya terakhirnya. "Umur saya sudah 30 tahun. Olimpik di Brazil empat tahun lagi dan usia saya sudah tua," katanya secara berseloroh. Sementara itu, Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik 2012, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menyifatkan pencapaian Chong Wei seperti 'hampir mencapai puncak Everest'. "Dia bermain amat baik dan telah mengeluarkan segala kebolehan dan pengalamannya namun Lin Dan pemain yang lebih baik," katanya. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata kekalahan Chong Wei amat menyedihkan tetapi tidak menganggapnya sebagai satu kegagalan. "Chong Wei telah berikan yang terbaik berbanding ketika pertemuan kedua-dua pemain itu di Beijing. Dia cuma tidak bernasib baik," katanya.- Bernama | |||
'Mula-mula pulangkan, sekarang beratur paling awal' Posted: 05 Aug 2012 06:37 PM PDT
(Lim Guan Eng menyampaikan sumbangan - gambar fail) Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, ia adalah hasil usaha cemerlang semua pihak dan merupakan 95 peratus dari jumlah warga emas yang ada di negeri ini. Ia sekaligus menunjukan sokongan padu golongan terbabit untuk melincinkan pentadbiran yang cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) serta menyokong langkah bijak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menjagai hak mereka. "Pertambahan bilangan pendaftaran warga emas di negeri ini menunjukan sokongan golongan terbabit terhadap usaha kerajaan negeri. Tindakan Umno yang melemparkan fitnah kononya pemberian itu hasil sumber wang haram tidak releven lagi, " katanya di hadapan penerima sumbangan warga emas dan ibu tunggal Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di Dewan Besar Sungai Dua pagi semalam. Kenyataan Setiusaha Umno Negeri, Datuk Azhar Ibrahim memburuk-burukan usaha kerajaan negeri memberikan wang RM100 kepada warga emas pada permulaan memperkenalkan dasar menghapuskan kemiskinan tegar berlalu begitu sahaja. Bahkan ada antara kumpulan yang memulangkan wang itu sebelum ini awal-awal lagi sudah beratur panjang mendapatkan wang berkenaan di tahun berikutnya. Dasar kebajikan terutamanya penghargaan kepada warga emas sambung Lim, sudah lama diamalkan di Thailand dan lain-lain negara membangun. Tetapi, di Malaysia dasar itu tidak dipraktikkan, berkemungkinan kekayaan negara tidak mahu diagihkan kepada rakyat kembali sebaliknya mahu diboloti oleh pemimpin yang tidak bertanggunjawab. "Masa memperkenalkan dasar itu bukan main lagi Umno memperlekehkan dengan fitnah. Tetapi, lama kelamaan apa yang mereka burukan makan diri dan akhirnya pengikut yang sama-sama memulangkan wang kononya wang judi awal-awal lagi bertindak beratur panjang tidak mahu lepas mendapatkan bantuan tersebut, " jelasnya. Kepada semua rakyat, Lim yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kebangsaan menegaskan, sudah sampai masanya rakyat menolak kepimpinan yang tidak telus, banyak penyelewengan, perasuah, tidak hormati keadilan dan bertindak zalim terhadap pendemo yang aman. Keadaaan politik yang tidak condong kepada BN mengusarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk mengistiharkan tarikh pilihanraya umum ke 13, katanya. | |||
Tengku Mahkota Johor tutup akaun twitter, media sosial Posted: 05 Aug 2012 06:23 PM PDT SHAH ALAM - Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim, pewaris takhta yang aktif berinteraksi dengan rakyat menggunakan dunia siber, bertitah memaklumkan bahawa baginda memutuskan untuk menutup akaun twitter dan kesemua media sosialnya mulai hari ini. Dalam satu mesej yang dipos kira-kira 4.30 petang tadi, Tunku Ismail berkata, baginda mahu mulai sekarang memfokus kepada kehidupan dan perkara-perkara yang baginda lakukan "secara peribadi." Tunku Ismail bertitah bahawa baginda percaya bahawa "tindakan-tindakan saya, kecintaan dan dedikasi terhadap Johor lebih bermakna berbanding perkataan (tulisan dan mesej); daripada tugasan, tanggungjawab saya dan apa yang saya lakukan bagi Johor dan rakyat Johor." "Saya mengucapkan anda semoga berjaya dalam hidup anda. Semoga Tuhan memberkati anda semua," kata baginda yang menggunakan akaun @HRHJohor2 sejak 13 November lalu. Menerusi akaun twitter, baginda mendengar pandangan rakyat selain memberi komen ke atas isu-isu semasa termasuk membalas pandangan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin berhubung isu WWW 1 yang dibida oleh Sultan Johor. Berikut ialah mesej penuh Tunku Ismail: "I would like to take this opportunity to tell You all that I will be closing my twitter account and all social media. Its has been a Pleasure sharing my thoughts, Ideas, Principles and activities with You All. I would like to focus on my Life and the things I do, Privately from now on. I Strongly believe that my Actions, Love, and Dedication towards Johor will speak louder than words; from my Duties, Responsibilities and what I do for Johor and its People. Thank You once again for all the Support. I Wish You All the Best and Success in Life. May GOD Bless You All." Keputusan Tunku Ismail menerima reaksi bercampur-campur daripada pengikut baginda sebaik sahaja entri itu diposkan. Setakat jam 5.30 petang tadi baginda mempunyai 54,622 pengikut dan telah pun mengeluarkan 6,763 mesej. Berikut reaksi beberapa pengikut baginda: CikSitiZueBee: "@HRHJohor2 All The Best in whatever u do for ur rakyat in Johor.. even I'm not johorian..just wanna say that u r the coolest crownprince :-)." Imam Abuja: "@HRHJohor2 all the best tuanku!" Shakila Ezam: "@HRHJohor2 wish you all the best Tuanku! Goodluck! Allah bless you always... Aminnnn. I'm gonna miss you." Honeyazlan: "@HRHJohor2 My pleasure Tunku...is there any other way to stay in touch wt You, ur highness?" Noor Azam Shairi: "Better late than never." Syahidah Adibah: "@HRHJohor2 gonna miss your quotes. May Allah always be with u! Take care." | |||
Posted: 05 Aug 2012 06:21 PM PDT Kementerian memilih '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' sebagai tema, dan pihak pembangkang menganggap itu sebagai paling tidak sesuai, sebab berbaur politik dan seperti kempen pilihan raya untuk BN. Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mempertahankan tema tersebut, dan menegaskan: "Apabila kita buat sesuatu yang baik kita mengatakan komitmen kita sudah selesai, sudah dibuat, jadi (tema itu) tidak salah..." Mengenai dakwaan pembangkang tema itu sebagai kempen pilihan raya untuk BN, beliau berkata, seperti yang disiarkan media: "Jadi kalau pembangkang merasakan ini adalah slogan yang bawa kepada pilihan raya saya fikir memang tak salah jika disebutkan begitu." Oleh sebab tidak berkenaan dengan tema tersebut, PR akan menyambut perayaan 31 Ogos nanti dengan tema sendiri, sekali gus mencatat sejarah kerana buat pertama kali dalam tempoh 55 tahun perayaan merdeka menggunakan dua tema. *PEMBANGKANG menetapkan 'Sebangsa Sejiwa Senegara' sebagai tema sambutan hari merdeka yang akan diadakan di negeri-negeri yang ditadbir PR iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, jawatankuasa khas yang dipengerusikan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said telah menerima kira-kira 300 tema dari orang ramai, dan memilih yang terbaik. PR menghantar memorandum kepada Putrajaya meminta tema, logo, lagu yang dipilih kementerian berkenaan supaya ditukar. Oleh sebab tiada maklum balas dari Pusat, PR memutuskan untuk menyambut merdeka dengan tema sendiri. Setakat rencana ini ditulis, tidak ada bantahan dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengenai hasrat PR menggunakan tema sendiri untuk sambutan hari penting itu. Maka teringat saya pepatah lama, 'lain padang, lain belalang.' Siapa sangka setelah lebih setengah abad menyedut udara kemerdekaan, pepatah lama itu masih relevan! *LOGO sambutan merdeka kali ini pun dihentam teruk oleh banyak pihak. Ramai yang tidak setuju penggunaan lambang 1Malaysia, bendera Malaysia dan ungkapan '55 Merdeka Janji Ditepati'. Lebih tidak memuaskan lagi ialah logo tahun ini dianggap pakar grafik sebagai langsung tidak seperti logo, tidak mempunyai seni, macam dibuat sambil lewa @ cincai. Setelah beberapa hari dihentam, Rais akhirnya memberitahu bahawa perayaan tahun ini tidak ada logo khas. Dalam satu kenyataan menjawab kritikan, menteri itu berkata: "Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi." Lagu sambutan merdeka tahun ini, 'Janji Ditepati' pun mencetuskan kontroversi. Ada pihak berpendapat liriknya yang ditulis sendiri oleh Rais lebih merupakan propaganda dan kempen untuk BN. Malah menimbulkan tanda tanya juga mengenai kesahihan melodi lagu tersebut, sebab ada yang mendakwa melodi lagu merdeka kita mirip sebuah lagu kerohanian Kristian Indonesia yang berjudul 'Serukan Namanya'. Menurut pengkritik dan beberapa pemuzik lagu Kristian itu dibawakan oleh kumpulan True Worshippers dalam album 'All Things New' yang diterbitkan 2008, diketuai oleh Sydney Mohede. Mengulas mengenai dakwaan tersebut Rais meminta pihak yang mendakwa sedemikian tampil ke hadapan dan mengemukakan bukti. Rais rapat dengan Indonesia, kalau betul lagu hari kemerdekaan kita meniru melodi seberang tentu dia tahu. Apa pun perkara tiru-meniru ini kena segera dijelaskan. Kalau tidak orang seberang akan buat demonstrasi di pejabat kedutaan kita di Jakarta, sambil menjerit: "Malaysia ciplak lagu Indonesia!" *AKHIR kalam, kecoh mengenai logo, tema dan lagu merdeka 55 sengaja dicetuskan pihak tertentu untuk menghangatkan lagi bahang pilihan raya yang dirasakan semakin hampir walaupun tarikhnya belum diketahui. Selama ini orang tidak kisah pun logo, tema, lagu dan lain-lain mengenai sambutan merdeka. Kalau ditanya 100 orang sekarang, pasti tidak ada seorang pun ingat apa tema hari merdeka kita tahun lalu? Rakyat hendak fikir banyak benda lain yang lebih penting dan mendesak, mereka tidak ambil port pun soal logo dan tema! | |||
JK Royalti: Kenapa sekarang - TG Nik Aziz Posted: 05 Aug 2012 06:19 PM PDT
SHAH ALAM: Walaupun bersyukur dengan keputusan Kerajaan Pusat mahu mengkaji bayaran royalti petroleum untuk Kelantan namun Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Aziz mempersoalkan 'kenapa sekarang'. Ini kerana, ia sudah lama patut diberikan dan bukannya memberikan janji pula menjelang pilihan raya ini. "Mengapa Perdana Menteri baru sekarang mahu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran royalti?" soal beliau kepada media petang semalam. Jumaat lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghantar surat kepada Tuan Guru Nik Aziz meminta beliau menamakan wakil Kelantan untuk membincangkan isu royalti/bayaran tunai kepada negeri itu. "Kerajaan Pusat sepatutnya telah lama menubuhkan jawatankuasa khas berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung," kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Malah menurut Menteri Besar Kelantan, jawatankuasa khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewajarnya selesai membincang dan merunding isu berbangkit itu dalam tiga bulan lalu. Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang baru sekarang mahu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran royalti. "Jawatankuasa ini patut ditubuhkan sejak dulu lagi. "Semasa perjanjian di antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas dibuat pada 9 Mei 1975, tapi mengapa baru sekarang mahu tubuhkan?" katanya ditemui sebelum pelancaran Tabung Amanah Lebuhraya Rakyat dan majlis berbuka puasa di Kompleks Media Karangkraf di sini semalam. Tengah hari tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung. Menurut Najib, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan. Jawatankuasa itu akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan, kata Najib. Nik Aziz turut membidas keputusan Najib yang mahu kajian menyeluruh dilakukan dalam tempoh enam bulan yang sepatutnya mengambil jangka masa lebih pendek sekurang-kurangnya tiga bulan sahaja. Beliau berkata, pihaknya belum lagi membuat sebarang keputusan mengenai nama wakil Kelantan yang akan mewakili negeri itu dalam jawatankuasa khas berkenaan. "Belum ada lagi sebarang perbincangan. Saya sendiri akan mengadap Sultan Kelantan bagi menghantar nama wakil dan hanya pada masa itu akan diumumkan nama wakil bagi negeri Kelantan," jelas beliau. Beliau turut bertegas yang Kelantan mempunyai hak sepenuhnya ke atas royalti minyak kerana kedudukan pelantar cari gali minyak berdekatan dengan pesisiran pantai negeri Kelantan. | |||
Lebuhraya Rakyat: Lebih RM4 juta sudah terkumpul Posted: 05 Aug 2012 06:05 PM PDT
(Tuan Guru Nik Aziz melancarkan kempen tabung amanah pembinaan lebuhraya di Komplek Karangkaraf semalam) Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, sumbangan masih diperlukan kerana kos keseluruhan adalah RM1.8 bilion dan ia masih berkurangan. "Orang ramai masih boleh terus memberikan sumbangan terus kepada tabung Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd," katanya kepada pemberita selepas pelancaran tabung amanah pembinaan KBKK di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, dekat sini malam itu. Pelancaran tersebut disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dengan disaksikan kira-kira 1,000 anak Kelantan yang hadir. Berucap di majlis anjuran Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan) itu, Husam berkata, penubuhan dana itu akan membuktikan kepada kerajaan pusat bahawa rakyat Kelantan mampu berusaha mendapatkan prasarana terbaik walaupun tanpa bantuan kerajaan pusat. "Bila kita buka wakaf lebuh raya mereka (kerajaan pusat) ejek dengan perbuatan dan perkataan. "Tapi tunggu mereka bagi peruntukan mereka tak bagi. Pembinaan ini bukan bererti membina sekaligus di luar kemampuan kita," katanya. Husam menjelaskan kerajaan negeri telah mendahulukan wang untuk pembinaan lebuh raya empat lorong dua hala sepanjang 73 kilometer itu Hasil sumbangan orang ramai katanya akan turut digunakan untuk membina lebuh raya jajaran bertingkat dari Kota Bharu ke Wakaf Che Yeh yang menelan belanja RM500 juta. Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Majlis dimulakan dengan taklimat wakaf dan majlis berbuka puasa dan solat terawih berjemaah. | |||
AKSB kerja keras atasi gangguan air di Pasir Mas Posted: 05 Aug 2012 05:58 PM PDT
PASIR MAS: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) kini bekerja keras bagi mengatasi masalah kesurutan air yang begitu ketara di Loji Rawatan Air (LRA) kesan kemarau yang berlaku sekarang. Keadaan itu menyebabkan pengguna di Pasir Mas dan Tumpat mengalami gangguan bekalan air kebelakangan ini. Pengurus Teknikal AKSB, Iskandar Abdul Rahman berkata, kebiasaannya LRA Kelar boleh menampung 60 MLD sehari, namun sekarang hanya 45 MLD sahaja disebabkan penurunan paras air. "AKSB telah berusaha mengambil beberapa tindakan segera termasuk merendahkan muka sauk dan membina telaga tiub. "Insya-Allah apabila siap nanti telaga tiub, pengeluaran air akan meningkat semula ke tahap 60 MLD sehari," katanya ketika ditemui selepas membuat tinjauan di LRA Kelar dekat sini hari ini. Sebelum ini orang ramai merungut masalah tekanan air begitu rendah di Pasir Mas dan Tumpat sehingga ramai menyalahkan AKSB kerana tidak bertindak segera menanganinya. Iskandar berkata, AKSB sudah berusaha menyelesaikan masalah tersebut dan tentunya ia mengambil sedikit masa untuk diatasi sepenuhnya. Malah AKSB juga menyalurkan bekalan air mentah melalui tangki-tangki bergerak ke kawasan-kawasan yang dianggap kritikal. "Kemarau yang berlaku sekarang belum pernah terjadi dalam masa 25 tahun sehingga menyebabkan berlakunya pengurangan air yang begitu mendadak," ujarnya. LRA Kelar dibina pada 2003 dan mula beroperasi dua tahun kemudian merupakan punca utama bekalan air bersih di jajahan Pasir Mas dan Tumpat. Menurutnya juga AKSB membelanja RM300,000 bagi mengubah rekabentuk operasi pam air bersih dan memasang tiga pam dalam sungai bagi pemindahan air ke muka sauk. "Insya-Allah pelbagai usaha dijalankan AKSB akan dapat menyelesaikan masalah tekanan rendah tidak lama lagi," ujar beliau. | |||
Royalti: Exco Kelantan bincang surat PM Rabu Posted: 05 Aug 2012 05:56 PM PDT KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan akan menghantar wakil untuk menyertai jawatankuasa khas mengkaji isu bayaran tunai seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam suratnya, kelmarin. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bagi tujuan tersebut, beliau akan membawa isu tersebut kepada mesyuarat Exco Rabu ini untuk membincangkan tindakan susulan yang perlu diambil oleh pihaknya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ijtimak Pondok Nusantara di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke V di sini, pagi ini. | |||
Pakatan ada 12 logo hari Merdeka untuk dipilih Posted: 05 Aug 2012 05:52 PM PDT
KUALA LUMPUR: Kempen untuk membuat logo alternatif kepada Hari Kemerdekaan ke 55 berjalan rancak dalam media sosial Pakatan Rakyat. Sekurang-kurangnya 12 logo Hari Kemerdekaan sudah dimasukkan ke laman facebook.com/101cadanganlogo yang dibuat oleh Sekretariat Pakatan Rakyat. Orang ramai diberikan peluang untuk menilai dan memberikan pandangan terhadap semua logo-logo itu yang nampaknya jauh lebih menarik berbanding logo yang dicipta oleh Datuk Seri Rais Yatim. Menurut Sekretariat Pakatan Rakyat, Ahmad Shabrimi Sidek, orang ramai boleh terus mencadangkan logo-logo mereka untuk dipilih oleh penal. "Kita hanya akan membuat pilihan Selasa depan melalui satu penal yang dipengerusikan oleh Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS," kata Shabrimi kepada Harakahdaily. Berikut adalah logo-logo yang sedang dimasukkan dalam senarai facebook itu untuk dinilai oleh orang ramai. (Logo ciptaan dari www.ilusenidesign.com) (Cadangan dari Tommy Hohenheim Evangelista) (Cadangan logo Merdeka dari Azman bin Mohd Mah Husin) (Logo Merdeka yang dicadang Hamdan Bin Jasin) (Logo Merdeka yang dicadangkan Yan) (Logo cadangan Hafiz) (Cadangan logo dari Hanafi Ishak) (Logo merdeka yang dicadangkan Sean) (Cadangan logo dari Shazni Hanis) Orang ramai boleh membuat undian dan memberikan komen melalui http://www.facebook.com/101cadanganlogo. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan