. |
Posted: 02 Aug 2012 08:23 PM PDT BELADA JUMAAT Masalah air dihadapi rakyat Kelantan sudah tersebut begitu lama. Banyak kitab yang menghuraikan mengenai perkara ini. Aduan juga banyak dan jawaban pihak berkuasa air kepada aduan juga banyak diberikan. Rasanya kalau dikompalkan persoalan mengenai air ini mungkin ketebalan sudah melewati ketebalan empat kitab Quran, Zabul, Taurat dan Injil. Banyak program diadakan oleh pihak kerajaan Kelantan diselitkan dengan masalah air. Hadirn juga akan mengambil peluang bertanyakan mengenai air. Bukan saja di Tumpat, Tanah Merah, Kuala Krai, Pasir Mas orang memperkatakan mengenai isu air Kelantan ini tetapi sampai ke Kuala Lumpur dan Singapura. Jawaban-jawaban diberikan oleh kerajaan mengenai air menyenangkan dan ia tidak menampakkan kebimbangan. Seolah-olah Kelantan tidak berhadapan dengan permasalahan itu. Seolah ianya boleh diatasi dengan baik dan itu sekali gus menunjukkan kewibawaan kerajaan yang ada hari ini. Tidak perlu saya menyebut atau menurunkan semula kisah-kisah air, protes air ataupun jawaban dan jaminan daripada kerajaan negeri mengenai masalah ini. Ia sudah termaklum dan perkara itu sudah jadi filem hitam putih laksanakan filem-filem P Ramlee yang ditayang berkali-kali sehingga menjadi kelabu. Cuma di sini saya apa hendak perkatakan sedikit tentang yang berlaku hari ini. Yang saya dengar dan alaminya sendiri. Selama ini saya mendengar dari Kuala Lumpur mengenai rintihan rakyat Kelantan di sesetengah tempat. Mengenai air berwarna kuning kononnya kerana patak bumi Kelantan banyak logam dan mineral. Air kuning itu kerana Kelantan terlebih emas. Baguuslah kalau begitu apa kata bina kilang untuk bekukan air untuk dijadikan ketul emas. Begitu juga dengan cerita-cerita pelik dan melucukan mengenai air. Seperti bil air sampai dan minta dibayar walaupun air tidak ada. Telaga kering kerontang. Dan yang selalu bermain dalam kepala saya dan terjadi kepada diri saya sendiri ialah bagaimana paip dibuka bukan air keluar tetapi angin? Kelmarin dalam perjalanan ke rumah ibu di Rantau Panjang saya singgah di rumah seorang kawan di Pasir Mas. Kesempatan itu saya ambil untuk membuang air, kencing ... kerana sudah agak tidak tahan. Sebegitu kereta berhenti saya bergegas ke bilik air rumahnya yang terletak di luar jemburan dapur. Bukan main puasnya dan lega kerana dapat kencing setelah menahan berjam-jam. Biasalah bila kencing kena basuh (bertahrah). Saya buka kepala paip dan mencapai paip bawa ke si anu. Saya terbuka agak kuat sedikit... supppppp.... gluk...gluk...bunyinya..Saya terperanjat dan sedikit melompat hampir hendak terjatuh. Terkejut besar saya kerana yang keluar itu bukan air tetapi angin yang berhawa panas. Aduh... saya pusing dan go head lagi kepala paip, air tetap tidak keluar. Yang keluar tetap angin... suppppp kemudian bunyi gluk...gluk masam hidung selesema didalam batang paip. Saya keluar dari bilik air itu dengan 'mengetap bulu' - perasaan jengkil dan melaung bodoh kepada rakan si tuan rumah; "hebat ornag Kelantan", kata saya. "Kenapa?" tanya kawan saya yang jadi driver. "Lama saya tidak kencing di Kelantan, hari ini baru saya tahu yang orang Kelantan lebih maju dari rakyat negeri lain," kata saya lagi. "Kenapa?" Taya tuan rumah sedikit kenbodohan. "Orang Kelantan rupanya basuh kencing bukan dengan air tetapi dengan angin," kata saya. Kawan itu ketawa kegelian dan rasa bersalah... haha...hehe... lucu. "Abe Ti dah dua tiga hari air tidak ada, seluruh kawasan Pasir Mas, ambo pun mandi di sungai," jelas si tuan rumah rasa bersalah dan tersindir dengan laungan saya. Al maklumlah dia sedang berusaha untuk jadi wakil rakyat. "Kita sendiri pun naik bengong... hairan macam mana dengan pihak pengurusan air," katanya. Menurutnya lagi laporan sudah dibuat mengenai masalah itu. Ada berbagai jawaban dari pihak pengurus air, (AKSB) mula kata tangki di Lemal pecah, lepas itu kata pangkal paip tidak capai air kerana kemarau, lepas itu akhir sekali, ini yang memeningkan, talian hot line pihak mengurus air di Pasir Mas pula telah dipotong --- "perkhidmatan telah ditamatkan. Bengong," katanya. Saya tidak mahu bercerita dan mempersoalkan apakah sah basuh kencing malam itu kerana menggunakan air. Cuma setahu saya tayamun tidak boleh dengan angin, tetapi dengan tanah. Saya cadangkan kerajaan Kelantan buat fatwa mengenai hal ini kalau masalah air masih berterusan dan kritikal seperrti hari ini. Fatwanya begini, rakyat Kelantan menghadapi masalah air boleh membasuh kencing dengan angin... fatwa ini berlaku selagi masalah air tidak dapat diatasi. Anggaplah fatwa ini sebagai fatwa darurah. Mana-mana pihak yang terasa dengan bicara ini harap maaf. Masalah ketiada air itu hendaklah diselesaikan segera tanpa memberi seribu masalah dan jawaban penuh tektikal. Perkhidmatan kita, perjuangan kita dan wibawa kita sebagai pemimpin akan teruji dengan masalah-masalah begini. Sekiranya kita gagal untuk mengatasinya silalah berundur dan berilah peluang kepada orang lain untuk mengatasi masalah rakyat. [kota bharu 11:03 am 03/08/12] |
Mukhriz Terlebih Perasan Bapaknya Hebat Posted: 02 Aug 2012 07:40 PM PDT SUSUPAN PAGI Mukhriz Mahathir nampak mula meniru gaya dan bermain politik 'anak ayam kesejukan" untuk mengukuhkan diri seperti mana dilakukan Ha Najib Razak dengan memainkan sentimen ayahnya. Najib sebelum ini berbangga dengan bapaknya sebagai perdana menteri dan sering kali menjual pencapaian bapaknya di mana dan ke mana saja dia pergi. Terutamanya dalam majlis-majlis membabitkan Felda, Najib selalu menyebut Felda adalah jasa dan ilham bapaknya. Beliau pula sebagai anak akan meneruskan idea berkenaan dan ia kononnya satu amanat. Najib beberapa kali cuba menonjolkan dirinya seolah-olah dia dilahir untuk meneruskan tarikan nafas politik ayahnya. Keghairanan Najib dalam memuji bapanya sehingga terlupa untuk beliau menyebut nama orang lain yang juga terlibat sama dalam membangun Felda. Najib lupa kepada pegawai kerajaan yang memerah otak siang malam sewaktu membangunkan Felda. Mengenai Felda atau pembangunan sosial lain Tun Razak hanya memberi idea tetapi yang merancang, berfikir bagaimana idea itu hendak dilaksanakan adalah para pegawai pentadbiran, pakar ekonomi, sosial dari kalangan kerajaan. Saya tidak pernah terdengar Najib menyebut secara speksifik nama-nama pegawai kerajaan yang terlibat dalam membangun Felda. Apa yang selalu beliau sebut ialah nama bapaknya Tun Razak, seolah Felda dibangunkan dengan kibasan tongkat Tun Razak. Cara Najib ini seakan tidak mengharga pegawai kerajaan atau orang lain yang juga bertungkus lumus membangunkan Felda. Kalau Najib menjual kebanggaan atas apa yang bapak beliau lalukan orang lain juga terliur untuk merasakan itu kerana bapak mereka juga ada saham dalam membangun Felda. Najib seharus perlu rasional dengan cuba mencari nama-nama lain juga di sebalik kejayaan Felda itu tidak hanya memusatkan kepada bapanya sahaja. Felda mustahil wujud seperti hari ini kalau ianya atas inisiatif Tun Razak bersendirian. Keghairan Najib dalam memuji kejayaan ayahnya untuk dijadikan modal politik dirinya itu kini nampaknya sudah mula berjangkit dan diikuti oleh Mukhriz Mahathir. Seruan dibuatnya berbunyi kalau sayangkan Mahathir UBN hendaklah dimenang dalam pilihan raya umum nanti menunjukkan Mukhriz sudah mulai menggunakan nama bapaknya sebagai modal politik. Kata Mukhriz kalau sungguh orang Umno sayangkan bapanya jangan malukan Mahathir sampai dua kali. Menurutnya kekalahan Umno - dalam konteks Kedah sehingga hilang kerajaan tahun 2008 benar-benar memalukan Mahathir. Mukhriz sebenarnya terperasaan dan bersikap memuji diri sendiri apabila beliau cuba mengaitkan nama bapaknya. Apa dia ingat kejayaan BN selama ini hanya kerana Mahathir sahaja dan tidak pun ada campur tangan orang lain. Mukhriz perlu membaca sejarah bapanya mula memimpin Umno tahun 1982, sebelum orang lain yang memimpin Umno dan kerajaan BN. Jadi orang lain juga bertanggungjawab dan ada saham. Sebenarnya untuk pengetahuan Mahathir kekalahan Umno tahun 2008 bukan saja orang benci kepada bapanya yang dalam tindakan tertentu semacam diktator tetapi orang benci kepada apa yang ada di dalam Umno sendiri. Jadi tidak timbul kalau kekalahan 2008 itu hanya memalukan Mahathir sahaja. Makanya tidak perlu beliau berusaha atau menjual untuk membela rasa aib Mahathir dengan kekalahan itu, sebab bapaknya. Beliau harus sedar yang puncanya ialah kerana sistem, budaya, tradisi didalam Umno yang memburuk itu adalah penyebabnya. Penolakan rakyat terhadap Umno dan BN dalam pilihan raya itu bukan berpusat kepada Mahathir saja, tetapi kerana keburukan keseluruhan parti berkenaan serta pemimpinnya. Seruan itu tidak akan berjaya membangkit sentimen rakyat kerana rakyat sudah pun muak dengan tindak tanduk Mahathir. Selagi Mahathir banyak bercakap, ia tambah memuakkan rakyat. Hanya orang yang berkepentingan dan terus menerima habuan Mahathir serta yang merasakan punggungnya wangi sahaja tetap beranggapan Mahathir masih berbisa. Dari sudut lain apabila timbalan menteri MITI itu memainkan isu ayahnya bermakna beliau sudah tidak ada modal dan kekuatan sendiri untuk dijadikan bahan kempen untuk beliau melompat menjadi MB Kedah. Mana-mana ahli politik yang bergantung hayat kepada bapak atau menumpang mencipta glamour dengan populariti bapak ia adalah ahli politik yang miskin dan tiada kekuatan sendiri. Lagipun orang Umno Kedah faham kalau Mukhriz cuba dinobatkan sebagai MB Kedah ini bermakna bayangan dan naungan politik Mahathir masih belum berakhir di negeri Jelapang Padi itu. Dan inilah yang sedang dicipta Mahathir. [kb.kel 10:28 am 03/08/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan