Kelab Greenboc |
- 'Tanda Putera' Itu 'Tanda UMNO Terdesak' - Aspan Alias
- Monorel Rosak Lagi, 200 Penumpang Terkandas
- Seorang Lagi Ahli Parlimen BN Hilang Kelayakan Tapi Bukan Kerana Sertai PR
- Pengasas Ketuanan Melayu Suspek Utama Kes Bunuh Di Seri Kembangan
- Jangan Pergi Dulu Wahai Ramadhan....
- [VIDEO] Sekali Lagi, Nasya Berkata "Tiada Niat Masuk UMNO"...
- Rais Yatim Masih Berusaha Selamatkan SEKSYEN 114A
- Datuk Seri Diburu Polis
'Tanda Putera' Itu 'Tanda UMNO Terdesak' - Aspan Alias Posted: 17 Aug 2012 01:31 AM PDT Tanda Putra' merupakan filem yang dipergunakan oleh BN lebih-lebih lagi UMNO untuk 'discredit' Lim Kit Siang dan ini merupakan tindakan 'desperate' pihak BN dalam menunggu pilihanraya yang paling mencabar dalam sejarah negara ini. Isu perkauman dan agama diperbesarkan oleh pihak UMNO kerana itu sahaja yang mereka rasakan boleh menyekat peningkatan pengaruh DAP dalam kancah politik tanahair. DAP sudah di terima oleh sebahagian orang Melayu sebagai parti yang mampu membawa kebaikan kepada negara bersama-sama dengan PAS dan PKR. Tohmahan dan tuduhan palsu ke atas LKS itu merupakan jalan yang terakhir untuk BN mengelakan diri dari terjatuh tersungkur di hadapan mata rakyat kerana momokan terhadap parti itu sejak lebih empat dekad lalu sudah secara deras tidak diterima lagi oleh ramai orang Melayu. UMNO dalam kedudukan 'desperate' untuk mendapatkan sokongan orang Melayu kerana sebahagian besar dari orang Melayu sudah menerima PAS sebagai parti gantian kepada UMNO untuk mereka sekarang ini. Kaum Cina pula sudah meninggalkan MCA yang selama ini merupakan parti yang mewakili bangsa Cina dalam Perikatan dan BN selepas itu. Maka memainkan isu perkauman itu merupakan salah satu dari strategi untuk mengelakan orang Melayu dari memberikan perhatian terhadap DAP. Dalam posting saya semalam saya telah menulis tentang betapa 'desperate'nya UMNO jika PAS dan DAP terus-terusan bekerjasama dengan baik kerana jika kedua-dua parti ini tidak dapat dipecah belahkan oleh UMNO maka keputusan pilihanraya yang akan datang ini adalah 'predictable'. Datin Paduka Shuhaimi Baba, pengarah filem itu menafikan yang filem itu membawa maksud untuk menuduh LKS terlibat memyebabkan tercetusnya trajedi 13 Mei '69 itu. Saya mempunyai andaian yang isu ini dengan sengaja dipermainkan kerana politik dan kuasa. Ramai yang bercakap dan menghubungi saya berpendapat ini merupakan permainan politik yang sangat kotor dan LKS sepatutnya mengambil tindakan Mahkamah jika cukup kesahihan yang isu ini diperbesarkan semata-mata kerana permainan politik desperado pihak yang ketagih dengan kuasa itu. Jika isu fitnah itu menyebabkan kecederaan kepada intergriti pemimpin maka mangsa kepada isu itu sememangnya wajar untuk tampil mengambil tindakan undang-undang kerana isu ini akan menyebabkan perpecahan rakyat yang berdasarkan kepada kaum. Isu yang dimainkan oleh pihak yang menyokong pemerintah ini adalah isu yang tidak bertanggungjawab dan ia bertentangan dengan slogan-slogan pihak pemerintah untuk menjaga kepentingan kesemua kaum di negara ini. Kita sudah merdeka selama 55 tahun dan isu perkauman ini nampaknya di burukkan oleh pihak parti-parti yang memerintah. Sekarang ini, rakyat pula yang bersabar dengan tindak tanduk BN untuk mengelakan pergaduhan di antara kaum di negara ini. Tindakan media massa dan alternatif yang memihak kepada BN sengaja mahu mengingatkan peristiwa berdarah itu untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan untuk menyemai perasaan benci-membenci di antara kaum. Kita elok memberi pandangan kepada pihak parti-parti yang memerintah supaya berkelakuan baik untuk mendapat penghormatan rakyat, bukannya menabur fitnah terhadap mana-mana pihak untuk mengekalkan kuasa. Walau bagaimana pun rakyat tidak mudah untuk menerima tohmahan ini kerana rakyat sudah tersedia dengan persepsi yang sangat buruk terhadap parti pemerintah sekarang ini. Adalah tidak bermoral untuk sesiapa memperjudikan keselamatan negara kerana ingin terus berkuasa dengan memecah belahkan rakyat. Bagi LKS, beliau berhak untuk mempertahankan diri beliau dari korban fitnah yang tidak terperi kotornya ini. LKS sepatutnya ke mahkamah dalam masa yang terdekat ini kerana fitnah mesti diperangi habis-habisan. Isu ini keluar kerana pilihanraya akan tiba. Rakyat ramai harus bangkit untuk menolak sebarang tindakan yang bersifat perkauman untuk meninggalkan sebuah negara yang aman damai kepada generasi kita yang akan datang. Bagi rakyat pula kita seharusnya tidak terjebak dengan permainan kotor setengah pihak ini kerana kita juga tidak boleh membiarkan pihak ini memperbodoh-bodohkan kita dan bersekongkol dengan niat jahat pihak tersebut. Kita memperjuangkan kehidupan rakyat yang muhibbah dan harmonis kerana sejak merdeka kita mempunyai satu matlamat yang 'ultimate', iaitu penyatuan semua kaum dan mencapai tahap 'national unity' yang optima. Itulah sebaik-baik peninggalan untuk generasi kita yang akan datang. -aspanalian.net klik untuk baca |
Monorel Rosak Lagi, 200 Penumpang Terkandas Posted: 17 Aug 2012 12:57 AM PDT Kuala Lumpur - Perkhidmatan monorel dari stesen Imbi ke Bukit Bintang di sini tergendala hampir sejam pagi ini apabila sebuah tren mengalami kerosakan kecil, menyebabkan kira-kira 200 penumpang terkandas. Kelihatan pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan skylift untuk menyelamatkan beberapa penumpang yang terkandas dalam monoral di Brickfield. - Foto Bernama Ia kejadian kedua melibatkan monorel dalam tempoh seminggu. Lebih 180 penumpang terkandas apabila monorel mengalami kerosakan dekat Brickfields. Dipetik Bernama, jurucakap KL Star Rail, Azhar Ghazali berkata bagaimanapun kejadian pada 8.35 pagi itu tidak menyebabkan kecederaan kepada penumpang. Beliau berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada pemandu monorel pada 8.45 pagi dan sebuah tren penyelamat dihantar ke lokasi bagi memindahkan penumpang secara "tren-ke-tren" di mana kesemua mereka berjaya dipindahkan 10 minit selepas itu. "Operasi tidak melibatkan pihak luar. Semua penumpang selamat dan ketika kejadian, enjin, pendingin hawa dan lampu monorel berfungsi seperti biasa," katanya kepada hari ini. Beliau berkata, perkhidmatan disambung semula 30 minit kemudian dan punca kejadian masih disiasat. "Bagi syarikat pengendali KL Star Rail, saya memohon maaf kepada penumpang atas kesulitan tersebut," katanya. -SH klik untuk baca |
Seorang Lagi Ahli Parlimen BN Hilang Kelayakan Tapi Bukan Kerana Sertai PR Posted: 16 Aug 2012 09:37 PM PDT Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal, diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Labuan pada 7 Ogos lalu, sekali gus boleh menyebabkannya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Notis kebankrapannya diiklankan dalam sebuah akhbar tempatan, kelmarin dan rujukan boleh dibuat di laman web carian e-insolvensi www.insolvensi.gov.my. Notis dikemukakan Pengarah Insolvensi negeri, Leo Anak Saga, itu menyebut permohonan bagi mengistiharkan Yussof sebagai muflis dibuat di Mahkamah Tinggi Labuan pada 24 Mei lalu dan perintah penghukuman dibuat terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Labuan, Selasa lalu. Ia turut mengarahkan hutang harus dibayar Yusoff perlu dijelaskan kepada Pengarah Insolvensi negeri di alamat Cawangan Kinabalu, Aras Lima, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan Sulaman Ukas, 88450, Kota Kinabalu. Sementara itu, Yussof, 55, ketika dihubungi berkata, beliau belum boleh memberi ulasan berhubung perkara itu. "Saya akan berbincang dengan peguam mengenainya," katanya, semalam. Pada pilihan raya umum 2008, Yussof yang bertanding atas tiket BN menang kerusi Parlimen Labuan selepas menewaskan calon PAS, Matusin Abd Rahman dan calon Bebas, Lau Seng Kiat. -KedahKini |
Pengasas Ketuanan Melayu Suspek Utama Kes Bunuh Di Seri Kembangan Posted: 16 Aug 2012 07:33 PM PDT Susulan kes seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah tapak perniagaan di kawasan Downtown, The Mines, Seri Kembangan awal pagi Isnin lepas, polis kini sedang mengesan 2 orang lelaki Jaafar b. Shaari @ Ayah Pak alamat terakhir dikesan di no. 3, Jalan P11 K/12, Presint 11, Putrajaya dan Ahmad Jiwari Jaafar @ Wari beralamat di Lot 141 Kampung Batu 4, Pedas Hilir, Jalan Kundur, Pedas, Negeri Sembilan. Menurut kenyataan di Facebook Polis Selangor, kedua-duanya suspek dikehendaki untuk membantu siasatan bersabit Serdang Report : 5714/2012 dan kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. Datuk Seri Jaafar b Shaari @ Ayah Pak merupakan Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, sebuah pertubuhan yang mesra-UMNO. Beliau sebelum ini pernah meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya berundur daripada arena politik dan memberi peluang kepada generasi muda dalam parti itu membuktikan kemampuan mereka. Dengena keceluparannya mengungkapkan Nik Abdul Aziz sewajarnya meletakkan semua jawatan sama ada dalam parti atau sebagai Menteri Besar Kelantan kerana beliau sudah terlalu tua untuk terus berpolitik. Sila baca: Kini orang yang meminta Nik Aziz meletakkan jawatannya itu rupa-rupanya adalah suspek utama kes bunuh! Kebenaran dan keadilan terserlah lagi: Dalam UMNO ada pembunuh! |
Jangan Pergi Dulu Wahai Ramadhan.... Posted: 16 Aug 2012 05:01 PM PDT Rasanya.. Masih banyak ibadah yang harus dibenahi.. masih banyak dosa diri, ingin mengisinya dengan sesuatu berarti.. ramadhan jangan pergi! 1. jangan dulu pergi.. wahai bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya ampunan, dan akhirnya pembebasan dari api neraka. #ramadhan 2. jangan dulu pergi.. Wahai bulan orang-orang berpuasa dan menghidupkan malam-malamnya dengan ibadah.. #ramadhan 3. jangan dulu pergi.. Wahai bulan ketika Allah setiap malamnya membebaskan ratusan ribu orang yang harus masuk neraka #ramadhan 4. jangan dulu pergi.. Wahai bulan mustajabnya doa.. #ramadhan 5. Ibadahku belum lagi sempurna, doaku belum lagi membahana, malam-malamku masih kurang dengan airmata.. #ramadhan 6. jangan dulu pergi... Wahai bulan segala pahala kebajikan digandakan.. Wahai bulan keberkahan.. #ramadhan 7. jangan dulu pergi..amalan shalihku belum seberapa.. Itupun, belum tentu diterimaNya.. #ramadhan 8. jangan dulu pergi.. Masih kurang ku bertilawah, masih kurang kuberibadah berjamaah, masih kurang kubersedekah.. #ramadhan 9. jangan pergi..Lisanku masih kurang bertasbih, malamku tak sempurna bertarawih, dosaku masih membuih.. 10. Tinggal hitungan hari, kau pergi.. Meninggalkan diri yg berharap kembali fitri. Kembali suci.. #ramadhan -oki setiana dewi |
[VIDEO] Sekali Lagi, Nasya Berkata "Tiada Niat Masuk UMNO"... Posted: 16 Aug 2012 10:06 AM PDT Shah Alam – Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan, beliau tidak ada niat untuk masuk Umno, sekali gus menafikan tanggapan banyak pihak bahawa kemunculannya di Makkah pada majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin sebagai isyarat akan melangkah ke parti teras Barisan Nasional (BN) itu. "Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuk lah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. "Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah," kata beliau dalam satu kenyataan petang ini. Mengenai pertemuan dengan Najib di Makkah, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, "kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khasnya pada hari hari terakhir ramadan ini." Katanya, beliau kesian melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. "Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan dihadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. "Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya ALLAH satukanlah suara umat Islam," katanya. Nasharudin menjelaskan beliau telah mengaturkan pertemuan di Makkah antara beberapa orang ulama di tanah suci bersama dengan Perdana Menteri bersempena dengan persidangan khas OIC. "Saya dijemput ke Makkah dengan visa khas selepas Perdana Menteri bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. "Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidilharam. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. "Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada Perdana Menteri seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam," katanya. Katanya, pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. "Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum. "Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?" katanya. -SH Rakyat Bachok kecewa kenyataan Ustaz Nasa Ulasan GB Pertama, Nasharudin menjelaskan beliau telah mengaturkan pertemuan di Makkah antara beberapa orang ulama di tanah suci bersama dengan Perdana Menteri bersempena dengan persidangan khas OIC. Jika hal yang di luar urusan parti boleh diuruskan dengan baik, mengapa hal yang menjadi amanah parti kepada kamu tidak kamu tunaikan? "Surat untuk Ustaz Nasaruddin dah bertimbun di pejabat PAS Bachok, beliau tak datang dan tak jenguk pun," Itu belum lagi kegagalan kamu untuk hadir di dalam mesyuarat PAS Pusat yang kamu adalah salah seorang AJKnya sepertimana yang pernah didedahkan oleh Setiausaha Agong tidak berapa lama dulu! Mengapa amanah umat Islam dan ahli PAS kepada kamu tidak ditunaikan? Apakah Presiden PAS atau Setiuasaha Agong kena menyampaikan "visa khas" supaya hadir maka barulah kamu akan hadir? Justeru itu, kami ahli-ahli PAS pula kini menyeru, ittaqillah! ittaqillah! ittaqillah! Kedua: Pendirian Nasharuddin lain dulu lain sekarang Ketiga: Persoalan niat. GB sudah ulas dahulu. Petikan: Benar bahawa setiap amal itu bergantung kepada niatnya. tetapi "niat" saja tidak memadai jika amalan perbuatan dan tindakan kita tidak seiring dengan niat tersebut. |
Rais Yatim Masih Berusaha Selamatkan SEKSYEN 114A Posted: 16 Aug 2012 05:40 AM PDT Seksyen 114A: K'jaan sedang teliti, tiada cadangan pinda Kabinet sedang meneliti Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang hebat diperkatakan dalam alam maya ketika ini selaras dengan arahan perdana menteri, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Katanya, kerajaan mempunyai pendirian yang teguh mengenai perkara itu, namun setakat ini tidak ada ada cadangan untuk sebarang pindaan baru terhadap Akta berkenaan. Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang digazetkan Julai lepas, dan ia mula mendapat reaksi pelbagai pihak daripada kalangan pengguna internet. Kempen-kempen tentangan terhadap akta itu dibuat oleh pertubuhan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan sepanduk yang dibuat oleh pertubuhan itu melalui laman facebook dengan tajuk 'Stop 114A' itu dimuat turun oleh pelbagai pengguna internet dalam negara. Perkembangan itu dengan pantas menarik perhatian Najib yang ketika ini berada di Makkah untuk Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang terus mengarahkan kabinet membincangkan perkara itu, menerusi ruang twitternya semalam. Rais berkata kabinet sudah mendapat ilham daripada apa yang ditweet oleh perdana menteri berhubung isu itu, dan seksyen berkenaan sedang diteliti dengan rapi ketika ini. Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran kementeriannya dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Masjid Putra di Putrajaya. Terdahulu dalam ucapannya di majlis itu, Rais meminta supaya kesatuan ummah di Malaysia diperkukuhkan lagi agar Islam terus berkembang mekar dalam negara. - Bernama 114A: Lagi bukti Najib "PM terburu-buru" Ulasan GB Apa yang jelas dari laporan BERNAMA di atas, Rais Yatim masih cuba untuk "menyelamatkan" Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang dikritik hebat oleh rakyat dengan memberikan penafsiran beliau sediri terhadap "tweet" Najib. Rais memang sudah diketahui memusuho warga siber, seorang yang begitu ketinggalan di bidang ICT tetapi menjadi menteri penerangan dan komunikasi. Beliau mengharapkan sangat seksyen 114A dapat dikuatkuasakan kerana ada beberapa kes yang melibatkan beliau sendiri sebagai plaintif terutama di dalam kes rogol amah bagi menekan defenden dan warga siber yang lain untuk tidak menyebarluaskan lagi apa yang beliau dakwa sebagai "fitnah" itu. |
Posted: 16 Aug 2012 02:23 AM PDT Polis sedang mencari seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dan anak lelakinya bagi membantu siasatan kes seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah tapak perniagaan di kawasan Downtown, The Mines, Seri Kembangan awal pagi Isnin lepas. Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata ahli perniagaan itu ialah Jaafar Shaari, 50, alamat terakhir di No 3, Jalan P11 K/12, Presint 11, Putrajaya dan anaknya Ahmad Jiwari @ Wari, 23, alamat terakhir di Lot 141, Kampung Pedas Hilir, Jalan Kundur, Pedas, Negeri Sembilan. Polis meminta kedua-dua mereka tampil untuk membantu siasatan, katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. Difahamkan kejadian kira-kira 2 pagi itu berlaku selepas mangsa Azhari Sidek, 44, mengambil sebuah meja usang ditinggalkan di kaki lima tempat kejadian sebelum diletakkan berhampiran gerai miliknya. Bagaimanapun, tindakan mangsa itu tidak disenangi seorang lelaki dikatakan menjalankan perniagaan di kawasan sama yang mendakwa meja berkenaan miliknya hingga berlaku pergaduhan. Menurut adik angkat mangsa yang enggan mahu dikenali, lelaki terbabit memanggil beberapa rakannya untuk membelasah abangnya akibat rasa tidak puas hati itu. Sementara itu, Tun Hisan berkata seorang suspek lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes rogol dan bunuh seorang pekerja kilang perempuan berusia 19 tahun di sebuah unit flat di Jalan Taming 2, Taming Jaya dekat Balakong Isnin lepas. Beliau berkata suspek berusia 26 tahun yang ada ikatan kekeluargaan dengan mangsa ditahan pada pukul 2 petang berdekatan Jalan Semenyih, Kajang, semalam. "Siasatan mendapati suspek bekerja di kilang yang sama dengan mangsa," katanya. Dalam kejadian Isnin lepas, mayat Sabturiah Faisal, 19, yang berasal dari Kampung Merotai Besar dekat Tawau, Sabah dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya oleh abang ipar mangsa pada pukul 7 malam. Mengikut laporan media, polis yang menyiasat mayat mangsa mendapati ada kesan lebam pada leher, perut, dan tangan kanan anak ketujuh daripada 12 beradik itu. Difahamkan, polis turut menemui kesan tompokan air mani di bilik mangsa dan mengesyaki gadis itu menjadi mangsa rogol oleh individu yang dikenalinya. -BERNAMA |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan