Ahad, 12 Ogos 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Isu Kafir Harbi - Membongkar Kejahilan Pihak Yang Tuduh DAP Kafir Harbi

Posted: 12 Aug 2012 12:57 AM PDT

Kafir Harbi Tidak Wujud Selagi Tidak Tertegak Negara Islam - Haron Din

Tidak wujud istilah penggunaan 'kafir harbi' selagimana tidak tertegaknya sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar, tegas Datuk Dr Haron Din.

Dr Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS ketika dihubungi TVSelangor berkata, polemik itu perlu hentikan segera kerana ia ditakuti boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara.

Ujar beliau definisi kafir harbi itu merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh umat Islam.

Beliau juga mengingati agar mana-mana pihak yang mahu mengeluarkan kenyataan dan melabelkan sesuatu golongan itu agar berhati-hati serta berdasarkan hujah yang kukuh dalam menyampaikan pandangan.

"Kafir harbi ini merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh orang Islam, saya menegaskan istilah kafir harbi ini hanya timbul dengan sendirinya apabila wujud sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar.

"Dalam konteks ini negara ini masih belum lagi memenuhi ciri-ciri sebuah negara Islam, justeru penggunaan istilah kafir harbi dan sebagainya tidak wujud," katanya.

Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik.

Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.

Sebelum ini, kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa'amah, dipetik Utusan Malaysia menyatakan bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi. -TVS







GAMBAR BERBICARA: Inkuiri Suhakam - Penggunaan Gas Pemedih Mata Secara Membabi Buta

Posted: 11 Aug 2012 10:25 PM PDT


Siasatan awam pihak Suhakam ke atas dakwaan pencabulan hak asasi manusia yang berlaku sebelum, semasa dan selepas perhimpunan aman Bersih 3.0 telah bermula sejak 5 Julai yang lalu.

Terdapat beberapa anggota polis dan FRU yang melepaskan tembakan gas pemedih mata secara terus terhadap orang awam walhal mereka sepatutnya melepaskan tembakan dari jarak yang selamat bagi membolehkan peserta bersurai.

Seorang saksi terpaksa menderita hilang penglihatan mata sebelah kiri akibat terkena kelongsong gas pemedih mata yang ditembak dari jarak dekat. Dia baru sahaja bergraduasi dan telah kehilangan pekerjaan pertama akibat kecederaan yang dialami.

Beberapa saksi lain menyatakan terlalu banyak gas pemedih mata dilepaskan di kawasan sempit yang dipenuhi orang awam menyebabkan mereka tidak mempunyai ruang untuk menyelamatkan diri. Diawal inkuiri, seorang saksi memberitahu panel siasatan bahawa dia telah terkena kelonsong gas pemedih mata di leher menyebabkan dia pengsan semasa kejadian.




[BERGAMBAR] Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam Bersama Ustaz Azhar Idrus Malam Tadi

Posted: 11 Aug 2012 08:00 PM PDT


Ribuan orangramai hadir untuk mendengar Kuliah Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam tadi bersama Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak...


Faizal Tahir, Bila Lagi Nak Ikut Jejak Langkah Ali XPDC, Sham Kamikaze, Bob Lokman, Aishah, Abby Abadi & Zuar XPDC?... Macam Tak Lama Lagi Jer...






Tamrin Berjanji Kempen Habis-habisan Bersama PAS Kerana Yakin PAS Sangat Ikhlas

Posted: 11 Aug 2012 05:05 PM PDT


Tamrin keluar Umno, serah borang sertai PAS

Selepas kerap tampil di pentas PAS dan Pakatan Rakyat, bekas ahli Umno, Datuk Tamrin Ghafar akhirnya meninggalkan parti itu dan secara rasmi menyertai PAS malam ini.

Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba itu menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUISZM), Taman Melawar malam ini.

Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) suatu ketika dahulu.

Tamrin dalam ucapannya berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno.

Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat.

"Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir. Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi.

"Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama. Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama," katanya.

Tamrin turut berjanji akan membantu PAS dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya berjanji akan berkempen berhabis-habisan bersama tuan-tuan kerana saya lihat perjuangan PAS sangat ikhlas. Saya yakin kemenangan berpihak kepada PAS," katanya.

Beliau turut mengakui pemimpin-pemimpin PAS tidak boleh dijual beli.

"Saya kenal Mat Sabu dan (Tuan Guru) Datuk (Seri) Abdul Hadi (Awang) dah lama.

"Mat Sabu tak pernah pun ajak saya masuk PAS tapi saya yang selalu suruh dia tinggalkan Umno," katanya. -HD


Dato' Tamrin Tun Ghafar sertai PAS..


Alhamdulillah, mlm ini di KUIZM Taman Melewar, Dato' Tamrin serah borang menyertai PAS kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS.

Saya mula rapat dengan beliau setahun yang lalu dalam majlis makan tengahari bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau kerap menghubungi saya kerana berminat dengan perjuangan membela warga Felda. Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang adalah rutin kami bila bertemu di KL.

Beliau juga memperkenalkan kepada saya ramai bekas pemimpin UMNO dan tokoh2 VIP yang ingin tahu mengenai isu Felda. Saya seronok bersahabat dengan beliau. Apapun persepsi orang mengenai beliau, saya punya keyakinan dan sangka baik yg mendalam kesedaran beliau memilih PAS sebagai wadah perjuangan.

Banyak yang beliau ceritakan mengenai sejarah perjuangan ayahndanya, Tun Ghafar Baba. Bahkan kisah silamnya pun dia bagi tau. Dia tak mahu hipokrit; seolah2 masuk PAS ada agenda tertentu.

Saya mula cadangkan beliau sertai PAS sebulan setengah yang lalu. Walaupun dia dapat tawaran yg sama dari kekawan lain, dia setuju dengan pandangan saya.

Saya bertemu dengan beliau di Masjid Negara pada 11 Julai lalu dan menziarahi Maqam Pahlawan khususnya kubur Allayarham Tun Ghafar. Selepas itu ke rumahnya kerana beliau mengisi borang PAS di situ. Saya pencadang kepada borang keahlian beliau.

Saya cuma maklumkan hal ini kepada Dr Samsuri, Setpol Presiden PAS, Nasaie Ismail, SU Akhbar Presiden dan Sdr Adly Zahri Pesuruhjaya PAS Melaka agar dpt dibincangkan tarikh sesuai beliau sertai PAS. Borang beliau saya serah kepada Ust Md Khairul SU Kerja PAS Pusat.

Beliau maklumkan ujian nak sertai PAS. Ada pihak nak ugut beliau jika teruskan hasrat sertai PAS. Semlm lepas majlis buka puasa ANAK di Gombak, kami masih bincang lagi. Saya kata pada dia, PAS adalah parti yang memperjuangkan kebenaran dan Gerakan Islam. Sisa hidup kita;sumbang tenaga, idea dan wang ringgit utk ISLAM.

Tentulah saya gembira bila Dato' Tamrin masuk PAS. Masa dia isi borang PAS, menitis airmata saya terharu atas kesediaannya. Kalau ada orang nak perlekeh dan kutuk dia, terpulanglah. Kita bukan maksum, sempurna dari sebarang kesilapan...

Meskipun detik bersejarah malam ini, saya tidak dpt bersamanya, namun jauh di sudut hati saya timbul rasa bangga anak Bekas Timbalan Perdana Menteri bersama PAS. Alhamdulillah, syukur pada Allah!


oleh: Mazlan Aliman







Noriana Bersyukur Pilih Islam

Posted: 11 Aug 2012 10:08 AM PDT

Kuala Dungun - "Saya bersyukur kerana menjadi orang Islam, Alhamdulillah, sejak masuk Islam, rezeki pun bertambah.

Demikian luahan Noriana Abdullah, 47, seorang saudara baru yang juga ibu kepada enam anak yang memeluk Islam selepas melihat kehidupan abangnya, Yan Sin Abdullah, 51, berubah selepas menganut Islam.

Noriana atau nama asalnya Meria Bujang ketika berkongsi pengalaman hidupnya berkata, perkenalannya dengan suaminya sekarang, Mohd Nawi Daud, 49, seorang anggota polis, 29 tahun lalu, telah membuka jalan untuknya menjadikan agama suci itu sebagai pegangan hidupnya.

Katanya, selepas beberapa bulan berkenalan dengan Mohd Nawi, dia lebih dekat dengan Islam sebelum membuat keputusan mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang berasal dari Machang, Kelantan itu.

Noriana kemudiannya memeluk Islam pada 13 September 1984 sebelum mendirikan rumah tangga dengan Mohd Nawi yang ketika itu bertugas sebagai anggota polis di Balai Polis Pusat, Miri.

"Selepas memeluk Islam, saya perlahan-lahan mempelajari ibadah seperti solat dan mengaji al-Quran di pejabat agama.

"Dari situ saya lebih dekat dengan ALLAH SWT, kini kehidupan saya jauh lebih baik dan saya bersyukur kerana menjadi orang Islam," katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada Ulek Beach Resort pada program meraikan saudara baru anjuran Pejabat Agama Daerah di kafe cakna, dekat sini, malam kelmarin.

Menyentuh hubungannya dengan ahli keluarga lain selepas memeluk Islam, Noriana berkata, hubungan silaturahim dengan dua kakak serta keluarga mendiang ibunya, itu tetap rapat biarpun mereka berlainan anutan agama.

Katanya, jika ada rezeki lebih, dia akan pulang menjenguk dua kakaknya, Mary, 53 dan Tiew Geok, 58 yang kini menetap di Miri, Sarawak.

"Saya kini sedang berusaha untuk menarik dua lagi kakak saya agar sama-sama memeluk Islam selepas abang sulung saya Yan Sin lebih dahulu memilih agama suci ini sebagai pegangan hidupnya,"

Hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Mohd Nawi, dia dikurniakan enam cahaya mata masing-masing Nurfatihah, 28, Nur Fatma, 27, Mohd Alifdzar, 24, Mohd Fikri, 20, Mohd Redhuan, 18 dan Mohd Aqil Fahmi, 10. -SH

[BERGAMBAR] Monorel Terkandas Di Ibu Kota, 183 Terperangkap

Posted: 11 Aug 2012 08:01 AM PDT


Monorel terkandas di hadapan Wisma Monorail, Jln Tun Sambathan Brickfields, Kuala Lumpur. Dianggarkan lebih 100 orang terperangkap... Kerja-kerja penyelamatan sedang dijalankan oleh Bomba.Mari Doakan semoga semuanya selamat .

Monorel KL rosak, 183 penumpang cemas

KUALA LUMPUR - Kira-kira 183 penumpang berdepan detik mencemaskan apabila monorel yang dinaiki rosak dan tersangkut di atas landasan di Brickfields hari ini.

Jurucakap bilik gerakan Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah berkata pihaknya menerima panggilan pada kira-kira 2.18 petang.

"Monorel itu tersangkut berhampiran Stesen Tun Sambanthan sejurus keluar dari stesen tersebut menuju ke Stesen seterusnya, iaitu Maharajalela," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata seramai 35 anggota bomba dan enam jentera dari Balai Bomba Hang Tuah, Taman Desa, Pantai, Sri Hartamas bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.

"Kami menyelamatkan 63 mangsa menggunakan kren bomba dan selebihnya menggunakan kaedah 'train-to-train evacuation' untuk menolak tren terbabit ke stesen Tun Sambanthan," katanya sambil menambah operasi menyelamat tamat pada kira-kira 4 petang.

Sementara itu, Pengurus Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad Azhar Ghazali berkata kejadian berlaku pada 1.58 petang ekoran masalah 'traction Control' yang menyebabkan enjin berhenti secara automatik.

"Bagaimanapun, operasi berjalan seperti biasa pada 4.30 petang selepas operasi membaik pulih monorel selesai," katanya.

Beliau berkata seramai tiga penumpang dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana seorang daripada mereka pengsan manakala dua lagi sesak nafas berikutan kejadian itu.

Sementara itu, seorang penumpang, Nur Izzah Nazihah Hasnul Bahrin, 14, dari Nilai, berkata sejurus sebelum insiden itu, tren yang bergerak seperti biasa tiba-tiba berhenti secara mengejut.

"Enjin tren berhenti secara tiba-tiba dan penghawa dingin juga tidak berfungsi," katanya.

Beberapa minit kemudian, beliau berkata semua penumpang mula cemas apabila terlihat dua orang pengsan akibat sesak nafas, selain keadaan yang panas di dalam tren itu.

"Satu jam kemudian, kami semua amat gembira apabila melihat anggota bomba tiba dan menyelamatkan semua penumpang," katanya.

Sementara itu, seorang pelancong dari England yang hanya ingin dikenali sebagai Matthew, 27, berkata keadaan di dalam tren amat sesak sebelum beliau menaikinya di Stesen Tun Sambanthan untuk ke Stesen Maharajalela.

"Ketika tren tiba-tiba berhenti masih ada penumpang yang ketawa kerana tidak menyedari apa yang sebenarnya berlaku," katanya. - Bernama









foto: ondscene.my/bernama



Tiada ulasan: