Ahad, 12 Ogos 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Penjelasan Maksud 'Sebangsa' Buat Bakal MB Kedah

Posted: 11 Aug 2012 06:55 PM PDT

SHAH ALAM – Maksud 'Sebangsa' dalam tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat (PR) ialah satu bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum bersama meraikan hari ulang tahun kemerdekaan negara pada setiap 31 Ogos.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menjelaskan demikian berkata, tema itu dipilih selepas Kerajaan Pusat enggan mengubah tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' yang didakwa pembangkang sebagai berunsur politik kepartian Barisan Nasional.


"Pemilihan perkataan itu berdasarkan sambutan kemerdekaan yang disambut di negara ini terdiri kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain tidak mengira perbezaan fahaman atau agama.


"Bangsa Malaysia bermaksud penyatuan kesemua kaum seperti diuaruarkan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Wawasan 2020," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mahu pembangkang beri maksud sebangsa dalam tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu pula mentakrifkan maksud 'Sebangsa' dalam tema itu sebagai rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai rumpun dan ras bersama menikmati kemakmuran Malaysia.

"Kami mahu rakyat bergabung tenaga untuk menyambut Hari Kebangsaan kita pada setiap tahun tanpa mengira agama, kaum dan bahasa," katanya.


Hangat Dari Sarawak..

Posted: 11 Aug 2012 05:22 PM PDT

Bekas menteri sambut Anwar di Sarawak


Turut sama berkebetulan berada di lapangan terbang bekas timbalan menteri pelajaran Bujang Ulis...beliau sempat bersalam dan berpelukan dengan Anwar.

Penasihat Umum Keadilan Anwar Ibrahim tiba di Sarawak tengah hari ini dalam rangka lawatan untuk memperkuatkan jentera parti dan menyuntik semangat di kalangan ahli dan penyokong PKR di negeri ini dan juga Sabah. Ratusan para penyokong serta termasuk pimpinan PKR negeri menunggu ketibaan Anwar dari Kuala Lumpur.





Anwar disambut hangat oleh penyokong di airport.

Melihat kepada kehadiran begitu ramai memberi gambaran semangat PKR Sarawak kini semakin memberangsangkan. Antara yang menyambut ketibaan Anwar, penasihat PKR Sarawak Hafsah Harun, pengerusi Baru Bian, peimpinan pemuda, wanita dan ketua-ketua cabang.

Bekas Duta Malaysia ke Mexico yang menyertai PKR juga turut sama hadir begitu juga ketiga-tiga Adun PKR Sarawak yang menang dalam pilihan raya lalu.

Dari airport Anwar terus dibawa ke rumah bekas calon PKR yang meninggal untuk menziarahi balu dan keluarganya. Petang ini Anwar berjumpa dengan pimpinan PKR Sarawak dan juga aktivis parti di sebuah hotel di bandar Kuching. Hadir sama dalam majlis itu Lajim Ukin yang dari Sabah yang baru-baru ini membuat kejutan dengan mengumumkan meninggalkan Umno dan BN.

Turut mencelah ialah Kadir Sheikh Fadzir. Kadir dan Lajim akan berceramah bersama Anwar di Santok malam ini. Petang ini Anwar akan berbuka puasa di rumah Hafsah Harun. Menjelang tenguk hari esok Anwar akan berlepas ke Sabah.

Satu kejutan lagi akan berlaku di Sabah besok sekiranya tidak ada aral melintang. Dalam pada itu Najib katanya baru semalam secara senyak menjejak kaki di Sarawak dan hari ini berada di Sabah. Apakah dengan kedatangan Najib itu menyebabkan apa disebut kejutan itu tertangguh?

Seandainya apa diceritakan Lajim bahawa 15 kerusi parlimen Sarawak dan 30 kerusi state kini sudah berada dalam tangan pembangkang ia menandakan kerajaan Sabah sekali lagi akan bertukar tangan dalam pilihan raya akan datang. Menurutnya perkembangan di Sabah merangsangkan dan UBN seolah-olah tidak terkata apa.

Semasa berucap kepada aktivis dan pimpinan PKR Anwar mengingatkan supaya parti bersiap sedia lebih awal. Menurutnya pihak Pakatan Rakyat telah dalam keadaan siap sedia dan beranggapan pilihan raya akan diadakan pada September ini.

Beliau juga menyentuh mengenai pembahagian kerusi di kalanagan komponen Pakatan sudah hampir selesai. Banyak negeri katanya sudah selesai kalau pun ada beberapa buah yang berlaku pertidihan. Namun beliau yakin dengan semangat Pakatan Rakyat masalah kerusi akan selesai dan tidak menjadi masalah.

Kedahkini


Tamrin keluar Umno, serah borang sertai PAS

Posted: 11 Aug 2012 04:28 PM PDT

Selepas kerap tampil di pentas PAS dan Pakatan Rakyat, bekas ahli Umno, Datuk Tamrin Ghafar akhirnya meninggalkan parti itu dan secara rasmi menyertai PAS malam ini.

Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba itu menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUISZM), Taman Melawar malam ini.


Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) suatu ketika dahulu.

Tamrin dalam ucapannya berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno.

Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat.

"Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir. Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi.

"Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama. Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama," katanya.

Tamrin turut berjanji akan membantu PAS dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya berjanji akan berkempen berhabis-habisan bersama tuan-tuan kerana saya lihat perjuangan PAS sangat ikhlas. Saya yakin kemenangan berpihak kepada PAS," katanya.

Beliau turut mengakui pemimpin-pemimpin PAS tidak boleh dijual beli.

"Saya kenal Mat Sabu dan (Tuan Guru) Datuk (Seri) Abdul Hadi (Awang) dah lama.

"Mat Sabu tak pernah pun ajak saya masuk PAS tapi saya yang selalu suruh dia tinggalkan Umno," katanya. -HD



Pakatan Rakyat: RCI ‘sudah terlambat’ untuk Sabah

Posted: 11 Aug 2012 07:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Pihak pembangkang Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengecam Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) yang ditubuhkan untuk menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah, dan mengatakan bahawa RCI itu tidak berkuasa dan "terlalu lambat".

Petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memberi RCI enam bulan untuk menyiasat dakwaan bahawa orang asing telah diberikan kad pengenalan untuk mengundi.

Lim Kit Siang dari DAP hari ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa terdapat "satu lautan keraguan bahawa kerajaan ikhlas dengan RCI untuk menyelesaikan masalah ini yang sudah lama berlanjutan" selama empat dekad


"Apakah bidang yang boleh disiasat oleh RCI?" beliau bertanya. "Apakah bidang yang ia tidak boleh siasat?"

"Bolehkah RCI fokus pada Project M dan panggil Dr M untuk menjadi saksi utama?" beliau bertanya dan mendakwa ia merupakan satu "punca yang diakui (ramai)".

Pihak pembangkang telah mendakwa bahawa kerajaan, terutamanya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, telah memberi kad pengenalan Malaysia kepada orang asing dan mendaftarkan mereka sebagai pengundi untuk membantu BN kekal berkuasa.

Lim juga bertanya kenapa BN perlu mengambilkan masa enam bulan untuk memuktamadkan terma RCI itu dan berkata ini menunjukkan kekurangan "ilitizam politik yang nyata".

"Ada keraguan kalau RCI itu berupaya menangani (kes pendatang tanpa izin) 1.5 hingga 2 juta kes dalam enam bulan," beliau berkata dalam komen beliau tentang enam bulan yang dibagi untuk penyiasatan itu.
Ketua PKR Johor Datuk Chua Jui Meng juga seperti rakan sekutunya kurang yakin dengan tindakan BN itu.

Beliau berkata RCI itu merupakan tindakn oleh perdana menteri untuk "mengaburkan isu itu dan mengurangkan impaknya ke atas corak mengundi di Sabah."

"Kami tidak mengharapkan banyak dari RCI ini. RCI yang lalu telah dibuktikan tidak berkesan (toothless)," kata bekas menteri Kabinet itu melalui telefon.

"Ia tidak mempunyai terma-terma untuk mencadangkan tindakan untuk diambil terhadap mereka yang terlibat dalam pengeluaran IC biru atau kewarganegaraan."

Beliau berkata ini merupakan "omission yang kejam dan zalim" dan merupakan "ketidakadilan kepada orang Sabah".

Berdasarkan lapan perkara terma RCI yang diumumkan oleh Najib di Sabah petang ini, panel RCI tidak akan menyiasat dakwaan tentang siapa yang memberi kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin atau sebab-sebab pemberian kewarganegaraan itu.

Chua mengkritik pelantikan orang yang "pro-establishment (pro-kerajaan)" untuk menjadi ahli panel RCI itu, tetapi tidak mengutuk pengerusi RCI itu.

Panel yang mempunyai lima ahli itu akan diketuai oleh bekas hakim Sabah and Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Empat ahli suruhjaya itu adalah bekas naib canselor Universiti Malaysia Sabah, Datuk Seri Prof Dr Kamaruzaman Ampon; bekas peguam negeri Sabah, Tan Sri Herman J. Luping; bekas timbalan pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan bekas ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Poy-Wu; dan bekas setiausaha negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa.

Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga dari PKR berkata bahawa terma-terma itu "tidak berkata apa-apa tentang membersihkan senarai pengundi dari pendatang tanpa izin".

"Kalau pilihan raya dipanggil sebelum RCI itu (menghabiskan siasatannya), ia (RCI) itu akan tidak bermakna," kata beliau, merujuk kepada pilihan raya umum ke-13 yang mesti dipanggil pada April tahun depan. - TMI


Menteri Bangang Tak Tahu Beza Dipecat Dengan Lompat Parti

Posted: 11 Aug 2012 05:16 AM PDT

Anwar nak ambil, ambillah, kata Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan wakil rakyat BN untuk melompat parti menjelang pilihan raya umum ke-13 adalah perkara biasa.

"Ada di kalangan wakil rakyat atau pemimpin Umno tidak dicalonkan untuk bertanding, jadi mereka telah ambil tindakan awal terpaksa lompat (parti) macam katak kerana mahu bertanding dalam pilihan raya," beliau dipetik sebagai berkata.


Nazri berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa akan terapat pemimpin BN Sabah menyertai mereka tidak lama lagi.

Nazri juga berkata, tindakan Anwar menarik pemimpin BN yang tidak tercalon dalam pilihan raya umum akan datang untuk menyertai pakatan pembangkang, tidak akan menjejaskan BN, lapor Bernama.

"Kalau Anwar nak ambil mereka yang tak akan dicalonkan lagi untuk masuk parti Anwar, ambil la...," beliau dipetik sebagai berkata.

"Anwar pun bapak katak sebab dulu Anwar pun lompat parti dari Umno ke PKR. Tak hairan kalau dia menerima golongan dia sendiri, katak akan terima katak."


Tiada ulasan: