Sabtu, 11 Ogos 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Santai Minggu - Awek yang Super berani .. mai tengok video ni ....

Posted: 11 Aug 2012 10:17 PM PDT

SABAH : Mampuih BN ....Lagi akan tinggalkan BN

Posted: 11 Aug 2012 09:00 PM PDT

Sehari selepas kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Sabah, seorang lagi wakil rakyat negeri itu, Senator Datuk Maijol Mahap dijangka akan berpaling tadah.

Maijol pada 29 Julai lalu menimbulkan tanda tanya apabila hadir bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis bersama MP Tuaran yang keluar parti pada hari itu, Datuk Seri Wilfred Bumburing.

MP Beaufort, juga mengambil tindakan sama pada hari itu.

Maijol pada majlis itu mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan parti Upko namun tidak menyatakan sama ada akan menyokong Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, seorang pemimpin kanan PKR mengesahkan bahwa naib presiden Upko itu akan bertindak demikian hari ini.

MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan juga telah menjangkakan perkara sama.

Buat masa ini masih belum jelas sekiranya Maijol akan menyertai Pakatan namun beliau dijangka akan menyertai pembangkang melalui pertubuhan mesra Pakatan yang menggunakan nama Pakatan Perubahan Sabah. 

Tauke Raja Lawak akui kahwin tiga

Posted: 11 Aug 2012 10:37 AM PDT

Dalam diam, rupa-rupanya Tauke Raja Lawak atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 35, sudah tiga kali bernikah. Malah pernikahannya terkininya telah berlangsung di Thailand sebelum pelawak tersebut menyertai program Super Spontan baru-baru ini.
Fuhhh... hebat juga Tauke seolah mahu menandingi Allahyarham pelawak A.R Tompel yang beristeri ramai.





"Yang sebenarnya, saya dah tiga kali berkahwin. Dengan isteri pertama, saya dah lama cerai. Manakala dengan isteri kedua masih dalam proses penceraian dan menunggu kata putus dari mahkamah.


"Semuanya berlaku secara kebetulan yang mana saya bernikah dengan isteri baru saya iaitu Meera sebelum saya jatuhkan talak secara sah kepada isteri saya sebelum ini. Saya juga mengaku bahawa saya berkahwin dengan Meera di Thailand dengan ditemani beberapa saksi," ujar tauke kepada media.



Bagaimanapun, beliau menafikan dirinya sudah bercerai dengan isteri yang baru dinikahinya itu. Sebaliknya, dia mengakui sedang mengalami krisis rumah tangga dengan perkahwinan baru berkenaan.
"Saya dan Meera masih sah suami isteri. Suami mana yang tidak sayangkan isterinya. Namun, secara jujur sudah hampir sebulan lebih saya tidak berjumpa dan tinggal sebumbung dengan Meera.
"Saya juga tidak menafikan bahawa kami sedang mengalami masalah rumahtangga. Saya boleh katakan disini, ianya berpunca dari hasutan dari orang ketiga.
"Secara jujur, saya dan Meera bercadang hendak membuat satu majlis lepas raya ini. Namun, saya masih tidak tahu sama ada ianya boleh dilakukan atau tidak kerana ketika ini saya juga sedang menanti sama ada ikatan sah saya dengan Meera boleh diselamatkan atau pun tidak," jelasnya dipetik sebagai berkata.

Tiada ulasan: