JEBAT_BERANI |
DAP SEDIA MUZAKARAH...UMNO BILA LAGI?! Posted: 12 Aug 2012 10:26 PM PDT
Hudud: DAP sedia muzakarah 13 Ogos 2012 Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP sentiasa bersedia bermuzakarah dalam apa juga isu. "Komponen kita berbeza dengan Umno yang tidak hirau dengan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional (BN) sama ada MIC, MCA, mahupun parti komponen di Sabah dan Sarawak. "Saya mahu tahu adakah persetujuan parti-parti lain diminta oleh Umno bagi mengisytiharkan negara Islam secara unilateral? Bagi saya, kenyataan (Presiden Pas) Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan pendirian Pas yang juga dihormati dan diiktiraf oleh DAP," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, walaupun berbeza pendapat mengenai sesetengah isu, perjuangan PR atas dasar bersama dan prinsip sejagat seperti kebenaran, ketelusan, kesaksamaan dan demokrasi akan terus dipertahankan. Kelmarin, Abdul Hadi menegaskan DAP berhak menyatakan pendirian berkenaan hudud, termasuk tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum Islam itu. Namun kata Abdul Hadi, Pas akan terus berusaha jelaskan kepada pemimpin DAP, termasuk Pengerusinya, Karpal Singh, tentang prinsip keadilan dalam undang-undang jenayah Islam itu. Sementara itu, Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw berkata, DAP menghormati syariah dan hudud yang dibawa agama Islam kerana ia adalah sebahagian daripada agama itu. "Kita menghormatinya, malah nilai keamanan dan kebaikan dibawa setiap agama perlu dihormati agama lain. DAP hormati asas agama yang dibawa mana-mana agama," katanya. Jebat Berani : Nampaknya UMNO/Bn telah terperangkap dengan permainannya sendiri...Jika DAP dikatakan kafir harbi kerana sebelum ini menolak pelaksanaan negara Islam oleh PAS,kini mereka sedia untuk bermuzakarah dengan PAS untuk menilai dan memahami akan pelaksanaan negara Islam ini... Tapi bagaimana pula dengan MIC dan MCA? Apa yang UMNO lakukan untuk menjelaskan kepada mereka tentang negara Islam? Bukankah MCA sendiri pernah mengeluarkan kenyataan menolak hukum hudud dan negara Islam? Mengapa mereka ini tidak UMNO kategorikan sebagai kafir harbi?? Nampaknya ulama UMNO hanya berfatwa untuk RM sahaja...Tanpa RM maka tiadalah fatwa....ermm ULAMA @ ULAR MAMAK???!!! |
You are subscribed to email updates from JEBAT_BERANI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan