Kelab Greenboc |
- Benarkah Akhil Hayy Sudah Berubah?
- Logo Merdeka Pakatan Rakyat Ada Simbol Kristian & Yahudi?
- UMNO Tak Guna Agama Untuk Kepentingan Politik Atau Tak Hiraukan Agama Dalam Berpolitik?
- [WASPADA] Berhati-Hati Ketika Membeli-Belah, Beg Tangan Ditoreh!
- [VIDEO] 50,000 Sambut Hari Belia Peringkat Negeri Selangor
- Sekali Lagi, "Tendangan" Kickdefella Mengena Diri Sendiri
- Murid Dicabul Guru Lebih Setahun Lalu
- Poster Hina Pemimpin Pembangkang Diedar Di Pontian
Benarkah Akhil Hayy Sudah Berubah? Posted: 13 Aug 2012 12:37 AM PDT Akhil Hayy, tuan sudah berubah, bro Akhbar online Mstar menulis, "Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab. "Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing." Siapa 'ahli politik yang tidak bertanggungjawab' itu? Dulu bukan lu aktif dalam PAS? Sekarang bunyi lain macam sahaja? Gua masih ingat sejelas-jelasnya ucapan dan perjuangan lu. Gua masih simpan CD lu di pentas-pentas fikrah Islam dahulu. Dulu gua respek seorang ustaz rock. Mstar memetik beliau berkata, "Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?" Gua mahu tanya lu, bro. Adakah salah memperjuangkan politik Islam? Lu juga faham dan kerap kali berkata bahawa Islam itu adalah politik atau merangkumi politik yang tidak akan terpisahkan. Islam tanpa politik bukanlah perjuangan Rasulullah (SAW). Ah, tuan sudah berubah kini. Sudah banyak hasil atau sudah glamor, bukan? Gua sudah hilang respek dengan lu, bro! Atau gua yang salah faham, bro? -Web Sutera Ulasan GB Dunia seorang artis penuh pancaroba - dunia glamor. Di dalam ulasan GB di tulisan Web Sutera di atas, GB katakan iman manusia turun dan naik. Apabila seseorang itu tidak mengikatkan dirinya bersama-sama dengan jemaah Islam melalui apa juga aktivitinya terutama usrah, maka ia mudah sangat dibaham oleh sang serigala. Hadith sahih daripada Rasulullah SAW yang bermaksud : Sesungguhnya bahawa syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu dari berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jamaah, orang ramai dan masjid (HR Imam Ahmad). Kita perlu sentiasa berada di dalam jemaah. Hidup di bawah imbauan pesan-memesan dengan kebenaran dan pesan-memesan dengan kesabaran (mafhum Surah Al-Asr 3-4). Mengenai artis-artis yang turut terlibat berceramah di pentas-pentas PAS, ia bukan satu kesalahan malah ia amat dianjurkan kerana prinsip asas dakwah Islam ialah "perbaiki dirimu dan serulah orang lain". Ia bersandarkan kepada hadith rasulullah "sampaikan daripadaku walau sepotong ayat.". Untuk berdakwah tak perlu tunggu jadi seorang ustadz/ustadzah atau ulamak. Lebih malang pula kalau jadi ustadz dan ustadzah tiba-tiba keluarkan pandangan yang menyalahi ajaran ugama sendiri seperti ungkapan tiada politik di dalam ugama atau mengkafir-harbikan orang secara membuta-tuli! |
Logo Merdeka Pakatan Rakyat Ada Simbol Kristian & Yahudi? Posted: 12 Aug 2012 10:15 PM PDT Isu penggunaan logo berasingan hari kemerdekaan ke 55 untuk empat negeri Pakatan Rakyat sangat menarik. Isu itu menarik kerana ini adalah pertama kali berlakunya perbezaan logo dan tema kemerdekaan di antara negeri-negeri PR dan kerajaan pusat, sekaligus merupakan tamparan hebat ke muka Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Rais Yatim yang bertanggungjawab memperkenalkan logo dan tema UMNO BN "Janji Ditepati" yang dijadikan tema hari kemerdekaan. Yang kedua, isu tersebut menarik kerana di dalam logo yang diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat, ada pihak tertentu terutama blogger pencacai menyatakan logo tersebut mempunyai unsur kristian dan yahudi kerana ada lambang burung tertera di logo berkenaan. Betapa pecek dan pendeknya akal dan ilmu para pencacai tersebut apabila begitu cepat menuduh wujudnya unsur kristian dan yahudi semata-mata kerana ada lambang burung di di logo berkenaan. Sedangkan "burung" merupakan binatang yang banyak kali disebut di dalam al-Qur'an. Dan kisah burung yang paling masyur di dalam Al-Quran ialah kisah Allah juga telah mengutus burung-burung untuk menghancurkan sebuah angkatan tentera bergajah di dalam Surah Al-Fiil. Di dalam kisah tersebut, Allah menjelaskan, "Dan Dia mengutus kepada mereka burung-burung berduyun-duyun, dengan membalingkan kepada mereka batu-batu daripada tanah liat yang dibakar," (105:3-4). Mungkin ayat tersebut amat digeruni oleh UMNO maka sebab itu mereka fobia dan trauma melihat ada gambar burung di dalam logo kemerdekaan Pakatan Rakyat. Selain itu, banyak pertubuhan Islam di dunia turut menggunakan "burung" sebagai logo, tema dan simbol perjuangan mereka seperti perjuangan rakyat Palestine di bawah ini: Berikut ialah tulisan yang pernah GB siarkan di blog ini pada 14 Januari 2011. Burung - Haiwan Istimewa Yang Sering Disebut Dalam Al-Quran |
UMNO Tak Guna Agama Untuk Kepentingan Politik Atau Tak Hiraukan Agama Dalam Berpolitik? Posted: 12 Aug 2012 07:01 PM PDT Kota Belud: Umno tidak menggunakan pendekatan agama atau perlembagaan untuk kepentingan politik bagi memenangi hati rakyat, kata naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Sebaliknya, katanya, Umno menggunakan kuasa yang ada untuk memartabatkan agama demi memajukan ummah. Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata parti pembangkang menggunakan pendekatan agama untuk aktiviti politik selain menggelar pihak yang tidak menyokong mereka sebagai menentang Islam. Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan warga emas di Masjid pekan Kota Belud, di sini, Ahad. Mohd Shafie menyeru rakyat Sabah agar memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya melakukan pelbagai transformasi kepada negara sepanjang tiga tahun pentadbirannya. Pada majlis itu,beliau menyampaikan sumbangan makanan dan wang tunai kepada 337 anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, fakir miskin serta 38 penerima zakat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. -BERNAMA Ulasan GB SEBETULNYA, UMNO bukan tidak menggunakan pendekatan agama untuk kepentingan politik, tetapi di dalam berpolitik, UMNO tidak mengikut dan mematuhi ajaran agama di dalam berpolitik. Itu sebab mengapa UMNO lansung tidak menghiraukan hal-hal dosa pahala di dalam perlakuan dan tindakan mereka. Banyak skandal melibatkan pemimpin UMNO pernah didedahkan sebelum ini. Gejala rasuah yang berleluasa, pengutamaan kroni, mencuri royalti, menyimpan artis sebagai spare-part malah membunuh pun pernah berlaku di dalam UMNO (kesah pembunuhan Dato Taha masih lagi dalam ingatan kita). Kalau para pencacainya yang terdiri dari blogger dan cybertrooper mereka jangan cakaplah. Di bulan Ramadhan pun sanggup buat kerja-kerja dajal dan tak senonoh disamping mencarut-carut. So, janganlah nak perdayakan rakyat dengan kenyataan bodoh, kebenaran dan keadilan tidak boleh ditipu. |
[WASPADA] Berhati-Hati Ketika Membeli-Belah, Beg Tangan Ditoreh! Posted: 12 Aug 2012 03:26 PM PDT Dalam keghairahan orang ramai terutama kaum wanita membeli-belah di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India di sini, mereka diingatkan supaya tidak leka dengan perbuatan jenayah seperti menyeluk saku dan ragut. Anggota Jawatankuasa Biro Keselamatan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong TAR, Abdul Rahman Sulaiman menasihati kaum wanita agar tidak memakai barang kemas dan berharga serta membawa beg tangan yang terlalu besar kerana ia boleh mengundang bahaya. "Kita tangkap beberapa warga asing yang menoreh beg tangan pengunjung dengan menggunakan pisau kecil dan mencuri barangan berharga seperti telefon bimbit dan beg duit. "Saya anggarkan antara 30,000 hingga 40,000 pengunjung datang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India bagi membuat persiapan Hari Raya dan mereka datang seawal jam 8 pagi," katanya kepada Bernama. Abdul Rahman berkata, anggota persatuannya bergilir-gilir bertugas di kedua-dua kawasan terbabit bagi memastikan keselamatan pengunjung. "Kami bertugas 24 jam sehari dengan 10 orang bersiap sedia di tempat khas kami bagi menjaga keselamatan pengunjung serta kira-kira 400 penjaja," katanya. Persatuan itu yang ditubuhkan sejak 2007 sentiasa berkerjasama dengan Rela, Jabatan Pertahanan Awam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Polis Diraja Malaysia bagi menjaga keselamatan di kawasan terbabit. Seorang pengunjung Nur Baiti Bukhari, 29, dari Damansara Damai berkata, beliau mengambil kesempatan untuk mengunjungi bazar itu sempena cuti hujung minggu. –BERNAMA |
[VIDEO] 50,000 Sambut Hari Belia Peringkat Negeri Selangor Posted: 12 Aug 2012 08:18 AM PDT Program Sambutan Hari Belia Antarabangsa peringkat Selangor berjaya mendapat sambutan hebat dengan hampir 50,000 orang menghadiri majlis diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini bermula dari pagi hingga lewat malam semalam. Program tersebut dimulakan dengan pertandingan memasak bubur lambuk dan pertandingan catur Piala Menteri Besar serta yang lain dengan penampilan selebrtiti popular tanahair seperti Diana Amir, Yatt Hamzah, Ali XPDC, Abby Abadi, Faizal Tahir, Man Raja Lawak serta Penceramah Sejuta Umat, Ustaz Azhar Idrus. Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pihaknya berpuashati dengan sambutan diberikan kepada program itu yang mana ianya memberi gambaran ianya bertepatan dengan kehendak golongan muda di negeri Selangor. "Saya berpuashati dengan usaha semua pihak terutamanya Penggerak Belia Tempatan (BT) di seluruh Selangor bagi menjayakan program ini. Program memasak bubur lambuk juga berjaya dengan lebih daripada sasaran yang kita tetapkan iaitu dari 100 meningkat kepada 121 penyertaan. "Kehadiran malam ini (Program sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus) cukup baik dengan kemunculan beberapa artis yang tampil berubah dan ini memberi kekuatan kepada golongan belia bagi mencontohinya," katanya kepada media selepas program tersebut berakhir semalam. Program Sesi Soal Jawab Agama Bersama Ustaz Azhar Idrus turut disertai Man Raja Lawak, Faizal Tahir dan Abby Abadi mendapat sambutan yang mana ia berlangsung penuh lawak jenaka dan santai. Dr Ahmad Yunus berkata, Kerajaan Negeri sesungguhnya mahu golongan anak muda atau belia turut serta dalam pembangunan negeri ini kerana anak muda mempunyai kekuatan dan pemikiran yang bernas. Beliau berkata, menerusi program dijalankan itu menyaksikan gabungan Kerajaan Negeri dan anak muda berjaya menghasilkan satu kesan yang memberangsangkan. Ustaz Azhar Idrus pula berkata, anak muda memang meminati hiburan dan sebagainya tetapi mereka ingin terlibat sama dalam program yang membawa kebaikan kepada diri mereka. "Contohnya apa yang dibuat Kerajaan Negeri ini ada solat terawih, ada masak bubur lambuk dan yang lain, anak muda yang datang. Kalau program begini dibuat di kampung-kampung, orang tua saja yang datang. Kita boleh tengok sambutannya macam mana dengan berpuluh ribu yang hadir. Sewajarnya program ini kita teruskan. Kerajaan patut memberi keutamaan dan rakyat pula sokong," katanya. -selangorku |
Sekali Lagi, "Tendangan" Kickdefella Mengena Diri Sendiri Posted: 12 Aug 2012 06:11 AM PDT Kickdefella mohon maaf kepada Ladang Rakyat KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Syed Azidi Syed Abdul Aziz memohon maaf kepada Perbadanan Kemajuan Ladang Rakyat di atas fakta-fakta yang silap dalam bukunya "Ladang Rakyat Ladang Airmata Rakyat". Beliau yang juga pemilik blog Kickdefella turut bersetuju membayar sejumlah kos kepada plaintif. Permohonan maaf tersebut dibuat di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam kamar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini. Ladang Rakyat diwakili peguam Azahir Surainie dan Azizan Ariff, manakala Aisha Mubarak mewakili defendan pertama. Pada prosiding hari ini Hafizulamin hadir bagi pihak plaintif. Defendan kedua kes terbabit Wadah Bakat Sdn Bhd sebagai penerbit buku berkenaan. Ladang Rakyat sebelum ini menyaman Syed Azidi dan Wadah Bakat Sdn Bhd kerana memaparkan fakta tidak tepat terhadap agensi berkenaan. Sebelum ini isu berkaitan Ladang Rakyat sering diketengahkan media dan blogger pro Umno bagi menghodohkan kerajaan negeri. Pernyataan mohon maaf itu antara lain menyebut kami, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dan Wadah Bakat Sdn Bhd secara rela hati dan terbuka memohon maaf kepada Perbadanan Ladang Rakyat di atas kesilapan fakta dalam buku "ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat". "Kami menyedari terdapat beberapa elemen yang tidak mempunyai fakta-fakta tepat terhadap Ladang Rakyat dalam buku tersebut. Dan segala kehakiman di dalam buku tersebut amatlah dikesali. "Dengan ini kami bersetuju menghentikan pengedaran buku berkenaan dan sesungguhnya menyatakan maaf di atas fakta-fakta yang silap dalam buku tersebut yang telah menjatuhkan reputasi plaintif sebagai sebuah perbadanan milik kerajaan negeri," katanya. Blogger terbabit dan Wadah Bakat Sdn Bhd juga memohon maaf kepada Ladang Rakyat di atas segala kesulitan yang timbul akibat penulisan dan penerbitan buku "Ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat". Peguam Hafizulamin berkata, atas persetujuan tersebut, saman yang dikenakan terhadap kedua-dua defendan ditarik balik. Ulasan GB Tepat seperti yang GB jangkakan sebelum ini. Nasihat GB supaya beliau menukar nicknamenya tidak mahu diindahkan. Sebelum ini GB tulis: p/s Dulu GB dah berpesan kepada para blogger, cari nickname tu biar elok sikit. Nickname tu sendiri sebenarnya boleh melambangkan perwatakan yang sebenar. Ia akan kembali kepada diri sendiri. |
Murid Dicabul Guru Lebih Setahun Lalu Posted: 12 Aug 2012 03:50 AM PDT Kuala Lumpur – Rahsia kemurungan seorang murid perempuan berusia sembilan tahun terjawab apabila dia mendakwa dicabul guru lelaki sekolah itu sejak lebih setahun lalu. Perbuatan itu terbongkar jam 5 petang Khamis lalu, apabila mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya berusia lewat 30-an sebelum membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak, di sini. Menurut sumber, mangsa mendakwa dicabul guru lelaki berusia 30-an itu sejak darjah dua. "Guru lelaki itu dilaporkan memanggil mangsa datang dekat dengannya sebelum memegang alat sulitnya," katanya. Sumber berkata, mangsa tidak berani menceritakan kejadian itu kepada sesiapa, termasuk keluarganya, kerana bimbang dimarahi guru terbabit. "Sejak itu, mangsa dilaporkan sering murung dan takut pergi ke sekolah. "Namun tak tahan diperlakukan demikian, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya. "Terkejut dengan pengakuan itu, ibu mangsa bergegas ke sekolah untuk mengadu kepada guru besar. Selepas siasatan dilakukan pihak pengurusan sekolah, guru terbabit mengakui melakukan perkara keji itu," katanya. Mangsa kemudian tampil membuat laporan di balai polis untuk tindakan lanjut. -hm |
Poster Hina Pemimpin Pembangkang Diedar Di Pontian Posted: 12 Aug 2012 01:50 AM PDT Pontian - Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia, kawasan Pontian, kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang didakwa mengedar poster gambar beberapa pemimpin tertinggi parti pembangkang dalam keadaan memalukan. Penyelarasnya, Mohammad Saiful Amri Saifullah berkata, pengedaran poster yang menggunakan pelbagai kata-kata kesat terhadap pemimpin dan parti pembangkang turut dikesan dibuang di hadapan sebuah sekolah rendah di Benut, di sini. Menurutnya, poster itu diedarkan di kawasan pekan kecil di Tampok, Ayer Baloi dan Benut, sejak awal pagi kelmarin. Mohammad Saiful Amri mendakwa, kira-kira 300 poster dijumpai sepanjang kerja pembersihan dan pengutipan yang dijalankan bersama ahli pertubuhan. Jelasnya, dia tidak menolak kemungkinan, jumlah poster yang dibuang mencecah angka ribuan memandangkan pihaknya masih menerima aduan daripada orang ramai dan ahli pertubuhan. Tambahnya, poster berkenaan seperti menghina perjuangan parti pembangkang apabila secara terang-terangan mempermainkan gambar pemimpin tertinggi Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin lain. "Selain gambar, kata-kata kesat yang sungguh memalukan kepimpinan tertinggi Pas turut ditulis di poster berkenaan yang jelas menunjukkan kebiadaban pihak yang tidak bertanggungjawab ini. "Lebih memalukan, perkara ini terjadi pada Ramadan dan sanggup diedar di hadapan sekolah rendah," katanya kepada Sinar Harian, di Ayer Baloi, di sini, kelmarin. Mohammad Saiful Amri berkata, poster berkenaan turut dicetak dalam saiz A4 atau seperti risalah bagi diedarkan dari rumah ke rumah di beberapa kampung dan kedai di kawasan pekan kecil, di sini. Justeru, satu laporan polis di Balai Polis Ayer Baloi dibuat petang kelmarin, berhubung pengedaran poster itu. "Kami mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan mencari dalang pelaku pengedaran poster ini, memandangkan hal sebegini sudah terlalu kerap berlaku," katanya. Menurutnya, perkara sama berlaku pada awal Januari lalu, tetapi ketika itu bilangan poster yang diedar tidak banyak berbanding yang terbaru ini. Tegasnya, pihak yang mengedar poster ini perlu bertanggungjawab dan segera berhenti daripada melakukannya, kerana tindakan mereka jelas menunjukkan taktik politik kotor. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan