Selasa, 7 Ogos 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Lelaki Mati "Overdose" Ubat Kuat

Posted: 07 Aug 2012 07:16 AM PDT


[HM] Nusajaya, Johor: Akibat sering tertewas dengan nafsu teman wanitanya, seorang lelaki warga Nepal nekad mengambil pil ubat kuat seks dalam kuantiti berlebihan selain meminum satu tin arak semata-mata mahu memenuhi kehendak kekasihnya itu.

Malangnya, hasrat lelaki berusia 38 tahun itu untuk 'bertahan lama' ketika melakukan hubungan seks tidak kesampaian apabila tidak sedarkan diri sebelum disahkan mati di sebuah hotel bajet di Taman Tasek Yaacob, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, mangsa, Hari Bahadur Magar dikatakan mengambil pil itu pada jam 3.30 petang sebelum mendaftar masuk ke sebuah hotel bersama teman wanitanya, warga Vietnam.

Menurutnya, kematian lelaki itu disedari teman wanitanya berusia 24 tahun, jam 11 malam hari kejadian selepas mangsa dikatakan tidak bergerak menyebabkan wanita itu panik.

"Pasangan itu dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks sebelum tertidur dan pada masa sama, mangsa meninggal dunia.

"Akibat panik dengan keadaan teman lelakinya, wanita terbabit terus memaklumkan kepada pengurusan hotel sebelum membuat laporan polis, jam 12 tengah malam," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Noor Hashim berkata, siasatan awal di bilik didiami pasangan itu membawa kepada penemuan sebotol ubat kuat dipercayai diambil mangsa sebelum mereka melakukan hubungan seks.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut, namun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Saya menasihatkan orang ramai terutama lelaki lebih berhati-hati sebelum mengambil ubat kuat yang dijual di pasaran kerana jika tersalah makan atau tidak sesuai boleh mengundang maut," katanya. 


Artis Muda Tekad Kekal Bertudung

Posted: 07 Aug 2012 05:08 AM PDT

[Mstar] PETALING JAYA: Keputusan penyanyi Shila Amzah yang memakai tudung bermula 1 Ramadan lalu hanya untuk suka-suka berubah apabila dia tekad untuk kekal dengan imej tersebut.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata, dia membuat keputusan tersebut pada Sabtu lalu selepas 15 hari melalui "tempoh percubaan" dan berazam untuk berimej sedemikian sehingga ke akhir hayat.

"Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut.

"Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung.

"Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini Isnin.

Tambah Shila, kekasihnya, Sharnaaz Ahmad tidak sangka perubahan drastik yang dilakukannya namun gembira dengan imej terbaru itu.


Dalam pada itu, ibunya juga ingin kepastian adakah benar keputusan yang dibuat itu kerana risau jika Shila akan membuka semula tudungnya pada masa akan datang.

"Apabila memberitahu hasrat ingin bertudung kepada ibu, banyak kali dia tanya, adakah saya yakin dengan keputusan ini kerana apabila dah pakai, kita tak boleh nak buka semula tudung sehingga mati.

"Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan," ujarnya.

Sementara itu, walaupun tampil dengan imej berkenaan, Shila tetap meneruskan kariernya sebagai seorang penyanyi dan bakal muncul dengan album terbaru pada awal tahun depan.

"Saya masih lagi menyanyi, tetapi tak adalah nak menari sakan macam dahulu. Pemilihan lagu pula lebih ke arah balada dan pop. Semoga perubahan diri ini membawa keberkatan yang lebih bermakna," tuturnya.

[Gambar] Paderi Gay Malaysia Anjur Majlis Resepsi Perkahwinannya di Kuala Lumpur

Posted: 07 Aug 2012 03:00 AM PDT



Agensi melaporkan Paderi gay rakyat Malaysia yang 'berkahwin' dengan teman lelakinya di New York pada tahun lalu, mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur kelmarin.

Ngeo Boon Lin dan pasangannya, Phineas Newborn III dilaporkan memenuhi janji mereka untuk mengadakan majlis tersebut di tempat kelahirannya.

Kira-kira 200 tetamu termasuk sekumpulan media berbahasa Cina menghadiri majlis tertutup itu yang diadakan di sebuah restoran makanan Cina di sini.

''Kami bersyukur boleh mencipta sejarah Malaysia di sini,'' kata Newborn.

Boon Lin yang berketurunan Cina dan tinggal di Amerika Syarikat (AS) sejak 1998 dikritik pegawai dan pemimpin agama Malaysia apabila dia 'mengahwini' Newborn yang merupakan seorang produser muzikal Broadway pada Ogos tahun lalu.

Boon Lin berkata, penganjuran majlis tersebut merupakan haknya untuk berkongsi kegembiraan dengan orang yang disayanginya di Malaysia.

''Kerajaan dan pemimpin agama konservatif boleh membuat bising tetapi mereka tidak dijemput di sini.

''Saya sedar mengenai perkara sensitif di sini. Saya tidak mendesak perkahwinan gay dibenarkan di Malaysia,'' katanya kepada Associated Press.

Para jemputan ke majlis resepsi tersebut dibawa ke sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur itu dan menerima bungkusan coklat serta nota dalam bahasa Cina bermaksud Tuhan sayang gay.

Dua tetamu majlis tersebut mendendangkan lagu popular Endless Love nyanyian Lionel Richie dan Diana Ross manakala seorang penghibur transgender memuji tindakan Boon Lin.
 
 
P/s: Gila!
 
 
 
 

Apa Hukum Undi DAP? Perkasa Wajib Fikir Apa Hukum Undi UMNO?

Posted: 07 Aug 2012 01:30 AM PDT


Utusan melaporkan bahawa Perkasa mempersoal hukum orang PAS mengundi DAP yang menurut Ibrahim Ali, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

Baiklah, memang benar DAP tidak sehaluan dengan PAS dalam hal ini. Namun, setakat ini tiada kata-kata penghinaan dilontarkan oleh pemimpin DAP kepada Islam dan hudud. Mereka tidak bersetuju kerana Perlembagaan negara tidak membenarkan pelaksanaan hudud. Hal ini jelas dengan realiti bahawa sebarang undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan akan terbatal. Malah, pelaksanaan Hudud juga tiada dalam manifesto bersama PR. Logiknya juga, pemimpin yang dimaksudkan itu pula bukan Islam.

Namun, Perkasa buat-buat lupa peranan UMNO menghalang hudud dilaksanakan di Kelantan. Perkasa juga lupa kata-kata bersifat "penghinaan" pemimpin UMNO terhadap negara Islam dan hudud. Perkasa lupa bahawa orang  ini orang mengaku siang dan malam memperjuangkan Islam. Perkasa juga lupa kata-kata penghinaan pemimpin MCA terhadap hudud dan Islam. Apa peranan Perkasa dalam membela Islam daripada dihina oleh pemimpin MCA? Kelompok ini bukan sahaja tidak bersetuju, malah "menghina" hudud dan Islam.

Selama 55 tahun negara merdeka, apa usaha pemimpin UMNO untuk menegakkan hukum Islam di negara ini?

 Perkasa wajib menanya diri sendiri: Apa hukum mengundi pemimpin dan parti yang diwakili mereka?



Banyak lagi gambar menarik. Google atau Yahoo.

Cuba baca pandangan Che Det tentang hudud di sini. Apa pandangan Ustaz Azhar? Lihat di sini.


P/s: Apa hukum mengundi BN apabila pemimpinnya menghina dan memperlekeh hudud dan negara Islam? Setakat ini, TM tidak pernah membaca kenyataan pemimpin DAP menghina hudud atau negara Islam kecuali kenyataan bahawa parti itu tidak bersetuju dengan pelaksanaannya di Malaysia.




[Wajib Baca] Di Mana Lim Kit Siang Berada Sewaktu Tercetusnya Peristiwa 13 Mei?

Posted: 06 Aug 2012 11:00 PM PDT


[RK] KUALA LUMPUR, 6 OGOS – Filem Tanda Putera mengenai tragedi 13 Mei yang bertujuan membangkitkan kebencian rakyat terhadap DAP sekali lagi mencteus kontroversi apabila dikatakan memuatkan adegan Lim Kit Siang kencing di bawah tiang bendera Selangor pada 1969.

Filem yang belum ditayangkan itu tetapi telah disebarkan adegan-adegan yang terkandung di dalamnya di laman-laman internet membuktikan fitnah baru yang sedang dicipta oleh mereka yang benci kepada perpaduan kaum di negara ini.

Fitnah kencing di bawah tiang bendera

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan karut dan bohong itu yang telah dipaparkan dalam laman sosial Facebook bagi filem Tanda Putera kononnya beliau telah kencing di bawah tiang bendera Selangor di rumah kediaman Menteri Besar Selangor semasa rusuhan 13 Mei.

Beliau menjelaskan bahawa fitnah itu tidak masuk akal sama sekali kerana beliau tidak pernah berada di Kuala Lumpur mulai 10 Mei hingga 13 Mei 1969, malah sewaktu rusuhan berlaku, beliau berada di Kota Kinabalu, Sabah.

Sebelum ini, laman-laman web dan Facebook pro-UMNO telah menyebarkan fitnah dengan mendakwa Kit Siang memaki hamun orang Melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur di antara 11 Mei dan 13 Mei 1969, walau pun hakikatnya beliau tidak ada di Kuala Lumpur pada masa tersebut.

Menurut Kit Siang, pada tahun 1969, beliau tidak tahu di mana letaknya kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, apatah lagi kewujudan tiang bendera yang "terletak di dalam perkarangan rumah MB yang dipagari dan dikawal oleh 'jaga'".

"Tulisan ini mendedahkan fitnah, kepalsuan dan pembohongan bahawa saya atau sesiapapun boleh kencing di bawah tiang bendera rumah Menteri Besar Selangor – apabila ianya jelas tidak boleh dilakukan kerana ianya berada dalam kawalan dan pengawasan keselamatan," jelas beliau.

Kit Siang menjelaskan bahawa kedua-dua 'Kertas Putih' yang telah dikeluarkan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada 9 Oktober 1969 yang bertajuk "The May 13 Tragedy" serta buku Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman "May 13 – Before & After" tidak pernah membuat apa-apa rujukan pun kepada insiden kencing di rumah Menteri Besar Selangor.

"Ini merupakan satu skandal "Urine-Gate" atau "Pee-Gate" Malaysia.

"Rakyat Malaysia mesti menyiasat terlebih dahulu "siapa, bila dan apa" berhubung dengan asal-usul tipu helah insiden "kencing" di bawah tiang bendera di rumah Menteri Besar Selangor yang telah mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969 – kerana sekiranya tiada apa-apa unsur kebenaran dalam dakwaan tersebut, ianya mesti dikuburkan sekarang juga," tambah beliau.

Fitnah gambar 1984 yang dikatakan diambil pada 13 Mei 1969

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, ada satu lagi tulisan yang membuat fitnah 13 Mei 1969 yang dipaparkan dalam laman rasmi Facebook Tanda Putera tetapi menggunakan gambar lain, iaitu pada 26 Ogos, 1984 di terminal lama lapangan terbang Kota Kinabalu

Katanya, beliau ke Kota Kinabalu pada pagi tersebut melalui Sandakan untuk menyahut cabaran Ketua Menteri Sabah pada masa itu, Datuk Haris Salleh untuk mengulangi ucapannya pada 23 Julai 1984 di luar Parlimen tanpa perlindungan hak istimewa Parlimen berhubung dengan penyalahgunaan kuasa Ketua Menteri Sabah terutamanya dengan perbuatan Haris menyerahkan Labuan kepada kerajaan persekutuan.

"Akan tetapi di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, saya tidak dibenarkan masuk diatas arahan Ketua Menteri Sabah yang pada awalnya telah mencabar saya untuk mengulangi ucapan Parlimen saya terhadapnya di Sandakan pada pagi hari yang sama jua!" ujarnya.

Beliau menjelaskan bahawa pihak imigresen Sabah telah memaksa beliau meninggalkan Sabah dan memaksa beliau duduk atas kerusi roda serta diangkat masuk ke dalam kapal terbang.

"Gambar tersebut merupakan gambar yang diambil pada tahun 1984 di Kota Kinabalu di mana ianya telah disalahgunakan dalam laman Facebook rasmi Tanda Putera sebagai salah satu gambar 13 Mei 1969," tambah beliau.

Katanya, amat menyedihkan kerana semua usaha menjelang sambutan Kemerdekaan yang ke-55/Hari Malaysia Ke-49 sepatutnya berfokuskan perpaduan yang diversif dan berbilang kaum. Namun, ujar beliau, ada elemen-elemen anti-nasional yang mengapi-apikan syak wasangka buruk diantara kaum dan memporak-perandakan keharmonian di negara ini dengan penyebaran kepalsuan dan fitnah berhubung dengan sejarah tanah air ini.
 
 
 

[LAWAK] Shahrizat TIDAK PERASAN Suaminya Membida Projek NFC

Posted: 06 Aug 2012 09:25 PM PDT


[TMI] KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Bekas menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil mengatakan beliau tidak perasan suaminya membida untuk mendapatkan projek untuk menguruskan penternakan lembu negara melalui Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan tidak membantu keluarganya untuk mendapatkan projek tersebut.

"Saya boleh mengesahkan bahawa anak-anak atau suami saya tidak meminta bantuan dalam (mendapat) projek," Shahrizat (gambar) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini ketika memberi keterangan dalam kes saman fitnah beliau terhadap Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin dari PKR dalam skandal NFC.

Shahrizat menambah bahawa keluarganya "lebih mengetahui" daripada mengharapkan bantuan beliau.

"Saya tidak pernah terlibat dalam meluluskan atau menguruskan syarikat," katanya.

Shahrizat adalah menteri ketika projek tersebut diberikan kepada keluarganya pada tahun 2006. Beliau meletakkan jawatan awal April lalu selepas pertuduhan terhadap keluarganya.

Pembangkang telah menuduh pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp) yang menguruskan projek NFC, menyalahgunakan RM250 juta dari pinjaman dari kerajaan pusat untuk penternakan lembu.

NFCorp dimiliki oleh suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan ketiga-tiga anak pasangan tersebut.

Mohamad Salleh dan anak lelaki pasangan itu turut hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Vazeer Alam Mydin merupakan hakim mereka.

Shahrizat yang menyaman Rafizi dan ketua wanita PKR Zuraida, diwakili oleh peguam terkemuka, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.

Perbicaraan akan bersambung pada pukul 10 pagi Jumaat ini.
 
 
P/s: Kah kah kah!
 
Lawak sungguh!
 
 

Kerana Wang, Anak Didakwa Enggan Urus Mayat Ibu

Posted: 06 Aug 2012 09:16 PM PDT


[HM] SINGAPURA: Sebuah akhbar melaporkan, seorang akauntan di Singapura enggan mempunyai apa-apa hubungan dengan ibunya, walaupun ibunya sudah meninggal dunia, hanya kerana kos perbelanjaan menguruskan pengebumian sebanyak S$2,000 (RM5,000).

Akauntan wanita, dalam lingkungan 30-an itu, tidak datang walaupun diberitahu mengenai kematian ibunya di pusat penjagaan orang tua.

Dia dikatakan tidak mahu membelanjakan wangnya lagi untuk pengurusan pengebumian.

Seorang pengurus mayat yang tahu mengenai kejadian itu, menderma sebuah keranda dan melakukan upacara untuk si mati. Dia berkata, dia sedih dengan kelakuan akauntan itu. 

 Akhbar itu tidak menyebut di mana wanita itu meninggal dunia, tetapi melaporkan akauntan itu mengaku beliau hanya saudara jauh ketika menghantar ibunya ke pusat penjagaan orang tua itu kira-kira 10 tahun lalu.

Dia melawat ibunya beberapa kali dan setiap kali berbuat demikian, dia akan mengaku sebagai kawan atau jiran. - Straits Times


Padah Ke Kedai Lewat Malam

Posted: 06 Aug 2012 07:56 PM PDT


[HM] KAJANG: Padah keluar ke kedai jauh malam, seorang wanita berusia 25 tahun bukan saja disamun malah turut dirogol lelaki tidak dikenali ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sini.

Dalam kejadian jam 12.20 pagi, Jumaat lalu, mangsa dikatakan keluar ke kedai berhampiran rumahnya untuk membeli barang serta rokok suaminya.

Ketika dalam perjalanan pulang, seorang lelaki bermotosikal menghampirinya dan meminta mangsa yang menunggang basikal, berhenti di tepi jalan.

Mangsa yang ketakutan enggan berhenti menyebabkan lelaki berkenaan menggunakan kekerasan mengacukan pisau dan mengugut untuk mencederakannya.

Menurut sumber, menyedari dia dalam bahaya, mangsa menurut arahan lelaki itu dengan memberhentikan basikalnya di tepi jalan dan dia dipaksa menaiki motosikal suspek, dibawa ke satu lokasi tidak diketahuinya.

"Sebaik tiba di lokasi berkenaan yang gelap dan sunyi itu, lelaki itu mengarahkan mangsa menanggalkan pakaiannya sebelum merogolnya," katanya.

Mangsa tidak melawan kerana bimbang dicederakan suspek yang masih memegang pisau.

Lelaki itu juga mengambil barang yang dibeli mangsa serta baki wang RM16 sebelum menghantar mangsa ke tempat basikalnya dan melarikan diri.

Suspek mengingatkan mangsa supaya tidak membuat laporan polis selain mengugut mencederakan mangsa sekiranya kejadian itu didedahkan kepada orang lain.

Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah, mangsa menceritakan kejadian itu kepada suaminya sebelum membuat laporan di Balai Polis Bandar Damai Perdana.


P/s: Kalaulah si suami yang memaksa isterinya ke kedai, sudah pasti dia akan menyesal tidak sudah!

 

Remaja 14 Tahu Mengaku Perkosa Budak 12 Tahun

Posted: 06 Aug 2012 07:07 PM PDT



[SH] KOTA BHARU-Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mengaku bersalah merogol kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun di sebuah rumah di Kampung Bemban, Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, remaja lelaki itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun 11 bulan itu di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Bemban, jam 4 petang, 20 Mei lalu.

Remaja lelaki itu dihadapkan di depan Majistret Muhamad Hafiz Mohd Noor dengan ditemani ibunya sebagai penjaga.

Remaja itu yang merupakan pesalah juvana membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa mahkamah.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) dan dihukum di bawah seksyen yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan semalam dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nabilah menawarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 namun Muhamad Hafiz membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 selepas ibu tertuduh memohon jaminan dikurangkan dan berjaya meyakinkan mahkamah mereka dapat hadir pada tarikh ditetapkan.

"Saya memohon wang jaminan dapat dikurangkan kerana suami saya hanyalah seorang buruh binaan dengan pendapatan RM1,500 sebulan, manakala saya hanya seorang suri rumah yang tidak bekerja.

"Saya berjanji akan memastikan anak saya hadir setiap kali dikehendaki mahkamah," katanya. Mahkamah menetapkan 12 September ini untuk sebutan kes tersebut.
 
 
P/s: Apa nak jadi???
 
 
 

Tiada ulasan: