Selasa, 7 Ogos 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Baru seminggu pencen, pegawai kanan sertai PAS

Posted: 07 Aug 2012 04:00 AM PDT

M Faqih | Foto Zamani Mohd Zain,
 
KETEREH: Baru seminggu pencen, bekas Ketua Penolong Pengarah (KPP) Jabatan Kesihatan Kelantan, Azmi Awang, 55 malam tadi secara rasmi menyertai PAS.

Sebelum itu pernah berkhidmat sebagai KPP di Jabatan Pembangunan Persekutuan dan pelbagai lagi jabatan persekutuan, mulai pencen pada 1 Ogos lalu.

Lepasan bidang ekonomi di Universiti Malaya memilih pencen awal bagi melengkapkan dirinya dengan ilmu-ilmu agama.

Malam tadi beliau mencatat sejarah apabila muncul di pentas ceramah Ghazwatul Badar di padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Beliau diiringi Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood menyerah borang menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama di majlis  tersebut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Zulkifli Mamat, Ketua Penerangan, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan Pengerusi PKR negeri, Abdul Aziz Kadir.

"Sebenarnya saya sudah lama mengikuti kuliah Musyidul Am di Medan Ilmu setiap pagi Jumaat. Jarang benar saya tidak hadir.

"Kesedaran agama sudah lama berputik. Ini tidak pelik bagi setiap pegawai kerajaan di Kelantan. Ketika berkhidmat di sebuah pejabat kerajaan di Kuala Krai saya mulai menghafal ayat-ayat suci al Quran," katanya ketika ditemui.

Beliau yang menyertai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1982 berkata, mahu menzahirkan secara rasmi sebagai ahli PAS selepas tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan.

"Insya-Allah kehadiran saya mungkin boleh memberi sedikit nilai tambah kepada perjuangan PAS di sini," katanya yang kini menetap di Ketereh. Berasal dari Tendong, Pasir Mas.

Pemuda PAS mahu SPRM siasat Awang Adek

Posted: 07 Aug 2012 03:58 AM PDT

Hazayani Zakaria,
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok berhubung dakwaan rasuah membabitkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar) berkata, selepas tempoh seminggu diberikan kepada Awang Adek untuk membuat penjelasan berhubung dua keping cek bernilai RM80,000 yang dimasukkan ke akaun peribadi beliau, Awang Adek hanya mendiamkan diri.

"Seseorang pimpinan utama rakyat mestilah menepati kualiti dan kriteria seorang pimpinan. Skandal yang melibatkan Senator Datuk Dr Awang Adek adalah satu isu yang berkaitan dengan integriti seseorang pimpinan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, DPPP akan ke SPRM di Putrajaya jam 10 pagi esok untuk membuat laporan agar SPRM menjalankan siasatan segera ke atas Awang Adek.

"DPPP berharap agar pihak SPRM dapat membuat siasatan sebaik mungkin mengenai isu yang melibatkan integriti seseorang pimpinan ini," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Pada 12 Julai 2012, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mendedahkan 2 keping cek yang berjumlah RM80,000 secara keseluruhannya atas nama Datuk Awang Adek dan didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Datuk Awang Adek diminta untuk menjelaskan apakah terdapat skandal rasuah daripada transaksi wang yang sebegitu besar ke dalam akaun beliau pada ketika beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputera dan merangkap Timbalan Menteri Kewangan Malaysia oleh sebuah syarikat yang berkepentingan.

Pada 31 Julai 2012 yang lalu, DPPM sekali lagi tampil membuat pendedahan yang lebih terperinci beserta beberapa dokumen penting.

Dokumen yang berada di pihak DPPP menguatkan lagi dakwaan bahawa Awang Adek terlibat dalam skandal rasuah kerana kedua cek yang bernilai RM80,000 sebagai dorongan untuk melanjutkan kontrak pengurusan kemudahan di Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral oleh Syarikat Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd. (AMPM).

Saman fitnah Anwar terhadap Khairy dibicara 15 Januari

Posted: 07 Aug 2012 03:54 AM PDT

SINAR HARIAN

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan tiga hari mulai 15 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung ceramah politik di Kuala Kangsar, Perak.

Hakim Datuk Su Geok Yiam menetapkan demikian di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam S. Prakash mewakili Anwar dan Sarah Abishegam mewakili Khairy.

Prakash memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan memanggil tiga orang saksi.

Anwar memfailkan saman itu pada 7 Sept 2007 yang mendakwa Khairy, ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, memfitnahnya pada Ogos 2007 dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak.

Anwar mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu disiarkan media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos 2007. - Bernama

Merdeka: Negeri Pakatan guna logo sama

Posted: 07 Aug 2012 03:53 AM PDT

Muhammad Faizal,

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menjelaskan semua negeri Pakatan Rakyat akan menggunakan logo alternatif yang sama sempena sambutan hari Kemerdekaan.

Logo sama itu juga turut akan digunakan oleh Kedah dan Kelantan biarpun tema yang dipilih negeri itu berlainan dari tema yang ditetapkan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Katanya perbezaan tema di kedua-dua negeri itu dengan tema Pakatan Rakyat berlaku memandangan negeri Kelantan dan Kedah telah memutuskan lebih awal melalui mesyuarat kerajaan negeri.

"Kita telah berbincang perkara ini dua minggu lepas namun bagi Kelantan dan Kedah telah memutuskannya lebih awal.

"Keputusan kedua-dua negeri tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat kerajaan negeri masing-masing kerana mereka tidak mahu menggunakan tema yang diputuskan oleh kerajaan pusat," jelasnya.

Tambahnya lagi, Pakatan Rakyat telah membuat keputusan bahawa Kelantan dan Kedah akan menggunakan tema berlainan setelah melihat segala persiapan yang dilakukan oleh kedua-dua negeri.

"Namun diperingkat parti (Pakatan Rakyat), kita telah mengambil keputusan bahawa logo yang akan digunakan adalah selaras pada setiap negeri.

"Yang hanya membezakannya adalkah dari segi tema sahaja," tambahnya.

Mustafa berpendapat, setiap apa yang diputuskan pada mesyuarat kerajaan negeri tidak boleh dipinda dan ia sudah terkandung dalam agenda mesyuarat kerajaan negeri.

Pakatan Rakyat sebelum ini memutuskan memilih tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' dan akan digunakan sebagai tema di negeri-negeri Pakatan Rakyat khususnya Selangor dan Pulau Pinang.

Manakala Kelantan pula memilih 'Menerajui Perubahan', dan Kedah pula dengan tema 'Terus Berbakti'.

Pakatan umum logo, lagu Merdeka Khamis ini

Posted: 07 Aug 2012 03:48 AM PDT

Muhammad Faizal,

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan logo dan tema Hari Kemerdekaan bagi negeri-negeri Pakatan Rakyat pada Khamis ini.

Keputusan pemilihan logo akan diputuskan pada Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada Khamis sebelum pengumuman itu dibuat.

Namun bagi Negeri Kelantan dan Kedah telah diputuskan menggunakan tema berlainan setelah perkara tersebut diputuskan lebih awal pada mesyuarat kerajaan negeri masing-masing.

"Kita telah memutuskan apa logo yang sesuai kita gunakan, namun perkara tersebut akan diputuskan pada mesyuarat pimpinan Pakatan pada Khamis ini.

"Namun untuk tema telah kita putuskan sebelum ini, pengumuman tentang logo itu akan dilakukan sendiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis ini," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Lagu Merdeka

Menurutnya lagi, selain tema dan logo, lagu sambutan hari Kemerdekaan versi Pakatan Rakayat juga telah dicipta oleh komposer terkenal, namun ia juga turut akan diumumkan nanti.

"Pakatan turut menyediakan sebuah lagu bagi sambutan hari Kemerdekaan dan ia telah cipta oleh komposer terkenal.

"Bagaimana bentuk lagu dan komposer akan kita maklumkan nanti," jelas beliau.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyatakan pemilihan tema ini terpaksa dilakukan apabila melihat ketidak bertanggungjawaban kerajaan yang menjadikan tema Kemerdekaan milik mereka.

"Kita ubah kerana melihat sikap tidak tanggungjawab kerajaan yang menjadikan tema tersebut milik mereka," katanya.

Sebelum itu, kerajaan Umno-Barisan Nasional telah memilih tema 'Janji Ditepati' namun ia dikritik pelbagai pihak sebagai tema kempen politik mereka.

Bagi menjadikan tema tesebut lebih umum untuk semua rakyat, Pakatan Rakyat telah memutuskan menggunakan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa', manakala bagi Negeri Kelantan telah memilih 'Menerajui Perubahan', dan Kedah pula dengan tema 'Terus Berbakti'.

Kos FGVH meningkat, saham mungkin merosot

Posted: 07 Aug 2012 03:42 AM PDT

Salmiyah Harun,

KUALA LUMPUR: Penganalisis ekonomi mengunjurkan bahawa prestasi Felda Global Venture Holding (FGVH) pada pasca penyenaraian akan lebih lemah berbanding tahun-tahun lepas.

Menurut Dr Rosli Yaacob, prestasi ini adalah penentu utama harga pasaran FGVH.

Ini kerana, katanya, kos penanaman semula akan berlaku di mana akan menyebabkan kos operasi FGVH akan meningkat.

Tambahnya, akibat daripada operasi penanaman dan kenaikan kos tanam semula kelapa sawit  menyebabkan keuntungan terjejas sekali gus akan menjejaskan harga saham FGVH di pasaran berkemungkinan akan merosot lagi.

"FGVH masih lagi dalam proses mecari rakan kongsi strategik yang akan memiliki sekurang-kurangnya 20 peratus saham dalam FGVH," katanya ketika ditemui.

Ini bermakna, katanya usahasama di antara aktiviti hiliran dan huluan tidak akan dapat dimanfaatkan sepenuh selagi rakan strategik antarabangsa tidak ada.

Tegasnya, ketiadaan rakan strategik ini akan menyukarkan FGVH untuk menembusi pasaran minyak (makanan) dan lain-lain produk di peringkat antarabangsa, sekali lagi akan menyebabkan harga saham akan jatuh.

Bagaimanapun beliau akan menunggu laporan tahunan FGVH yang mungkin dikeluarkan tahun depan supaya dapat melihat sejauhmana prestasi keuntungan atau kerugian FGVH.

Beliau berkata demikian mengulas, saham FGVH yang dilihat tidak stabil dan ada kala merundum kepada RM5 seunit walaupun baru sebulan lebih disenaraikan dalam Bursa Malaysia.

Hantar kad ucapan kepada tahanan ISA

Posted: 07 Aug 2012 03:41 AM PDT

Anis Nazri,
 
KUALA LUMPUR: Bagi menjayakan kempen anti-ISA, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyeru rakyat yang prihatin untuk terus sama-sama menuntut pembebasan semua tahanan ISA.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata selain NGO-NGO yang bernaung di bawah badan itu, orang ramai yang prihatin boleh terlibat sama dengan menghantarkan kad ucapan kepada tahanan yang masih merengkok di Kamunting.

"Kita telah melancarkan kempen bagi menuntut pembebasan semua tahanan, antaranya menghantar kad ucapan kepada tahanan ISA.  Kita sasarkan sebanyak 50 000 kad ucapan dapat dihantarkan kepada tahanan bagi menunjukkan solidariti kita," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Bagaimanapun, kata beliau kad ucapan yang berada di tangan GMI setakat ini masih belum berada di tahap 'memuaskan' untuk dihantar ke Kem Tahanan Kamunting.

"Kempen ini agak perlahan, mungkin dipengaruhi bulan puasa.  Yang ada di tangan, belum sampai lagi 1,000.  Tapi kita masih meneruskan kempen ini sehingga 3 September ini," kata beliau lagi.

Syed Ibrahim berkata pihaknya percaya ramai rakyat di luar sana yang inginkan pembebasan semua tahanan ISA selaras dengan pemansuhan akta tersebut, namun tidak mempunyai capaian untuk mendapatkan kad tersebut.

Justeru, beliau berkata kad ucapan untuk tahanan ISA boleh didapati daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sehingga 3 Sept ini.

Mana-mana yang berminat mendapatkan kad ucapan berkenaan boleh menghubungi Suaram di talian 03-77843525 atau melalui emel righttotrial@suaram.net.

Dalam pada itu, GMI juga dalam fokus memberikan kebajikan kepada keluarga-keluarga tahanan ISA, khususnya yang dibebaskan baru-baru ini.

Haram jadah: 8 peneroka saman Najib

Posted: 07 Aug 2012 03:39 AM PDT

Khairil Abdul Rahim,
 
TEMERLOH: Seramai lapan orang peneroka dari sekitar Jengka hari ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Temerloh kerana ungkapan menghina 'haram jadah' terhadap mereka.

Saman tersebut difailkan setelah notis tuntutan maaf dan minta ditarik balik perkataan tersebut yang telah diserahkan kepada Najib selaku defendan, tidak diindahkan dan tiada sebarang respons.

Dalam writ saman tersebut Samat Yusof, Alias Ibrahim, Idris Mat Sah, Syed Jamaluddin Muhamed, Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong selaku plaintif mendakwa Najib mengeluarkan perkataan menghina itu pada 8 Mei lalu di Jengka 8.

Sedangkan Najib mengetahui ungkapan menghina yang dibuat di hadapan lebih 40 ribu yang hadir di majlis mengumumkan durian runtuh itu dan liputan media boleh mempengaruhi memandangkan beliau pemimpin tertinggi negara.

Bagi mereka ungkapan haram jadah itu amat mengaibkan kerana membawa maksud mereka anak luar nikah, pengkhianat dan tidak bermaruah sehingga dianggap tidak layak menerima durian runtuh.

Ungkapan bermaksud menghina itu turut menyuburkan perasan buruk sangka dan permusuhan sesama masyarakat Felda mengakibatkan plaintif telah dipulaukan, dicemuh dan menjadi sasaran berita negatif oleh media sepanjang agihan durian runtuh.

Akibatnya, kredibiliti, reputasi dan nama baik plaintif telah tercemar teruk dan dibenci ramai sehingga membuatkan plaintif membuat laporan polis pada 7 Jun yang lalu.

Sehubungan dengan itu, melalui saman hari ini, plaintif menuntut ganti rugi am dan khas seperti mana ditaksirkan mahkamah, ganti rugi teruk, faedah lima peratus dan kos guaman.

Semua plaintif diwakili oleh peguam Mohd Harris Abdullah dari The Law Office of Mohd Harris.

Sementara itu Harris berkata, pihaknya akan menunggu untuk tindakan lanjut dalam tempoh 14 hari sama ada pihak defendan akan memfail mengenepikan saman atau meneruskan pebicaraan.

Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka (Anak) Mazlan Aliman turut hadir bersama kira-kira 50 peneroka menyokong tindakan saman ke atas Najib hari ini.

Mazlan berkata, jarang berlaku rakyat menyaman Perdana Menteri atas ungkapan bahasa yang kesat dan menghina jadi kes ini merupakan satu catatan sejarah, katanya.

Pakatan siap sedia, jangka PRU13 September

Posted: 07 Aug 2012 03:38 AM PDT

Muhammad Faizal,
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangkakan akan diadakan pada September akan datang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata isu pilihanraya turut dibincangkan pada pada  mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini, dan yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan menggunakan kesempatan hari Merdeka ini untuk mengumumkannya.

"Saya yakin Umno-Barisan Nasional akan mengambil kesempatan pada hari Kemerdekaan kali ini untuk memulihkan imej mereka," jelasnya pada sidang media di Pejabat PKR hari ini.

"Kita berkeyakinan ia akan diadakan pada September nanti dan paling lewat adalah pada bulan November. Segala perancangan telah kita aturkan sebaik mungkin," sambung beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menyatakan Umno-Barisan Nasional akan terus menggunakan skrip lama dengan memburuk-burukkan DAP dengan tanggapan negetif.

"Skrip lama akan terus digunakan, memburukkan DAP dengan pandangan-pandangan negetif bagi tujuan menakut-nakutkan pengundi Melayu.

"Mereka berharap tindakan tersebut akan memberi kesan undi kepada PAS dan PKR kerana pengundi Melayu akan beralih kepada mereka," jelasnya.

Menurutnya lagi, selain Umno dengan skrip lama, rakan mereka MCA juga akan menakut-nakutkan pengundi Cina dengan isu Hudud akan tidak menyokong Pakatan dan seterusnya memberikan gambaran yang buruk kepada PAS.

"Bagi mengatasi tomahan yang tidak berasas ini, kita diperingkat Pakatan telah merangka strategi untuk menangkis tomahan tersebut.

"Apa yang kita harapkan nanti rakyat akan tertumpu kepada agenda yang kita akan bawakan untuk kebaikan seluruh rakyat negara ini," sambungnya lagi.

Katanya lagi, Pakatan akan terus menfokuskan kepada rakyat tentang agenda besar yang telah dipersetujui bersama di dalam dasar Pakatan Rakyat.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen PKR.

Guan Eng: Pulau Pinang sumbang Chong Wei RM100,000

Posted: 07 Aug 2012 03:34 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Lee Chong Wei
Lee Chong Wei menunjukkan pingat perak yang dimenangi beliau pada temasya Sukan Olimpik. - Foto Bernam
 
 
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan beliau memperoleh pingat perak dalam dua temasya Olimpik berturut-turut.

AKAN MENYUSUL

PR ramal Najib panggil PRU bulan merdeka

Posted: 07 Aug 2012 03:31 AM PDT

Jamilah Hamzah

Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13


PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Kerajaan Pusat pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil kesempatan mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Najib akan mengumumkan tarikh PRU-13 dalam bulan kemerdekaan dan tariknya mungkin pada bulan September atau November.

Menurutnya, PR telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya ini walaupun tarikhnya masih menjadi keraguan semua pemimpin politik.

"Najib akan ambil kesempatan dengan Hari Kemerdekaan kali ini untuk memulihkan kembali imej dan umumkan tarikh PRU.

"Apa pun tarikh PRU kita (PR) telah bersedia untuk menghadapinya," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada akhir Jun lalu, ketika mengumumkan tema Hari Kemerdekaan 'Janji Ditepati', Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, Sarawak akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September manakala sambutan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Kuala Lumpur.

Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

"Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 September kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak," kata Rais.

Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dimulakan pada 11 Julai lalu.

Pada 15 Julai pula, Kementerian Belia dan Sukan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan belia di Menara Kembar Petronas.

Pada 17 Julai, Perdana Menter merasmikan program pengibaran Jalur Gemilang di Brickfields, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Baru dan pemimpin masyarakat Cina di Jalan Petaling secara serentak.

Syafik mahu buat filem Chong Wei

Posted: 07 Aug 2012 03:29 AM PDT

SHARIFAH NOR FAZLINA SYED BAKRI

Syafik mahu buat filem Chong Wei
Syafik Yusof bersama bapanya, Yusof Haslam (tengah) dan abangnya Syamsul.
 
 
SHAH ALAM - Syafik Yusof, pengarah termuda negara, melahirkan hasrat untuk menghasilkan filem yang mengisahkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Hasrat ini dilahirkan oleh Syafik kira-kira 1 tengah hari tadi menerusi Twitter.

"Memang pernah terfikir nak buat filem pasal Datuk Lee Chong Wei, tapi cuma idea sahaja, tiada perancangan serius," katanya.

Secara kebetulan Chong Wei yang menang pingat perak, yang kedua, dalam Sukan Olimpik London kelmarin, pulang ke tanah air dan diberi sambutan sebagai wira negara oleh peminat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Sementara itu ketika dihubungi Sinar Harian Online, Syafik, 19 berkata, beliau memang pernah terfikir untuk menghasilkan filem kisah Chong Wei, namun masih belum mempunyai perancangan yang serius.

"Memang benar saya terfikir untuk memberi satu kelainan dalam industri perfileman tahah air kita yang berkisarkan kisah seorang jaguh sukan negara.

"Sekiranya sudah sampai masa untuk saya mengarah filem ini, mungkin saya akan lebih memfokus tentang pengalaman hidup Datuk Lee Chong Wei.

"Gaya penceritaan juga akan berkisarkan cabaran yang ditempuhi oleh beliau bermula dari beliau menceburi sukan badminton semasa kecil sehinggalah beliau menjadi seorang jaguh sukan badminton yang disanjungi oleh orang ramai," jelas Syafik yang telah menghasilkan filem berjudul SAM, yang akan ditayangkan sempena Aidilfitri bulan ini.

Apabila ditanya tentang perkembangan aktiviti sepangjang Ramadan ini, Syafik yang merupakan anak bongsu pengarah filem terkenal negara Yusof Haslam berkata,  berkata, beliau sedang sibuk mengarahkan drama KL Drif yang akan disiarkan di TV1 sebanyak 26 episod selepas raya nanti.

Drama ini turut dibintangi oleh barisan pelakon terkenal seperti Aaron Aziz, Norman Hakim, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah.

Noryn Aziz pula berhijrah

Posted: 06 Aug 2012 05:10 PM PDT

Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir,
KOTA BHARU: Artis jelita berlesung pipit, Noryn Aziz memeriahkan majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2012.

(Noryn dengan Datin Tuan Sabariah)


Majlis berkenaan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10, pagi semalam.

Noryn yang hadir bersama suami, Raja Datuk Kamarul Bahrin Ahmad Shah, menjadi tumpuan tetamu jemputan serta penerima sumbangan aidilfitri anjuran Badan Kebajikan Isteri Wakilrakyat dan kakitantan kerajaan Kelantan (Purnama).

Sebanyak RM20,000 peruntukkan dikeluarkan untuk membiayai sumbangan kepada 445 golongan dhaif, armalah, anak yatim di 45 Dun seluruh Kelantan.

Sumbangan berkenaan disampaikan Pengerusi Purnama yang juga isteri Menteri Besar Kelantan,  Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan isteri-isteri wakil rakyat di peringkat Dun.

Hadir sama isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Siti Zabidah Abdul Hamid, serta isteri-isteri anggota exco kerajaan negeri.

Tuan Sabariah ketika berucap pada majlis itu menyeru golongan wanita khususnya memperbanyakkan amalan baik sepanjang Ramadhan ini.

Beliau turut mengingatkan mereka supaya tidak leka dengan urusan dunia seperti menyiapkan keperluan berbuka puasa atau hari raya sedangkan lupa tanggungjawab sebenar.

"Apa yang penting kita tidak berbelanja boros,"ujarnya.

Kagum dengan Tok Guru



(Bergambar kenangan dengan AJK Purnama)

Sementara itu, Noryn ketika ditemui selepas majlis itu melahirkan rasa terkejut kerana beliau diundang oleh isteri wakilrakyat dari Kelantan.

"Memang Noryn terkejut dan tak sangka, lepas tu tanya pendapat suami, Alhamdulillah dia setuju menerima jemputan ini.

"Lagipun Noryn memang kagum dengan Tok Guru Nik Aziz, antara salah satu sebab Noryn berhijrah kerana membaca buku agama tulisan Tok Guru, iaitu berkaitan hidayah,"ujarnya.

Terdahulu ketika berucap pada malis itu, beliau menyeru masyarakat di negara ini seluruhnya supaya mendoakan 'penghijrahannya'.

"Noryn lakukan ini untuk kebaikan diri Noryn sendiri, suami dan keluarga,"ujarnya.

P Pinang naik bantuan miskin tegar ke RM600

Posted: 06 Aug 2012 05:07 PM PDT

Mohd Sabri Said,

(Lim Guan Eng menyerahkan bantuan kepada seorang waris warga emas)

 
TASEK GELUGOR: Kerajaan negeri Pulau Pinang menaikkan paras miskin tegar di negeri itu ke RM600 berbanding RM500 sebelum ini.

Dengan paras baru ini, kerajaan negeri akan menampung kewangan keluarga berkenaan sehinggalah menjadi RM600 bagi mengeluarkan  mereka dari miskin tegar berbanding RM500 sebelum ini.

"Contohnya keluarga yang mempunyai isi rumah berpendapatan RM400 sebulan, Kerajaan Pakatan Rakyat akan memberikan RM200 lagi sebagai tambahan untuk mengeluarkan mereka daripada paras kemiskinan tegar.

"Mana ada Kerajaan Barisan Nasional (BN) buat bantu melainkan mengaut memenuhi kantong mereka sendiri, " kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggal Daerah Seberang Perai Utara di Dewan Besar Sungai Dua baru-baru ini.

Turut hadir dalam program itu tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Lim Hock Seng dan Phee Boon Poh, Adun Bagan Dalam, Tanasekharan, Pegawai Daerah SPU,Haji Jasni Haji Ismail dan semua penyelaras Dun peringkat Seberang Perai Utara.

Dalam ucapannya juga, Lim Guan Eng mempersoalkan apa makna kemerdekaan Malaysia sedangkan rakyat hidup sengsara dicengkam kemiskinan dalam sebuah negara yang kaya hasil buminya.

Menurut beliau, Malaysia sebuah negara yang kaya tidak sepatutnya mempunyai ramai rakyat miskin terutamanya negeri Trengganu yang penuh dengan minyak dan Sarawak yang banyak kayu kayan yang bermutu tinggi.

"Apa maknanya sambutan kemerdekaan bagi rakyat walhal mereka tetap hidup melarat, senggsara dan berada di paras kemiskinan setiap masa sedangkan Malaysia mempunyai kekayaan yang melimpah ruah.  Sebagai rakyat mereka patut sedar di mana perginya keuntungan hasil keluaran harta negara, " tegasnya.

Justeru itu, untuk mengatasi masalah terbut Pulau Pinang berjaya sebagai negeri pertama melaksanakan Program Miskin Tegar demi menyelamatkan golongan yang selama ini berada di paras terlalu miskin.

Kerajaan Pakatan Rakyat ada beberapa cadangan lagi untuk membebaskan rakyat yang selama ini miskin tidak dapat merasai kenikmatan hidup berada dalam sebuah negara maju dan kaya namun cadangan tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.

Sewajarnya sambutan kemerdekaan yang ke 55 turut dikongsi bersama rakyat bukan terus menindas dengan pelbagai akta, harga barangan, petrolium dan sebagainya.

Bahkan sampai saat ini sambungnya, Kerajaan Persekutuan masih belum memberikan bantuan kepada Kerajaan Negeri hasil kememangan rakyat pada 2008 sebaliknya menyalurkan kepada wakil Kerajaan Pusat yang ada di negeri ini.

Akibatnya, wujud penyalahgunaan kuasa, projek kroni dan seumpamanya.  Yang mana akhirnya menjahamkan negara sendiri.

"Saya akui amat susah jika tiada bantuan dari Kerajaan Persekutuan untuk memajukan pembangunan.  Tetapi nak buat macamana Kerajaan Persekutuan tidak berikan.

"Maka, sebab itulah Kerajaan Pakatan Rakyat kena cari alterenatif lain untuk memajukan negeri dan meningkatkan sosio ekonomi rakyat agar jauh dari jurang antara kaya dan miskin, " katanya.

Saya sokong Islam - Farah Asyikin

Posted: 06 Aug 2012 05:00 PM PDT

Salmiyah Harun,

GOMBAK: Sejak akhir-akhir ini kisah penghijrahan artis menjadi topik hangat di kalangan masyarakat.

Hal ini kerana, hampir setiap bulan timbulnya kisah-kisah artis yang melakukan penghijrahan ini.

Bagaimanapun, penghjirahan artis pada hari ini disalahertikan oleh sesetengah pihak apabila mula memberi persepsi, mereka cenderung ke arah parti politik.

Sehinggakan, soalan yang pertama diajukan kepada artis yang pernah merangkul anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008, Farah Asyikin (gambar), "sokong apa?" apabila melihat beliau sudah berhijab.

Farah Asyikin yang mendapat hidayah di usia yang masih muda, 33, pantas menjawab "saya sokong Islam" apabila diajukan soalan sedemikian.

"Cukuplah saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak sokong Islam," katanya dalam wacana Hiburan Anak Muda di Seminar Prof Zulkifli Mohammad Membangun Negara Berkebajikan, KUIZM Taman Melewar semalam.

Farah yang pertama kali menyertai progam anjuran PAS pada hari itu begitu teruja dan tidak menolak akan memenuhi pogram-program seperti itu lagi selepas ini.

Ketika ditanya, tidakkah Farah bimbang dengan penghijrahanya itu akan mengundang persepsi beliau pula menyokong PAS?

"Mereka yang nak 'join' parti, terpulang pada mereka, paling kurang parti yang baik. Itu kehendak mereka. Hak individu. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, saya masih baru.  Bagi saya, saya suka Islam,"ujarnya pula ketika ditemui di akhir program itu.

Bagaimanapun, beliau dengan rasa rendah diri mengakui masih bertatih dan sedang memperkukuhkan penghijrahannya dengan menimba ilmu-ilmu keagamaan daripada beberapa ustaz terkenal termasuklah Azhar Idrus.

Detik-detik penghijrahan

Menceritakan detik-detik bagaimana beliau memilih destinasi sebagaimana hari ini ianya memberi pengalaman dan pengajaran yang mungkin tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

11 tahun keluar masuk dalam dunia hiburan bermula di awal usia 19 tahun Farah tidak pernah terfikir kesan baik buruk penglibatannya dalam dunia hiburan.

Rupa-rupanya, Farah baru menyedari apabila mula terlibat dalam dunia hiburan bukan banyak ke arah kebaikan sebaliknya ia banyak melalaikan dan
menghanyutkan dirinya.

"Walaupun, Farah mempunyai latar belakang keluarga yang kukuh ajaran Islam tetapi terabai juga," katanya.

Malah beliau pernah diboikot di kalangan rakan artis apabila beliau bersolat dan melambat-lambatkan 'make-up' ketika pertandingan Malaysian Idol musim ke-2.

Tanggal 12.2.2012 satu tarikh yang masih tersemat di dalam jiwa Farah apabila beliau seperti diberi 'magic' dari Allah SWT.

"Waktu itu saya tengah memandu, di cemin depan saya nampak imbasan dan balasan-balasan dosa lampau yang cukup menginsafkan. Gambaran itu datang sepintas lalu.

"Saya mula mengigil dan menangis. Saya ingat saya nak mati, pada masa itu juga saya minta ampun daripada Allah supaya memberi peluang untuk saya betulkan iman dalam jiwa saya. Akhirnya saya nekad melakukan taubat nasuha," ujarnya dengan linangan air mata.

Peristiwa itu tidak berhenti disitu, beliau diuji lagi dengan kebesaran dan kekuasaan Allah apabila ketika mula menadah tangan memohon keampunan hujan selebat-lebatnya turun, tetapi berhenti sebaik sahaja beliau mengaminkan doa.

"Saya menangis ketakutan ketika menunaikan solat sunat taubat. Takut dengan azab Allah dan diri sendiri yang hina, kerdil di sisi Allah. Betapa selama 33 tahun saya tidak menjalani kehidupan yang sebenar dituntut Islam," katanya.

Sebelum kejadian itu, beliau sudah mendapat petanda dan membuatkan beliau tertanya-tanya apa akan terjadi padanya, adakah sudah sampai ajalnya.

Farah turut melihat gambaran beliau berada di dalam api yang marak dan rambutnya dibakar di cermin, ketika beliau hendak menyarungkan 'skirt' pendek untuk menghadiri satu majlis.

Bagaimanapun, Farah bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana  diberi hidayah sewaktu usia muda. Kurniaan itu boleh umpama perkara ajaib yang membuatkan hidupnya begitu tenang.

"Saya juga tak menyesal korbankan apa saja milik saya di dunia kepada Maha Pencipta. Saya yakin bahawa pengorbanan yang tak seberapa itu pasti dibalas dengan rezeki berlipat kali ganda," katanya.

Kini, beliau bergelar guru perbahasan dan drama di Sekolah Sri Cempaka, Bukit Damansara Kuala Lumpur sejak 17 Mac lalu adalah satu tanggungjawab baru buat dirinya.

Penyanyi lagu 'Berpisah Untuk Setia' ini juga cukup teruja bercerita tentang keletah anak murid yang semakin manja dengannya setelah mengetahui dia adalah penyanyi tempatan.

Selepas zalimi pelajar, Umno tabur pula fitnah

Posted: 06 Aug 2012 04:56 PM PDT

Buletinonline.net,


(Nasrudin dengan ditemani Mohd Nor memberikan sumbangan)

KUALA TERENGGANU: Setelah menamatkan pinjaman sembilan orang mahasiswa Mesir dengan zalim, Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu didakwa menabur fitnah dan mengelirukan rakyat.

Pada 18 Mac, sebuah akhbar tempatan melaporkan kerajaan Negeri membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam mahasiswa lelaki yang 'kononnya' didapati bersalah kerana terlibat dalam demostrasi.

Keenam-enam mahasiswa yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu dijatuhkan hukuman bersalah hanya kerana beberapa keping gambar memakai baju Bersih, 'tanpa dipanggil untuk dibicarakan dan diberi peluang untuk membela diri'.

Tindakan menghukum pelajar tersebut ekoran perisytiharan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mengharam kan Bersih.

Sebaliknya mahkamah pada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang mengatakan Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) sebagai sebuah pertubuhan haram.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya berkata kenyataan Menteri Dalam Negeri itu tidak masuk akal kerana setelah menggelarkan gabungan itu sebagai pertubuhan haram pada 1 Julai tahun lalu, kemudiannya membiarkan pertubuhan itu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai tahun sama.

Justeru sepatutnya penamatan pinjaman yang diputuskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Terengganu  'terbatal' kerana demonstrasi BERSIH adalah tidak salah di sisi undang-undang.

Sehubungan itu, pada 30 Julai lalu, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah  telah menggesa Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said, Kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu supaya menyambung semula pinjaman pelajaran yang telah ditamatkan ke atas sembilan orang mahasiswa yang sedang menuntut di negara Mesir

Beliau berkata, keputusan kerajaan menamatkan pinjaman tersebut adalah berdasarkan gambar yang menunjukkan mahasiswa itu terbabit dengan Himpunan Aman Bersih yang dituduh  sebagai 'haram dan kotor'.

Namun begitu, Umno-BN Terengganu telah 'menangguk di air yang keruh' dengan mempolitikkan tindakan salah seorang mahasiswa, Muhamad Hasyim yang membuat rayuan bagi mendapatkan semula hak beliau yang telah dinafikan Yayasan Terengganu.

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dalam kenyaataannya semalam telah melahirkan sekali lagi rasa simpati kepada sembilan mahasiswa yang menjadi mangsa penamatan pinjaman oleh Yayasan Terengganu itu.

Sejak dari awal kes penamatan pinjaman tersebut, PAS berusaha pelbagai cara bagi mengembali kan hak mahasiswa terbabit untuk melanjutkan pelajaran.

Menurut Setiausaha DPPNT, Zaidan Abdullah, PAS tidak pernah menghalang mana-mana dari sembilan mahasiswa tersebut untuk membuat rayuan kepada pihak yang menamatkan pinjaman itu.

[Gambar - beberapa majlis yang diadakan oleh DPPNT menyampaikan sumbangan kepada bapa pelajar mangsa kezaliman Umno-BN Terengganu yang diadakan sejak program Pintas Pemuda di Manir pada Mac 2012]

Bahkan kata Zaidan, dalam beberapa perjumpaan dan pemberian sumbangan kepada bapa mahasiswa yang menjadi mangsa kezaliman Umno-BN Terengganu, bapa Muhamad Hasyim, Che Ngah telah memaklumkan bahawa beliau akan meminta anaknya membuat rayuan.

Bayangkanlah, dimanakah seorang bapa seperti Che Ngah berupaya mendapatkan baki lebih RM100,000 bagi mengongkosi perbelanjaan Muhamad Hasyim yang menuntut dalam jurusan perubatan.

Menurut laporan, sebanyak RM170,000 daripada RM RM301,144 telah dibelanjakan bagi Muhamad Hasyim menamatkan pengajian perubatannya.

Namun begitu, tanpa rasa kemanusiaan dan belas kasihan, Umno-BN memanipulasikan perjumpaan Muhamad Hasyim Che Ngah dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada 3 Ogos lalu.

Akhbar-akhbar dan media Umno-BN tidak segan silu menjadikan 'kesukaran dan kepayahan' Muhamad Hasyim sebagai modal politik menyokong tindakan zalim Umno-BN.

Tidak cukup sekadar itu, secepat kilat pula 'blog-blog' upahan Umno-BN membuat fitnah, kononnya PAS tidak menyampaikan derma sumbangan orang ramai kepada mahasiswa terbabit.

Sedangkan menurut Zaidan, sumbangan sebanyak RM3,500 kepada setiap mahasiswa telah pun diserahkan melalui keluarga masing-masing secara berperingkat.

"Muhamad Hasyim tidak tahu, ayahnya Che Ngah tidak memberitahu beliau kerana Muhamad Hasyim berada di Mesir,"kata Zaidan.

Menurutnya, DPPNT masih terus berusaha bagi mendapatkan sumbangan pelbagai pihak bagi disalurkan kepada pelajar-pelajar terbabit. InsyaAllah, di hujung Ramadhan ini sebanyak RM1000 lagi akan diserahkan bagi meringankan beban mereka.

Justeru, katanya, sumbangan terhadap pelajar terbabit boleh dilakukan melalui akaun MAYBANK ISLAMIC bernombor 5630 6411 3873 atas nama DANA TA'AWUN DPPNT.

Kes NFC bermula, Shahrizat beri keterangan

Posted: 06 Aug 2012 04:53 PM PDT

Muhammad Faizal,
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mula mendengar kes saman bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

(Rafizi dan Zuraidah ketika bercakap kepada media selepas perbicaraan)

Perbicaraan yang bermula hari ini telah mendengar keterangan dari Shahrizat berhubung dakwaan kontroversi beliau dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Shahrizat dalam keterangannya sebagai saksi utama berkata beliau tidak mempunyai sebarang jawatan dalam NFC Holding dan tidak tahupun suaminya membida projek itu.

Hakim, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan pada 10 Ogos ini bagi sambungan perbicaraan setelah mendengar keterangan dari Shahrizat berhubungan dakwaan pembabitan beliau dalam skandal NFC.

Kes saman RM100 juta ini dikemukakan oleh Shahrizat berhubung penyelewengan projek kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang telah didedahkan oleh kedua-dua pemimpin dari PKR itu.

Sementara itu, Rafizi yang ditemui selepas perbicaraan menyatakan keterangan yang dilakukan oleh Shahrizat hari ini sudah dijangkakan dan tidak mengejutkan beliau.

"Kita telah nenjangkakan keterangan yang beliau berikan hari dan ia tidak mengejutkan kita.

"Kita tunggu pada Jumaat ini bagi memulakan soal balas dari pihak peguam berhubung keterangan yang dilakukan nanti," jelasnya.

Tambah Rafizi lagi, kenyataan yang diberikan oleh Shahrizat hari ini menunjukkan beliau dan Zuraida adalah pemilik kepada media di negara ini yang boleh mempengaruhi seluruh rakyat Malaysia.

"Gambaran yang diberikan olehnya menunjukkan kami berdua telah berjaya mempengaruhi rakyat di negara ini melalui sebaran media.

"Seolah-olah kami ini pemilik Utusan Malaysia ataupun TV3, begitu jauh andaian yang diberikan olehnya," sambungnya.

Dalam pada itu, Zuraida memberitahu keterangan Shahrizat hari ini lebih kepada latar belakang beliau bagi menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin yang baik.

"Penceritaan latar belakang yang kemas dan apa yang kita harapkan penceritaan yang kemas ini mempunyai keputusan sebaliknya," kata Zuraida.

Pihak defenden, Rafizi diwakili Peguam, Ranjit Singh manakala Zuraida pula diwakili oleh Razlan Hadri.

Shafie Abdullah pula bertindak sebagai peguam yang mewakili Shahrizat sebagai plantif.

Sebelum itu pada 19 Januari yang lalu Shahrizat telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa, Zuraida dan Rafizi telah memfitnah dan memburuk-burukkan beliau berhubung projek NFC.

Namun pada 9 Mac pula, Rafizi dan Zuraida telah memfailkan saman balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung satu ucapan didakwa "berbau fitnah" yang diujarkan bekas menteri tersebut.

Sementara itu turut hadir memberi sokongan adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan juga beberapa exco Kerajaan Negeri Selangor.

Kamar mahkamah hari ini dipenuhi dengan penyokong PKR yang turut hadir dalam memberi sokongan.

Menteri kempen politik guna pos kerajaan

Posted: 06 Aug 2012 04:47 PM PDT

Khairil Abdul Rahim,
KUALA LUMPUR: Sebuah blog mendedahkan Menteri Pengajian Tinggi (KPT) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menggunakan dana kerajaan untuk tujuan kempen politik dengan mensasarkan pengundi di parlimennya.
(Sampul surat yang digunakan Khaled untuk kempen)

Blog Era Pasca mendakwa Ahli Parlimen Pasir Gudang itu telah menggunakan sampul surat rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dibayar kerajaan dengan setem RM0.70 untuk menghantar surat rayuan kepada graduan yang bakal mengundi di Parlimen Pasir Gudang.

Graduan-graduan tersebut adalah pengundi baru yang telah didaftarkan di Kawasan Parlimen Pasir Gudang.

Dalam surat rayuannya itu Khaled telah merayu pengundi pertama kali itu agar mengundi BN pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang ini dengan propaganda hanya BN boleh membawa negara ke tahap tertinggi.

Tidak cukup dengan itu, surat berstatus 'Seri Paduka Baginda' yang dipos dari pejabat menteri tersebut di Johor Bahru itu dilampirkan dengan risalah sebagai tarikan untuk mereka datang ke Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012 yang akan diadakan di Pasir Gudang.

(Surat Khaled untuk pengundi kali pertama di kawasannya menggunakan stem kerajaan)

Blog tersebut menyebut, dari segi logik akal graduan-graduan terbabit akan datang ke karnival berkenaan bukan kerana menyokong BN tetapi untuk memantau peluang dan prospek kerjaya yang dipamerkan.

Serentak dengan itu Umno didakwa dalam keadaan amat terdesak sehingga terpaksa menggunakan pelbagai cara bagi tujuan kempen masing-masing.

Apa yang dikhuatirkan ialah pemimpin Umno daripada pelbagai peringkat sentiasa menganggap harta kerajaan sebagai harta milik Umno sedangkan tindakan tersebut merupakan penyalahgunaan hak awam dan boleh menjadi ikutan pemimpin parti itu di peringkat bawahan.

Selangor belum putus bubar Dun serentak - MB

Posted: 06 Aug 2012 04:44 PM PDT

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor hanya akan membuat keputusan sama ada membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) serentak atau berasingan dengan Kerajaan Persekutuan, selepas menilai keberkesanan Program Pengukuhan Demokrasi yang dijalankan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Program Pengukuhan Demokrasi itu kini masih berjalan di seluruh Dun di negeri ini dan sebahagiannya telah selesai.

"Sebab utama kita belum buat keputusan (bubar DUN serentak atau tidak) kerana kita mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih SPR benar-benar bersih dan sebab itu juga kita wujudkan Program Pengukuhan Demokrasi ini," ujarnya.

"Setakat ini 29 daripada 56 DUN sudah kita terima maklumat selepas terlibat dengan Program Pengukuhan Demokrasi, manakala bakinya belum lagi," katanya kepada Keadilandaily.

Sehubungan itu kata Khalid, mesyuarat khas mengenainya akan diadakan pada 17 Ogos ini bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan kumpulan berkaitan.

Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.

Selangor sebelum ini mengesan pertambahan pengundi baru dengan jumlah yang sangat luar biasa dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu merampas negeri itu pada PRU-13 akan datang.

Kerajaan negeri juga sebelum ini melancarkan program Selangorku Bersih dalam usaha menjejak pengundi baru tersebut dan masih berjalan sehingga hari ini.

"Kita juga sedang meneliti dengan penuh minat penambahan dan pendaftaran pengundi baru seramai 490,000 orang di negeri ini," kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak..

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya mengulas mengenai kemungkinan Parlimen dibubar antara September hingga November tahun ini.

Noh tidak layak soal wang rakyat

Posted: 06 Aug 2012 04:42 PM PDT

JANATUL FIRDAUS YAACOB

Dr Yaakob Sapari
 
 
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri menafikan dakwaan Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang kononnya menyalahgunakan wang rakyat untuk membiayai kos guaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari,  berkata, dana itu diperoleh menerusi peruntukan Geran Selangorku bernilai RM5 juta bagi Program Pembasmian Rasuah dan Penyelewengan.

"Noh tidak layak bicara soal wang rakyat kerana beliau sendiri tidak mampu menyelamatkan penyelewengan dana Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) berjumlah RM250 juta oleh pemimpin Umno-BN," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurutnya, sejak kepincangan itu didedahkan, beliau selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh  tidak mengambil sebarang tindakan bagi mendapatkan semula wang rakyat yang telah  disalahgunakan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Salleh.

"Selaku Menteri, Noh gagal menunaikan tanggungjawab berkhidmat dan menjaga amanah rakyat termasuk memastikan tiada penyelewengan melibatkan dana kerajaan.

"Walaupun pinjaman RM250 juta diluluskan sebelum Noh memegang kementerian itu, beliau sepatutnya ambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil mengembalikan semula dana itu kepada kerajaan," katanya.

Yaakob berkata, Geran Selangorku sememangnya diperuntukkan untuk kegunaan rakyat antaranya, Pengenalan Gaji Minima, Program Memperkasakan Wanita, Pembinaan Infrastruktur Sukan, Pembaikan Infrastruktur dan Program Pengukuhan Demokrasi.

"Bantuan yang disalurkan Kerajaan Negeri bukan untuk membantu kroni, sebaliknya sebagai sokongan terhadap usaha dan keberanian Rafizi mendedahkan kepincangan pengurusan dana rakyat.

"Rafizi adalah mangsa ketidakadilan sistem di negara ini apabila pelapor kes rasuah dan penyelewengan dilayan seperti pengganas dengan tangannya digari ketika dibawa ke mahkamah manakala suspek rasuah pula diberi layanan VIP.

"Rakyat Selangor dan Malaysia dapat menilai ketidakadilan yang berlaku di bawah pemerintahan Umno-BN.

"Kita yakin  bahawa penilaian ini akan membawa kepada perubahan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) akan datang," katanya.

Geran Tanah Taman Murni – MB

Posted: 06 Aug 2012 04:36 PM PDT





SEPANG : Lebih 100 penduduk sebuah taman di sini menarik nafas lega apabila masalah hakmilik rumah mereka telah diselesaikan dengan pertolongan Kerajaan Selangor.

Rasa gembira terpapar di wajah 114 penduduk Taman Murni apabila mereka mendapat dokumen hak milik individu bagi rumah mereka daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid hari ini.

Salah seorang penerima, S. Rajah, 55 melahirkan rasa terharu dan terima kasih ke atas pentadbiran Kerajaan Negeri yang dilihat cemerlang dalam tempoh empat tahun pentadbirannya.

"Lebih 10 tahun kami turun naik pejabat tanah namun tiada sebarang berita gembira berjaya kami perolehi daripada kerajaan sebelum ini.



"Berbeza dengan Pakatan Rakyat, kami dapat lihat kesungguhan Kerajaan Negeri membela rakyat tanpa kaum dan agama dan saya yakin rakyat Sepang pasti akan buka mata kali ini" jelasnya dengan penuh semangat.

Kawasan perumahan yang berusia lebih 20 tahun itu diusahakan pemaju tanpa sebarang permohonan pecahan tanah untuk penduduk dan ini menimbulkan pelbagai isu berkaitan hak milik.

Kerana itu, walaupun penduduk dapat menduduki rumah, mereka tidak dapat dokumen hak milik terhadap rumah itu.

Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri berusaha menyelesaikan masalah ini bagi membolehkan penduduk memperoleh dokumen hak milik yang sepatutnya menjadi hak mereka.

"Sehingga kini lebih 60 peratus penduduk berjaya mendapatkan geran dan kita yakin jumlah ini akan menjadi 100 peratus dalam masa sebulan dua," ujar Abdul Khalid.

Turut hadir Exco Negeri, Ronnie Liu, Adun Teratai, Jenice Lee, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Mohd Sayuthi Bakar serta Ahli-ahli Majlis MPS.

Dalam majlis sama juga, Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa Dua kepada 29 penerima bagi DUN Sungai Pelek.

536 Asnaf di Klang Terima Sumbangan Aidilfitri

Posted: 06 Aug 2012 04:34 PM PDT





KLANG: Seramai 536 orang asnaf terdiri daripada fakir, miskin, muallaf dan anak-anak yatim menerima sumbangan Aidilfitri oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) di satu majlis Masjid Ar-Rahman, Pandamaran Jaya, Klang semalam.

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan itu di Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan sambutan Nuzul Quran peringkat negeri Selangor.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi, Exco dan Adun-Adun Selangor, Ketua Jabatan peringkat negeri dan daerah.

Pada majlis itu, seramai 125 orang fakir, 125 orang miskin, 140 orang muallaf menerima RM400 dan 146 anak yatim di sekitar Klang menerima RM100.

Sementara itu, Pegawai Daerah Klang, Datuk Bahtiar Husin, berkata, masjid, surau dan sekolah di sekitar Klang menganjurkan berbagai aktiviti yang menarik sepanjang Ramadan seperti tadarus Al-Quran dan solat Terawih.

Murtad: Tindak ke atas pelancong, kata Jamil

Posted: 06 Aug 2012 04:30 PM PDT

SINAR HARIAN

 Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom
 
 
KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menggesa pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bertindak sewajarnya dengan segera ke atas pelancong asing yang dikatakan cuba memurtadkan umat Islam di negeri itu.

Beliau berkata segala gerakan, ajaran dan tarikan yang bersifat memesongkan akidah terhadap agama Islam adalah salah, namun tindakan perlu mengikut peruntukan dan undang-undang Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

"Jadi kita minta mereka (Majlis Agama Islam Pulau Pinang) menjalankan tugas dan tanggungjawab...untuk hal seperti ini, ianya tidak boleh dibiarkan berlaku begitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan skim biasiswa insentif khas pelajar cemerlang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) ke luar negara, di sini.

Khamis lepas, sebuah akhbar melaporkan cubaan dua lelaki Eropah yang dikatakan menyampaikan ajaran agama mereka kepada orang ramai di sekitar Pulau Pinang ketika umat Islam bersiap sedia untuk berbuka puasa.

Terdahulu dalam ucapan di majlis tersebut, Jamil Khir yang juga pengerusi Maiwp berkata pihak majlis itu memperuntukkan RM9.04 juta bagi membiayai pengajian 30 orang pelajar jurusan perubatan dan lapan dalam jurusan pengajian agama di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau berkata bagi setiap pelajar perubatan, jumlah keseluruhan yang ditaja ialah RM283,200 iaitu RM47,200 bagi setiap tahun selama enam tahun, manakala bagi pelajar pengajian Islam RM17,000 setahun selama empat tahun.

Jamil Khir menasihati kira-kira 11,000 pelajar di pelbagai institusi pendidikan tinggi di Mesir termasuk pelajar penerima hari ini supaya tidak melibatkan diri dengan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pengajian mereka.

"Kita harap mereka pandai menjaga diri dan mengambil langkah ke arah mencari ilmu. Dibimbangkan nanti ada yang terpaksa menangguh dan mengulang pelajaran, ada yang berbelas-belas tahun (belajar) tetapi masih belum tamat," katanya. - Bernama

JPJ tahan lelaki guna 'lesen terbang' sejak 7 tahun

Posted: 06 Aug 2012 04:26 PM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal yang menggunakan lesen palsu sejak tujuh tahun lalu adalah antara yang ditahan dalam operasi pra perayaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini, malam tadi.
  
Lelaki berusia 28 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Man mendakwa bahawa dia sama sekali tidak menyedari bahawa lesen yang dipegangnya sejak 2005 itu adalah palsu kerana lesen itu diperoleh daripada sekolah belajar memandu.
  
"Saya memang tidak tahu itu lesen palsu sebab saya dapat daripada pihak pusat belajar memandu tempat saya ambil lesen. Kalau saya tahu itu lesen palsu buat apa saya biarkan.
  
"Lagi pun sejak saya dapat lesen tu, sudah tiga kali saya perbaharui tempoh sah di pejabat pos dan tidak timbul masalah semasa proses pembaharuan," katanya yang turut didapati memegang kad pengenalan palsu.
  
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah JPJ Malaysia Datuk Ismail Ahmad berkata operasi hampir dua jam membabitkan 70 anggota JPJ Wilayah Persekutuan dan Unit Kuatkuasa Trafik Kuala Lumpur itu memeriksa lebih 500 kenderaan dengan 50 buah motosikal disita.
  
Beliau berkata turut ditahan ialah seorang lelaki berumur 25 tahun yang tidak memiliki lesen memandu selain dikenal pasti sebagai individu yang dikehendaki bersabit kes dadah.
  
Ismail berkata operasi itu memberi tumpuan kepada penunggang motosikal sempena Hari Raya memandangkan penunggang motosikal merupakan penyumbang utama dalam statistik kemalangan maut pada 2011.
  
"Daripada 6877 kes kemalangan maut tahun lepas, 60 peratus daripadanya membabitkan pengguna motosikal. Atas faktor itu, operasi untuk tahun kita bagi tumpuan kepada pengguna motosikal yang mana operasinya akan dijalankan secara berterusan sehingga selepas perayaan," katanya.
  
Beliau berkata sebanyak 79 saman JPJ dan 50 saman trafik dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi yang dijalankan bermula pukul 9 malam itu.
  
"Antaranya tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan tamat temph dan nombor pendaftaran tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan," katanya. - Bernama

Kerajaan Selangor Ambil Alih Hutang Unisel RM 15 juta

Posted: 06 Aug 2012 04:19 PM PDT





KUALA SELANGOR : Kerajaan Selangor sedang dalam proses mengambilalih hutang yang ditanggung Universiti Selangor (Unisel) sebanyak RM 15 juta bagi membebaskan beban kewangan universiti tersebut.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri mengambil keputusan itu selepas mendapati Unisel tidak memiliki modal yang cukup serta tidak berupaya membayar hutang tersebut.

Beliau berkata, salah satu daripada masalah Unisel ialah modalnya tidak cukup untuk membiayai kos seperti pembinaan kampus berjumlah RM 600 juta dan asrama, RM 200 juta.

Menurutnya, hutang tersebut kini diambilalih Kerajaan Negeri dan tanggungan Unisel akan berkurangan dan universiti tersebut boleh mula mendapat keuntungan dari pendapatan.

"Sebabnya masalah ini berlaku bila masa pembinaan Unisel dulu Kerajaan Negeri terdahulu (Umno-BN) tidak memasukkan dana untuk menyelesaikan hutang tersebut.

Sebab itu ia berhutang dan pendapatan Unisel tidak cukup untuk membayar segala hutang itu.

Pendapatannya hanya cukup untuk membiayai gaji petugas seperti profesor, guru dan kaitangan lain selain membiayai pentadbiran asrama tetapi tidak cukup untuk perbelanjaan membuat asrama.

Ia bukan sedikit kerana kosnya RM200 juta dan pembinaan kampus RM600 juta.

"Oleh sebab itu saya berpendapat kita jangan bebankan universiti untuk membiayai perkara ini tetapi diambilalih Kerajaan Negeri. Keputusan ini dibuat selepas 2008.

Kalau tidak dulu semua perbelanjaan itu ditanggung Unisel maka itu sebab Unisel teruk. Sekarang kita kena ambilalih hutang itu tetapi ada prosesnya kerana Unisel terhutang dengan bank.

Kita sedang buat segala dokumen dan jaminannya untuk perkara itu," katanya dalam sidang media selepas perasmian Program Tadarus dan Tadabbur Perdana peringkat Negeri Seangor 1433H di sini hari ini.

Berhubung dakwaan Unisel berhutang dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) hampir RM15 juta, Abdul Khalid berkata, berdasarkan prosedur undang-undang, hutang tersebut perlu dibayar.

Akan tetapi Kerajaan Negeri akan meneliti kembali perjanjian antara syarikat tersebut dengan Unisel bagi memastikan tiada syarat-syarat yang berat sebelah.

Misalnya, mengikut perjanjian tersebut, pelajar-pelajar yang tidak menduduki asrama yang dibina JNSB perlu membayar nilai sewa bilik mereka.

Abdul Khalid menambah, laporan audit Unisel juga memakan masa untuk dibentang berikutan penyata kewangan tidak diaudit atau didedahkan sejak lima tahun lalu.

"Saya sudah arahkan pihak akauntan untuk menyemak dan mengkaji semula segala-galanya sehingga betul dan lengkap.

Dia sedang melakukannya dengan merujuk kepada dokumen dan buku akaun lama dalam beberapa tahun lepas maka ia mengambil sedkit masa," katanya.

Dalam laporan media hari ini, Unisel didakwa berhutang hampir RM15 juta dengan JNSB yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor.


Tiada ulasan: