Selasa, 7 Ogos 2012

Biaqpila

Biaqpila


Anak Lembu Mirip Manusia

Posted: 07 Aug 2012 05:00 AM PDT



Desa Nyakaban Timur, Kecamatan Batang-Batang Sumenep, Madura dihebohkan dengan lahirnya anak lembu yang mirip manusia. Anak lembu itu lahir tanpa bulu dan mirip kulit bayi.

Kepala dan muka bayi pun bulat mirip manusia, bahkan dua kaki depan posisinya seperti lengan manusia. Anak lembu ini lahir tidak normal dan ketika lahir mempunyai berat 2 kg dan panjang 50 cm.

Namun sayangnya, anak lembu ini hanya mampu bertahan hidup selama 17 minit. Uniknya, sang pemilik, Rasuki, mengaku akan menguburkannya seperti manusia dengan memberi kain kafan.

Rasuki menjelaskan selama 10 tahun memelihara lembu tersebut, tidak ada yang aneh yang ditemukan selama ini. 6 anak lembu sebelumnya lahir normal dan tidak ada yang aneh."Baru kali ini terlihat aneh dan saya terkejut," ungkapnya.

Sebelum anak lembu in lahir, Rasuki mengaku bermimpi aneh. "Ternyata, lembu saya lahir mirip manusia. Ini akan mendatangkan rezeki baik," jelas Rasuki.

kakisembang

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Lelaki Mati Berzina Di Bulan Ramadhan

Posted: 06 Aug 2012 09:00 PM PDT


Gambar Hiasan
NUSAJAYA - Akibat sering tertewas dengan nafsu teman wanitanya, seorang lelaki warga Nepal nekad mengambil pil ubat kuat seks dalam kuantiti berlebihan selain meminum satu tin arak semata-mata mahu memenuhi kehendak kekasihnya itu. Malangnya, hasrat lelaki berusia 38 tahun itu untuk 'bertahan lama' ketika melakukan hubungan seks tidak kesampaian apabila tidak sedarkan diri sebelum disahkan mati di sebuah hotel bajet di Taman Tasek Yaacob, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, mangsa, Hari Bahadur Magar dikatakan mengambil pil itu pada jam 3.30 petang sebelum mendaftar masuk ke sebuah hotel bersama teman wanitanya, warga Vietnam.

Menurutnya, kematian lelaki itu disedari teman wanitanya berusia 24 tahun, jam 11 malam hari kejadian selepas mangsa dikatakan tidak bergerak menyebabkan wanita itu panik.

"Pasangan itu dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks sebelum tertidur dan pada masa sama, mangsa meninggal dunia.

"Akibat panik dengan keadaan teman lelakinya, wanita terbabit terus memaklumkan kepada pengurusan hotel sebelum membuat laporan polis, jam 12 tengah malam," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Noor Hashim berkata, siasatan awal di bilik didiami pasangan itu membawa kepada penemuan sebotol ubat kuat dipercayai diambil mangsa sebelum mereka melakukan hubungan seks.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut, namun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Saya menasihatkan orang ramai terutama lelaki lebih berhati-hati sebelum mengambil ubat kuat yang dijual di pasaran kerana jika tersalah makan atau tidak sesuai boleh mengundang maut," katanya. ~info

addin77

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

SAIFUDDIN ‘TOLAK’ TAWARAN PALSU MASUK PKR

Posted: 06 Aug 2012 06:00 PM PDT


Di sebalik desas-desus lompat parti yang menjadi perhatian banyak pihak, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menolak 'tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim', yang dikemukakan kepada beliau menerusi mikro blog Twitter."Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah," kata Saifuddin sekitar jam 11 pagi tadi.Bagaimanapun tawaran itu dipanjangkan kepada beliau menerusi satu akaun palsu yang menggunakan nama Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).

Akaun palsu itu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan alamat Anwar yang sebenar ialah @anwaribrahim.

Tawaran sedemikian muncul ketika arena politik tempatan sekali lagi diselubungi spekulasi bahawa akan ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan keluar parti sama ada untuk menyertai PR ataupun bertindak sebagai parti mesra perikatan itu.

Ia semakin ketara selepas perkembangan di Sabah lebih seminggu lalu.

Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau terpaksa menjawab entri akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya, lebih-lebih dalam keadaan sekarang.

"Kalau saya tidak jawab, saya kenalah," kata beliau lagi sambil menjelaskan menerusi satu lagi mesej bahawa "palsu atau tidak, saya masih kena jawab."

Ibu Pejabat PKR juga membuat penjelasan bahawa akaun @anwaribrrahim adalah palsu.

"Sila ambil maklum akaun ini @anwaribrrahim adalah palsu – akaun sebenar Ketua Pembangkang ialah @anwaribrahim #pkrhq," kata Penolong Setiausaha Agung, Sharifah Shahidah dari ibu pejabat PKR.

Saifuddin juga membalas mesej Anwar dengan berkata, "terima kasih atas penjelasan - gentleman."

Akaun @anwaribrrahim setakat tengah hari ini telah mengeluarkan lebih 70 tweet.


kl-today


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: