Rabu, 29 Ogos 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Seorang Lagi Lelaki Bersalah Rogol Budak Bawah Umur Terlepas Hukuman Penjara, Sebat

Posted: 29 Aug 2012 07:32 AM PDT



[Mstar] GEORGE TOWN – Seorang lagi telah dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik atas atas kesalahan merogol. Kali ini ialah seorang juruelektrik yang didapati bersalah merogol teman wanitanya berusia 12 tahun sebanyak dua kali pada tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz mengarahkan Chuah Guan Jiu, 22, dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik.

Beliau berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama.

"Kami juga megambil kira hakikat bahawa perbuatan seksual adalah persetujuan bersama dan dia juga seorang murid tercicir," katanya.

Sitarun Nisa berkata pertimbangan lain ialah masa depan Chuah.

Chuah, yang memakai kemeja dan seluar jeans biru, tidak menunjukkan sebarang emosi apabila hukuman itu dibacakan.

Pada 20 Julai, mahkamah mendapati dia bersalah merogol gadis berusia 12 tahun dan 10 bulan, di flat kediamannya di Air Itam antara 7 pukul pagi dan 1.00 petang pada 18 Julai tahun lepas, dan 2.25 hingga 2.45 keesokan harinya.

Kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pada Isnin, DPP Lim Cheah Yit berkata Chuah telah memujuk gadis itu supaya ponteng sekolah dan mengikuti dia kembali ke flat atas alasan dia sakit.

"Mereka telah bertemu dan tertuduh sepatutnya melindungi gadis itu tetapi sebaliknya telah mengambil kesempatan.

Gadis tersebut banyak kali meminta tertuduh menghantarnya ke sekolah tetapi dia memberikan alasan tidak sihat dan membawanya ke rumahnya," kata Lim.

Bagi meringankan hukuman, peguam Yusuf Idris berkata anak guamnya memperoleh RM30 sehari dan tinggal bersama ibu bapa dan adik.

"Ini adalah kesalahan pertama. Dia mempunyai pekerjaan tetap sekarang dan pada masa akan datang," katanya.

Yusuf berkata anak guamnya telah insaf dan menggesa mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara memandangkan umur Chuah yang masih muda.Hukuman ini dibuat selepas kes bekas pemain tenpin boling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 selepas dia mengaku bersalah merogol seorang gadis berusia 13 tahun.


P/s: Gila!!!!

Kes seumpamanya di sini.

Tidak pelik kalau kes rogol meningkat selepas ini!



Kalau Pahang Hadapi Masalah Air Kronik, Bagaimana Nak JUAL Air Kepada Selangor???

Posted: 29 Aug 2012 06:45 AM PDT


Kantoi!




Foto Kredit: KedahKini
P/s: Fikirlah sebab BN beria-ria mahu Projek Langat 2 dilaksanakan dengan segera. Adakah kerana masalah air atau projek itu sebenarnya mengenyangkan kroni dan Pahang?



Amuk di JPM, Putrajaya: Suspek Hadir ke Mahkamah Pakai Topeng Power Rangers

Posted: 29 Aug 2012 05:00 AM PDT

Sekadar hiasan.

[SH] PUTRAJAYA - Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.

Pada prosiding hari ini, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.

Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan.

Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa.

Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang.

Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.

Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan.


Pemimpin yang Dikaitkan dengan Sumbang Mahram Akan Ambil Tindakan terhadap Blog dan Media yang Mendahului Siasatan Polis & Mahkamah

Posted: 29 Aug 2012 03:00 AM PDT


Pahang Daily melaporkan pemimpin yang dikaitkan dengan kes sumbang mahram akan menfailkan tindakan saman terhadap mana-mana media arus perdana dan blog yang sewenang-wenangnya mengekploitasikan isu tersebut sehingga menggambarkan bahawa beliau telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan itu terhadap anaknya sendiri sehingga melahirkan bayi beberapa hari yang lalu. 

Menurut Mohd Nor Jaafar, bekas pemimpin PKR yang kini bergerak dengan parti KITA, "Saya hanyalah suspek yang telah dipanggil untuk membantu siasatan pihak polis. Tetapi mereka melayan saya seolah-olah keputusan mahkamah telah dibuat atas kes ini dan saya didapati bersalah. Maruah dan imej saya sebagai pemimpin politik kini tercalar gara-gara penyiaran gambar saya serta ahli keluarga yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sekarang ini. Peguam saya telah melakukan siasatan dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana blog yang didapati cuba menghukum saya dan mendahului mahkamah. Ini tidak adil dan satu hukuman yang jelas untuk menghancurkan masa depan saya." 

Di bawah ini merupakan paparan skrin sebahagian blog pro-UMNO yang jelas menggambarkan Mohd Nor Jaafar sebagai pelaku sumbang mahram. -DCM









Bacaan lanjut di PDO di sini.

Laporan awal di sini.




Majikan Lakukan Gangguan Seksual Didenda RM25000

Posted: 29 Aug 2012 01:06 AM PDT

Foto: NTV7
[HM] SHAH ALAM: "Saya bersyukur," kata bekas pembantu peribadi, Mas Anum Samiran, 37, selepas Mahkamah Sesyen di sini, semalam memerintahkan bekas majikannya membayar RM25,000 sebagai ganti rugi kerana melakukan gangguan seksual terhadapnya, empat tahun lalu.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia berharap kes itu memberi kesedaran kepada pekerja wanita senasib dengannya supaya tampil dan menggunakan saluran undang-undang.

"Jangan rasa rendah diri. Jika (anda) berada di pihak yang benar dan menggunakan saluran betul, keadilan akan berpihak kepada anda," katanya. Dia yang kini mengikut suami yang berkhidmat dengan pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Perth, Australia berkata, keputusan itu juga khabar gembira kepadanya dan keluarga selepas perjuangan yang mengambil tempoh beberapa tahun.

Bagaimanapun, wanita itu mengakui serik dan sedikit trauma untuk berkhidmat dengan majikan lelaki. 
Terdahulu, Hakim Sabariah Othman dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati plaintif dapat membuktikan ada gangguan seksual dilakukan bekas majikan wanita itu.

Justeru, katanya, mahkamah hanya membenarkan tuntutan plaintif terhadap ganti rugi teladan dan punitif sebanyak RM25,000.

Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan tuntutan plaintif terhadap kehilangan pendapatan. Mas Anum memfailkan saman ganti rugi itu terhadap bekas Pengarah Negara sebuah syarikat multinasional, Othman Mohamed, 54, (defendan), di kaunter pendaftaran Mahkamah Sesyen di sini, tahun lalu.

Berdasarkan penyata tuntutan itu, plaintif mendakwa defendan melakukan beberapa siri gangguan seksual termasuk memegang tangannya pada 13 November 2008 ketika mereka dalam perjalanan mengambil belon untuk sambutan ulang tahun syarikat. Plaintif yang terkejut dengan perbuatan itu meminta penjelasan, namun defendan bertindak menyentuh pipinya.

Defendan kemudian meneruskan gangguan seksual dengan bermain mata terhadap plaintif sambil menjilat bibirnya. 

Selain itu, plaintif mendakwa defendan memberitahu mahu memeluk dan menciumnya sebagai tanda sayang. 
Seterusnya plaintif mendakwa pada 12 Disember 2008, defendan menyatakan defendan melakukan gangguan seksual dengan merenung payudaranya. 

Justeru, plaintif mendakwa perbuatan defendan itu adalah gangguan seksual kerana majikannya mengetahui ia menakutkan dan menyebabkan kegelisahan, kebimbangan di samping perasaan terancam, malu, tertekan dan sakit hati.

Katanya, defendan juga menyalahgunakan kuasa dalam memaksa plaintif melayani perbuatan seksual dan apabila ditolak, defendan menafikan faedah pekerjaan yang sepatutnya diterima plaintif. Pada prosiding semalam, Othman hadir tetapi meninggalkan mahkamah selepas keputusan dibacakan. Mas Anum diwakili peguam bela, S Silas.



P/s: Sikit sangat jumlah bayaran ganti rugi yang dikenakan terhadap majikan mangsa.

Dalam hal lain, wanita perlu sentiasa menjaga penampilan diri dan memakai pakaian yang benar-benar menutup aurat serta anggota badan yang boleh mendatangkan berahi kepada lelaki. Jika lelaki berahi merenung payu dara atau anggota badan yang lain seperti punggung, maka sudah tentu pakaian yang dipakai oleh wanita itu menampakkan bentuk anggota badan tersebut.

Grafik di bawah boleh dijadikan panduan:


Kalau pakaian sudah sempurna, tingkah laku sudah dijaga, namun masih ada lelaki yang mahu melakukan gangguan seksual, maka kesalahan wajar diletakkan seratus peratus kepada lelaki yang tidak dapat mengawal fenomena "air naik ke kepala tanpa kawalan".


[Video] Jutawan Mengaku Rakan Baik Hajah Rosmah Belanja Jutaan RM untuk Lamar Artis Taiwan

Posted: 28 Aug 2012 11:00 PM PDT



Jho Low curi tumpuan dengan lamaran bergermelapan

[MK] Jutawan ranggi Jho Low kembali menjadi berita hangat apabila beliau menggunakan kekayaannya untuk memikat hati selebriti terkenal, tetapi sia-sia.

Sasarannya tak lain tak bukan penyanyi pop terkenal Taiwan Elva Hsiao.

Akhbar Taiwan Apple Daily menyiarkan berita tersebut selepas sebuah video mengenai lamaran Low dipaparkan.

Akhbar harian itu memetik, video tersebut dimuat turun tahun lalu oleh seorang jurugambar profesional di Britain, Peter Rear di laman perkongsian video Vimeo.com.

Video bertajuk ''Pertunangan Atlantis, Dubai'' itu tidak menyebut siapa dua individu tersebut tetapi meletakkan kapsyen :

''Khabar angin tentang kejutan lamaran pertunangan yang bernilai 1 juta pound (RM4.9 juta)."

Khabar angin mengenai jumlah itu sedikit mengejutkan apabila majlis itu diadakan di pantai persendirian di sebuah resort mewah Atlantis The Palm - hotel terkemuka di pulau Palm Jumeirah, Dubai.

Video berdurasi lima minit dan 27 saat itu memaparkan pasangan tersebut tiba dengan sebuah kereta Rolls-Royce hitam menyusuri pantai, dengan lilin yang dipasang berbentuk hati.

 
Berkaitan
 
Jho Low akui kawan baik Rosmah
[KD] KUALA LUMPUR: Jutawan muda penuh kontroversi, Jho Low, mengakui beliau merupakan kawan rapat kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Rosmah (Mansor) bukan mak angkat saya. Beliau adalah kawan baik saya," demikian jawapan beliau kepada akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh, ketika ditanya hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri, Najib Razak.

Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, 29 lahir di Pulau Pinang dan anak kepada jutawan Larry Low.

Beliau menjadi selebriti terkemuka ekoran kemunculannya berparti dengan aktres kontroversi Hollywood, Paris Hilton dan menjadi laporan muka depan akhbar tempatan dan antarabangsa.

Laman web Malaysia Chronicle pada Julai lalu mendedahkan, Jho Low memiliki sebuah penthouse di New York yang secara kebetulan dikatakan hanya 10 minit dari syarikat pengeluar berlian, Jacob & Co.

Rosmah sebelum ini dikaitkan dengan pembelian berlian bernilai RM24 juta dari Jacob & Co yang dikenali sebagai 'natural fancy blue-gray cushion-cut' itu.

Nama Jho Lho sebelum ini turut dikaitkan sebagai penasihat kepada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum ia diperbadankan menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada Jun 2010, semasa persidangan Dewan Rakyat, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi dipindahkan dan tapaknya dijual kepada 1MDB.

Bagaimanapun dalam satu wawancara dengan media tempatan, Jho Low enggan mengakui peranannya di sebalik transaksi itu.

KEADILAN sebelum ini mendesak kerajaan menjelaskan kontrak pembangunan TUDM Sungai Besi itu yang dianggar bernilai kira-kira RM500 juta itu.

Selain itu, Jho Low juga dikatakan memainkan peranan utama dalam UBG Bhd iaitu syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau dikatakan mendapat tempat di kalangan tokoh perniagaan, ekoran hubungan rapatnya dengan pelabur dari Timur Tengah. (27.9.2011)



[PANAS] Pemimpin yang Dikatakan Membuntingkan Anaknya (Tiri?) Bukan Lagi Ahli Parti Pakatan Rakyat

Posted: 28 Aug 2012 08:26 PM PDT


Blog Pahang Daily melaporkan:

Berita paling hangat yang diterima oleh PDO semalam ialah isu berkenaan seorang bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang yang disiasat oleh pihak polis atas dakwaan melakukan perbuatan "sumbang mahram" terhadap anaknya sendiri hingga melahirkan anak beberapa hari yang lalu. Anak tirinya yang baru berusia 15 tahun itu kini berada di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur sejak beberapa hari yang lalu. Selepas berita ini disebar, maka ramailah yang membuat pelbagai cerita sensasi tentang kes ini terutamanya di blog-blog pro UMNO. Masing-masing mengatakan "pemimpin pembangkang" yang dimaksudkan ialah pemimpin PKR Pahang. Justeru bagi memperbetulkan persepsi berkenaan, maka kami cuba menyiasat maklumat berkenaan kes ini. Maka, apa yang benar dan tidak benar perlu dibongkarkan untuk mengelakkan sebarang tuduhan melulu terhadap individu tertentu dalam kes ini. Jika berdasarkan kepada laporan media yang berkenaan, individu yang dimaksudkan sebenarnya tidak lagi bersama PKR Pahang selepas meletakkan jawatannya sebagai salah seorang Naib Pengerusi PKR Negeri ini satu ketika dulu. Beliau meninggalkan PKR selepas pemilihan parti itu pada tahun 2010 lalu, bagi menyertai Datuk Zaid Ibrahim dalam Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Malah difahamkan, beliau adalah Pengerusi parti pimpinan Zaid itu di Pahang dan merupakan abang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang dan Yang DiPertua PAS Jerantut sekarang. Pada pilihanraya umum ke-12 lalu, beliau tewas dalam pertandingan tiga penjuru mewakili PKR di DUN Damak, Parlimen Jerantut. Beliau mendapat 5,165 undi, calon BN Lau Lee mendapat 5,674 undi dan calon bebas Koh Boon Heng mendapat 3,295 undi ketika itu. Majoriti undi yang dimenangi oleh calon BN hanyalah sekitar 509 undi sahaja. Difahamkan, beliau juga telah diwar-warkan bakal bertanding lagi pada PRU-13 ini nanti di kerusi itu (Damak).

Sambung di sini.

 Berita awal di sini.


Berkaitan:

[Bernama] Polis sedang menunggu keputusan ujian DNA bagi melengkapkan siasatan berhubung kes sumbang mahram membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang dan anak lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC T. Narenasegaran berkata sampel darah kedua-dua beranak itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian paterniti.

"Hasil daripada ujian baru kita akan buat keputusan dan cadangan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita, di sini Rabu.

Beliau diminta mengulas laporan media mengenai penahanan seorang pemimpin kanan parti pembangkang dan anak lelakinya yang berusia 14 tahun bagi membantu siasatan satu kes sumbang mahram.

Media melaporkan dua beranak itu ditahan pada 22 Ogos lepas namun dibebaskan semalam dengan jaminan polis.

Tangkapan itu selepas anak perempuannya yang berusia 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Cheras, Selangor.

Remaja yang masih bersekolah itu kini ditempatkan di rumah perlindungan di Cheras.

Mengulas lanjut, Narenasegaran mengesahkan individu itu pernah bertanding pada pilihan raya umum lalu sebagai calon parti pembangkang untuk kerusi dewan undangan negeri dalam kawasan Parlimen Jerantut.

Lelaki berusia 59 tahun itu mempunyai dua isteri dan 11 anak berusia antara enam hingga 31'tahun, katanya. 

Gaji RM17 Ribu Sebulan, Tetapi Abai 2 Anak dan Ibu Bapa....

Posted: 28 Aug 2012 07:39 PM PDT


[HM] KUALA TERENGGANU: Seorang pengurus sebuah syarikat cari gali minyak diperintahkan membayar RM18,866.50 dan membuat permohonan maaf secara terbuka mengikut hukum syarak kepada ibu bapa serta dua anaknya yang diabaikan sejak lebih lapan tahun lalu.

Arahan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Rosdi Harun ke atas Nasrun Mustafa, 39, dalam prosiding semalam selepas membenarkan tuntutan difailkan bapa lelaki itu, Mustafa Ismail, 66, dari Kampung Beladau Kolam, Manir, di sini, dua tahun lalu.

Rosdi berkata, bayaran RM18,866.50 itu adalah kos tunggakan dan perbelanjaan serta teladan terhadap Mustafa selepas Nasrun tidak pulang ke rumah bertemu kedua-dua anaknya sejak lebih lapan tahun lalu.

Nasrun yang berpendapatan lebih RM17,000 sebulan diarahkan membayar RM400 setiap seorang kepada ibu bapa serta dua anaknya berusia 15 dan 17 tahun setiap bulan, selain RM500 seorang untuk dua anaknya sebagai perbelanjaan menyambut Aidilfitri setiap tahun.


P/s: DCM ada menyiarkan cerita berkaitan ketika si bapa mula-mula menfailkan tuntutan terhadap anaknya itu. 

Semoga si anak merangkap bapa kepada anak-anak yang diabaikannya diberi hidayah.

Suatu situasi yang tidak sepatutnya berlaku.


Berita Berkaitan:

'Si Tanggang Moden' diarah mohon maaf secara terbuka
[SH] KUALA TERENGGANU- Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, mengarahkan seorang anak yang disifatkan sebagai 'Si Tanggang Moden' memohon maaf secara terbuka mengikut hukum syarak terhadap kedua-dua ibu bapa, dua anaknya yang diabaikan lebih lapan tahun serta ahli keluarga lain tidak lebih dari tempoh 30 hari berkuat kuasa semalam.

Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Rosdi Harun turut mengarahkan Nasrun Mustafa, 38, yang kini bekerja di Bintulu, Sarawak, sebagai pengurus operasi sebuah syarikat cari gali minyak berpangkalan di Kuala Lumpur membayar tuntutan sebanyak RM400 sebulan terhadap kedua ibu bapanya serta RM400 sebulan setiap seorang terhadap dua anaknya, Mohd Amirul Nasrun, 17, dan Nur Thahirah Nasrun, 15.

Dia yang berpendapatan RM18,000 sebulan itu turut diarahkan membayar sebanyak RM1,000 setiap seorang anak dalam tempoh dua minggu setiap kali menyambut Aidilfitri sebagai persiapan.

Selain itu, responden turut diarahkan membayar sebanyak RM18,866.50 atau tunggakan perbelanjaan dan sebagai teladan kerana tidak pulang ke rumah menemui keluarga termasuk kedua-dua anaknya dalam masa lebih lapan tahun sebelum ini.

Semua tuntutan tersebut difailkan  pasangan warga emas ini, Mustafa Ismail, 65, dan Che Meriam Abdullah, 58, dari Kampung Beladau Kolam, Manir, di sini, terhadap anak lelakinya, setelah mengabaikan tanggungjawab menjaga dua anaknya lebih lapan tahun selepas berlaku penceraian dengan isteri pertamanya pada 30 Disember 1998.

Malah, kini, anak lelakinya itu telah berkahwin lain dan begitu juga dengan bekas isterinya.

Dalam prosidingnya, Rosdi turut menyelar perbuatan Nasrun dengan ungkapan "Si Tanggang Moden' yang mana tidak pernah hadir setiap perbicaraan mahkamah bermula pada 2 Mei tahun lalu dan sentiasa mengemukakan pelbagai alasan melalui peguamnya.


Pemimpin Pembangkang Ditahan Kerana Kes Sumbang Mahram? Siapa?

Posted: 28 Aug 2012 05:39 PM PDT


Kes sumbang mahram: Pemimpin kanan parti pembangkang, anak ditahan

[Bernama] JERANTUT - Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.

Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.

Mereka dibebaskan semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.

"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.

Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional.


P/s: ????


Tiada ulasan: