Rabu, 29 Ogos 2012

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


[WACANA RANG UNDANG-UNDANG HUDUD KELANTAN 3] HUKUMAN BUNUH DALAM ISLAM

Posted: 29 Aug 2012 01:57 PM PDT


BAB 3

Dalam perbincangan ini, difokuskan kepada hukuman rejam kepada penzina yang mohsan dan hukum bunuh kepada orang murtad. Perbincanganya adalah seperti berikut;

PERBAHASAN SATU : HUKUM BUNUH

Terdapat khilaf dikalangan ulama usul dalam menentukan kaedah istinbat dalam menentukan hukuman mati. Khilaf tersebut adalah seperti berikut;

Satu : Ia mesti sabit dalam nas al-Quran. Dengan maksud, selain al-Quran, penentuan hukuman mati tidak dibenarkan.

Dua : Hukuman mati boleh sabit dengan sumber nas Hadis dan kekuasaan pemerintah (ta'zir).

Pada pandangan pertama ini, mereka beralasan dengan kaedah dalam mazhab Hanafi yang menyatakan nas ahad tidak boleh mentakhsiskan nas yang umum yang bersifat qatie.(Mabahis Usuliyyah fi Taqsimat al-Alfaz, hlmn 132)

Contoh dalam perkara ini adalah seperti Mazhab Hanafi menyatakan tidak halal makanan sembelihan orang Islam yang tidak dibacakan "bismillah", sedangkan Syafie menyatakan halal sembelihan orang Islam, walaupun tidak membaca bismillah sekalipun. (Usul al-Bazdawi ma'a Kasyf al-asrar, jld 1, hlmn 295)

Perbincangan ini bersebabkan hadis bahawa Nabi SAW ada bersabda;

ذبيحة المسلم حلال ذكر اسم الله أو لم يذكر

Maksudnya;
                "Sembelihan orang Islam adalah halal; sama ada disebut nama Allah atau tidak" (Ma'arif al-Sunan wa al-Atshar, hadis no : 5806)

Juga dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas berkata;

إذا ذبح المسلم ونسى ان يذكر اسم الله فليأكل فان المسلم فيه اسم من اسماء الله

Maksudnya;
                "Apabila seseorang muslim itu menyembelih dalam keadaan dia lupa menyebut nama Allah, maka makanlah (halal dimakan). Ini kerana, muslim itu adalah salah satu nama dari nama-nama Allah SWT" (al-Sunan al-Kubra, juzu' 9, hlmn 240)

Dari hadis-hadis ini, Imam Syafie menyatakan bahawa sembelihan orang Islam adalah halal, walaupun sembelihan itu tidak dibacakan bismilllah. (al-Muhazzab, jld 1, hlmn 251)

Pendapat Syafie ini menyalahi dengan pendapat Mazhab Hanafi, kerana hadis-hadis di atas bersifat ahad, lalu ia tidak boleh mentakhsiskan umum al-Quran yang bersifat Mutawatir. (Mabahis Usuliyyah fi taqsimat al-Alfaz, hlmn 136)

 Nas mutawatir itu adalah firman Allah;

وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ

Maksudnya;
                "Dan jangan kamu makan dari (sembelihan) yang tidak disebut nama Allah ke atasnya" (Surah al-A'na'm, ayat 121)

HUKUM BUNUH

Melihat keadaan inilah, menyebabkan golongan pertama ini menyatakan tidak boleh dikenakan hukuman bunuh kepada seseorang sekiranya ia bersumberkan nas hadis sahaja. Dengan erti kata yang lain, ia mesti bersumberkan nas al-Quran yang bersifat mutawatir, seperti hukum Qisas dan Muharabah.

Asas perkara ini adalah kerana, mereka melihat kepada umum firman Allah SWT yang menyuruh menjaga nyawa. Iaitu firman Allah;

وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

Maksudnya;
                "dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar." Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya)" (Surah al-A'na'm, ayat 151)

Juga firman Allah;

وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَمَنْ قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِ سُلْطَانًا فَلَا يُسْرِفْ فِي الْقَتْلِ إِنَّهُ كَانَ مَنْصُورًا

Maksudnya;
                "Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar. Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan" (Surah al-Isra', ayat 33)

Juga firman Allah SWT;

وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَامًا

Maksudnya;
                "(antara sifat 'Ibad al-Rahman adalah) tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya)" (Surah al-Furqan, ayat 68)

Adapun hadis-hadis yang menceritakan hukum bunuh (termasuh rejam) dalam hadis, ia bersifat ta'zir, iaitu atas kebijaksanaan pemimpin selama tidak melanggar batasan-batasan maqasid ammah, seperti menafikan keadilan, boleh mendatangkan imej buruk kepada Islam dan kemudharatannya lebih besar berbanding kemaslahatan, juga dalam kerangka ia diperkukuhkan dengan nas-nas al-Quran.

Antara contohnya adalah seperti hadis bunuh kepada orang murtad, iaitu sabda Nabi Muhammad SAW;

مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ

Maksudnya;
                "Barangsiapa yang tukar agamanya, maka hendaklah kamu bunuhnya" (al-bukhari, hadis no : 2794)

Hadis ini tidak boleh ditafsirkan menyendiri, kerana ia menyanggahi umum al-Quran yang melarang membunuh nyawa manusia. Ekoran itu, ia perlu digabungkan dengan nas-nas al-Quran. Makanya dengan itu, Dr Ahmad al-Raisuni menyatakan bahawa maksud dengan bunuh kepada orang yang murtad pada hadis ini ditujukan kepada 'Riddah Muharabah' iaitu orang murtad yang kemudiannya melakukan dakyah atau menyerang orang Islam, bukan 'riddah mujarradah', iaitu orang yang murtad, tetapi tidak melakukan serangan terhadap kerajaan. Dengan maksud, dia semata-mata murtad sahaja.

Menyatakan bahawa maksud hadis ini ditujukan hukuman bunuh kepada orang yang murtad muharabah, kerana hadis ini dibaca dengan disertakan dengan firman Allah SWT yang menceritakan hukuman bunuh kepada muharabah, iaitu Allah SWT berfirman;

إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ذَلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الْآَخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ * إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِنْ قَبْلِ أَنْ تَقْدِرُوا عَلَيْهِمْ فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya;
                "Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar * kecuali orang-orang yang taubat (di antara mereka) sebelum kamu dapat menguasai (menangkap) mereka; maka ketahuilah bahwasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Surah al-Maidah, ayat 33-34) (Lihat lamanweb Dr Ahmad Raisuni)

Pendapat pertama ini tidak selari dengan pendapat golongan kedua yang tidak mensyaratkan muharabah, untuk membunuh orang yang murtad. Pada mereka, hukuman bunuh terus boleh dikenakan kepada orang yang murtad berdasarkan kepada nas hadis riwayat al-Bukhari di atas.

REJAM

Pada pandangan golongan pertama, keadaan yang sama juga pada Hukuman rejam. Ini kerana, pada mereka ia dibawah hukuman ta'zir, bukan hukum hudud. Dengan maksud, terpulang kepada pemerintah untuk dilaksanakan hukuman rejam kepada penzina. Itupun, selama ia tidak menafikan maqasid ammah, iaitu tidak mendatangkan imej buruk kepada Islam, tidak mendatangkan mudharat lebih besar berbanding maslahah dan seumpamanya.

Sabda Nabi SAW;

الْوَلَدُ لِلْفِرَاشِ وَلِلْعَاهِرِ الْحَجَرُ

Maksudnya;
                "Anak itu (dibinkan) bagi persetubuhan sah, sedangkan bagi penzina adalah batu (rejam)" (Al-bukhari, hadis no : 6319)

Walaupun hukum rejam ini adalah hukuman ta'zir, yang merupakan kuasa pemerintah, tetapi hendaklah dalam kerangka ia tidak boleh mendatangkan penafian terhadap maqasid ammah, seperti boleh mendatangkan imej yang buruk kepada Islam, mendatangkan mudharat lebih besar berbanding maslahah dan sebagainya.

Pendapat ini tidak selari dengan golongan kedua yang menyatakan bahawa hukum rejam dikenakan kepada penzina yang telah merasai jimak yang sah dengan semata-mata merujuk kepada hadis ini.

Bersambung …. (smile, peace….:D )

PERBAHASAN DUA : HUKUMAN REJAM

PERBAHASAN TIGA : HUKUMAN MURTAD





Ringkasan dari qaradawi

Posted: 28 Aug 2012 11:56 PM PDT


Satu ;


هي المشكلة يعني سوء التطبيق يعني أن تطبق الحدود دون شروطها، يعني قبل أن يطبق النبي صلى الله عليه وسلم حد السرقة كان طبق الإسلام كله {وَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَآتُواْ الزَّكَاةَ..}[البقرة:43] أخذوا من أغنيائهم لترد على فقرائهم،

qaradawi - problemnye beb, keburukan dalam perlaksanaan; laksanakan hudud tapi tak ikut syaratnya... nabi saw sebelum laksanakan hukum potong tangan, dia laksanakan dulu islam seluruhnya... dirikan solat tunaikan zakat... ambil zakat dari orang2 kaya, berikan kepada orang2 miskin

Dua:


هنا في الحالة دي تقيم حد السرقة إنما حين يكون الناس لا يجدون عملا عاطل لا يجد عملا جائع لا يجد خبزا مريض لا يجد دواء يتيم لا يجد كفالة مشرد لا يجد مسكنا يعني كيف تطبق الحد والناس على هذه الحال؟

qaradawi - nak lasakanakan hukuman potong tangan tp manusia tak ada kerja, orang lapar tak ada roti, orang sakit tak ada ubat, anak yatim tak ada orang nak jaga, rakyat tak ada penempatan.. macam mana nak laksanakan hudud kalau rakyat macam ni

Tiga :



إنه قبل أن تقيم الحد أطعم الجائع وشغل العاطل وعلم الجاهل ودرب العامل، لازم تؤدي هذا قبل إقامة الحد. الإسلام مش حريص أن يعاقب الناس والحقيقة إن العقوبة أصلها بتتعامل مع غير الأسوياء مع الناس

qaradawi - sebelum nak laksanakan hudud, bagi makan kepada orang lapar...bagi peluang pekerjaan... ajar ilmu kepada orang jahil... perkara ini perlu buat sebelum laksanakan hudud.. Islam bukan nak sesangat hukumkan manusia.. hakikatnya, uqubat islam itu asalnya berusan dengan orang yang tidak ada problem dengan manusia

Empat :


الله تعالى شرع الحدود للردع من ناحية وللتطهير من ناحية أخرى

qaradawi - Allah mensyariatkan hudud dengan tujuan pencegahan dari satu sudut, penyucian dari sudut yang lain

Lima :


الفقهاء اختلفوا إذا كانت الحدود زواجر أو جوابر؟ الحقيقة أنها زواجر وجوابر، هي زواجر للشخص حتى لا يعود مرة أخرى وزواجر لغيره لما يشوف العقوبة الشديدة هذه لا يعود وهذا أمر مجرب، بعض الناس يقول لك الحدود الإسلامية شديدة ولكن الشدة مطلوبة، ما البديل عن الحدود؟ البديل عن الحدود في القوانين الوضعية هي السجن ولكن الحقيقة السجن لا يردع ولذلك كثر الذين يسرقون ثم يعودون

qaradawi - ulama fiqh berselisih ap
akah hudud ni zawajir atau jawabir.. hakikatnya, ia zawajir dan jawabir... zawajir iaitu cegah diri penjenayah tu hingga tidak ulangi balik sekali lagi... zawajir iaitu cegah orang lain supaya tidak buat kesalahan tu... ada orang kata hudud islam ini keras... cuba bayangkan gantinya bagi hudud dengan undang2 sivil yg ada... penjara, tp hakikat penjara tidak boleh mencegah. ekoran itu, ramai manusia mencuri kemudian ulangi balik mencuri

enam :


سيدنا عمر يقول "لا حد إلا على من علم" ولذلك إذا كان المجتمع جاهلا ولا يعرف إيه الحلال من الحرام لازم يتعلم

qaradawi kata -
saidina umar berkata : tiada hudud kecuali terhadap orang yang tahu... ekoran itu, apabila masyarakat jahil, tidak tahu apakah halal dan haram, wajar mereka kena belajar.

Tujuh:


إنما يقيم حد الزنا لأنه فجر يعني ارتكب الزنا علانية جهارا نهارا بحيث يراه الناس أربعة على الأقل من الناس يرونه

qaradawi - hukuman zina dikenakan kerana jenayah zina itu berlaku secara terbuka; terang-terangan.. ia dapat dilihat oleh manusia; sekurang2nya empat orang yang melihatnya

Lapan;


عثمان عثمان: إن سرق من بيت مال المسلمين لا يقام عليه الحد، إن سرق من مال الدولة الآن؟

يوسف القرضاوي: آه، لا يقام عليه الحد، يقام عليه تعذير عقوبة.

osman tanya : jika mencuri dari baitul mal orang Islam tidak dikenakan hudud. jika curi harta negara sekarang?

qaradawi - tak kena hudud, tp kena takzir la beb

Sembilan :


أنا اشترطت لكي نطبق الشريعة الإسلامية لا بد أن نفتح باب الاجتهاد في أمور كثيرة، يعني أنا أرى أن كثيرا من.. مثلا هناك هل يقتل المسلم بغير المسلم؟ لو واحد مسلم قتل واحدا من أهل الذمة من المواطنين، افرض مسلم مصري قتل قبطيا، يُقتص منه ولا لا؟ مذهب أبي حنيفة وأصحابه يقولون يقتص منه، وفي حديث يقول لا يقتل مسلم لكافر، أبو حنيفة يقول لا ده المقصود الكافر الحربي إنما إذا كافر ذمي إذا قتله يٌقتل

qaradawi -
 aku syaratkan perlaksanaan syariah ini mesti dibuka pintu ijtihad pada banyak perkara.. iaitu, aku tengok terlalu banyak...contohnya hukum orang islam bunuh orang bukan Islam... kalau seorang muslim bunuh orang bukan Islam dari warganegara, seperti orang muslim mesir bunuh orang qibti, apakah dikenakan qisas atau tidak? mazhab hanafi dan rakan-rakannya berkata,, dikenakan qisas juga.. dalam hadis kata tidak boleh orang muslim dibunuh kerana orang kafir.. abu hanifah kata, itu untuk kafir harbi.. adapun kafir zimmi, apabila muslim membunuhnya, muslim itu dibunuh (sebagai qisas

Tiada ulasan: