Rabu, 29 Ogos 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Semuka , Tidak Perlu Bermuka-Muka - Nik Aziz Kepada Ghulam Ulama

Posted: 29 Aug 2012 05:00 AM PDT

Semuka, tak perlulah nak bermuka-muka buat kecoh dalam akhbar. Bukan susah mana pun nak bertemu dengan Tuan Guru.Tambahan pula musim raya macam skang nih. Mai lah jumpa. Tuan Guru akan layan korang sendiri dengan sopan santun.

Apa Ghulam Ulama Umno ni ingat, selepas talk-talk dengan Tuan Guru, maka Hudud boleh dilaksanakankah? Sepatutnya ko kena bincang dengan kalangan korang dulu , ajak Tok Mufti satu Malaysia tu ....Aku tabiklah kalau depa yang sepuak dengan engko tu akan layan engko dengan tertibnya. Aku rasa depa pun akan tertanya-tanya - budak mana nih? Ha! ha!

Berlagak sungguh!Kalau Ghulam ni benar-benar ikhlas gi lah jumpa Tok Guru. Tok Guru bukan makan orang, yang ko takut sangat tu apasal? Rasuah pun dia tak berani jamah. Lagi pula dia bukan jenis suka jerkah orang.

Tambah-tambah lagi bila tengok ghulam macam ko tu. Malah aku rasalah, Tok Guru akan kasi korang duit raya pula ... walau tak banyak mana, tapi berkat sebab bukan duit rakyat atau duit hasil rasuah.

Kalau budak ni ada respek sikit dengan orang tua, sekurang-kurangnya dia hantar surat tu 'by hand' personally. Ini melalak bukan menampakan sebagai peribadi yang perlu dihormati. Nama pun Ghulam ....


Nik Aziz: Semuka, tak payah guna surat

Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 29, 2012

KOTA BHARU - "Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya. Demikian luahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.

Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.

Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.

"Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar," katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Selain itu, Nik Aziz berkata, sehingga kini beliau sendiri belum menerima dan membaca lagi isi kandungan surat rasmi itu.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.

Dalam laporan itu, Pengerusinya, Fathul Bari berkata bagaimanapun pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz.

Kenyataan Azli Musa Kena Putaran Utusan Meloya

Posted: 28 Aug 2012 11:00 PM PDT

Utusan Meloya ada melaporkan mengenai kenyataan Ust Harun Taib dengan tajuk Nasharudin masih relevan .

Aku tidak pasti sejauh mana kebenaran kenyataan tersebut, tapi aku yakin Utusan Meloya ni tentu ada spin - tak banyak, tentu sikit. Yang pastinya pasti ada. Bukan Utusan Meloya kalau tak menipu dan putar alam saja kerjanya walaupun dah acapkali kena saman ribu-ribu.

Dari mana dapat duit bayar saman? Walhal niaga asyik rugi memanjang sebab ramai orang berasa rugi sangat kalau beli akhbar itu....Tapi apasal peniaga kambing dari Manir tu boleh bagi kenyataan kat akhbar celako ini?

Dalam laporan itu Utusan Meloya ada tulis nama 'Azmi Musa'. Siapa nih? Tulis nama orang pun tak betul! Itulah standard cikai punya wartawan Utusan!

Aku pun talipon 'Azmi Musa' yang sebenarnya adalah Azli Musa sebentar tadi bertanyakan perkara yang dilaporkan berkaitan kenyataannya :

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azmi Musa turut mengakui Nasharudin masih relevan kepada perjuangan parti walaupun beliau dilihat mengambil pendekatan menongkah arus dalam mempertahan maruah Pas.

"Beliau ialah bekas Timbalan Presiden, sudah tentu masih relevan. Mungkin ramai yang tidak senang dengan tindakan beliau kebelakangan ini yang dilihat cukup lantang, tetapi untuk menidakkan sumbangan yang boleh dimainkan Nasharudin adalah tidak wajar.

"Apa pun keputusan pucuk pimpinan kami akan taat, tetapi saya mewakili pemimpin akar umbi berharap beliau diadili dengan sebaik-baiknya oleh Majlis Syura Ulama dan beliau harus diberi peluang untuk memberi penjelasan mengenai tindakan beliau," katanya.

Menurut Ust Azli Musa dia menafikan pernah mengakui Nasharudin masih relevan kepada perjuangan parti seperti mana yang disiarkan Utusan Meloya tu. Dia hanya membuat kenyataan melalui telepon dengan TV3 - tidak pernah dengan Utusan Meloya.

Kemudian dia suruh saya tengok Straits Times, katanya dia ada bagi kenyataan pada akhbar itu dan ada laporan mengenainya.

Azli beritahu saya, dia cuma kata Nasharudin perlu diberi peluang untuk memberi penjelasan kepada Majlis Sura.

"Kita sebagai orang bawahan tak boleh nak menghukumnya, biarkan pimpinan atasan yang buat keputusan dan kita tetap akan patuhi apa saja keputusannya, " jelas Azli , dia kata gitu jer...

"Sekarang depa dah manipulasi kenyataan enta dan menampakan enta menyokong Nasha..., " sampuk saya. "Kankah parti buat arahan jangan cakap pasal Hudud?" Saya ajukan soalan lagi.

"Tak (tidak sokong Nasha), saya cuma nyatakan sokongan terhadap kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang akan tetap perjuangkan Hudud. Kami , sebagai Dewan Ulama hanya minta supaya perjuangan Hudud oleh PAS itu dihormati sebab PAS sudah sekian lama memperjuangkannya sejak sebelum adanya DAP dan PKR." Kata Azli.

Aku pun google Straits Times dan apa yang Azli sebut dalam laporan di akhbar ini amat berlainan sekali dari apa yang Utusan Meloya terbitkan. Laporannya amat berbeza sungguh. Cumanya yang menggemparkan sikit, akhbar ni dah angkat Azli jadi Ketua Ulama PAS Perak ! Azli cuma ketawa kecil bila saya beritahu mengenai kesilapan tersebut. Kesilapan kecil, takkanlah nak saman! ha! ha!.... Insya' Allah akan jadi sungguh nanti.... saya mengusiknya.

Klik untuk besar

Ditanya sama ada kenyataan 'Relevan' dari Ust Harun Taib itu benar atau tidak, Azli kata dia sendiri tidak pasti mengenainya. Jadi Macam mana Utusan boleh kata Azli sokong kenyataan tersebut? Putarlah tu!

Dan kenyataan Azli kat Straits Times itu mana ada kutok kutok atau cabar mencabar macam dua 'Ghulam' PAS tempohari tu....

Polemik hudud yang tak membawa ke mana-mana

Posted: 28 Aug 2012 04:55 PM PDT

Umno memang sukalah jika sesama kita bertelagah pasal Hudud. Sebab, bukan sekadar dapat merenggangkan hubungan baik antara parti gabungan Pakatan Rakyat, tapi berjaya melarikan fokus rakyat daripada memperkatakan tentang isu-isu yang lebih melibatkan kehidupan seharian dan yang melibatkan semua rakyat Malaysia tanpa kira bangsa, agama dan latar belakang.

Kita terbawa-bawa hingga kita tenggelam dan hanyut dibawa arus Hudud dan melupakan isu rasuah, isu ketirisan, isu dana awam, isu hala tuju negara, isu dasar luar negara yang tidak bermaya, isu ekonomi negara, isu harga barang, isu pendidikan, isu PTPTN, isu alam sekitar, isu royalti minyak di Kelantan dan sebagainya.

Aku sangat setuju dengan saranan supaya polemik Hudud ini dihentikan kerana ianya tidak membawa ke mana-mana sebabnya Hudud bukan isu sebenar menjelang PRU-13. Antara saranan beliau ialah :

Realiti yang tidak boleh dinafikan, PAS telah sinonim dengan hudud dan berusaha sedaya upaya untuk mengotakan janji mereka. Kedua-dua enakmen hudud di Kelantan dan Terengganu adalah bukti komitmen mereka.

Halangan mereka ialah pihak kerajaan persekutuan yang enggan meluluskan bawah pemerintahan Mahathir dan juga halangan perlembagaan.

Dalam isu ini, PAS tidak pernah mengkhianati janji mereka dan tidak sekali-kali menggadaikan prinsip mereka berhubung isu hudud. Hal ini patut diterima akur oleh semua pihak, termasuk PAS sendiri.

Maka, jika PAS mengambil sikap berulang-ulang melaungkan isu hudud secara defensif tanpa bergerak menawarkan sesuatu yang lebih luas melalui konsep kefahaman 'politik Islam' yang lebih syumul atau komprehensif, ia bukanlah langkah politik yang produktif.

'Red herring' menjelang pilihan raya

Lebih molek jika PAS berusaha menerangkan konsep "Negara Berkebajikan" mereka kepada rakyat Malaysia yang lebih diterima semua pihak.

Malah konsep tersebut merupakan ijtihad politik Islam kontemporari yang amat bernilai hatta di peringkat antarabangsa sekalipun.

Demikian antara pandangan DR MASZLEE MALIK pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kupasan beliau amat menarik . Sila teruskan bacaan di sini atau di sini

Tiada ulasan: