DUNIACACAMARBA |
- Remaja 13 Tahun Lari Dari Rumah, Mengaku Lakukan Seks Ketika Kali Kedua Bertemu dengan Kekasihnya
- Isteri Blogger Zainulfaqar Hadapi Dugaan Kesihatan, Ingin Menghulurkan Bantuan? Di sini...
- 1 Pasang Kekasih Dicekup Berbogel, 1 Pasang Kekasih Kantoi Kereta Bergoyang
- Lagu "Janji Ditepati’ Diilhamkan daripada Lagu Kerohanian Kristian Indonesia?
- P Balasubramaniam Dakwa Ada Cubaan Rasuah Untuk Burukkan Anwar
- Mangsa Kemalangan Koma Sejak 13 Tahun Lalu...
Remaja 13 Tahun Lari Dari Rumah, Mengaku Lakukan Seks Ketika Kali Kedua Bertemu dengan Kekasihnya Posted: 02 Aug 2012 05:00 AM PDT [HM] AMPANG: Seorang gadis sanggup melarikan diri dari rumah semata-mata untuk bersama kekasih hatinya yang baru dikenali sejak sebulan lalu. Gadis berusia 13 tahun itu dipercayai tinggal bersama kekasihnya di sebuah rumah di Bandar Baru Ampang, di sini, sebelum mereka ditemui bapa gadis terbabit yang mencarinya sejak melarikan diri dari rumah, Ahad lalu. Lebih malang, gadis terbabit mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya yang berusia 30 tahun. Dalam kejadian jam 12 tengah hari, bapa gadis berkenaan yang geram dengan tindakan lelaki terbabit kerana mengambil kesempatan ke atas anak gadisnya, terus menghubungi polis sebelum lelaki itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Ampang. Sumber berkata, gadis terbabit yang baru mengenali teman lelaki sebulan lalu melalui laman sosial sanggup bertindak melarikan diri dari rumahnya di Ampang, sebelum tinggal bersama teman lelakinya itu. "Gadis berkenaan berjumpa dengan teman lelakinya sebanyak empat kali sejak sebulan lalu dan mengadakan hubungan seks pada pertemuan kedua," katanya. P/s: Gila! Selamatkan anak masing-masing daripada gejala kerosakan moral ini. | ||
Isteri Blogger Zainulfaqar Hadapi Dugaan Kesihatan, Ingin Menghulurkan Bantuan? Di sini... Posted: 01 Aug 2012 10:49 PM PDT Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apatah lagi dugaan itu dihadapi oleh orang yang tersayang. Bagi sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan baik dari segi nasihat, kewangan, dan sebagainya, boleh berbuat demikian dengan menghubungi Zainulfaqar ( 0194241583 @zainulfaqar atau faqary@gmail.com) "Bagi yang berniat untuk menyumbang kepada Hajjar, boleh disalurkan melalui akaun Maybank2U saya dahulu, Zainulfaqar Yaacob, 164258481533. Tolong SMS saya, jumlah sumbangan. Sekadar perkongsian. ZAiNULFAQAR YAACOB" Untuk mengetahui cerita lanjut tentang penyakit yang dihadapi oleh isteri Zainulfaqar, sila baca di sini. P/s: Semoga segera sembuh! | ||
1 Pasang Kekasih Dicekup Berbogel, 1 Pasang Kekasih Kantoi Kereta Bergoyang Posted: 01 Aug 2012 08:34 PM PDT
[HM] REMBAU: Curiga penduduk kampung terhadap sepasang lelaki dan perempuan yang tidak membuka lampu selepas memasuki sebuah rumah kedai di Kampung Seri Kendong, dekat sini, terjawab apabila pasangan itu didapati memadu kasih dalam keadaan mengaibkan. Difahamkan, ketika serbuan penduduk kampung, lelaki berusia 23 tahun itu hanya berseluar jean manakala pasangannya berusia 19 tahun berbogel dan kedua-dua mereka bukan penduduk kampung itu. Kakitangan swasta, Idris Ibrahim, 38, berkata, ketika kejadian jam 12 tengah malam Sabtu lalu, dia dan tiga rakan berada di kedai minuman berhampiran kampung itu apabila ternampak pasangan terbabit sampai dengan sebuah motosikal di depan bangunan itu. Difahamkan penduduk sering melihat lelaki berkenaan menghantar pasangannya ke rumah kedai itu. "Kami nekad menyerbu rumah kedai itu apabila mendapati lelaki terbabit masih tidak beredar. "Lelaki itu hanya berseluar jean manakala perempuan berbogel. Apabila ditanya status hubungan, mereka mendakwa sudah bertunang dan bakal berkahwin hujung tahun ini," katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kendong, Bahari Thani berkata, dua hari selepas kejadian itu penduduk kampung menangkap satu lagi pasangan dipercayai kekasih dalam kereta. "Penduduk curiga apabila melihat kereta berada di lorong gelap bergoyang-goyang. Apabila dihampiri, seorang lelaki berusia 40-an dan wanita 30-an separuh bogel berada di dalamnya. "Mereka memaklumkan kepada saya dan polis dihubungi untuk tindakan lanjut. Saya kesal kerana bulan puasa ini dicemari dengan perbuatan terkutuk," katanya. P/s: Mungkin kalau ditakdirkan kemaluan melekat seperti diberitakan di sini, baru pasangan yang terlibat dengan maksiat tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu. Denda sebanyak RM2000 tidak akan menakutkan mereka. | ||
Lagu "Janji Ditepati’ Diilhamkan daripada Lagu Kerohanian Kristian Indonesia? Posted: 01 Aug 2012 08:11 PM PDT Sebelum baca berita, bandingkan melodi lagu Merdeka BN dengan lagu kerohanian Kristian di sini. [TMI] KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Melodi lagu "Janji Ditepati" yang dipilih sebagai lagu tema sambutan Hari Kemerdekaan heboh diperkatakan akan tetapi bukanlah disebabkan perkara positif masa kini. Pengguna Internet mendapati melodi lagu tersebut menyamai lagu kerohanian Kristian Indonesia yang dipopularkan oleh kumpulan True Worshippers semenjak tahun 2008 yang turut membariskan penyanyi terkenal negara tersebut, Ruth Sahanaya. Kontroversi terbaru, datang hanya beberapa hari selepas Putrajaya terpaksa menukar logo Hari Kemerdekaan ke 55 yang direka secara buruk kepada logo 1Malaysia, menambahkan lagi malu dikalangan pegawai kerajaan dan boleh menegangkan lagi dengan gergasi Asia Tenggara itu. Pada mulanya, kritikan pengguna Internet Malaysia hanyalah pada lirik lagu "Janji Ditepati" akan tetapi empat hari lalu serangan di laman sosial YouTube dan Facebook terarah kepada melodi lagu tersebut apabila seorang penulis blog yang mengaku sebagai penganut agama Kristian menghebahkan bahwa melodi lagu "Janji Ditepati" menyamai lagu gospel Indonesia bertajuk "Serukan Namanya". Lirik "Janji Ditepati" ditulis oleh menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan, Datu Seri Dr Rais Yatim. "Lagu tema KEMERDEKAAN MALAYSIA ke 55 kedengaran seperti LAGU Pujian di GEREJA," kata penulis blog yang tidak menamakan dirinya pada posting 30 Julai. "Hal ini lagi mengejutkan sekiranya lagu tema kebangsaan di ambil dari lagu rohani org Kristen. "Mungkin kementerian tidak tau tapi seharusnya pencipta lagu ni tdk berbuat demikian (menciplak) sebab dia ditugaskan untk membuat lagu tema kemerdekaan," katanya lagi. Penulis blog tidak bernama itu menggesa kementerian untuk meminta kembali bayaran kepada penulis lagu tersebut yang liriknya ditulis sendiri oleh menteri dan menggantikan melodi lagu tersebut kepada melodi lain. Klip video lagu "Janji Ditepati" dan "Serukan Namanya" telah dimasukkan dalam beberapa blog untuk dibuat perbandingan. Laman Miricommunity.net — popular dikalangan rakyat Malaysia berasal Sarawak — turut menyiarkan perbandingan antara dua klip video ini. "Amen, Yesuslah Raja!! Tapi sorry ya, Rais Yatim dengan lagu 'Janji Ditepati'nya sama style dengan lagu ni," kata seorang pengkomen di YouTube yang menggunakan nama moniker amoker27 dalam satu video klip yang telah dilihat oleh 100,000 pengguna Internet sejak dimuat naik pada 5 September, 2008. Lagu "Serukan Namanya" dinyanyikan oleh kumpulan True Worshippers, yang diketuai oleh Sidney Mohede, dimasukkan dalam album mereka yang dilancarkan pada 2008 bertajuk, "All Things New". "Sekarang saya benar-benar benci kepada kementerian kita kerana menciplak lagu ini dan menjadikan kes politik di Malaysia," kata pengkomen lain YouTube yang menggunakan nama vandridel. "Betul-betul memalukan negara kerana tindakan bodoh menteri kita. Maaf Indonesia!" Permintaan maaf terhadap Indonesia adalah merujuk kepada kekecewaan rakyat Indonesia sehingga menyerang pejabat kedutaan Malaysia di negara nusantara itu dengan melemparkan telur, batu dan kepingan kayu sehingga mencederakan kakitangan dan kerosakkan harta seperti pada bulan Jun baru-baru ini, apabila rakyat Indonesia mendakwa Malaysia mencuri kebudayaan mereka selepas Rais mengumumkan langkah untuk menambah tarian Tortor dari Sumatera Utara dan gendang Gordang Sambilan sebagai warisan negara. Kedua-dua negara mempunyai pergeseran sejarah politik, ekonomi dan kebudayaan. Akan tetapi, melodi lagu "Janji Ditepati" dikatakan dicipta oleh sekumpulan orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Aye, Jasnie, Arman E Six. Dari posting video lagu tersebut di YouTube disini terdapat 255,000 kali tontonan semenjak dimuat naik pada 27 Julai dengan 30,600 tidak menyukai berbanding 415 yang menyukai pada pagi semalam. Rais juga mengetahui kritikan ini apabila dia telah menulis di Twitter dua hari lepas dan menjemput orang ramai untuk berkongsi pandangan mereka mengenai lagu dia tulis liriknya. "Apa pandangan sdr tntg lagu janji d tepati? Di utube dah cecah 140k lebih. Tapi yg 'ibu jari k bawah' ada juga," kata menteri tersebut melalui akaun Twitternya @DrRaisYatim. Beberapa penyanyi, penulis lagu dan komposer yang dihubungi oleh The Malaysian Insider, juga mengambil perhatian persamaan ketara antara melodi "Janji Ditepati" dan lagu injil ini akan tetapi tidak mengatakan ianya plagiarisme. "Persamaan dalam melodi biasanya membawa kepada isu plagiarisme," kata pendidik musik Tay Cher Siang, yang juga merupakan pengarah muzik untuk The Venue, tempat muzik secara langsung di tempat beli-belah yang popular, Pavllion. Beliau setuju bahawa terdapat banyak persamaan antara dua melodi tetapi katanya lagi skala muzik adalah terhad kerana ia cuma mempunyai 12 nota. Beliau bertambah lagi yang komposisi musik pop biasanya mempunyai 7 nota. Menurutnya lagi, "Walaupun sememangnya saya tidak suka dengan keseluruhan yang ada pada 'Janji Ditepati' ini, saya ada keraguan terhadap isu plagiarisme ini." Beliau benci kerana ini merupakan pencurian lagu secara terang-terangan, katanya lagi beliau tidak ketahui sama ada komposer untuk "Janji Ditepati" sedar akan persamaan yang ada dengan "Serukan Namanya" dan telah dipengaruhi oleh lagu tersebut dan meminta keizinan untuk guna melodi itu ataupun secara sengaja menghasilkan semula melodi itu tanpa memberi penghormatan terhadap inspirasi lagu tersebut. Penyanyi lagu rakyat dan penulis lirik Meor Yusof Aziddin, 45, setuju dengan pandangan Tay. Katanya isu plagiarisme dalam melodi muzik adalah sesuatu yang subjektif. Beliau rujuk kepada contoh melodi pop yang gunakan formula yang sama sejak zaman Beatles pada 1960-an dan 1970-an. Beliau berkata lagu kebangsaan Malaysia, "Negaraku", turut mempunyai melodi yang sama dengan lagu Indonesia, "Terang Boelan", dan ini boleh dijejak balik kepada lagu abad ke-18, "La Rosalie", daripada seorang komposer Perancis, Pierre-Jean de Beranger. Seorang lagi komposer yang tidak mahu namanya diketahui umum tertarik dengan persamaan melodi diantara lagu Hari Kebangsaan dan melodi lagu kerohanian Kristian itu. "Persamaan substantif antara sebuah lagu Indonesia injil Kristian dan lagu baru hari Merdeka Malaysia adalah satu yang menarik, tidakkah anda terfikir begitu?" tanya beliau. Gabungan Barisan Nasional (BN) telah memilih "Janji Ditepati" sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, satu langkah yang dikritik hebat oleh pembangkang dan rakyat Malaysia. Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh kerajaan BN merampas sambutan Hari Kebangsaan untuk kempen politik mereka. Mereka juga menuduh BN menggunakan tema dan menyalahgunakan jentera kerajaan untuk tujuan kempen politik pilihan raya. Jumaat lepas, Rais telah mempertahankan di Twitter tema sambutan Hari Kebangsaan, mengatakan bahawa "segala-galanya boleh melihat buruk jika minda ditutup". "Malaysia telah benar-benar menjadi negara yang berjaya selepas 55 tahun merdeka. Mengapa tidak boleh kita katakan janji ditepati?" katanya dalam satu respons kepada kritikan meningkat terhadap tema kemerdekaan yang dikatakan mencerminkan tema kempen politik BN menjelang pilihan raya umum akan datang yang dijangka tidak lama lagi. | ||
P Balasubramaniam Dakwa Ada Cubaan Rasuah Untuk Burukkan Anwar Posted: 01 Aug 2012 07:55 PM PDT [MK] EKSKLUSIF Penyiasat persendirian P Balasubramaniam muncul daripada persembunyian dan membuat satu lagi pendedahan yang menggemparkan - bahawa terdapat percubaan kedua untuk merasuahnya ketika dia berada di India, kali ini untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu temu bual di Kuala Lumpur bulan lepas, Balasubramaniam mendakwa dia didatangi kira-kira seminggu sebelum pilihan raya negeri Sarawak pada April tahun lepas. "Anda tahu semua ini, mereka sudah mendapat 'berita baik' dari Perth dan mereka memerlukan lagi 'berita baik' dari India," kata Balasubramaniam, tetapi enggan mengulas lanjut. Pada masa itu, jentera kempen kedua-dua belah parti politik mencapai kemuncaknya dan apa sahaja digunakan untuk menarik pengundi dalam pilihan raya negeri yang penting itu. Ia juga sekitar masa temu bual Raja Petra Kamaruddin dengan TV3, yang dibuat semasa lawatan kontroversi penulis blog itu ke Australia, disiarkan. Dalam temu bual itu yang turut disiarkan oleh stesen TV arus perdana, Raja Petra menafikan akuan bersumpah (SD) yang menghubungkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Raja Petra, yang hidup dalam buangan di United Kingdom, menyebut bahawa SD itu adalah berdasarkan maklumat 'disemai' oleh pemimpin PKR yang terdesak untuk menghalang Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri, menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. | ||
Mangsa Kemalangan Koma Sejak 13 Tahun Lalu... Posted: 01 Aug 2012 06:21 PM PDT
[HM] BACHOK: "Bangunlah Along, emak teringin beraya dengan Along," rintih seorang ibu, Maziah Jusoh, 48, yang terus menaruh harapan supaya anaknya yang terlantar koma akibat dirempuh kereta 13 tahun lalu, kembali sedar untuk menyambut Aidilfitri. Siti Suzaini Jailani yang kini berusia 20 tahun, koma selepas ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat mengaji al-Quran ketika berusia tujuh tahun. Sejak kejadian itu, zaman kanak-kanak Siti Suzaini atau lebih mesra dengan panggilan Along terus hilang kerana tubuhnya tidak lagi dapat bergerak dan hanya terlantar di tempat tidur. Maziah berkata, Along hanya menggerakkan mata memerhatikan ahli keluarganya dan setiap kali tiba 1 Syawal sejak 13 tahun lalu, dia sebak melihat nasib anak sulungnya itu. Menurutnya, sebelum kemalangan menimpanya, Along amat ceria pada Aidilfitri terutama apabila menjamah sate ayam dengan kuah kacang serta air laici kegemarannya. P/s: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan