ALHUSSEYN |
Peguam Negara Berjaya Pancing Ikan Besar Posted: 02 Aug 2012 03:03 PM PDT Tahniah kepada Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail kerana berjaya dapat memancing 'ikan besar' sewaktu pergi memancing bersama Dato' Razak Musa, Pengarah SPRM Pendakwaan. Turut meraikan kejayaan tersebut ialah bekas KPN , Tan Sri Musa Hasan. Maka ternyata benar apa yang pernah penguamnya katakan disini tidak lama dulu. Bahawa kini Ramli terbukti telah benar-benar kecundang dalam perjuangannya untuk menegakan keadilan di bumi Malaysia ini. Dato Ramli, bekas pengarah Jabatan Siastan Jenayah Komersial, telah bersetuju untuk TIDAK mendakwa bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan, AG Gani Patail, kerajaan dan media arus perdana kerana tohmahan keatasnya sebagai 'Pegawai Polis RM 27 Juta' dan dakwaan yang telah dilontarkan ke atasnya. Ramli khabarnya dikembalikan semula dengan pangkat kepujian dan penuh dan beberapa pembayaran yang sememangnya menjadi haknya itu. Ramli akan menggunakan wang tersebut untuk membaik pulih masjid di kampungnya. Itu adalah 'Nazarnya' kata Ramli. Maka Ramai orang yang memuji sikap Ramli tersebut .... Tetapi aku rasa, tentu ramai juga yang berasa sedih dan kesal dengan sikapnya ltu. Apa sudah jadi dengan 'Azam'nya untuk menyaman para penyangak dan memperbetulkan sistem kehakiman negara yang sangat parah ini? Mana lebih penting membina sebuah negara yang benar-benar berpaksikan kepada keadilan untuk semua rakyatnya , berbanding dengan hanya membaiki sebuah masjid yang hanya untuk kegunaan segolongan ummat Islam di kampungnya itu? Saya percaya, sebagaimana tuan-tuan juga, bahawa banyak masjid yang lebih baik boleh dibina dengan cara yang lebih diredhai Allah SWT apabila kondisi negara yang pincang ini dapat diperbaiki melalui pemimpin=peminpin yang lebih bermaruah dan adil. Patutlah peguamnya, Rosli Dahlan dilaporkan begitu resah dan sedih bila menceritakan perkara ini di sini dahulu ...Perkara yang Rosli risaukan itu kini telah pun berlaku ... Maka amat malanglah bagi kita semua yang sangat mengharapkan kesungguhan Ramli apabila dia menegaskan kepada kita semua dengan kenyataannya berikut : "Apa yang saya ingin isytihar adalah, ya, saya akan saman Abdul Gani, dan Musa dan yang lain kerana menganiaya saya dan merosakkan sistem kehakiman. Mereka memburukkan nama saya mengenai (dakwaan) pegawai polis RM27 juta sedangkan mereka tahu ini semua penipuan," katanya Dato Ramli Yusuff, bekas pengarah Jabatan Siastan Jenayah Komersial. Dia benar-benar mengesahkan akan memfailkan saman ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan. Apakah itu bukan suatu janji yang mulia kepada seluruh rakyat Malaysia? Satu janji yang bersungguh-sunguh dan sudah tentunya ia juga setaraf dengan sebuah 'Nazar'. Ceritanya di sini Nampaknya, kita semua telah dihampakan oleh Ramli. Kita patut bersedih ... Para penyangak dan malaon akan terus bebas melata ....Episod ini hanya menambahkan bukti betapa kurupnya kerajaan Umno/BN ini dan adalah tugas kita semua untuk menumbangkangkannya dalam PRU-13 nanti.
SUMBER di sini |
Terbongkar - Agenda Jahat SYABAS! Posted: 02 Aug 2012 01:23 AM PDT Agenda jahat SYABAS mendera rakyat Selangor dengan sengaja mengadakan krisis ketiadaan air telah didedahkan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu. SYABAS perlu bertanggungjawab kerana punca sebenar krisis ketiadaan air yang berlaku di Balakong dan beberpa tempat yang berlaku adalah disebabkan kecuaian SYABAS mengendalikan operasi rawatan dan pengedaran air di Selangor Kerosakan pam air dan kolam simpanan air yang tidak diselenggara dengan sempurna oleh SYABAS adalah punca sebenar berlakunya krisis ketiadaan air tersebut. "Berdasarkan lawatan kita ke kolam simpanan air di Balakong, hampir semua kolam tersebut tidak dijaga dan ada yang rosak," katanya. "Malah, banyak kolam air ini tidak diselenggara dengan baik. Kebanyakkannya tidak mempunyai pam air dan motor pam telah rosak ... bukan itu sahaja pintu pagar pun hilang, ini sangat membahayakan keselamatan penduduk khususnya kanak-kanak," katanya yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran. Baca lagi di sini |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan