Khamis, 2 Ogos 2012

Biaqpila

Biaqpila


PUSAT PENDEDAH SKANDAL BERKEPENTINGAN AWAM DITUBUH

Posted: 02 Aug 2012 03:00 PM PDT

Rafizi tubuh pusat pendedah maklumat


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengumumkan penubuhan pusat pendedah maklumat bagi mendedahkan lebih banyak "skandal besar" yang didakwa cuba dilindungi badan berkepentingan awam.

Badan itu yang dikenali sebagai Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Negara (Now) sudah didaftarkan dan akan beroperasi dari Sungai Besi dekat ibu negara.

NONE"Menyedari bahawa tanggungjawab melindungi pemberi maklumat dan menjaga kebajikan mereka tidak akan dipikul oleh kerajaan, saya merasa terpanggil untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan sedia ada dan seluruh masyarakat untuk menubuhkan sebuah badan khusus untuk melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat," katanya.

Menurut Rafizi, pusat itu antara lain ditubuhkan dengan matlamat berikut:

(1) Berfungsi sebagai badan pemantau yang menilai secara berkala prestasi urus tadbir, tata kelola dan ketelusan kerajaan dan agensinya (termasuk syarikat berkaitan kerajaan);

(2) Melindungi dan menjaga kebajikan pendedah maklumat melalui Dana Perlindungan Pemberi Maklumat yang akan menanggung kos guaman, kos hilang sara diri dan lain-lain;

(3) Menjalankan program kesedaran untuk menggalakkan lebih ramai pendedah maklumat tampil ke hadapan; dan

(4) Melatih lebih ramai aktivis yang berkemahiran menganalisa skandal dan melakukan pendedahan.

'Akta diragui masyarakat'

Ia juga, kata Rafizi akan berfungsi untuk membantu pendedah maklumat yang bukan sahaja tidak dibantu malah didakwa diburu kerajaan.

Katanya, ia bertujuan mematikan budaya baru menggalakkan pendedah maklumat tampil ke hadapan.

"Akta Perlindungan Pemberi Maklumatyang digubal langsung tidak berkesan malah diragui rakyat," kata Rafizi.

Pelancarannya akan dilakukan pada 30 Ogos ini - sehari sebelum Hari Kebangsaan untuk melambangkan kebebasan baru rakyat Malaysia.

Rafizi turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai kepada pusat itu.

MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LIVE: DARI MASJID AL NABAWI

Posted: 02 Aug 2012 11:24 AM PDT



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KERETA MURAH RAKYAT RUGI,KERETA MAHAL RAKYAT UNTUNG KE?

Posted: 02 Aug 2012 05:02 AM PDT



DEY MACHA!!!
PENGUSAHA KERETA TERPAKAI DAH BERSUARA
MARAH PASAI HARGA KERETA NAK TURUN
KALAU PR BERJAYA TAWAN PUTRAJAYA
KAH! KAH! KAH!

SENDIRI MAU INGAT LA
BERAPA LAMA LU ORANG MAU UNTUNG
KASI LU ORANG PULAK RUGI
SELAMA NI RAKYAT YANG RUGI
KAH! KAH! KAH!

MANA YANG LEBIH UNTUNG?
RAKYAT YANG RAMAI UNTUNG
ATAU PENIAGA YANG SIKIT RUGI
KAH! KAH! KAH!

KERETA MURAH RAKYAT RUGI
HABIH TU KERETA MAHAL RAKYAT UNTUNG KE?
LU ORANG PUNYA CERITA
SAMPAI BILA PUN RAKYAT TAK BOLEH UNTUNG
SAMPAI BILA PUN MAU TIPU RAKYAT
JANJI MAU TIPU MESTI DITEPATI MAAAA...
KAH! KAH! KAH!

Pemilik Kereta Rugi Jika Harga Rendah

KUALA LUMPUR: Pengusaha kereta terpakai dan pemilik kereta sedia ada akan mengalami kerugian mendadak dari segi nilai harga kereta mereka jika harga kereta serta duti eksais kenderaan diturunkan.

Presiden Persatuan Persekutuan Syarikat-syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Datuk Tony Khor berkata penurunan harga kereta dan duti eksais boleh mengakibatkan kerugian kepada pemilik lebih 10 juta kereta di negara ini yang masih lagi dalam status pembiayaan dan berhutang dengan bank.

"Kebanyakan kereta masih lagi baru dibeli dalam tempoh dua hingga lima tahun. Pemilik 10 juta kereta itu pasti akan rugi kerana harga aset mereka turun.

"Contohnya, harga sebuah kereta Camry yang telah dibeli adalah RM90,000...kemudian cadangan itu diteruskan, harga turun kepada RM60,000, tetapi pembiayaan dengan bank masih lagi RM90,000.

"Pemilik pastinya telah rugi dan situasi ini kelak akan menimbulkan keadaan pinjaman tidak berbayar," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli yang berjanji untuk menurunkan harga kereta jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Mohd Rafizi membuat kenyataan itu kerana melihat kononnya harga kereta sekarang ini membebankan rakyat tetapi tidak menyatakan bagaimana kesan penurunan harga kenderaan akan mempengaruhi sektor lain yang berkaitan.

Khor berkata cadangan itu juga akan menyebabkan industri jualan kereta terpakai merosot dan terkena tempias kerugian kerana pengguna akan memilih untuk membeli kereta baru yang lagi murah dari kereta terpakai.

Katanya walaupun harga kereta di Malaysia tinggi berbanding negara lain, namun harus diakui, harga petrol di negara ini masih lagi rendah dan berpatutan di rantau ini.

"Polisi kerajaan, mudah untuk memiliki sebuah kereta dan mudah menanggung perbelanjaan petrol. Tiada gunanya kalau harga kereta itu murah tetapi petrolnya mahal.

"Negara perlukan pendapatan daripada penjualan harga kereta untuk terus maju," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abd Rahman berkata penghapusan cukai bagi kereta akan mengurangkan cukai negara sebanyak RM7 bilion yang boleh menjejaskan pelbagai pembangunan termasuk melibatkan sektor pengangkutan.

"Macam mana hendak baiki jalan dan meningkatkan infrastruktur jalan raya? Tidak mustahil tol naik sebab kerajaan tiada duit. Buatlah kajian terperinci. Bercakap memang senang, tapi mustahil.

"Bohonglah kalau tidak bersetuju dengan cadangan itu..siapa tidak mahu kereta murah," katanya.

Beliau berkata jualan syarikat pengeluar kereta nasional negara, Proton dan Perodua juga tidak mustahil akan merosot dan mengalami kerugian mendadak jika cadangan itu dilaksanakan.

Ini kerana pengguna akan memilih untuk membeli kereta import yang harganya tidak jauh beza dengan harga kereta tempatan, katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Automobil Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad menyifatkan cadangan itu perlu dikaji dan diteliti kaedah pelaksanaannya yang memerlukan tempoh masa yang khusus dan bukannya dijalankan secara serta-merta.

Ini kerana kerajaan telah memberikan kemudahan dari segi pembaharuan cukai jalan dengan harga rendah selain kos penyelenggaraan kereta yang rendah dan sangat kompetitif berbanding negara lain, katanya.

"Kita tidak mahu cadangan ini akan mewujudkan fenomena 'tidak beli kereta' seperti yang berlaku pada 2006 di mana kerajaan umumkan penurunan semua harga kereta termasuk kereta tempatan dan kereta import.

"Pengguna pula ketika itu mengambil sikap berhati-hati dan tidak membeli kereta dan menunggu sehingga harga kereta betul-betul berada di bawah paras rendah. Akhirnya, keadaan ini menyukarkan kita dan mengambil masa bagi kita menyelaras dan pulih daripada situasi itu," katanya. BERNAMA

mstar

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

AIR LIUR BERTUKAR JADI JONGKONG EMAS

Posted: 02 Aug 2012 12:34 AM PDT



DEY MACHA!!!
LAGI SEKALI RAMAI YANG KENA
TAK SERIK-SERIK ORANG KITA MELABUR
SEMUA NAK JADI KAYA
LAST-LAST JATUH PAPA
KAH! KAH! KAH!

BANK NEGARA PUN SATU HAL
DAH LAMA BEROPERASI BARU NAK KATA TAK SAH
TAKKAN TAK DAK PEMANTAUAN SELAMA NI?
BERAPA KALI DAH BERLAKU BENDA NI
SEJAK DARI KES SWISS CASH DULU LAGI
PASAI APA TAK DAK TINDAKAN SEGERA
SEBELUM NASI JADI BUBUR
ATAU BANK NEGARA MEMANG SENGAJA KATA TAK SAH
SEBAB ORANG DAH TAK NAK MELABUR DI BANK-BANK?
KAH! KAH! KAH!

GUA RASA KALAU AIR LIUR GUA
BERTUKAR JADI JONGKONG EMAS PUN
BANK NEGARA AKAN KATA TAK LAKU DAN TAK SAH
SEBAB GUA TAK DAK LESEN JUAL EMAS
KAH! KAH! KAH!

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

TEMA MERDEKA KEPALA OTAK NAJIB JUGAK

Posted: 01 Aug 2012 05:00 PM PDT


Gambar hiasan ini bukan logo merdeka.

DEY MACHA!!!
APA BEZA ANTARA DUA TEMA NI:

SEBANGSA,SENEGARA,SEJIWA

1BANGSA,1NEGARA,1JIWA

CUMA 1 DIGANTI DENGAN SE
LEBIH KURANG KEPALA OTAK NAJIB JUGAK LA
TAKKAN PR PUN DAH TERIKUT LENGGOK BE END
MERDEKA LA SIKIT BHAI
KAH! KAH! KAH!

APA YANG BAGUS CUMA TEMA PR GUNA BAHASA YANG BETOI
SEBANGSA,SENEGARA,SEJIWA
BUKANNYA 1BANGSA,1NEGARA,1JIWA
YANG TERNYATA MEMPORAK-PERANDAKAN BAHASA MALAYSIA
KAH! KAH! KAH!

APAPUN TEMA MERDEKA PAKATAN LEBIH PATRIOTIK
BERBANDING TEMA JANJI DITEPATI YANG LEBIH POLITIK


'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' tema Merdeka Pakatan

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini memutuskan untuk memilih tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' sebagai tema Hari Kemerdekaan ke-55 menggantikan tema 'Janji Ditepati' oleh kerajaan.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat, Datuk A Samad Said pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Tropicana di sini hari ini.

"Kita harus bermula dengan bangsa untuk membina negara. Jadi negara, bangsa dan jiwa itu diambil seringkasnya, dengan tidak ada apa-apa niat kecuali itulah niatnya – untuk menyatakan secara kudus dan tulus.

"Kami rumus dan ranumkan sehingga kami memilih "Sebangsa, Senegara, Sejiwa," kata Pak Samad yang juga Sasterawan Negara.

Turut serta pada sidang media itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Ahli Jawatamnkuasa Bersih, Dr Toh Kin Woon dan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.

Jawatankuasa itu turut dianggotai bekas Pengarah Eksekutif Women's Aid Organisation (WAO), Ivy Josiah dan bekas Pengerusi Proham, Tan Sri Simon Sipaun

Menurut Pak Samad, tema itu menurutnya diambil daripada cadangan yang diilhamkan Alhaimi Adam yang diterima daripada jawatankuasa itu melalui emel bersama 250 cadangan lain.

Ditanya sama ada tema baru itu akan dicadangkan kepada kerajaan, Pak Samad berkata ia terpulang kepada kerajaan sama ada mahu mengambil tema baru itu atau sebaliknya.

"Dia (kerajaan) kena ingat, (tema ini) datang dari rakyat sendiri. Kalau dia tak nak dengar kita (Pakatan Rakyat) tak apa…tapi dengar kata rakyat," ujarnya.

Mustafa Ali pada sidang media sama pula berkata, pemilihan tema oleh Pakatan Rakyat lebih inklusif, ada semangat kebersamaan, merangkumi sentimen dan jiwa seluruh rakyat Malaysia.

Ianya juga jauh berbeza dengan tema Janji Ditepati yang lebih mirip kempen politik Umno BN.

"Kita turut cadangkan logo dan lagu mesti serasi dan selari dengan tema yang dicadangkan. Kami akan hantar secara rasmi kepada kerajaan Malaysia," katanya.

HD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: