Jumaat, 3 Ogos 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


24 NGO hantar memorandum ke Duta Myanmar, 300 warga Rohingya berdemo

Posted: 03 Aug 2012 08:22 AM PDT


Perhimpunan ketika penyerahan memo membantah kezaliman kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Rohingya yang dinamakan 'Himpunan Desak Myanmar Henti Pembunuhan' di Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur pada 3 Ogos, 2012. — Gambar oleh SAMM 
KUALA LUMPUR —  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan 24 NGO hari ini bersama-sama 300 warga Rohingya menghantar memorandum ke Kedutaan Myanmar di Jalan Ampang Hilir sebagai membantah pembunuhan dan penghapusan etnik itu di Myanmar.
 Menurut pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin (gambar bawah) yang dikenali sebagai CheguBard, sudah tiba masanya kerajaan Malaysia untuk bangkit bersuara atas kekejaman tentera Myanmar ke atas penduduk etnik Rohingya.

"Kita hari ini datang bukan atas dasar politik tetapi atas dasar kemanusiaan.

"Kita mahu penduduk Rohingya ini diberi perhatian oleh ASEAN dan OIC," katanya.

Kumpulan NGO itu merasa kecewa kerana tidak dilayan dengan baik oleh pihak kedutaan Myanmar.

"Kita telah mendapat 24 dukungan NGO tetapi hati kami terguris kerana pihak kedutaan enggan untuk menerima memorandum kami, sebaliknya hanya menyuruh kami memasukkan memorandum dalam peti surat mereka.

"Kita mendesak agar kerajaan Myanmar untuk menghentikan pembunuhan kaum Rohingya sejak tahun 1942, selain mendesak agar kerajaan Malaysia supaya bersuara tegas.


"Kami juga akan menghantar memorandum ini ke Kedutaan Amerika Syarikat,British dan Bangladesh," kata wakil dari SAMM itu.

Dilaporkan  berpuluh ribu warga Rohingya dibunuh di Myanmar walaupun tiada angka rasmi pernah dikeluarkan mana-mana badan.

Sementara itu, pihak polis mengatakan dapat mengawal kawasan kedutaan dengan baik.

Polis pula berkata mereka mengharapkan pihak penganjur supaya dapat mengawal penunjuk perasaan yang bertindak secara emosi dalam perhimpunan.

"Kita mahu pihak penganjur untuk menghormati persekitaran dan juga lalu lintas kerana kita tidak mahu ketenteraman mereka diganggu," kata ketua polis daerah Cheras, OCPD Mohan Singh.

Turut hadir ialah Presiden Memacu Arus Perjuangan (MAP), Mustaffa Kamil Ayub, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin, serta beberapa wakil NGO lain.


MCA Kedah kekal bertanding dua kerusi parlimen dan empat DUN

Posted: 03 Aug 2012 08:19 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

ALOR SETAR — MCA Kedah kekal bertanding di dua kerusi parlimen dan empat kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13, kata Naib Presiden MCA Datuk Seri Chor Chee Heung.

Katanya keputusan itu dibuat Barisan Nasional (BN) yang setakat ini
memperuntukkan kerusi parlimen Alor Setar dan Padang serai, serta DUN Kota Darul Aman, Kulim, Bakar Arang dan Gurun.

Semua kerusi terbabit ditandingi MCA pada pilihan raya umum 2008, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

"Saya percaya kalau ada pertukaran kerusi antara Umno dan MCA, kita serahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi BN untuk berbincang," katanya yang ditemui pada majlis penyampaian sumbangan kepada badan bukan kerajaan (NGO).

Chor yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata jika ada pertukaran mungkin membabitkan kerusi parlimen Padang Serai.

Pada 2008, MAC kehilangan kerusi Padang Serai kepada Parti Keadilan Rakyat dan tiga kerusi DUN kecuali Gurun yang dimenangi Dr Leong Yong Kong. Chor pula berjaya mempertahankan kerusi parlimen Alor Setar.

Terdahulu Chor menyampaikan sumbangan kepada tujuh NGO, 85 penerima bantuan kecemasan dan 40 penerima bantuan Program Sentuhan Hati Parlimen Alor Setar, dengan jumlah keseluruhan RM121,670. — Bernama

George Kent menghina proses bidaan dan perolehan negara, kata Rafizi

Posted: 03 Aug 2012 08:14 AM PDT

TERKINI


Sebuah keretapi LRT dicat dengan kandang penyewaan baru Rapid. — Foto fail
KUALA LUMPUR — Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli menyatakan, kenyataan pengarah eksekutif George Kent, En Cheong Thiam Fook yang mendakwa konsortium tersebut lulus penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaan sebagai menghina proses bidaan dan perolehan negara.
 Menurut Rafizi, kenyataan Cheong itu terang-terang membelakangkan laporan penilaian rasmi yang digunapakai oleh kerajaan dalam menentukan kontraktor bagi kerja-kerja tambahan sistem LRT Laluan Ampang.

"Malah, Encik Cheong Thiam Fook dan George Kent telah berbohong apabila beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan berikut:

"1. Bahawa Konsortium George Kent-Lion Pacific telah LULUS penilaian kewangan.

"2.Bahawa Konsortium George Kent-Lion Pacific telah MEMATUHI semua syarat-syarat kontrak.

"3. Bahawa Konsortium George Kent-Lion Pacific telah LULUS semua syarat teknikal," kata Rafizi dalam sebuah kenyataan yang diemailkan kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

Menurut Rafizi, pembohongan ini dibuat bertujuan untuk mengabui mata rakyat Malaysia tentang wujudnya unsur-unsur rasuah dan kronisme.

"Konsortium George Kent dan rakan-rakan karib mereka dalam pentadbiran Umno/Barisan Nasional percaya dengan propaganda media yang berterusan, mereka dapat meyakinkan rakyat bahawa tidak ada unsur rasuah dan penyelewengan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dalam memastikan konsortium itu mendapat kontrak," katanya lagi.


Rafizi Ramli: Semua fakta diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan. — Foto fail
Rafizi menyertakan fakta-fakta yang membuktikan pembohongan George Kent berserta susur galurnya.
 "Dalam satu surat bertarikh 20 Januari 2012, Dato' Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana telah mengemukakan ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (penilaian teknikal, penilaian kewangan dan pematuhan kepada syarat-syarat kontrak) kepada Kementerian Kewangan bersama-sama cadangan lantikan untuk diluluskan Kementerian Kewangan.

"Bidaan oleh George Kent dibuat melalui Konsortium George Kent-Lion Pacific yang turut melibatkan syarikat-syarikat Wijet dan Thales dari luar negara. Bidaan ini dilabelkan sebagai bidaan 3 dari 8 pembida (3/8).

"Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (salinannya disertakan bersama) dengan secara jelas menunjukkan bahawa Konsortium George Kent hanya mendapat markah 8.7 daripada 30 markah keseluruhan bagi penilaian kewangan. Oleh itu, Prasarana telah memutuskan bahawa George Kent GAGAL dalam penilaian kewangan.

"Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan juga menyatakan bahawa George Kent TIDAK MEMATUHI syarat-syarat kontrak. Malah, ia membuat permohonan agar beberapa syarat seperti 'bayaran ganti rugi kerosakan akibat gangguan' (atau Agreed Disruption Damages) disemak kembali.
 
"Pada markah teknikal 38.62 dari 70 markah keseluruhan, George Kent berada di tempat ketiga tercorot dalam penilaian teknikal. Malah, di dalam laporan penuhnya, Perunding Halcrow dengan secara jelas menyatakan bahawa ia tidak yakin Konsortium George Kent boleh melaksanakan projek itu," kata Rafizi.

Menurut Rafizi, kesemua fakta ini adalah fakta yang sah dan diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri.

"Saya telah disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumen yang sah ini," katanya.

Rafizi seharusnya dedahkan skandal NFC kepada SPRM, kata Najib

Posted: 03 Aug 2012 08:11 AM PDT

TERKINI

 
KUALA LUMPUR — Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak menjawab kritikan terhadap kerajaan berikutan pendakwaan terhadap Rafizi Ramli yang mendedahkan skandal Pusat Fidlot Negara (NFC), dengan mengatakan Rafizi seharusnya membuat aduan terhadap skandal tersebut kepada badan yang berkenaan dan bukannya kepada umum.

PM menyatakan, sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat kontroversi seperti Rafizi harus menyerahkan maklumat tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mereka terdedah kepada Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA).

Rafizi yang juga pengarah strategi PKR didakwa melanggar akta tersebut kerana mendedahkan dokumen bank NFCorp, firma yang menguruskan operasi NFC, yang didanai oleh kerajaan untuk menguruskan skim penternakan lembu.

"Sebab mengapa wujudnya BAFIA adalah untuk mempertahankan kredibiliti sistem kewangan kita dan semua orang yang mempunyai akaun dalam sistem kewangan mesti merasakan dilindungi dengan baik.

"Jika tidak, orang tak mahu menyimpan wang dalam sistem kewangan kita dan orang luar negeri tidak akan menyimpan dan ini bertentangan dengan kepentingan awam," kata Najib dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno.

Apabila ditanya tentang apakah pendakwaan terhadap Rafizi akan merosakkan persepsi umum —keikhlasan kerajaan untuk memerangi rasuah, Najib berkata, "Itu bukan persoalannya."

Najib berkata, kerajaan mahu memastikan kredibiliti sistem kewangan negara tidak akan dikompromi demi kepentingan umum.

"Tetapi ini tidak bermakna kita akan membiarkan rasuah atau pengubahan wang haram .... kerana anda sentiasa boleh mendedahkan maklumat seperti itu kepada pihak berkenaan," tegas Najib.

Anak muda tolak logo & lagu kemerdekaan ke-55

Posted: 03 Aug 2012 08:08 AM PDT

Shara Shazana,

Usia 55 Tahun Kemerdekaan seharusnya melahirkan satu tempoh kematangan yang unggul. Namun menelusuri paparan pelbagai blog, facebook dan twitter, menampakkan wacana perbincangan yang gamat memperkatakan mengenai kritikan terhadap lagu dan logo kemerdekaan yang ke-55 tahun ini.

Kematangan minda dan gaya fikir serta definisi patriotik telah mula dijiwai oleh segenap lapisan masyarakat yang ingin turut sama membaikpulih imej yang telah mencalarkan mood sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-55.

Pertama kali dalam sejarah, Ameerah melihat dangkalnya pemikiran pemerintah yang cuba membawa propaganda dalam nada yang agak keterlaluan dalam tema kemerdekaan. Namun pastinya hal ini tidak disambut baik oleh generasi media baru kini dan jelas dizahirkan dalam kritikan di media baru yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan layaknya.

Facebook Portal Malaysia Merdeka milik kerajaan juga dipenuhi komen-komen rakyat Malaysia yang mengkritik pilihan logo dan lirik untuk tema kemerdekaan tahun ini. Sejumlah "1,075 people likes" untuk portal seperti itu adalah satu angka yang sedikit.

Lagu tema Hari Kemerdekaan Ke-55 yang dimuatkan di youtube oleh Khairil Husni pada 27 Julai 2012 hanya mendapat 297 likes, 20,538 dislikes. Sejak artikel ini ditulis. Angka dislike bertambah setiap waktu.

Pereka bentuk logo kreatif bertalu-talu berkongsi logo lukisan mereka demi semangat kemerdekaan yang sebenar.

Masyarakat kini semakin cerdik. Bukan lagi sekadar menerima bulat-bulat apa yang dipersembahkan walaupun hanya pada lagu dan logo.

Ameerah melihat unsur kematangan dan jiwa patriotik yang lahir serta keberanian masyarakat Malaysia yang harus dicontohi.

Selaras dengan misi patriotisme yang dibawa Ameerah, kami menyeru semua anak muda menghayati dan memaknakan erti kemerdekaan sebenar dalam membangun jiwa generasi baru.

Kita bukanlah pewaris perjuangan kemerdekaan yang hanya mampu menuruti tanpa berfikir!

Kitalah pewaris yang bakal melakari dan mencoret kanvas sejarah kemerdekaan untuk tahun yang akan datang. Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Yang Ke-55

*Penulis ialah anak muda daripadaAmeerah, Dewan Muslimat Pas Pusat

Najib ke Sabah ekoran MP BN berpaling tadah

Posted: 03 Aug 2012 08:01 AM PDT

Nigel Aw


 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sendiri akan turun ke Sabah ekoran pembelotan dua anggota Parlimen BN, di mana beliau akan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu.

Beliau juga menolak anggapan bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan berpaling tadah, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

"Setakat ini ia hanya desas desus, tetapi apa yang lebih penting sekarang, kedudukan kita tidak tercancam dan kita mampu menangani cabaran ini," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, beliau berkata, BN akan mengambil langkah yang perlu untuk mengukuhkan Umno dan BN di negeri itu.

RCI itu diumumkan pada 1 Jun lalu tetapi belum ada sebarang perincian dikemukakan setakat ini.

Najib berkata beliau sudah bertemu beberapa pemimpin BN Sabah ekoran pembelotan sebelum ini tetapi akan sekali lagi turun pada pada Sabtu ini.

GRO sanggup menyorok bawah meja

Posted: 03 Aug 2012 07:59 AM PDT

SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN

Gadis-gadis terbabit berjaya dikesan walaupun menyorok di bawah meja yang sempit.
Gadis-gadis terbabit berjaya dikesan walaupun menyorok di bawah meja yang sempit.
 
 
BANDARAYA MELAKA - Tindakan lima gadis dipercayai pelayan pelanggan (GRO) yang cuba menyorok di bawah meja untuk mengelak dikesan penguatkuasa tidak berhasil apabila ditahan dalam serbuan di sebuah kelab, malam kelmarin.

Cubaan mereka yang turut bersembunyi di sebalik sofa itu dapat dikesan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pejabat Imigresen negeri ketika menyerbu sebuah kelab yang terletak bertentangan dengan sebuah sekolah dekat Banda Hilir, kira-kira jam 11 malam.

Lima pelayan itu antara 35 ditahan dalam pemeriksaan dilakukan ke atas 40 wanita berpakaian seksi, dipercayai turut memberikan khidmat seks untuk pelanggan.

Timbalan Pengarahnya, Mohammad Azlan Jawawi berkata, serbuan dalam Operasi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) itu disertai 18 anggota dan pegawai Imigresen bermula jam 11 malam hingga 2 pagi dalam dua serbuan berasingan.

"Seramai 40 GRO berusia 22 hingga 44 tahun diperiksa dan 35 daripadanya iaitu 19 warga China, 11 Vietnam, tiga Filipina dan dua warga Indonesia ditahan dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja di negara ini.

"Risikan mendapati, kelab berkenaan turut menawarkan aktiviti tidak bermoral dan dengan bayaran RM150, pelanggan boleh membawa GRO yang dipilih ke satu lokasi lain," katanya pada sidang media selepas operasi, awal pagi semalam.

Menurutnya, ada GRO yang bertindak seolah-olah tiada apa-apa berlaku, dipercayai bagi mengelirukan penguat kuasa kononnya mereka adalah rakyat tempatan.

Beliau berkata, pihaknya turut menyerbu rumah pekerja sebuah ladang dekat Kesang Pajak, Jasin kira-kira jam 1 pagi sebelum menahan 15 lagi lelaki warganegara Indonesia.

"Ketika serbuan, semua 20 lelaki sedang tidur sebelum pemeriksaan dilakukan dan mendapati 15 daripadanya melanggar syarat pas, tinggal melebihi tempoh dibenarkan, tiada permit sah dan bekerja dengan majikan lain daripada didaftarkan," katanya.

Menurutnya, seramai 50 orang ditahan dalam dua serbuan itu disiasat di bawah Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963.

Isu hudud: DAP tidak mahu layan MCA

Posted: 03 Aug 2012 07:58 AM PDT

NURUL AINI MOHAMED ALI

Dr Tan Seng Giaw
 
 
SHAH ALAM - DAP tidak akan melayan sebarang desakan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung  yang mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar secara terbuka menjelaskan polisi bersama pakatan pembangkang bagi membuktikan ia benar-benar menentang pelaksanaan hukum hudud.

Menurut Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw, desakan MCA tidak sedikit pun akan menjejaskan pendirian DAP mengenai pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

"Isu ini sudah lapuk, MCA sengaja timbulkan isu ini untuk meraih undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU)," kata Ahli Parlimen Kepong ini.

Chee Heung sebelum ini berkata, DAP cenderung berdiam diri dan tidak bercakap apa-apa walaupun telah berkali-kali digesa oleh orang ramai untuk menjelaskan pendirian mereka terhadap usaha Pas melaksanakan hukum hudud.

Dalam kenyataan baru-baru ini, beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, Guan Eng juga perlu membuktikan bahawa DAP bukan semata-mata menggunakan polisi sama yang dipersetujui oleh parti itu dan Pas sebagai alasan untuk mengelirukan orang ramai dan mengumpan mereka.

Sebaliknya, menurut Seng Giaw, hudud tidak menjadi masalah untuk dilaksanakan di Malaysia tetapi pindaan undang-undang mesti dibuat di Parlimen dan ia bukan sesuatu yang mudah.

"Agak sukar untuk membuat pindaan di Parlimen kerana mesti mendapatkan majoriti dua pertiga terlebih dahulu," ujarnya.

Tambah beliau, negara ini mempunyai pelbagai kaum dan jika pelaksanaan hukum hudud menjadi realiti, pihaknya berharap agar semua kaum akan dilayan secara adil dan saksama tanpa ada sebarang jurang sempadan.

"Tidak jadi satu isu lagi, MCA sengaja menjadikan ia satu topik politik kerana sudah kekeringan idea. Bagaimana mahu teruskan pelaksanaan hudud jika tiada pindaan perlembagaan dibuat? MCA tidak perlu melatah mengenai isu ini," katanya.

Kelantan lulus bonus setengah bulan

Posted: 03 Aug 2012 07:56 AM PDT

Harakahdaily,
KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan meluluskan bonus Aidilfitri setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 bagi kakitangan awam.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau bersetuju dengan pemberian bonus itu bagi menampung keperluan sempena hari raya.

"Saya baru sahaja bersetuju dan mendatangi surat tersebut," katanya ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini pagi ini.

Bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas RM500 untuk pesara kerajaan yang dibayar pada 9 0gos ini.

Kerajaan negeri Selangor pula menambah RM200 dari bonus dengan memasukkan wang itu sebagai simpanan.

"Bagi yang beragama Islam, wang ini akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN)," umum Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan pada Khamis lepas.

94% tolak tema Merdeka: Poll Malay Mail terus menekan Rais

Posted: 03 Aug 2012 07:54 AM PDT

Harakahdaily,


(Poll yang dibuat The Malay Mail pagi tadi. Ketika dimasuki sekali lagi, ia sudah 'off-line')

KUALA LUMPUR: Satu pungutan suara Malay Mail untuk meninjau kesukaan pembacanya antara tema Merdeka 'Janji Ditepati' dan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' bakal membawa tekanan pada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Setakat ini, pungutan suara yang berumur sehari itu telah menunjukkan satu keputusan yang jelas bahawa tema Merdeka, yang juga slogan kempen Barisan Nasional ditolak hampir sepenuhnya oleh pembaca Malay Mail.

Pagi tadi, daripada 265 undi, 94 peratus atau 248 undi memilih tema Pakatan Rakyat sebagai tema yang lebih disukai untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Ketika cuba dimasuki sekali lagi pada jam 4.00 petang, laman The Malay Mail di alamat http://www.mmail.com.my didapati laman itu 'off-line'. (gambar kanan bawah)

Apakah ia benar-benar bermasalah teknikal sehingga menyebabkan ia 'off-line' tidak dapat disahkan.

Sehingga kini, Rais masih bertungkus-lumus mempertahankan slogan "Janji Ditepati" walaupun diserang daripada pelbagai pelusuk.

Logo Kemerdekaan yang terlalu simplistik yang dipertahankan Rais dulu telahpun ditarik balik dengan alasan yang dilihat amat tidak munasabah dan logik.

Rais, yang sebelum ini mempertahankan logo tersebut telah bertukar nada menyatakan bahawa tiada logo rasmi untuk sambutan Merdeka tahun ini selain logo 1Malaysia.

Bukan itu sahaja, laju tema sambutan Merdeka tahun ini – 'Janji Ditepati' yang liriknya ditulis Rais turut mengundang kritikan ramai.

Ramai yang berpendapat bahawa lagu tersebut dengan lirik berbunyi, "Janji telah ditepati, kini masa balas budi" amat menyinggung perasaan.

Selain itu, lagu tersebut kini turut dituduh menyamai lagu kerohanian Kristian Indonesia yang dipopularkan oleh kumpulan True Worshippers semenjak tahun 2008.

Dakwaan itu memaksa penggubahnya Jasnie Mohd Yaakub untuk tampil memberikan penjelasan bahawa lagu 'Janji Ditepati' masih di peringkat pengolahan dan belum dimuktamadkan.

"Lagu ini belum finalise lagi. Kami olah dari peringkat ke peringkat sehingga ke tahap terakhir. Jika sudah diluluskan untuk ke peringkat final, baru kami akan muktamadkan.

"Ilham lagu ini datang secara tiba-tiba, (kami) tak ikut mana-mana lagu pun," tegas Jasnie yang dipetik Sinar Harian.

Jawapan itu jelas bercanggah dengan Rais, yang sebelum ini bertanyakan kepada rakyat di Twitter, apakah pandangan mereka kepada lagu tersebut yang sudah ditonton 304,276 kali dan mendapat 32,902 yang mengundi 'Tidak Suka' berbanding '523' yang mengundi suka.

Apakah ini penghujung kareer politik Rais jika ketiga-tiga logo, tema dan lagu Merdeka hasil usaha kementerian ditarik balik kerana memalukan keseluruhan BN dan khasnya perdana menteri Datuk Seri Najib Razak?

Pengemis menyamar muallaf

Posted: 03 Aug 2012 07:46 AM PDT

KL TODAY

 


SHAH ALAM: Mahu mendapatkan wang dengan cara mudah, dua beradik wanita bukan Islam berusia 71 dan 66 tahun sanggup memakai tudung dan jubah serta mengaku sebagai mualaf ketika mengemis di pasar Ramadan Seksyen 13 di sini.

Bagaimanapun, aktiviti penyamaran dua beradik itu terbongkar apabila ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor dalam Operasi Pemutihan Pengemis, Peminta Sedekat dan Kutu Rayau di kawasan itu kira-kira jam 5 petang, kelmarin.

Mereka yang tinggal di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dikatakan sanggup berulang-alik ke sini setiap hari dengan bas semata-mata untuk melakukan kegiatan itu sejak hari pertama Ramadan.

Difahamkan, mereka tiba dengan berpakaian biasa sebelum menukar 'imej' kepada wanita Islam dengan memakai tudung dan jubah. Seorang daripada wanita terbabit ketika ditemui berkata, dia tidak berniat menipu sebaliknya gembira kerana menampilkan imej yang didakwanya sesuai dengan konsep satu bangsa Malaysia.

"Ini bukan penyamaran tetapi saya mahu tunjukkan satu bangsa. Saya minta sedekah ini kerana kami dua beradik hidup susah dan terpaksa menanggung seorang anak cacat," katanya.

Dalam operasi itu, JKM Selangor menahan enam lagi pengemis dan ada antara mereka mendakwa melakukan aktiviti berkenaan dengan kebenaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sementara itu, Pengarah JKM Selangor, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata, semua yang ditahan dibawa ke Pusat Sehenti Bina Diri di Sungai Buloh.Sumber: Harian Metro

Rumah dimasuki perompak, Aznil syukur ibu selamat

Posted: 03 Aug 2012 07:32 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Aznil Nawawi
Aznil Nawawi 
 
 
KES rumah selebriti dimasuki perompak bagaikan menjadi-jadi kebelakangan ini!

Bulan lalu, pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira kerugian RM1,500 apabila rumahnya di Taman Melawati dimasuki pencuri.

Terbaru, rumah pengacara terkenal, Aznil Nawawi pula menjadi menjadi sasaran perompak, malam Rabu lalu.

Memetik laporan sebuah akhbar, kediaman Aznil di Taman Yarl itu dimasuki perompak kira-kira jam 10 malam.

Ketika kejadian, hanya ibunya serta dua orang pembantu rumah berada di rumah berkenaan.

Penjenayah terbabit dipercayai memasuki rumah tersebut dengan cara mengumpil besi jeriji tingkap.

Menurut sumber, penjenayah melarikan barang kemas, komputer riba dan beberapa helai pakaian yang semuanya berjumlah RM40,000.

Tidak mahu peminat tertanya-tanya keadaannya dan keluarga, Aznil melalui laman Twitternya memberitahu mereka berada dalam keadaan selamat.

Biarpun tiada di tempat kejadian, Pak Nil tetap bersyukur kerana ibunya selamat.

"Memang rumah Pak Nil dimasuki pencuri Rabu malam. Alhamdulillah, tiada siapa cedera.

"Kami tiada di rumah kecuali ibu. Ibu dan pembantu rumah tak diapa-apakan," katanya menerusi twitter.

Malah, peminat di laman tersebut juga meluahkan rasa simpati terhadap Aznil dan mendoakan semuanya selamat.

Rumah terbakar, suami isteri rentung

Posted: 03 Aug 2012 07:27 AM PDT

SINAR HARIAN

Rumah terbakar, suami isteri rentung
Kebakaran yang memusnahkan rumah mereka
 
 
SIMPANG PERTANG - Sepasang suami isteri warga emas rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di No.17, Felda Pasoh 1, dekat sini, pagi ini.

Mayat Zahari Hasan, 77, dan isterinya Mariam Abdul Latif, 67, dijumpai di ruang tengah rumah berkenaan oleh pasukan bomba yang memadamkan kebakaran itu.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Ahmad Nizam Sapaiee berkata dua jentera bersama 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang dan Sri Jempol ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 4.39 pagi.

"Semasa tiba di tempat kejadian, api sedang marak namun pasukan kami berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran sepenuhnya pada pukul 5.30 pagi.

Selesai memadamkan api, kami menemui dua mayat yang rentung di tengah rumah," katanya kepada Bernama.

Katanya mangsa kemungkinan cuba keluar dari rumah itu namun asap yang tebal menyebabkan kedua-dua mereka lemas dan gagal untuk keluar.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jelebu sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat, katanya.

Sepasukan anggota forensik polis dan bomba turut berada di tempat kejadian untuk menyiasat punca kejadian.

Jiran pasangan itu, Shariff Zakaria, 61, berkata beliau menyedari kejadian itu pada kira-kira pukul 4.15 pagi ketika bangun untuk bersahur.

"Masa tu saya lihat dari tingkap rumah, api masih kecil namun tidak lama lepas itu api marak dan saya segera hubungi bomba. Selepas itu, saya keluar rumah dan menjerit memanggil nama arwah supaya keluar rumah namun tiada jawapan.

Saya sukar untuk dekati rumah itu sebab api begitu marak," katanya.

Anak bongsu mangsa, Muhammad Ghazali, 35, berkata kali terakhir beliau bertemu ayah dan ibunya pada Isnin lepas.

"Ayah dan ibu tinggal berdua saja di rumah ini dan mereka ke rumah anak-anak apabila ada kelapangan. Saya tinggal di Kajang dan saya ambil mereka pada Khamis lepas dan hantar balik ke sini Isnin," katanya.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang datang ke tempat kejadian berkata Felda menyumbang RM3,300 untuk bantuan awal bagi keluarga mangsa.- Bernama

Olimpik: Chong Wei ke final, perak sah

Posted: 03 Aug 2012 07:23 AM PDT

SITI FATIMAH MUHAMMAD ALI

Datuk Lee Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei
 
 
DATUK Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir badminton Sukan Olimpik di London apabila menewaskan Chen Long dari China, sekali gus membawa harapan bagi Malaysia memenangi pingat emas.

Beliau menang 21-13 dan 21-14.

Pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing Chong Wei menang perak.

Chong Wei, pilihan utama itu, akan berdepan dengan pemenang antara Lin Dan dari China yang menewaskan  Lee Hyun Il dari Korea Selatan, pada final Ahad ini.

PKR mahu pemberi maklumat dilindungi

Posted: 02 Aug 2012 10:00 PM PDT

TERKINI


PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengatakan mereka sedia untuk melindungi pemberi maklumat (whistleblower) dengan erti yang sebenar, selepas dakwaan ke atas Rafizi Ramli dan seorang bekas pegawai bank terhadap pendedahan maklumat terhadap skandal National Feedlot Corporation (NFCorp).

Pengarah strategi PKR itu yang kini diikat jamin, mengumumkan penubuhan Pusat Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW) untuk melindungi pemberi maklumat akan datang yang mungkin takut selepas dakwaan terhadapnya semalam.

Dia berkata Malaysia tidak mempunyai badan bebas yang boleh memantau akauntibiliti Parlimen dan syarikat berkaitan kerajaan, dan juga pemimpin tertinggi kerajaan.

"Semua orang sepatutnya boleh bergerak bebas. Kita perlukan pemantauan yang berterusan untuk institusi ini," katanya lagi.

"Dakwaan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Najib tidak serius dalam pemberian maklumat ini, walaupun telah meluluskan Akta Pemberi Maklumat 2010.

"Mereka (pemberi maklumat) ini sepatutnya dilindungi, bukannya diburu, diugut dan kemudian didakwa," katanya lagi.

Rafizi berkata dia telah berusaha untuk menubuhkan pusat tersebut, tetapi dengan dakwaan semalam dia terpaksa mempercepatkan pelancarannya.

Pusat itu, tidak kira apa parti akan menjadi badan awam yang akan memantau pemberi maklumat, serta melindungi mereka yang memberi maklumat tentang skandal dan pendedahan.

Kata Rafizi, pusat itu ditubuhkan dengan berpandukan model di Amerika Syarikat dan United Kingdom, dan akan menggunakan dana, derma dan geran untuk disalurkan kepada "Tabung Melindung Pemberi Maklumat".

"Hanya sekiranya pusat ini didirikan, pemberi maklumat akan terus rasa takut, sekarang kita telah membina kekuatan kewangan dengan dana ini supaya kita dapat memberi perlindungan kepada pemberi maklumat.

"Kita percaya jika kita memberi mereka bantuan guaman dan kewangan, mereka akan rasa lebih selamat, dan memberi harapan kepada masyarakat dan negara untuk tampil ke hadapan.

"Patriot sebenar bukannya mereka yang menyanyi lagu 'Janji Ditepati'," katanya sambil mengkritik slogan Hari Kebangsaan tahun ini.

"Patriot sebenar ialah mereka yang berani berdiri bila ada ketidakadilan berlaku."

Rafizi bagaimanapun bersetuju bahawa mungkin integriti pusat ini akan dipertikaikan, terutamanya sekiranya ada pemberi maklumat mahu mendedahkan kesalahan dari Pakatan Rakyat (PR), tetapi dia berharap lebih ramai lagi akan tampil ke hadapan untuk menyertai inisiatif ini.

Dia berkata dia yakin dengan kesanggupan pemimpin PR untuk disiasat sekiranya ada kesalahan, dengan berkata ini sejajar dengan pendirian Pakatan yang anti rasuah.

"Kami tidak ada kewangan yang cukup pada masa ini, tetapi saya perlu mencari lebih banyak dana. Bila kita sudah mampu berdiri, kita berharap lebih ramai lagi orang untuk latihan atau sebagainya," katanya lagi.

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata kepada sidang media bahawa pindaan ke atas Akta ini adalah perlu untuk memastikan pemberi maklumat yang memilih untuk mendedahkan maklumat ini kepada media juga perlu dilindungi.

NOW, yang kini menjadi badan berdaftar, berpusat di Sungai Besi akan dilancarkan oleh parti pada 30 Ogos, sehari sebelum Hari Kebangsaan.

Derma sudah boleh dibuat dengan nama akaun Maybank Oversight & Whistleblowers Sdn Bhd (562441603039).

Rafizi, yang pernah membongkar tentang skandal National Feedlot Centre (NFC), telah didakwa kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) kerana mendedahkan maklumat sulit berkenaan NFCorp.

Syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga Shahrizat, telah menjalankan projek penternakan lembu kerajaan persekutuan yang skandal bernilai RM250 juta.

Dakwaan itu dibawah Seksyen 97(1) di dalam BAFIA apabila Rafizi mendedahkan empat akaun bank yang melibatkan dengan NFCorp, National Meat and Livestock Sdn. Bhd, Agroscience and Industries Sdn Bhd dan pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dengan dua orang individu yang dikenali sebagai Yusuf Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho.

Di bawah Seksyen 103(1)(a) akta yang sama, dia boleh didenda maksimum RM3 juta dan dipenjara hingga tiga tahun jika didapati bersalah, yang boleh menjejaskan peluang Rafizi untuk menjadi calon dalam pilihan raya yang akan berlangsung pada April tahun depan bila kerajaan memerintah BN tamat tempoh mandatnya.

Bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad, yang didakwa kerana membantu Rafizi dalam mendedahkan akaun tersebut atas Sekysen 112(1)(a) BAFIA, yang dibaca bersama dengan Seksyen 91(1) akta yang sama kerana bersubahat mendedahkan maklumat bank.

Dia juga bakal menghadapi hukuman yang sama dengan Rafizi jika didapati bersalah.

Kedua Rafizi dan Johari mengaku tidak bersalah atas tuduhan bila dibaca di Mahkamah Sesyen hari ini.

Mereka berdua kemudian diikatjamin sebanyak RM15,000 oleh ahli dewan undang negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, pengarah komunikasi PKR, sebagai penjamin.

Perbicaraan bermula pada 10 September.

Parti komponen BN disaran letak lebih ramai calon muda pada PRU-13

Posted: 02 Aug 2012 09:54 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
KUALA LUMPUR – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin mencadangkan presiden parti-parti komponen BN memberi ruang kepada calon pergerakan Pemuda masing-masing untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Langkah itu dapat memantapkan serta memberi kesegaran kepada imej parti kerana orang muda mungkin mempunyai kelebihan tersendiri, katanya.

"Saya hanya dapat suarakan bagi pihak Umno dan sampaikan senarai kepada presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak), tapi rakan komponen lain saya harap presiden mereka akan senaraikan kepada pengerusi BN iaitu Perdana Menteri," kata Ketua Pemuda Umno itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Anggota Majlis Tertinggi Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Pemuda MIC T. Mohan dan timbalannya V.Mugil.

Mengenai pertemuan itu, Khairy berkata ia antara lain bertujuan membincangkan mengenai persiapan PRU-13 terutamanya dalam mendapatkan sokongan masyarakat India khususnya pengundi atas pagar.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata tema Hari Kemerdekaan tahun ini iaitu "Janji Ditepati" tidak perlu dipolitikkan sehingga wujud tema berbeza oleh pembangkang.

"Saya sarankan kepada pembangkang kalau mereka 'excited' nak adakan tema sendiri tunggulah kalau menang pilihan raya dan jadi kerajaan," katanya mengulas tindakan pembangkang yang bercadang menggunakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" sebagai tema Hari Kemerdekaan dan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan berasingan. – Bernama

Pergolakkan dalam MIC di atas senarai calon-calon ‘boleh menang’ PRU

Posted: 02 Aug 2012 09:52 PM PDT

 
 
KUALA LUMPUR — Terdapat pegawai-pegawai MIC yang kecewa dengan tindakan presiden parti, Datuk Seri G. Palanivel untuk bertanding di kerusi Cameron Highlandsdan pengarah Pemandu, Ravindran Devagunam, akan diletakkan di Kapar dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang walaupun anak-anak tempatan di kedua-dua tempat yakin mereka boleh merampas kembali kerusi yang mereka kalah pada pilihan raya 2008. 
 
The Malaysian Insider difahamkan, kedua-dua nama berada dalam senarai baru yang dihantar kepada pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak selepas senarai pertama ditolak.

Ravindran, pengarah Pemandu, dilatih untuk bertanding kerusi Kapar. — Foto fail
"Kedua-dua nama Palanivel dan Ravindran berada dalam senarai baru yang diberi kepada Najib," kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider. "Palanivel untuk Cameron Highland dan Ravindran untuk Kapar."
 Najib telah memberitahu sekutunya dalam BN yang dia mempunyai kata pemutus dalam senarai pemilihan calon, termasuk pembahagian kerusi kepada 13 parti komponen BN lain dimana pada pilihan raya 2008 kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen serta kehilangan empat negeri.

Ketua BN dan perdana menteri (PM) pada ketika itu, Tun Abdullah Badawi memberi laluan kepada Najib untuk menggantikannya pada April 2009. Najib yang menyatakan keyakinannya untuk merampas kembali empat negeri dan kerusi parlimen untuk mandatnya sebagai PM dalam pilihan raya yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada April 2013.

Presiden Umno itu juga telah menegaskan kepada semua parti komponen agar meletakkan "calon boleh menang" yang mana akan mengenepikan ramai ketua-ketua bahagian yang telah berkuasa sekian lama serta telah mengharap untuk bertanding dalam mana-mana daripada 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun diseluruh negara kecuali Sarawak yang telah menjalankan pilihan raya negeri tahun lalu.

"Perdana menteri inginkan calon boleh menang tetapi ini tidak dapat dilakukan kerana MIC tidak mempunyai, sehingga beliau (perdana menteri) perlu menempatkan presiden di kerusi yang selamat ataupun pilih seorang calon luar," kata pegawai veteran MIC kepada The Malaysian Insider dengan syarat nama beliau dirahsiakan.

Cameron Highland yang terletak di negeri asal Najib di Pahang dilihat sebagai kerusi yang selamat disebabkan oleh jumlah ahli Umno yang besar di sana. Ini adalah salah satu daripada tiga kerusi Parlimen yang dimenangi dalam pilihan raya umum pada Mac 2008, satu pertiga daripada jumlah kerusi yang dimenangi oleh MIC pada pilihan raya 2004.

Sesetengah pemimpin MIC yang lain telah menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Palanivel yang menggantikan ahli parlimen Cameron Highlands sekarang, Datuk S. K. Devamany kepada portal berita Free Malaysia Today. Ahli parlimen dua penggal itu ialah naib presiden parti dan juga timbalan menteri.

Salah seorang berkata dengan meletakkan Palanivel, ia seakan melakukan "bunuh diri bagi BN" dan BN akan kalah. Wartawan bertukar ahli politik itu pernah menjadi ahli parlimen Hulu Selangor selama empat penggal sehingga beliau kalah dalam pilihan raya 2008 dengan 198 undi. BN telah menggugurkan Palanivel pada pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010 dan menawarkan jawatan senator sebagai ganti.

Beliau menggantikan bekas ketuanya, Datuk Seri S. Samy Vellu yang berkuasa begitu lama, sebagai presiden MIC pada Disember 2010 dan dilantik sebagai menteri setahun selepas itu.

Palanivel bukanlah salah seorang yang disindir oleh pegawai parti, yang juga tidak berkenan dengan Ravindran yang dilatih untuk bertanding kerusi Kapar, yang sekarang ini disandang oleh S. Manikavasagam dari PKR. Kebetulan, Ravindran mempunyai talian persaudaraan dengan Manikavasagam melalui mendiang Tan Sri V. Manickavasagam, presiden MIC yang ke-6 dan Samy Vellu yang menggantikannya.

"Sudah  ada professional dalam parti, apa yang membuatkan dia terlalu istimewa? Dia adalah perunding cara kerajaan dan dibayar untuk membuat kerja melibatkan kaum India dan tidak seharusnya dijadikan sebab untuk meletakkan beliau sebagai calon," kata seorang pegawai MIC merujuk kepada tugas Ravindran dalam Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu).

"Saya harap Palanival akan membuat perkara betul dengan menggugurkan namanya. Apakah dia ahli MIC?" soal sumber berkenaan.

Ravindran memantau program anti rasuah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan menguruskan makmal Elektrik & Elektronik dan Perniagaan Borong dibawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), memfokuskan kepada program Tukar yang mensasarkan untuk meningkatkan taraf kehidupan pemilik kedai runcit.

Seorang lagi pegawai MIC menyatakan bahawa Ravindran bekerja rapat dengan parti untuk mengenalpasti, pemilik kedai runcit India yang layak untuk program tersebut akan tetapi beliau berkata, program ini adalah usaha parti dan bukannya perunding cara tersebut.

"Saya harap dia tidak menggunakan program ini dan parti untuk cita-cita peribadinya," kata pegawai tersebut.

Sebelum bersama Pemandu, Ravindran yang dilatih dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa menghabiskan masa selama 16 tahun bekerja di luar negeri bersama syarikat multinasional dan syarikat runding cara seperti Booz-Allen & Hamilton, AT Kearney dan Deloitte Consulting SEA.

Beliau memulakan kariernya sebagai jurutera servis teknikal dan jurutera projek bersama syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

Prasarana harus tunjukkan dokumen bidaan George Kent, kata Pua

Posted: 02 Aug 2012 09:48 PM PDT

 
 
KUALA LUMPUR — Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua hari ini berkata Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) harus menunjukkan dokumen berkenaan dengan projek kontroversi pembinaan tambahan LRT Ampang, dengan membuktikan mengapa konsortium George Kent patut mendapat kontrak tersebut.

Prasarana pada Selasa lalu telah mengumumkan bahawa George Kent-Lion Pacific (GKLP-JV) telah berjaya mendapat kontrak tersebut, dengan George Kent berkata semalam ia bernilai RM956 juta.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli telah berulang kali menuduh bahawa perdana menteri telah campur tangan dalam pembidaan tender tersebut dan menganugerahkan kontrak itu kepada George Kent, yang beliau dakwa dimiliki oleh "kawan rapat" perdana menteri, dan mendapat markah terendah penilaian teknikal dan komersial dalam projek tersebut.

"Beban dari segala persoalan ini kepada kerajaan persekutuan untuk membuktikan bahawa tidak ada salah guna kuasa dalam penganugerahan tender kepada George Kent," kata Pua (gambar) dalam kenyataannya hari ini.

"Perkara terbaik untuk kerajaan untuk menghapuskan segala tuduhan terhadap kronisme ini ialah dengan menunjukkan segala dokumen dalam penganugerahan projek ini — dari dokumen tender hingga penyerahan projek, kepada kertas penilaian yang telah diaturkan oleh Prasarana dan panel konsultan serta minit mesyuarat dalam membuat keputusan yang telah dibuat oleh Kementerian Kewangan berkenaan dengan penganugerahan projek ini," kata Pua.

Kaki raba payudara dalam lif ditahan

Posted: 02 Aug 2012 09:41 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Sikap keji seorang lelaki mengambil kesempatan terhadap jiran perempuannya dengan menyentuh buah dada mereka ketika berada dalam lif, membawa padah apabila dia ditahan kelmarin, selepas mangsa terbarunya membuat laporan polis.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, remaja perempuan berusia 18 tahun yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Raya Permai, Sungai Besi di sini, menaiki lif bersama beberapa penduduk lain.

Ketika dalam lif, dia ternampak seorang lelaki, juga tinggal di kawasan perumahan itu yang sering melakukan perbuatan kurang sopan terhadapnya serta mengambil kesempatan terhadap wanita ketika berada dalam lif.

Menurutnya, mangsa mendapat tahu daripada jiran lelaki itu bersikap keji bergesel dengan perempuan sebelum menyentuh buah dada mereka.

"Seperti biasa, mangsa menjauhkan diri namun lelaki berkenaan menunggu semua orang keluar dari lif sebelum menghalang mangsa menyebabkan mereka bergesel ketika remaja itu hendak keluar dari lif.

"Peluang berkenaan digunakan lelaki itu untuk meraba buah dada mangsa sebelum mentertawakannya. Mangsa yang hilang sabar dengan tindakan lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi," katanya.

Susulan laporan itu, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Seksual dan Penderaan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menahan suspek berusia 35 tahun itu di rumahnya kelmarin.-myMetro

Filem dikawal LPF

Posted: 02 Aug 2012 09:35 PM PDT

 
Justeru itu persoalan samada ada sesebuah karya filem itu akan menyentuh sensitiviti sesetengah pihak tidak wujud, kata pengerusi Seniman, Zed Zaidi.




PETALING JAYA: Filem dikawal oleh peraturan – peraturan Lembaga Penapisan Filem (LPF). Justeru itu, kemungkinan sesebuah karya filem yang sensitif ditayangkan tidak akan berlaku.

"Kita ada LPF yang akan menyekat sekiranya menyentuh isu politik , agama kaum dan sebagainya.

"Tanda Putera ialah filem kemerdekaan. Kalau filem ini telah melepasi tapisan  LPF, maka sesuailah…

"Penggiat filem bebas berkarya dengan garis panduan LPF," kata pengerusi Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Jalil yang lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan filem arahan Shuhaimi Baba, Tanda Putera yang akan dilancarkan sempena dengan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-55.

Filem yang dibintangi Rusdi Ramli dan Zizan Nin ini menjadi isu hangat berikutan adanya episod yang memaparkan punca sebenar yang menyebabkan peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa hitam 13 Mei


Tanda Putera mengisahkan mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Beliau turut menambah bahawa Tanda Putera menjadi sensitif kerana musim pilihanraya.

"Mungkin ia lebih sensitif kerana pilihan raya umum dah dekat.

"Waktu ini semuanya boleh dipolitikkan," Zed Zaidi turut menegaskan bahawa kaedah sesuatu mesej hendak dibawa kepada masyarakat bergantung kepada pengarah atau pihak yang menghasilkan karya tersebut.

PR Sedia Beri Laluan Kepada Lajim, Wilfred Pertahan Kerusi Parlimen

Posted: 02 Aug 2012 09:17 PM PDT





PETALING JAYA  : Pakatan Rakyat bersedia memberikan laluan kepada dua mantan ahli Umno-BN Sabah mempertahankan kerusi masing-masing dengan syarat menyokong dasar bersama yang  ditetapkan pada pilihan raya umum(PRU-13).

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi tadi.

Dua mantan ahli Umno-BN yang dimaksudkan adalah bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Selain tiga komponen utama Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR, mereka turut diberikan keistimewaan memilih tiket bertanding bersama parti politik tempatan di negeri tersebut yang menyokong pembangkang dengan persetujuan pemimpin utama parti berkenaan.

Menurut Anwar, PKR sedia memberi laluan kepada Lajim dan Bumburing sekiranya mereka mahu bertanding di kerusi milik parti itu.

"Mereka boleh bertanding malah ada pilihan sama ada kerusi PKR, PAS atau DAP. atau mana-mana parti yang menyokong dasar Pakatan. Tapi dengan persetujuan dengan pemimpin parti.

"Malah PKR sedia untuk berikan kerusi kepada orang baru dalam Pakatan Rakyat ini jika mereka komited dengan agenda kita," katanya lagi.

228 Fakir Miskin Puchong Terima Sumbangan Raya

Posted: 02 Aug 2012 09:15 PM PDT





PUCHONG: Seramai 228 asnaf fakir dan miskin di Puchong menerima sumbangan raya daripada Lembaga Zakat Selangor(LZS) sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Alhmarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai RM400 setiap orang di Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat yang diadakan di Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara, Puchong malam tadi.

Program ini bertujuan untuk mendekati seluruh rakyat Selangor di bawah pemerintahan baginda Sultan dan sumbangan tersebut sedikit sebanyak, meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan untuk menjalani ibadah ramadan dan menyambut aldilfitri kali ini.

Seorang penerima kurang upaya asnaf miskin, Kamilah Arifin, 41, berkata wang itu akan digunakan untuk keperluan empat orang anaknya bagi menyambut hari raya.

"Alhamdulillah, sekurang-kurangnya duit ini dapat meringankan beban saya mempersiapkan anak-anak menyambut syawal kelak," katanya yang sudah 11 tahun menjadi Orang Kurang Upaya (OKU).

Turut hadir di majlis ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi, Orang Besar Daerah Petaling, Datuk Emran Kadir, Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Khairi , Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS), Datuk Marzuki Hussin dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor(MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Dalam majlis yang sama, seramai 140 saudara baru Islam dan 128 anak yatim di kawasan ini turut menerima sumbangan raya yang disampaikan oleh baginda Sultan.

Sementara itu, seorang saudara baru, Yusuf Islam Mohd Noor, yang memeluk Islam pada September tahun lepas, turut terharu kerana masih ada pihak yang sudi memberi sumbangan kepadanya.

"Syukur alhamdulillah saya sekeluarga kini memeluk Islam dan bagi persiapan raya, saya hanya membuat persiapan sederhana sahaja," katanya yang masih mendalami Islam dengan mengikuti kelas Fardhu Ain anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia(PERKIM).


Noh Tidak Layak Bicara Soal Wang Rakyat

Posted: 02 Aug 2012 09:11 PM PDT





SHAH ALAM : Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari menafikan dakwaan Datuk Seri Noh Omar yang kononnya Kerajaan Negeri menyalahgunakan wang rakyat untuk membiayai kos guaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Sebaliknya, menurut Dr Yaakob, dana itu diperolehi menerusi peruntukan Geran Selangorku bernilai RM5 juta bagi Program Pembasmian Rasuah dan Penyelewengan.

Katanya, Noh tidak layak berbicara soal wang rakyat kerana beliau sendiri tidak mampu menyelamatkan penyelewengan dana Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) berjumlah RM250 juta oleh pemimpin Umno-BN.

Jelasnya, sejak kepincangan itu didedahkan, Noh selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani tidak mengambil sebarang tindakan bagi mendapatkan semula wang rakyat yang disalahgunakan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Salleh.

"Selaku Menteri, Noh gagal menunaikan tanggungjawab untuk berkhidmat dan menjaga amanah rakyat termasuk memastikan tiada penyelewengan melibatkan dana kerajaan.

"Walaupun pinjaman RM250 juta diluluskan sebelum Noh memegang kementerian itu, beliau sepatutnya mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil mengembalikan semula dana itu kepada kerajaan," katanya dalam satu kenyataan media.

Ujarnya, Geran Selangorku sememangnya diperuntukan untuk kegunaan rakyat antaranya, Pengenalan Gaji Minima, Program Memperkasakan Wanita, Pembinaan Infrastruktur Sukan, Pembaikan Infrastruktur dan Program Pengukuhan Demokrasi.

Katanya, bantuan yang disalurkan Kerajaan Negeri bukan untuk membantu kroni, sebaliknya sebagai sokongan terhadap usaha dan keberanian Rafizi mendedahkan kepincangan pengurusan dana rakyat.

"Rafizi adalah mangsa ketidakadilan sistem di negara ini apabila pelapor kes rasuah dan penyelewengan dilayan seperti pengganas dengan tangannya digari ketika dibawa ke mahkamah manakala suspek rasuah pula diberi layanan VIP.

"Rakyat Selangor dan Malaysia dapat menilai ketidakadilan yang berlaku di bawah pemerintahan Umno-BN dan kita yakin  bahawa penilaian ini akan membawa kepada perubahan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) akan datang," katanya lagi.

Timbalan menteri tawar untuk 'selesaikan' kes Bala

Posted: 02 Aug 2012 06:21 PM PDT

Hazlan Zakaria & Salhan K Ahmad


Seorang timbalan menteri yang masih berkhidmat telah menawarkan untuk mengakhiri kehidupan penyiasat persendirian P Balasubramaniam dalam buangan di India jika dia bersedia untuk didakwa dan mengaku bersalah memalsukan akuan sumpahnya (SD) yang pertama.

NONEBalasubramaniam mendakwa timbalan menteri berkenaan, yang secara rahsia menemuinya sebanyak dua kali tahun lalu - sekali
"di Singapura dan kali kedua di Kuala Lumpur - telah menjanjikan dia (Balasubramaniam) dikenakan denda seminima mungkin dan bersetuju untuk menyelamatkannya daripada hukuman penjara jika dia bekerjasama.

"Mungkin dia merasakan BN tidak selamat dan sekurang-kurangnya dia (perlu) memperbetulkan keadaan... (dan) menutup kes saya," kata Balasubramaniam kepada Malaysiakini dalam satu temubual awal bulan lepas.

Tawaran itu dibuat beberapa bulan selepas percubaan kedua untuk merasuahnya supaya memburuk-burukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas.

Balasubramaniam, individu penting dalam kontroversi yang menyelubungi pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, terpaksa melarikan diri ke India bersama keluarganya tidak lama sejurus selepas dia membuat dua akuan bersumpah yang bercanggah.

Dia kemudian mendakwa bahawa dia telah diancam dan dibayar untuk menandatangani akuan bersumpah kedua, untuk mengatakan yang akuan bersumpah pertamanya dibuat "kerana ugutan ".

Akuan bersumpah pertamanya yang dibuat pada 2008 mengandungi dakwaan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya.

najib tun razak and altantuyaNajib telah menafikan dakwaan Balasubramaniam yang beliau
mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia itu dan tidak dipanggil untuk memberi keterangan apabila orang kepercayaannya, Abdul Razak Baginda, didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan tersebut tetapi dua anggota Unit Tindakan Khas yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi Najib, telah disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.

Umno Kelantan sedia selesai isu royalti sebelum PRU13

Posted: 02 Aug 2012 06:18 PM PDT

ROSMIZA KASIM
NURRUL HUDA AHMAD LUTFI


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Mustapa Mohamed
 
 
KOTA BHARU- Umno Kelantan akan berusaha menyelesaikan isu berbangkit termasuk tuntutan royalti minyak yang kini menjadi modal kempen pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata sebarang isu-isu yang dibangkitkan itu tidak boleh diselesaikan dengan  mudah kerana negara mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi.

Menurutnya, Kerajaan Pusat tidak berdiam diri dalam soal hak rakyat kerana kita sebuah negara demokrasi malah isu terbabit sudah dibincangkan pada peringkat dalaman.

"Menyentuh soal tuntutan royalti minyak, apa jua tindakan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya sebab negara kita ada peraturan. Memang akan ada orang tidak berpuas hati tetapi kita berusaha menyelesaikan isu ini secara berhemah," katanya kepada pemberita ketika majlis 'Makan Colek Bersama Media' bersama pengamal media di sini, malam tadi.

Mustapa berkata demikian bagi mengulas kenyataan Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi pendiriannya supaya Barisan Nasional perlu menyelesaikan segera isu royalti minyak yang dituntut Kelantan sebelum PRU13.

Dalam kenyataan itu, Tengku Razaleigh mengakui beliau ada didatangi beberapa pemimpin Umno Kelantan yang meminta pandangan kaedah untuk menguatkan semula Umno di negeri.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut mengakui terdapat pemimpin Umno menemui Tengku Razaleigh dan berbincang isu tuntutan royalti tersebut.

"Memang kami ada berjumpa dengan beliau (Tengku Razaleigh) satu ketika dulu bincang dari hati ke hati mengenai isu berbangkit termasuk tuntutan royalti untuk mengukuhkan Umno sekarang," katanya.

Kerajaan Pas Kelantan mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Ogos 2010 terhadap Petronas berhubung royalti minyak yang didakwa dikeluarkan di pengairan negeri.

Dalam kes saman itu, Kerajaan Negeri tidak menetapkan tuntutan dibuat sebaliknya menyerahkan kepada mahkamah menentukannya.

Tiada ulasan: