Jumaat, 3 Ogos 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pembantu Rumah Dakwa Tidak Dibayar Gaji & Diperkosa Majikan

Posted: 03 Aug 2012 05:08 AM PDT

Mangsa membuat laporan polis mendakwa dirogol majikannya.

[SH] KULIM - Seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 28 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Kulim kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin setelah mengadu dirogol oleh majikannya.

Mangsa yang datang ke Malaysia pada 15 Mei lalu dijanjikan gaji bulanan RM500 sebulan bagaimanapun tidak menerima sebarang bayaran sehingga hari ini.

Menurut mangsa, sepanjang tinggal bersama majikannya, dia telah dirogol sebanyak tiga kali dan kejadian berlaku ketika isteri suspek dan anaknya yang sudah bersekolah tiada di rumah.

"Kejadian berlaku pada Ahad, ketika itu isteri dan anaknya tiada di rumah. Isterinya bekerja sebagai seorang guru sekolah manakala anaknya bersekolah dalam tingkatan empat. Apabila kedua-dua mereka keluar dari rumah, hanya tinggal saya dan suspek sahaja di rumah.

"Suspek kemudian menghampiri saya dan memuji saya cantik sebelum bertindak agresif terhadap saya. Suspek meminta saya melayani kehendak seksnya tetapi saya enggan berbuat demikian. Suspek naik berang dan mengugut untuk membunuh saya sekiranya tidak mahu melayani kemahuan seksnya," katanya.

Mangsa berkata, kali terakhir dia dirogol dua minggu lalu. Bagaimanapun Ahad lalu suspek sekali lagi cuba merogolnya tetapi dia memaklumkan kepada suspek kesan luka yang terdapat pada kemaluannya masih belum sembuh dan sakit.

Katanya, perlakuan itu berlaku beberapa kali sehingga dia mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah majikannya dan meminta bantuan dari jiran berhampiran sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Sementara itu. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, suspek sudah ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan terhadap laporan dibuat mangsa.




 

Penjelasan MP PKR tentang Isu "Halau Isteri Pertama"

Posted: 03 Aug 2012 01:03 AM PDT


[MK] Wakil rakyat PKR Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan dakwaan beliau mendera secara mental dan menghalau isterinya Halimah Mohd Sahat daripada rumah, seperti disebarkan di blog, bohong semata-mata.

Ahli Parlimen Kuala Langat itu berkata, dakwaan sama yang dibuat isterinya melalui laporan polis juga tidak benar.

mtuc minimum wage protest 250607 abdullah sani"Mana ada. Semua itu bohong. Di bulan Ramadan ini saya nak katakan, semua yang ada dalam blog itu, laporan polis yang dia (Halimah) buat bohong.

"Dia kata keluar rumah sehelai sepinggang. Mana ada. Bohong. Dia juga ada sebuah rumah apartmen di Desa Pandan yang telah diubah suai. Perabot juga telah siap dibeli. Setiap bulan pun saya beri dia duit nafkah," katanya kepada Malaysiakini.

Abdullah (kanan), bekas pemimpin kesatuan sekerja itu bagaimanapun memberitahu mereka dalam proses penceraian dengan isteri pertamanya itu.

Sebuah blog anti-Pakatan Rakyat dikenali sebagai Sel13.com pada 31 Julai lalu mendakwa Abdullah menghalau Halimah setelah beristeri muda dengan seorang mak andam yang juga aktivis Wanita PKR Hulu Langat.

Blog itu juga memetik Halimah sebagai mendakwa menjadi mangsa penderaan mental, termasuk gangguan daripada isteri kedua yang sering mengganggu supaya menerima madu.

Menurut Sel13.com lagi, Halimah  mendakwa pernah ditengking dan tidak dibenarkan masuk ke rumah bagi mengambil barang dan dokumen peribadinya selepas pulang daripada kampung.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdullah menjelaskan, perselisihan dalam keluarganya sebenarnya berlaku apabila Halimah enggan bermadu dan "tidak suka" pada ibunya.

"Ibu saya sakit angin ahmar. Jadi sebagai anak lelaki saya ambil dan jaga dia. Tapi isteri saya tak suka dan suruh saya halau ibu saya.

"Kalau diberi pilihan siapa saya perlu halau, saya akan pilih dia (Halimah). Isteri kita boleh cari tapi ibu tak boleh," katanya.


Kata Perkasa, Tidak Ada Air Tidak Boleh Ambil Wuduk

Posted: 02 Aug 2012 08:38 PM PDT


Sampai begitu sekali mentaliti Perkasa semata-mata untuk menyokong BN!

Fotofit Perogol Pekerja Butik di Subang Jaya

Posted: 02 Aug 2012 06:28 PM PDT


[SH] SUBANG JAYA – Polis mengedarkan fotofit seorang lelaki dipercayai warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubungan kes rogol pekerja butik di SS15, 21 Julai lalu.

Dalam kejadian itu, butik tempat kerja mangsa berumur 23 tahun itu dikatakan didatangi lelaki berkenaan kira-kira jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek dikatakan membelek-belek pakaian di rak dan memaklumkan kepada mangsa dia ingin menghadiahkan baju itu kepada teman wanitanya.

Katanya, suspek yang bertutur dalam bahasa Indonesia kemudian memaksa pekerja butik itu masuk ke dalam bilik stor dan terus mengikat kaki tangan serta mulut mangsa.

"Suspek kemudian merogol mangsa dan menyamun beg duit, telefon bimbit serta hasil jualan yang berada di kaunter pembayaran," katanya.

Berita awal di sini.


Apa Motif Tayang Filem tentang 13 Mei Ketika Negara Di Ambang PRU13?

Posted: 02 Aug 2012 06:00 PM PDT


Tanda Putera Mampu Cetus Rusuhan Kaum

[FMT] Sebuah filem bertajuk 'Tanda Putera' mengalami situasi yang aneh kerana dikritik hebat sebelum ianya ditayangkan kepada umum.

Filem ini menempah kontroversi kerana ia menyentuh isu yang sangat sensitif dan berbaur perkauman kerana memfokuskan kepada tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969, satu peristiwa yang berlaku empat dekad yang lampau.

Peristiwa 13 Mei adalah tragedi berdarah yang tercetus di antara orang-orang Melayu dengan orang-orang Cina dan kini tercatat sebagai titik hitam dalam lipatan sejarah tanah air.

Dalam peristiwa itu seramai 196 orang dilaporkan terbunuh walaupun angka sebenar mungkin lebih dari jumlah itu.

Separuh dari bajet sebanyak RM4.5 juta filem arahan Shuhaimi Baba ini dibiayai oleh agensi kerajaan, Perbadanan Pembangunan Filem National (Finas).

Pengkritik menyoal kenapa filem ini diterbitkan di ambang negara sedang menghadapi pilihan raya umum ke 13 yang dijangka diadakan pada penghujung tahun ini atau selewat-lewatnya April 2013.

Motif filem ini tidak lain dan tidak bukan merupakan satu lagi dakyah pemerintah Barisan Nasional yang diterajui Umno untuk meraih kembali sokongan orang-orang Melayu yang semakin hari semakin terhakis.


Sebagai satu alat propaganda yang murah untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu dan bagi menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu terhadap orang-orang Cina dan etnik-etnik yang lain.

Mesej Umno mudah: "Undilah Umno jika kita mahu hak istimewa, nasib masa depan dan kuasa politik terus kekal di tangan orang-orang Melayu."

Kuasa politik

Jika orang-orang Melayu tidak bersatu di bawah 'payung' Umno maka orang-orang Cina akan mengambil alih pemerintahan negara ini.

Kuasa politik orang Melayu akan hilang, terpinggir dan orang-orang Melayu akan hidup merempat di tanah air sendiri.

Maka dicipta cerita bahawa jika orang-orang Melayu berpecah, parti DAP yang didominasi oleh orang-orang Cina akan mengambil alih pemerintahan di negara ini.

DAP dituduh telah diresapi oleh komunis dan parti PAS pula dituduh telah diresapi pengaruh Jemaah Islamiah (JI) yang membawa unsur keganasan.

Suasana kebimbangan ini turut disuarakan oleh Perdana Menteri apabila beliau menasihati orang-orang Cina supaya memilih parti yang dapat menjamin keamanan dan kestabilan politik di negara ini, jika mereka mahu terus berkembang maju dalam perniagaan.

Keadaan ini diburukkan lagi oleh media-media pro Umno yang terus menyemarakkan api perkauman dan mencipta suasana kebimbangan di kalangan rakyat, terutama di kalangan orang-orang Melayu.

Namun rakyat di negara ini tidak semudah itu termakan dengan dakyah Umno yang jahat dan bahaya ini. Pengundi terutama golongan muda yang celik IT dan media baru mula sedar.

Generasi baru

Generasi baru tidak lagi memikirkan diri mereka berasal dari etnik atau keturunan tertentu. Sentimen perkauman tidak lagi dapat mempengaruhi pemikiran mereka.

Seperti rakyat di negara-negara lain, contohnya di Afrika Utara dan Timor Tengah, mereka bersatu atas nama kebebasan, keadilan, kesamarataan dan menolak penindasan, kezaliman, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa pihak pemerintah.

Hakikat inilah yang dibimbangi oleh Umno dan momentum untuk menuntut perubahan semakin kuat dan tidak dapat dibendung lagi oleh parti Umno yang lapuk itu.

Tidak pernah dalam sejarah, Umno begitu takut untuk menghadapi para pengundi. Ketakutan mereka mempunyai asasnya berdasarkan prestasi pilihan raya umum 2008.

Buat pertama kali mereka hilang dua pertiga majoriti di parlimen selain dari lima negeri – Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor – jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, walaupun Perak berjaya dirampas kembali.

Tetapi Umno tidak akan berhenti dari terus memainkan isu-isu sensitif seperti menerbit filem 'Tanda Putera' ini, termasuk filem dan video lucah dan porno bagi menyambung tali hayat politik mereka yang tinggal 'nyawa-nyawa ikan'.


Selepas Dikritik, Keluar Kenyataan Lagu "Janji Ditepati" Belum Muktamad

Posted: 02 Aug 2012 05:41 PM PDT


[Bernama] KUALA LUMPUR - Lagu 'Janji Ditepati' masih dalam peringkat pengolahan dan belum dimuktamadkan untuk sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos ini, kata penggubahnya Jasnie Mohd Yaakub.

Beliau berkata lagu itu merupakan karya asli beliau bersama dua komposer lain iaitu Arman E Six dan Aye. Justeru, beliau menafikan persamaan lagu itu dengan sebuah lagu kerohanian dari Indonesia.

"Lagu ini belum finalise lagi. Kami olah dari peringkat ke peringkat sehingga ke tahap terakhir. Jika sudah diluluskan untuk ke peringkat final, baru kami akan muktamadkan.


"Ilham lagu ini datang secara tiba-tiba, (kami) tak ikut mana-mana lagu pun," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Arman dan Aye di ibu pejabat Erama records di sini, hari ini. 

Jasnie, yang juga penerbit dan pengarah muzik di Erama Records, menjelaskan beliau hanya mengetahui kewujudan lagu yang didakwa sesetengah pihak sebagai hampir sama dengan lagu 'Janji Ditepati' semalam dan mendengar melodinya hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan terdapat sedikit persamaan kord dan rentak tetapi bukan dari sudut melodi lagu.

"Di mana-mana di seluruh dunia pun ada (lagu) guna rentak pop, rock, doremi dan sebagainya. Mana-mana komposer cubalah nilai melodi lagu itu, sama atau tidak dengan lagu Janji Ditepati. Memang tak sama," jelasnya.

Kontroversi persamaan lagu tema Hari Kemerdekaan dengan lagu negara jiran itu dibangkitkan penulis blog beberapa hari lepas selain ia dimuat naik dalam 'Youtube'.

Jasnie menegaskan bukan mereka yang memuat naik lagu 'Janji Ditepati' di 'Youtube' kerana ia belum muktamad lagi. Mengenai proses awal penggubahan lagu 'Janji Ditepati', beliau menjelaskan bahawa mereka mengambil masa kira-kira dua hari untuk menghasilkan melodi berdasarkan lirik yang diberi.

"Lagu itu pada mulanya digubah dalam bentuk 'hip hop'. Lagu ini kami belum terbitkan lagi, cuma sudah diperdengarkan semasa pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang baru-baru ini," katanya sambil menambah sehingga hari ini, lagu 'Janji Ditepati' telah diubah sebanyak empat kali.

Ditanya sama ada isu ini menjejaskan proses penggubahan lagu yang masih belum selesai dan kemungkinan menukar lagu sedia ada, Jasnie berkata: "Tidak sama sekali."

"Takkan ubah. Saya tetap dengan pendirian saya. Kalau saya ubah nanti orang kata 'betullah dia tiru, sekarang dia ubah'. Tapi terpulanglah kalau ada permintaan mana-mana pihak," tegasnya.

Beliau berharap penjelasan itu dapat merungkaikan persoalan yang berbangkit sambil meminta ia tidak lagi disamakan dengan lagu lain.

Jasnie merupakan seorang penggubah lagu profesional dan pernah terlibat
dalam pembikinan album beberapa artis termpatan termasuk Noraniza Idris, Hazama serta Mila selain pernah memenangi beberapa anugerah penciptaan lagu di peringkat kebangsaan.


P/s: Hari Kebangsaan 2012 bakal disambut tidak sampai sebulan, namun lagunya masih belum difinalized? Ketika disiarkan di Youtube tidak dinyatakan pun bahawa lagu itu masih belum difinalized. Selepas dikritik hebat, tiba-tiba keluar kenyataan bahawa lagu itu masih belum dimuktamadkan.



Tiada ulasan: