Jumaat, 24 Ogos 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Harga RON97 naik semula, k’jaan cuba main silap mata

Posted: 24 Aug 2012 06:40 AM PDT

Oleh Aedi Asri

KUALA LUMPUR : Kerajaan cuba bermain silap mata apabila menaikkan harga RON97 secara senyap untuk menutupnya daripada pengetahuan rakyat, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Beliau berkata, kerajaan sebelum ini mendakwa mereka prihatin apabila menurunkan harga RON97 sebanyak 20 sen, walaupun ia tidak diikuti dengan penurunan kos sara hidup dan lain-lain barangan keperluan.

"Tetapi sebulan kemudian, mereka naikkan kembali harga (RON97) tanpa buat sebarang pengumuman. Tindakan ini seperti bermain silap mata dengan rakyat," katanya ketika dihubungi.

Azan berkata,  silap mata itu akhirnya mendedahkan kebodohan Umno BN sendiri kerana rakyat semakin bijak dan mendapat maklumat dari pelbagai sumber.

10 Ogos lalu, harga petrol RON97 naik 10 sen kepada RM2.70 seliter. Tiada sebarang makluman rasmi dibuat berhubung kenaikan itu.

Walhal, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah baru sahaja mengumumkan penurunan harga minyak itu sebanyak 20 sen kepada RM2.60 seliter pada 4 Julai lalu.

Justeru, Azan menggesa kerajaan menghentikan 'silap mata' sedemikian dan berterus terang kepada rakyat dalam setiap keputusan yang ditetapkan.

"Dahulu, tiada sesiapa pertikai proses dan pelaksanaan projek sebesar KLIA dan KLCC yang dilihat hebat tetapi terpalit dengan kekotoran (penyelewengan).

"Kerajaan tidak lagi mempu berbuat demikian kerana setiap tindakan mereka akan dinilai. Rakyat sudah nampak muslihat dan cara silap mata mereka," kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu itu lagi.

Ceramah Anwar puji Nabi, ceramah Hafilda sarat maki hamun

Posted: 24 Aug 2012 06:35 AM PDT

KEADILAN DAILY 

Kira-kira 2,000 penduduk tempatan menghadiri ceramah Anwar
JENGKA: Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Jengka 2, Pahang malam tadi penuh dengan puji-pujian kepada Rasulullah saw manakala ceramah Ummi Hafilda, pula sarat dengan maki hamun terhadap individu tertentu.

Ummi Hafilda memulakan ceramahnya selama kira-kira 45 minit dengan memfitnah dan memaki hamun Anwar, malah abangnya sendiri, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

Umno Barisan Nasional (BN) juga dikatakan cuba membuat provokasi dengan menghalakan pembesar suara ke arah ceramah Anwar yang dipisahkan dengan jarak 50 meter, namun penyokong Pakatan Rakyat mampu menahan sabar.

Bagaimanapun, ceramah Ummi Hafilda yang  semata-mata serangan peribadi hanya dihadiri kira-kira 30 orang dan bilangan itu termasuk beberapa anggota polis berpakaian biasa, berbanding 2,000 mendengar ceramah Anwar.

Di sebalik kata-kata kesat dan makian itu, Anwar sepanjang ceramahnya kelihatan tenang dan fokus dalam menyentuh pelbagai isu yang menzalimi rakyat, dari isu kenaikan harga barang, petrol dan rasuah.

Ketua Umum KEADILAN itu juga menyentuh isu kehilangan berbilion wang rakyat, selain penyelewangan proses pilihan raya, laporan media berat sebelah dan kebangkitan rakyat di Timur Tengah.

Anwar dalam ceramahnya mengajak rakyat mencontohi perjuangan Nabi Muhammad saw dalam mengajak masyarakat Arab meninggalkan amalan jahiliyah.

Hadir sama ceramah itu ialah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Hamid; Pengerusi Majlis Pimpinan (MPN) KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman; Pengarah Biro Pendidikan KEADILAN Pusat, Abbas Awang dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

BN didesak tumpu masalah rakyat, hentikan tohmah Azmin

Posted: 24 Aug 2012 06:31 AM PDT

Oleh Mohd Martin Kahar

KUALA LUMPUR : Kerajaan Umno BN dinasihat menumpukan masalah rakyat, bukan menjadikan isu keluarga Timbalan Presiden KEADILAN sebagai senjata menjatuhkan karier politiknya, kata Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Beliau berkata, banyak lagi masalah rakyat yang perlu diangkat termasuk kenaikan harga barang hingga membebankan pengguna.

"Saya rasa malu sebab masalah ini tidak dipandang serius oleh kerajaan, sebaliknya manjadikan isu keluarga Azmin Ali sebagai modal politik Umno BN.

"Kalau betul pun keluarga Azmin ada masalah, ia tidak perlu diperbesar-besarkan sehingga keluar dalam berita nasional," katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas tindakan Umi Hafilda yang memperalat ibunya, Che Tom Yahaya untuk mengkritik abangnya, Azmin ketika umat Islam meraikan Aidilfitri.

Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan kononnya ibu Azmin kecewa kerana beliau tidak pulang berhari raya serta menziarahi ibunya walaupun banyak kali dihubungi.

Umi kemudiannya mempertikaikan Azmin yang menjadi pemimpin sedangkan tidak menghiraukan ibunya sendiri.

Mengulas perkara itu, Badrul yang lebih dikenali Chegu Bard berkata, Umi tidak perlu hipokrit dan berpura-pura baik kerana rakyat Malaysia sudah mendengar pelbagai cerita berkenaan hubungan Umi dan keluarganya.

"Bukan sedikit kita dengar cerita Umi dengan keluarga dia. Kalau kita nak ungkit, macam-macam kita boleh ungkit. Tapi tak perlu sebab ia adalah isu keluarga. Banyak lagi masalah rakyat yang perlu dibangkitkan," katanya sinis.

Berdasarkan catatan Ali Omar pada 18 Oktober 1998, beliau telah melucutkan warisan zuriat Umi Hafilda dengan tidak mengaku anak dunia dan akhirat serta melarangnya pulang ke rumah di Kampung Kelang Gate, Setapak.

Mengikut catatan bapanya itu, pelucutan waris wasiat tersebut lebih kepada masalah yang dilakukan Umi sendiri termasuk sikap melawan, tidak mempeduli nasihat, riak, takbur dan pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan komplot terhadap pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Menurut Allahyarham bapanya, Umi pernah beberapa kali mengasari ibunya sehingga sanggup menuding jari telunjuk ke muka ibunya dan disuruh 'shut up' dan mengherdik dengan berkata jaga sikit mulut.

"Sejak 1988, sudah tiga empat kali Umi lari dari rumah, berbulan-bulan lamanya keluar dari rumah," jelas bapa Umi dalam catatan pengakuannya.

Menurut Ali lagi, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila dia memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum dirujuk kembali.

PKR Mahu SPRM Siasat Pemberian Tanah IPD Brickfields Kepada Syarikat Swasta

Posted: 24 Aug 2012 06:15 AM PDT




PETALING JAYA  : Kontroversi berhudung pembangunan semula Ibu Pejabat Daerah Brickfields, Kuala Lumpur akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata tanah yang sepatutnya digunakan untuk mendirikan IPD Brickfields yang baru akan sebaliknya digunakan untuk bangunan perniagaan.

Nurul Izzah berkata status tanah IPD Brickfields tidak boleh ditukar dari tanah untuk institusi kepada tanah komersial.

Beliau berkata bangunan perniagaan yang bakal dibina di atas tapak asal IPD Brickfields hanya akan mempunyai sebuah pondok polis.

 

"(Raja) Nong Chik harus faham bahawa penduduk di kawasan sekitar memerlukan balai polis.

"Ia penting bagi mengawal jenayah yang semakin meningkat di kawasan itu, katanya dalam sidang media di pejabat PKR di sini.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata tapak IPD Brickfields akan digunakan untuk membangun semula pejabat polis tersebut.

Akan tetapi papan tanda di tapak projek tersebut menunjukkan tanah itu akan ditukarkan statusnya daripada tanah institusi kepada tanah perdagangan (pembangunan bercampur).

Lebih serius lagi, pegawai tinggi syarikat yang mendapat tanah tersebut dikatakan ada hubungan dengan pemimpin Umno Bahagian Bukit Bintang.

Persoalan juga timbul tentang hubungan pegawai syarikat tersebut dengan ahli lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Senator Dewan Negara Mariany Mohamad Yit.

Nurul Izzah berkata kebisuan Nong Chik berhubung penjelasan perkara itu turut dipertikaikan penduduk.

Ini kerana pertukaran status tanah dan lokasi IPB Brickfields berlaku di dalam keadaan jenayah yang semakin meningkat di kawasan itu.

Sivarasa : Dr Mahathir Masih Berlagak Sebagai Diktator

Posted: 24 Aug 2012 06:09 AM PDT




PETALING JAYA  : Kenyataan terbaru Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyeru rakyat untuk tidak memberi mandat percubaan kepada Pakatan Rakyat mencerminkan gaya seorang diktator.

MP Subang, Sivarasa Rasiah berkata ungkapan Dr Mahathir bahawa "syaitan yang dikenali adalah lebih selamat daripada malaikat yang tidak dikenali" mencerminkan personaliti dan sikap beliau terhadap kuasa.

"Kenyataan Dr Mahathir itu adalah kenyataan yang biasa dibuat diktator walaupun mereka tidak lagi berkuasa.

"Ia juga secara asasnya menunjukkan beliau bukan seorang demokrat, tidak menghormati demokrasi dan tidak menghormati hasrat rakyat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Sivarasa berkata Dr Mahathir mahu kerajaan Umno-BN terus kekal berkuasa dengan cara autoritarian.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir pada Ogos 22 yang menyeru supaya sokongan terus diberi kepada Umno-BN dan bukannya kepada Pakatan Rakyat.

Menurut laporan Bernama Dr Mahathir menyeru rakyat agar tidak memberi "mandat percubaan" untuk Pakatan memerintah negara walaupun untuk satu penggal.

Dalam kenyataannya, Mahathir berkata :

"Rakyat hanya perlu mendesak BN untuk melakukan perubahan yang rakyat mahukan. Syaitan yang dikenali adalah lebih selamat dari malaikat yang tidak dikenali."

Brickfields Perlukan Balai Polis, Bukan Pondok Polis

Posted: 24 Aug 2012 06:07 AM PDT




SHAH ALAM  : Retorik dan laungan Kerajaan Pusat tentang keprihatinannya menangani jenayah dipersoal apabila ia bercadang menggantikan Ibu Pejabat Daerah Polis di Brickfields (IPD Brickfields), dengan hanya sebuah pondok polis.

Ini kerana Brickfields adalah antara kawasan di Kuala Lumpur yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi di samping merupakan kawasan tarikan pelancong.

Walau bagaimanapun, balai polis tersebut telah ditutup sejak setahun bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembangunan semula tanah dan tapak kompleks bangunan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Little India S Pathavachalam menganggarkan terdapat 15 kes ragut dan peras ugut yang berlaku di Brickfields setiap hari.

"Kemungkinan besar ia sebabkan ketiadaan balai polis bagi menjaga ketenteraman awam," Pathavachalam berkata apabila dihubungi TvSelangor.

Beliau yang juga naib ketua PKR cabang Lembah Pantai, antara aktivis dan pemimpin komuniti yang membantah usaha membangun semula tapak IPD Brickfields.

Mereka mendakwa mengikut papan tanda di tapak projek tersebut, sebuah pemaju diberi kelulusan untuk membina lot komersial di atas tanah tersebut.

Manakala IPD Brickfields akan digantikan dengan hanya sebuah pondok polis.

"Saya bukan meminta mewujudkan semula IPD Brickfields. Saya cuma minta satu balai polis yang lebih efisyen bagi menampung keperluan di kawasan Brickfields bukannya hanya pondok polis sahaja."

"Saya minta satu balai polis supaya mangsa-mangsa jenayah mudah untuk pergi membuat laporan polis supaya suatu tindakan segera dapat diambil."

"Brickfields sudah menjadi suatu kawasan perlancongan dan menjadi tumpuan pelancong untuk datang khususnya ke kawasan Little India di sini," Pathavachalam berkata.

Beliau menambah, niat Kerajaan Pusat yang beria-ria mahu menurunkan indeks jenayah tidak selari dengan perbuatannya seperti yang dilihat di dalam kontroversi IPD Brickfields.

"Bukankah tanggungjawab Kerajaan Pusat menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang sepatutnya kepada orang awam?

"Dengan ketiadaan balai polis, kadar jenayah di kawasan ini meningkat semula dan kesannya pelancong sudah semakin berkurangan."

Sebelum ini, MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendakwa projek pembangunan semula IPD Brickfields telah diberikan kepada syarikat swasta untuk pembangunan lot komersial.

Malah pegawai tertinggi syarikat tersebut juga didakwa mempunyai hubungan dengan pemimpin Umno Bahagian Bukit Bintang.

Persoalan juga timbul tentang hubungan pegawai syarikat tersebut dengan ahli lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Senator Dewan Negara Mariany Mohamad Yit.

Rakyat Diseru Turun Menuntut “Janji Demokrasi” Pada Ambang Kemerdekaan

Posted: 24 Aug 2012 06:05 AM PDT




SHAH ALAMS: Perhimpunan 'Janji Demokrasi' yang bakal berlangsung pada ambang Hari Merdeka 31 Ogos di Dataran Merdeka bukan suatu demonstrasi jalanan.

Sebaliknya, ia adalah seruan kepada rakyat untuk menyertai sambutan ambang Hari Merdeka disamping mengingatkan Kerajaan Pusat untuk memenuhi janji bagi penambahbaikan sistem pilihanraya.

Ahli Jawatankuasa Kerja 'Janji Demokrasi', Maria Chin Abdullah berkata, rakyat Malaysia digesa supaya datang ke sambutan itu dengan pakaian kuning bagi menunjukkan solidariti dengan "Janji Demokrasi".

"Kita hanya mahu menyertai sambutan malam kemerdekaan itu sahaja dengan membawa mesej yang ingin kita sampaikan," katanya ketika dihubungi TVSelangor hari ini.

Katanya, gabungan  47 NGO yang menyertai "Janji Demokrasi" turut membawa mesej menuntut keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, mendukung hal sivil, kebebasan bersuara, memansuhkan akta zalim dan kebebasan media.

"Saya menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin untuk turun beramai-ramai berpakaian kuning sebagai tanda sokongan," katanya.

Maria berkata nama inisiatif "Janji Demokrasi' ditukar daripada "Janji Bersih" kerana bertepatan dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 iaitu 'Janji Ditepati'.

Penukaran nama itu juga kerana "Janji Demokrasi" tidak mahu dikaitkan dengan gabungan NGO di dalam gerakan BERSIH walaupun sebahagiannya merupakan anggota gabungan gerakan itu.

Beliau turut mengulas mengenai ancaman daripada kumpulan anti-BERSIH iaitu Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) yang sebelum ini mengugut untuk bertindak agresif terhadap perhimpunan "Janji Demokrasi".

"Jika mereka hendak berdemonstrasi, biarkan lah mereka, polis akan sentiasa memantau keadaan.
"Saya berharap polis dapat bertindak bagi mengawal keamanan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini," katanya lagi.

Jawatan Kuasa Kerja Pas Tidak Perlu Bincang Nasharudin

Posted: 24 Aug 2012 06:00 AM PDT

MSO

Harap mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat yang akan bersidang esok tidak membincangkan soal bekas timbalan presiden parti Nasharudin Mat Isa. Tidak ada apa sebenarnya untuk dibincang soal beliau kerana isu yang dicetuskan baru ini tidak menjadi kudis gatal kepada Pas.  Pas perlu anggap kenyataan beliau meminta Pas kaji kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat sebagai gesaan ahli yang terlupa tarikh muktamar saja.

Penampilannya dengan Najib Razak ketika berjumpa dengan dua orang Arab berjangguit di Makkah Pas boleh anggap itu kerenah kebudak-budakan saja yang suka meninjuk. Apa yang berlaku itu sebagai kerenah peribadinya, atau seperti anak kucing yang bergurau sesama sendiri dan seekor darinya terlingkup dalam tempurung.

Mesyuarat politik itu lebih baik untuk membincang perkara lain lebih penting menjelang pilihan raya misalnya masalah pembahagian kerusi atau pun penyemakkan calon-calon yang sebelum ini sudah ditetapkan kawasan dan kerusi masing-masing. Calon-calon yang tidak ada kawasan perlu dikaji semula akan relevensinya dan sejauh mana kekuatan untuk mencapai kemenangan.

Mungkin Pas juga boleh membincangkan perkembangan di Sabah dan Sarawak yang kini mula memberi petanda baik.

Dalam pada itu Pas juga tidak perlu apa-apa membuat kenyataan akhbar yang menyentuh mengenai kedudukan Nasharudin di akhir mesyuarat. Pertanyaan atau pun jerat wartawan mengenainya hendak dielakkan sebaik mungkin.

Seboleh-bolehnya mana-mana pemimpin Pas tidak menyebut fasal beliau yang membolehkan beliau membalas balik dan akan membentuk polimek. Biarlah Nasharudin menjadi anak kucing yang terlingkup di dalam tempurung bersendirian. Sama ada dia akan kelemasan atau berjaya menguis tempurung untuk keluar sendiri terserah maklum kepadanya.

Membincang soal Nasharudin dan memberi ulasan dengan menjawab pertanyaan wartawan satu tindakan tidak berapa sihat dan sekaligus menjadikan Nasharudin yang kini sudah jatuh harga akan naik sedikit.

Janji: Sesuai Mahathir tuju kepada PM sekarang

Posted: 24 Aug 2012 05:54 AM PDT

Janji: Sesuai Mahathir tuju kepada PM sekarang
MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR- "Saya menilai kenyataan Tun Dr Mahathir sebagai tidak tepat pada sasarannya, malah amat meleset sama sekali," kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir kelmarin yang menyifatkan Pakatan Rakyat sebagai Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat yang hanya tahu menabur janji tetapi gagal menunaikannya.

Yang jelas, katanya Barrack Obama telah menjadi Presiden Amerika Syarikat dan beliau sedang memegang tampuk kuasa sekarang.

Tambahnya, adapun persamaan dengan Pakatan Rakyat, ianya jauh berbeza ibarat langit dengan bumi.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat memang banyak menabur janji, dan ia belum tertunai kerana belum memerintah negara ini.

Jelasnya lagi, PR hanya memerintah di beberapa buah negeri, itupun telah banyak perkara yang berjaya dilaksanakan.

"Tanyalah rakyat di negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan dan kemudahan yang mereka nikmati hasil dari pemerintahan tidak sampai 5 tahun di negeri tersebut kecuali di Kelantan.

"Mungkin Tun mahu samakan Barrack Obama dengan parti beliau Umno BN, lebih tepat lagi dengan Perdana Menteri sekarang," ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini, katanya kerana yang memerintah negara ini sekian lama adalah BN dan berapa banyak pula janji PM telah tertunai.

Tun, ujarnya boleh buat check list jumlah janji tertunai dan janji yang tidak tertunai.

"Kerana itulah BN tergamak menggunakan tema Hari Merdeka 'Janji Ditepati'. Ia seperti menunjuk-nunjuk bahawa BN jenis parti yang menunaikan janji," katanya.

Walhal, ujar beliau kesemua itu tidak perlu diceritakan kerana rakyat sendiri tahu menilainya.
"Tema ini pula seakan-akan mengingatkan rakyat agar jangan lupa bahawa pemimpin negara ini berjasa kepada rakyat, dan rakyat perlu membalas jasa tersebut dengan sokongan padu kepada mereka," katanya.

Tambahnya lagi, tiada nada dalam tema tersebut ucapan terima kasih pemimpin kepada rakyat yang bersama-sama membangunkan negara dan mengangkat pemimpin negara pada hari ini.

Selain itu, ujar beliau hanya pemimpin yang sombong sahaja akan mengungkit segala jasa mereka kepada rakyatnya sedangkan itu tanggungjawab pemimpin untuk membela dan menunaikan janji kepada rakyatnya.

"Yang pastinya, kenyataan Tun Dr Mahathir amat pedas, sinikal dan sesuai ditujukan kepada PM dan BN. Tun Dr Mahathir telah menjelaskan sekali lagi, siapakah yang retorik dan siapakah pula yang realistik," katanya lagi.-Harakahdaily

PAS kaji keperluan Tamrin Ghafar bertanding

Posted: 24 Aug 2012 05:48 AM PDT

 
Kita akan melihat sama ada beliau boleh memberi kesan baik kepada PAS dan Pakatan Rakyat di Melaka, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Kamaruddin Sidek.



MELAKA: PAS Melaka akan mengkaji sama ada memberi laluan kepada Datuk Tamrin Ghafar untuk bertanding di negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita akan melihat sama ada beliau boleh memberi kesan baik kepada PAS dan Pakatan Rakyat di Melaka.

"Jika ia memberi kesan yang baik, kita akan benarkan Tamrin bertanding atas tiket PAS. Bagaimanapun, namanya tidak ada dalam senarai yang dihantar kepada PAS Pusat.

"Ini kerana beliau menyertai PAS selepas nama tersebut dihantar tetapi namanya boleh dimasukkan kemudian," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Kamaruddin Sidek.

Tamrin anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba menyertai PAS pada 11 Ogos lalu. Beliau pernah menjadi ahli Parlimen Batu Berendam dari tahun 1986 hingga 1995 dan exco Pemuda Umno ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui pergerakan itu.

"Nama Ghafar besar di Melaka, orang masih ingat jasa-jasa tokoh negara itu. Jadi kalau anaknya (Tamrin) bertanding akan mendatangkan masalah kepada BN.

"Tetapi kita masih mengkaji," tambah beliau lagi.

Dalam perkembangan lain, Kamaruddin berkata, Pakatan Rakyat yakin akan menang 14 kerusi DUN.

Katanya, DAP akan menang lapan kerusi, PKR (4) dan PAS (4) dari 28 kerusi. Pada pilihan raya 2008, pembangkang cuma menang lima kerusi iaitu  Kesidang, Kota, Bandar Hilir, Bachang dan Ayer Keroh.

AMK Selangor selar MCA, cabar Umno bersuara

Posted: 24 Aug 2012 05:44 AM PDT

 
Sayap PKR itu turut pertikai kenyataan MCA janji halang penubuhan kerajaan Islam



PETALING JAYA:    AMK Selangor menyelar dan mempertikaikan kenyataan Pengerusi MCA negeri, Datuk Donald Lim Siang Chai yang menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor kepada ahli-ahli MCA pada satu konvensyen MCA Negeri Selangor.

"AMK Selangor begitu kesal kerana  Donald Lim yang juga Timbalan Menteri Kewangan sepatutnya bertindak lebih waras dan tidak biadap dengan memainkan sentimen agama yang sempit semata-mata terdesak untuk merebut kembali Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat ketika ini.

Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, rakyat Selangor memilih untuk mengubah kerajaan pada tahun 2008 dengan berpaksikan kematangan dan melangkaui sentimen politik melampau dengan memilih gabungan parti politik yang jauh lebih baik dan terbukti berjaya mentadbir kerajaan negeri dengan lebih sistematik dan telus.

"Justeru, kenyataan Donald Lim dilihat lebih kepada kenyataan seorang pemimpin parti yang ketinggalan zaman dan terdesak , serta tidak berdaya lagi untuk bersaing secara lebih kompetitif dalam melaksanakan demokrasi dengan lebih adil.

"Tindakan menghina Islam secara terang-terangan ini mencerminkan kebodohan diri sendiri yang akhirnya akan merugikan MCA sendiri",katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurut Azmizam, sudah tiba waktu Umno menyatakan pendirian mereka pada isu yang kritikal ini demi menjaga kemuliaan agama Islam yang telah berkali-kali diperlekehkan oleh parti komponen MCA.

Umno sebagai tunjang komponen BN juga sudah sepatutnya mengkaji kedudukan MCA bersama mereka, kata beliau lagi.

Dwi standard

AMK Selangor katanya, menyelar sikap dwi standard Umno yang bersikap tidak konsisten dalam isu menjaga kedaulatan agama Islam ini apabila dengan lantang menyerang DAP tetapi takut kepada MCA, hingga mencetuskan tanda tanya siapa sebenarnya ' abang besar' dalam BN.

"Oleh yang demikian usahlah Umno bermimpi untuk merampas kembali Selangor kalau sikap mereka begitu mengelirukan dalam isu ini. Kebaculan Umno begitu terserlah dan layaklah mereka dipinggirkan dari terus mentadbir negeri Selangor ini. Umno langsung tidak menghormati Sultan Selangor sebagai ketua rasmi agama Islam di negeri ini", kata beliau.

Beliau menambah, justeru apa lagi yang dapat rakyat terutamanya orang Islam dapat berharap kepada parti lemah ini.

Umum telah tahu bahawa Umno memang tidak pernah berhasrat memartabatkan Islam sebagai salah satu rujukan pentadbiran namun sikap membisu apabila agama Islam dan semangatnya diinjak adalah sesuatu yang amat mengecewakan.

Menurutnya lagi, AMK Selangor juga memberi amaran keras kepada MCA terutama pemimpinnya supaya tidak lagi menjadikan agama Islam sebagai satu modal politik murahan mereka dan mula menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat adalah alternatif unggul untuk menggantikan peranan mereka dalam masyarakat.

"AMK Selangor menolak politik sentimen dan kebencian dan yakin bahawa rakyat kini adalah mereka yang matang serta memiliki pengetahuan di hujung jari. Maklumat adalah satu keistimewaan bagi rakyat, dan mereka akan pantas mengetahui politik mainan MCA/BN ini adalah politik murahan yang dimainkan oleh mereka yang mempunyai pemikiran kurang bijak," tambah Asmizam.

Hudud: Nik Aziz sokong Dr Asri

Posted: 24 Aug 2012 05:41 AM PDT

 
Rosak akidah inilah penyakit merbahaya dalam masyarakat. Ia lebih merbahaya dari sebarang virus di dunia. 



PETALING JAYA: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa golongan yang mengkritik hudud sudah rosak akidah.

"Rosak akidah inilah penyakit merbahaya dalam masyarakat. Ia lebih merbahaya dari sebarang virus di dunia. Walau apapun bangsa di dunia; Arab, Melayu, Cina atau India sekalipun, kerosakan akidah ini padahnya ialah azab Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan digubal sebaik mungkin dengan mengumpul pandangan para pakar agar enakmen itu menjadi kenyataan.

Namun Nik Aziz mendakwa tindakan menghantar surat bagi menghalang pelaksanaan hudud bukan cara seorang Muslim, namun lebih kepada gerak langkah politik jahat.

Jelas beliau, hudud sudah dibentang sejak 19 tahun lalu namun sehingga kini Umno didakwa tidak mengambil langkah positif membentangkan 'hudud versi Umno' yang dikatakan adil.

`Pintu perbincangan masih terbuka'

"Saya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kritikan sekiranya ia mempunyai kelemahan. Datangkanlah alternatif dan buatlah pembetulan terhadap kelemahan.Jika ingin dibincang sekalipun, silakan. Para penggubal ada lagi yang masih hidup Alhamdulillah, pintu perbincangan masih terbuka.

"Namun menghantar surat menghalang pelaksanaan hudud bukan merupakan cara seorang muslim. Ia lebih mirip kepada gerak langkah politik jahat yang tidak berminat kepada hukum Allah.Namun Umno khususnya bekas presidennya yang sudah bersara tidak pernah mengambil langkah positif membentangkan hudud versi Umno yang dikatakan adil itu.

"Tempoh 19 tahun, satu huruf hudud ala Umnomasih belum wujud, jika manusia belajar selama 19 tahun, tetapi sedikitpun tidak mengerti, apa gelaran yang akan diberi? Mengaku sahaja Umno tidak berminat untuk melaksanakan hudud, apa yang dibisingkan hari ini hanya sekadar nyanyian politik semata-mata. Tangan menuding kepada orang lain, diri sendiri berkudis seribu," katanya yang juga Mursyidul Am Pas.

Jelas beliau, enakmen tersebut digubal dengan mengambil kira pandangan pakar-pakar perlembagaan dan undang-undang seperti Al-Marhum Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim dan Almarhum Datuk  Seri Setia Prof Dr Mahmud Saedon Awang Othman.

Antara nama lain yang terlibat pula ialah Tun Salleh Abbas, Dr Abdullah Abu Bakar, Datuk  Hasbullah Mohd Hassan, Datuk Wan Mutalib Embong, Datuk Harun Taib dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad. Jawatankuasa berkenaan dipengerusikan Timbalan Menteri Besar pada masa itu, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Beliau berkata enakmen itu sempurna tanpa kecacatan dan menyangkal bahawa ia digubal secara sambil lewa.

Dr Asri dalam laporan akhbar berkata, PAS memberi gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam.

Menurutnya, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan DUN Kelantan, menimbulkan salah faham hingga kini.

Katanya, sebagai contoh dalam kes rogol, enakmen itu tidak jelas dan Pengerusi DAP, Karpal Singh mungkin terkeliru dengan memikirkan hanya memerlukan empat saksi bagi menghukum pesalah.

Hudud: Umno perlu segera nyatakan sikap

Posted: 24 Aug 2012 05:35 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR- Pemuda PAS Kelantan mempersoalkan kenapa Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh hanya menukilkan pendirian DAP yang menentang hudud dan di dalam masa yang sama tidak menyatakan pendirian Umno.

"Saya tertarik untuk mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berhubung isu hudud seperti yang tersiar di dalam Sinar Harian hari ini 24 Ogos," kata ketuanya, Abdul Latiff Abd Rahman .

Di dalam kenyataan tersebut, Fatmi antara lain menyatakan bahawa PAS yang sepatutnya mengeluarkan kenyataan mengenai pendirian mereka berhubung hukum hudud, bukan DAP.

"Saya sedikit hairan dengan kenyataan Fatmi yang seolah-olah baru tidak mengetahui pendirian PAS sejak sekian lama yang telah memperjuangkan Islam secara syumul termasuk hukum hudud yang menjadi sebahagian daripada kewajipan yang telah termaktub di dalam Islam.

"Saya sebaliknya menyokong kenyataan YAB Tuan Guru Datuk Menteri Besar Kelantan yang mendesak pimpinan Umno menyatakan sikap ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek bahawa ADUN Umno Johor yang mencadangkan hudud sebagai 'hilang akal'," ujar Abdul Latiff dalam satu kenyataan.

Pada beliau, cabaran Tuan Guru itulah yang perlu dipenuhi oleh Umno khususnya di Kelantan.

Katanya, sekalipun kenyataan yang dikeluarkan oleh Chua Soi Lek itu telah berlalu hampir dua bulan, namun sehingga hari ini, Umno melalui barisan kepimpinannya masih gagal menjelaskan sikap terhadap penghinaan tersebut bahkan mendiamkan diri sambil menuding jari ke arah PAS yang didakwa menjadi kuda tunggangan kepada DAP.

Menurutnya, jika kenyataan Chua ini masih belum cukup untuk membuktikan Umno sebagai parti yang dayus, bagaimana pula dengan kenyataan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim yang bertegas akan menghalang negara Islam daripada ditegakkan walau dengan apa cara sekalipun.

Kenyataan itu dikeluarkan beliau dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor pada 18 Ogos yang lepas.

"Kenapa Fatmi di dalam kenyataannya hanya menukilkan pendirian DAP yang menentang hudud dan di dalam masa yang sama tidak menyatakan pendirian Umno?" ujarnya yang juga Adun Mengkebang.

Justeru, beliau ingin mempersoalkan di mana para ulama Umno yang sibuk menghentam PAS kerana didakwa bersekongkol dengan kafir harbi.

Jika demikian, tanya beliau apa pula hukum untuk Umno yang turut sama menentang hudud dan negara Islam.-Harakahdaily

Turun harga kereta: Proton mampu bersaing

Posted: 24 Aug 2012 05:33 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

Semakan semula Dasar Automotif Negara (NAP2012) yang kini sedang dijalankan oleh Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) memberi ruang kepada pengurangan cukai eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta.

Peluang ini juga perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperbetulkan pelbagai herotan (distortion) di dalam industri automotif negara.

Kebelakangan ini, pimpinan Umno/Barisan Nasional sering memainkan sentimen perkauman termasuklah di dalam isu penurunan harga kereta, dengan memberi alasan pengurangan cukai eksais akan memufliskan Proton dan industri automotif tempatan.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini bertujuan menanam perasaan perkauman di kalangan rakyat dengan menuduh cadangan menurunkan harga kereta ini bertujuan untuk membunuh Proton yang mengakibatkan puluhan ribu rakyat (kebanyakannya Melayu/Bumiputra) akan hilang pekerjaan.

Salah satu pertimbangan utama yang diambil KEADILAN semasa mencadangkan penurunan harga kereta adalah kemampuan Proton dan perusahaan automotif tempatan bersaing. KEADILAN mengiktiraf kejayaan Proton dan yakin ia mampu maju jauh ke depan melihatkan keupayaannya bertahan walaupun sudah tidak mendapat perlindungan rebat cukai eksais bermula tahun 2005.

Malah, sebenarnya Umno BN yang mengambil keputusan menamatkan rebat cukai eksais yang diberikan kepada Proton pada tahun 2005. Sejak dari itu, kereta-kereta keluaran Proton dan perusahaan automotif nasional yang lain terpaksa membayar cukai eksais yang sama seperti juga kereta-kereta berjenama antarabangsa.

Bantuan kewangan terbesar yang diperolehi oleh Proton kini bukan lagi dalam bentuk perlindungan cukai, tetapi geran research and development (R&D) untuk membolehkannya menerokai rekaan dan teknologi yang lebih baik. Penyata kewangan Proton bagi tahun 31 Mac 2011 (muka surat 167 dari Laporan Tahun Proton 2011) menunjukkan ia mendapat geran R&D berjumlah RM175 juta.

Jumlah ini adalah jauh lebih rendah dari rebat cukai eksais bernilai berbilion ringgit yang diberikan setiap tahun kepada Proton sehingga tahun 2005. Keupayaan Proton terus bersaing dan memperkenalkan beberapa model baru selepas tahun 2005 membuktikan bahawa Proton boleh terus kekal beroperasi walaupun tanpa dilindungi rebat cukai eksais.

Sebab itu KEADILAN berpendapat dakyah perkauman yang dimainkan oleh Umno BN kononnya penurunan harga kereta akan memufliskan Proton sebenarnya menghina tenaga professional di Proton dan perusahaan automotif tempatan lain yang kebanyakannya Melayu/Bumiputra.

Jawapan-jawapan pimpinan Umno BN yang masih menggambarkan seolah-olah Proton dan perusahaan automitif tempatan masih mendapat perlindungan cukai eksais adalah berniat jahat yang memangsakan Proton demi kepentingan politik Umno BN.

KEADILAN yakin Proton dan perusahaan automotif tempatan akan mampu berdikari dan bersaing pada harga yang tidak membebankan rakyat. Komitmen KEADILAN adalah mempertahankan peluang pekerjaan dan kebajikan puluhan ribu pekerja di dalam sektor automotif negara, bukannya mengikut karenah bekas pimpinan negara yang mengongkong Proton semata-mata kerana mahu menjaga peninggalan pemerintahan beliau.

Oleh itu, KEADILAN yakin pelan perniagaan Proton yang menitikberatkan penggunaan kapasiti pengeluarannya (to optimise its unutilised production capacity) di kilang-kilangnya, melalui kerjasama untuk memasang kereta-kereta berjenama lain akan berjaya mempertahankan pekerjaan sedia ada, malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baru.-harakahdaily

Ummi dakwa Azwan bagai ‘lalang’

Posted: 23 Aug 2012 05:21 PM PDT

KL TODAY

 

Pertelingkahan dalam keluarga yang mempunyai ahli politik, YB Azmin Ali, selebriti, Azwan Ali, serta ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali itu seperti tidak berakhir. Ummi Hafilda seperti tidak menghiraukan apa yang dinyatakan oleh Azwan Ali menerusi laman sosial Twitter miliknya semalam.

Semalam MyNewsHub ada membangkitkan isu berkenaan kenyataan Azwan (baca di sini) yang akan mendedahkan 'sesuatu' yang dinyatakan oleh Ummi berkenaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 Mei lalu di kediaman ibu mereka.

Justeru, MyNewsHub telah menghubungi Ummi bagi mendapatkan kepastian serta maklumbalas berkenaan kenyataan Azwan itu.

Menurut Ummi, dia sedikit pun tidak menghiraukan apa yang disampaikan oleh Azwan itu dan menganggap kenyataan Azwan itu seperti 'omong kosong'.

"Bagi saya itu bukan isu yang penting. Biarlah dia nak cakap apa pun," kata Ummi sewaktu dihubungi MyNewsHub semalam.

Ujarnya lagi, dia tidak memberi sebarang kenyataan atau komen berkenaan Najib pada 4 Mei lalu.
"Maaf saya katakan, dia (Azwan) tu macam lalang. Baik dia cerminkan diri dia," kata Ummi.

Selain itu, Ummi turut mempertahankan berkenaan isu luahan isi hati ibu mereka, Hajah Che Tom yang kecewa dengan sikap anaknya, YB Azmin Ali yang dipaparkan oleh TV3 pada 5 Mei lalu.

Tambah Ummi, kenyataan ibunya itu adalah luahan hati seorang ibu yang kecewa dengan sikap seorang anak.

"Hati ibu saya hancur, tersentuh dengan sikap Azmin," jelas Ummi.

Kini, semua pihak hanya mampu menunggu apa yang ingin didedahkan oleh Azwan sebaik Parlimen Malaysia dibubarkan.

Apa yang boleh dijangkakan, perkara yang bakal didedahkan oleh Azwan itu ada berbaur politik.

Sama-sama kita nantikan!

Chua 'hentam' Mano di depan Chong Wei

Posted: 23 Aug 2012 05:17 PM PDT

 
Nigel Aw


 
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan ADUN DAP Kota Alam Shah, M Manoharan sebagai "terencat politik" kerana kritikannya terhadap prestasi Lee Chong Wei pada Sukan Olimpik
lalu.

Dalam ucapannya pada majlis meraikan Lee dan pemenang pingat acara terjun, Pandelela Rinong Pamg hari ini, Chua berkata Manoharan cuba menggagalkan usaha menyatukan Malaysia melalui tindakan seperti itu.
NONE"Jika ahli politik gagal menyatukan rakyat Malaysia, sekurang-kurangnya anda berdua berjaya menyatukan Malaysia dengan semangat 1Malaysia," katanya kepada Lee dan Pandelela yang meraih perak untuk badminton dan gangsa untuk acara terjun.

Tanpa merujuk secara langsung kepada Manoharan, Chua menyifatkan wakil rakyat DAP itu merosakkan usaha keras yang ditunjukkan kedua-dua atlet itu.

"Saya tidak akan lupa seorang ahli politik yang terencat dari segi politik yang memperlekehkan pencapaian Lee menerusi laman Twitter - satu tindakan luar jangkaan - dan menyanjung pesaing Lee dari China.

"Beliau kemudian meminta maaf tetapi saya rasa ia tidak membawa sebarang makna," kata Chua pada acara tersebut di Petaling Jaya.

Beliau bagaimana pun menegaskan bahawa kenyataan yang menyifatkan Manoharan sebagai terencat itu tidak dimaksudkannya secara harfiah.

FB: Gesa dakwa Pemuda Umno tak masuk akal

Posted: 23 Aug 2012 05:15 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Akaun laman sosial Facebook
Akaun laman sosial Facebook dikatakan milik Pemuda Umno Pusat
 
Akaun fan page Facebook yang didaftarkan atas nama Pemuda Umno Pusat.
Akaun fan page Facebook yang didaftarkan atas nama Pemuda Umno Pusat.
 
IPOH – Gesaan agar tindakan tegas diambil terhadap Pemuda Umno di bawah Seksyen 114A Akta Keterangan berikutan kewujudan laman sosial yang memaparkan poster berbaur hasutan tidak masuk akal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, sepatutnya isu Facebook 'palsu', yang kononnya didalangi Pergerakan Pemuda Umno itu, tidak seharusnya diperbesarkan kerana belum terbukti kesahihannya.

"Hanya sekiranya mereka (Pemuda Umno) didapati bersalah di bawah undang-undang Malaysia, maka seksyen itu boleh digunakan sebagai prosedur jika ada bukti sebelum pihak mahkamah yakin ia satu kesalahan," katanya

Beliau berkata, akta berkenaan hanyalah prosedur untuk menyabitkan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia.

Oleh itu katanya, Pemuda Umno tidak boleh didakwa atas apa-apa kesalahan di bawah seksyen terbabit.

"Sehingga hari ini, pihak pendakwar raya masih belum menerima hasil siasatan polis untuk mendakwa Pemuda Umno di bawah apa-apa undang-undang Malaysia, lagipun sayap parti berkenaan boleh menafikan perkara itu bagi menegakkan keadilan," katanya.

Nazri tidak menolak kemungkinan isu seumpama itu timbul berikutan kurang faham sesetengah pihak mengenai perundangan dalam negara.

Semalam, Ketua Jabatan Sisatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, polis sedang menyiasat laporan mengenai kewujudan laman sosial Facebook palsu menggunakan nama 'Pemuda Umno Malaysia'
yang memaparkan poster berbaur hasutan.

Setakat semalam hanya satu laporan polis mengenai laman Facebook palsu itu diterima.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Isnin lepas, Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional, Ibdilillah Ishak membuat laporan polis berhubung kewujudan laman sosial Facebook itu.

Poster dalam Facebook itu berbentuk tinjauan - "jika orang ramai setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, teruskan sokongan kepada
gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat."

Asri: Hudud perlukan ijtihad baru

Posted: 23 Aug 2012 05:13 PM PDT

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
 
PERBINCANGAN ini menyambung artikel yang lepas tentang pelaksanaan hudud. Ramai orang salah sangka apabila membayangkan negara yang dipimpin berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah itu sebagai negara yang agenda utamanya mengintip dan menghukum rakyat yang tidak mematuhi syariat.

Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, hudud hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah.

Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud. Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di zaman ini berada di bawah takzir. Makanisme ini pula memerlukan suasana yang kondusif untuk pelaksanaannya.

Seseorang Muslim apabila berbicara tentang pemerintahan dan tanggungjawab pemerintahan bukanlah membayangkan mekanisme mengatasi jenayah semata, tetapi membayang tanggungjawab keadilan dan kebajikan yang menjadi asas tersebarnya kebaikan dan keamanan dalam negara.

Justeru, Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Air matanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila isterinya Fatimah bertanya, dia berkata:

"Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang fakir yang lapar, yang sakit lagi derita, orang yang tidak berpakaian yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan hartanya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis" (Al-Zahabi, Tarikh al-Islam wa Wafayat al-Masyahir wa al-A'lam, 7/197. Beirut: Dar al-Kitab al-'Arabi/1407H)

Demikianlah gambaran tanggungjawab pemerintahan yang ada dalam pemikiran beliau. Tanggungjawab menyebarkan kebajikan, pembahagian harta yang adil dan amanah serta kebaikan untuk rakyat di segenap lapisan masyarakat. Tanggungjawab inilah yang beliau takut dan bimbang ALLAH hukum beliau di akhirat kelak. Inilah asas kerahmatan dalam kepimpinan negara yang berdasarkan wahyu ALLAH. Tanggungjawab pemerintah di hadapan ALLAH tentang kebajikan rakyat lebih ditakuti dibandingkan di hadapan rakyat sendiri atau 'suruhanjaya rasuah'.

Itulah gambaran negara yang sepatutnya berada dalam pemikiran umat Islam yang cintakan Islam. Para sarjana Islam telah lama memperkatakan hal ini. Muhammad bin Ka'ab al-Qurtubi apabila diminta oleh 'Umar bin Abd al-Aziz untuk menyifatkan keadilan pemerintah, katanya:

"Jadilah engkau bapa kepada yang muda, anak kepada yang tua, saudara kepada yang sebaya. Demikian juga kepada wanita. Hukumlah manusia dengan kadar kesalahan dan kemampuan mereka. Jangan engkau pukul disebabkan kemarahanmu walaupun satu pukulan, nanti engkau termasuk dalam golongan yang melampau". (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar'iyyah, 1/202. Beirut: Muassasah ar-Risalah/1417H).

Membezakan Jenis Jenayah

Dalam hudud ada dua jenis dosa yang dihukum; pertama; dosa yang membabitkan kesalahan individu dengan ALLAH S.W.T seperti berzina dan minum arak. Dosa bahagian ini lebih kepada merosakkan diri pelaku itu sendiri. Kedua; dosa yang merosakkan atau mengancam keselamatan masyarakat awam seperti merompak, merogol, mencuri, memberontak dan perkara yang berkaitan dengannya.

Dosa bahagian pertama Islam melarang kita melakukan tajassus ataupun intipan. Sementara dosa bahagian kedua, oleh kerana ia mengancam masyarakat dan fitnah lebih besar dari tajassus, maka intipan boleh dilakukan. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H):

"Aku katakan; jika hanya semata-mata sangkaan maka tidak mencukupi dalam hal ini. Bahkan mestilah dengan pengetahuan, jika tidak ia termasuk dalam tajassus yang dilarang berdasarkan dalil al-Quran. Namun dibolehkan untuk suatu kemaslahatan yang mana membantah kemungkaran itu lebih kukuh dibandingkan meninggalkan tajassus dan kerosakan meninggalkan bantahan terhadap kemungkaran lebih dahsyat dari kerosakan tajassus. Atau mungkin boleh digabungkan bahawa pengharaman tajassus berkaitan dengan tanpa pengetahuan (sangkaan) kerana tidak dinamakan tajassus jika perlaksananya benar-benar mengetahui". (Al-Syaukani, Al-Sail al-Jarar, 4/591 Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah/1405H)

Hudud dan hak privasi

Ramai akan menganggap, apabila hudud dilaksanakan bererti privasi individu akan terganggu. Intipan di sana sini akan dibuat untuk mencari orang yang berzina dan minum arak. Ini diburukkan lagi dengan gambaran pelaksanaan sekarang yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa agama di sesetengah tempat apabila mereka seakan memasang 'spy' dalam mencari pelaku maksiat peribadi. Hal ini amat salah dan bercanggah dengan firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..."

Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut:

"Aku ingin agar diberikan perhatian tentang perkara yang penting mengenai hudud; bahawa Islam tidak terkejar-kejar mencari bukti, tidak mengintai untuk melaksanakan hukum ke atas pelaku kesalahan, tidak mencipta alat untuk mencari rahsia pelaku maksiat atau memasang kamera tersembunyi mengambil gambar ketika mereka melakukan jenayah. Tidak pula menguatkuasakan polis pencari jenayah atau perisik untuk mengintip mereka yang menyanggahi syarak sehingga ditanggap yang terbabit. Bahkan kita dapati panduan Islam dalam hal ini tegas setegas-tegasnya dalam memelihara kehormatan peribadi manusia, pengharaman tajassus (mengintip) dan mencari keaiban manusia. Tidak boleh dilakukan oleh individu, tidak juga oleh pihak kerajaan".

Kemudian beliau mengemukakan dalil riwayat al-Hakim daripada 'Abd ar-Rahman bin 'Auf :

"Bahawa dia berkawal bersama Umar bin al-Khattab r.ahuma pada suatu malam di Madinah. Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba ternampak nyalaan api di sebuah rumah. Mereka pun pergi menuju ke situ sehingga apabila hampiri didapati pintunya berkunci, di dalamnya ada sekumpulan orang dengan suara yang kuat.

Lalu Umar r.a. berkata -sambil memegang tangan 'Abd ar-Rahman-: "Kau tahukah ini rumah siapa?". Jawab: "Tidak". Kata Umar: "Ini rumah Rabi'ah bin Umayyah bin Kalaf, mereka sekarang sedang mabuk arak, apa pendapat kau?". Kata 'Abd ar-Rahman: "Aku berpendapat kita sekarang telah melakukan apa yang Allah larang, Allah berfirman: "Jangan kamu mengintip". Kita telah mengintip. Maka Umar pun pergi dan meninggalkan mereka". (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai sahih serta sokong oleh al-Zahabi).

Akibat dari amalan yang salah memberikan gambaran yang salah tentang hudud. Islam dalam urusan jenayah atau maksiat peribadi tidak membongkar yang tertutup, sebaliknya hanya mencegah yang nyata dan zahir sahaja. Seperti kata al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) :

"Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pencegahan) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. ALLAH Ta'ala telah melarang hal ini" (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair/1990).

Membina masyarakat yang pemaaf


Dalam pelaksanaan hudud, pemerintah hendaklah mendidik rakyat agar mengelakkan sikap suka mengangkat kes hudud kepada pihak mahkamah atau berkuasa. Sebaliknya, hendaklah digalakkan kemaafan antara rakyat dan diselesaikan di luar mahkamah. Ini seperti hadis Nabi s.a.w:

"Sesungguhnya pencuri pertama dalam Islam dibawa kepada Nabi s.a.w lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah s.a.w seakan kecewa sedih. Mereka berkata: "Wahai Rasulullah! Seakan engkau membenci hal ini". Jawab Nabi s.a.w: "Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan".

Lalu baginda membaca firman ALLAH: "Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya ALLAH mengampunkan dosa kamu? (Surah an-Nur: 22)" (Riwayat Ahmad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah).

Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan 'mengidam' untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka 'penolong syaitan'.

Hudud memerlukan ijtihad baru

Tiada siapa yang mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam al-Quran dan as-Sunnah. Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat. Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuhaqa sejak dahulu berbeza dalam hal ini. Cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan. Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira.

Demikian ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini. Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengan takzir.

* Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis dan ahli akademik Universiti Sains Malaysia

PRU13: PKR mahu kerusi Bachok

Posted: 23 Aug 2012 05:11 PM PDT

NURRUL HUDA AHMAD LUTFI

Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13 
 
KOTA BHARU- PKR Kelantan mengesahkan memohon pertimbangan Pas negeri untuk pertukaran kerusi Parlimen Bachok dengan Machang sekali gus membuka laluan kepada PKR meletakkan calon 'harapan' bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir mengakui pihaknya telah menghantar surat cadangan berhubung perkara itu kepada PKR Pusat dan Pas Kelantan sebelum Ramadan lalu.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya masih menunggu jawapan daripada kedua-dua pihak tersebut memandangkan sehingga kini tidak ada sebarang maklum balas.

"Surat cadangan tersebut kita hantar sebelum puasa lagi tetapi sampai sekarang masih tiada sebarang jawapan. Tetapi apa jua keputusan daripada pihak Pas nanti kita terima dengan hati terbuka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.

Memetik laporan sebuah blog bertajuk 'Teka Teki Di Kerusi Parlimen Bachok' terdapat desas-desus yang mengatakan PKR Kelantan telah mengemukakan cadangan agar kerusi Parlimen Machang yang kini dimiliki parti ditukar dengan kerusi Pas di Bachok.

Dalam kenyataan menerus blog itu menyatakan nama bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zaiyadi Awang Noh merupakan calon yang disebutkan-sebutkan memiliki kredibiliti berdepan saingan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pada PRU13.

Mengulas lebih lanjut berhubung dakwaan blog tersebut tidak menafikan kemampuan Zaiyadi untuk bertaruh dengan Awang Adek sekiranya menjadi calon PKR pada pilihan raya kelak kerana terdiri daripada keluarga besar yang berpengaruh sekali gus berkemampuan meraih sokongan penduduk Bachok.

Ditanya objektif cadangan pertukaran kerusi tersebut berkemungkinan faktor PKR Kelantan bermasalah di Machang termasuk Saifuddin Nasution Ismail akan bertanding di Kedah, beliau menafikannya dan menegaskan idea itu sekadar strategi parti untuk berhadapan PRU13.

Menurutnya, dakwaan yang mengatakan Saifuddin akan beralih arah ke negeri sebelah utara berkenaan disifatkan sebagai khabar angin sahaja yang tidak ada kesahihan fakta yang tepat.

 "Biasalah kalau ada masalah dalam parti, mana-mana parti pun akan berhadapan masalah untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya dan ini tiada kaitan dengan cadangan tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, kini PKR Kelantan memiliki sekurang-kurangnya tiga calon muka baru yang tersenarai untuk bertanding kerusi Parlimen Machang.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung hal calon itu kerana semuanya bergantung atas keputusan PKR Pusat yang berhak membuat pemilihan.

Pada PRU13, Pas yang mencalonkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menang mengalahkan Awang Adek.

Pertemuan isu hudud selepas PRU13

Posted: 23 Aug 2012 05:09 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Zaharuddin Abd Rahman
Dr Zaharuddin Abd Rahman 
 
SHAH ALAM - Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid) akan melaksanakan seminar hudud selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum-13 (PRU13) bagi mengelakkan isu tersebut daripada terus dipolemikkan.

Pengerusinya, Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata, seminar tersebut amat penting kerana akan mengumpulkan semua pihak termasuk pemimpin parti-parti politik bagi melontarkan pandangan masing-masing mengenai hudud.

"Kita mahu memberikan pemahaman kepada masyarakat supaya mereka jelas mengenai hukum hudud yang dianjurkan Islam. Seminar ini nanti bukan sahaja kepada umat Islam bahkan juga kepada orang bukan Islam.

"Dengan penganjuran seperti ini, orang bukan Islam akan memahami dan menerima baik hukum hudud," katanya, semalam.

Katanya, pemahaman hudud kepada orang bukan Islam bukanlah bererti memaksa mereka memeluk agama Islam tetapi ia penting demi kesejahteraan, kemakmuran dan penyatuan masyarakat berbilang agama dan kaum di negara ini.

"Saya harap pertemuan itu nanti bukanlah menjadi medan kepada parti-parti politik menegakkan pendirian mereka sahaja tetapi harus menjadi medan perbincangan yang sihat selaras dengan tuntutan Islam," katanya.

Isu hudud semakin menjadi perhatian selepas Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam satu laporan baru-baru ini mempertikaikan hukum Islam tersebut dalam mengatasi jenayah.

Ekoran kenyataan Karpal tersebut, beberapa pemimpin Pas terutamanya Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan menyifatkannya sebagai 'keterlaluan'.

Himpunan Hijau 2 Sept pindah ke padang bola

Posted: 23 Aug 2012 05:07 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Kumpulan alam sekitar Himpunan Hijau akan mengubah lokasi perhimpunan yang dijadualkan pada 2 September ini ke sebuah padang bola sepak selepas permohonan untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Raub telah ditolak oleh Majlis Daerah Raub.

Lokasi terbaru yang terletak di belakang Taman Tasik Raub itu telah dicadangkan oleh Ketua Polis Daerah Raub, Wan Mohd Samsudin Wan Osman semasa mesyuarat bersama Jawatankuasa Bertindak Haramkan Sianida semalam.

Menurut akbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, pengerusi jawatankuasa itu, Wong Kin Hoong berkata, pihaknya tidak mempunyai pilihan dan menerima lokasi yang dicadangkan.

"Jawatankuasa Himpunan Hijau, Raub, 2 September akan bertemu dengan ketua polis daerah sekali lagi pada 27 Ogos untuk menandatangani perjanjian perhimpunan," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Beliau berkata lagi, jawatankuasa itu juga telah bersetuju untuk tidak membawa kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah.

Sianida digunakan untuk mengekstrak emas daripada amang yang diperolehi daripada perlombongan terdahulu dan juga sisa yang logam teroksida di lombong berkenaan.

Penduduk Kampung Baru Bukit Koman, yang terletak berhampiran lombong berkenaan mengadu bahawa asap daripada aktiviti pemprosesan di lombong berkenaan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Kumpulan berkenaan mengambil tindakan undang-undang ke atas pelombong berkenaan namun kes mereka diketepikan oleh mahkamah.

Nik Aziz 'berehat' di wad HUSM

Posted: 23 Aug 2012 04:56 PM PDT





 
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian atas nasihat doktor.

Satu kenyataan oleh setiausaha akhbarnya di Facebook menyebut, Nik Abdul Aziz, 81, dinasihatkan doktor supaya supaya berehat di wad tersebut semasa menerima rawatan rutin pagi ini.

"Beliau memohon untuk menangguhkan kemasukan ke dalam wad bagi menyelesaikan beberapa tugasan termasuk merasmikan pelancaran Tunjong Pavillion pagi tadi.

"Beliau dinasihatkan mendapatkan rehat yang berkualiti pada hujung minggu ini di dalam wad selepas jadual kerja yang agak padat termasuk memenuhi jemputan kenduri di sana sini," kenyataan itu dipetik.

Nik Abdul Aziz kali terakhir dilaporkan menerima rawatan di wad rawatan jantung (CCU) hospital itu pada bulan April lalu setelah mengadu sakit dada.

Bekas mufti: Terkeluar Islam jika persenda hudud

Posted: 23 Aug 2012 04:53 PM PDT

Zulaikha Zulkifli


 
Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.

Dr Mohd Asri berkata, sendaan itu boleh dilihat ketika Kelantan mula memperkenalkan hukum hudud – melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

NONE"Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan 'sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan' adalah melampaui batasan agama.

"Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam," katanya dalam satu tulisan di blognya, drmaza.com.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa golongan yang menolak hukum hudud yang tertulis di dalam al-Quran sahaja yang akan terkeluar daripada Islam.

Golongan yang menolak penafsiran oleh para sarjana atau mana-mana individu mengenai undang-undang Islam itu, tidak akan jatuh hukum sehingga murtad, katanya.
''Sebagai seorang muslim, kita tak boleh persoalkan hukum tuhan. Cuma di sini ada perbezaan dalam menafsirkan undang-undang hudud.

islam religion muslim 1''Ada tiga. Pertama, bagi orang yang menentang hukum yang ada di dalam al-Quran, dia terkeluar agama. Bagi orang yang menentang penafsiran tidak semestinya mereka menentang hudud tetapi mereka hanya menentang penafsiran (hukuman) hudud.

"Dan ketiga, apabila seseorang mengatakan, hukuman itu tidak dapat dilaksanakan pada zaman ini kerana tidak cukup syarat atau suasana tidak sesuai, tidak boleh dikatakan mereka sebagai menentang hudud," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.

Mengulas lanjut perkara itu, Mohd Asri berkata, hukum hudud yang termaktub di dalam al-Quran boleh memberi lebih daripada satu penafsiran.

Katanya, mereka yang memberi penafsiran mengenai hukuman itu pula tidak semestinya menentang Islam. Sebaliknya, hanya melontarkan pandangan mengenai hukuman tersebut.

"Umpamanya (bila ada yang bertanya) apa syarat tangan untuk dipotong, apa kesan jika tangan dipotong. Serta beberapa pandangan sarjana mengenai hukuman ini. Jika beberapa pandangan terhadap penafsiran itu yang berlaku sekarang, itu bukan menentang hudud.

"Kalau tolak penafsiran, sebagai contoh, PAS- mengenai enakmen liwat atau kes zina dan empat orang saksi. Itu bukan menentang al-quran tetapi (menentang) penafsiran," jelasnya.

Sehubungan itu, Mohd Asri berpendapat, situasi yang berlaku sekarang bukan mengenai seseorang yang menentang hukum Allah itu tetapi hanya memberikan pendapat mengenai kesesuaian melaksanakan hukuman berkenaan.

NONE"Saya rasa kini mereka bukan menentang hukum tuhan tetapi memberi pendapat dengan mengatakan suasana sama ada sesuai atau tidak untuk melaksanakan hudud. Bukan hudud itu tidak sesuai tetapi suasana.

"Kita kena tahu sama ada orang itu pertikaikan hudud itu sendiri atau mengatakan hukuman itu sesuai atau tidak sesuai. kalau pertikai hudud itu sendiri, dia telah keluar agama tetapi kalau menentang penafsiran hudud itu, tidak sampai hingga terkeluar daripada agama," katanya lagi.

Kelantan promosi hudud

Dalam tulisan di blognya itu, beliau turut mempertahankan usaha melaksanakan hudud seperti dijalankan kerajaan negeri Kelantan yang disifatkannya sebagai tindakan yang jujur untuk melaksanakan perintah Allah.

Namun, langkah itu terhalang kerana tidak mendapat kerjasama oleh kerajaan persekutuan, kata Dr Mohd Asri lagi.

"Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan.

"Ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya.

Tambahnya, beliau mendapati demikian apabila melihat kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberitahunya: "Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya".

NONE"Di Kelantan suasana kondusif untuk hudud terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran pusat.

"Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan. Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan.

"Maka, bukan menjadi kesalahan Kelantan jika beberapa hukuman hudud tidak dilaksanakan disebabkan keterbatasannya," kata Dr Mohd Asri lagi.

Awal tahun lalu, Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa Kelantan memutuskan untuk tidak melaksanakan enakmen tersebut kerana bimbang kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat dan merampas pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Kelantan dan memberi amaran untuk mengambil tindakan sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.

Selain Kelantan, Terengganu turut meluluskan undang-undang serupa melalui Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Kisas yang diwartakan pada 2002) ketika negeri itu berada di bawah pentadbiran PAS.

BN yang mengambil alih pentadbiran Terengganu selepas itu juga tidak melaksanakan peruntukan tersebut kerana belum cukup persediaan, seperti dinyatakan seorang wakil kerajaan dalam persidangan DUN akhir tahun lalu.

Minit mesyuarat bocor: DAP tuntut penjelasan PKR

Posted: 23 Aug 2012 04:50 PM PDT

Susan Loone


 
DAP Pulau Pinang akan menuntut penjelasan rasmi daripada rakan kongsinya PKR berhubung kebocoran minit mesyuarat yang terbocor di Internet, didakwa mengandungi komen yang memperkecilkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow berkata, kandungan dokumen yang bocor itu turut mengandungi kenyataan ketua PKR negeri Datuk Mansor Othman yang menggelarkan Lim sebagai pemimpin "angkuh".

Beliau turut menafikan dakwaan pemimpin PKR tersebut, seperti yang dipetik dalam dokumen berkenaan, bahawa DAP ingin bertanding di lebih banyak kerusi di Pulau Pinang serta kemungkinan berlakunya pertembungan tiga penjuru dengan parti dalam Pakatan Rakyat.

"Segala komen berhubung susunan kerusi di Pulau Pinang yang dilaporkan dalam portal berita itu hanya dibuat dalam konteks perbincangan pilihan raya dalaman PKR dan tidak mencerminkan realiti sama sekali," kata Chow yang juga anggota majlis kerajaan negeri.

Chow mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang memetik Mansor sebagai berkata, minit mesyuarat yang bocor itu sememangnya mencerminkan isu yang diambil berat oleh anggota parti itu.

Minit mesyuarat berkenaan, yang menyatakan dengan terperinci mesyuarat strategik PKR bertarikh 19 Mac itu dimuatkan dalam satu blog gelagatanwar.wordpress.com pada bulan Jun lalu.

Menurut dokumen tersebut, beberapa pemimpin PKR, termasuk Mansor membincangkan mengenai agihan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang.

Dalam perbincangan itu, beberapa pemimpin PKR menyatakan kebimbangan mereka mengenai rundingan kerusi dengan DAP, parti yang paling dominan antara komponen Pakatan di negeri tersebut, dan juga kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam dokumen itu juga, Mansor meyakinkan pemimpin bawahannya bahawa beliau tidak akan berganjak dan menggesa timbalan ketuanya, Law Choo Kiang untuk menyediakan senarai kedua – dengan sekurang-kurangnya 10 anggota berbangsa Cina sebagai persediaan sekiranya mereka perlu berdepan DAP dalam pertandingan tiga penjuru.

Ia turut menyatakan bahawa Mansor menyebut mengenai pengaruh calon Cina PKR sebagai "ancaman" kepada DAP.

Mansor dalam minit berkenaan juga menyatakan bahawa sukar untuk bekerjasama dengan Lim kerana ketua menteri itu semakin "angkuh", dan Lim juga dianggap sebagai "tokong" oleh golongan Cina tempatan.

PKR: Kenyataan Mahathir bukti gaya diktator

Posted: 23 Aug 2012 04:40 PM PDT

WAN NASRAH ABDUL RAHIM

PKR: Kenyataan Mahathir bukti gaya diktator
R Sivarasa
 
PETALING JAYA -  PKR mendakwa kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi blognya semalam dengan sendiri menunjukkan beliau seorang pemimpin diktator, sekali gus tidak menghormati hasrat rakyat.

Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, R Sivarasa berkata, apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir adalah kenyataan yang biasa dibuat diktator walaupun mereka tidak lagi berkuasa.

"Jelas beliau hanya mahu kerajaan sedia ada terus kekal berkuasa seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan lain dari luar negara yang menggunakan cara autoritarian seorang diktator," kata Ahli Parlimen Subang ini pada sidang media hari ini.

Menerusi entri blognya semala, Dr Mahathir berkata, rakyat tidak wajar memberi mandat percubaan kepada pembangkang untuk memerintah negara selama lima tahun sebagai langkah berbahaya.

Bekas perdana menteri itu berkata, ini kerana langkah itu boleh merosakkan banyak perkara.

Dr Mahathir berkata rakyat perlu melihat rekod Barisan Nasional (BN) memerintah negara sejak kemerdekaan dan membandingkannya dengan negara lain yang mencapai kemerdekaan pada waktu sama, atau dengan negara barat yang maju.

"Mereka berada dalam kesulitan kewangan yang teruk, dan cuba sedaya mungkin, tetapi tidak dapat mengatasi krisis itu," katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh krisis kewangan 1997-1998, timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada masa itu (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mencuba  penyelesaian Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) tanpa pinjaman IMF dan bank dan syarikat-syarikat menghadapi ancaman bankrap akibat pinjaman tidak berbayar, kenaikan kos import serta kos sara hidup.

Beliau berkata Anwar hanya berminat untuk memegang pucuk pimpinan Umno supaya dapat menjadi perdana menteri dan berkata: "Bagaimana beliau mencapai sasarannya itu tidak perlu lagi diperinci," katanya lagi.

Tiada ulasan: