Jumaat, 24 Ogos 2012

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


PEMIMPIN DARI QURAISH?

Posted: 24 Aug 2012 01:46 PM PDT


Dalam fiqh maqasid, dijumpai dua perkara penting. Iaitu Maqasid dan Wasail. Menurut Ibnu Asyur, maqasid adalah sesuatu yang mengandungi maslahah dan mafsadah. Adapun Wasail adalah elemen-elemen yang membawa kepada maqasid. [Maqasid As-Syariah Al-Islamiyyah : 413]

Dalam istilah kitab-kitab usul fiqh dan maqasid, kalimah wasail ini kadangkala digunakan dengan istilah zaraie. Cuma sebilangan ulama menyatakan, wasail digunakan dalam perkara yang membawa kepada maslahah (wajib) dan zaraie digunakan dalam perkara yang membawa kepada mafsadah (haram). [Fi Al-Ijtihad At-Tanzili : 118]

Kewujudan wasail ini, kadangkala dalam nas, dan kadangkala tidak wujud dalam nas. Contoh bagi perkara yang tidak ada dalam nas seperti kewajipan menggali telaga bagi menyempurnakan kesempurnaan solat, iaitu wudu'. Kewajipan menggunakan kompas bagi menyempurnakan kesempurnaan solat, iaitu mengadap arah kiblat.

Adapun contoh yang termaktub dalam nas pula, terlalu banyak yang boleh dikemukakan. Antaranya adalah;

Firman Allah;

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ

Maksudnya;
"perangilah mereka hingga tidak berlaku lagi fitnah dan agama itu semuanya kepunyaan Allah"

[Al-Anfal : 39]

Dalam ayat ini, ia mengandungi maqasid dan wasail. Wasail dalam ayat ini adalah "perang", sedangkan maqasid dari ayat ini adalah "sehingga tidak berlaku fitnah [fitnah dalam ayat ini adalah kemudharatan yang besar tertimpa kepada umat Islam sepertimana yang berlaku sebelum diawal hijrah ke Habsyah, dalam sejarah bai'ah Aqabah dan sebagainya : sila lihat ulasannya dalam kitab At-Tafsir Al-Kabir muka surat 7/403]". Dengan maksud, sekiranya perang itu pula melahirkan fitnah, maka perang itu tidak perlu dilakukan. Ini kerana, peperangan itu digunakan untuk menghindar dari berlakunya fitnah.

Begitujuga dalam hadis bahawa Nabi SAW ada bersabda;

الْأَئِمَّةُ مِنْ قُرَيْشٍ

Maksudnya;
"Imam (pemerintah) itu dari kalangan Quraish" [Ahmad : 11859]

Menurut Ibnu Khaldun hadis ini bukan mewajikan meletakkan syarat bahawa pemerintah itu dari kalangan berbangsa Quraish, tetapi ia sekadar untuk "menolak dari berlaku perbalahan" atau "lidafi' At-Tanazu'". [Muqaddimah : 100]

Hadis ini, maqasidnya adalah menolak dari berlaku perbalahan. Sedangkan wasailnya adalah pemerintah itu dari kalangan Quraish. Dengan maksud, jika dengan wujud Quraish jadi pemerintah pun boleh melahirkan perbalahan, maka terlebih baik dilantik bukan Quraish menjadi pemerintah, jika ia dapat mengelak dari berlaku perbalahan.

[FIQH MAQASID] BENARKAH UMAR TOLAK NAS?

Posted: 24 Aug 2012 07:22 AM PDT

soalan :

kita katakan bahawa semua Syariat itu mengandungi maslahah setelah kita perhatikan nas-nas, maka kita katakan setiap langkah-langkah perlaksanaan (tanfiz) setiap syariat tersebut (tasyri') juga sudah tentu akan membawa maslahah, tetapi jika ianya mengandungi mafsadah, bagaimana kita nak katakan tasyri' itu mengandungi maslahah? Ana merujuk kepada tasarruf Umar al-Khattab terutama dalam bab pemberhentian pemberian zakat kepada muallafatu qulubuhum dan juga tidak memberi ghanimah tanah kepada askar perang. Umar telah menyalahi nas (perkara tasyri'i) dengan alasan melakukan perkara tanfizi. Adakah ini merupakan contoh jika nas bertentangan dengan maslahah, maka maslahah didahulukan? Sedangkan Maslahah Nas itu Hakiki dan Maslahah Mursalah-tanfizi-ijtihadi itu tidak bersifat hakiki


jawapan :

Isu umar itu, boleh tengok byk sudut 

1- jika mahu dilihat dari sudut tasyrik dan tanfiz, sifat tanfiz itu sendiri bukan muabbad, tp muaqqat. bermakna, apabila hilang segala syubhat, kembali kpd hukum muabbad seperti dlm nas 

2- tindakan umar itu merujuk kepada penafsiran umar terhadap nas. bila bersifat penafsiran, makanya ia zanni. sifat zanni mesti ijtihadi. antara kandingan ijtihad adalah gabungan dlm byk2 nas untuk mengeluarkan keputusan. 

3- keputusan yang umar buat itu berdasarkan ijtihad politik. kandungan2 nas yg bercerita ttg politik bersifat wasail. makanya, ia salah satu cara yang sesuai di era penurunan wahyu. tetapi dlm kondusif yang lain, ia boleh digunakan cara yg lain yang lebih mendatangkan maslahah kpd rakyat. krn dlm fiqh politik, maqasidnya adalah kemaslahatan kpd rakyat.

[NAIL AWTAR 1] MAKAN DAN AIR LAUT

Posted: 24 Aug 2012 07:11 AM PDT


Dari abu hurairah berkata; seorang lelaki tanya Rasulullah SAW, katanya: kami naik kapal laut dan kami bawa air darat sikit sahaja. Jika kami berwudu', kami akan dahaga, apakah boleh kami berwudu guna air laut? Jawab nabi, airnya suci dan bangkainya pun halal' (tirmizi kata, hadis hasan saheh)

1- suci menyucikan

Maksud dari hadis ini, air laut adalah suci. Dengan maksud, ia boleh diminum. Juga ia boleh menyucikan. Dengan maksud, ia boleh digunakan untuk mandi jinabah, berwudu dan sebagainya. Inilah mengikut pendapat syafiiyyah.

Adapun mengikut pendapat Ibn abd al-Bar, ibn Umar dan Said bin Musayyib, air laut itu suci, tetapi tidak boleh menyucikan. 

Ini kerana mereka melihat kepada satu hadis mauquf atas Ibn Umar berkata; 'air laut itu tidak memadai dari wudu, junub, krn dibawah laut ada api kemudian air kemudian api hingga dihitung tujuh laut dan tujuh api'

namun begitu, hadis mauquf ini dinilai oleh al-bukhari sebagai tidak saheh. 

2- kenapa sahabat tanya soalan

soalan ini dikemukakan oleh sahabat krn mereka ada mendengar satu hadis bahawa Nabi SAW ada berkata, 'jangan kamu naik kapal laut kecuali untuk menunaikan haji, umrah atau berperang di jalan Allah, krn dibawah laut ada api dan dibawah api ada laut' (abu daud)

bila melihat kepada hadis ini, seakan-akan ada yang tidak kena pada air laut menyebabkan lahirnya sangsi dikalangan sahabat tentang keizinan untuk berwudu dan mandi jinabah dengan air laut. Makanya tidak hairan mereka kepada Nabi SAW ttg perkara ini.

3- makanan dari laut

semua seafood atau makanan dari laut adalah halal, hingga anjing, ular dan babi laut sekalipun. Inilah pendapat yang saheh dikalangan ulama dalam mazhab syafie.

Namun begitu, ada mazhab yang melarang dari makan sebilangan binatang laut, seperti mazhab Hanafi dan syiah melarang makan sotong, seperti sebilangan ulama syafie melarang makan babi laut krn merujuk kepada umum Quran mengharamkan makan babi.

4- bertanya soalan jika tidak tahu

dalam hadis ini, dapat mengajar kepada kita tentang sikap sahabat dalam urusan keagamaan. Mereka sangsi atau tidak tahu terhadap sesuatu, mereka akan bertanya terlebih dahulu.

Nabi SAW juga pernah berkata, 'ubat bagi kesangsian itu adalah tanya'.

5- jawapan lebih dari soalan

adalah satu sifat yang terpuji apabila seseorang itu menjawab soalan lebih dari kehendak soalan si penanya berdasarkan keperluannya. Inilah yang ditekaskan oleh al-Khitabi.

Ia sepertimana dalam hadis yang lain bahawa orang bertanya kepada nabi apa yang perlu dipakai dalam ihram. Mendengar soalan itu, nabi saw menjawab, 'tidak boleh pakai qamis, serban, seluar, penutup kepala, pakaian yang disentuhi wangian atau za'faran. Jika tidak ada selipar, maka pakailah khuf'

walaupun dikalangan ulama usul menyatakan bahawa jawpan dari soalan hendaklah selaras dengan soalan. Namun, ia bukan bermaksud tidak boleh menjawab dengan panjang berdasarkan keperluan atau memberi faedah kepada orang yang bertanya.

(ringkasan dari Nail al-awtar, jld 1, hlmn 14 - 17)

Tiada ulasan: