Ahad, 19 Ogos 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Warkah buat Penerbit filem ‘Tanda Putera’

Posted: 18 Aug 2012 10:57 PM PDT

 Oleh : Mazir Ibrahim


Apabila kehangatan isu filem 'Tanda Putera' semakin meninggi, maka penerbit dan pengarah filem tersebut terpaksa mengadakan sidang akhbar khas untuk cuba menjelaskan keadaan.

Tuduhan terbaru datangnya dari laman sosial facebook yang mempromosikan filem berkenaan, yang mana gambar Lim Kit Siang yang sebenarnya sedang ditahan oleh pegawai emigresen, telah diseleweng dan dijadikan sebagai bukti bahawa Lim Kit Siang ditangkap kerana kencing ditiang bendera rumah Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dalam sidang akhbar tersebut, terdapat dua perkara penting yang boleh kita analisis bagi melihat sejauh mana kefahaman karyawan filem kita tentang subjek yang menjadi bahan ceritanya iaitu sejarah dan politik.

Pertama, penerbit filem terbabit telah menyatakan kesediaan mereka untuk membuat tayangan khas untuk pembangkang, tujuannya untuk menunjukan bahawa tiada unsur-unsur meragukan (hasutan perkauman) dalam naratif filem tersebut.

Tetapi kesediaan ini bersyarat iaitu, jika pembangkang (Pakatan Rakyat) bersedia menampung kos tayangan khas itu tadi, maka mereka sanggup menayangkannya, jika tidak maka hasrat tersebut tidak akan terlaksana hinggalah ia ditayangkan kelak kepada umum.

Persoalan kos ini agak menarik minat kita, apabila seorang produser filem, membuat filem atas pembiayaan Finas, iaitu salah satu agensi kerajaan yang mana wang dana Finas itu adalah bersumberkan wang cukai rakyat, ingin meletakan 'harga' untuk satu tayangan khas.

Adakah penerbit ini sedar bahawa, mereka bukan sahaja mengadaptasi satu sejarah rakyat/negara (cerita bukan idea asal pengkarya) dan mendapat pembiayaan dari wang cukai rakyat, tetapi tetap mahu mengaut keuntungan sungguhpun tayangan khas ini bukan bertujuan untuk hiburan hatta bukan untuk membuat untung.

Bukankah tayangan khas itu mempunyai tujuan yang khas? ianya mahu membuktikan bahawa filem itu bersih dari elemen hasutan perkauman sebaliknya filem tersebut memaparkan simbol semangat juang pemimpin seperti yang ingin disampaikan oleh pengkarya terbabit. Jadi kos apa yang perlu dibayar lagi oleh pihak pembangkang?

Ini samalah dengan perangai kontraktor UMNO, sudah diberi kuasa kemudian mahu ambil kesempatan mengaut harta rakyat pula. Dalam situasi luar biasa sebegini, seharusnya penerbit bersikap profesional untuk berurusan dengan pembangkang kerana kita sebagai pembangkang amat profesional dalam mengkritik karya Malaysia atau dasar kerajaan.

Kedua, tuduhan penerbit filem tersebut bahawa Lim Kit Siang 'mudah terasa' dengan gambar yang dimuat naik dilaman facebook sungguhpun gambar tersebut telah dikeluarkan oleh pihaknya.

Kita tidak pasti apakah maksud sebenar tentang 'mudah terasa' si Penerbit filem ini, adakah beliau bermaksud Kit Siang terlalu sensitif dan terasa hati dengan gambar tersebut? Wallahualam.

Namun, dakwaan tersebut seolah-olah gambar yang dimuat naik itu gambar yang bersifat gurauan hingga penerbit tersebut menggunakan perkataan 'mudah terasa'. Bukankah gambar tersebut dengan kapsyen diberi adalah salah. Adakah penerbit ini faham bahawa gambar adalah fakta dan sesuatu kapsyen juga adalah fakta. Jadi, dengan gambar Lim Kit Siang dalam aksi sedang ditahan oleh pegawai emigresen dengan kapsyen yang salah merupakan satu kesalahan.

Mereka yang bekerja dengan media amat arif akan hal ini. Tetapi adakah penerbit tersebut terlalu bodoh untuk memahami asas fakta sebegini?

Ini bukan soal terasa hati kerana satu gurauan atau jenaka bodoh. Tetapi ini kesalahan fakta yang memalukan malah, kesalahan ini juga mungkin boleh membahayakan nyawa seorang insan, dan insan ini adalah ahli politik vateren dalam arus perdana politik Malaysia.

Malah, subjek (gambar dan kapsyen) tersebut merupakan subjek yang sensitif, yang melibatkan satu trajedi hitam dalam negara, ia kes jenayah dan kes rusuhan kaum. Apakah penerbit ini tidak sedar hingga beliau sanggup mendakwa bahawa LKS 'terasa hati' dengan paparan gambar dan kapsyen yang penuh dengan niat hasutan itu.

Setahu kita, karyawan dan artislah yang kuat terasa hati, lebih-lebih lagi apabila karyanya menerima kritikan oleh masyarakat umum.

Dalam sidang media itu juga, sutradara filem terbabit turut mengeluh kerana filemnya dikritik hanya dengan menonton sedutan pendek filem, sebelum ianya ditayangkan.

Ingin kita jelaskan disini, sebab itulah kita mahu filem tersebut ditayangkan secara khas kepada pihak yang berkaitan supaya semua pihak jelas akan kedudukan sebenarnya.

Lagi pun, ini juga peluang yang baik untuk pengarah tersebut merasai apa yang kita dalam Pakatan Rakyat rasai. Apabila pengarahnya 'terasa hati' dengan kritikan awal iaitu sebelum filemnya ditayangkan, kes ini samalah dengan kes Buku Jingga dan dasar-dasar PR.

PR tak pernah berpeluang memerintah Malaysia, jadi mana mungkin dasar yang kita sarankan itu mampu menunjukan hasil. Jika nak tahu hasilnya, nah..berilah PR peluang memerintah. Pasti selepas itu, anda mahu PR terus memerintah Malaysia.

Bagi para karyawan, setiap paparan subjek dalam layar putih atau apa jua medium, paparkanlah realiti subjek dengan penuh nilai estatik, bukan sensasi subjek yang plastik.

DAP menghormati hak pengkarya dan kita meraikan kebebasan bereskpresi. Ini merupakan dasar DAP yang teguh sejak sekian lama. Pengkarya punya peranan dan tanggungjawab moral atas setiap karyanya, begitu juga dengan ahli politik.

Gunakanlah subjek dalam setiap karya anda dengan penuh bermutu, karya yang bagus adalah karya yang malar segar, belajarlah sedikit dari P.Ramlee untuk berani menyatakan realiti dalam karyanya.

Teringat dialog dalam filem Pendekar Bujang Lapok " Alif Mim Nun Wau (UMNO)…bunyinya sarkis".

Pakatan ubah dasar perumahan apabila tawan Putrajaya – Anwar

Posted: 18 Aug 2012 10:53 PM PDT

KEADILAN DAILY

SHAH ALAM : Pakatan Rakyat akan mencari jalan berdasarkan prinsip kepedulian terhadap rakyat supaya harga rumah tidak terlalu tinggi hingga sukar dimiliki.

Dalam rancangan Borak Bersama Anwar melalui Google Hangout malam tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata dasar perumahan sedia ada harus diubah supaya mengutamakan rakyat, bukannya menguntungkan kroni.

"Kita akan cari jalan kerana dasar sedia ada membebankan rakyat. Perlu kepada prinsip kepedulian, jangan kebergantungan kepada tauke atau kroni (Umno).

"Ini tidak. Kalau projek terbengkalai, yang menang pemaju, pembeli sengsara – hutang kena bayar tapi rumah tak ada," katanya menjawab soalan seorang peserta rancangan itu.



Peserta yang mengaku berpendapatan RM60,000 setahun itu, dalam soalannya turut menyatakan harga rumah (landed property) di Semenyih pun mencecah RM450,000 sebuah.

Ia, kata peserta berkenaan, menyukarkannya untuk memiliki rumah, apatah lagi dibebani kenaikan harga barangan dan peningkatan kos sara hidup.

Sejak kempen Turun Harga Kereta dilancarkan, orang ramai meminta dasar perumahan yang dianggap penting bagi mengurangkan bebanan hidup rakyat, disemak semula.

Menegaskan situasi itu tidak berlaku sebelum 1998, Anwar berkata, seseorang siswazah mampu membeli kereta selepas setahun dua bekerja dan memiliki rumah selepas lima hingga 10 tahun kemudian.

"Akan tetapi, pada masa sekarang – dalam tempoh yang sama, kemungkinan miliki rumah mustahil sama sekali. Dasar ini kena berubah," katanya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang menyediakan peruntukan bagi memulihkan projek terbengkalai walaupun ia tanggungjawab kerajaan Persekutuan.

"Ini bukan kerja kerajaan negeri. Patutnya, cuma sediakan tanah dan kelulusan cepat tapi kerana gagalnya kerajaan Persekutuan, terpaksa kerajaan negeri bertindak sendiri," katanya.

Ketua Pembangkang itu kesal kerana kerajaan Umno mudah menjual tanah kepada kroni untuk melaksanakan projek kos tinggi tetapi tidak membantu rakyat kebanyakan.

"Buat projek mahal, besar-besar. Mengapa tak beri peruntukan kepada bekas tentera sekitar Kuala Lumpur?

"Mengapa tanah di Sentul yang diswasta kepada YTL (Corporation Berhad) tak diperuntuk kepada penghuni yang duduk sejak puluhan tahun. Dasar ini harus berubah," katanya.

Perumahan Terbengkalai: Selangor Selesaikan Kegagalan Kerajaan Pusat

Posted: 18 Aug 2012 10:48 PM PDT





SHAH ALAM: Usaha memulihkan projek perumahan terbengkalai membuktikan bahawa pentadbiran Pakatan Rakyat menjaga kepentingan pembeli rumah dengan lebih baik berbanding Umno-BN.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu pemulihan projek terbengkalai sepatutnya dibuat oleh Kerajaan Pusat.

Bagaimanapun menurut beliau, Kerajaan Pusat Umno-BN mengabaikan tanggungjawab tersebut dengan membiarkan masalah itu ditanggung oleh Kerajaan Negeri seperti Selangor.

"Tengok Selangor terpaksa tangani.

"Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Abdul Khalid (Ibrahim) berjaya memulihkan beberapa kawasan perumahan terbengkalai yang sebenarnya bukan tanggungjawab negeri tetapi persekutuan yang gagal melaksanakannya.

"Pada pengalaman saya dahulu, Kerajaan Negeri hanya perlu sediakan tanah dan bantuan beri kelulusan cepat.

"Peruntukan dana adalah dari persekutuan, (kini) kerajaan persekutuan gagal jalankan tanggungjawab," kata Anwar dalam program 'Borak Bersama Anwar' malam tadi.

Menurut data dari Kerajaan Negeri, terdapat lebih 140 projek perumahan terbengkalai di seluruh negeri membabitkan 50,000 unit rumah semasa Pakatan mengambil alih pemerintahan Selangor pada Mac 2008.

Sehingga kini Kerajaan Selangor telah berjaya memulihkan 30 peratus daripada jumlah projek terbengkalai termasuk skim-skim  yang besar seperti Bukit Botak dan Pangsapuri Kampung Berembang.

 

Program Interaktif yang dikendalikan oleh Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman dan disiarkan selama sejam itu merupakan satu-satunya program 'Google Hangout' yang melibatkan ahli politik Asia Tenggara.

Ketika menjawab soalan daripada seorang peserta, Anwar memberitahu Kerajaan Negeri Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang memperuntukan sebanyak setengah bilion ringgit bagi memastikan isu perumahan di negeri terbabit dapat diselesaikan.

Sementera itu dalam satu lagi temubual ringkas selepas program tersebut, Anwar turut menjelaskan perlantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor adalah satu keputusan yang tepat.

"Saya dah kenal lama Tan Sri Khalid, dia memang tak pandai nak bermain-main dengan sesuatu isu sebab dia seorang yang lurus, amanah, cekap menguruskan dana rakyat.

"Dia berjaya jalankan tugas dengan cemerlang," ujar Anwar.

Bangunan Dicatkan Dengan Lambang PAS Di Mesir

Posted: 18 Aug 2012 10:42 PM PDT

 
KELAB GREENBOC

Semangat PAS Bukan Sahaja Di Malaysia Tapi Di Timur Tengah.

Misti korang ingat foto ini diambil di Malaysia bukan, korang silap sebab foto ini bukan diambil di Malaysia, tapi nun jauh di Mansurah, Mesir...Allahhuakbar!! -fb Busman


Ulasan GB

Dulu para pelajar kita berpakaian kuning, Menteri Luar, Anifah Aman sibuk mengulas kononnya Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra, melahirkan rasa dengan memakai baju kuning serta memegang kain rentang 'duduk bantah', malah siap berbohong menyatakan "kuota haji yang dikeluarkan Arab Saudi kepada Malaysia akan dikurangkan, malah tidak mustahil tidak diberi langsung".

Sementara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula, berkata kerajaan Arab Saudi amat sensitif terhadap sebarang bentuk demonstrasi.

Majlis Fatwa Kebangsaan tidak ketinggalan bersuara mengharamkan umat Islam menyertai BERSIH.

Sekarang nah, ketiga-tiga bolehlah buat kenyataan lagi, menyatakan Presiden Morsi hantar "nota diplomatik" supaya bangunan-bangunan di Mesir jangan atau haram dicatkan dengan lambang bulan ....

Hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya, lagi kamu tekan PAS, ia akan lagi bersemarak, bukan sahaja di Malaysia malah di seantero dunia!

Tokoh seni Nyonya Tan Abdullah meninggal dunia

Posted: 18 Aug 2012 10:34 PM PDT

MALAYSIA KINI
 
 
 
Tokoh seni Dondang Sayang, Nyonya Tan Abdullah meninggal dunia awal pagi ini selepas bertarung dengan penyakit.
  
Menurut kenyataan Jabatan Warisan Negara, tokoh seni itu meninggal dunia pada pukul 1 pagi tadi di Hospital Pantai, Ayer Keroh, Melaka pada usia 62 tahun.
  
Berketurunan peranakan baba nyonya, Nyonya Tan bergiat aktif dalam seni Dondang Sayang selama lebih 40 tahun dan pernah merakamkan tiga buah album.

Beliau juga pernah membuat persembahan di Paris di bawah panji Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) sempena pengisytiharan Melaka Bandaraya Warisan Dunia.
  
Kegigihannya memperjuangkan seni budaya telah diberi penghormatan dan diangkat sebagai Warisan Kebangsaan Orang Hidup pada 10 Mei lepas, menurut kenyataan itu.

Antara anugerah yang pernah beliau peroleh adalah Johan Pesta Dendang Rakyat 1976, Pingat Bakti Masyarakat (P.B.M), Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T), Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), Tokoh Penggerak Budaya Negeri Melaka dan Anugerah Artis Sepanjang Zaman bagi kategori Dondang Sayang pada 2006 oleh Persatuan Penyanyi Penyanyi Tanah Air (Papita).
  
Mengucapkan takziah atas pemergian Nyonya Tan, Jabatan Warisan Negara turut menyifatkan kematian tokoh seni itu sebagai satu kehilangan kerana beliau mempunyai semangat tinggi mengekalkan warisan negara malah amat disenangi
masyarakat.
  
"Kecintaan yang mendalam dalam seni Dondang Sayang mendorong beliau menurunkan bakat dan menjadi aspirasi generasi muda masa kini," kata kenyataan itu.- Bernama

Hisham jangka tidak ramai sertai 'Janji Bersih'

Posted: 18 Aug 2012 10:32 PM PDT

Aidila Razak


 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April berkemungkinan menyebabkan ramai tidak akan menyertai perhimpunan 'Janji BERSIH', yang kini dikenali sebagai "Janji Demokrasi" pada 30 Ogos.

Menurutnya, keganasan yang berlaku pada 28 April menjadi "pengajaran" bagi banyak pihak dan menurutnya, tidak ramai yang berminat dengan 'Janji BERSIH'.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kepada orang ramai bahawa sesiapa yang menjejaskan keamanan dan kestabilan akan ditangani dengan sewajarnya, sama ada penganjur perhimpunan tersebut atau pihak lain.

Namun, katanya, perhimpunan yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan, tidak mungkin menjadi seteruk BERSIH 3.0".

Hishammuddin diminta mengulas ancaman kumpulan anti-BERSIH, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) mengancam untuk bertindak agresif ke atas Himpunan Janji BERSIH yang merancang untuk berhimpun ketika sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos.

Pengguna mahu masalah MRR2 berbuai diberi perhatian segera

Posted: 18 Aug 2012 10:30 PM PDT

Bernama


 
Tahap keselamatan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kembali menjadi perhatian apabila beberapa pengguna tampil menyatakan kebimbangan dengan mendakwa laluan di dua jejambat lebuh raya sepanjang 35 kilometer itu berbuai-buai atau bergoyang ketika trafik padat.

Mereka mendakwa keadaan yang disifatkan sebagai luar biasa di lebuh raya itu dirasai dengan ketara ketika melalui jejambat di Kepong dan persimpangan Hotel Flamingo di Ampang semasa berhenti akibat terperangkap dalam kesesakan lalulintas.
  
Menurut Mohd Rizal Azman, 30, keadaan berbuai-buai di atas jejambat Kepong itu berulang kali dirasakannya terutama ketika jumlah kenderaan bertambah dan semasa hujan.

Beliau yang tinggal di Flora Damansara dan kerap menggunakan laluan itu bagi menghantar isterinya ke tempat kerja di Selayang, berkata keadaan berbuai-buai itu luar biasa berbanding gegaran yang selalu dirasainya sebelum ini.
  
"Saya melalui laluan itu boleh dikatakan setiap hari, selain hantar isteri bekerja saya juga kerap menggunakan lebuh raya itu untuk ke rumah bapa saya di Batu Caves setiap hujung minggu.

"Saya akui laluan itu akan bergegar ketika trafik padat, itu biasa, tapi keadaan berbuai yang dirasakan sejak kebelakangan ini amat berlainan seperti berlaku gegaran gempa bumi kecil yang membuatkan kedudukan kita seakan-akan terhayun," katanya kepada Bernama hari ini.

Kebimbangan itu turut dikongsi bekas pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Datuk Seri Azman Ujang yang menyifatkan insiden itu bukan sesuatu yang biasa dan memerlukan perhatian segera pihak berkuasa berkaitan.

Beliau berkata pengalaman yang dilaluinya pada malam Rabu lepas itu agak mencemaskan kerana jejambat itu dirasakan seolah-olah bergerak.

"Saya betul-betul terperanjat seolah-olah ada gempa bumi kecil di Kuala Lumpur dan keadaan itu berlaku lebih dari 10 saat. Saya perhatikan laluan di sebelah, tidak pula kelihatan sebarang kenderaan berat.

"Memang saya tahu masalah di MRR2 ini, ingat apabila sudah dibaiki masalah bergegar dah selesai tapi masih berlaku dan keadaannya lebih teruk," katanya yang ketika itu dalam perjalanan memenuhi jemputan berbuka puasa di Damansara.

Azman yang juga bekas pengurus besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berharap keadaan itu dapat dipantau segera yang mana Jabatan Kerja Raya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang bertanggungjawab ke atas lebuh raya itu perlu melihat dan mengkaji semula kekuatan pembinaan jejambat itu.

Sebelum ini, jejambat Kepong telah tiga kali ditutup bermula 2004 apabila penduduk Kepong memaklumkan terdapat lebih 7,000 rekahan di 31 daripada 33 tiang jejambat dan dua tahun kemudian laluan itu terpaksa ditutup sepenuhnya ekoran kerosakan lebih serius dikesan di jejambat itu.
  
Pada 3 Ogos 2008, jejambat Kepong ditutup buat kali ketiga kepada semua lalulintas selepas rekahan sekali lagi ditemui di tiang ke-28, memaksa kerajaan memperuntukkan lebih RM70 juta bagi membaik pulih jejambat yang boleh menampung 5,000 kenderaan pada satu masa itu.
  
Sementara itu, seorang pengguna wanita yang turut merasai situasi sama ketika berada di jejambat di persimpangan Hotel Flamingo, berkata 'hayunan atau buaian' ketika kejadian adalah luar biasa berbanding gegaran yang dirasai ketika menggunakan laluan itu sebelum ini.
  
"Sebelum ini keadaan itu tidak begitu ketara, namun apabila saya betul-betul berhenti di atas jejambat itu akibat kesesakan, saya dapat rasakan seolah-olah berbuai-buai," katanya yang enggan dikenali.

Sebanyak 130,000 kenderaan termasuk treler menggunakan laluan MRR2 yang menghubungkan kawasan Kepong serta Selayang ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya setiap hari sejak dibuka pada 2002.
- Bernama

Hudud: Masih segar amaran Mahathir kepada Kelantan

Posted: 18 Aug 2012 10:22 PM PDT

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Justeru, katanya Umno akan membuat apa sahaja ketika menghadapi kebangkitan rakyat yang akan menolak BN dalam PRU akan datang.

Menurutnya, Umno cuba mencari pelampung agama  dan berlagak juara  pembela agama nombor wahid.

Pada hal, katanya sejarah telah mencatat bahawa pemimpin Umno merupakan penghalang pelaksanaan syariat Allah di negara ini.

"Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri.

"Tiba-tiba Tun Mahathir ajak PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bersatu dengan Umno untuk laksanakan hudud, kerana di dalam Pakatan Rakyat ada penentang hudud," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Mahathir lupa bahawa sahabat Umno, MCA merupakan  penentang dan penghina tegar hukum Islam di negara ini.

Beliau berkata, kerana Umnolah orang bukan Islam tidak faham hukum Islam.

Katanya lagi, pemimpin Umno ketika bertemu dengan orang bukan Islam memburukkan hukum  Islam supaya jangan menyokong PAS.

"Tidak hairanlah kepada kita, walaupun negara sudah merdeka selama 55 tahun, orang bukan Islam tidak faham Islam termasuklah MCA yang sanggup mengatakan wakil rakyat Umno hilang akal kerana mencadangkan hukum hudud di Dewan Undangan Negeri Johor," ujarnya.

Sebab itu, kata Idris kalau pemimpin MCA bersikap demikian, kerana Umno pun baru sedar mengenai kebaikan hukum Islam.

Jelasnya, hampir 40 tahun PAS berdakwah dan menerangkan mengenai Islam, barulah Umno tidak berani mengeluarkan kenyataan yang biadab terhadap Islam.

"Jika dulu kita dengar mereka  mengatakan jika laksanakan hukum Islam  akan huru hara. Jika laksanakan hudud akan huru hara.

"Jika laksanakan hukum Islam nanti tangan orang Islam akan kudung," katanya.

Sekarang, ujar Idris sudah berubah nada daripada mencerca bertukar kepada tuduhan hudud PAS.

Kereta api tergelincir: 100 penumpang lalui detik cemas

Posted: 18 Aug 2012 10:21 PM PDT

SINAR HARIAN

GUA MUSANG - Kira-kira 100 penumpang yang berada di dalam dua gerabak kereta api Ekspres Wau yang tergelincir di Kampung Sungai Yu, Merpoh dekat Kuala Lipis, Pahang, jam 6.45 pagi ini, melalui detik mencemaskan dan mengerikan.

Mereka terpelanting beberapa kali di dalam gerabak terbabit dalam keadaan bertindih antara satu sama lain, sebelum merangkak keluar menerusi cermin pintu gerabak yang dipecahkan.

Penumpang itu menaiki 14 gerabak kereta api terbabit yang dalam perjalanan pulang untuk menyambut Aidilfitri di kampung masing-masing.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Abdul Razak Hasan berkata dua daripada 14 gerabak kereta api Ekspres Wau yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, tergelincir kira-kira 11 kilometer selepas Stesen Keretapi Merapoh pada pukul 6.30 pagi.

Katanya, tiga mangsa parah dan lapan cedera ringan dihantar ke Hospital Gua Musang di sini, untuk rawatan lanjut.

[JIKA ANDA BERADA DI LOKASI KEJADIAN DAN MEMPUNYAI GAMBAR, SILA E-MEL KE ALAMAT sinaronline.portal@gmail.com]

Seorang penumpang yang terselamat, Nor Atikah Zakari, 21, berkata semasa kejadian kebanyakan penumpang sedang nyenyak tidur, hanya beliau bersama beberapa penumpang lagi belum melelapkan mata.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, gerabak yang dinaikinya tiba-tiba bergegar dengan kuat dipercayai selepas terputus dari sambungan dengan lokomotif.

Beliau berkata ketika itu, beliau bersama penumpang lain terpelanting beberapa kali dalam keadaan kelam kabut sambil masing-masing menjerit ketakutan.

"Saya juga bertindih antara satu sama lain di dalam gerabak berkenaan sebelum saya merangkak mencari pintu keluar untuk menyelamatkan diri," katanya yang dalam perjalanan pulang ke Tumpat.

Nor Hazliza Mohd Noor, 22, pula berkata,beliau sebelum itu tidak dapat melelapkan mata walaupun perjalanan masih jauh, tetapi tidak membayangkan perkara buruk berlaku.

Beliau berkata, ketika bunyi dentuman kuat semasa gerabak sedang terbalik, beliau turut menjerit meminta tolong, kemudiannya merangkak untuk keluar menerusi pintu namun gagal kerana ia masih tertutup dengan kuat.

"Ada penumpang lelaki yang terpaksa memecahkan cermin pintu koc terbabit sebelum saya dapat keluar menerusi cermin yang pecah itu dalam keadaan selamat," katanya.

Sementara itu, di KOTA BHARU, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memberitahu perkhidmatan kereta api penumpang dari Kuala Lumpur ke Kelantan tidak terjejas walaupun berlaku kemalangan tersebut.

Jurucakap Unit Komunikasi Korporat KTMB, berkata kerja membaik pulih landasan dijangka selesai pukul 7 petang ini.

"Ketika ini petugas KTMB sedang menjalankan kerja membaiki landasan dan mengangkat tren yang tergelincir dari landasan," katanya ketika dihubungi dari sini, hari ini.


Jurucakap itu menasihati penumpang dan keluarga mereka supaya tidak risau mengenai perkhidmatan itu terutama di musim perayaan Aidilfitri ini.

Beliau juga meminta orang ramai menghubungi stesen KTMB berhampiran untuk mendapat maklumat terkini mengenai perjalanan mereka ke destinasi masing-masing. - Bernama

Senarai Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri

Posted: 18 Aug 2012 10:18 PM PDT

SINAR HARIAN

Logo ucapan Hari Raya Aidilfitri
Logo ucapan Hari Raya Aidilfitri
 
BERIKUT sebahagian daripada majlis Rumah Terbuka yang diadakan sempena Aidilfitri yang disambut di seluruh negara.

HARI PERTAMA (1 Syawal):

- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri, Kota Bharu, mulai jam 10 pagi.

- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Piliah, Negeri Sembilan, mulai jam 10.30 pagi hingga 2.30 petang

- Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya mulai jam 11 pagi hingga 4 petang

- Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, mulai jam 10.30 pagi hingga 4 petang

- Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di kediaman rasmi Saujana, Johor Bahru, mulai jam 9.30 hingga 1 tengah hari

- Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan, mulai jam 10 pagi hingga 3 petang

- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di kediaman rasmi beliau di Ipoh, mulai jam 2.30 petang hingga 5.30 petang

Pemuda: Umno kena sertai Pas, bukan sebalik

Posted: 18 Aug 2012 10:12 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Nasrudin Hassan


SHAH ALAM - Sambil menegaskan Umno yang patut menyertai Pas, Pemuda Pas mencabar Umno membentangkan rang undang-undang hukum hudud di Parlimen terlebih dahulu daripada mempelawa parti Islam itu menyertainya  ataupun Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, beliau yakin wakil rakyat Pas akan menyokong langkah itu jika Umno sanggup berbuat demikian.

"Saya cabar Umno siapkan dulu draf kemudian bentang dalam parlimen. Jika ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperintah oleh ALLAH SWT, saya yakin ahli Parlimen Pas akan menyokongnya.

"Jika Umno tidak sanggup melakukannya, ketahuilah, Umno hanya menjadikan isu hudud sebagai modal politik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya lagi.

Mengulas kenyataan Dr Mahathir Khamis lalu, Nasrudin berkata, bekas Perdana Menteri itu sekali lagi cuba mencuri tumpuan umum dengan kenyataan terbarunya bahawa Umno boleh melaksanakan hudud tetapi bukan hudud Pas sebaliknya hudud Islam.

"Suatu kenyataan paling lucu menutup tirai Ramadan al Mubarak tahun ini," katanya lagi.
Sambil berkata beliau sangat simpati dengan Dr Mahathir, Nasrudin berkata, "beliau seperti merasakan diri masih di tahkta Perdana Menteri."

"Bercakap mahu melaksanakan itu dan ini sedang kuasa tidak lagi ditangannya. Lebih malang, apa yang disebut mahu dilaksanakan hari ini [seperti hudud] adalah suatu yang ditentangnya habis-habisan sewaktu beliau gah di puncak kuasa sejak sekian lama," katanya.

Sehubungan itu Nasrudin menegaskan bahawa Umno tidak mahu melaksanakan hudud.

"Ini satu realiti. Lihat sahaja cadangan Adun Kemelah Johor untuk melaksanakan hudud di Johor, bukan sahaja diketepikan malah dikecam.

"Lebih parah apabila (Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek selaku Presiden MCA menuduh pemimpin Umno itu hilang akal, seluruh pemimpin Umno termasuk Dr Mahathir, bungkam sejuta bahasa," katanya.
Malah menurut Nasrudin, kuasa kerajaan federal berada di tangan Umno.

 "Jadi, retorik apa lagi yang mahu Umno paparkan kepada rakyat. Kalau tidak mahu hudud "Pas" kononnya, mana hudud Umno? sila kemukakan!  Sekurang-kurangnya negeri yang ditadbir oleh Pas sebagai teras kerajaan telah meluluskan Rang Undang-Undang Syariah atau Kanun Jenayah Syariah iaitu di Kelantan dan kemudiannya di Terengganu. Negeri Umno mana? Mana hudud Umno atau mana hudud "Islam" yang didakwa itu?

"Pas sejak sekian lama, dimaklumi oleh semua rakyat bahawa memperjuangkan perlaksanaan syariat Islam di negara ini termasuk hukum hudud.

Sementara Umno pula diketahui umum menentang perlaksanaan hudud sejak sekian lama. Maka logiknya, Pas sertai Umnokah atau Umno yang wajib sertai Pas untuk memastikan hudud benar-benar terlaksanakan di atas tanah air tercinta ini.

"Sekurang-kurang Pas telah siapkan draf Kanun Jenayah Syariah yang mahu dilaksanakan. Umno sehingga kini draf pun tidak ada, macam mana Dr Mahathir mahu Pas menyertai Umno, sepatutnya Umno dibubarkan untuk kesemua ummat Islam menyertai Pas bagi mendukung cita-cita pelaksanaan Islam di Malaysia," kata beliau lagi.

Tiada ulasan: