Ahad, 19 Ogos 2012

Biaqpila

Biaqpila


Antara tapis internet dan tapis pilihanraya

Posted: 19 Aug 2012 05:00 AM PDT



Sebelum ia digazetkan pada 31 Julai 2011 , pindaan akta 114A ditransformasikan dari ilham Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dengan cadangan "internet perlu penapisan".

Antara alasan Rais ialah untuk mengekang akses pornografi yang menganggap ianya boleh merosakkan akhlak dan kesantunan masyarakat apalagi Malaysia merupakan negara Melayu Islam terbesar di dunia.

Walhal, semada beliau sedar atau tidak mengetahui sedikitpun, industri pornografi telah lama mengeluarkan produk majalah, video tape, vcd dan terkini dalam bentuk DVD yang mudah didapati di kaki lima sebelum era Mahathir melancarkan MSC lagi.

Apapun, ilham Rais terhadap "penapisan internet" mendapat protes meluas dan hebat melibatkan segenap lapisan umur masyarakat seperti pelajar universiti, pekerja ladang, kakitangan kerajaan sendiri termasuklah dikalangan pelajar-pelajar sekolah.

Najib lembut hati?

Pemimpin-pemimpin UMNO telah lama sedar, selain mampu menikmati laman pornografi dengan mudah, rakyat negara ini mempunyai akses yang lebih cepat, mudah dan privasi dalam apa sahaja informasi negara dan dunia.

Lihatlah bagaimana Sidi Bouzid menempa sejarah hebat di Tunisia dengan tersebarnya berita kematian Bouazizi yang protes sampai mati terhadap ketidakadilan dan kezaliman penguatkuasa yang telah mencetuskan Arab Spring di Timur Tengah. Bermulalah era baru revolusi hujung jari dunia IT melalui facebook dan twitter.

Tetapi, cetusan rasa Rais tetap tidak dihampakan sehinggalah pindaan dibuat terhadap seksyen 114A Akta Keterangan anjuran Pusat Kewartawanana bebas (CIJ). Dan apabila ia berkuatkuasa, sekali lagi ia mendapat protes dan kemuncaknya adalah pada 14 Ogos 2012 kelmarin.

Sebanyak puluhan laman web telah melancarkan protes "internet blackout" selama 24 jam.
Memperlihatkan protes "internet blackout" yang mendapat sambutan hangat tersebut, maka berkicaulah memanda Najib dalam tweeternya @najibrazak: I have asked Cabinet to discuss section 114A of the Evidence Act 1950. Whatever we do we must put people first .

"Saya telah meminta Kabinet untuk membincangkan seksyen 114A Akta Keterangan 1950. Walauapapun, rakyat mesti didahulukan"-tweet Najib Razak.

Wah. Nampaknya Najib telah lembut hati, prihatin kepada suara rakyat. Salah satu modal politik oposisi tak boleh dipakai lagi…

Tapis pilihanraya barulah janji ditepati

Jika pindaan akta ini diumumkan untuk dimansuhkan. Ia tetap bermakna kemenangan kepada rakyat terutamanya kepada makhluk dunia maya seperti kita. Walau bagaimanapun, seperti pemansuhan ISA yang digantikan dengan akta Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) ia tidak memberi makna apa-apa selain risiko salah guna kuasa pemerintah yang semakin terbuka luas.

Sekarang, marilah bersangka baik. Najib memansuhkan pindaan tersebut demi mewujudkan ruang maya yang bebas seperti fitrahnya. Noktah. Maka kita boleh bebas memberi komen dan kritik terhadap ceramah bersiri Umi Hafilda, Ibrahim Ali, Hasan Ali dan sebagainya,kita boleh bertukar pandangan dan kritik terhadap rencana dan isu yang berbangkit dalam blog, facebook dan forum-forum dan lama kelamaan, berlakulah proses pematangan minda rakyat dengan lebih berkesan.

Protes "internet blackout" ini telah berjaya menghimpunkan hampir 60 laman web dan blog untuk menyuarakan bantahan ini.

Kalaulah menteri-menteri, pimpinan UMNO boleh terfikir untuk menapis rangkain internet, sangat wajarlah kiranya mereka juga berfikir untuk menapis sistem pilihanraya kita yang telah terbukti kotor.

Apakah slogan dan 'kicau' Najib yang mahu "rakyat perlu didahulukan" ini benar-benar jujur dan bagaimana pula dengan tiga kali himpunan Bersih yang dianjurkan. Biarpun ratusan ribu rakyat pelbagai bangsa dan agama turun ke jalan-jalan yang menguningkan Kota Kuala Lumpur, malang sekali apabila kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib menyantuni kita dengan canister, cota dan semburan air asid.

Tuntutan Bersih yang kita laungkan ini bukanlah perkara baru, bukan juga perkara remeh. Sebesar manapun isu kafir harbi yang baru-baru ini dimainkan, rakyat tidak akan lupa. Kalau najib benar-benar mendahulukan rakyat.

Apalah salah kiranya kesemua lapan tuntutan Bersih ini dilaksanakan segera. Lagipun, pilihanraya sudah semakin hampir. Najib perlu menepati segala janji-janji transformasi politik, ekonomi dan undang-undang yang telah dilaungkannya. Tak salah kan?-Roketkini.com



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Umno Mencari Pelampung Agama

Posted: 19 Aug 2012 03:00 AM PDT



Oleh Ustaz Idris Ahmad

Umno akan membuat apa sahaja ketika menghadapi kebangkitan rakyat yang akan menolak BN dalam PRU akan datang. Umno cuba mencari pelampung Agama dan berlagak juara pembela agama nombor wahid. Pada hal sejarah telah mencatat bahawa pemimpin Umno merupakan penghalang pelaksanaan syariat Allah di negara ini.

Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri. Tiba-tiba Tun Mahathir ajak Pas meninggalkan Pakatan Rakyat dan bersatu dengan Umno untuk laksanakan hudud, kerana di dalam Pakatan Rakyat ada penentang hudud. Tun lupa, Mca sahabat Umno merupakan penentang dan penghina tegar hukum Islam di negara ini.

Kerana Umnolah orang bukan Islam tidak faham hukum Islam. Pemimpin Umno ketika bertemu dengan orang bukan Islam memburukkan hukum Islam supaya jangan menyokong Pas. Tidak hairanlah kepada kita, walaupun negara sudah merdeka selama 55 tahun, orang bukan Islam tidak faham Islam termasuklah Mca yang sanggup mengatakan wakil rakyat Umno hilang akal kerana mencadangkan hukum hudud di Dewan Undangan Negeri Johor.

Sebab itu kalau pemimpin Mca bersikap demikian, kerana Umno pun baru sedar mengenai kebaikan hukum Islam. Hampir 40 tahun Pas berdakwah dan menerangkan mengenai Islam, barulah Umno tidak berani mengeluarkan kenyataan yang biadab terhadap Islam. Jika dulu kita dengar mereka mengatakan jika laksanakan hukum Islam akan huru hara. Jika laksanakan hudud akan huru hara. Jika laksanakan hukum Islam nanti tangan orang Islam akan kudung. Sekarang sudah berubah nada daripada mencerca bertukar kepada kepada tuduhan hudud Pas.

DD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Mahathir: Pastikan Umno bentang Hudud di Parlimen

Posted: 19 Aug 2012 12:00 AM PDT


Oleh Nasrudin Hassan,

Dr Mahathir sekali lagi cuba mencuri tumpuan umum dengan kenyataan terbarunya bahawa UMNO boleh melaksanakan hudud tetapi bukan hudud PAS sebaliknya hudud Islam. Suatu kenyataan paling lucu menutup tirai Ramadhan al Mubarak tahun ini.

2. Saya sangat simpati dengan Dr Mahathir. Beliau seperti merasakan diri masih di tahkta Perdana Menteri. Bercakap mahu melaksanakan itu dan ini sedang kuasa tidak lagi ditangannya. Lebih malang, apa yang disebut mahu dilaksanakan hari ini [seperti hudud] adalah suatu yang ditentangnya habis-habisan sewaktu beliau gah di puncak kuasa sejak sekian lama. [22 tahun]

3. Sebetulnya UMNO tidak mahu melaksanakan hudud! ini satu realiti. Lihat sahaja cadangan ADUN Kemelah Johor untuk melaksanakan hudud di Johor, bukan sahaja diketepikan malah dikecam. Lebih parah apabila Chua Soi Lek selaku Presiden MCA menuduh pemimpin UMNO itu hilang aqal [mabuk atau gila], seluruh pemimpin UMNO termasuk Dr Mahathir, bungkam sejuta bahasa.

4. Kuasa kerajaan federal berada ditangan UMNO, retorik apa lagi yang mahu UMNO paparkan kepada rakyat. Kalau tidak mahu hudud "PAS" kononnya, mana hudud UMNO? sila kemukakan! Sekurang-kurang 2 negeri yang ditadbir oleh PAS sebagai teras kerajaan telah meluluskan Rang Undang-Undang Syariah atau Qanun Jenayah Syariah iaitu di Kelantan dan kemudiannya di Terengganu. Negeri UMNO mana? Mana hudud UMNO? atau mana hudud "Islam" yang didakwa itu?

5. PAS sejak sekian lama, dimaklumi oleh semua rakyat bahawa memperjuangkan perlaksanaan syariat Islam di negara ini termasuk hukum hudud. Sementara UMNO pula diketahui umum menentang perlaksanaan hudud sejak sekian lama. Maka logiknya, PAS sertai UMNO kah? atau UMNO yang wajib sertai PAS untuk memastikan hudud benar-benar terlaksanakan di atas tanahair tercinta ini.

6. Sekurang-kurang PAS telah siapkan draf Qanun Jenayah Syariah yang mahu dilaksanakan. UMNO sehingga kini draf pun tidak ada, macam mana Dr Mahathir mahu PAS menyertai UMNO, sepatutnya UMNO dibubarkan untuk kesemua ummat Islam menyertai PAS bagi mendukung cita-cita perlaksanaan Islam di Malaysia.

7. Saya cabar UMNO siapkan dulu draf kemudian bentang dalam parlimen. Jika ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperintah oleh Allah swt, saya yakin ahli parlimen PAS akan menyokongnya . Jika UMNO tidak sanggup melakukannya, ketahuilah, UMNO hanya menjadikan isu hudud sebagai modal politik untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti.

Salam Perjuangan dari ~ Aku Pejuang IsLam ~ [API]

DD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD (SPESIAL HARI RAYA): TELOQ SAYA MASIH ADA

Posted: 18 Aug 2012 06:00 PM PDT

SALAM AIDILFIRI KEPADA SEMUA...
MAAF ZAHIR DAN BATIN
SEPERTI BIASA SETIAP AHAD,IKUTI SIRI LAWAK AHAD SAMBIL MAKAN LEMANG DAN KETUPAT
JANJI DIKETUPATI!!!



Ada seorang pak cik yang bernama Pak mat yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Mat dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menyimpan RM1000′nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Manager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya.

Manager : Setiap hari saya nampak pak cik akan menyimpan duit sebanyak RM1000 di bank. Apa kerja pak cik sebenarnya? Macam masyuk jer? MLM ek?

Pak Mat : Kalau nak tahu, pakcik sebenarnya tak da kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : (Dalam hati, kerek giler orang tua nih!!) Owh macam itu rupanya, ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang terror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak Mat : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak Mat : Macam ni, dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha, tak logiklah pak cik. Tapi tak pe, saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya. Erm,, ok masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada. Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Mat.

Manager : Pak cik minta maaflah yer, telur saya masih lagi ada. Haha (gelak jahat).

Pak Mat : Betul ke? Aku tak percaya, mari sini aku pegang…

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak Mat pun berkata..

Pak Mat : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. Pak Mat pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang terror. Sorrylah pakcik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh…

Tiba-tiba Pak Mat mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Mat.

Manager : Mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

Pak Mat : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak Mat : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank.

Manager : #$%!!


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Posted: 18 Aug 2012 03:00 PM PDT



SALAM AIDIL FITRI KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI.
SETELAH SEBULAN KITA MENYUCIKAN DIRI DARI DOSA-DOSA SILAM DENGAN AMALAN DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA,HARI INI KITA MERAYAKANNYA DENGAN PENUH GEMBIRA BERSAMA SANAK SAUDARA DAN KELUARGA.

DALAM KITA BERGEMBIRA JANGAN DILUPA PADA YANG TELAH TIADA KERANA KITA JUGA AKAN KE SANA.DOAKAN KESEJAHTERAAN BUAT MEREKA YANG TELAH PERGI.

SEPERTI BIASA DI MUSIM PERAYAAN,ELAKKAN TRAGEDI DI JALAN RAYA.
PANDULAH SECARA BERHEMAH DAN IKUT PERATURAN SERTA BERTIMBANG RASA SESAMA PENGGUNA JALAN RAYA YANG LAIN.YANG LEBIH PENTING ADALAH BERDOA SERTA BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN.SEMOGA SEMUANYA DILINDUNGI ALLAH,AMIN.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN







KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: