Ahad, 19 Ogos 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Memory Lane Ipoh - China Baby Doll Pun Ada ...

Posted: 18 Aug 2012 05:30 PM PDT

Tempat yang menjadi tumpuan penduduk Ipoh disetiap hujung minggu ialah di Memory Lane, nama tempatnya. Itu nama glamournya. Dulu-dulu dipanggil 'Lamloken' dan mula-mula dulu kat lorong di belakang kedai - nak sebut nama pun aku tak reti ...

Kemudian pindah kat 'People's Park' kat pekan lama tu sebelum ke tempat yang sekarang ini. Tapi kalau selain hari minggu, kebanyakan geng peniaga ni buka kat gerai bawah Pasar Besar Ipoh. Hari-hari depa berjualan di situ - selain hari minggu.

Pagi-pagi lagi manusia akan berpusu-pusu ke sana. Suasana meriah dengan suasana mesra pelbagai kaum dan lapisan masyarakat ada di situ.Dari peringkat pengemis hinggalah ke China Baby Doll pun ada.

Apa China Baby Doll? Biasalah di setiap tempat menjadi tumpuan ramai, kita akan dapat melihat macam-macam ragam manusia.

Ini peminta sedekah. Bukan China Baby Doll...

Ini baru betul - China Baby Doll!

Malah ianya kini turut digemari oleh para pengunjung dari luar negara! Hebat tu! Sudah mencapai taraf global Memory Lane Ipoh nih! Tidak percaya, lihatlah gambar berikut :

Pekerja dari Vietnam sedang membelek kasut...

Budak dari Indonesia pun ada - jual henpon China mari

Kalau sampai di awal pagi, kita berpeluang bersiar-siar dengan lebih selesa di situ sambil melihat-lihat pelbagai barangan dagangan yang pelbagai dipamerkan oleh para peniaga. Kalau sudah sekitar jam 10.00 pagi tu, umpamanya, manusia sudah terlalu ramai dan agak sesak dan tidak berapa selesa.

Apa saja ada..parang, kapak..C4 pun mungkin ada...

Jika anda pemburu barangan antik, mailah Ipoh

Paling best melihat telatah para peniaga yang cuba menarik tumpuan pelanggan.Ada pelbagai barangan yang mereka tawarkan untuk dijual. Ada kalanya barangan yang dijual itu sukar untuk kita dapati di gudang-gudang pasaraya yang besar-besar dan terkenal.

Dapur Kompor orang dulu - dulu!

Dulang - alat untuk mencari bijih secara kecil-kecilan dulu

Malah terdapat barangan yang ditawarkan itu merupakan perkara yang tidak pernah kita terfikirkan, tapi kita boleh dapati di Memory Lane, Ipoh.Cer korang tengok kat bawah ni, mana ada kat tempat lain? Paling bawah tuh!

Rockers manalah yg buat hal ...Akil Hayy ker?

Orang Ipoh suka trade-in gigi lama...?

Apa lagi? Sebelum raya, mailah shopping kat Memory Lane Ipoh nih.Bawa opah dan atok pilih gigi baru untuk raya yang dah tak berapa hari lagi tu....Lepas raya boleh jual semula! Ha! ha! ha! Aku minta maaf banyak-bayak sama korang semua....banyak dosa aku selama ini kat korang semua. Dan aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya 'Aidil Fitri!

Tiada ulasan: