Khamis, 16 Ogos 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Nasha: 'Saya tidak ada niat masuk Umno'

Posted: 16 Aug 2012 04:04 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

 Nasharudin Mat Isa
Nasharudin Mat Isa
 
 
SHAH ALAM – Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan, beliau tidak ada niat untuk masuk Umno, sekali gus menafikan tanggapan banyak pihak bahawa kemunculannya di Makkah pada majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin sebagai isyarat akan melangkah ke parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

"Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk Umno.Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuk lah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.

"Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah," kata beliau dalam satu kenyataan petang ini.

Mengenai pertemuan dengan Najib di Makkah, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, "kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah,  ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khasnya pada hari hari terakhir ramadan ini."

Katanya, beliau kesian melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal.

"Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini,doa qunut yang dibacakan dihadapan Kaabah ketika solat witir,menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam.

"Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya ALLAH satukanlah suara umat Islam," katanya.
Nasharudin menjelaskan beliau telah mengaturkan pertemuan di Makkah antara beberapa orang ulama di tanah suci bersama denganPerdana Menteri bersempena dengan persidangan khas OIC.

"Saya dijemput ke Makkah dengan visa khas selepas Perdana Menteri bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut.

"Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidilharam. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya.

"Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada Perdana Menteri seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam," katanya.

Katanya, pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno.

"Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.

"Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?" katanya.

Berikut kenyataan penuh Nasharudin Mat Isa:

Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012, dan beberapa ulasan dari pelbagai pihak sehubungan dengan kenyaataan saya di Makkah Al Mukaramah adalah dirujuk.

Hudud

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf 'beyond any shadow of doubt' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost' untuk mempertahankan agama saya. Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan Syariah ALLAH SWT, namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh. Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja.

Isu Pertemuan Di Makkah

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya ALLAH satukanlah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Makkah antara beberapa orang ulama di Makkah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Makkah dengan visa khas selepas YAB Perdana Menteri bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut.
Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidilharam. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada Perdana Menteri seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.

Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?

Tiba-tiba dikaitan dengan saya akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.

Siapa anak muda di sebalik tabir NGO “R”

Posted: 16 Aug 2012 03:58 AM PDT

M Faqih,

MUNGKIN tidak ramai tahu isu royalti digerakkan anak muda yang non-partisan. Biar pun label PAS tidak boleh ditanggalkan, namun langkah mereka melangkau sempadan parti.

Buktinya kata Setiausaha Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti - R), Hisyamudin Ghazali, kalangan pemimpin Umno juga menyokong royalti.

Begitu juga katanya, tandatangan yang dikumpul bagi menuntut royalti sekarang sudah menjangkau 80,000. Mereka yang menandatangani termasuk Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Selain itu turut memberi sokongan Adun Nenggiri, Mat Yusoff Abdul Ghani, bekas Adun Tendong, Fauzi Mohamad dan ramai lagi. Kata Syam, R sebenarnya lahir secara spontan hasil pemikiran orang muda.

Pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Bukit Jalil 21 Mei lalu aktivis R memasang banner gergasi untuk ditandatangani bagi menyokong tuntutan royalti.

Ketika itu Annuar tampil bersama penyokong Red Warriors turut simpati perjuangan R. R menjangka dapat mengumpul 150,000 tandatangan sebelum diserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Persoalannya siapa aktivis R kalau bukan dalam kalangan pemuda PAS atau PKR. Mereka sebahagiannya bekas pemimpin gerakan pelajar ketika menuntut di universiti. Selain itu blogger yang membawa suara rakyat. Ada juga bukan Islam yang sanggup jatuh bangun bersama R.

Syam, graduan perniagaan tani dari UPM. Pernah dibicarakan di hadapan Timbalan Naib Canselor di UPM kerana menyertai demontrasi aman di hadapan parlimen membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada 2004.

"Pentadbiran universiti pernah mengugut mahu membuang saya ketika berada di semester akhir. Akhirnya kes itu selesai begitu sahaja selepas UPM tidak mahu saya panjangkan ke mahkamah," katanya ketika ditemui di sini.

Cuti tanpa gaji

Syam, 30, sekarang cuti tanpa bergaji. Beliau bekerja di Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd, agensi milik kerajaan negeri.

Anak muda berkulit putih dan mata agak sempit tidak mahu isu royalti berlalu begitu sahaja tanpa diambil kesempatan. Pernah ditempeleng JKKKP kerana memasang sepanduk royalti.

Presiden R, Nazri Deraman, 40, graduan UTM dalam bidang kejuruteraan bangunan. Sekarang pengurus di Tunjung Development Corporation Sdn Bhd.

Selain itu Abu Samah Hassan, 61, satu-satunya aktivis veteran dalam R. Beliau juga Naib Presiden R. Dan seorang lagi Naib Presiden, Dr Syed Khalid, seorang pegawai perubatan.

Lain-lain penggerak daripada blogger, facebooker dan usahawan. R sebenarnya bernaung di bawah NGO, Anak Muda Kelantan yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan.

NGO lain yang menyertai R antaranya, Abim, Ikram, Perkim, Pekida, Persada, Perakam dan banyak lagi.

Bercakap mengenai gerakan massa, Syam tidak menafikan R tentunya memerlukan dana yang bukan sedikit.

"Banyak program diatur sejak dilahirkan pada Mei lalu. Pada Ramadan ini sahaja 38 aktiviti diadakan. Dan selepas Hari Raya nanti lebih banyak lagi program.

"Penggerak R perlu kreatif mencari dana. Masing-masing pakat cari duit. Kami juga menjual sticker, topi, t-shirt dan pelbagai lagi produk yang bertema R.

"Sempena Hari Raya ini kami mencetak 100,000 sampul duit raya hasil tajaan rakan-rakan. Selain itu risalah kecil berkaitan royalti yang akan diedarkan kepada anak-anak perantau yang pulang bercuti," ujarnya.

Apa yang mengkagumkan R berkembang dalam masa singkat hanya digerakkan anak-anak muda. R mencipta sayapnya sendiri melalui pelbagai aktiviti yang diadakan.

Sekarang ada Futsal R, Konvoi R, Rukat (mendaki) R, Kayak R, Berbasikal R, Gelanggang R, Boksing R dan macam-macam lagi.

Sejak berjuang di gelanggang royalti tujuh aktivis dipukul dan sembilan laporan polis dibuat. Agak menarik mengenali R.

Abby: 'Politik bukan bidang saya'

Posted: 16 Aug 2012 03:56 AM PDT

RAZIATUL HANUM A. RAJAK

Abby: 'Politik bukan bidang saya'
Abby Abadi hadir pada program Ziarah Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Seri Muda semalam bersama anak-anaknya.
 
 
SHAH ALAM - Penglibatan selebriti ini dalam program politik mendapat perhatian ramai sejak menyerahkan borang keahlian menyertai Pas bulan lalu. Sejak itu dia hanya banyak menjawab pandangan dan kritikan menerusi alam siber Twitter.

Selain itu pandangannya hanya dapat diketahui menerusi pentas ceramah atau forum anjuran parti politik.

Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaieyah Abdul Manan mendapat pelbagai reaksi berikutan penghijrahannya ke dalam arena sebagai ahli Pas.

Abby yang kini tampil dengan imej bertudung mengakui dia tidak mengambil peduli kritikan mana-mana pihak kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadapnya.

"Saya memang tidak ada masalah kerana apa yang dikhabarkan itu tidak betul. Fitnah," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada program Ziarah Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Seri Muda dekat sini malam tadi.

Apabila ditanya soal politik, Abby, antara selebriti yang aktif di dunia Twitter dan hanya dapat dipetik perbincangannya menerusi laman itu sejak lebih sebulan lalu, menegaskan bahawa dia menolak kemungkinan penglibatannya dalam arena politik sebagai "ahli politik" secara aktif.

"Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat.

"Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik," jelasnya.

"Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka dengan apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH," kata pelakon popular Gerak Khas ini.

Sementara itu, mengulas kenyataannya sebelum ini berhubung artis bertudung sukar mendapat tawaran dalam bidang seni dan hiburan, beliau menjelaskan maksud sebenar kata-katanya itu.

"Ya, saya akui sebelum ini saya memang pernah mengeluarkan kenyataan itu tetapi saya kata untuk artis yang sudah berhijrah, yang memakai tudung, yang bersama pembangkang, memang susah untuk mendapat tawaran daripada kerajaan," tegasnya.

"Saya tahu rezeki itu daripada ALLAH tetapi kerajaan kita memang macam itu. Tak kira artis ke, cikgu ke, imam ke, kalau menentang kerajaan memang akan diberhentikan.

"Ini yang patut dijelaskan bukan saya kata yang bertudung tak boleh kerja dengan kerajaan. Perkara ini sudah dipusingkan hingga jadi lain," katanya mengulas lanjut.

Apabila soal kahwin disentuh, Abby hanya tergelak.

Dia yang dilaporkan berbaik semula dengan bekas suaminya, Norman Hakim dan isteri barunya, Memey awal bulan ini memberitahu:

"Sejak saya bersama pembangkang, sudah tiga kali saya 'dikahwinkan' dan ada juga yang percaya."

"Perkahwinan itu tidak pernah berlaku dan saya tidak kenal langsung dengan siapa saya 'dikahwinkan'," jelas Abby yang mengaku hatinya masih belum berpunya.

"Buat masa ini, saya tidak terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat tetapi kalau ia berlaku, itu kuasa Tuhan," katanya, yang sebelum ini turut menafikan spekulasi bahawa akan merujuk semula dengan Norman. Norman juga pernah mengulas isu yang sama kepada Sinar Harian Online lebih dua minggu lalu.

Abby juga berkata, ketiga-tiga anaknya akan menyambut Aidilfitri bersama Norman dan Memey di Kuantan, Pahang.

Awal minggu ini Abby ada menulis menerusi Twitter bahawa Norman memang ada mengajaknya menyambut Aidilfitri di kampungnya.

10 cedera, bas masuk gaung

Posted: 16 Aug 2012 03:47 AM PDT

AZMAN CHE MAN

Bas yang terjunam dalam gaung
Bas yang terjunam dalam gaung di Kilometer 57, Jalan Kuala Krai-Gua Musang ditarik baik oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Gua Musang, hari ini.
 

KUALA KRAI - Sekumpulan kakitangan beberapa agensi kerajaan nyaris maut apabila bas sewa khas dinaiki mereka terjunam ke dalam cerun di Kilometer 57, Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Sungai Lakit, Gua Musang, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 7 pagi berlaku ketika bas membawa 10 kakitangan kerajaan bersama dua pemandu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Gua Musang.

Walaupun bas itu berpusing-pusing dan terbalik tiga kali, kesemua mereka bernasib baik apabila hanya mengalami cedera ringan.

Kakitangan awam terlibat ialah adalah mereka dari Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar); masing-masing dua kakitangan Jabatan Kerja Raya dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta seorang staf Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Mahkamah benar hukuman ke atas blogger ditangguh

Posted: 16 Aug 2012 03:44 AM PDT

SINAR HARIAN

rais yatim
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim .
 
 
KUALA LUMPUR - Blogger Amizudin Mamat yang diperintah menjalani hukuman penjara tiga bulan kerana menghina mahkamah hari ini berjaya mendapatkan penggantungan sementara sehingga 28 Ogos ini.

Amizudin sebelum ini didapati bersalah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam laman blognya.

Beliau memfailkan permohonan penggantungan pada hari yang sama dijatuhi hukuman iaitu pada 10 Ogos lalu.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan permohonan tersebut di dalam kamar dengan dihadiri peguam R. Sivarasa dan Latheefa Koya yang mewakili Amizudin serta peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bagi pihak Rais.

Latheefa memberitahu pemberita bahawa pihaknya memohon penggantungan sementara memandangkan hari raya semakin hampir dan Hakim Zabariah membenarkan permohonan itu sehingga pendengaran penuh pada 28 Ogos.
 
Amizudin didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Rais iaitu selepas Rais memenangi saman beliau terhadap blogger itu pada 19 Julai tahun lepas.

Mahkamah Tinggi memerintahkan Azimudin membayar RM300,000 sebagai ganti rugi dan RM100,000 sebagai kos kepada menteri itu.

Rais memfailkan saman itu pada 31 Jan 2011, terhadap Amizudin, 42, yang merupakan anggota Jawatankuasa Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), bagi memfitnah berhubung artikel yang diterbitkan dalam laman blog blogger itu, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Dis, 2010.- Bernama

Farah AF dapat anak perempuan

Posted: 16 Aug 2012 03:41 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Farah AF
Farah AF
 
 
BEKAS peserta finalis Akademi Fantasia (AF) musim kedua, Farah Diana Anuar selamat melahirkan seorang anak perempuan, semalam.

Menurut kenyataannya diperoleh menerusi laman Twitter, Farah berkata, "Alhamdulillah.  Selamat datang ke dunia, puteriku. Farah OK dan baby juga sihat."

Farah AF2, 27, yang terkenal dengan 'trademark' Breep Breep mendirikan rumah tangga dengan usahawan Johan Johari, 27, di Putrajaya pada 15 Julai tahun lalu.

Selain bidang nyanyian, Farah juga terlibat dalam bidang pengacaraan dengan menjadi pengacara bersama rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Unisel pelihara nasib pelajar

Posted: 16 Aug 2012 03:39 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Prof Dr Anuar Ahmad
Prof Dr Anuar Ahmad
 
 
SELEPAS reda kontroversi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Universiti Selangor (Unisel) sekali lagi menarik perhatian umum dengan isu tunggakan hutang RM15 juta dengan syarikat swasta Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang menguruskan dan menyelenggarakan asrama pelajar mereka. Hutang itu menyebabkan puluhan pekerja JNSB tidak mendapat gaji antara sebulan hingga dua bulan. Natijahnya, pendaftaran hampir 1,000 pelajar untuk sesi pengajian baru 10 Ogos lalu kecoh apabila tidak dapat memasuki asrama selepas pekerja JNSB boikot, menutup operasi mereka pada hari tersebut. Rentetan itu, kontroversi baru ini mengundang pelbagai reaksi dan persepsi terhadap profesionalisme universiti. Pemangku Naib Canselornya, Prof Dr Anuar Ahmad tampil membuat penjelasan dalam satu temubual bersama Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali dan Editor Sinar Harian Selangor/Kuala Lumpur, Khairul Amri Yasin serta jurufoto, Rosli Talib baru-baru ini.

Bagaimana Prof melihat kontroversi terbaru Unisel. Selepas hangat isu PTPTN, masalah baru pula muncul dan sekali lagi ia membabitkan kebajikan dan kepentingan pelajar.

ANUAR: Isu melibatkan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) dan cara mereka letupkan cerita seolah-olah Unisel bersalah. Hari Rabu dan Khamis mereka datang kerja tapi hari mula pendaftaran mereka tutup pejabat. Kunci mereka tak bagi. Pengurusan tertinggi JNSB ada minta maaf sebab tak buka pejabat pada hari tersebut dengan menyalahkan pekerja kerana tidak dibayar gaji. Bagi saya, masalah tersebut adalah masalah dalaman mereka. Merujuk kepada kontrak yang ditandatangani Unisel dan JNSB pada 2003, sebelum kampus Bestari Jaya dibina, kita dapati perjanjian itu berat sebelah dan membebankan. Bagi mengatasinya, kita pernah ajak JNSB berbincang tapi mereka tak mahu. Apabila kita tidak buat bayaran, baru melatah dan mula nak ajak Unisel duduk semeja dan bincang. Mengikut perjanjian sama juga, sebarang masalah harus diselesaikan di meja rundingan, bukannya mengambil tindakan undang-undang. Tetapi, sebaliknya berlaku, mereka saman kita akibat masalah ini. Insya- ALLAH, Isnin ini (hari ini), kita akan bertemu dan berbincang mengenai perkara ini dalam jawatankuasa timbang tara yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi.

Berdasarkan laporan, Unisel berhutang RM15 juta bayaran penyelenggaraan dan pengurusan asrama dengan JNSB. Kenapa tidak dijelaskan tunggakan itu?

ANUAR: Jumlah RM15 juta itu tidak besar sebenarnya. Sebelum ini kita bayar JNSB RM1.5 juta setiap bulan selama 20 tahun. Selepas kita panggil perunding bebas, kita dapati jumlah yang wajar dibayar jauh lebih rendah, separuh daripada jumlah asal. Bila kita teliti, berlaku ketidakadilan khususnya apabila pelajar yang kena bayar RM200 sebulan untuk kemudahan asrama. Dalam masa sama, kita kena bayar selama 12 bulan sedangkan pelajar hanya bayar kepada Unisel untuk 10 bulan sahaja, dua bulan cuti semester, Unisel terpaksa bayar guna duit sendiri untuk tempoh itu. Ini tidak adil, dan kita minta bincang semula kerana Unisel tidak terlalu mengejar keuntungan. Fokus kami adalah, biarlah pelajar dapat bayar jauh lebih rendah daripada sekarang dan dalam masa yang masa mendapat perkhidmatan terbaik.

Apabila kita minta perunding kita masuk buat penilaian, JNSB kata tidak perlu sebab penyelenggaraan asrama berjalan lancar tanpa sebatang masalah. Namun, dalam mereka beri jaminan itu, Unisel turut menerima pelbagai komplen daripada pelajar mengenai masalah di asrama penginapan mereka.

Jika komplen ini dirujuk kepada JNSB, Unisel juga akan dikaitkan sebagai penyebab kerana tidak bayar perkhidmatan yang telah diberikan JNSB.

ANUAR: Kalau semuanya lancar, tak ada masalah, kita sedia bincang. Untuk makluman, pelajar yang menghuni asrama Unisel ada lebih kurang 3,000 orang. Banyak lagi asrama yang kosong, tapi kalau yang kosong pun kita kena bayar, perjanjian apa, macam ini.

Sesi pengajian baru akan bermula 27 Ogos ini. Tumpuan khususnya kalangan ibu bapa terarah kepada kebijaksanaan Unisel menyelesaikan isu asrama JNSB ini. Jika masalah berlarutan, apa tindakan Unisel?

ANUAR: Kita tetap akan minta JNSB serahkan kunci asrama pelajar, kalau mereka tidak berbuat demikian, maknanya mereka telah melanggar terma perjanjian. Masalah dan dakwaan JNSB bahawa pekerjanya tidak terima gaji, itu mereka kena selesaikan sendiri kerana ia masalah dalaman. Kalau kunci tidak diserahkan, kita akan minta perintah mahkamah, seterusnya membolehkan kita menggunakan khidmat anggota polis membantu membuka asrama-asrama tersebut untuk kegunaan pelajar. Kalau masih juga berdegil, walaupun kita bertindak atas perintah mahkamah, saya tak tahu nak cakap macam mana, terserah kepada ibu bapa pelajar untuk menilai sikap mereka ini.

Kemelut tunggakan hutang RM15 juta ini boleh mengesahkan dakwaan Unisel memang bergelut krisis kewangan?

ANUAR: Kedudukan kewangan Unisel adalah stabil. Kita sebenarnya boleh bayar (tunggakan hutang) JNSB, isunya sekarang bukan masalah duit tetapi isu perjanjian berat sebelah.

Sejauh mana kebenaran jumlah pelajar Unisel semakin merosot?

ANUAR: Alhamdulillah, jumlah kemasukan pelajar menunjukkan peningkatan di mana pada April 2012 kita dapat lebih kurang 1,400 pelajar baru, peningkatan luar biasa berbanding hanya 400 pelajar pada bulan sama tahun lepas. Jumlah ini adalah jumlah pelajar yang memang dan mahu melanjutkan pelajaran di Unisel. Maknanya, lebih hangat berita Unisel keluar di dada-dada akhbar, dalam Unisel hangat dikaitkan dengan pelbagai isu hangat, ramai ibu bapa di luar sana teruja memberi galakan agar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran di sini.

Bagaimana respons pelajar dengan kontroversi melanda universiti? Adakah menjejaskan tumpuan dan moral mereka?

ANUAR: Sebahagian besar pelajar menyokong pengurusan universiti. Mereka menaruh keyakinan tinggi kepada kita dan tidak seratus peratus percaya kepada setiap laporan yang disiarkan media yang menjurus kepada mengaitkan Unisel kepada pelbagai kontroversi. Malah, saya memuji pelajar-pelajar yang menunjukkan sikap dan kesungguhan tinggi melaksanakan tugas mereka menuntut ilmu dan menghargai segala kemudahan yang disediakan universiti. Mungkin kesedaran untuk memberikan yang terbaik kepada diri sendiri dipengaruhi keikhlasan keluarga yang banyak berkorban masa dan wang ringgit menampung pengajian mereka.

Apa nasihat dan jaminan Prof kepada ibu bapa pelajar?

ANUAR: Ibu bapa janganlah risau, Insya-ALLAH masalah akan selesai. Saya tidak boleh beri jaminan seratus peratus, namun kita cuba untuk menangani masalah ini sebaik mungkin. Dalam isu tengah hangat ini, ada ibu bapa seorang pelajar, hubungi saya dan mempersoalkan kenapa pinjaman PTPTN anaknya terlebih potong. Memang kita akui wujud kesilapan ini dan ianya lebih kepada kelemahan teknikal tetapi hanya melibatkan satu atau dua kes sahaja. Kita telah janji untuk bayar balik jumlah yang tersalah potong itu dan ianya telah dilaksanakan. Alhamdulillah, ibu bapa pelajar terbabit hubungi kita balik, ucap terima kasih.

PM janji bajet 'yang dapat kita semua berasa bangga'

Posted: 16 Aug 2012 03:29 AM PDT

MALAYSIA KINI
 
 
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Tun Razak berkata sumbangan komen dan pendapat rakyat untuk membantu merangka Bajet 2013 telah meningkat hampir lima kali ganda berbanding dengan tahun lalu.

Katanya, sejumlah 4,175 cadangan dan komen telah dikumpulkan daripada Google Moderator dan juga daripada lamanweb peribadinya - 1Malaysia.

NONE"Saya sentiasa menghargai input rakyat dalam proses membuat keputusan yang mempunyai pengaruh terhadap Negara kita – sama seperti anda apabila anda meluangkan masa untuk memberi pendapat.

"Kini saya berbesar hati untuk berkongsi bersama anda pandangan saya tentang bajet 2013 ini," tulis perdana menteri dalam lamanwebnya.

Perdana menteri berkata, dua isu utama yang diutarakan dalam cadangan dan komen yang dihantar oleh orang ramai.

"Isu pertama ini adalah subjek yang menyentuh kehidupan harian kita – kos sara hidup," katanya.

Menurutnya, ia merupakan isu paling hangat yang sentiasa disampaikan oleh rakyat ketika beliau membuat "walkabout" sama ada di kawasan bandar mahupun di kawasan kampung seluruh pelusuk negara.

"Dan di sini saya ingin memberi jaminan bahawa isu ini kekal sebagai satu komitmen utama kerajaan.

"Sejak kerajaan menjadikannya sebagai sebuah Bidang Keberhasilan Utama Negara dalam GTP (Program Transformasi Kerajaan), pelbagai langkah telah diambil untuk meringankan beban rakyat, antaranya Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik 1Malaysia dan lain-lain lagi.

"Inisiatif ini akan diperkembangkan lagi oleh kerjaan sebelum akhir tahun tetapi jelas bahawa terdapat banyak yang perlu kita lakukan – dan saya memberi jaminan bahawa kami akan mengambil berat semua pendapat serta cadangan yang telah anda sumbangkan," katanya.

Topik kedua terhangat, kata perdana menteri, adalah berkaitan kos perumahan, yang menurutnya, merupakan satu lagi isu berpanjangan dan kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk menanganinya.

"Polisi perumahan kita telah dikhaskan untuk golongan perlu dengan adanya Program Rumah 1Malaysia (PR1MA) yang menyediakan perumahan yang buat mereka yang berpendapatan sederhana dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) buat mereka yang berpendapatan rendah.

"Isu-isu ini jelas terbukti berada dekat di hati rakyat, tetapi kami tidak akan mengabaikan isu lain yang telah anda suarakan.

"Ini termasuk keprihatinan tentang keselamatan awam, peranan belia dalam pembangunan negara, penghasilan makanan serta hiburan dan industri kreatif – semuanya akan kami memberikan pertimbangkan sewajarnya.

"Semangat 1Malaysia seperti inilah yang menyentuh hati saya. Ini membuktikan rakyat Malaysia mampu bersatu-padu bukan sahaja dalam sukan tetapi juga untuk tujuan perbincangan masa depan kita," katanya.

Perdana menteri berkata, rakyat Malaysia telah menunjukkan tahap keprihatinan yang tinggi terhadap kebaikan masa depan negara melalui komen dan cadangan yang diberikan.

Sumbangan mereka, tegasnya, dapat membantu kerajaan supaya membentangkan bajet yang terbaik untuk rakyat.

"Pada saat ini hinggalah 28 September nanti, kami akan berusaha keras untuk menghasilkan sebuah bajet yang dapat kita semua berasa bangga.

"Sokongan anda terhadap usaha-usaha saya sebagai perdana menteri amat penting bagi kemakmuran dan kesejahteraan kita serta generasi-generasi akan datang.

"akhir sekali saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam, mohon maaf zahir dan batin," katanya.

Pembangkang tolak bayar pratonton 'Tanda Putera'

Posted: 16 Aug 2012 03:26 AM PDT

 
Zulaikha Zulkifli


 
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan Rakyat tidak akan membayar sebarang kos bagi sesi pratonton khas filem kontroversi Tanda Putera yang dituntut mereka sebelum ini.

"NONETentulah tidak. Sudahlah wang rakyat dibelanjakan untuk hasilkan filem yang dimuatkan propaganda BN," katanya ketika ditanya kesediaan mereka menanggung kos itu.

Semalam, penerbit eksekutif filem itu, Aida Fitri Buyong memberitahu, permintaan pembangkang untuk dilakukan pratonton bagi penilaian semula tidak dapat dilakukan kerana kosnya yang tinggi.

Aida bagaimanapun berkata, pihaknya tidak keberatan untuk mengadakan tayangan peribadi jika Pakatan mahupun pihak tertentu bersedia menampung kosnya.

Selain itu, mengulas penjelasan pengarahnya Shuhaimi Baba bahawa babak tragedi berdarah 13 Mei hanya dimuatkan selama 10 minit, Nurul Izzah masih berpandangan sebaliknya.

NONE''Dia (Shuhaimi) boleh cakap apa sahaja yang dia nak cakap. Bagi saya setiap perkara yang dimuatkan (dalam filem) akan kekal selamanya.

"Saya mengucapkan terima kasih tetapi saya (tetap) tak sedia untuk lunaskan (bayaran pratonton)," kata Nurul Izzah.

Pakatan pada 7 Ogos lalu menuntut diberikan peluang menonton Tanda Putera sebelum ditayangkan kepada umum kerana pemerhatian daripada trailer menunjukkan ia boleh "membakar api perkauman".

PAS bincang tindakan jika Nasha tak tampil perjelas

Posted: 16 Aug 2012 03:22 AM PDT


MALAYSIA KINI


Timbalan presiden PAS Nasaruddin Mat Isa digesa menjelaskan kenyataannya yang mencadangkan parti itu keluar Pakatan Rakyat ekoran perbezaan pandangan berkaitan hudud dengan DAP.

Ketua penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, memandangkan beliau masih ahli Majlis Syura, Nasharuddin digesa menghubungi badan itu dalam waktu terdekat.

NONE"Beliau (Nasharuddin) perlu tampil untuk memberi penjelasan dengan kadar segera," kata ketua penerangannya Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim juga berkata, sekiranya Nasharuddin tidak mengambil inisiatif itu, PAS Pusat bersama Majlis Syura akan berbincang tindakan seterusnya dalam mesyuarat akan datang.

Bagaimanapun, kata Tuan Ibrahim berkata, secara asasnya kenyataan Nasharuddin bertentangan dengan kenyataannya sendiri dalam muktamar sebelum ini.

Nasharuddin sebelum ini didakawa berkata kerjasama politik bersama Pakatan melalui perbincangan mendalam dengan para ulama muktabar.

"Ia bukannya keputusan di kedai kopi atau di tepi jalan," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya hari ini.

Katanya lagi, penjelasan itu penting bagi mengelakkan kekeliruan dan menjejaskan sama ada kenyataannya telah "diselewengkan".

"Namun, Al-Quran menggesa kita seandainya datang orang fasik membawa berita kita perlu menyelidiki terlebih dahulu berita tersebut.

"Pengesahan kesahihan berita mesti dilakukan terlebih dahulu daripada terus menghukum," kata Tuan Ibrahim.

Faekah: Chua tak setaraf debat dengan MB S'gor

Posted: 16 Aug 2012 03:20 AM PDT


MALAYSIA KINI
 
 
 
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong  silap membuat percaturan apabila menganggap dirinya setaraf dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mencabar besar berdebat isu penyusunan semula hutang Talam, kata Setiausaha Politik Khalid, Faekah Husin.

"Kita tidak menghalang beliau mencari publisiti murahan menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi tetapi isu yang dibangkitkan biarlah relevan dan mengikut keutamaan.

"Contohnya isu penyelewengan dana NFC RM250 juta di bawah kementeriannya, Apa yang Chua lakukan? Beliau tidak mengambil tindakan yang boleh dibanggakan masyarakat
Tionghua di negara ini," kata Faekah dalam satu kenyataan hari ini.

Faekah berkata, menteri besar telah berkali-kali berkata bahawa cara terbaik untuk menjawab semua dakwaan yang dibangkitkan Chua adalah menerusi kertas putih yang sedang disiapkan oleh kerajaan Selangor.

"Tetapi jika Chua terus berdegil untuk berdebat, beliau sepatutnya menyahut  cabaran Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang telah berkali-kali mencabar beliau untuk
berdebat.

"Pua bukan pihak ketiga yang mendapat maklumat Talam seperti yang didakwa Chua.

"Sebaliknya, Pua sering kali mengadakan perjumpaan dengan menteri besar dan pegawai-pegawai yang terlibat mengutip hutang Talam.

"Beliau mendapat maklumat secara terus bukan dari pihak kedua," tegas Faekah.

Bagaimanapun, katanya, sebelum Chua meneruskan misi berdebat itu, beliau sepatutnya mendapatkan maklumat terperinci dan jawapan bagaimana BN didakwanya boleh menyerahkan ribuan ekar tanah kepada seorang kroni MCA.

Dua Lelaki Sewa Bilik Lakukan Seks Songsang Di Dungun

Posted: 16 Aug 2012 02:56 AM PDT

KELAB GREENBOC



Pantai Sura (Dungun) – Menjijikkan! Itu gambaran yang boleh diberikan buat dua remaja lelaki yang bernafsu songsang apabila sanggup menodai kesucian bulan Ramadan dengan menyewa bilik penginapan bagi melakukan hubungan sejenis.


Perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini, terbongkar hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam 2.00 petang semalam.

Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketika serbuan di lakukan, dua remaja lelaki itu difahamkan berada dalam keadaan bogel, berpelukan antara satu sama lain atas katil dalam sebuah bilik yang disewa dengan kadar RM60 semalaman itu.

Salah seorang suspek, pelajar semester enam jurusan perhotelan itu ketika ditemui, turut mengaku tidak berpuasa dan datang ke situ bersama rakan lelaki berusia 29 tahun itu untuk melakukan adegan asmara.

Hasil serbuan berkenaan, sehelai coli hitam dipercayai milik pelajar IPTA yang berasal dari Sungai Buaya itu turut dirampas polis.

Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing untuk mengesahkan pembabitan mereka dengan penyalahgunaan dadah. -SH

Ulasan GB

DUNGUN sedang menunggu bala dan mala petaka dari langit.

"Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…" -HR. Ahmad dll

Bekas Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Masuk PAS Dedah Konspirasi Rampasan Kuasa

Posted: 16 Aug 2012 02:41 AM PDT





SHAH ALAM : Bekas Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong mendedahkan konspirasi berhubung rampasan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada tahun 2009 lalu dalam wawancaranya yang dipetik melalui PerakDaily.

Wawancara dikendalikan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Misbahul Munir, Abdullah berkata beliau dipaksa mengeluarkan kenyataan atas arahan pihak 'atasan' mengatakan Speaker yang sah ketika itu, V Sivakumar sebagai tidak sah.

Katanya, tindakan itu adalah disebabkan tekanan dari pihak atasan dan tidak berupaya untuk mengelak.

"Ketika kemelut politik yang memuncak, saya menjadi serba salah antara amanah dengan kepentingan pekerjaan.

"Semua kenyataan berkaitan sidang dewan dan sebagainya saya perlu keluarkan dan perlu ditandatangan atas kapasiti saya sebagai setiausaha DUN sehinggalah saya mengeluarkan satu kenyataan yang kontroversi itu.

"Daripada kenyataan itu juga, sidang DUN terpaksa diadakan di bawah pokok kerana Adun Pakatan dihalang memasuki dewan," katanya dalam wawancara itu.

Tambahnya, Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tidak pernah dijatuhkan undi tidak percaya oleh ahli dewan.

"Dan sebab itu saya tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan beliau tidak terlucut jawatannnya sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan sebaliknya," katanya.

Jelasnya, jika mengikut Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, jawatan Menteri Besar gugur dengan tiga perkara iaitu disabitkan dengan salah laku tatatertib atau hilang kelayakan sebagai Adun, perletakan jawatan dan apabila berlakunya pembubaran DUN.

"Ahli Dewan juga boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar dan sekiranya majoritinya mengundi tidak percaya, Menteri Besar ketika itu mempunyai dua pilihan iaitu meletak jawatan ataupun memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN bagi pilihan raya semula diadakan," katanya.

Ketika mengulas insiden Sivakumar diusung keluar ketika sedang menjalankan tugas sebagai Speaker, Abdullah berkata Umno-BN ketika itu sebenarnya tidak mempunyai kuasa sepenuhnya di dewan.

Bagaimanapun, Umno-BN tidak menghiraukannya malah mereka tidak 'nampak' ada satu lagi institusi ataupun jawatan Speaker yang ketika itu masih lagi dari kalangan Pakatan Rakyat.

"Tidak lengkap mendapat jawatan Menteri Besar jika belum menukar Speaker DUN kerana Speaker berkuasa penuh di dalam dewan ketika itu masih Pakatan Rakyat jadi bermakna Pakatan Rakyat masih berkuasa di Dewan Negeri.

"Malah semasa sidang DUN pada 7 mei 2009 yang berlaku dalam keadaan tegang itu, saya tidak nampak dan dengar speaker mengarahkan timbalannya mempengerusikan sidang DUN.

"Tetapi secara tiba-tiba Timbalan Speaker, Hee Yit Fong mengadakan satu sidang di hujung dewan untuk melantik Speaker baru dan saya sebagai Setiausaha DUN berasa pelik," katanya.

Abdullah menjelaskan mengikut Peraturan Tetap Dewan, tiada satu pasal pun yang membenarkan keadaan itu berlaku dan itu menunjukkan Peraturan Tetap Dewan dilanggar.

"Saya tidak pasti siapa yang mengusung Sivakumar ke luar dewan dan sudah pasti ia bukan kakitangan dewan kerana saya mengenali semua staff-staff tambahan yang dilantik bagi membantu Bentara Dewan.

"Kejadian tersebut telah menjadi sejarah dunia kerana ianya tidak pernah berlaku di mana-mana Negara Komanwel mahupun negara lain," katanya.

Faekah : Chua Perlu selesai Isu NFC Sebelum Debat Dengan MB

Posted: 16 Aug 2012 02:36 AM PDT





SHAH ALAM: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong dinasihatkan untuk melupakan sahaja hasratnya berdebat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu penyusunan semula hutang Talam.

Sebaliknya beliau perlu memberi fokus untuk memperjelaskan kepada rakyat isu penyelewengan dana bernilai RM250 juta ekoran skandal NFC yang membabitkan kementeriannya.

Perkara ini dilontarkan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin sebagai reaksi terhadap cabaran Chua untuk berdebat dengan Abdul Khalid.

"Datuk Chua Tee Yong silap membuat percaturan apabila menganggap dirinya setaraf dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita tidak menghalang beliau mencari publisiti murahan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi tetapi isu yang dibangkitkan biarlah relevan dan mengikut keutamaan,"jelas Faekah menerusi satu kenyataan media kepada TVSelangor hari ini.

Sebelum ini, Chua menerusi beberapa sidang medianya menuduh kerajaan Selangor melakukan penyelewengan RM1 bilion yang melibatkan syarikat Talam Corporation, sebuah syarikat awam yang dilanda masalah hutang.

Tidak cukup dengan tuduhan itu, Chua juga mendakwa kerajaan Selangor telah membeli tanah di Danau Putra yang 80 peratus diliputi oleh air dengan alasan untuk membuat taman tema Sunway, tetapi sehingga kini masih tiada sebarang pembangunan.

Namun begitu, Abdul Khalid berkali-kali menyatakan bahawa cara terbaik untuk menjawab semua dakwaan yang dibangkitkan Chua adalah menerusi kertas putih yang sedang disiapkan Kerajaan Selangor.

"Mungkin Chua terlalu risau kerana masyarakat Tionghua semakin lupa akan kewujudannya sebagai timbalan menteri, ahli parlimen dan anak Presiden MCA sehinggakan beliau terpaksa mencari publisiti murahan dan menjengkelkan.

"Tetapi jika Chua terus berdegil untuk terus berdebat, beliau sepatutnya menyahut cabaran Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang telah berkali-kali mencabar beliau untuk berdebat,"katanya.

Dalam pada itu, Faekah turut menyarankan Chua untuk terlebih dahulu mendapatkan maklumat dan jawapan bagaimana BN boleh menyerahkan ribuan ekar tanah kepada Tan Sri Chan Ah Chai yang juga kroni MCA sebelum lantang mencabar kerajaan Selangor untuk berdebat.

"Beliau perlu menyoal bekas pemimpin utama MCA atau mungkin bapanya, Datuk Seri Chua Soi Lek boleh membekalkan maklumat dan berjaya memujuk bank memberikan ratusan juta hutang kepada syarikat kroni MCA itu.

"Bukan sahaja MCA, Chua juga patut menyoal pemimpin UMNO ketika itu mengapa terlalu cuai menyerahkan tanah dan projek kepada syarikat milik Chan Ah Chai,"jelasnya.

Sebagai rekod, Tan Sri Chan Ah Chai pada ketika itu merupakan Ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang telah menyerahkan tanah dan projek kepada Talam.

Berdasarkan kronologi pendedahan ini, Faekah mempersoalkan adakah layak bagi Chua untuk mempertikaikan usaha Kerajaan Selangor mengutip semula hutang Talam yang lebih 10 tahun dibiarkan oleh BN.

"Mengapa beliau terlalu sibuk isu di Selangor sedangkan isu di bawah kementeriannya beliau tidak mampu pun bersuara.

"Isu penyelewengan dana NFC RM250 juta di bawah kementeriannya, Apa yang Chua lakukan?
"Beliau tidak mengambil tindakan yang boleh dibanggakan masyarakat Tionghua di negara ini,"tegas Faekah.

Trend k’jaan bebaskan tahanan ISA sebelum Syawal – Syed Ibrahim

Posted: 16 Aug 2012 02:31 AM PDT




Oleh Aliff Fikri

KUALA LUMPUR : Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, setakat ini tiada sebarang petunjuk tahanan akan dibebaskan menjelang Aidilfitri.

"Masih belum wujud tanda-tanda 45 tahanan akan dibebaskan sebelum hari raya yang semakin hampir.

"Biasanya ini merupakan 'trend' kerajaan dan mereka akan bebaskan dua atau tiga orang sebelum raya, tapi sehingga sekarang masih belum ada perkembangan yang diperolehi," kata Syed Ibrahim ketika dihubungi.

Bagaimanapun katanya, GMI akan menumpu perhatian terhadap keluarga tahanan bagi meringankan beban mereka tanpa suami di sisi.

"Fokus kami sekarang lebih kepada membantu dari segi kebajikan isteri dan keluarga tahanan," katanya.
Pada minggu ketiga Julai lalu, tiga tahanan ISA dibebaskan.

Pembebasan itu dipercayai hasil kempen berterusan GMI dan rakyat Malaysia untuk membebaskan 45 tahanan termasuk kesan daripada mogok lapar oleh tahanan di kem Kamunting itu.

Mereka yang dibebaskan adalah S Loganthan, warga Malaysia, P Valentine Jayakumar, warga Sri Lanka dan Malik Rehmat Ali Syakir dari Pakistan.

Mereka semua ditahan pada 2010 kerana didakwa menjalankan aktiviti pemerdagangan manusia.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ibrahim memberitahu, kempen Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA akan dilanjutkan sehingga hujung September ini berikutan sambutan perlahan orang ramai.

"Kita terpaksa melanjutkan pemberian kad ucapan hari raya kepada tahanan memandangkan kempen kurang memberangsangkan dan agak perlahan.

"Kita akan gunakan pendekatan lain, seperti E-Kad pula yang lebih memudahkan orang ramai menyampaikan ucapan untuk para tahanan dan berkolaborasi dengan parti politik," jelas beliau.

Kempen Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA dilancarkan oleh GMI 15 Julai lalu bertujuan meneruskan momentum kesedaran rakyat mengenai isu 45 baki tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang belum dibeba

Pakatan sambut Hari Malaysia di Kota Kinabalu dan Kuching

Posted: 16 Aug 2012 02:28 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar


PETALING JAYA : Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat memaklumkan, sambutan Hari Malaysia pada tahun ini akan diadakan di dua lokasi berasingan iaitu di Kota Kinabalu untuk Sabah manakala Kuching untuk sambutan di Sarawak.



"Dua acara berasingan akan diadakan. Yang pertama pada 15 September, iaitu sambutan pada malam Hari Malaysia dibuat di Kota Kinabalu. Yang kedua pula pada 16 September di Kuching, Sarawak," kata wakilnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

"Semua pimpinan Pakatan Rakyat akan bergerak ke sana. Acara khusus akan dimaklumkan kemudian," jelas Dr Hatta lagi.

Anak Samy Vellu Tolak Tawaran Bertanding PRU-13

Posted: 16 Aug 2012 02:21 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
PETALING JAYA: Anak kepada bekas Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu, S.Vell Paari mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum 13 (PRU-13).

"Presiden ada menawarkan kerusi kepada saya, mengatakan satu kerusi sudah sah untuk saya namun saya tidak dapat menerimanya," katanya, dipetik dari portal The Malaysian Insider, Khamis.

Kenyataan Vell Paari secara langsung menjawab dakwaan beliau akan bertanding sebagai menyambung perjuangan bapanya dalam parti komponen Barisan Nasional (BN).

Sementara itu Ketua Publisiti dan Komunikasi Vell Paari melalui portal sama berkata beliau ditawarkan bertanding di kerusi milik bapanya namun beliau menolaknya.

Kerusi bapanya kini dipegang presiden parti Datuk Seri G Palanivel.

Hanya 10 Peratus Kenderaan Berat Dibenar Berada Di Jalan Raya Aidilfitri Ini

Posted: 16 Aug 2012 02:19 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
SETIU: Hanya 10 peratus daripada 25,000 kenderaan berat dibenar berada di jalan raya pada Aidilfitri ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata hanya lori minyak, lori makanan, lori surat khabar dan lori perubatan yang dibenar membuat perjalanan pada musim perayaan itu.

"Kenderaan berat dilarang menggunakan jalan raya pada 17, 18, 25 dan 26 Ogos bagi mengelak berlakunya kesesakan.

"Jika masih ada pemandu syarikat-syarikat kenderaan barangan lain berbuat demikian, kami akan menyita kenderaan itu," katanya kepada pemberita selepas Operasi Aidilfitri di Kampung Bukit Merah, di sini Khamis.

Sementara itu, 1,927 saman dikeluarkan dalam tempoh tiga hari Operasi Penguatkuasaan Sempena Aidilfitri 2012 bermula 12 Ogos lepas.

Antara kesalahan yang paling banyak dikesan ialah tidak memiliki lesen memandu iaitu 880 kes diikuti cukai jalan tamat tempoh 732 kes, kata Solah. - BERNAMA

KALAU DAP KAFIR HARBI, HASSAN JATI MELAYU HARBI?

Posted: 16 Aug 2012 02:17 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA Hassan Jati pun berkata, eloklah PAS keluar dari PR kerana DAP tolak Hudud.  Hassan Jati pun kata, JATI telah berjaya tutup mulut Paderi-Paderi Kristian.  Dalam ertikatanya, PAS lebih baik tinggalkan PR dan join Umno sebab Umno konsisten dulu, kini dan selamanya menyokong Hudud.  Maksudnya juga, JATI amat berjaya semenjak dia pimpin sudah ramai yang tidak masuk Kristian.
Jangan termuntah atau terkentut baca kenyataan Hassan Jati ni ok.  Apabila si Hassan Jati ni mahu PAS keluar dari PR kerana DAP tidak setuju dengan Hudud, maka terfikirlah oleh kita bahawa sewaktu si Hassan JATI yang berangan mahu jadi MB Selangor ini menjawat jawatan Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu, waktu itu DAP teramat menyokong Hudud.  Betulkah?
Jawapannya tentulah betul, kerana jika waktu itu DAP masih tidak bersetuju dengan Hukum Hudud sudah tentu si Hassan Jati ni awal-awal lagi cadangkan agar PAS keluar dari PR.  Ertinya, waktu Hassan Jati di dalam PAS dan pegang jawatan penting di dalam PAS, DAP sokong Hudud.  Apabila si Hassan Jati terpelanting dari jawatan dan disepak keluar dari PAS, secara tiba-tiba DAP menolak Hudud?  Jangan ketawa....Ini adalah kerana kekuatan si Hassan Jati yang boleh mempengaruhi DAP samada sokong atau tidak hukum Hudud.  Hahahahaaaa....
Pasal Kristian ni pulak.  Si Hassan Jati kata JATI telah berjaya tutup mulut Paderi Kristian dari melakukan kerja memurtadkan umat-umat Islam.  Jika berita ini diberitahu kepada Paderi-Paderi Kristian, aku berani potong jari kalau Paderi-Paderi Kristian ini tidak terkentut dan tertawa terbahak-bahak.  
Kesihan sungguh si Hassan Jati.  Semenjak JATI ditubuhkan, tidak pernah kita dengar orang puji pengaruh dan kehebatan JATI malahan tidak boleh menandingi hebat dan popularnya beras JATI.  Bahkan, jika ditanya seribu orang, jika dapat seorang saja yang kenal siapa AJK-AJK atau pimpinan di dalam JATI selain Hassan Jati itu sudah dikira hebat Jati ni. Oleh kerana begitu lama menunggu orang mahu memuji atau menyanjung JATI tidak kunjung tiba, maka selaku bos Jati terpaksalah puji diri sendiri.  Kemaruk sungguh....
Sesungguhnya kita amat bimbang jika fahaman agama Kristian ini menular ke dalam masyarakat Islam.  Begitu juga kita bimbang jika cerita-cerita fitnah seks, liwat, perbuatan dalam kelambu sesama umat Islam dijaja merata-rata untuk mengaibkan sesama Islam seperti si Hassan Jati selalu lakukan di dalam setiap ceramah Mantapkan Akidahnya itu.  Kita malu apabila Paderi Kristian lihat bagaimana kononnya tokoh yang anti murtad ini pun menjadi tukang sebar fitnah seks.  Paderi pun tidak melakukan seperti yang si Hassan Jati lakukan. Hassan Jati patut malu dengan Paderi-Paderi ini.
Kesimpulannya mudah.  Hassan Jati hanya menjadi `sub kontrak' parti sekutu APCO, itu sahaja.  Jika parti itu suka sebarkan ftnah, si Hassan Jati pun lakukan asalkan anak bini di rumah boleh makan.  Dia lupa DAP yang dikatakan Kafir Harbi itu adalah di antara ribuan yang mengundi beliau dahulu sehingga kini beliau boleh makan gaji dan elaun Wakil Rakyat.  Apakah halal undi kafir harbi kepada beliau waktu itu?  Ertinya, kafir harbi ini pilih Hassan Jati jadi Wakil Rakyat mereka dari Kafir Harbi?  Atau si Hassan ni adalah kaum sakat si Kafir Harbi juga iaitu Melayu Harbi?/wfauzdin.blogspot.com

Siapa kafir harbi?

Posted: 15 Aug 2012 06:20 PM PDT

Aspan Alias

 


Setakat ini belum ada apa-apa tindakan pihak kerajaan terhadap pihak yang memfatwakan DAP sebagi parti untuk 'kafir harbi'. Sikap kerajaan membiarkan perkara ini terus menerus di sebut oleh pihak tertentu yang 'desperate' ini, membawa tanggapan yang pihak kerajaan BN hari ini tidak prihatin terhadap sensiviti rakyat berbilang kaum dan agama dalam negara ini.

Tidak ada sesiapa berhak untuk melebelkan pihak yang menyokong dan bermuafakat dengan DAP bagi kebaikan negara menggelarkan mereka sebagai kafir. DAP merupakan sebuah parti politik yang terdaftar secara halal dengan pendaftaran pertubuhan dan parti itu telah menjunjung segala peruntukan yang tertulis di dalam perlembagaan negara. Hanya pihak Umno sahaja yang cuba menafikannya.

Ulamak sesat yang memberikan fatwa itu wajar di ambil tindakan kerana ia merupakan satu tindakan memecah belahkan rakyat berbilang agama dan kaum dan ini merupakan tentangan secara 'direct' terhadap agama suci kita. Memecah belahkan masyarakat merupakan tindakan yang tercemar dari pandangan agama suci kita, kerana kita di tuntut untuk saling menghormati diantara semua puak dan bangsa serta agama.

Kita mesti menerima hukum agama kita secara 'total' dan bukannya mengambil setengah yang sesuai dengan mereka (Umno) dan membuangkan setengah yang lain yang terkena kepada batang hidung mereka sendiri. Jika kita tidak menerima keseluruhan dari 6666 ayat dalam Quran itu maka kita boleh persoalkan keimanan kita sendiri kerana mempercayai Quran secara 'total' itu merupakan salah satu dari rukun iman yang enam itu. Kalau di ambil semua nilai dan hukum agama kita, kita boleh melihat dengan jelas yang Umno sendiri melakukan banyak perkara yang kafir.

Rasuah itu adalah kafir, menyalahgunakan kuasa itu kafir, memfitnah itu kafir dan memecah belahkan rakyat itu adalah kerja kafir. Malahan tindakan ramai orang meninggalkan BN khususnya Umno itu ialah kerana tindakan-tindakan yang kafir yang dilakukan oleh mereka. Banyak kroni di dalam Umno itu sendiri mempunyai sikap dan sifat Qarun di zaman Firaun dahulu. Mereka tidak berhenti-henti mengumpulkan harta yang banyak tanpa had dengan menggunakan wang rakyat dan negara.

Sebaliknya di pihak Pakatan Rakyat mereka lebih 'sensitive' terhadap kehendak agama-agama di negara ini dengan melakukan banyak perkara yang dituntut oleh agama-agama khususnya agama Islam. Islam membenci rasuah dan sudah jelas kerajaan DAP P Pinang telah memunafaatkan kuasa yang ada kepada mereka mentadbir negeri itu dengan tahap rasuah yang paling rendah dan hampir kepada tahap sifar. Sesiapa boleh menafikannya tetapi kenyataan tetap kenyataan.

Bagi seseorang yang bertuhan dan beragama, yang penting ialah nilai Islam dan agama itu dilaksanakan dengan sungguh-sungguh. Tidak guna kita menjadi muslim tetapi tindakan kita semuanya menentang agama secara terbuka dan tidak meng'addin'kan agama itu. Kita mesti tuntut agar kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang mengeluarkan fatwa mengikut nafsu dan nafsi amarah mereka kerana islam yang tulin itu adalah lembut dan sejuk untuk semua orang menerimanya dengan ikhlas dan jujur.

Islam itu sentiasa memberikan kesejukan dan bukannya kepanasan seperti kepanasan api neraka.  Saya merupakan ahli kepada DAP dan saya tidak kurangkan kemelayuan saya atau mengurangkan Islam saya.

Saya tahu yang penting ialah saya sentiasa mengingatkan diri saya dan keluarga saya supaya terus menerus bertawajjuh dan bertawassul kepada Rasul dan Tuhannya sentiasa. Apa gunanya menjadi ahli kepada parti yang dianggotai oleh orang-orang Muslim seperti Umno, sedangkan tindakan pemimpin-pemimpin mereka selalu bertentangan dengan kehendak agama anutan mereka.

Saya tidak berhak untuk memunafikkan sesiapa kerana hanya Tuhan sahaja yang berhak untuk melakukannya, tetapi jika kita tarbiah syariat dengan betul saya hanya berhak setakat mengingatkan sesiapa yang terlibat supaya jangan melakukan perkara-perkara yang munafik. Saya ingin mengingatkan diri saya dan semua pihak yang munafik ini merupakan satu dosa yang tidak terperi besarnya.

Setakat yang kita ingat Umno lah yang menolak hukum hudud. Jika Umno menerima hukum Islam secara total Dr Mahathir tidak sepatutnya menolak hudud dahulu. Kita masih ingat dengan jelas penolakan itu.

Semua parti dalam BN menolak hudud. Seburuk-buruk Pakatan masih ada niat dan usaha untuk melakukannya. Hanya setakat ini Putrajaya itu masih berada dalam tangan BN sehingga pilihanraya yang akan datang.

Itulah sebabnya saya selalu mengulangi kata-kata 'the worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of BN'. Banyaklah penyokong Umno marah dengan kenyataan saya ini tetapi saya tidak peduli kerana apa yang saya katakan itu adalah perkara yang benar.

Pakatan DAP, PAS dan PKR wajar diberikan peluang kali ini setidak-tidak buat lima tahun yang akan datang untuk membuktikan kemampuan mereka merobah segala-gala yang tidak baik kepada keadaan yang dituntut oleh agama kita.

Rakyat boleh mengembalikan kepada BN jika PR jelas lebih buruk dari BN. Tetapi PR akan mampu memberikan bukti itu jika Putrajaya berada ditangan mereka (PR). Selepas itu rakyat boleh menilainya kembali kerana setiap lima tahun rakyat mempunyai kuasa untuk mengunahnya.

Barulah kita akan tahu siapa yang kafir harbi itu.— aspanaliasnet.blogspot.com

Anda ingin mencuba lemang pelbagai rasa?

Posted: 15 Aug 2012 06:09 PM PDT

MALAYSIA KINI
 
 
 
Kepelbagaian jenis lemang yang disediakan oleh Mohd Khairul Nisam Md Ali, seperti lemang pulut hitam, lemang jagung dan lemang pulut susu menyebabkan lemang yang diusahakan menjadi perhatian ramai.
  
Selain itu, Mohd Khairul, 36, juga turut membuat lemang tepung, durian dan ubi jika terdapat tempahan daripada orang ramai yang mahukannya untuk dijadikan juadah istimewa pada hari raya Aidilfitri.
  
Sejak memulakan perniagaan pada 1997, dia kini boleh berbangga kerana mempunyai pelanggan setia yang mahu merasai keenakan dan kelembutan lemang yang disediakannya.
  
Gerainya yang terletak di Batu 10, Jalan Langgar-Pokok Sena menjadi tumpuan ramai kerana keistimewaan lemang tersebut berikutan rasanya yang enak dan menepati cita rasa orang ramai malah lemangnya juga turut masak dengan sempurna.
  
"Teknik kawalan api yang membuatkan lemang saya ini masak sepenuhnya. Ramuan yang saya hasilkan seperti menggunakan 'pulut siam'  dan santan kelapa asli menjadikan lemang itu berkualiti," katanya kepada Bernama.

Mohd Khairul berkata menjelang tiga hari lagi untuk menyambut Aidilfitri dia dan 23 pekerjanya sibuk membakar lemang dalam tempoh 24 jam bagi memenuhi permintaan daripada pelanggan yang datang tidak kira masa.

Katanya setiap hari dia akan membakar lemang antara 400 hingga 800 batang sehari untuk dijual kepada pelanggan yang datang daripada pelbagai bangsa yang menggemari lemang panas.
  
"Saya turut menerima tempahan daripada pelanggan kaum Cina dan India, selain dari Johor, Kuala Lumpur dan Perak. Saya juga menghantar lemang tersebut secara pos," katanya.
  
Mohd Khairul menjual lemang tersebut antara RM8 hingga RM10 bergantung kepada saiz dan jenis lemang yang disediakan dengan memperoleh keuntungan lebih RM2,000 sehari.
  
Salah seorang pelanggan tetapnya, Ahmad Hat, 69, berkata lemang yang disediakan Mohd Khairul tidak boleh ditandingi kerana ia memenuhi cita rasanya dan orang ramai.
  
Katanya lemang tersebut juga boleh tahan lama kerana ia dimasak dengan sempurna dan rasanya tetap sama seperti tahun sebelumnya.
  
"Bila makan lemang tersebut saya dapat mengimbau kembali zaman bersama ibu bapa yang menyediakan lemang secara bergotong-royong menjelang Aidilfitri dan rasanya turut sama seperti yang dimasak oleh keluarga saya," katanya.- Bernama

Selangor akan rampas tanah jika pembakaran terbuka dilakukan

Posted: 15 Aug 2012 06:00 PM PDT


SHAH ALAM, ― Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, dan Alam Sekitar Elizabeth Wong berkata, kerajaan negeri Selangor akan merampas tanah kepada pemilik tanah yang membiarkan pembakaran terbuka di kawasan mereka.

Katanya, tindakan ini bagi memastikan masalah jerebu tidak bertambah serius di Lembah Kelang.

"Baru-baru ini, kita telah mengesan pembakaran terbuka di Johan Setia, Klang dan pihak bomba terpaksa bekerja keras untuk memadamkan kebakaran ini.

"Malangnya kebakaran itu di kawasan tanah gambut dan menyebabkan kesukaran untuk pihak bomba untuk mengawal api yang marak," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan itu.

Katanya, musim kering yang berterusan hingga September menyebabkan titik panas semakin banyak di negara ini dan di negara jiran terutamanya Indonesia.

"Di Sumatera sahaja kita dapat mengesan lebih dari 400 titik panas, dan angin dari sana akan bertiup ke arah pantai barat Semenanjung menyebabkan jerebu semakin buruk terutamanya di Lembah Kelang," katanya lagi.

Sehubungan itu, kerajaan negeri katanya, mempunyai hak untuk merampas tanah sekiranya pemilik tidak mahu menjaga kawasan tanah mereka.

"Kerajaan mahu memastikan dalam musim kering ini, mereka tidak sewenang-wenangnya memburukkan keadaan," kata Wong (gambar) lagi.

Kerajaan negeri juga menasihatkan kepada orang ramai supaya kurangkan aktiviti luar ketika jerebu.

Saman MBMB terhadap BERSIH 6 hampir dibatalkan

Posted: 15 Aug 2012 05:59 PM PDT

 
Nigel Aw


 
Saman Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terhadap enam peserta BERSIH yang didakwa menyebabkan kerosakan  harta-benda awam semasa protes BERSIH 3.0 di Melaka, hampir dibatalkan apabila peguam MBMB lewat tiba di mahkamah.

NONEKerana ketiadaan peguam plaintif,  Zahari Affendi (kanan) pada pagi ini, Hakim Mahkamah Sesyen Melaka Abu Bakar Katar bertanya sama ada defendan mahu membatalkan kes itu.

Ketika itu, peguam defendan J Armadas memohon penangguhan sebentar untuk memberi masa  kepada Zahari.

Kes itu dibenar diteruskan selepas Zahari tiba sejurus kemudian, tetapi timbul satu lagi masalah selepas didapati hanya seorang sahaja daripada enam defendan - Ketua Wanita MCA negeri Datuk Kian Sit Har -  yang telah diserahkan saman.

Lima lagi yang belum diserahkan saman ialah Khoo Poay Tiong, Philip Chua, Yuhaizad Abdullah, Halim Bachik dan Abd Ghani Abd Rahman.

Kecuali Kian dan Chua yang telah melantik peguam bagi kes itu, yang lainnya yang hadir di mahkamah hari ini dengan memakai kemeja-T BERSIH, mengadu mereka tidak boleh melantik peguam kerana belum menerima saman. Abd Ghani tidak hadir kerana tidak sihat.

NONE"Kami hanya melihat nama kami dalam akhbar. Kami tidak tahu sama ada saman ini merujuk kepada kami atau tidak, tiada nombor (MyKad) atau alamat, "kata Khoo (kiri), yang juga ADUN Ayer Keroh.

Hakim Abu Bakar kemudian meminta supaya saman diserahkan kepada defendan Bagaimanapun, Zahari berkata salinannya tidak cukup untuk diserahkan kepada mereka.

Berikutan ini, kes tersebut ditangguhkan kepada 19 September.

Peguam utama defendan, Ng Kong Peng memberitahu di luar mahkamah bahawa satu perjumpaan akan diadakan untuk membolehkan saman diserahkan secara rasmi sebelum tarikh sebutan akan datang.

Anifah patut berhenti, kata Pakatan

Posted: 15 Aug 2012 05:55 PM PDT

 
Hafiz Yatim


 
Pakatan Rakyat menggesa Menteri Luar, Datuk Anifah Aman meletakkan jawatan atas dakwaan pengabaian tugas dan gagal untuk mengendalikan hal ehwal luar negeri dengan betul.

Menurut Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong, sekretariat Pakatan bermesyuarat malam tadi dan sebulat suara bersetuju bahawa Anifah tidak mampu menjalankan tugas.

NONEKatanya, cakap-cakap dalam lingkaran diplomatik bertiup kencang bahawa Anifah lebih suka duta pertemuannya dibuat di Sabah dan bukannya di ibu negara.

"Dia bersembunyi di Kota Kinabalu dan malah meminta duta China menemuinya di sana," kata Liew dalam sidang media hari ini.

Liew juga mendakwa Malaysia, tidak seperti sebelum ini, gagal membuat pendiriannya berkaitan perkara penting antarabangsa seperti konflik Syria serta masalah Rohingya dan Palestin.

"Bandingkan ini dengan ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam Kabinet di mana kita mengambil bahagian secara aktif dalam resolusi konflik Bosnia di Balkan," katanya.

Peguam M. Puravalen tuntut permohonan maaf atas fitnah NST atau akan saman

Posted: 15 Aug 2012 05:54 PM PDT

 
 
KUALA LUMPUR— Peguam terkemuka M. Puravalen mahu permohonan maaf dari pencetak, penyunting, dan wartawan akhbar harian The New Straits Times, dalam tempoh tujuh hari kerana fitnah yang dikatakan dalam dua artikel dalam minggu lepas berkaitan artikel penulis blog Raja Petra Kamarudin (gambar) tentang bukti detektif swasta P. Balasubramaniam dalam pembunuhan jurubahasa Mongolia lima tahun lalu. 
 
Peguambela jenayah itu telah  menghantar dua surat berasingan kepada The New Straits Times Press (M'sia) Bhd, editor dan wartawan Audrey Dermawan untuk berita bertajuk "Pendedahan Raja Petra akan disiasat" (Raja Petra's expose to be investigated) yang telah disiarkan dalam akhbar New Sunday Times pada 12 Ogos 2012 dan "Peguam berdiam diri mengenai dana Suaram" (Lawyer keeps mum over Suaram funding) dalam New Straits Times pada 14 Ogos 2012.

Gambar fail
"Kenyataan fitnah merupakan penyebaran fitnah secara bertulis kepada pelanggan kami dan oleh kerana penerbitan berunsur fitnah itu, pelanggan kami telah dilibatkan ke skandal awam, kebencian, penghinaan, dan cemuhan dan telah mencederakan wataknya, kredit dan reputasi dalam kapasiti peribadi dan kapasiti profesional beliau sebagai peguam bela dan peguam cara dan telah dirosakkan, "kata kedua-dua surat dihantar oleh peguam Puravalen, Vazeer Akbar Majid & Co.
 Dua surat tersebut, ditandatangani oleh rakan kongsi firma kanan Stanley Sinappen, membuat lima tuntutan dari akhbar pro-kerajaan yang dimiliki oleh kumpulan Media Prima Bhd yang berkait — Umno.

Tuntutan adalah New Straits Times Press perlu menarik  balik penyata fitnah, memberhentikan dan berhenti daripada mengulangi kenyataan fitnah, menyiarkan permintaan maaf yang diluluskan oleh Puravalen, memastikan permohonan maaf yang disiarkan dalam semua akhbar arus perdana dan membayar ganti rugi teladan kerana memburukkan Puravalen.

Kedua-dua surat telah dihantar pada hari Selasa 14 Ogos, selepas kedua-dua artikel telah diterbitkan oleh akhbar dan edisi hujung minggu akhbar tersebut.

Dalam artikel yang pertama, New Sunday Times, Ahad lalu melaporkan artikel Raja Petra dan temubual dengan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari yang meminta Puravalen untuk menjelaskan peranan beliau seperti yang ditulis tentang peranan beliau dalam penangkapan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda. Penganalisis politik dan polis Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar pada awalnya didakwa membunuh Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006.

Pembelaan Abdul Razak tidak dipanggil tetapi Azilah dan Sirul diminta untuk membuat pembelaan mereka kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Raja di antara 21:45 pada18 Oktober, 2006 dan 21:45 pada hari berikutnya. Mereka telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 tetapi kedua-duanya telah merayu hukuman tersebut.

Peguam Puravalen berkata kandungan artikel yang pertama adalah difahami merujuk kepada pelanggan mereka dan bermakna bahawa beliau adalah "peguam tidak profesional dan tidak beretika "," telah terlibat dalam perbuatan menyalahi undang-undang, kelakuan menyalahi, jenayah dan tidak profesional dan / atau tidak beretika "," mempunyai penglibatan dalam kelakuan yang amat tidak sopan dan tidak sesuai untuk menjadi peguam bela dan peguam cara", dan" tidak layak untuk menjadi peguam bela dan peguam cara ".

Artikel kedua yang telah disiarkan dalam akhbar New Straits Times Selasa lepas merujuk kepada pembiayaan kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan kekurangan Puravalen yang tidak merespon kepada soalan yang dikemukakan oleh akhbar tersebut.

Peguam beliau berkata, kandungan artikel kedua telah difahami merujuk kepada pelanggan mereka yang bermakna bahawa beliau "terlibat dalam atau dengan hal yang dipersoalkan mengenai Suaram "," terlibat dalam, atau mempunyai pengetahuan, tentang pembiayaan Suaram yang dipersoalkan"," yang terlibat dalam, dan / atau sedar, pembiayaan yang didakwa diterima oleh P. Subramaniam yang menandatangani Perakuan Bersumpah bertarikh 1 Julai, 2008 mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu "dan" yang terlibat dalam konspirasi dengan pihak lain untuk memburukkan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak ".

New Straits Times masih belum bertindak balas terhadap surat daripada peguam Puravalen.
Selain daripada New Straits Times, akhbar pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia dan stesen televisyen TV3 juga telah didakwa kerana memfitnah dan fitnah oleh ahli-ahli politik atas sebahagian daripada kisah-kisah mereka, terutama sejak 2008 apabila pembangkang Pakatan Rakyat (PR) memenangi empat negeri dalam pilihan raya dan menafikan majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) di parlimen.

Tiada ulasan: