ALHUSSEYN |
Posted: 16 Aug 2012 10:00 AM PDT Salah satu tempat yang menarik di bandar Ipoh ialah Menara Jam Besar. Ianya kini sedang dalam penambahbaikan dan pastinya akan kelihatan lebih menarik untuk dikunjungi. Menara ini dibina pada 1909 dengan menelan belanja kira-kira $25,00 pada masa itu. Dibina bagi memperingati JWW Birch, Residen pertama British Perak yang telah dibunuh di Pasir Salak pada 1875/11/02 oleh Ketua-ketua Melayu tempatan, Datuk Maharaja Lela. Menara ini terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri Ipoh, berbentuk empat segi dengan empat panel yang menggambarkan pertumbuhan tamadun dibahagian atasnya. Pada panel tamadun, 44 tokoh-tokoh terkenal dalam sejarah dunia telah digambarkan. Imej yang digambarkan sebagai Nabi Muhamad telah diselaputi dengan cat pada 1990-an kerana dibantah oleh kalangan umat Islam. Lihat gambar bawah nih. Menara jam ini mempunyai satu loceng besar , 6 kaki 6 in diameter dan empat loceng kecil. Bunyi mengikut sebagaimana loceng Big Ben. Ketika awal-awal baru dibina dulu, masyarakat Ipoh begitu takjub dengan menara jam ini. Mereka tertanya-tanya, siapakah gerangannya yang membunyikan loceng tersebut pada setiap masa, siang dan malam? Mereka tidak percaya bila diberitahu bahawa loceng tu boleh berbunyi dengan sendirinya. Aku waktu itu budak sangat, belum ke sekolah pun. Aku tumpang kehairanan bila orang-orang dewasa disekeliling ku bersembang-sembang pasal jam ajaib tu.... |
Semua Melayu Pergi Mati - Tanda Putera Posted: 15 Aug 2012 09:00 PM PDT Pengarah filem Tanda Putera, Shuhaimi Baba berkata filemmnya itu tiada kaitan PRU13, dan suruh korang semua terima sebagai sejarah. Produksinya bukan alat propaganda mana-mana parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 13 , tegasnya lagi; tapi peliknya dia ada sebut – "Menyifatkan sebagai kebetulan". Korang faham tak apa maksudnya itu? Apa perkara yang dia sifatkan sebagai kebetulan itu? Korang fikirlah sendiri - Filem yang menelan belanja RM4.5 juta ini, separuh daripada bajetnya itu dijana oleh FINAS, satu perbadanan kemajuan filem nasional – Gomenlah punya tu.Takan gomen nak buang-buang duit sebanyak itu sia-sia saja? Sebelum ini, ada seorang yang terlibat dengan pembikinan filem tersebut pernah mengakui bahawa filem tersebut adalah "Propaganda Kerajaan". Dia menceritakan ada adegan babak pemenggalan kepala oleh komunis yang di lakonkan oleh beberapa pelakon etnik Cina yang menjeritkan kata-kata "SEMUA MELAYU PERGI MATI"! Apa korang fikir? Bukan perkaumankah ini? Tentu korang Melayu akan berasa marah meluap-luap dengan orang Cina. Apakah ini yang gomen mahu? Supaya orang Melayu benci Cina dan tidak mengundi Cina? Cer baca di sini Beliau juga suruh korang supaya cukup matang menerima hakikat sejarah proses pembentukan negara walaupun menyentuh peristiwa sisi gelap peristiwa 13 Mei 1969. "Sudah tiba masanya anda menonton sejarah negara anda. Ini sejarah kita jadi kita mesti hadapinya," katanya di sini Korang tak terasa loya dan bau longkangkah mulut anak Ba.......ba ini? Biar kita beritahu pengarah ni – kita orang semua memang cukup matang.Bahawa sejarah negara ditulis oleh Umno.Banyak profesor Kangkung mengampu Umno dan memutarbelitkan fakta sejarah negara. Ingat tak lagi , bahawa ada kangkung yang kata negara ini tidak pernah dijajah. Walhal kita semua tahu, negara pernah dijajah oleh Portugese, Belanda, Siam dan Jepun! Ini bukan kankung lagi dah tetapi kongkang punya professor! Walaupun negara pernah dicengkam komunis hanya selama 3 hari, kenapa rakyat Malaysia mahu dimomok-momokan dengan kekejaman Komunis sahaja? Apakah penjajah selain Komunis ini baik-baik belaka maka kita perlu bersikap lunak kepada mereka? Korang pernahkah dengar cerita tentang kekejaman orang putih sewaktu menjajah Tanah Melayu selama hampir 400 tahun itu? Tak ada kan? Korang ingat penjajah orang Putih tu baik-baik semuanyakah? Siapa yang gantung sampai mati pembesar Perak Dato' Maharaja Lela , Dato' Sagor dan Pandak Endut di Matang pada 20 Januari 1877.? Komuniskah? Yang gi buang Sultan Abdullah Perak ke luar negara dulu tu, Komuniskah? Itu yang bunuh Tok Janggut dan mayatnya digantung songsang beberapa hari untuk dipamerkan kepada orang ramai depan Istana di Padang Merdeka, Kota Baru, Kelantan dulu tu siapa punya angkara? Apa rasa korang bila lihat gambar Allahyarham Tok Janggut kat atas tu? Lihatlah bagaimana penjajah Inggeris yang zalim itu memperkotak katikan orang Melayu ketika itu. Dan tradisi memperkotak katikan orang Melayu ini masih lagi diteruskan oleh anak didik penjajah tersebut - dulu, kini dan selamanya.... Tok Guru Abd Rahman Limbong, Terengganu, ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928 dan meninggal di sana, siapa punya kerja? Inilah sejarah yang sepatutnya dipaparkan kepada rakyat supaya generasi yang ada hari ini dapat mengenali pejuang-pejuang sebenar negara ini. Bahawa perjuangan membebaskan negara dari cengkaman penjajah telah bertali arus sejak lama dulu lagi dan bukan baru bermula pada era Dato' Onn atau pun Tengku Abdul Rahman. Asyik-asyik, bila menjelang Merdeka, filem lapok Sarjan Hasan lakonan Allahyarham P.Ramlee itu saja yang mahu ditayangkan! Huhh! (Korang jangan haraplah dapat tengok cerita Leftenan Adnan lakonan Hairi Osman tu lagi sebab pelakon tu dah masuk PAS!). Inilah sikap yang berjaya diwariskan oleh penjajah British kepada anak-anak didik mereka dan diteruskan oleh generasi keturunan mereka yang masih menerajui pemerintahan negara.Masih tetap mahu menjilat mereka yang pernah menjajah negara. Jangan haraplah kalau ada pengarah yang berani buat filem mengenai Adam Rambo yang mengamuk di Chow Kit suatu masa dulu. Bukankah episod itu juga satu fakta dan merupakan sejarah negara. Kalau Shuhaimi Baba berminat nak memilemkannya, boleh dapat sedikit maklumatnya di sini. Biasalah, penyeleweng dan pengkhianat sesuatu bangsa atau pun agama dalam perjuangan selalu berpihak kepada musuh. Apabila keadaan telah aman, mereka pula yang mengaku sebagai pejuang bangsa atau pun pejuang agama. Sebaliknya pahlawan atau pejuang sebenar di anggap petualang. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan