Khamis, 16 Ogos 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Penjenayah Samun dan Cabul Tetamu Mangsa

Posted: 16 Aug 2012 03:00 AM PDT


[SH] SEREMBAN – Sekumpulan penjenayah bukan sahaja menyamun sepasang suami isteri, malah turut mencabul dua tetamu pasangan terbabit dalam kejadian di Taman Mulia, Mantin, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Rosli, 53, berkata, dia dan isterinya berusia 42 tahun sedang berurusan dengan dua wanita berusia 20-an daripada sebuah syarikat perumahan di ruang tamu rumahnya.

"Ketika kami berbincang, tiba-tiba muncul tiga lelaki bersenjatakan parang yang masuk melalui pintu hadapan.

"Semua lelaki terbabit menaiki tiga motosikal yang diletakkan di dalam kawasan rumah, manakala dua atau tiga motosikal  lagi dinaiki beberapa lelaki dilihat berkawal di luar rumah," katanya, semalam.

Menurutnya, semua penjenayah mengarahkan mereka diam dan mengikut arahan.

"Suspek juga bertindak di luar batasan dengan mencabul tetamu kami selama beberapa minit, sementara seorang suspek menyepak muka saya sehingga berdarah hanya kerana memandang wajahnya," katanya.

Rosli berkata, 10 minit kemudian, kumpulan berkenaan melarikan diri dengan menaiki beberapa buah motosikal.

"Saya kerugian ribuan ringgit apabila empat telefon bimbit, satu komputer riba, tiga bentuk cincin, wang tunai RM300 dan seutas jam tangan dilarikan penjenayah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan menerima laporan berkenaan dan pihaknya giat mengesan semua suspek.


P/s: Saja nak tanya, adakah jenayah seperti ini berlaku di negara paling selamat di Asia Tenggara? Jenayah yang dilakukan pada waktu siang, pagi, ketika penghuni berada di rumah.



 

Kurma Israel Dijual di Malaysia

Posted: 15 Aug 2012 11:00 PM PDT



Kurma Israel kini di Malaysia....
1-Semoga umat Islam tidak lalai ketika membuat persiapan berbuka puasa sehingga bersubahat menyumbang terhadap kemajuan ekonomi Israel.

2-Jangan pula hendaknya ada di kalangan umat Islam sendiri yang berkata bahawa semua ini adalah perkara kecil atau perkara remeh-temeh.

3-Persoalannya - bagaimana produk daripada tanah yang dirampas daripada umat Islam yang dizalimi ini boleh sampai ke bumi Malaysia?

Sheikh Dr Yusuf al Qaradawi berkata:

Setiap riyal dan dirham yang digunakan untuk membeli produk mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru yang digunakan untuk menembak saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban untuk tidak sekali-kali membantu (musuh Islam) dengan membeli produk mereka. Membeli produk mereka adalah menyokong tirani, penjajahan dan kekejaman.


P/s: Bagaimana kurma Israel boleh masuk ke Malaysia? Apa hendak dihairankan jika minyak sawit Malaysia pun masuk ke Israel? Kerajaan BN sendiri mengaku bahawa Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Israel. Bukan baru setahun, dua, tetapi kalau tidak silap, sudah belasan tahun Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Israel.
 
Yang perlu kita ketahui, bukan kurma sahaja barangan Israel yang masuk ke negara ini. Banyak. Bezanya mungkin barangan itu tidak dikeluarkan di Israel tetapi dikeluarkan oleh Yahudi (pro-Israel) dari serata dunia.

Tidak usah selidik jauh-jauh...rokok yang disedut saban hari itu pun dikeluarkan oleh Yahudi bahkan pakaian kanak-kanak dan dewasa berjenama terkenal pun dikeluarkan oleh mereka. 

Bayangkan berapa banyak sumbangan mereka kepada Israel?

 Tuntasnya, boikotlah produk Yahudi yang menyokong negara haram dan ideologi Israel!


Pandangan Nasharudin Mat Isa terhadap Kerjasama PAS dengan DAP Dahulu & Kini

Posted: 15 Aug 2012 09:00 PM PDT




Cerita berkaitan di sini dan di sini.



Dua Lelaki Sewa Bilik Didakwa Untuk Lakukan Seks Songsang

Posted: 15 Aug 2012 07:45 PM PDT

Dua remaja lelaki bernafsu songsang dicekup dalam keadaan bogel berpelukan atas katil di sebuah tempat penginapan, dekat Pantai Sura, petang semalam.

[SH] PANTAI SURA (DUNGUN) – Menjijikkan! Itu gambaran yang boleh diberikan buat dua remaja lelaki yang bernafsu songsang apabila sanggup menodai kesucian bulan Ramadan dengan menyewa bilik penginapan bagi melakukan hubungan sejenis.

Perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini, terbongkar hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam 2.00 petang semalam.

Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketika serbuan di lakukan, dua remaja lelaki itu difahamkan berada dalam keadaan bogel, berpelukan antara satu sama lain atas katil dalam sebuah bilik yang disewa dengan kadar RM60 semalaman itu.

Salah seorang suspek, pelajar semester enam jurusan perhotelan itu ketika ditemui, turut mengaku tidak berpuasa dan datang ke situ bersama rakan lelaki berusia 29 tahun itu untuk melakukan adegan asmara.

Hasil serbuan berkenaan, sehelai coli hitam dipercayai milik pelajar IPTA yang berasal dari Sungai Buaya itu turut dirampas polis.

Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing untuk mengesahkan pembabitan mereka dengan penyalahgunaan dadah.


P/s: Gila!

Susulan Kes Remaja Dibakar di Wangsa Maju, Suspek Kini Diburu Polis

Posted: 15 Aug 2012 06:45 PM PDT


Tulis nota dedah kejadian

[HM] KUALA LUMPUR: "Anak sempat memberitahu ibunya dan menulis nota kepada pemandu ambulans memaklumkan teman lelaki yang membakarnya sebelum tidak sedarkan diri," kata bapa gadis mangsa dibakar teman lelaki, Mat Zaki Mat Hussin, 45.

Menurutnya, mangsa, Nurul Firzanah, 16, masih dalam keadaan kritikal kini dirawat di unit kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, anak keduanya itu sudah tidak bersekolah sejak tingkatan dua seorang yang cekal apabila melarikan diri dengan hanya memakai pakaian dalam untuk meminta bantuan.

"Mujur ada seorang lelaki yang membantu anak selepas melihat dia berlari meminta bantuan.

"Pada masa sama, lelaki itu melihat terdapat dua motosikal milik teman lelaki anak dan rakannya ada di situ, manakala mereka sudah melarikan diri," katanya di sini, semalam.

Mat Zaki berkata, hari ini anak gadisnya itu akan menjalani satu pembedahan di bahagian tengkuk ekoran terbakar teruk yang mungkin akan menyebabkan anaknya itu tidak boleh bercakap.

"Saya harap anak akan sedar dan dapat menjalani kehidupan normal seperti biasa," katanya yang mahu keadilan ditegakkan dan individu yang terbabit menerima hukuman setimpal.

Harian Metro semalam, melaporkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun sempat menghubungi ibunya memaklumkan dirinya dibakar teman lelaki di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju.
 
Suspek

Teman Lelaki Diburu
 
[HM] KUALA LUMPUR: Teman lelaki Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, remaja yang dibakar di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi Isnin lalu, kini diburu polis kerana disyaki sebagai suspek utama yang bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam berkenaan.

Sejak kejadian berlaku, suspek yang berusia 18 tahun itu menghilangkan diri dan polis giat mengesannya bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, remaja lelaki dikenali sebagai Mohd Amir Mohd Anuar (gambar) itu dikehendaki bagi membantu siasatan kes cubaan membunuh.

"Remaja terbabit dipercayai suspek utama kes bakar yang mengakibatkan seorang remaja perempuan melecur 25 peratus badan dari muka hingga perut dan kini terlantar koma di hospital.

"Suspek diminta menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Selain itu polis turut meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan suspek," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, motif sebenar kejadian belum dikenal pasti kerana polis tidak dapat mengambil keterangan daripada mangsa kerana remaja terbabit masih koma dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Orang ramai yang mengenali suspek boleh menyalurkan maklumat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di talian 03-21460522 sambungan 597 atau mana-mana balai polis berhampiran dan melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.


 P/s: Pertama, lelaki yang membakar remaja perempuan yang berusia 16 tahun ini memang lahanat. Itu memang tidak dipertikaikan. Kita mengharapkan pihak polis berjaya memberkasnya secepat yang mungkin.

Kedua, orang mempertikaikan sikap penjaga remaja ini membiarkan remaja perempuan yang menurut laporan akhbar sudah tidak bersekolah keluar "bersahur" dengan teman lelaki sekitar pukul 3 pagi. Menurut laporan akhbar, keluarga angkat remaja itu tidak menghalang pasangan itu keluar bersama kerana telah lama mengetahui hubungan mereka berdua. Begitu saja! Oleh sebab mereka ada hubungan, maka anak gadis bawah umur diberi kebebasan untuk keluar bersama pada waktu orang tengah nyenyak tidur.

Harap-harap kejadian yang menimpa remaja malang ini dapat dijadikan pengajaran kepada ibu bapa yang lain. Tindakan mengawal anak-anak bukanlah kita mengongkong kebebasan mereka 100%. Tidak salah anak untuk bersosial, namun patutkah pada usia belasan tahun anak diberi kebebasan bercinta dan keluar bersama dengan teman lelaki tatkala segelintir remaja hanyut dan terjebak dalam pelbagai masalah sosial terutamanya berkaitan dengan seks bebas dan pembuangan bayi.



Kanak-kanak Disuap Nasi Bercampur Pasir oleh Ibu Tiri

Posted: 15 Aug 2012 06:07 PM PDT

LEBAM...kesan pukulan penyangkut baju oleh ibu tiri mereka.

[HM] KOTA TINGGI: Kepala disumbat dalam lubang tandas sebelum dipam, disuap nasi panas serta pasir antara deraan ibu tiri yang diterima dua beradik berumur tujuh dan 11 tahun di rumah mereka di sekitar bandar ini sejak Februari lalu.

Punggung serta tubuh dua kanak-kanak itu turut dipukul menggunakan penyangkut baju tanpa mengira masa oleh wanita berusia 30-an yang berkahwin dengan bapa mereka berumur 30-an penghujung tahun lalu.

Sepanjang dua minggu lalu, penderaan terhadap dua beradik itu dikatakan lebih teruk menyebabkan mangsa yang berumur 11 tahun sudah tiga kali melarikan diri dari rumah akibat tidak tahan diperlakukan sedemikian tetapi akibatnya, adiknya menjadi mangsa deraan lebih teruk.

Ibu mereka dikatakan melarikan diri meninggalkan kanak-kanak itu dalam jagaan suaminya yang tiada kerja dan kini bekerja sambilan di sebuah ladang kelapa sawit di sekitar daerah Kota Tinggi.

Penderaan kedua-dua beradik itu terbongkar semalam, ketika mangsa yang berumur tujuh tahun datang ke sekolah pagi semalam dalam keadaan murung.
P/s: Ada bapa pun macam tiada bapa. Malang!!!

Nasharuddin "Bermesra" dengan Najib & UMNO, APa Komen TG Nik Aziz?

Posted: 15 Aug 2012 05:38 PM PDT


Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar PAS

[Bernama] Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas timbalan presiden PAS itu dilihat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam, demikian menurut laporan Bernama.
  
"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di Kota Bharu hari ini.
  
Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.
  
Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.
  
Dalam Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.
  
Nik Abdul Aziz juga dipetik Bernama sebagai berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti. 


P/s: Selain mengikut rombongan Najib, Nasharuddin juga menghangatkan suasana dengan mengeluarkan kenyataan di TV3 bahawa "PAS perlu keluar dari PR sebab DAP tentang hudud".  Apa sudah jadi dengan Nasharuddin, walhal dia pun mengetahui bagaimana sikap UMNO terhadap hudud dan negara Islam. Mustahil dia tidak mengetahuinya kerana sikap UMNO dan pemimpinnya tidak pernah berubah terhadap hudud sejak dahulu lagi.

Jadi, mengapa Nasharuddin berkata demikian sedangkan dia maklum bahawa DAP hanya tidak bersetuju sedangkan dia sedang "bermesra" dengan parti dan pemimpin yang menghina hudud dan negara Islam?

Jawapannya boleh kita teka, namun sudah tentu dia yang lebih mengetahuinya.


Ralat:

TG Nik Aziz hari ini di FBnya membetulkan laporan portal berita dan blog tentang komennya berkaitan dengan Nasharuddin Mat Isa yang menggambarkan bahawa beliau menggesa Nasharuddin keluar parti.  

Tajuk laporan Bernama yang disiarkan oleh MK di atas yang menyebut "Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar PAS" jauh terpesong daripada kenyataan TG sendiri. Namun, MK berkemungkinan menggunakan tajuk tersebut berdasarkan perenggan akhir berita Bernama, iaitu "Nik Abdul Aziz juga dipetik Bernama sebagai berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti."

Kenyataan TG Nik Aziz:

Bismillah, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dilaporkan oleh portal-portal tertentu. Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan PAS Pusat. Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti.

Dalam hal kontroversi yang melibatkan pemimpin PAS yang dikatakan bersama-sama pemimpin UMNO di Mekah, saya tidak mahu membuat apa-apa komen. Pada saya, sikap saya sudah jelas dan semua pihak sudah memahaminya..
..- FB TG Nik Aziz


Tiada ulasan: