Rabu, 15 Ogos 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hadapkan Boneka Umno ini ke Jawatankuasa Tatatertib

Posted: 15 Aug 2012 10:42 AM PDT

Aku malas nak ulas tentang komen-komen pemimpin PAS mengenai Boneka Umno, Ustaz Nasharudin ini. Korang cari dan bacalah sendiri. Pada aku komen-komen mereka semua tu sampah!

Nik Abdul Aziz sendiri pernah menamakan Nasha ni antara tiga pemimpin yang perlu 'dibersihkan'. Yang seorang, Hasan Ali tu dah pun jadi 'Beras Hancor. Korang nak tahu siapa sorang lagi tu , kliklah di sini . Tapi rasanya mamat ni dah berubah kebelakangan ini. Harap-harap begitulah.

Isu Nasha ni bukan baru! Tok Guru Nik Aziz pernah menyatakan rasa kesalnya terhadap Nasharuddin. Malah menggesanya supaya meninggalkan PAS dan menyertai Umno jika ingin kerajaan perpaduan, Lihat di sini

Hari ini Tok guru kata, tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada PAS. Memang pun! Dah macam-macam Tok Guru bagi gelaran kat mamat nih, termasuklah gelaran 'Boneka Umno!' Sampai bila Tok Guru nak buat kenyataan sahaja?

Inilah yang amat mengahairankan aku! Yalah, yang menghairankan aku kenapa Nasharudin ini tidak dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib?

Bukankah kenyataan terbaru Nasha, ketika bersama PM Najib di Mekah, dia menggesa PAS supaya menyatakan pendirian sebenar kerana DAP menolak penubuhan negara Islam atau PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, seperti yang disiarkan oleh TV3 kepunyaan Umno itu amat jelas bertentangan dengan pendirian PAS.

Nasha sudah jelas patut dikenakan tindakan di bawah Perlembagaan Parti FASAL 82 (1) (g) - gagal mengawal diri dengan melakukan tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti

Dan semua orang tahu, Nasha selalu ponteng mesyuarat Parti. Bahawa dengan ini, Nasha juga gagal melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh parti sedaya upaya yang boleh , sebagaimana yang disebutkan bawah FASAL 82 (d)

PAS sepatutnya bertindak segera. Sudah terlalu lama nanah ni dibiarkan membarah dalam batang tubuh organisasi PAS. Bentukah segera Jawatankuasa Tatatertib dan arahkan Nasha supaya mengadap. Cakap banyak tak guna.

Suatu Hari Di Bulan Puasa

Posted: 15 Aug 2012 12:00 AM PDT

Alkisahnya, diceritakan oleh Ustaz Abdul Rahim (bukan nama sebenar) mengenai pengalamannya dengan seorang anak muda, panggil sajalah 'Adik Mat' yang mengaku kepadanya tidak berpuasa di suatu hari di bulan puasa. Lalu beliau mengajukan soalan.

"Kamu sempat bersahurkah tadi Mat ?" Tanya Ustaz Abd Rahim.

"Sempat, Ustaz , tapi Mat tersilap pasang niat," jawab anak muda tersebut.

Ustaz Abd Rahim pun berasa pelik mendengar alasan Adik Mat itu. Mana mungkin dia tersalah niat pulak bila bangun untuk bersahur di malam buta begitu, bisik hatinya.

"Tidak mungkin Adik Mat berniat " Sahaja aku nak bernikah sewaktu bersahur itu..." fikir ustaz sambil memandang penuh kehairanan kearah pemuda tadi. Budak ni baru nak bertunang...fikir Ust Abd Rahim.

Lalu dia bertanya lagi kepadanya," Bagaimana Adik Mat berniat?"

Sahaja aku berpuasa Ramadhan ini hari, kerana Allahu Ta'ala

Ustaz Abd Rahim mendengar dengan teliti dan mendapati tiada apa-apa pun salahnya. Untuk mempastikan pendengarannya itu betul, dia minta Adik Mat supaya mengulanginya sekali lagi.

"Cer Adik Mat ulang sekali lagi, ustaz nak dengor baik-baik," pintanya.

"Sahaja aku berpuasa Ramadhan ini hari, kerana Allahu Ta'ala," Adik Mat mengulangi sekali lagi dengan jelas dan tertib sebutanya makhrajnya.

" Hah! Betul lah tu, dimana silapnya? " tanya Ustaz dengan rasa kehairanan.

"Sepatutnya saya kena sebut 'hari ini' dan bukan 'ini hari' , Ustaz," Adik Mat menjelaskan tentang kesilapan tatabahasa yang digunanya itu.

Terkedu Ust Abdul Rahim bila mendengar penjelasan Adik Mat tadi. Lol! Termenung dibuatnya. Rasa nak ketawa menggeletek tak kiralah. Tapi dia terpaksa menahannya.

Korang tentulah ketawa berdekah-dekah dengar kisah tadi tu.Tetapi menurut kata Ustaz Abd Rahim, ketika itu dia terpaksa menahan diri dari rasa nak ketawa sebab hendak jaga hati dan perasaan Adik Mat tersebut...

Tentu isteri Ustaz Abd Rahim tu naik heran melihatkan ustaz tu tergolek-golek bila balik rumah ketawa ....

P/S - Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada Ust Abd Rahim dan Adik Mat , Maaf zahir dan bathin....

Tiada ulasan: