DIALOG RAKYAT |
- Pakatan Rakyat akan tentukan kerusi Lajim
- Utusan anggap Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn ancam Islam?
- [VIDEO] 50,000 Sambut Hari Belia Peringkat Negeri Selangor
- Khairy: Boleh Tutup Bangkai Tapi Tidak Boleh Hilangkan Bau
- Suruhanjaya Siasatan Diraja PATI Sabah: Janji ditepati atau janji terang bulan ?
- Had Laju Di Lebuhraya Dan Jalan Persektuan DIkurangkan 10 KM/J
- Suruhanjaya Siasatan Diraja PATI Sabah: Janji ditepati atau janji terang bulan?
- RCI Sabah: Lagi wayang piliharaya BN
- Apa Jadi Dengan Pembinaan SMK Kuala Berang?
- Gempar buaya naik rumah
- Harga barang terkawal mula hari ini
- CAWP akan saman Syabas
- Konsep Kafir Harbi-Zimmi - satu penjelasan
- Hadi: Saya tiada hasrat jadi perdana menteri
- 'Hudud terus, tapi Negara Berkebajikan dulu'
- PKR sedia 40,000 pelekat 'Turunkan Harga Kereta'
- NGO ancam tindakan agresif ke atas Janji BERSIH
- Umno kuasai 49.77 peratus saham Utusan, kata mahkamah
- Tamrin masuk Pas tiada kesan pada Umno
- Mahkamah tolak saman Umno Selangor ke atas Harakah, pemimpin Pas
- Terma jadikan RCI Sabah tidak bertaring
- Van polis bawa suspek terbakar di KB 13 Ogos 2012 KOTA BHARU - Dua suspek dan tiga anggota polis, termasuk pemandu, terselamat apabila van polis yang dinaiki mereka tiba-tiba terbakar ketika berhenti di simpang empat lampu isyarat berhadapan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, semalam. Ketika kejadian pada kira-kira 4 petang, van itu dikatakan sedang membawa kedua-dua suspek dan sebuah motosikal yang dipercayai barang kes dari Besut, Terengganu ke lokap Balai Polis Kota Bharu di sini. Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Wan Asri Wan Yusoff ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.06 petang tetapi ketika beliau dan lima anggotanya tiba di tempat kejadian, enjin van telahpun hangus. Katanya kejadian berlaku berhampiran pusat beli-belah dan tempat tumpuan umum yang agak sesak dengan kenderaan dan orang ramai yang membeli-belah sempena musim perayaan Aidilfitri. - Bernama
- Bank kena bom: Perompak panik bank meletup
Pakatan Rakyat akan tentukan kerusi Lajim Posted: 13 Aug 2012 04:08 AM PDT Bagaimanapun, PAS sedia memberikan keusi di Beaufort jika beliau menjadi calon gabungan pembangkang itu. KOTA KINABALU: PAS negeri sedia memberikan kerusinya di Parlimen Beaufort jika Datuk Seri Lajim Ukin mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke 13. Bagaimanapun, Pakatan Rakyat negeri akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan kerusi untuk bekas pemimpin Umno itu jika beliau dicalonkan bertanding atas tiket gabungan itu. "Kedudukan kerusi untuk di Sabah telah hampir selesai. Jika Lajim mahu bertanding, Sekretariat Pakatan Rakyat negeri akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu. "Tetapi PAS sedia memberikan kerusi milik kami di Beaufort kepada Lajim," kata Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Aminuddin Aling. Lajim yang keluar dai Umno minggu lalu merupaakan ahli Parlimen Beaufort. Beliau keluar dari Umno minggu lalu dan menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah. Manakala Datuk Seri Wilfred Bumburing pula menubuhkan Datuk Seri Wilfred Bumburing Barisan Angkatan Perubahan Sabah. Dalam perkembangan berkaitan, PAS negeri akan bertanding lima kerusi Parlimen dan 13 kerusi dewan negeri. Kerusi-kerusi Parlimen yang akan ditanding PAS ialah Kota Belud, Beaufort, Kalabakan, Batu Sapi dan Sepanggar. Waktu ini PAS tidak mempunyai seorang pun wakil rakyat di negeri itu. Tag: Sabah, PAS, Pakatan Rakyat, Lajim Ukin, Pilihan Raya | ||||
Utusan anggap Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn ancam Islam? Posted: 13 Aug 2012 04:03 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Sama ada ia merupakan tindakan terdesak atau eksperimen terhadap perpaduan kaum di Malaysia, polemik "Haram sokong DAP" terus dimainkan oleh lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, untuk menimbulkan kecelaruan fikiran dalam sebuah negara demokrasi berparlimen. Dari sudut pandang Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, tindakan terdesak dan berbahaya Utusan Malaysia itu mungkin akibat hasil kaji selidik badan bebas Merdeka Centre yang menunjukkan peratus kepuasan hati pengundi Melayu terhadap Barisan Nasional menurun dari 65 peratus pada bulan Mei kepada 58 peratus pada bulan Jun. Malah, katanya, peratusan sokongan terhadap Perdana Menteri Najib Razak sendiri juga menurun dari 79 peratus kepada 75 peratus dalam tempoh masa yang sama. Menjelaskan polemik yang ditimbulkan Utusan Malaysia sejak beberapa hari lalu, Kit Siang menegaskan bahawa DAP berjuang atas prinsip bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan di mana agama Islam adalah agama rasmi. "Perjuangan DAP tidak ada berbezanya daripada perjuangan dan pendirian tiga bekas Perdana Menteri Malaysia terdahulu, iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn. "Jadi adakah Utusan Malaysia diberikan tugas untuk menggambarkan DAP serta tiga Perdana Menteri yang awal sebagai ancaman kepada agama Islam?" soal beliau. Ahli Parlimen Ipoh Timor itu menggesa Najib dan pemimpin UMNO untuk meneliti dua peristiwa bersejarah yang amat penting kerana ia dapat mendidik Perdana Menteri supaya tidak tersilap langkah dalam memastikan perpaduan kaum terus harmoni. Pertama, katanya, Tunku Abdul Rahman telah menyampaikan satu mesej yang amat penting kepada pemimpin Barisan Nasional untuk tidak menjadikan negara Malaysia sebagai negara Islam sewaktu ucapannya dalam majlis hari lahirnya yang ke-80 pada 8 Februari 1983 dihadiri Najib dan Perdana Menteri ketika itu Mahathir Mohamad. Bahkan, menurut beliau, ia merupakan tajuk utama muka hadapan semua akhbar pada keesokan harinya. Akhbar The Star pada 9 Februari 1983 contohnya telah memaparkan tajuk utama: "The Tunku Turns 80 – Don't Make Malaysia An Islamic State: Tunku". Keduanya, katanya, Tun Hussein Onn turut menyatakan pandangan yang serupa terhadap ucapan Tunku kepada pemimpin Barisan Nasional empat hari selepas sambutan harijadinya yang ke-61 pada 12 Februari 1983. Kit Siang berkata, perkembangan yang berlaku baru-baru ini memperlihatkan pimpinan UMNO amat terdesak dan rimas berhubung dengan kedudukan mereka dalam pilihanraya umum yang akan datang. "Selain memburukkan DAP secara melampau dalam Uusan Malaysia, mereka menggunakan filen tajaan kerajaan "Tanda Putera" sebagai sebahagian daripada kempen untuk memberi gambaran bahawa sayalah yang telah mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969. "Ini termasuk pembohongan dan fitnah bahawa saya telah kencing di bawah tiang bendera dalam rumah Menteri Besar Selangor pada masa itu, walhal saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969. "Mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menggunakan taktik-taktik kotor yang berbaur fitnah dan hasutan dan pada masa yang sama menyatakan pada pimpinan UMNO bahawa beliau yakin untuk memenangi dua-pertiga majoriti dalam Parlimen serta merampas semua negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum yang akan datang ini? "Tidak hairanlah Dr. Mahathir telah menggambarkan kerajaan Najib sebagai kerajaan yang lemah," ujar beliau. Pendapat dalam beberapa analisis politik menunjukkan isu yang ditimbulkan Utusan Malaysia ini adalah untuk memecahkan kesepaduan Pakatan Rakyat sedangkan gabungan oposisi tersebut telah lama bersepakat untuk memperjuangkan manifesto mereka yang terkandung dalam Buku Jingga. Sehingga hari ini, tidak ada bukti DAP mengancam Islam sepertimana persepsi yang pernah ditimbulkan media dan pecacai siber upahan UMNO-BN. Malah kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah banyak melaksanakan program dan amalan Islam serta berasaskan nilai-nilai Islam seperti menaikkan peruntukan bagi hal-ehwal Islam negeri, jauh lebih tinggi daripada negeri-negeri UMNO-BN, termasuk menaikkan gaji guru-guru kafa, elaun imam, bilal dan siak serta mengiktiraf huffaz dan membantu Sekolah Agama Rakyat. – Roketkini.com | ||||
[VIDEO] 50,000 Sambut Hari Belia Peringkat Negeri Selangor Posted: 13 Aug 2012 03:58 AM PDT KELAB GREENBOC Program Sambutan Hari Belia Antarabangsa peringkat Selangor berjaya mendapat sambutan hebat dengan hampir 50,000 orang menghadiri majlis diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini bermula dari pagi hingga lewat malam semalam. Program tersebut dimulakan dengan pertandingan memasak bubur lambuk dan pertandingan catur Piala Menteri Besar serta yang lain dengan penampilan selebrtiti popular tanahair seperti Diana Amir, Yatt Hamzah, Ali XPDC, Abby Abadi, Faizal Tahir, Man Raja Lawak serta Penceramah Sejuta Umat, Ustaz Azhar Idrus. Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pihaknya berpuashati dengan sambutan diberikan kepada program itu yang mana ianya memberi gambaran ianya bertepatan dengan kehendak golongan muda di negeri Selangor. "Saya berpuashati dengan usaha semua pihak terutamanya Penggerak Belia Tempatan (BT) di seluruh Selangor bagi menjayakan program ini. Program memasak bubur lambuk juga berjaya dengan lebih daripada sasaran yang kita tetapkan iaitu dari 100 meningkat kepada 121 penyertaan. "Kehadiran malam ini (Program sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus) cukup baik dengan kemunculan beberapa artis yang tampil berubah dan ini memberi kekuatan kepada golongan belia bagi mencontohinya," katanya kepada media selepas program tersebut berakhir semalam. Program Sesi Soal Jawab Agama Bersama Ustaz Azhar Idrus turut disertai Man Raja Lawak, Faizal Tahir dan Abby Abadi mendapat sambutan yang mana ia berlangsung penuh lawak jenaka dan santai. Dr Ahmad Yunus berkata, Kerajaan Negeri sesungguhnya mahu golongan anak muda atau belia turut serta dalam pembangunan negeri ini kerana anak muda mempunyai kekuatan dan pemikiran yang bernas. Beliau berkata, menerusi program dijalankan itu menyaksikan gabungan Kerajaan Negeri dan anak muda berjaya menghasilkan satu kesan yang memberangsangkan. Ustaz Azhar Idrus pula berkata, anak muda memang meminati hiburan dan sebagainya tetapi mereka ingin terlibat sama dalam program yang membawa kebaikan kepada diri mereka. "Contohnya apa yang dibuat Kerajaan Negeri ini ada solat terawih, ada masak bubur lambuk dan yang lain, anak muda yang datang. Kalau program begini dibuat di kampung-kampung, orang tua saja yang datang. Kita boleh tengok sambutannya macam mana dengan berpuluh ribu yang hadir. Sewajarnya program ini kita teruskan. Kerajaan patut memberi keutamaan dan rakyat pula sokong," katanya. -selangorku | ||||
Khairy: Boleh Tutup Bangkai Tapi Tidak Boleh Hilangkan Bau Posted: 13 Aug 2012 03:50 AM PDT MSO Ketua Pemuda Umno yang tidak ada kuasa Khairy Jamaluddiin Abu Bakar seperti ikhlas untuk mempertahankan partinya yang kini dalam keadaan kritikal apabila bersusah payah mengulas kemasukan beberapa bekas pemimpin dan tokoh Umno ke dalam Pas dan juga mengenai tindakan berani dan drastik beberapa tokoh politik di Sabah yang nekad tinggalkan BN. Apakah kesungguhan Khairy itu untuk menggoda hati Najib agar menjadikannya penting menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti? Sebelum ini menantu bekas PM ini sudah 'bersumpah' tidak akan mempertahankan kerusi Rembau dalam pilihan raya akan datang. Mungkin kerana beliau sudah dapat merasai betapa hina dan sunyi apabila tidak menjadi wakil rakyat kelak, menyebabkan beliau perlahan-lahan meralat kenyataan beliau itu yang sebenarnya boleh 'mengekah' dirinya.
Makanya beliau kena bersusah payah dan mencari point apa saja untuk dilihat Najib beliau penting agar diambil bertanding dalam pilihan raya akan datang. Ertinya keaktifan Khairy sejak akhir-akhir ini ada agenda memasarkan diri. Khairy memnperkecilkan kemasukan anak negarawan dan tokoh Umno Ghafar Baba, Tamrin Ghafar ke dalam Pas. Khairy memperlecehkan Tamrin dengan mengatakan Tamrin sudah lama tidak diperlukan parti dan aktif dalam Umno. Sehubung itu katanya pembangkang, (PR) sengaja membesar-besarkan isu Tamrin dan orang-orang Umno lain menyertai pembangkang sebagai hebat sekali gus memberi gambaran Umno semakin disihkan rakyat.Tidak mengapa, saya kira Tamrin tidak akan berkecil hati dengan kenyataan dan ulasan Khairy itu. Rakyat dan orang ramai akan merasai sejauh mana penting atau tidak orang-orang seperti Tamrin. Seperkara yang Khairy dan orang ramai perlu menyedari kenapa Tamrin menyertai Pas dan kenapa beliau menceraikan Umno. Tindakan ini yang penting dan perlu dikaji bukannya soal siapa Tamrin itu. Bukankah penghijrahan beberapa tokoh penting Umno dan juga kemasukan bekas pegawai tinggi kerajaan termasuk pegawai polis, tentera dan sokongan artis ke dalam Pas itu disebabkan Pas dapat memberi sesuatu harapan baru kepada mereka? Saya rasa mereka sertai Pas bukan hendak jadi calon seperti tanggapan Khairy kepada Tamrin. Mereka bersama Pas kerana seronok dan bahagia dengan Pas setelah merasakan Umno sudah atau bukan merupakan sebuah parti politik yang dapat menjamin masa depan bangsa dan negara. Mereka menyertai Pas adalah untuk membantu rakyat. Mereka menyertai Pas menjadi denak kepada rakyat di bawah sana. Pengaruh dan populariti mereka sudah tentu dapat menjinakkan rakyat. Justeru penghijrahan atau tindakan mereka tetap memberi kesan menjadamkan Umno. Tuduhan Khairy pembangkang sengaja membesarkan penyertaan mereka (Tamrin) sebagai tektik dan strategi pembangkang tidak tepat. Sebagai sebuah parti lawan sudah tentu Pas atau PKR dan DAP merasa bangga dengan tindakan bekas pemimpin Umno menyertai mereka. Mereka alu-alukan penyertaan itu. Dalam politik atau apa saja perjuangan, apabila musuh bersama kita ia menandakan nilai kita lebih baik dari musuh. Apa lagi dalam politik memerlukan kejutan, (kontroversial) isu penyertaan Tamrin dan yang lain-lain itu memberi kesan besar kepada rakyat. Begitu juga tanggapan Khairy tindakan beberapa pemimpin Sabah keluar meninggalkan Umno dan BN adalah merupakan orang yang sudah tidak disukai oleh rakyat satu psywar murahan Khairy. Iya adalah gorengan ringan oleh Khairy yang tidak akan diterima sesiapa pun, apa lagi yang melihat realitinya apa yang berlaku di Sabah muasir ini. Cara beliau mengubah persepsi itu juga sekali lagi memakan diri ketua pemuda Umno yang tidak berkuasa itu. Tidak perlu seenak itu Khairy memperlekehkan Wilfred Bamburing, Lajim Ukin atau Maijol Mahap atau Tamrin dengan beranggapan mereka adalah tokoh yang sudah tidak laku dan ditolak rakyat sekampung. Satu kesilapan besar kalau Khairy cuba menutup apa yang berlaku dan memberi gambaran negatif tentang penyertaan mereka ke dalam Pakatan Rakyat. Mungkin Khairy atau sesiapa dalam Umno boleh menutup bangkai, tetapi tidak boleh menyekat bau busuknya. Khairy boleh membohongi orang Umno Seremban dan Kepala Batas dengan apa yang beliau tuduh itu. Tetapi orang Sabah dan rakyat lain yang sudah lama membuang media penjilat buntut dapat, menyaksikan dan membuat perhitungan sendiri betapa besarnya kesan politik daripada tindakan tiga orang tokoh politik Sabah itu. Mereka jangan diperkecilkan kerana mereka adalah pemuka-pemuka di Sabah yang dilihat kecil dari Semenanjung. Misalnya Lajim adalah hero yang pernah mencipta sejarah buat Umno di Sabah. Kalau Lajim tidak bertindak meninggalkan PBS belum pasti Umno dapat menubuh kerajaan di Sabah. Sebagai budak baru Khairy tidak tahu sejarah dan kehebatan Lajim ini. Dia tidak wajar memperkecilkan Tamrin tetapi harus belajar darinya. Hairan 'lagu mana' Khairy boleh mengatakan mereka sudah ditolak oleh penduduk setempat. Tahukan Khairy berapa ramai yang hadir di majlis pengistyharan dibuat Lajim Ukin di rumahnya di Beufort dua minggu lalu. Lebih 20,000 rakyat berhimpun dan berdiri bersama Lajim Ukin. Begitu juga dengan majlis pengistyharan Wilferd Bamburing dia Tuaran. Dan majalis di rumah Maijol Mahap di Kota Merudu petang semalam juga tidak kurang hebat. Anwar Ibrahim sendiri memperakui beliau tidak pernah menerima sambutan sehebat kini oleh rakyat Sabah. Katanya semasa beliau berada dalam kabinet dulu tidak pernah beliau mendapat sambutan hangat sebegitu rupa.
Kehadiran Najib ke Sabah itu nampak tergesa-gesa dan seolah-olah mahu memintas Anwar yang sudah menjadualkan lawatan ke Sabah lebih awal sebelum ini. Kalau bukan kerana Najib sudah kecut perut dengan suasana di Sabah masakan Najib perlu berlumba (berbadi) dengan Anwar. Keadaan dan situasi ini perlu disedari oleh Khairy sebelum membuat ulasan dan merendah-rendahkan orang Sabah. Dalam hal ini bagi saya Khairy tidak perlu cuba memesong relati yang ada kalau beliau masih ada sisa-sisa sayangkan Umno. Sebaliknya beliau harus mengulas atas realiti sesuai dengan sikapnya sebelum ini. Khairy boleh pergi dan 'bertumas' di Sabah melihat sendiri keadaanya. Rasanya dengan pergi sendiri dan mengerakkan pemudanya di sana lebih elok daripada Khairy mengulas dari atas jendela di rumah mertuanya mengenai Sabah dan beretorik dengan strategi politik kebudak-budakan. Dengan memperlekehkan tindakan beberapa tokoh Umno Sabah dan Tamrin itu ia tidak menambah kekuatan dan nilai kepada Umno. Sebaliknya cara Khairy itu orang akan melihatnya tidakan tersebut tak ubah seperti musang yang tidak dapat anggur manis, kemudian akan mengatakan anggur masam. Cara Khairy itu juga seperti orang yang dilanda banjir tetapi degil dan enggan berpidah di mana akhirnya orang itu akan hanyut dan tenggelam dalam arus banjir. Kesimpulannya cara Khairy mempertahankan Umno dengan menafikan realiti semasa seolah-olah Khairy sendiri mahu meneggelamkan kapal sopek Umno yang kini dinaikinya. Apapun ulasan Khairy itu sesuailah dengan kapasitinya sebagai seorang ketua pemuda Umno yang tidak berkuasa. | ||||
Suruhanjaya Siasatan Diraja PATI Sabah: Janji ditepati atau janji terang bulan ? Posted: 13 Aug 2012 03:47 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Terlalu banyak keraguan tentang pengumuman terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah. Ini menimbulkan persoalan sama ada kerajaan Barisan Nasional benar-benar serius untuk menangani masalah itu atau sekadar menabur janji kosong yang telah menjadi budaya politik parti pemerintah, semata-mata untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, pengumuman tentang RCI tersebut serta terma rujukannya adalah sudah terlalu lewat dan mempunyai kuasa yang amat terhad untuk mengatasi masalah. Menurutnya, pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Najib Razak tentang terma rujukan RCI tidak menyatakan dengan jelas apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh RCI tersebut. Katanya, isu kad pengenalan yang dikatakan diberi kepada PATI untuk membolehkan mereka menjadi pengundi bukan hanya masalah besar di Sabah tetapi masalah kepada Malaysia. Justeru, beliau mempersoalkan tindakan kerajaan BN mengapa tidak ada siasatan di peringkat nasional tentang masalah itu yang bakal mengancam keselamatan negara. Kit Siang juga bertanya sama ada RCI tersebut sanggup menyiasat mereka yang bertanggungjawab mengeluarkan kad pengenalan tersebut, sama ada yang sahih tetapi diperolehi dengan cara yang salah atau dokumen-dokumen palsu. Beliau turut mempersoalkan kerajaan BN yang telah menolak usul beliau di Parlimen pada tahun 2008 yang mencadangkan penubuhan RCI tersebut. Selain itu, Kit Siang turut bertanya sama ada RCI tersebut berkuasa untuk menyiasat apa yang dikatakan sebagai "Projek M" atau "Projek IC" serta memanggil bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai saksi terhadap masalah PATI yang melanda Sabah. Projek M merujuk kepada situasi di mana ratusan ribu kad pengenalan Malaysia dikatakan telah diberikan kepada PATI untuk membolehkan mereka menjadi warganegara tanpa perlu melalui proses perundangan, dan tujuannya adalah untuk menjadikan PATI sebagai pengundi untuk BN. Keadaan itu dikatakan berterusan berlaku sejak 20 tahun lalu. Sementara itu, Dr Mahathir telah dilaporkan oleh media bahawa RCI yang diumumkan oleh Najib adalah tidak perlu. Katanya, PATI berhak meminta menjadi warganegara Malaysia dan beliau tidak mahu sebarang usaha dilakukan untuk menyiasat mereka. "Mereka berhak minta kerakyatan. Saya harap kita tak ada usaha untuk keluarkan mereka. RCI sebenarnya tidak perlu. Kerajaan akan bermasalah jika mengetahui sebarang keputusan suruhanjaya itu," katanya, sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini. – Roketkini.com | ||||
Had Laju Di Lebuhraya Dan Jalan Persektuan DIkurangkan 10 KM/J Posted: 13 Aug 2012 03:45 AM PDT Kadar Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara akan dikurangkan sebanyak 10km sejam (km/j) dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya ketika perjalanan 'balik kampung' untuk menyambut Aidilfitri. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata pengurangan kadar had laju itu akan dikuatkuasakan selama dua minggu bermula 12 Ogos sehingga 26 Ogos.Katanya sehubungan itu had laju bagi jalan persekutuan diturunkan kepada 80km/j daripada 90km/j dan jalan negeri ialah 70km/j daripada 80km/j.
"Justeru kerajaan berharap bahawa tindakan dan intervensi ini akan membawa impak positif dalam usaha mengurangkan kemalangan, kadar kecederaan parah serta kematian akibat kemalangan jalan raya," Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih di dalam peringkat percubaan dan dijangka beroperasi sepenuhnya selewatnya hujung tahun ini.Pada masa ini, sistem tersebut telah dibangunkan di 10 lokasi 'panas' di seluruh negara dan sedang diuji keberkesanannya sebelum ianya dilaksanakan secara berperingkat . Sebagai langkah peringatan kepada pemandu, papan tanda pemberitahuan 'Zon Operasi Kamera' yang mencukupi akan dipasang dalam lingkungan dua kilometer daripada lokasi kamera.Sistem itu yang akan dilaksanakan di 825 kawasan berisiko kemalangan dan kawasan lampu isyarat pada mulanya dijangka dilaksana sepenuhnya di seluruh negara bermula 12 Ogos ini. Memang eloklah sekiranya diturunkan kadar had laju tersebut.Kadar kemalangan bila menjelang Sambutan Hari Raya sememangnya merisaukan.Jadi, langkah menurunkan kadar had laju ini nampak sebagai satu alternatif buat masa ini.Di samping dengan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kelak, ini juga merupakan satu alternatif yang baik bagi mengekang pesalah jalan raya yang tegar serta tidak menghormati undang-undang. Tak semestinya rakyat gemar atau suka dengan cadangan tersebut, namun alternatifnya, tidak semua yang sukakan perubahan yang mendadak.Lebih-lebih lagi ianya memberikan kesan negatif kepada mereka yang sememangnya suka melanggar kesalahan jalan raya.Kalau tidak mahu kena saman dan sebagainya, pandulah dengan selamat dan berhati-hati.Mudah bukan? Apa pendapat anda mengenai isu ini? | ||||
Suruhanjaya Siasatan Diraja PATI Sabah: Janji ditepati atau janji terang bulan? Posted: 13 Aug 2012 03:42 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Terlalu banyak keraguan tentang pengumuman terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah. Ini menimbulkan persoalan sama ada kerajaan Barisan Nasional benar-benar serius untuk menangani masalah itu atau sekadar menabur janji kosong yang telah menjadi budaya politik parti pemerintah, semata-mata untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, pengumuman tentang RCI tersebut serta terma rujukannya adalah sudah terlalu lewat dan mempunyai kuasa yang amat terhad untuk mengatasi masalah. Menurutnya, pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Najib Razak tentang terma rujukan RCI tidak menyatakan dengan jelas apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh RCI tersebut. Katanya, isu kad pengenalan yang dikatakan diberi kepada PATI untuk membolehkan mereka menjadi pengundi bukan hanya masalah besar di Sabah tetapi masalah kepada Malaysia. Justeru, beliau mempersoalkan tindakan kerajaan BN mengapa tidak ada siasatan di peringkat nasional tentang masalah itu yang bakal mengancam keselamatan negara. Kit Siang juga bertanya sama ada RCI tersebut sanggup menyiasat mereka yang bertanggungjawab mengeluarkan kad pengenalan tersebut, sama ada yang sahih tetapi diperolehi dengan cara yang salah atau dokumen-dokumen palsu. Beliau turut mempersoalkan kerajaan BN yang telah menolak usul beliau di Parlimen pada tahun 2008 yang mencadangkan penubuhan RCI tersebut. Selain itu, Kit Siang turut bertanya sama ada RCI tersebut berkuasa untuk menyiasat apa yang dikatakan sebagai "Projek M" atau "Projek IC" serta memanggil bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai saksi terhadap masalah PATI yang melanda Sabah. Projek M merujuk kepada situasi di mana ratusan ribu kad pengenalan Malaysia dikatakan telah diberikan kepada PATI untuk membolehkan mereka menjadi warganegara tanpa perlu melalui proses perundangan, dan tujuannya adalah untuk menjadikan PATI sebagai pengundi untuk BN. Keadaan itu dikatakan berterusan berlaku sejak 20 tahun lalu. Sementara itu, Dr Mahathir telah dilaporkan oleh media bahawa RCI yang diumumkan oleh Najib adalah tidak perlu. Katanya, PATI berhak meminta menjadi warganegara Malaysia dan beliau tidak mahu sebarang usaha dilakukan untuk menyiasat mereka. "Mereka berhak minta kerakyatan. Saya harap kita tak ada usaha untuk keluarkan mereka. RCI sebenarnya tidak perlu. Kerajaan akan bermasalah jika mengetahui sebarang keputusan suruhanjaya itu," katanya, sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini. – Roketkini.com | ||||
RCI Sabah: Lagi wayang piliharaya BN Posted: 13 Aug 2012 03:40 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak akan mampu untuk mengatasi masalah pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah jika ia tidak dibenarkan mengenal pasti siapa yang terlibat dan mengapa mereka memberi kerakyatan Malaysia kepada orang asing secara haram, dan ia tiada kuasa untuk mencadangkan hukuman kepada pesalah-pesalah. Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, ia merupakan wayang pilihan raya umum untuk mengalih perhatian daripada keyakinan yang kian merosot terhadap Barisan Nasional Sabah, ekoran rasa puas hati rakyat serta pemimpin Sabah yang ditipu oleh BN selama 25 tahun. Katanya, adalah jelas bahawa pengumuman RCI itu adalah tindak balas kepada tindakan beberapa pemimpin BN di Sabah untuk meninggalkan parti. Beberapa minggu yang lepas, pemimpin-pemimpin kanan Barisan Nasional Sabah yang kehilangan keyakinan atas kegagalan BN untuk menyelesaikan masalah pendatang asing negeri itu meninggalkan BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Setajat ini, mereka adalah Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dan yang terbaru Senator Datuk Maijol Mahap. Kata Lim Guan Eng, jika Perdana Menteri Najib Razak betul-betul ikhlas untuk membebaskan Sabah daripada kebanjiran pendatang asing, RCI itu sepatutnya sudah lama ditubuhkan. "Tanggungjawab utama untuk menyiasat sama ada pendatang asing di negeri itu telah diberi kad pengenalan atau kerakyatan secara tidak sah dan sama ada mereka telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih. "Kegagalan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab seperti RCI Sabah kepada pendatang asing ini seperti tidak bertaring dan hanya lagi satu helah untuk menipu rakyat Sabah,"katanya dalam satu kenyataan. Tambah Guan Eng, masa penubuhan RCI Sabah itu juga jelas membuktikan bahawa ia sekadar wayang untuk pilihan raya apabila secara tergesa-gesa ditubuhkan di ambang pilihan raya dan sehingga kini menjadi persoalan tentang penubuhannya. Beliau menjelaskan mengikut unjuran, jumlah warga asing di Sabah adalah sekurang-kurangnya 27 peratus daripada populasi 3.12 juta, atau peningkatan 390% daripada 651,304 pada tahun 1970, iaitu satu peningkatan yang mendadak berbanding peningkatan 200% di Semenanjung Malaysia. "Ia sudah menjadi masalah yang kritikal kerana bukan sahaja rakyat tempatan dicairkan, malah hak politik mereka pun sudah direbut," ujarnya. "Rakyat Sabah tidak akan memaafkan BN atas tindakan kejam dan khianat ini, khususnya apabila ia semakin jelas bahawa RCI yang dinanti-nantikan ini hanyalah satu wayang pilihan raya semata-mata" tambahnya – roketkini.com | ||||
Apa Jadi Dengan Pembinaan SMK Kuala Berang? Posted: 13 Aug 2012 03:37 AM PDT Wartawan Buletin HULU TERENGGANU – Rakyat Kuala Berang khususnya dan daerah Hulu Terengganu amnya tertanya-tanya, apakah yang telah menyebabkan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Berang di sini, terbengkalai. Menurut Setiausaha PAS Kawasan Hulu Terengganu Haji Muhyiddin Rashid, beliau dimaklumkan kontraktor pembinaan sekolah tersebut telah 'cabut lari' kira-kira tiga bulan yang lalu. "Saya dimaklumkan, kontraktor dan punggah semua barang dan tinggalkan tapak pembinaan tiga bulan yang lalu, kita (PAS) harap ada penjelasan dari pihak berkenaan, "mengapa pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Berang di atas Lot PT 7274, Hulu Terengganu, Terengganu,"ujarnya. Haji Muyiddin yang juga Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas program meraikan anak yatim 'Masih Ada Yang Sayang' di sini pada Sabtu 11 Ogos. | ||||
Posted: 13 Aug 2012 03:34 AM PDT KL TODAY Sebuah keluarga nelayan di Kampung Telaga Air di sini gempar selepas kediaman yang mereka diami sejak 10 tahun lalu nyaris dimasuki seekor buaya malam semalam. Dalam kejadian ketika air pasang pada pukul 11 malam itu, lapan sekeluarga tersebut panik apabila reptilia ganas yang pada mulanya berlegar-legar di bawah rumah terbabit tiba-tiba muncul di hadapan tangga. Mohd. Saiful Sulaihi, 35, memberitahu, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen bersama anak-anaknya sebelum terkejut mendengar bunyi kocakan air yang kuat di bahagian bawah rumah. | ||||
Harga barang terkawal mula hari ini Posted: 13 Aug 2012 03:33 AM PDT Harga barangan terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri akan berkuat kuasa selama dua minggu bermula Isnin.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga maksimum telah ditetapkan untuk 20 jenis barangan seperti ayam, telur dan tomato. Beliau berkata, peniaga dikehendaki menandakan barangan terkawal itu dengan menggunakan tanda harga berwarna merah jambu. "Peniaga yang didapati tidak mempamerkan tanda harga berwarna jambu untuk 20 barangan tersebut atau menjual melebihi harga maksimum akan dikenakan tindakan undang-undang," katanya. Ismail Sabri berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan kepada 517 ibu tunggal, warga tua dan orang kelainan upaya mewakili Yayasan 1Malaysia Development Berhad di pejabat Umno cawangan Cheras di sini. Beliau berkata, pegawai kementerian akan menjalankan pemeriksaan rutin di seluruh negara dan menggesa persatuan pengguna untuk menempatkan anggotanya bagi memantau peniaga dan memastikan mereka mematuhi harga maksimum ditetapkan. | ||||
Posted: 13 Aug 2012 03:31 AM PDT Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP) tetap akan meneruskan tindakan saman terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad (Syabas) yang sehingga kini masih belum memberikan jawapan berhubung 7 persoalan yang dikemukakan sebelum ini. Pengerusinya, Charles Santiago berkata, tindakan saman ini tetap diteruskan meskipun Kerajaan Persekutuan bersetuju memberikan laluan kepada Kerajaan Negeri untuk melakukan penstrukturan semula air kerana sebelum ini Syabas mendakwa 'berlakunya krisis air' di Selangor. "Sepatutnya Rabu ini (15 Ogos) kami akan mengemukakan tuntutan saman. Tapi pihak peguam memaklumkan beliau masih lagi dalam proses menyediakan dokumen. Kita akan failkan selepas Aidilfitri," katanya ketika dihubungi TV Selangor. Sebelum ini, CAWP bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menghantar memorandum kepada Syabas bagi menjawab tujuh persoalan berhubung krisis air yang didakwa berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ketujuh-tujuh isu itu ialah pengaliran air mentah dari empangan dan stesen pengepaman ke dalam loji rawatan, bacaan meter aliran keluar air yang telah dirawat ke loji rawatan masing-masing bagi tempoh yang sama dan bacaan meter aliran keluar air yang telah dirawat ke sistem pengagihan kepada pengguna melalui Syabas. Persoalan lain yang dikemukan dalam memorandum berkenaan adalah buku log dan meter tentukur yang disahkan, bil-bil elektrik dari 1 Januari hingga 15 Julai tahun ini, penggunaan kimia bagi tempoh yang sama dan bil pembayaran Puncak Niaga Sdn Bhd kepada Syabas untuk air yang dijual bagi tempoh yang sama. | ||||
Konsep Kafir Harbi-Zimmi - satu penjelasan Posted: 13 Aug 2012 03:26 AM PDT MALAYSIA KINI ULASAN Sesungguhnya, di bulan Ramadan yang penuh dengan kerahmatan Ilahi ini, kita dikejutkan dengan pandangan seorang Tok Guru yang mendakwa bahawa umat Islam di Malaysia haram menyokong DAP kerana DAP menentang hudud dan tidak mahu mendaulatkan Islam. Tuan Guru Haji Abdullah Sa'mah, seorang guru pondok dari Geting, Tumpat, Kelantan, berhujah bahawa umat Islam di negara ini tidak boleh menyokong PAS dan PKR justeru kedua-dua parti tersebut bersekongkol dengan DAP. PKR berpendirian bahawa konsep kafir harbi (boleh diperangi dan dibunuh) serta kafir zimmi (patuh kepada pemerintahan Islam) perlu diperjelaskan kepada umum secara lebih tepat. Ini bagi memastikan supaya konsep ini difahami mengikut perkembangan semasa bersesuaian dengan perkembangan dunia pemikiran Islam yang bersifat global. Sebenarnya, begitu ramai figur ulama dan cendekiawam Islam yang telah memberikan pandangan mereka yang lebih bersifat kontemporari berasaskan pemahaman yang nyata mengenai perbezaan di antara syari'ah dan fiqh serta menganalisis fiqh berasaskan realiti semasa (fiqh al-waqi'), Sheikh Rashid Ghanoushi (Ketua Parti al-Nahdah, Tunisia), yang kini menjadi penasihat kepada kerajaan baru Tunisia, dalam beberapa tulisan ilmiahnya menyatakan bahawa idea kafir harbi dan kafir zimmi serta kewujudan negara yang boleh diperangi (dar al-harb) memang relevan pada zaman keagungan empayar Islam di masa yang silam. Namun, pada hari ini, ketika umat Islam tergabung dalam sebuah entiti dunia yang terbahagi di antara warga Muslim dan bukan Muslim yang berimbangan serta semakin bersifat global, maka kedudukan kafir harbi dan kafir zimmi sudah tidak praktikal lagi. Justeru, beliau menganjurkan konsep al-muwatinun (kewarganegaraan) diguna pakai sebagai alternatif yang praktis. Fahmi Huwaidi, seorang pemikir Islam dari Mesir, secara khusus, menyetujui pandangan Sheikh al-Ghanoushi. Beliau telahpun menghasilkan sebuah karya yang berjudul "Muwatinun La Zimmiyyun" (Kewarganegaraan Bukan Zimmi). Karya beliau yang bersifat ijtihadi dalam konteks pemikiran politik Islam semasa ini, amat bermanfaat untuk di telaah secara kritis guna meleraikan polemik yang sedang digembar-gemburkan ini. Shaikh Taha Jabir al-'Ilwani (Iraq), Munir Shafiq (Jordan), Shaikh Faisal Mawlawi (Lubnan), Shaikh Jaafar Idris (Sudan) turut membahaskan tajuk ini dengan memberikan pandangan yang serupa. Umumnya, mereka bersetuju bahawa konsep-konsep berkaitan - kafir zimmi, kafir harbi dan kafir musta'min – memang dicipta oleh para 'ulama fiqh silam dalam membahaskan isu-isu fiqh siasah syariah. Walaubagaimanapun, bagi mereka ia wajar dikaji semula kesesuaiannya dalam konteks sistem politik dunia pada masa ini yang sentiasa dinamik dan berkembang. Lebih menarik lagi, disarankan agar semua pihak mengkaji perkembangan terkini yang sedang berlaku di bawah kerajaan baru Mesir yang dipimpin oleh Dr Muhammad Mursi (seorang tokoh Ikhwan al-Muslimun). Beliau dan rakan-rakannya sedang berusaha untuk merealisasikan konsep kewarganegaraan Mesir yang sama rata (al-muwatinun al-misriyyun al-musawuun). Di bawah kerangka ini, konsep kafir harbi dan kafir zimmi dalam mengklasifikasikan rakyat telah tidak menjadi relevan lagi. Hasilnya, semua warganegara Mesir (Muslim, Kristian Koptik dan penganut agama minoriti lain), berhak mendapat perlindungan yang sama rata di bawah Perlembagaan Mesir. Adalah jelas, cara Umno menggarap persoalan ini dengan menggunakan pandangan Tuan Guru Haji Abdullah Sa'mah di atas adalah ketinggalan zaman dan tidak menepati perkembangan politik dunia Islam semasa. Kita berpandangan bahawa melalui laporan Utusan Malaysia tersebut, Umno kini telah memulakan kempen pelampau agama demi mengekalkan kedudukan mereka. Sesungguhnya, sekiranya pendekatan ini diteruskan negara yang dicintai ini akan berada di ambang krisis yang besar. Adalah amat mengaibkan, selepas diamanahkan mengurus Negara selama 54 tahun, demi mengekalkan kuasa, Umno terpaksa menggunakan pendekatan lapok ini, dengan menjadikan orang Melayu berada dalam keliru dan bingung. Sikap ini juga akan menjadikan masyarakat bukan Islam menjadi tersepit dan cemas. Akibatnya, perhubungan diantara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama ini akan menjadi tegang. Apakah agenda tersembunyi Umno dengan sengaja menimbulkan polemik ini? PKR berpandangan bahawa dengan sikap yang diperagakan ini, nyatalah Umno telah begitu terdesak dan bengkrap dalam menarik sokongan rakyat Malaysia seluruhnya, sehingga terpaksa memperalatkan pandangan seperti ini sebagai alat propaganda politik murahan. Jelas dan nyata, Umno tidak layak lagi diamanahkan mengurus negara selepas PRU ke-13 nanti, kerana telah kehilangan arah, hilang kawalan diri dan tandus formula mengemudi rakyat kearah kegemilangan masa depan. Wallahu'alam. DR MUHAMMAD NUR MANUTY adalah ketua penerangan PKR. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini. | ||||
Hadi: Saya tiada hasrat jadi perdana menteri Posted: 13 Aug 2012 03:21 AM PDT MALAYSIA KINI Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa beliau tiada hasrat menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.Walaupun layak untuk jawatan itu, terdapat perkara lain yang mesti diberikan perhatian, jelasnya dalam wawancara bersama Oriental Daily News. Hadi dilapor berkata, calon untuk menjadi perdana menteri mestilah memenuhi dua kriteria, iaitu seorang Islam dan mendapat sokongan majoriti rakyat. Atas dasar itu, tambahnya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim antara yang layak mengisi jawatan itu. "Kita terima Anwar sebagai calon PM, tetapi kita juga menerima pemimpin lain yang mendapat sokongan majoriti (rakyat Malaysia)," beliau dipetik sebagai berkata. Berhubung isu perdana menteri mesti mendapat sokongan majoriti orang Islam, Hadi berkata, realiti politik menunjukkan Melayu-Islam menjadi tulang belakang kepada populasi pengundi. | ||||
Posted: 13 Aug 2012 03:19 AM PDT Tiada polis cedera ketika perhimpunan Bersih, inkuiri Suhakam diberitahu KUALA LUMPUR— Tiada polis cedera dalam perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) pada 28 April di tengah ibu kota, berbeza dengan laporan kecederaan teruk pegawai polis yang didakwa menjadi punca polis menyerang balas, inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) diberitahu. Inspektor Norazmee Mohamed dari balai polis Dang Wangi berkata, dia tidak menyedari mana-mana anggota polis yang tercedera dalam perkelahian menuju ke Dataran Merdeka dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih. "Saya tidak diberitahu tentang kecederaan yang dialami oleh pegawai saya," katanya di hadapan tiga orang panel Suhakam, diketuai oleh naib pengerusinya Datuk Dr Khaw Lake Tee (gambar). "Jika ada yang tercedera, adalah menjadi prosedur operasi standard (SOP) untuk para pegawai memberitahu saya, tetapi saya tidak mendapat sebarang maklumat," katanya lagi. Norazmee adalah orang kedua yang dipanggil hari ini, selepas seorang pegawai polis, ASP Ahamad Jais Ujang. Norazmee berkata beliau telah dimaklumkan pada awal hari 28 April oleh Ahamad yang merupakan ketuanya, dan memberitahu supaya membentuk perisai manusia di sekeliling Dataran Merdeka. Ahamad, yang ditugaskan untuk menjaga para penunjuk perasaan supaya tidak memasuki Dataran Merdeka, berkata bahawa dua anggotanya telah cedera dalam satu pertembungan dengan para penunjuk perasaan. "OCPD ada memberi taklimat kepada saya bahawa pegawai PEMANDU dan seorang polis trafik cedera semasa polis melakukan tangkapan pada hari tersebut," kata Ahamad. Dia juga tidak mendedahkan identiti tentang pegawai PEMANDU itu, tetapi dia dikatakan wakil dari jabatan perdana menteri unit pencapaian dan perkhidmatan. Ahamad, yang merupakan ketua unit agama dan kaunseling polis, berkata dia cuma diberitahu insiden itu selepas ketuanya memberitahunya di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak. Ahamad juga memberitahu inkuiri bahawa dia memberi arahan agar anggotanya tidak melakukan keganasan atau bertindak mengikut emosi ke atas penunjuk perasaan, walaupun diprovokasi. "Arahan saya jelas. Saya memberitahu 1,000 pegawai saya supaya jangan bertindak ganas. "Saya juga memberitahu mereka supaya jika boleh, tidak perlu lakukan tangkapan," katanya lagi. Walaupun memberi arahan, Ahamad berkata beberapa anggotanya menangkap penunjuk perasaan selepas mereka merempuh halangan yang dikelilingi dengan kawad besi di Dataran Merdeka. Dia memberitahu kejadian itu berlaku pada 3 petang. "Saya nampak pegawai saya menahan orang yang berbaju kuning. Saya bertanya kepadanya siapa yang memberi arahan namun pegawai saya tidak berkata apa-apa," katanya lagi. "Tangkapan itu berlaku kerana pegawai saya merasakan keadaan tidak dapat dikawal dan mereka harus lakukan tangkapan," katanya lagi. Dia berkata, kemudian dia ke Pulapol untuk bertemu dengan orang-orang yang ditahan untuk tindakan seterusnya. Ahamad berkata dia melihat banyak tahanan yang cedera. "Pegawai saya tidak seharusnya melakukan keganasan terhadap penunjuk perasaan. Saya telah arahkan anggota saya untuk mengawal mereka," katanya lagi. Ahamad tidak menghantar laporan atau video semasa operasinya pada hari itu kerana dia tidak pasti apakah itu diperlukan. "Saya lihat pegawai-pegawai yang dibawah saya sangat baik. Saya tak rasa ada apa-apa salah pada hari itu, kecuali insiden di mana pegawai saya mencederakan beberapa orang tahanan. "Tugas saya bukan menangkap orang, sebab itu saya tidak menghantar laporan kepada OCPD," katanya lagi. Inkuiri berterusan pada 15 Ogos ini. | ||||
'Hudud terus, tapi Negara Berkebajikan dulu' Posted: 13 Aug 2012 03:17 AM PDT MALAYSIA KINI Hudud masih menjadi sebahagian daripada perjuangan PAS tetapi konsep 'Negara Berkebajikan' akan menjadi fokus dalam pilihan raya umum akan datang, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Hadi berkata, hudud sentiasa menjadi sebahagian daripada ideologi PAS, lapor Oriental Daily News hari ini. Menyentuh rintangan kuat terhadap hukum itu, pertikaian itu akan disentuh melalui dialog dan beliau berharap parti sekular yang didominasi masyarakat Cina akan menerimanya. "PAS dan DAP masih mempunyai perbezaan pandangan yang besar berhubung isu hudud, tetapi kedua-dua pihak akan sering terlibat dalam dialog. "Perbezaan ini tidak akan menjejaskan hubungan kami," katanya sambil menjelaskan kedua-dua pihak salin menghormati antara satu sama lain. Bawah semangat perlembagaan, kata anggota parlimen Marang itu, PAS bercita-cita melaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu (semasa pemerintahannya) memandangkan hukum itu tertakluk bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Usaha itu bagaimanapun dihalang oleh kerajaan persekutuan pimpinan BN. | ||||
PKR sedia 40,000 pelekat 'Turunkan Harga Kereta' Posted: 13 Aug 2012 03:12 AM PDT PKR meneruskan kempen menurunkan harga kereta dengan mengedar pelekat kenderaan kepada pengguna jalan raya yang pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata sebanyak 40,000 pelekat itu telah siap dicetak dan bakal diedar pada pengguna jalan raya dalam kempen itu. Katanya, pelekat dengan slogan "Turunkan Harga Kereta" itu akan diedarkan oleh pemimpin PKR Selangor dan Wilayah Persekutuan di tiga pintu keluar utama di ibu negara - plaza tol Sungai Besi, Gombak dan Jalan Duta. "Kita berharap apabila kita mengagih-agihkan kepada orang yang pulang ke kampung. Mungkin cuti hari raya ini, kempen turun harga kereta ini tersebar ke seluruh negara," katanya kepada Malaysiaini hari ini. Katanya, beliau sendiri akan melancarkan kempen tersebut bersama ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Sin pada Rabu ini di ibu pejabat PKR. Pada majlis pelancaran itu, mereka akan meletakkan pelekat tersebut pada sebuah "kereta maskot" model Proton Tiara berusia 15 tahun sebagai satu gimik kempen, tambahnya. "Kita juga melancarkan kereta (maskot) kempen ini. Kita juga akan gunakan untuk turun bersama-sama ke kawasan tertentu untuk mengedar risalah dan pelekat itu," katanya. Rafizi berkata kereta itu masih berada di dalam bengkel untuk proses mengecat dan baik pulih dan dijangka siap Rabu ini. Pakatan Rakyat sebelum ini mengumumkan bahawa rancangan untuk menurunkan harga kereta itu akan dijadikan sebahagian daripada manifesto gabungan itu dalam pilihan raya umum akan datang. Rancangan itu mengundang pelbagai reaksi termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin antara lain mendakwa ia akan memberi kesan negatif kepada pembuat kereta nasional Proton dan juga pendapatan kerajaan. | ||||
NGO ancam tindakan agresif ke atas Janji BERSIH Posted: 13 Aug 2012 03:10 AM PDT MALAYSIA KINI Kumpulan anti-BERSIH, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) mengancam untuk bertindak agresif ke atas Himpunan Janji BERSIH yang merancang untuk berhimpun ketika sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos.Laporan Berita Harian hari ini memetik kenyataan pengerusi MTPKL, Datuk Jamal Md Yunus yang "bosan dengan permainan politik" yang didakwa "banyak merugikan peniaga dan menyusahkan orang ramai". "Kali ini kita akan bertindak agresif serta tidak membenarkan perkara ini berlaku dan mereka tidak dapat menjangka tindakan yang diambil. "Kita yang mempunyai 98,000 ahli akan membincangkannya pada perhimpunan ketika Aidilfitri. Mereka berniat mencemarkan sambutan ambang Hari Kemerdekaan," kata pemilik rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar itu dalam laporan tersebut. Katanya lagi, 26 NGO dipimpin Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang merancang perhimpunan itu perlu menimbang semula perhimpunan berkenaan "bagi mengelakkan ia menjadi medan pertempuran pada malam itu". Sementara itu, A Samad ketika dihubungi Malaysiakini bagaimanapun enggan mengulas mengenai ancaman berkenaan. Katanya, gabungan NGO tersebut akan mengadakan satu mesyuarat pada malam ini - yang dijangka akan membincangkan mengenai ugutan berkenaan. A Samad Said sebelum ini berkata, perhimpunan berpakaian kuning pada malam 30 Ogos di Dataran Merdeka dirancang untuk mengingatkan kerajaan persekutuan berhubung janji-janji bagi memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil. Samad bagaimanapun menegaskan, acara itu tidak dianjurkan oleh BERSIH kerana hanya 26 daripada 80 badan gabungan menyertai acara itu. Kumpulan lain dijangka menyertainya kemudian. Kumpulan MTPKL pula sebelum ini mencuri perhatian apabila mengadakan perhimpunan "BERSIH 4.0 Cintakan Negara" di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Kuala Lumpur pada Jun lalu. Mereka pada awalnya merancang untuk membuka gerai jualan semasa perhimpunan tersebut, namun dihalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akhirnya hanya berhimpun dan membawa sepanduk. Jamal juga mencetuskan sensasi media apabila menawarkan pelbagai hadiah mewah, termasuk Lamborghini dan BMW sekiranya laman Facebook mereka mencapai jumlah sasarah peminat tertentu. Bagaimanapun, Jamal kemudiannya mendakwa kempen itu menghadapi masalah apabila laman Facebook itu telah digodam. | ||||
Umno kuasai 49.77 peratus saham Utusan, kata mahkamah Posted: 13 Aug 2012 03:05 AM PDT KUALA LUMPUR — Akhbar Utusan Malaysia yang telah membuat beberapa laporan kontroversi mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengamalkan cara hidup gay dalam masyarakat majoriti Muslim dipunyai oleh Umno telah menyalahgunakan kuasa, kata Mahkamah Tinggi hari ini. Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu hari ini memberitahu mahkamah Umno menggunakan dananya untuk menjadikan akhbar terbabit sebagai alat menyebarkan propaganda demi motif politik. Ahli politik berusia 65 tahun itu hari ini memberikan keterangan terhadap pendakwaan kepada akhbar tersebut, yang pada Januari lalu telah menuduhnya sebagai seorang gay, dan menuduh beliau mengakuinya di TV ketika temuramah bersama British Broadcasting Corporation (BBC) awal tahun ini. Anwar berkata "49.77 peratus. Apa lagi nak disangsikan?" katanya merujuk kepada penguasaan Umno terhadap akhbar tersebut berdasarkan laporan tahunan 2010 Utusan. Beliau memberikan jawapan balas kepada soalan peguambela Utusan Datuk Firoz Hussein ketika sesi soal jawab sama ada beliau bersetuju "lebih separuh" daripada senarai 30 pemegang saham adalah "jelas bukan ahli Umno." Anwar juga terus menyambung keterangannya dan berkata syarikat berhad tidak memerlukan pemilikan 100 peratus, sebelum bersetuju terdapat pemegang saham lain selain Umno. Apabila ditanya sama ada beliau bersetuju Umno tidak menguasai lebih dari 50 peratus pegangan saham, Anwar membantah dan menegaskan calonnya turut mempunyai kaitan dengan parti pemerintah. Kemudiannya, apabila ditanya peguamnya, N. Surendran, Anwar berkata pemegang saham dengan penguasaan "lebih 30 peratus" akan "menguasai syarikat." Anwar menambah ahli lembaga pengarah Utusan adalah "bukti jelas Umno menguasai sepenuhnya" syarikat itu, dan berkata ahli lembaganya semua "daripada Umno." Anwar turut ditanya bagaimana beliau boleh mengetahui Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad, yang merupakan ahli lembaga pengarah adalah wakil perdana menteri. Anwar menjelaskan, Sharifuddin adalah pegawai media yang "dipercayai dengan tugas-tugas penting", dan berkata beliau telah menjadi saksi dalam menandatangani perjanjian APCO. "Beliau berada di dalam lembaga pengarah walaupun tidak memegang sebarang jawatan," katanya kepada mahkamah. Anwar pada Januari telah memfailkan saman, berjumlah RM50 juta terhadap Utusan sebagai akibat untuk menghalang Utusan dan editornya daripada mengeluarkan kenyataan yang sama. Pada 18 Julai, Anwar mendakwa mahkamah "diketahui umum" Utusan Malaysia adalah milik Umno dan menerima arahan daripada Presiden parti. Ketika sesi pendengaran sama, Anwar bersetuju homoseksualiti perlu diharamkan bagi memelihara kesucian perkahwinan, namun menjelaskan undang-undang purba perlu disemak bagi mengelakkan mereka yang tidak bersalah dihukum. Awal tahun ini, Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan apabila mahkamah memutuskan pendakwa tidak mempunyai bukti kukuh Anwar telah meliwat Saiful. Sehari kemudian, Utusan Malaysia di muka depannya menggunakan tajuk "Anwar ulas isu gay", dan mendakwa beliau berkata kepada BBC undang-undang homoseks di Malaysia ini bersifat "purba" dan tidak "relevan." Dalam dua artikel yang dikeluarkan Utusan, bekas pemimpin PAS Dr Hasan Ali turut dilaporkan memetik BBC menyelar Anwar kerana dikatakan menggesa homoseksualiti disahkan di negara ini. | ||||
Tamrin masuk Pas tiada kesan pada Umno Posted: 13 Aug 2012 03:00 AM PDT BATU PAHAT – Tindakan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba, Datuk Tamrin, keluar Umno dan menyertai Pas langsung tidak memberikan kesan kerana bakat kepimpinannya dalam politik tidak seperti ayahnya. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, soal siapa pun ahli Umno yang menyertai pembangkang adalah perkara biasa dan tidak langsung menjejaskan perjuangan Umno, termasuklah Tamrin. "Tamrin sudah lama tidak aktif dalam Umno, saya yakin punca utamanya berpaling tadah kerana merasakan dirinya tersisih. "Beliau sebenarnya memerlukan satu tempat yang baru untuk menaikkan namanya dalam politik sedangkan dalam Umno beliau sudah tidak popular lagi. Sebab itulah beliau keluar dan sertai Pas," katanya selepas menyampaikan wang pendahuluan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Senggarang, semalam. Mohd Puad berkata, Umno juga tidak merasakan pemergian Tamrin suatu kehilangan kerana beliau tidak mempunyai kualiti sehebat arwah bapanya. | ||||
Mahkamah tolak saman Umno Selangor ke atas Harakah, pemimpin Pas Posted: 13 Aug 2012 02:58 AM PDT Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin membuat keputusan tersebut setelah meneliti peruntukan yang terkandung dalam Seksyen 9C Akta Pertubuhan. Di bawah seksyen itu, hanya penama yang dimasukkan dalam daftar pertubuhan berhak menyaman atau disaman oleh mana-mana pihak terhadap pertubuhan berkenaan. Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Datuk Abdul Rauf Jusof selaku Setiausaha Kerja Umno Pusat iaitu penjawat awam Umno adalah penama yang berdaftar sebagai pendaftar pertubuhan dan hanya beliau yang berhak membawa kes. Hakim turut memutuskan kedua-dua pihak menanggung kos masing-masing. Plaintif iaitu Setiausaha Pehubungan Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menamakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, pengarangnya Ahmad Lutfi Othman dan wartawannya, Khairul Azlam Mohamad sebagai defendan.Turut dinamakan ialah Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu. Mustafa ketika dihubungi berkata, hakim memutuskan bahawa pihak plaintif tiada "locus standi" untuk membawa kes tersebut. "Hakim memang ada mengatakan bahawa ada unsur-unsur fitnah, tetapi pihak plaintif tiada locus standi untuk membawa kes," kata beliau. Dipetik Harakahdaily, Mustafa berkata, kes saman telah selesai. "Terima kasih kepada barisan peguam yang mengendalikan kes ini dan apa yang kita ketahui tadi ia telah selesai dengan baik. "Hakim telah menolak permohonan dari Umno terhadap tindakan saman itu, syukur segalanya telah selesai," jelasnya. Defendan diwakili oleh Asmuni Awi, Zulhazmi Shariff dan Dr Dzulkarnain Lukman manakala plantif pula diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun. Pada 14 September lalu, Mohd Zin memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam. Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Zin berkata Mustafa pada 15 Ogos 2011 telah ditemuramah oleh Khairul di mana Setiausaha Agung Pas itu didakwa telah memfitnah Umno berkaitan dengan wadah dan perjuangan politik mereka. | ||||
Terma jadikan RCI Sabah tidak bertaring Posted: 13 Aug 2012 02:57 AM PDT ULASAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini telah menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat gejala pendatang asing dan peningkatan populasi yang mencurigakan selama dua hingga tiga dekad yang lalu. RCI tersebut akan dipimpin oleh mantan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steven Shim, dengan tanggungjawab utama untuk menyiasat sama ada pendatang asing di negeri itu diberi kad pengenalan atau kerakyatan secara tidak sah, dan sama ada mereka dimasukkan ke dalam daftar pemilih. RCI Sabah yang baru ditubuhkan ini merupakan satu penipuan semata-mata serta wayang pilihan raya umum untuk mengalih perhatian daripada keyakinan yang kian merosot di BN Sabah ekoran pembelotan seorang timbalan menteri, seorang ahli parlimen dan seorang senator yang tidak puas hati kerana ditipu BN selama 25 tahun. Namun begitu, jelas bahawa terma panel tersebut terlalu terhad kerana ia tidak menyebut tentang kuasa untuk mengenal pasti kenapa ia dilakukan, siapakah yang bertanggungjawab untuk memberi kerakyatan secara tidak sah, tiada kuasa untuk membuat cadangan hukuman ke atas mereka yang bertanggungjawab, serta bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kegagalan untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab ini bermakna bahawa RCI Sabah untuk pendatang asing ini tidak bertaring dan hanya lagi satu helah untuk menipu rakyat Sabah yang sudah pun ditipu selama 25 tahun. Masa penubuhan RCI Sabah ini juga jelas membuktikan bahawa ia sekadar wayang untuk pilihan raya. Sekiranya merdana menteri betul-betul ikhlas, RCI ini sepatutnya sudah lama ditubuhkan. Tindak balas pada MP tinggalkan BN Setelah enggan selama bertahun-tahun dan kemudiannya melengah-lengah lagi selepas pengumumannya awal tahun ini, penubuhan RCI secara tergesa-gesa ini di ambang pilihan raya umum menimbulkan persoalan. Tambahan, jelas bahawa pengumuman RCI oleh Najib ini adalah tindak balas kepada tindakan beberapa pemimpin BN di Sabah untuk meninggalkan parti. Dalam beberapa minggu yang lepas, pemimpin-pemimpin kanan BN Sabah seperti ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dan yang terbaru Senator Datuk Maijol Mahap (kiri) meninggalkan BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Sebab utama mereka meninggalkan BN adalah kerana kehilangan keyakinan atas kegagalan BN untuk menyelesaikan masalah pendatang asing di Sabah. Unjuran jumlah warga asing di Sabah adalah sekurang-kurangnya 27 peratus daripada populasi 3.12 juta, atau peningkatan 390 peratus daripada 651,304 pada tahun 1970 - peningkatan yang mendadak berbanding peningkatan 200 peratus di Semenanjung Malaysia. Ia sudah menjadi masalah yang kritikal kerana bukan sahaja rakyat tempatan dicairkan, malah hak politik mereka pun sudah direbut. Rakyat Sabah tidak akan memaafkan BN atas tindakan kejam dan khianat ini, khususnya apabila ia semakin jelas bahawa RCI yang dinanti-nantikan ini hanyalah satu wayang pilihan raya semata-mata. LIM GUAN ENG setiausaha agung DAP dan ahli Parlimen Bagan. Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini. | ||||
Posted: 13 Aug 2012 02:53 AM PDT MALAYSIA KINI Ketika kejadian pada kira-kira 4 petang, van itu dikatakan sedang membawa kedua-dua suspek dan sebuah motosikal yang dipercayai barang kes dari Besut, Terengganu ke lokap Balai Polis Kota Bharu di sini. Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Wan Asri Wan Yusoff ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.06 petang tetapi ketika beliau dan lima anggotanya tiba di tempat kejadian, enjin van telahpun hangus. Katanya kejadian berlaku berhampiran pusat beli-belah dan tempat tumpuan umum yang agak sesak dengan kenderaan dan orang ramai yang membeli-belah sempena musim perayaan Aidilfitri. - Bernama | ||||
Bank kena bom: Perompak panik bank meletup Posted: 13 Aug 2012 02:46 AM PDT ALOR GAJAH - Tindakan sekumpulan perompak mahu melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran automatik (ATM) di sebuah bank menggunakan bahan letupan bukan saja gagal, malah turut memusnahkan hampir keseluruhan bank, menyebabkan perompak terbabit panik dan terus melarikan diri. Kejadian berlaku kira-kira 3.20 pagi di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah yang terletak di bangunan rumah kedai dua tingkat dekat Taman Bandar Baru, Masjid Tanah, di sini awal pagi semalam. Ia menyebabkan kawasan sekitar bergegar kuat sehingga mengejutkan sebahagian penduduk taman perumahan berhampiran. Ketika kejadian, kesemua kedai dalam barisan rumah kedai berkenaan sudah tutup. Letupan itu memusnahkan hampir keseluruhan bahagian bawah bank, selain siling tingkat atas yang menempatkan bahagian pengurusan juga runtuh, serta berlaku retakan pada dinding. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, perompak terbabit disyaki menyasarkan dua mesin ATM dan satu mesin deposit wang (CDM). Menurutnya, letupan kuat itu menyebabkan perompak terbabit panik, lalu melarikan diri dengan menaiki motosikal di luar bank. "Polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 3.40 pagi. Setiba di lokasi, kita dapati banyak struktur bangunan roboh dan tercampak keluar sehingga ke seberang jalan, termasuk tempat pemegang pintu masuk bank," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, semalam. Umar Ali berkata, setakat ini, polis masih menyiasat kejadian termasuk maklumat orang awam yang mendakwa terlihat dua lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z meninggalkan bank sebaik saja letupan berlaku. "Kes disiasat di bawah Seksyen 457/511 atas kesalahan cubaan pecah masuk bangunan, selain Seksyen 436 atas kesalahan memusnahkan bangunan menggunakan bahan letupan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan," katanya. Sementara itu, sepasukan anggota Unit Forensik Negeri dan Unit Pengesan Bom bergegas ke tempat kejadian, semalam untuk membuat siasatan. | ||||
Posted: 13 Aug 2012 02:41 AM PDT Noh Omar: MB Selangor perlu letak jawatan jika gagal ambil alih Syabas 13 Ogos 2012 PUTRAJAYA - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar meletak jawatan sekiranya tidak berjaya mengambilalih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menjelang September nanti, sepertimana yang beliau janjikan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata sebagai seorang tokoh korporat, Abdul Khalid seharusnya lebih tahu tentang proses pengambilalihan syarikat. "Kita tunggu dan kita takkan kacau, kita biar dia uruskan. Tapi kalau tak boleh ambil alih juga beliau harus letak jawatan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan papan seranta awam atas talian kedua Draf Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan, di pejabatnya di sini, hari ini. Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata pada masa yang sama Abdul Khalid juga tidak boleh menghalang projek Loji Rawatan Air Langat 2 daripada diteruskan, kerana sama ada pengambilalihan itu berjaya atau tidak, rakyat Selangor tetap memerlukan bekalan air bersih. Beliau berkata kerajaan pusat bertolak ansur sebelum ini dengan membelanjakan sejumlah RM600 juta untuk projek-projek mitigasi air di Selangor bagi mengelakkan krisis air, termasuk membina loji Sungai Labu dengan kos RM298 juta untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air di sekitar Sepang. "Kerajaan negeri masih berfikiran seperti pembangkang dan ini akan merugikan negeri itu sendiri. Mereka sepatutnya berfikir seperti kerajaan yang sentiasa mencari jalan untuk membela nasib rakyat," katanya. Mengenai Loji Rawatan Air Langat 2, Noh berkata kerajaan masih akan memohon kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk pembinaan tersebut memandangkan ia terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan itu. Beliau berkata permohonan sebelum ini bukannya ditolak MPKj, tetapi ditangguhkan namun tidak diketahui tempoh masanya. "Pada masa yang sama tender untuk pembinaannya akan dikeluarkan," katanya. Mengenai penyaluran air dari Pahang, Noh berkata kerajaan pusat melantik konsultan yang mengambil masa tujuh tahun untuk membuat kajian dan perancangan mengenai cara terbaik untuk mengatasi krisis air di Selangor termasuk dengan cara tersebut. Beliau berkata ia berbeza dengan kerajaan Selangor yang mengutarakan cadangan terlebih dahulu sebelum melantik konsultan untuk membuat kajian mengenainya.- Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan