Biaqpila |
- Murid dicabul guru lebih setahun lalu
- MAHASISWA ANTI PTPTN DI TAHAN KETIKA BERBUAT MAKSIAT DI DATARAN MERDEKA
- Penjenayah letupkan mesin ATM di Masjid Tanah
Murid dicabul guru lebih setahun lalu Posted: 13 Aug 2012 05:00 AM PDT Gambar Hiasan KUALA LUMPUR: Rahsia kemurungan seorang murid perempuan berusia sembilan tahun terjawab apabila dia mendakwa dicabul guru lelaki sekolah itu sejak lebih setahun lalu. Perbuatan itu terbongkar jam 5 petang Khamis lalu, apabila mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya berusia lewat 30-an sebelum membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak, di sini. Menurut sumber, mangsa mendakwa dicabul guru lelaki berusia 30-an itu sejak darjah dua. "Guru lelaki itu dilaporkan memanggil mangsa datang dekat dengannya sebelum memegang alat sulitnya," katanya. Sumber berkata, mangsa tidak berani menceritakan kejadian itu kepada sesiapa, termasuk keluarganya, kerana bimbang dimarahi guru terbabit. "Sejak itu, mangsa dilaporkan sering murung dan takut pergi ke sekolah. "Namun tak tahan diperlakukan demikian, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya. "Terkejut dengan pengakuan itu, ibu mangsa bergegas ke sekolah untuk mengadu kepada guru besar. Selepas siasatan dilakukan pihak pengurusan sekolah, guru terbabit mengakui melakukan perkara keji itu," katanya. Mangsa kemudian tampil membuat laporan di balai polis untuk tindakan lanjut. HM KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
MAHASISWA ANTI PTPTN DI TAHAN KETIKA BERBUAT MAKSIAT DI DATARAN MERDEKA Posted: 13 Aug 2012 12:13 AM PDT Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kemarin telah cuba menghalang sekumpulan mahasiswa yang mahu berbuka puasa dan bersolat terawikh di Dataran Merdeka kerana perbuatan sekumpulan mahasiswa ini telah menganggu beberapa pasang kekasih yang mahu beromen di kawasan tersebut. Menurut Sulaiman bin Shaari, beliau terkejut apabila tiba di Dataran bersama kekasihnya Suriani Bt Haji Talib apabila melihat beberapa orang pelajar sedang bersolat maghrib berjemaah di tempat selalu dia beromen dengan kekasihnya. Mujurlah katanya tindakan pantas pihak DBKL menghalau kumpulan yang mahu solat itu tidak membantutkan usahanya untuk merosakan anak gadis seorang haji yang baru datang dari kampung. Perhimpunan untuk solat terawikh itu akhirnya berjaya di halang dan DBKL mula menbuat kawalan agar tidak ada sesiapa lagi yang berani menganggu pasangan pasangan ini beromen. Di bawah adalah video2 yang menunjukkan tindakan pantas DBKL membenteras tindakan mahasiswa yang menganggu orang nak beromen di dataran Merdeka.. Sumber: ABU NAWAS (Warga Miskin Kota) KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Penjenayah letupkan mesin ATM di Masjid Tanah Posted: 12 Aug 2012 06:00 PM PDT Cawangan Bank Rakyat di Masjid Tanah rosak teruk ekoran kejadian letupan untuk melarikan mesin ATM. MELAKA - Sungguhpun dengan menggunakan bahan letupan, namun sekumpulan perompak gagal dalam cubaan mereka melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah di sini, awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, dalam kejadian 3.20 pagi itu, sejenis bahan letupan dipasang pada salah sebuah mesin ATM di bank tersebut yang menempatkan dua mesin ATM dan satu mesin deposit wang (CDM). Dipetik Bernama, beliau berkata, letupan itu bukan saja mengakibatkan kerosakan teruk pada mesin ATM itu malah menyebabkan cermin bahagian hadapan bank tersebut pecah selain keretakan pada dinding dan siling bangunan itu. "Polis menerima panggilan jam 3.40 pagi. Menurut saksi perbuatan itu dilakukan empat lelaki yang menaiki dua motosikal, namun mereka gagal melarikan wang daripada mesin ATM tersebut," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata jenis bahan letupan yang digunakan masih dalam siasatan. SH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan